Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2017

Tan Sri Dzulkifli percaya USIM mampu capai hasrat Pusat Rujukan Global 2025

Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak merupakan seorang tokoh akademik yang cukup disegani dalam arena kepemimpinan pendidikan negara dan antarabangsa. Beliau dilantik sebagai Penyandang Kursi Kepemimpinan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fakulti Kepemimpinan dan Pengurusan pada Ogos 2014. Tan Sri Dzul juga merupakan Presiden kepada gabungan organisasi pendidikan antarabangsa dibawah UNESCO iaitu International Association of Universities (IAU), yang berpengkalan di Paris. Disebalik kesibukan masa beliau, Tan Sri Dzul sempat berkongsi aspirasi dan harapan beliau dalam menjadikan USIM kekal relevan sebagai sebuah Universiti yang berteraskan Naqli dan Aqli. S1Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak selaku Penyandang Pertama Kursi Kepemimpinan Islam, di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Bagaimana Y.Bhg Tan Sri melihat usaha dan inisiatif USIM menubuhkan Kursi Kepemimpinan Islam ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak USIM dan juga Yayasan Nurul Yaqeen kerana memilih saya sebagai Penyandang Pertama Kursi Kepemimpinan Islam, di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Bagi saya, kewujudan Kursi Kepemimpinan Islam mengembalikan semula konsep asal ‘Kursi’ daripada perspektif Islam iaitu bagi menjana sesuatu yang baru dan umumnya bagi mengembangkan sesuatu aliran ilmu pengetahuan memandangkan latar belakang saya adalah dalam bidang farmasi dan neurofarmakologi. Saya melihat pelantikan ini sebagai satu peluang bagi membawa kelainan dalam perspektif kepemimpinan umumnya dan daripada Islam khasnya. Ini kerana secara tradisional, apabila bercakap mengenai kepemimpinan Islam, ramai pihak lebih condong merujuk kepada Sirah Rasullulah ataupun peribadi tokoh-tokoh unggul dalam sejarah Islam. Ini tidak ada salahnya. Namun oleh kerana pndekatan ini agak lazim dilakukan, dalam konteks Kursi [...]

Prof Kamaruzaman yakin graduan FKAB mampu penuhi kehendak industri

Profesor Dr. Kamaruzzaman Seman merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina USIM S1Bolehkah YBhg Prof. ceritakan sedikit sebanyak latar belakang penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)?. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasminya ditubuhkan pada 10 Disember 2015 setelah pihak Universiti menerima surat kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Namun begitu, sebenarnya penubuhan FKAB telah lama dirancang tetapi disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak didapat dielakkan, maka rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dauhulu dan program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) dan Sarjana Muda Sains Senibina diletakkan pada peringkat awalnya di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Memandangkan kedua-dua program pengajian ini adalah program akademik profesional yang tertakluk kepada akreditasi badan-badan profesional, maka saya merasakan perlu diwujudkan fakulti baru bagi menaungi program kejuruteraan dan alam bina ini. Langkah pertama saya adalah mengadakan perbincangan dengan Ketua Program Sains Senibina. Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan lancar. Kami bersepakat untuk bergabung di bawah satu payung yang dinamakan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Seterusnya saya mengadakan pertemuan secara peribadi dengan YBhg Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor, USIM untuk mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang dinamakan Jawatankuasa Penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina pada bulan November 2013 yang mana saya telah dilantik sebagai pengerusinya. Ahli-ahlinya terdiri dari wakil JPPF, Jabatan Pendaftar, Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Bendahari, dan beberapa pensyarah kanan dari Program Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) dan Program Senibina. Setelah mengadakan beberapa siri bengkel, kami [...]

