Oktober 2015
PERPUSTAKAAN USIM HARGAI PENYUMBANG KOLEKSI PERSEORANGAN
NILAI, 26 OKT 2015 – Sebagai menghargai dan menzahirkan tanda terima kasih kepada penyumbang koleksi perseorangan kepada perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu Majlis Apresiasi Penyumbang Koleksi Perseorangan telah diadakan pada 26 Oktober. Koleksi Perseorangan adalah merujuk kepada koleksi yang dimiliki oleh penyumbang, sama ada daripada hasil karya penyumbang atau daripada koleksi simpanan peribadi yang merangkumi pelbagai bidang perkara, khususnya yang berkaitan dengan bidang kepakaran mereka. Ia bukan sahaja menjadi sumber maklumat penting kepada warga USIM, malah ia menjadi sumber rujukan oleh para penyelidik yang mengkaji tentang latar diri penyumbang atau bidang perkara yang berkaitan dengan kepakaran mereka. Penyumbang tidak sahaja terhad kepada perolehan bahan daripada koleksi tokoh atau individu di USIM, malah ia terbuka kepada tokoh dari luar USIM juga. Menurut Ketua Pustakawan USIM Encik Jasmin Jaimon, idea penubuhan Koleksi Perseorangan terhasil apabila Perpustakaan menerima sumbangan terawal daripada Puan Salmah Abu Bakar, iaitu balu Allahyarham Tuan Haji Mashadi Salamon, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di mana Perpustakaan telah menerima bahan koleksi beliau sebanyak 397 naskah. “Semenjak itu, koleksi ini terus berkembang dan sehingga kini Perpustakaan USIM telah mempunyai tujuh Koleksi Perseorangan iaitu dengan jumlah judul sebanyak 3284 dan naskhah sebanyak 4225. Mereka adalah Allahyarham Tuan Haji Mashadi Haji Salamon, Allahyarham Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip, Allahyarham Datuk Haji Mohd Mortadza Haji Daud, Profesor Madya Dr. Che Wan Chik Che Wan Ibrahim, Allahyarham Tuan Yaacob @ Ranjit Singh Sodhy Abdullah, Profesor Dr. Adel M. Abdulaziz Algeriani, dan Profesor Madya Dr. Mohd. Rumaizuddin Ghazali. Setiap satu koleksi [...]
PENERBIT USIM LANCAR BUKU DI FRANKFURT
FRANKFURT, 18 OKT 2015 – Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kali melancarkan buku hasil kerjasama bersama Goethe University of Frankfurt di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2015 yang berlangsung pada 14 hingga 18 Oktober iaitu salah satu pesta buku terbesar di dunia. Buku yang bertajuk "Transformation of the Higher Education System in Malaysia" ini uniknya ditulis oleh seorang pelajar Rusia yang belajar di Frankfurt dan amat fasih dalam bahasa Melayu, iaitu Cik Alexandra Samokhvalova. Perasmian buku ini disempurnakan oleh Puan Adina Kamarudin, Konsul General Malaysia di Frankfurt. Beliau merakamkan ucapan tahniah atas kerjasama yang terjalin antara Penerbit USIM dan juga Goethe University Frankfurt dalam bidang penerbitan buku ilmiah kerana dapat menjulang bidang pendidikan di Malaysia. Perasmian buku ini diadakan di booth Malaysia dan turut dihadiri oleh Prof. Dr. Arndt Graf dari Department of Southeast Asian Studies, Goethe-University Frankfurt. Buku ini merupakan hasil kajian berkenaan universiti APEX dan menumpukan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang satu-satunya universiti APEX di Malaysia . Hasil penulisan ini turut membangkitkan persoalan-persoalan pendidikan yang harus diberikan perhatian untuk meningkatkan sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Disediakan oleh: Penerbit USIM Dikemaskini oleh: PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204
ICMH 2015 BINCANG ISU KESIHATAN WANITA DAN LELAKI
NILAI, 17 OKT 2015 – Bertemakan Women’s & Men’s Health: “Towards a Better Future”, Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia buat kali kedua menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perubatan dan Kesihatan (ICMH) di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Oktober 2015. Seminar ini diperkenalkan sejak tahun 2006 lagi sebagai salah satu inisiatif fakulti dalam memperkenalkan FPSK khusus kepada masyarakat, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang perubatan. Menurut Prof. Madya Dr. Ahmad Najib Azmi, objektif penganjuran adalah untuk menjadikan persidangan ini sebagai medan perkongsian ilmu perubatan diantara pengamal perubatan, jururawat, ahli farmasi, pengamal sains perubatan dan kesihatan, selain untuk menggalakkan amalan yang baik dalam pencegahan jangkitan di kalangan profesional penjagaan kesihatan. “Penganjuran pada kali ini telah menarik seramai 157 peserta dalam dan luar negara antaranya dari Australia, mauritius, south korea dan IPT seperti UniKL, USM, UPSI, UM, UKM, UCSI dan CUCMS, dengan pembentang oral seramai 36 orang dan pembentang poster seramai 39 orang”, tambah Prof. Najib selaku pengerusi seminar. Seminar ini turut menampilkan beberapa penceramah hebat yang membincangkan isu kesihatan wanita dan lelaki antara topik yang menarik adalah menopausal problems in breast cancer patients, the dangers of prostate cancer, family planning after a complicated pregnancy dan osteoporosis: prevention is better than cure. Diharap ICMH ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan topik topik yang lebih menarik terutamanya topik yang menggabungkan elemen naqli dan aqli, selari dengan kehendak universiti. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa) Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani. [...]
