Mei 2012
USIM RANGKUL NAIB JOHAN DEBAT PERDANA PENGGUNA SISWA 2012
BANGI – Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena perdebatan Institusi Pengajian Tinggi apabila berjaya merangkul gelaran naib juara di dalam Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 Mei 2012 baru-baru ini. Pasukan USIM yang diwakili oleh Mohd Ikhwan Rosseli dan Muhammad Shah Izad Salleh yang bertindak selaku Kerajaan Pembuka memperdebatkan usul “Dewan Ini Akan Memilik Negarakan Industri Barangan Kawalan”. Selaku naib johan, mereka membawa pulang wang tunai RM 4000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Pasukan UKM selaku Pembangkang Penutup yang diwakili oleh Mohd Daniel Baharuddin dan Najah Izzati Sulaiman telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang tunai RM 5000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang turut hadir menyaksikan pertandingan akhir yang berlangsung sengit ini. Menyedari seni berfikir dan berucap ini mampu memberi impak besar dalam memperkembangkan ilmu kepenggunaan selain berupaya mengumpul idea bernas dan segar, buat julung-julung kalinya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan debat ini dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM), Yayasan Orator dan Persatuan Alumni Debat dan Pidato Malaysia (ADI). Pertandingan ini yang menggunapakai format British Parliamentary (BP) Style iaitu 4 buah pasukan yang terdiri daripada dua orang pendebat, akan berdebat secara serentak dengan memainkan peranan sebagai Kerajaan Pembuka, Kerajaan Penutup, Pembangkang [...]
One Day Community Care Serlahkan Transformasi Mahasiswa USIM Menjadi Warga al-Abrar
SUNGAI BULOH – “ Enam tahun tanpa kunjungan sesiapa akhirnya terubat juga rindu yang amat mendalam kepada anak- anak sendiri” begitulah kata-kata tulus dan suci yang terungkap dari naluri seorang ibu, salah seorang penghuni Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh, Selangor semasa menerima kunjungan Urusetia Kesenian Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Program One Day Community Care II (ODCC) yang berlangsung pada 12 Mei baru-baru ini. One Day Community Care merupakan salah satu aktiviti tahunan dibawah siri Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa (PTKM) yang menekankan aspek Kesedaran Sosial dikalangan mahasiswa USIM. Program ODCC kali ini merupakan penganjuran kali kedua selepas Taman Sinar Harapan Tuanku Najihah, Seremban Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada tahun 2011. One Day Community Care II telah dianjurkan oleh Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah disertai seramai 43 mahasiswa dan mahasiswi dari Urusetia Kesenian Pelajar yang aktif dalam program seni budaya serta 43 penghuni Kompleks Penyayang Bakti yang terdiri dari anak- anak yatim, kanak- kanak lemah pelajaran, warga emas dan ibu tunggal. Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh telah ditubuhkan pada tahun 2002 hasil gabungan tenaga Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) sebagai badan NGO, Tetuan Yarisan Holding Sdn. Bhd (badan swasta) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (badan kerajaan). Menurut Encik Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan BHEP USIM, idea melahirkan ODDC ini selari dengan senario masyarakat hari ini yang semakin lupa akan tanggunjawab sosial yang sepatutnya dipikul bersama dalam memastikan perancangan kearah mencapai negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Soal [...]
Gelandangan Dapat Perhatian Warga USIM
KUALA LUMPUR- Seramai 48 orang pelajar USIM dari Kelab Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Kolej Kediaman dan Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pendaftar USIM serta beberapa orang pegawai dan kakitangan USIM turun padang mengagihkan 100 bungkusan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota tersebut pada 11 Mei yang lalu. Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Anjung Singgah dan juga merupakan salah satu aktiviti daripada Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa (PTKM) yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Menurut peneraju program Encik Azar Aziz, objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk menanam sikap prihatin di dalam diri mahasiswa. Tambah beliau lagi, program ini adalah kali yang pertama diadakan bagi semester ini dan ianya akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada para peserta oleh pihak Anjung Singgah sebelum dibahagikan kepada dua kumpulan bagi acara agihan makanan kepada golongan gelandangan. Dua kumpulan tersebut dibahagikan mengikut zon perjalanan 1 dan 2 yang meliputi sekitar Kota Raya, Masjid India, Jalan TAR, Dataran Merdeka dan Masjid Negara. “Ini merupakan sejarah luar biasa dalam hidup saya pada hari ini”, kata Naib Canselor ketika memberi ucapan kepada para peserta program. Tambahnya lagi, program seperti ini memberi keinsafan dalam diri dan sebagai rakyat Malaysia, beliau bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai ini. Dalam pada itu, Nor Farha binti Zubair, pelajar tahun tiga dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM) pula mengatakan bahawa program ini lain daripada yang [...]
