Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2014

ACREDA USIM KE ARAH PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Melbourne, 7 Januari 2014 - Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai oleh Pengarah ACREDA, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani bersama 32 orang pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi 2012/2013 mengadakan program pengantarabangsaan serta lawatan akademik dan teknikal ke Melbourne, Australia. Program selama enam hari tersebut telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar mengenai modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang digunakan di pusat-pusat pemulihan di Melbourne. Lawatan ini merupakan satu inisiatif pihak ACREDA dalam memberi peluang kepada siswazah untuk membuat kajian dan perbandingan modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara luar. Selain itu, lawatan ini memberi pendedahan kepada siswazah tentang isu penyalahgunaan dadah serta memahami usaha negara luar bagi membantu dalam memberi rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah. Para pelajar telah membuat lawatan ke beberapa pusat yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di Melbourne seperti Western Region Health Centre, Australia Drug Foundation dan Turning Point Victoria. Sesi pertukaran idea dan percambahan ilmu turut berlangsung sepanjang lawatan bagi memastikan semua pelajar dapat memahami isu dan kaedah pencegahan dadah dan program harm reduction yang diaplikasikan oleh kerajaan Australia dalam menangani masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat. Program pengantarabangsaan ini amat memberi manfaat kepada para pelajar daripada segi peningkatan pengetahuan dan pengalaman yang jarang dapat dikongsi. Lawatan ini juga merupakan platform untuk memperkasakan ilmu rawatan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah apabila pelajar telah mula berkhidmat dalam organisasi setelah tamat pengajian kelak. Pihak ACREDA berhasrat untuk [...]

USIM PRIHATIN ANJUR KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 2014

NILAI, 18 MAC 2014 – Bertemakan Save a Life Today, Kempen Derma Darah Perdana  berjaya dilaksanakan oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar  Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bermula 17 dan 18 Mac bertempat di Bilik Seminar 2 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ini telah dihadiri kira-kira seramai 250 penderma yang berdaftar. Objektif penganjuran program ini adalah bagi memupuk kesedaran kepada semua peringkat kakitangan dan pelajar USIM tentang pentingnya darah kepada mereka yang sangat memerlukannya. Oleh yang demikian, atas keperihatinan yang ditunjukkan para penderma, sebanyak 165 beg darah yang berjaya diperolehi dan ini menunjukkan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Penderma bukan sahaja dari warga Malaysia malah pelajar dan pensyarah antarabangsa turut sama prihatin menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan. Melalui penganjuran program ini, diharap dapat memberi kesedaran dan memupuk semangat saling bantu membantu agar golongan yang tidak bernasib baik ini dapat meneruskan kehidupan mereka. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Penolong Pegawai Media StraComm

UNIT KEBUDAYAAN USIM LANCAR ALBUM LAGU MELAYU ASLI

NILAI, 21 MAC 2014 – Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM. Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan irama melayu asli.  Album ini mengandungi 15 buah lagu dan 12 lagu Melayu Asli yang sebahagiannya dipopularkan menerusi teater bangsawan seperti Embun Menitik, Seri Siantan, Seri Mersing dan Damak. Lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan  oleh penyanyi lagu asli terkemuka iaitu R. Ismail, Aspalela Abdullah dan Raftah Bachik. Istimewanya, album Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM ini juga memuatkan  3 buah lagu yang diilhamkan  daripada irama lagu asli segar iaitu Embun Menitik, Seri Siantan dan Seri Mersing, di mana liriknya diinovasikan mengikut tema keagungan Tuhan, Rasulullah SAW dan semangat patriotik. Manakala, lirik bagi tiga lagu tersebut telah dikarang oleh pelajar dan alumi USIM iaitu Abdul Hadi Md Akhair, Ummi Hajar Muslim, Sitti Salimah Salamun, Siti Walida Parson, Mohd Helmi Jefri, Ahmad Faiz Ab Aziz dan Muhammad Shukri Sahari. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, mengangkat kesenian bangsa melayu bukan bermakna mengabaikan kesenian kaum lain tetapi ia dapat merapatkan perpaduan antara masyarakat supaya lebih mengenali budaya melayu dengan lebih erat yang penuh dengan kesopanan dam kelembutan. “Malah menurut kajian di Amerika Syarikat (Mayer Spivack, 2007) menyatakan terdapat kajian membuktikan muzik boleh merangsang dan menyeimbangkan otak manusia dan berupaya meningkatkan ilmu matematik manusia”, tambah [...]