INSART 2015 PERHALUSI HUBUNGAN SENI DALAM PEMBANGUNAN MANUSIA
NILAI, 8 OKT 2015 – Pusat Kebudayaaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kalinya telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Seni dalam Pembangunan Manusia di Era Moden (INSART) yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2015 di Dewan Kuliah Pusat 3. Seminar yang disertai oleh seramai 200 peserta dari pelbagai bidang antaranya dari UM,UKM,UITM, Sekolah Angkat dan Kluster USIM serta agensi bukan kerajaan ini turut mendapat kerjasama dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Ismail Ahmed berkata seminar ini mengupas peranan seni dalam pembangunan manusia menerusi aspek akal, budaya dan agama bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu ’Reconstruct different point of views in assessing art and its relationship to human development’. Ucaptama disampaikan oleh Ahmed Keeler, Felo Pusat Islam, Universiti Cambridge dan seramai 7 orang pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara. "Antara objektif program ialah membicarakan hakikat seni secara ilmiah dan akademik selain memperkukuhkan kefahaman peserta mengenai seni di luar konteks hiburan. Hal ini kerana masa kini hiburan dilihat sesuatu perkara yang negatif kepada bangsa, agama dan negara. Tambahan pula, matlamat seminar ini dianjurkan adalah untuk berdialog bersama peserta dan beberapa panel yang arif tentang hiburan untuk mencapai resolusi berkenaan seni dalam pembangunan manusia sejagat", tambah Encik Ismail. Dato’ Prof. Dr. Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam ucapannya berkata, penganjuran program INSART merupakan medium terbaik bagi semua peserta memahami makna keilmuan dan mendapat manfaat melalui perspektif baru dalam melihat seni sebagai sumber ilmu. ”Penganjuran INSART merupakan satu langkah [...]
USIM DAN JAKIM METERAI PERJANJIAN MOA DALAM PENAWARAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
NILAI, 15 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan jalinan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Ia merupakan kesinambungan kepada MoA yg telah pun ditandatangani sebelum ini bagi penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di Darul Quran. Program Ijazah Sarjana Muda ini, telah pun dimulakan sejak daripada tahun 2009 selepas diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT). Menurut Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad Naib Canselor USIM, program ini dibuat bertujuan untuk memenuhi keperluan para pelajar bidang tahfiz untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, khususnya untuk melahirkan pakar-pakar tempatan dalam bidang tahfiz Al-Quran yang profesional. “USIM berusaha semampu mungkin membuka ruang kepada para pelajar ini untuk melebarkan lagi pengetahuan mereka di samping memberi manfaat kepada masyarakat. USIM turut menyediakan peluang secukupnya untuk mereka menambah ilmu pengetahuan demi manfaat yang akan kembali kepada umat, agama dan negara”, tambah Dato’ Musa. USIM akan berusaha memastikan khidmat kepakaran yang ada disalurkan dengan sebaiknya kepada Darul Quran bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Pengalaman yang diperoleh dalam menguruskan mahasiswa akan dimanfaatkan bersama dengan pihak Darul Quran dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Pertukaran idea, maklumat dan kemahiran akan disusun dengan lebih bersistematik bagi memaksimumkan setiap ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. Besarlah harapan USIM agar program ini dapat diteruskan dan melahirkan lebih ramai para graduan berkualiti ke arah memartabatkan al-Quran demi kepentingan ummah secara khusus. USIM diwakili oleh Naib Canselor [...]
