Mac 2013
KERAJAAN NS SUMBANG RM500,000 KEPADA USIM
NILAI 12 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan memberikan sumbangan RM500,000 kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha membantu universiti tersebut meningkatkan penyertaan pelajar mereka dalam aktiviti pembangunan dan pengantarabangsaan pelajar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap dengan sumbangan itu ia dapat mencetuskan pelajar yang lebih beriltizam untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berupaya meningkatkan kemahiran insaniah mereka. "Ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk mencurahkan khidmat bakti seperti kerja-kerja amal kepada masyarakat di pelbagai peringkat tanpa mengira bangsa mahu pun agama, sama ada di dalam atau di luar negara," katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu serta pelancaran program IM4U Outreach Centre dan University Transformation Centre di USIM, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Timbalan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah. Bercakap kepada pemberita, Mohamad turut menyifatkan program 1M4U Outreach Centre sebagai program yang dekat di hatinya kerana kerajaan dapat menjalin kerjasama dengan belia melalui aktiviti yang dirasakan sesuai. "Seharusnya para belia mesti dibimbing sebaik mungkin agar mempunyai minda terbuka dan tidak terlibat dengan gejala tidak sihat yang boleh merugikan masa depan negara. "Program sebegini yang dilaksanakan pihak USIM juga adalah sesuatu yang tepat pada masanya seperti mana hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan yang dapat mendatangkan faedah kepada kumpulan sasaran," katanya. Katanya, kerajaan adalah sebagai pemudah cara dengan bantuan kewangan, tunjuk [...]
BANK ISLAM BERI SUMBANGAN ZAKAT PADA PELAJAR USIM
NILAI – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan antara institusi perbankan utama negara telah memilih USIM sebagai penerima wang zakat untuk diagihkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan kewangan sepanjang pengajian mereka. Majlis penyerahan sumbangan wang zakat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Norasni Ayob, Ketua Pegawai Operasi BIMB kepada YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM. Pada majlis ini, pihak Bank Islam telah menyampaikan sebahagian wang zakat mereka bagi tahun 2011 berjumlah RM 50,000.00 kepada Universiti. Sumbangan ini merupakan sumbangan berterusan kepada institusi terpilih dan USIM pernah menerima sumbangan wang zakat dari Bank Islam pada tahun lalu. Pemberian sumbangan wang zakat seperti ini oleh pihak korporat mahupun individu amat digalakkan dan dihargai oleh Pengurusan Universiti. Melalui pemberian seperti ini, ia dapat meringankan bebanan kewangan pelajar yang tidak berkemampuan terutamanya untuk menjelaskan yuran pengajian mereka. Menurut YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang turut hadir dalam majlis ini berkata “USIM telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menilai para penerima zakat yang layak dan satu garis panduan penilaian penerima zakat telah kita sediakan. Pemberian zakat ini kita berikan kepada asnaf yang layak meliputi tiga (3) golongan sahaja iaitu fakir, miskin dan fisabilillah” “Mekanisme penentuan penerima yang layak dibuat secara telus dan terperinci berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam garis panduan ini yang dibangunkan hasil rujukan kepada garis panduan agihan zakat oleh institusi zakat dan juga JAWHAR” katanya lagi. Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat kepada pelajar yang layak telah diadakan [...]
KPT IKTIRAF 3 PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI DARI USIM
PUTRAJAYA – Satu majlis penghargaan kepada para penyelidik IPT yang menghasilkan penciptaan baharu telah diraikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Malam CITRA Inovasi yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya. Penganjuran majlis ini juga telah menonjolkan penciptaan inovasi yang berjaya dikomersialkan dan yang berpotensi untuk dikomersialkan serta telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan kebangsaan bagi tahun 2011 dan 2012. Selari dengan agenda pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari (PTPMIIPT) dalam menyemarak dan membudayakan inovasi di kalangan masyarakat amnya dan IPT khususnya, sebanyak 94 penciptaan daripada 387 keseluruhan penciptaan daripada IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti diberikan penghargaan oleh KPT. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi melalui teks ucapan beliau yang dibacakan oleh YBhg. Datuk Ab. Rahim Md Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa “Dalam perlumbaan sengit dunia tanpa sempadan di mana kemampuan berdaya saing menjadi penanda aras baharu carta kompetitif global, kemampuan merekacipta dan menampilkan mindset breakthrough menjadi pedoman dalam perlumbaan inovasi” Menurutnya lagi “Peranan IPT cukup kritikal bukan sahaja sebagai pemacu kegemilangan tradisi ilmu tetapi juga mewujudkan ekosistem intelektual yang kondusif. Dalam konteks ini, penggemblengan usaha padu ke arah penerokaan dan penjanaan kreativiti dalam melahirkan inovasi dan penciptan nilai tambah amat diperlukan” Pada majlis ini, YBhg. Prof. Dato’ Asma Ismail, Naib Canselor USIM bersama penyelidik USIM menerima sijil penghargaan daripada KPT bagi tiga (3) penyelidikan yang telah dihasilkan iaitu Linguistik Bahasa Arab dengan Kaedah Muthla Takamuliah, DLIVE : Alatan Penyiasatan Forensik Digital dan Tekanan Keluarga E-Sohffanz. Pengiktirafan dari KPT ini mencerminkan [...]