MEMPERKASA AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI-AMANAT 2014 NAIB CANSELOR USIM

NILAI, 20 MAC 2014 – Menjajarkan Pelan Strategik USIM ke Arah Pengukuhan Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli adalah misi yang ditekankan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail melalui Amanat Tahun 2014 Naib Canselor yang berlansung di Dewan Besar USIM. Dalam hasrat memberi nafas baharu kepada warganya termasuklah pelajar, kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik, USIM bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli, serta menjelaskan strategi dan perancangan hala tuju dalam usaha memperkasakan kedudukan USIM supaya terus mampu bersaing di arus perdana dan di peringkat antarabangsa agar sentiasa kekal di hati masyarakat. USIM sememangnya unik kerana satu-satunya institusi yang mengangkat integrasi naqli dan aqli bukan sahaja dalam kurikulum malah sistem tadbir urusnya. Justeru itu, USIM pada awal tahun 2013 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju Konsortium Institusi Pengajian Tinggi Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan atau dikenali sebagai i-IQRA’. Negara meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat konsortium ini dapat memperkasakan program akademik dan pengajian Islam yang bukan sahaja terhad kepada institusi pendidikan dalam Negara tetapi turut menjangkau manfaatnya di peringkat serantau dan rakan-rakan di dalam OIC. USIM pada usia yang disifatkan masih muda dan perlu melalui banyak proses kematangan, telah mencipta sejarah dan mendapat pengiktirafan apabila memenangi tiga anugerah daripada Europe Business Assembly (EBA) pada Majlis Anugerah Socrates (Socrates Award Ceremony) yang diadakan di London pada 16 hingga 19 Disember 2013. Kejayaan USIM dalam memenangi Best Regional University, Best Manager of the Year dan Best [...]

USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN

Nilai 18 MAC 2014 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Pengurusan Keselamatan Negeri Sembilan meriah disertai oleh seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan Berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif Canselori turut dihadiri oleh pegawai-pegawai keselamatan USIM dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail Naib Canselor USIM turut sama bagi meraikan majlis tersebut. Majlis anjuran Bahagian Keselamatan USIM ini adalah bertujuan bagi menghargai dan merealisasikan hasrat murni USIM berhubung kerjasama yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa keselamatan setempat dalam usaha untuk merapatkan hubungan serta mengenali lebih rapat agensi keselamatan setempat yang telah banyak membantu pihak Universiti menjaga keamanan dan keselamatan kampus selama ini. Sehubungan itu, USIM memulakan langkah strategik dengan membina reputasi sebagai IPTA yang sentiasa mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dalam semua agensi keselamatan yang berada di Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama ini juga bakal membina hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi di masa hadapan. YBhg. Prof Dato’ Dr Asma Ismail berkata  usaha untuk membendung jenayah tidak seharusnya diletakkan di atas bahu pihak Bahagian Keselamatan  semata-mata, tetapi sebaliknya warga kampus dari pelbagai lapisan juga perlu turut sama mengambil peranan masing-masing dalam menjaga keamanan serta ketenteraman awam di kampus ini. “Dalam soal menjaga keselamatan ini, kita semua perlu bermuafakat serta sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku di kawasan sekeliling kita. Warga Kampus tidak kira kakitangan dan pelajar perlu berganding [...]