Dato’ Musa sedia pacu agenda universiti secara optimum

Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor keempat USIM bermula pada 16 Ogos 2014 sehingga 15 Ogos 2017. Beliau menggantikan Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail yang mengakhiri tugasnya pada 31 Mei lalu apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Anak kelahiran Panchor, Muar Johor ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) dalam jurusan Kimia (UKM, 1985); Master (Instrumention and Analytical Science) (University of Manchester, 1987) dan PhD (Optical Fibre Chemical Sensor) (University of Manchester, 1994). Kepimpinan beliau di Universiti terserlah dengan pelbagai jawatan pernah disandang beliau sebelum ini antaranya Koordinator Program Matrikulasi UKM (1994-1996), Ketua Program Kimia UKM (2004-2007) dan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM (2009-2010) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM pada 15 Mei 2010. Q1Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg Dato’ kerana dilantik menjadi Naib Canselor USIM yang Ke Empat. Apakah perasaan Y.Bhg Dato’ apabila menerima surat perlantikan ini? Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah Taala kerana memberikan peluang bagi saya memikul tanggungjawab dan amanah yang amat berat ini, Saya juga ingin melahirkan ucapan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pendidikan kerana memberikan kepercayaan untuk saya menerajui USIM sebagai Naib Canselor yang ke 4. Bagi saya, pelantikan ini merupakan cabaran untuk merealisasikan hasrat dan agenda penubuhan USIM memandangkan Universiti ini telah Berjaya membuktikan kemampuan dalam pelbagai bidang khususnya melahirkan graduan yang kini berkhidmat di berbagai sektor pekerjaan sama ada awam mahu pun swasta. Q2Sebagai Naib Canselor USIM yang ke Empat, Y.Bhg Dato’ telah [...]

“USIM ‘Alamiyyah are ready to go global,” said Prof. Dr. Roshada

Professor Dr Roshada Hashim was appointed as the director of International office of USIM, or better known as USIM ‘Alamiyyah, in September 2013. She was tasked with strategizing an USIM International policy, to accelerate USIM’s role to spearhead knowledge and be the global reference centre for Islamic Science. In 25 August 2014 USIM ‘Alamiyyah was launched and Dr Roshada confidents that the policy would further push USIM aspiration to be relevant and strive to win the hearts of the people through its continuous effort in helping the ummah to solve problems and improve their living. Q1What is unique about USIM for International students?. Fourteen years after the first of our students walked the corridors of this university, USIM was already providing high quality undergraduate and postgraduate programmes. These programmes which integrate Naqli and Aqli knowledge are unique, setting USIM apart from conventional Islamic universities not only in Malaysia but the world over. This niche combined with the university’s mission to transform and create value for the  country, ummah and humanity is highly relevant to the development of education globally.The integration of Naqli knowledge with that of Aqli knowledge in our curriculum and non-academic activities is USIM’s way to produce graduates who are balanced, graduates who can contribute towards a more humane, just and inclusive society. This is because the Quran and Sunnah provides a rich resource of knowledge, solutions and ethics in the  fields of science, medicine, economics and humanities to name a few. Q2What is USIM Alamiyyah?   [...]

Disember 2016

Nadi Thaqafah USIM santuni komuniti muslim Kemboja

KEMBOJA, 14 DIS 2016 – Seramai 22 orang mahasiswa dari Kelab Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama pegawai pengiring, Puan Kartina Kamaruzzaman berada di Kemboja dan Vietnam baru-baru ini untuk menyelami masyarakat Islam di sana. Ziarah yang bermula pada 9 hingga 14 Disember 2016 ini diketuai oleh Pengarah Program, Saudara Muhammad Azim bin Md. Fazli Nor. Kembara Integrasi Naqli dan Aqli ini memfokuskan pengembaraan mereka dengan menjelajahi Kemboja iaitu ke kawasan majoriti Islam di Daerah Chhnang dan sekitarnya bagi mengenali gaya kehidupan dan persekitaran yang merupakan kawasan tumpuan golongan Muslim di Kemboja. Terdapat dua kampung yang menjadi lokasi ziarah untuk menjalankan program khidmat komuniti mereka iaitu Kampung Pritpih dan Kampung Pakwabong. “Di Kampung Pritpih, kami memilih Madrasah Tarbiyatul Tullab sebagai kawan program kami disini kerana sekolah ini berdekatan dengan masjid dan merupakan kawasan tumpuan masyarakat di kampung ini. Delegasi peserta menjalankan aktiviti celik Bahasa Arab bersama kanak-kanak sekitar umur 7-15 tahun. Kanak-kanak ini didedahkan dengan ilmu asas Bahasa Arab dan bengkel tahsin solat, seperti memeriksa bacaan di dalam solat dan wudhuk” “Pelajar USIM turut menyiapkan kerja-kerja memasang pam air disebuah klinik yang terdapat di kampong tersebut. Sebanyak 10 buah pam air telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada kampung ini. Kawasan klinik ini dipilih sebagai tempat untuk diletakkan sumbangan pam air kerana klinik ini akan beroperasi dua kali seminggu selain faktor muka bumi (tanah) yang memudahkan kerja-kerja pemasangan pam air.” Ujar Muhammad Azim Pada hari yang lain di Kampung Pakwabong pula, [...]