PELAJAR ISID GONTOR SERTAI PROGRAM SULUNG MOBILITI
PUTRAJAYA – Jalinan kerjasama yang telah dirintis oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Institut Studi Islam Darul Salam (ISID) Gontor, Indonesia oleh Pengurusan Tertinggi kedua-dua pihak telah memperlihatkan pelbagai bentuk kerjasama telah dilaksanakan secara berkesan oleh kedua-dua institusi serumpun ini. Buat julung-julung kalinya, seramai 30 orang mahasiswi ISID Gontor telah menyertai Leadership Seminar For Students Mobility Programme of ISID to USIM baru-baru ini. Para mahasiswi ini yang turut diiringi oleh YBhg. Dr. Syamsul Hadi Untung, Ketua Program Jabatan Usuludin ISID bersama beberapa guru pengiring yang lain telah berkampung selama seminggu di USIM bagi menjayakan seminar ini. Program yang disertai ini adalah salah satu bentuk program Mobility Inbound yang dilaksanakan oleh USIM melibatkan rakan strategik luar negaranya. Sepanjang seminar ini juga telah diaturkan pelbagai program sampingan kepada para pelajar yang dikendalikan secara bersama oleh Pejabat Naib Canselor, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Pejabat Perhubungan Antarabangsa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). “Perlaksanaan program seperti ini amat baik dan memberi manfaat yang cukup besar kepada USIM dan ISID. Saya dimaklumkan, kumpulan kedua pelajar USIM juga telah berada di ISID kini bagi menjalani latihan industri selama dua (2) bulan di sana. Dalam konteks Islam sendiri, menjalin dan memperkukuhkan tali silaturrahim itu amat dipandang mulia” kata YB Dato’ Seri Dr. Abdullah Md Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya semasa menerima kunjungan muhibah para peserta ke pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. “Melalui Seminar SEIPTI yang saya hadiri sebelum ini, telah memperlihatkan akan hubungan akrab institusi serumpun ini iaitu USIM, [...]
Februari 2013
Mohd Ikhwan Harumkan Nama Malaysia di PABM 2013
PUTRAJAYA – Percubaan kali kedua Mohd Ikhwan Rosseli, Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di pentas Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 ternyata membawa tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai Johan PABM Kategori Nusantara. Pada malam kemuncak Pertandingan Akhir PABM 2013 yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), penyampaian pidato bertenaga oleh Mohd Ikhwan telah menambat hati para juri profesional dan memukau khalayak dewan sekaligus menewaskan dua pemidato lain yang mewakili negara masing-masing iaitu Indonesia dan Brunei Darussalam. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia mewakil YAB Perdana Menteri yang menyaksikan Mohd Ikhwan selaku Johan PABM Kategori Nusantara menerima Piala Perdana Menteri, wang tunai RM 21,700, piala iringan, sijil penghargaan dan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kejayaan manis ini turut dikongsi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang turut hadir bersama-sama para pelajar USIM untuk memberi sokongan moral kepada beliau. Naib Canselor dalam ulasannya menyatakan “Kejayaan Saudara Ikhwan adalah satu kebanggaan kepada USIM keseluruhannya dan ini membuktikan para pelajar kita mampu memberi sumbangan yang hebat bukan sahaja kepada Universiti, malah kepada Negara. Ternyata kita mempunyai pelajar-pelajar yang berbakat besar dan ini seharusnya menjadi motivasi dan rangsangan kepada pelajar lain khususnya para pelapis untuk bersungguh-sungguh dan berjaya [...]