PROGRAM JELAJAH UMMAH FPBU DEKATI GOLONGAN GELANDANGAN

PUDURAYA, 15 Mac 2014 - Biro Kebajikan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif bagi mendekati golongan gelandangan dengan  menganjurkan Program Jelajah Ummah bersama Gelandangan di sekitar ibu kota pada sabtu lepas. Seramai 39 orang pelajar dan staf terlibat dalam program kali ini yang diketuai oleh Encik Shahrul Hafifi, penolong pendaftar pentadbiran FPBU. Sebanyak 200 bungkusan makanan telah diagihkan kepada golongan gelandangan di sekitar Puduraya dengan mendapat kerjasama dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Kindness. Menurut pengarah program, Fatin Jalilah Mohd Jalil, objektif penganjuran program kali ini adalah bagi memupuk sikap prihatin dalam diri mahasiswa USIM selain dapat merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh golongan ini, ia selari dengan objektif USIM selain melahirkan mahasiswa yang menjadi peneraju kepada ilmu Naqli dan Aqli, malah dapat melahirkan modal insan dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. “Kehidupan sebagai seorang mahasiswa tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata namun khidmat komuniti kepada masyarakat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian”, katanya lagi. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada para peserta oleh pihak Kindness sebelum pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu zon 1 dan 2 yang meliputi sekitar Hentian Puduraya, Menara Maybank dan Petaling Streets. Dalam pada itu, Abdullah bin Ismail, pelajar tahun dua FPBU dan merupakan Pengerusi Sekretariat yang turut serta dalam program ini berkata, program ini menampilkan sedikit kelainan kerana ia merupakan julung kali program dekati golongan gelandangan yang dijalankan oleh mereka. Atas keperihatinan terhadap golongan [...]

VIDEO KREATIF DISLEKSIA ORIGAMI PIKAT JURI

AYER KEROH, 12 Mac 2014  - Tidak memiliki latar-belakang pengajian dalam seni persembahan atau perfileman tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti bergabung idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah video menarik berkaitan Disleksia. Video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul "Origami" terbitan kumpulan mereka yang dinamakan Light Motion Production telah dihasilkan khusus bagi menyertai Pertandingan Dyslexia Awareness : Viral Video Competition anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Persatuan Dyslexia Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa di Malaysia dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai Disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Ternyata skrip dan olahan jalan cerita yang menarik telah menjadikan video "Origami" terpilih sebagai salah-satu daripada lima finalis untuk mara ke peringkat akhir. Penilaian dibuat berdasarkan pilihan penonton secara online di laman YouTube melalui jumlah ‘Like’ yang diperolehi bagi setiap video yang dipertandingkan. Bagi menentukan para pemenang, ke semua finalis perlu melakukan pembentangan di hadapan para juri profesional dengan menyaksikan Light Motion Production berjaya meraih tempat Ketiga. “Mendapat tempat Ketiga merupakan satu bonus bagi kami kerana "Origami" adalah satu-satunya video yang bukan dari UTeM berjaya tersenarai sebagai finalis. Syukur Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyokong kami serta para penonton yang telah sudi menonton dan ‘Like’ video ‘Origami’ [...]

WARGA USIM TUNAI SOLAT ISTISQA’ DAN DOAKAN MH370

NILAI, 13 Mac 2014 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunaikan Solat Sunat Istisqa’ di Dataran Canselori USIM yang bermula pada jam 8.30 pagi. Istisqa’ yang bermaksud siraman air adalah solat sunat yang ditunaikan secara khusus sebagai salah-satu ikhtiar memohon turunnya hujan. Musim kemarau berpanjangan yang melanda negara sejak bulan lalu dan dijangka berterusan sehingga penghujung April menyebabkan suhu panas/kering yang agak tinggi berlaku dan keadaan ini turut menjejaskan kualiti udara beberapa kawasan termasuk Nilai yang dilanda jerebu. Beberapa siri kebakaran yang berlaku di sekitar Nilai turut menyumbang kepada kualiti udara tidak sihat dan menjejaskan kesihatan apabila kerap terdedah dengan aktiviti luar dalam jangka masa yang lama. Solat sunat Istisqa’ ini anjuran Pusat Islam USIM dengan kerjasama persatuan dan kelab pelajar mendapat penglibatan yang baik daripada kakitangan dan para pelajar USIM. Turut bersama menunaikan solat sunat yang diimamkan oleh Dr Salah Mohamad Zaki Mohamad Ibrahim, Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) ini adalah Pengurusan Universiti, antaranya Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Warga USIM turut mengambil kesempatan dan berkongsi keprihatinan bersama rakyat Malaysia dan dunia dengan turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak kapal dan para penumpang pesawat MH370 milik MAS yang hilang pada Sabtu lalu dan masih belum dapat dikesan sehingga kini. Dalam doa yang dibacakan oleh Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Pengarah Pusat Islam USIM, warga USIM turut mendoakan diberi ketabahan dan kesabaran kepada ahli keluarga [...]