USIM Lancar GPS
NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) untuk menarik minat dikalangan mahasiswa melibatkan diri dalam program kepenggunaan bermula di peringkat universiti, sekaligus menjadikan mereka ikon kepada masyarakat luar. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK), Negeri Sembilan, Encik Talal Bin Haji Abu Bakar, bertempat di Galeri Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada 3 Mei 2012 yang lalu. Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda yang juga merangkap penasihat sekretariat GPS berharap agar mahasiswa menjadi lebih peka dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan perihal kepenggunaan seperti isu penipuan komersial, halalan toyyiban, hak pengguna dan sebagainya serta dapat menyumbang terus kepada masyarakat umum untuk menjadi pengguna bijak. “Pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang tahun ini untuk memastikan program ini bergerak lancar dan bergiat aktif pada masa akan datang disamping dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa untuk turut serta menjayakan lagi program ini” tambahnya lagi. Dalam pada itu, Pengarah PPDNKK Negeri Sembilan, En. Talal Hj. Abu Bakar berkata isu kepenggunaan ini tidak hanya terhenti di dalam kampus sahaja, malah mahasiswa yang betul-betul berminat boleh memperjuangkan isu kepenggunaan ini di alam pekerjaaan. Menurutnya lagi program seperti ini telah dilaksanakan diperingkat sekolah dan universiti di seluruh negara dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti seperti debat pengguna, simposium, explorace dan banyak lagi. Beliau juga berharap, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut diberi peluang untuk turut serta mengambil bahagian di dalam pertubuhan GPS seperti ini agar mereka tidak ketinggalan serta dapat bekerjasama dengan [...]
PREVENT Ajak Cegah Penyalahgunaan Dadah
NILAI - Isu penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sentiasa relevan merentasi masa yang telah mengancam semua golongan masyarakat sama ada yang berpendidikan tinggi, professional mahupun golongan yang tidak berpendidikan. Tarikh 26 Jun 1987 telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sehingga kini setelah 25 tahun berlalu, isu ini masih belum selesai malah menjadi satu wabak ancaman yang semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Dewasa ini, penyalahgunaan dadah bukan hanya membawa ancaman kepada kesihatan bahkan telah menjadi satu ancaman yang besar terhadap kestabilan global dan pembangunan sosio ekonomi sesebuah Negara. Sasaran oleh pihak kerajaan pada tahun 2015 negara bebas dadah menunjukkan betapa seriusnya isu ini diberikan perhatian khusus. Walaubagaimanapun, segala usaha dan inisiatif yang diambil memerlukan penglibatan dan kerjasama seluruh rakyat Malaysia di dalam memastikan hasrat yang murni ini tercapai. Sehubungan dengan itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah ACREDA (Asian Centre For Research On Drug Abuse) telah mengambil langkah yang proaktif semenjak tahun 2006 sehingga kini dengan penganjuran seminar baik diperingkat antarabangsa mahupun peringkat nasional yang memberikan pendedahan kepada seluruh genap lapisan masyarakat tentang peri pentingnya pencegahan penyalahgunaan dadah ini. PREVENT 2012 (National Seminar On Prevention of Drug Abuse) yang dianjurkan kali ini antara lain membincangkan peranan, penglibatan serta strategi dan penekatan yang boleh dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan masyarakat di dalam membantu membanteras gejala penyalahgunaan dadah di Negara ini. Program selama 2 hari bermula pada 2 hingga 3 Mei 2012 ini mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai jabatan dan agensi [...]