Yayasan Tun Ismail Terokai Kewangan Islam Bersama USIM
NILAI – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Yayasan Tun Ismail (YTI) yang ditubuhkan pada Oktober 1999 melihat USIM sebagai satu salah rakan strategik institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk bersama-sama menerokai bidang kewangan Islam secara lebih meluas. Kerjasama awal kedua-dua pihak telah dijalinkan melalui perjanjian MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi penubuhan Kursi Profesional di Universiti ini sebelum ini. Perkembangan terkini kepada kerjasama yang telah terjalin ini adalah melalui Majlis Penyerahan Cek oleh Yayasan Tun Ismail yang diwakili oleh Encik Aziz Anuar, Naib Presiden I, Bahagian Pembangunan Pendidikan & Komunikasi Korporat PNB kepada YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam satu majlis ringkas di Canselori baru-baru ini. Cek berjumlah RM 150,000.00 merupakan sebahagian daripada keseluruhan dana RM 300, 000.00 yang diterima USIM bagi Kursi Profesional yang diwujudkan. Dana ini akan memfokuskan kepada penganjuran beberapa siri syarahan umum yang akan disampaikan oleh tokoh akademik yang menyentuh topik dan isu-isu Kewangan Islam diperingkat tempatan dan global. Naib Canselor menekankan “USIM sebagai intitusi pendidikan yang membawa pendekatan Islam dalam setiap program pengajianya termasuk Sains melihat bidang Kewangan Islam adalah antara bidang tujahan penting yang akan dipelopori USIM. Kerjasama dan kepercayaan yang ditawarkan oleh Yayasan Tun Ismail dan PNB secara tidak langsung akan memperkenalkan USIM secara lebih meluas kepada pemain industri Kewangan Islam.” Sehubungan itu, peluang ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin bagi memastikan para pelajar, pensyarah, Universiti dan masyarakat turut mendapat faedahnya. Ia juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada transformasi Kewangan Islam dengan menjadikan pasaran Malaysia sebagai titik mulanya. Bagi [...]
Yayasan Tun Ismail Terokai Kewangan Islam Bersama USIM
NILAI – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Yayasan Tun Ismail (YTI) yang ditubuhkan pada Oktober 1999 melihat USIM sebagai satu salah rakan strategik institusi pengajian tinggi yang berpotensi untuk bersama-sama menerokai bidang kewangan Islam secara lebih meluas. Kerjasama awal kedua-dua pihak telah dijalinkan melalui perjanjian MoA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak bagi penubuhan Kursi Profesional di Universiti ini sebelum ini. Perkembangan terkini kepada kerjasama yang telah terjalin ini adalah melalui Majlis Penyerahan Cek oleh Yayasan Tun Ismail yang diwakili oleh Encik Aziz Anuar, Naib Presiden I, Bahagian Pembangunan Pendidikan & Komunikasi Korporat PNB kepada YBhg. Profesor Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam satu majlis ringkas di Canselori baru-baru ini. Cek berjumlah RM 150,000.00 merupakan sebahagian daripada keseluruhan dana RM 300, 000.00 yang diterima USIM bagi Kursi Profesional yang diwujudkan. Dana ini akan memfokuskan kepada penganjuran beberapa siri syarahan umum yang akan disampaikan oleh tokoh akademik yang menyentuh topik dan isu-isu Kewangan Islam diperingkat tempatan dan global. Naib Canselor menekankan “USIM sebagai intitusi pendidikan yang membawa pendekatan Islam dalam setiap program pengajianya termasuk Sains melihat bidang Kewangan Islam adalah antara bidang tujahan penting yang akan dipelopori USIM. Kerjasama dan kepercayaan yang ditawarkan oleh Yayasan Tun Ismail dan PNB secara tidak langsung akan memperkenalkan USIM secara lebih meluas kepada pemain industri Kewangan Islam.” Sehubungan itu, peluang ini akan dimanfaatkan semaksima mungkin bagi memastikan para pelajar, pensyarah, Universiti dan masyarakat turut mendapat faedahnya. Ia juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada transformasi Kewangan Islam dengan menjadikan pasaran Malaysia sebagai titik mulanya. Bagi [...]
Pasukan Debat USIM Juarai PENDEPIS
BANDAR SERI BEGAWAN – Mempamerkan persembahan yang konsisten sejak pusingan saringan dan penuh bertenaga ketika di pentas akhir Pertandingan Debat Pendidikan Islam Serantau (PENDEPIS) membawa Pasukan Debat USIM yang diwakili oleh Mohd Ikhwan Rosseli dan Hamizan Hamzah muncul Johan menewaskan Pasukan Debat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) A yang membariskan Nur Zaidah Harun dan Nurulzimah Yahya. Pertandingan Akhir PENDEPIS yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Da’wah Islamiah (PDI) ini dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen Kedua KUPU SB yang dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pangiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pangiran Haji Bahar yang bebesar hati menyampaikan hadiah berupa piala pusingan, piala iringan, wang tunai BND1,000 dan sijil penyertaan kepada Johan manakala Naib Johan menerima piala iringan, wang tunai BND800 dan sijil penyertaan. Penganjuran kali pertama yang disifatkan berjaya ini menghimpunkan dan mempertemukan pendebat-pendebat dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara untuk membahaskan pelbagai usul debat yang bertemakan “Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan Islam”. Bagi pertandingan akhir, usul yang diperdebatkan adalah “Gejala Sosial Dikalangan Remaja Islam Semakin Berleluasa”. Pengerusi Jawatankuasa Kerja PENDEPIS, Yang Mulia Haji Roslan bin Haji Untong, Dekan Pelajar KUPU SB dalam ucapan alu-aluannya sebelum pertandingan akhir bermula menyatakan “PENDEPIS adalah salah satu landasan yang diwujudkan untuk meninjau dan mengenal pasti sejauh mana kemampuan para pelajar kini dalam memperkatakan dan membincangkan secara ilmiah isu-isu berkaitan Pendidikan Islam dengan mengemukakan hujah-hujah yang relevan serta disokong oleh petikan ayat Al-Quran dan Hadis”. “Alhamdulillah, persediaan yang baik sebelum bertandang ke [...]