USIM perkenal modul penganjuran sukan dan peraduan patuh syariah

NILAI, 21 DIS 2016 -- Pertandingan sukan dan peraduan berkonsepkan sukan, permainan, hiburan dan sebagainya mengalami evolusi yang pesat. Pelbagai bentuk pertandingan dan peraduan baharu diperkenalkan yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, cek, pakej percutian dan sebagainya. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, ia sentiasa wujud dengan pelbagai modus operandi untuk menarik perhatian masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan penganjuran pertandingan sukan dan peraduan ini kurang mengambil kira aspek piawaian syarak seperti terdapat unsur-unsur perjudian, pertaruhan, eksploitasi, pembaziran, pemakaian atlet tidak patuh syariah, percampuran antara lelaki dan perempuan serta pelbagai isu lain. Justeru, satu inovasi dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah USIM iaitu Modul Penganjuran Pertandingan Sukan dan Peraduan Patuh Syariah. Modul yang dilengkapi dengan modul komprehensif berkaitan penganjuran sukan dan peraduan yang selari dengan kehendak Islam diperkenalkan bagi memberi kesedaran dan panduan yang lengkap umumnya kepada masyarakat dan khususnya kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam penganjuran sesuatu pertandingan dan peraduan. Penghasilan modul ini diketuai oleh Profesor Madya Dr Azman Abdul Rahman bersama-sama ahlinya iaitu Profesor Madya Dr. Irwan Mohd Subri, Dr. Abdul Manan Ismail dan Tuan Zahari Mahad Musa dengan tujuan ia menjadi indikator bagi memastikan setiap pertandingan dan peraduan yang dianjurkan mematuhi prinsip syariah. Dalam aspek sukan misalnya, terdapat pelbagai bentuk pertandingan yang dianjurkan saban tahun sama ada diperingkat kebangsaan mahupun dunia seperti SUKMA, Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik yang mempertandingkan pelbagai acara seperti bola sepak, badminton, olahraga, renang dan sebagainya. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan pemakaian atlet, kejurulatihan, tempat dan dan bentuk penganjuran [...]

Prof Roshada dilantik sebagai TNC (P&I) USIM baharu

NILAI, 14 DIS 2016 - Pengarah Pejabat Perhubungan Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dikenali sebagai USIM Alamiyyah, Prof Dr Roshada Hashim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa sejak 1 Disember lalu. Prof. Roshada, 56, merupakan wanita pertama dilantik memegang jawatan tersebut dipilih bagi menggantikan Prof Dato Dr. Mustafa Mohamad Hanefah yang telah menyandang jawatan tersebut sejak 10 Disember 2010 dan telah tamat tempoh lantikan pada 14 Oktober 2016 yang lalu. Anak kelahiran Pulau Pinang ini memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Salford mempunyai pengalaman dalam bidang akademik hampir 3 dekad begitu komited dalam pembangunan mampan akuakultur untuk petani berskala kecil dan sederhana di negara-negara membangun. Beliau cenderung dalam bidang kepakaran nutrisi ikan, strategi dan pengurusan pemakanan dan biokimia analitikal (Fish Nutrition; Feeding Strategies and Management; Analytical Biochemistry) kerap menerima jemputan untuk menberikan ucapan dasar di persidangan tempatan dan antarabangsa hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 50 kertas kerja dalam jurnal tinjauan semula setara dalam bidang nutrisi ikan kawasan dan pengurusan pemakanan malah beliau turut membentangkan lebih 30 kertas kerja di persidangan tempatan serta antarabangsa dalam bidang yang sama. Beliau cenderung untuk melihat pembangunan mampan untuk pendidikan yang lebih tinggi. Kredibilitinya teserlah apabila pernah diberi kepercayaan menerajui dua pembangunan iaitu Pelan Strategik 10 Tahun untuk Pendidikan Siswazah di USM (2010) dan Pengantarabangsaan di USIM (2013). Penglibatan beliau sebagai Pengerusi Penganjur Persidangan Universiti Negara Islam Dunia (World Islamic Countries Universities Summit, WICULS) bermula tahun [...]