SPARK BENTUK MAHASISWA KREATIF
NILAI – Di dalam melahirkan mahasiswa berfikiran kreatif, aspek pemahaman secara praktikal dan kemahiran mencipta serta mencerna idea baru di dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun membuat keputusan merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Menyedari akan pentingnya perkara ini, Pusat Pengajian Teras (PPT) telah mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan SPARK 2012 (Seminar Dan Pameran Produk Kreatif) pada 5 Mei 2012 di dalam memperkasa dan membentuk para mahasiswa untuk menguasai dan mengamalkan aspek kreativiti dan inovasi dengan lebih berkesan. Bertepatan dengan kata-kata Edward de Bono, seorang pemikir lateral berkata “Pemikiran kreatif bukannya suatu bakat. Ianya adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Ia memberdayakan orang dengan menambah kekuatan terhadap kemampuan semula jadi mereka yang akan meningkatkan kerjasama, produktiviti dan keuntungan’, di antara objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman konsep pemikiran kreatif dan kepentingan kretiviti dalam menyelesaikan masalah serta menggalakkan penciptaan idea baru, menjelaskan idea dan mencerna idea kepada penghasilan produk kreatif serta inovatif. Bertempat di Stadium Tertutup Nilai, program yang melibatkan kira-kira 1700 orang pelajar ini mengenengahkah produk-produk hasil daripada kreativiti mereka melalui 5 kategori yang terdiri daripada elemen-elemen seperti Sains dan Teknologi (Science and Technology); Seni dan Rekacipta (Art and Design): Teknologi Hijau (Green Technology): Makanan dan Minuman (Food and Beverages): Kualiti dan Kehidupan Manusia (Quality and Human Life). Bertemakan “Black: Enhancing Creativity and Innovation”, SPARK 2012 turut dimuatkan dengan sesi ceramah bertajuk “Membina Generasi Kreatif dan Inovatif” yang disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad bin Zainuddin dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan ceramah “Kreativiti dan [...]
FKP Teraju Program LIQA’ Bantu Lahir Generasi al-Abrar
NILAI - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dipertanggungjawab untuk menerajui Program LIQA’ bagi membantu merealisasikan aspirasi universiti dengan melaksanakan Modul Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim (LIQA’) yang kini sudah memasuki siri kedua. Program tersebut adalah untuk membantu mewujudkan golongan pelajar yang memiliki sifat al-Abrar dan sekaligus membantu memenuhi gagasan idea USIM KRA 1 iaitu melahirkan graduan yang holistik dan berdaya gaji tinggi. Menurut Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM, program LIQA’ ini benar-benar menepati sasaran UISM KRA 1 iaitu dengan membantu melahirkan graduan yang menjadi warga negara yang berguna dan dapat memberi sumbangan dan menabur bakti secara positif kepada pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan negara. “Saya juga ingin melahirkan rasa kesyukuran apabila ada di kalangan pelajar-pelajar senior di universiti ini yang sanggup meluangkan masa dan tenaga dengan membimbing dan berkongsi ilmu dalam pelbagai disiplin untuk adik-adik mereka yang masih berada di Tahun 1” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Training of Trainer (TOT) LIQA’ di Perkampungan Latihan dan Rekreasi, Nur Bukit Unggul pada 5 Mei baru-baru ini. Program yang melibatkan seramai 78 orang pelajar sebagai Rais dan Raisah ini terdiri daripada Persatuan Mahasiswa FKP, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Jawatankuasa Kolej Kediaman (JAKSA) dan Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar (JKPP) serta dipantau oleh 20 orang Mursyid yang terdiri daripada pensyarah dan penyelaras yang telah dilantik.oleh pihak universiti. Sementara itu Dekan FKP, Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani berharap agar semua pelajar dan mursyid yang terlibat bersifat optimis terhadap program ini dan memberikan [...]