BB1M dan KADS1M Inisiatif Kerajaan Untuk Pelajar
NILAI – Pengurusan ekonomi serta penyediaan perancangan belanjawan tahunan negara setiap tahun yang baik oleh Kerajaan termasuk pembentangan Bajet 2013 pada bulan September 2012 lalu mencerminkan sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab. Limpahan kemakmuran ekonomi diberikan kepada rakyat pelbagai peringkat, malahan golongan pelajar Universiti juga tidak diabaikan melalui pemberian pelbagai bentuk bantuan untuk mereka. Menurut YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Mentor USIM “Kerajaan amat prihatin kepada pembangunan pendidikan negara dan buktinya hampir RM 50 bilion iaitu kira-kira 1/4 daripada keseluruhan Bajet 2013 dikhususkan untuk tujuan ini. Perkara ini dibuat dengan perancangan yang teliti, bukannya secara terburu-buru dan turut dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum diluluskan”. Beliau dijemput bagi merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Galeri Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada para pelajar baru-baru ini. Ketibaan YB Menteri Mentor disambut dengan persembahan istimewa yang dijayakan oleh pelajar Unit Kebudayaan dan Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ternyata menarik perhatian beliau. Pada tahun ini, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan nilai BB1M daripada RM 200 kepada RM 250 kepada setiap pelajar bagi meringankan bebanan kewangan mereka bagi membeli bahan-bahan bacaan akademik. Selain itu, melalui pemberian KADS1M yang diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secara tidak langsung turut membantu pelajar merancang perbelanjaan harian dengan pemberian diskaun 1 hingga 60 peratus bagi item atau perkhidmatan terpilih. “Kedua-dua bantuan ini (BB1M dan KADS1M) adalah satu petunjuk bahawa kita menyedari keperluan dan tuntutan para [...]
USIM Bantu Wujudkan Pekerjaan Dalam Sektor Halal di Sarawak
‘Knowledge Transfer Programme- Halal Flagship’ adalah program geran di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi membawa ilmu untuk dipraktikkan daripada universiti kepada masyarakat. Program HALJOB adalah usahasama antara USIM, HDC, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Veterinar dari Jabatan Pertanian Sarawak dan Majlis Agama Islam Sarawak bagi menjana pekerjaan Halal (Halal Job) dalam industri halal. Menggunakan geran ini, satu kursus sembelihan (HALJOB) telah dikendalikan oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) USIM di Kuching dari 27 Jan hingga 02 Feb 2013, dengan urus setia yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Fakulti Sains Teknologi, Program Bioteknologi Makanan, USIM dan pembantu tadbir IHRAM. Menurut Pengarah IHRAM, Prof Madya Dr Alina Abdul Rahim, kursus ini diikuti oleh 30 orang peserta yang terdiri dari anak-anak tempatan serta wakil industri. yang terdiri daripada eksekutif Halal. Ini sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada umat Islam, mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing yang boleh membawa masalah sosial. Ini adalah kali kedua Haljob dijalankan. Kali pertama diadakan pada tahun 2011 di Kuching dalam sesi pengenalan, ceramah dan temuduga yang berlangsung selama 2 hari, anjuran program Halal Sarawak. Antara tenaga pengajar HALJOB ialah Dr Kamaruzaman mantan Pengarah Veterinar, Malaysia, serta pensyarah-pensyarah USIM seperti Puan Norhayati Rafida (Fakulti Kepimpinan Pengurusan), Dr Ahmad Wifaq dan Uztaz Mahyeddin (Fakulti Syariah Undang2) dan Prof Madya Dr Fauzi (Fakulti Quran Sunnah) dan Ustaz Jabal (HDC). TV Alhijrah turut membuat liputan sepanjang seminggu kursus dijalankan. Pengisian kursus ini mementingkan aspek syariah, dan teknikal. Peserta turut didedahkan kepada latihan dalam kumpulan diatur supaya aspek integriti dan kerohanian, turut dipraktikkan. Latihan praktikal [...]