PUSAT TAMHIDI UNGGULI DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2014

NILAI, 9 Mac 2014 – Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memasuki edisi Ke-7 penganjurannya pada tahun ini menyaksikan Pusat Tamhidi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor. Kejohanan Debat Piala Naib Canselor anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berlangsung pada 7 hingga 9 Mac lalu bertempat di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) diadakan dalam tiga kategori bahasa iaitu Bahasa Melayu (18 pasukan) , Bahasa Inggeris (17 pasukan) dan Bahasa Arab (17 pasukan). “Kejohanan ini merupakan salah satu platform atau medium bagi pihak universiti untuk mencari pelapis-pelapis pendebat generasi baharu yang lebih berwibawa serta melahirkan  lebih ramai pendebat berbakat dan dapat menaikkan nama USIM”. “Melaluinya juga, institusi pengajian kita tidak ketandusan legasi pendebat terbilang dalam meneruskan kecemerlangannya mengharumkan nama Universiti di peringkat domestik dan antarabangsa” ucap YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor dalam ucapan perasmian Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2014. Majlis kemuncak Kejohanan Debat Naib Canselor ini adalah Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu yang menemukan pendebat dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) selaku Kerajaan dan Pusat Tamhidi selaku Pembangkang memperdebatkan usul “Media Sosial Wajar Disekat” berlangsung meriah di Dewan Kuliah Pusat 3. Kepetahan dan hujahan bernas para pendebat muda Pusat Tamhidi menobatkan mereka sebagai Johan bagi Kategori Bahasa Melayu dan FSU sebagai Naib Johan. Bagi kategori Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) muncul Johan menewaskan pendebat dari FSU manakala Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) [...]

i-FeST GALAK MAHASISWA USIM MINAT BIDANG SAINS

NILAI, 1 Mac 2014 - Bertemakan ‘Legacy of Golden Age’, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menganjurkan Islamic Festival of Science and Technology (i-FeST) 2014 yang berlangsung selama enam hari bermula 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Dataran Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP). Pelbagai gerai, pameran dan seminar telah diadakan antaranya dari PetroSains, Pusat Sains Negara, pameran IQRA dari muzium dan galeri Tuanku Fauziah, dan demonstrasi sains dalam Karnival Sains dan Teknologi Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, turut diadakan bicara mahasiswa cakna, bicara usahawan kampus, hari siswi, minggu keusahawanan dan Young Daie Award bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat. Seiring dengan tema, pengarah i-FeST saudara Ahmad Akmaluddin Mazlan berkata, ia bagi menyorot kembali zaman kegemilangan tamadun dan cendekiawan Islam dalam penguasaan ilmu dan teknologi pada masa lalu seperti dalam bidang astronomi, matematik dan perubatan agar menjadi motivasi dan inspirasi kepada generasi muda sekarang. Dimana selari dengan tema USIM sendiri iaitu ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’. “Dengan penganjuran program seperti ini yang menampilkan pendekatan yang berbeza berfokuskan sains islam sebagai agenda utama, diharap mahasiswa USIM menyedari akan kepentingan ilmu sains seterusnya bercita-cita menjadi saintis muslim yang terkehadapan dalam menyelesaikan isu ummah, sekaligus meletakkan kedudukan Islam sebagai rujukan”, ujarnya. Program kemuncaki-FeST berakhirdengan Konsert Amal Stairway to Heaven yang diadakan pada jumaat malam yang berkonsepkan tribute kepada Negara umat Islam yang dilandakesengsaraan. Antara pengisian yang menarik pada malam itu adalah persembahan nasyid anak rohingya dari Madrasah Hashimiah  Selayang, saudara Fitri Haris UNIC, Sham Kamikaze, [...]

Go to Top