DUTA JAUHAR USIM TABUR BAKTI TINGKAT TAHAP PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI
LABIS, 4 OKT 2015 – Bertemakan “Parallax Your Eyes”, kumpulan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)yang terdiri dari 15 ahli dari pelbagai fakulti giat menjalankan khidmat komuniti bersama masyarakat Orang Asli Segamat Kecil, Labis melalui penganjuran program Development Education of Orang Asli (DE’ASLI) dan Kembara Bahasa. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Oktober 2015 turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Pelajaran Johor. Objektif utama penganjurannya adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat orang asli terhadap pentingnya pembelajaran kepada anak-anak mereka, selain memberi motivasi dan menaikkan semangat di kalangan mereka untuk bersaing dengan mesyarakat bandar yang jauh lebih maju dari pelbagai aspek. Selain itu, kumpulan Duta Jauhar USIM juga turut membantu anak-anak orang asli dari segi pendidikan iaitu dengan membangunkan modul “Fun Learning” iaitu dengan kaedah pembelajaran pelbagai dengan lebih santai, lebih menarik serta penuh pengetahuan antaranya permainan matematik, kelas Bahasa arab, home tutor, dan mengadakan sudut pembelajaran. Menurut Pengarah Projek Muhamad Fadhil Kamaruddin, Development Education of Orang Asli (DE’ Asli) merupakan satu projek yang menaiktaraf pendidikan orang asli dengan menggunakan modul Enjoy Fun Learning (EFL). Modul ini mengajar mereka cara-cara belajar dengan lebih kreatif dan efektif. Program ini dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa bermula daripada bulan Julai sehingga November 2015. “Bagi program kali ini, kumpulan Duta Jauhar USIM membuat jalinan kerjasama jangka panjang bersama pihak-pihak luar dan agensi-agensi kerajaan antara bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menerbitkan sebuah buku mengenai adat resam masyarakat kaum Jakun, dan buku ini dirancang untuk diedarkan ke [...]
USIM METERAI MOA DALAM ASPEK HALAL BERSAMA HANI D UNGGUL SDN BHD
NILAI, 21 OGOS 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memantapkan jalinan kerjasama bersama pihak industri dengan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Hani D Unggul Sdn Bhd yang berlangsung di Galeri pada 21 Ogos 2015. Melalui perjanjian ini, seramai 21 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda yang terdiri dari pelbagai bidang mengikuti program Modul ‘Publishing Attitudes’ yang akan dijalankan pada 29 hingga 31 Ogos 2015 di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. Ia adalah berkonsepkan aktiviti outdoor dan riadah bagi memantapkan rohani dan jasmani peserta setelah 3 minggu mengikuti kursus ini secara teori dan kuliah. Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, USIM kini dalam usaha untuk menggerakkan dan mengaktifkan jalinan kerjasama dalam industry halal dengan pihak industry dan organisasi luar terutamanya bagi tujuan latihan, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan serta pengkomersialan, dan pertukaran/ perkongsian kepakaran agar kepakaran yang ada pada kedua-dua organisasi ini dapat dikongsikan bersama ke tahap optimum demi kemajuan ummah. “Sejajar dengan keperluan ini, USIM berharap dapat menyediakan graduan yang terlatih dan trampil bukan sahaja dalam bidang sarjana mereka malahan melalui sijil Progam Halal Executive Professional (PHEP) di mana melalui program ini peserta bakal memperolehi kerjaya dalam bidang halal itu sendiri”. “USIM juga telah bekerjasama dengan syarikat SM International Wholesale (China Sdn Bhd) yang berpusat di Pelabuhan Klang di mana syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan khususnya bagi pelajar lepasan PHEP khususnya dalam aspek halal”, tambah Dato’ Musa. Syarikat Hani D Unggul Sdn Bhd (HDUSB) telah ditubuhkan pada 19 Ogos 2009 dengan menyediakan perkhidmatan spa dan saloon [...]
LATIHAN AUDIT SYARIAH PENUHI ASPEK PENTING KENDALI PERBANKAN ISLAM
NILAI, 3 SEPT 2015 – Seramai 16 orang peserta Latihan Audit Shariah yang terdiri dari kakitangan Bank Muamalat dari jabatan audit menerima penghargaan di Majlis Penyampaian Sijil Latihan Audit Shariah yang diadakan di Nilai Springs Resort Hotel semalam. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pensyarah USIM dan dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan USIM, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI). Program latihan ini terdiri 16 siri Latihan Audit Shariah yang bermula dari 27 September 2014 hingga 23 Mei 2015 yang lalu. Sepanjang siri kelas berlangsung, selain pendedahan terhadap perkara-perkara berkenaan audit shariah, para peserta juga diuji dengan beberapa tugasan seperti kuiz, kajian kes dan pembentangan. Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Emeritus Tan Sri Abd Shukor Hj Husin dalam ucapannya berkata, program Latihan Audit Shariah yang dijalankan bersama-sama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad merupakan program pencetus yang diusahakan oleh Institut Pengurusan Harta dan kewangan Islam (IFWMI) melalui geran penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Knowledge Transfer Programme’ (KTP). Geran PenyelidikanKTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/Komuniti yang digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/komuniti. “Bagi keperluan semasa terhadap perkembangan sektor kewangan Islam, IFWMI terpanggil untuk sama-sama menyumbang kepakaran serta melaksanakan penyelidikan khusus berkenaan audit syariah. Maka, wujudlah kerjasama yang telah dijalinkan bersama-sama dengan Bank Muamalat Islam Malaysia dengan pelaksanaan program Latihan Audit Shariah ini. Program Latihan Audit Shariah ini juga berpotensi bukan sahaja untuk diketengahkan kepada institusi kewangan lain di Malaysia bahkan di peringkat global seperti di Timur Tengah, Eropah, Australia, China mahupun Amerika Syarikat”, tambah Tan Sri [...]