Salam USIM – Penutup Gema Bahasa 2016

USIM rai OKU Berdoa sempena hari OKU sedunia

NILAI, 10 DIS 2016 – Kelab Sahabat Faqeh (SaF@USIM) dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mengadakan satu program khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) bersempena sambutan hari OKU sedunia yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM baru-baru ini. Program turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa, Pusat Islam USIM. Seramai 2500 penonton hadir menyaksikan persembahan dari pelbagai versi dan kategori antaranya dari Persatuan MyCP, Persatuan K-link Care, Persatuan Autisme Muslim Malaysia (PAMM), Persatuan Orang Pekak N. Sembilan (NESDA), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Akademi FAQEH. Bertemakan ‘Bicara Tanpa Hijab’ OKU BERDOA 2.0 menampilkan pelbagai persembahan khas oleh golongan OKU dengan bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan golongan OKU supaya mereka tidak disisih serta dilupakan oleh masyarakat disamping untuk mengangkat martabat dan menyeru orang ramai terutamanya mahasiswa mahasiswi untuk memahami lebih mendalam perasaan dan jiwa OKU secara mendalam. Nurazirah, 25, merupakan salah seorang ahli OKU berkata, melalui program ini, golongan orang kurang upaya dapat mempersembahkan bakat yang terpendam dan secara tidak langsung dapat menonjolkan diri mereka kepada masyarakat. Beliau berkata, program ini sangat unik dan menarik kerana walaupun tidak mempunyai sifat fizikal yang sempurna, namun ia dapat mengetengahkan pelbagai keistimewaan OKU dan mengangkat darjat anak-anak syurga ke peringkat yang selayaknya. “Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi mengadakan program seperti ini. Bagi saya, program ini menarik kerana saya diberi [...]

Fairus pemenang sulung CEMCA, Best Female Achiever Award 2016

NILAI, 6 DISEMBER 2016 -  Fairus Abdul Manaf dianugerahkan sebagai penerima sulung Anugerah Pelajar Wanita Terbaik CEMCA bagi tahun 2016. Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di universiti dan peringkat antarabangsa. Fairus menerima cek bernilai USD 600 sumbangan penaja iaitu Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) serta trofi. Anugerah ini merupakan hasil memorandum persefahaman antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan CEMCA pada Disember 2015 yang diterajui oleh Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN). Objektif anugerah ini adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar, khususnya pelajar wanita lain dalam meneruskan kecemerlangan secara holistik, bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam aktiviti sampingan yang dianjurkan di USIM, di peringkat serantau atau peringkat antarabangsa. Anugerah yang bertemakan ‘women empowerment’ ini amat bertepatan dengan model GIINA yang ditekankan oleh USIM, dalam menyepadukan elemen akademik, sahsiah, dan berkeusahawanan. Anugerah khas bagi pelajar wanita ini adalah terbuka kepada calon di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Bagi tahun 2016, anugerah ini dikhaskan buat pelajar USIM sahaja, namun penganjur akan membuka pencalonan kepada pelajar universiti seluruh negara bagi tahun seterusnya. Kriteria pemilihan merangkumi 4 kluster utama, iaitu kecemerlangan akademik, keterlibatan dalam aktiviti akademik, keterlibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, serta keterlibatan atau idea mengenai women empowerment. Kecemerlangan akademik diambil berdasarkan kiraan Purata Nilai Gred Kumulatif  / CGPA yang membawa 10% markah maksimum. Markah bagi aktiviti akademik pula diambil dari keterlibatan dalam program persidangan, bengkel akademik, kolokium atau seminar dan membawa 40% markah maksimum. Keterlibatan dalam aktiviti [...]

Go to Top