USIM, AirAsia Tandatangan Surat Niat
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan AirAsia Bhd menandatangani Surat Niat(LOI) yang akan membolehkan kakitangan dan para pelajar universiti ini menikmati pelbagai faedah dari syarikat penerbangan tambang murah itu. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah berkata antaranya ialah tiada penalti dikenakan jika berlaku perubahan tarikh dan masa dalam tempoh 24 sebelum penerbangan. Kakitangan USIM juga kini akan menikmati Waran Perjalanan Udara Awam seperti yang dinikmati penjawat awam, yang sekaligus memudahkan urusan perjalanan udara. "Dengan jumlah kakitangan seramai 1,300 orang, LOI ini amat penting kerana ia juga akan menjimatkan perbelanjaan untuk perjalanan udara kakitangan USIM" katanya semasa berucap pada majlis itu di sini. Dalam pada itu Mohamed Asin berkata AirAsia juga diharap dapat memanjangkan faedah lain kepada para pelajar USIM memandangkan sebanyak 30 program 'Global Islamic Student Outreach' ke 30 negara telah direncana pada tahun ini. Sementara itu, AirAsia yang diwakili Ketua Serantau Pembangunan Kerajaan dan Timur Tengahnya, Dato’ Abdul Nasser Abu Kassim berkata, LOI ini diharap dapat membantu USIM mengurangkan kos penerbangan seluruh warga universiti ini. Sumber: BERNAMA
April 2012
USIM, BiotechCorp Lancar Makmal Analisis IHRAM
NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) melancarkan makmal analisis halal Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) melalui kerjasama dalam bidang bioteknologi dengan usaha memacu indusri halal negara. Pelancaran yang diadakan sempena majlis rangkaian BioNexus Program (BNP) yang ke-3, dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Dato’ Dr. Mohd Nazlee Kamal. Naib Canselor USIM dalam kenyataannya berkata, penubuhan makmal tersebut dilaksanakan adalah bertujuan bagi memastikan universiti sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan industri halal yang dilihat semakin penting dalam menjamin status halal sesebuah produk. “Makmal tersebut menawarkan perkhidmatan analisis produk halal serta menekankan konsep halal melalui latihan umum dan praktikal berkenaan pemilihan produk makanan, kosmetik, farmaseutikal dan lain-lain produk yang menjadi barangan keperluan seharian seorang Muslim,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Dato’ Dr. Mohd Nazlee Kamal berkata, industri bioteknologi terbabit berperanan sebagai pemangkin nilai tambah kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, perubatan dan perindustrian. “Negara kita turut berpotensi untuk menjadi hab halal serantau bagi pusat promosi dan pengeluaran, makanan halal, produk selain makanan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain,” katanya. Beliau menambah, kerjasama dengan USIM adalah bertepatan kerana ia merupakan pusat kecemerlangan universiti yang berperanan meningkatkan penjanaan kualiti ilmu, perkhidmatan, peralatan dan kemudahan. “Penghargaan harus diberikan kepada USIM dalam usahanya membangunkan salah satu makmal analisis halal di Malaysia serta universiti tersebut sedang mengorak langkah ke arah [...]
Siri 2 Walkathon 10,000 Langkah Sasar Penyertaan Lebih Ramai Warga Usim.
NILAI - Siri 2 Walkathon 10,000 langkah yang akan diadakan pada 25 April ini diharapkan dapat memupuk minat dan menarik lebih ramai lagi warga USIM untuk turut serta menjayakan program kesihatan ini. Menurut Dr. Mohd Hairulhisyam Ngatiman, Pegawai Perubatan YM, Unit Kesihatan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Program walkalthon siri 1 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Sukan pada 28 Mac yang lalu. “Kita mensasarkan penyertaan yang lebih ramai lagi khususnya warga USIM sendiri supaya turut serta di dalam program sihat seperti ini” ujar beliau. “Walkathon 10,000 langkah yang dirancang pada setiap hari rabu keempat setiap bulan ini merupakan wadah dan pencetus cara hidup yang lebih sihat serta sempurna” tambah beliau lagi. Menurutnya lagi, walkalthon 10,000 langkah ini adalah senaman berjalan kaki sejauh 6 km di sekitar kampus USIM yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai jarak 6 km yang disasarkan dalam masa terdekat dan secara ukuran realiti program ini akan memberi impak yang besar kepada kesihatan warga USIM. Unit Kesihatan Pelajar (UKP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga USIM yang turut serta dalam program ulung walkalthon 10,000 langkah pada Mac yang lalu dan mengalu-alukan penyertaan seluruh warga USIM pada 25 April ini di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Unit Kesihatan Pelajar di talian 06-7986115 Oleh: Unit Kesihatan Pelajar.