SWAT 2015 MEMARTABATKAN AL-QURAN SEBAGAI ASAS KESEJAHTERAAN
NILAI, 6 OKT 2015 - Buat kali keempat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM menganjurkan Seminar Wahyu Asas Tamadun bermula 6 dan 7 Oktober 2015 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Seminar ini merupakan kesinambungan pertemuan yang lalu bagi tujuan membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan Quran dalam konteks keperluan masyarakat kini. Selaras dengan keperluan semasa, tema “"Memasyarakatkan Quran, Mensejahterakan Ummah" dipilih sebagai skop utama perbincangan dalam menjadikan Quran sebagai teras kelangsungan kesejahteraan Ummah. Seminar ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Datuk Abdul Latif Mirasa, Pengarah Yayasan Restu sebagai Pembentang Jemputan dan juga Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. Seminar selama dua hari ini melibatkan satu ucaptama, dua kertas kerja jemputan, satu sidang plenari dan pembentangan kertas kerja melalui lima sidang selari. Seramai 200 peserta menghadiri seminar ini yang terdiri daripada 150 pembentang kertas kerja sidang selari yang terdiri dari kalangan para ahli akademik, penyelidik, tokoh-tokoh agama, kakitangan majlis / jabatan agama Islam negeri, kakitangan swasta, penjawat awam, pelajar-pelajar institut pengajian tinggi dari dalam dan luar negara serta orang ramai yang berminat. Antara objektif program ialah memartabatkan Al-Quran sebagai asas kesejahteraan dan pencetus transformasi umat dan mengutarakan metod pengaplikasian Al-Quran dalam kehidupan masyarakat moden. Disamping itu juga, ia bertujuan untuk mengemukakan hasil kajian terbaru yang berkaitan Al-Quran dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Al-Quran. Menurut Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki , penganjuran Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT 2015) ini [...]
FIT@USIM BERSAMA YB KHAIRY JAMALUDDIN
NILAI, 4 Oktober 2015 - Komitmen untuk mempromosikan Program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung 10 Oktober nanti, YB Khairy Jamaluddin bersama Kumpulan Fit Malaysia hadir ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai hampir 1,000 orang pelajar berkumpul di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM untuk turut serta menjayakan program ini. Walaupun aktiviti senaman fit tidak dapat dijalankan kerana jerebu yang agak teruk pada pagi tersebut di mana bacaan IPU lebih dari 200, ia tidak membataskan perjalanan program dengan sesi ramah mesra bersama para pelajar. “Saya amat menghargai sumbangan 50 buah basikal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini dan beberapa langkah di ambil untuk memastikan kelestarian aktiviti sukan di USIM. Antaranya kita telah membuat laluan berbasikal dalam kampus sekitar 20 ke 25 kilometer dan kini USIM dalam proses membina laluan motorcross dalam kampus atas faktor keadaan struktur tanah USIM yang berbukit dan ada kawasan lapang adalah sesuai untuk ditambahbaik untuk mempelbagaikan aktiviti sukan bagi kegunaan masa akan datang,” ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad. Hari Sukan Negara yang pertama kalinya akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia diharapkan akan bersama-sama menjayakan aktiviti sukan dan acara yang diadakan selain menjadikan sukan sebagai salah satu budaya bagi mengamalkan cara hidup yang sihat. “Saya amat teruja bersama warga USIM memandangkan ini adalah lawatan rasmi pertama saya ke USIM sempena Hari Sukan Negara nanti. Apabila saya dimaklumkan bahawa bacaan IPU di kawasan Nilai ini sudah mencecah 200, atas faktor kepentingan kesihatan, aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan. Namun amat berbesar hati [...]









