Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2010

7,000 HADIRI SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR DI USIM

Bandar Baru Nilai, 9 Ogos 2010 – Lebih 7,000 termasuk tetamu kehormat, pelajar, pensyarah, kakitangan USIM dan masyarakat setempat hadir menenuhi Stadium Tertutup Nilai untuk mendengar Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini. Suasana dewan yang penuh sesak dengan penonton terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sejak awal jam 8.30 pagi lagi sudah membanjiri Stadium Tertutup Nilai untuk bertemu dan bersalam dengan Tokoh Negarawan ini. Tun Mahathir dengan penuh mesra bersalaman dan melambai-lambai tangan kepada pelajar yang berada di bahagian atas tempat duduk sambil disambut oleh ribuan pelajar USIM. 8 tahun yang lalu, Tun Dr. Mahathir hadir ke Kampus Tetap USIM di Bandar Baru Nilai ketika majlis pecah tanah pada 20 Ogos 2002 dan ketika itu kawasan ini adalah sebuah pekan kecil. Namun kedatangan Tun Dr. Mahathir kali ini berbeza melihat USIM berdiri segak di  Kampus Tetap USIM yang sudah berubah wajah sebagai bandar ilmu berdekatan lingkaran koridor raya multimedia. Pidato selama 1 jam 15 minit yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir di atas tajuk “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam : Antara Realiti dan Cabaran Masa Depan” menggambarkan bahawa idea dan buah fikiran Tun tidak dimamah usia. Tun Dr Mahathir memulakan syarahan beliau dengan mengungkapkan definisi Ilmu Islam berdasarkan ayat pertama turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kalimah Iqra’. Sejarah Islam dibedah oleh Tun dengan menceritakan kehebatan tamadun Islam telah menggunakan ilmu untuk menguasai dunia seterusnya mencetuskan tamadun unggul hingga terbinanya Baitul Hikmah. Tun menyatakan bahawa “Ilmu Islam bukan hanya terhad kepada ilmu akar Islam iaitu Syariah, Usuluddin [...]

LAGU WARNA-WARNA CERIA JUARA FESTIVAL CIPTA 2010

Putrajaya, 7 Ogos 2010 – Lagu ’Warna-warna Ceria’ hasil nukilan penghuni penjara muncul juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya. Johan membawa pulang wang tunai RM1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu ‘Jiwa Berpadu’’ menduduki tempat kedua diikuti lagu ‘Tuah Bumi Ini’ yang mana masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM750 dan RM500 beserta hadiah iringan. Menurut Shahril (bukan nama sebenar) yang merupakan komposer lagu ‘Warna-warna Ceria’ berkata, beliau tidak menyangka sama sekali lagu yang dihasilkan bersama rakannya Nabil (bukan nama sebenar) terpilih menjadi juara. “Saya begitu terkejut dan terharu apabila lagu saya diumumkan sebagai juara kerana lagu-lagu lain yang bertanding juga bagus dan hebat”, tambah beliau lagi. Sementara itu, rakannya Nabil berharap agar lagu tersebut dapat berkumandang di corong-corong radio dan seterusnya dikongsi dengan seluruh masyarakat. Selain itu sebanyak tiga buah lagu telah terpilih untuk lirik terbaik iaitu untuk lagu ‘Bunga Jiwa Bangsaku’, ‘Selamat Datang Kemenangan’ dan ‘Tuah Bumi Ini’ yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM500. Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Sebanyak 8 buah lagu telah dipilih untuk  ke final dan diiringi oleh sebuah orkestra yang terdiri dari 80 orang pemuzik serta dipersembahkan oleh pelajar USIM dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu festival ini turut diwarnai dengan Pertandingan Melukis Tokoh Patriotik Malaysia. Timbalan [...]

MAHASISWA USIM BANTU CALON PMR UNTUK “SKOR A”.

Bandar Baru Nilai, 31 Julai 2010 – “Peranan dan tanggungjawab sesebuah universiti tidak terhad kepada menyalurkan ilmu kepada mahasiswa-mahasiswa mereka sendiri namun tanggungjawab terhadap pembangunan akademik masyarakat setempat juga perlu ditekankan dan diambil kira”, ucap Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah. Justeru itu, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) USIM telah menjayakan Program Motivasi Kecemerlangan Diri & Seminar skor ‘A’ Pelajar PMR 2010 (PERKASA) yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat, USIM di Nilai, Negeri Sembilan. Program selama satu hari ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR. Di samping itu berkongsi ilmu serta memberikan pendedahan yang terbaik kepada para pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. “Seramai 143 pelajar tingkatan 3 dari 4 buah sekolah sekitar Negeri Sembilan dipilih untuk menyertai program ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Ahmad Said, Sekolah Menengah Agama Nilai dan Sekolah Menengah Agama Rantau”, kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Program Motivasi Kecemerlangan Diri & Seminar Skor ‘A’ Pelajar PMR 2010 (PERKASA). Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bagi matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Penceramah terdiri daripada guru-guru yang pakar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. Selain itu sesi motivasi dari En. Ahmad Subhi Che Ab Razab yang merupakan kaunselor terlatih bertujuan untuk menyuntik semangat dan keyakinan diri para pelajar. Selain itu, [...]

USIM BERI INSENTIF PADA HUFFAZ AL-QURAN

Bandar Baru Nilai, 29 Julai 2010 – Graduan Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malayia (USIM) Mohd Rasyidi Md Rasyid, 26 dan pelajar tahun 3 jurusan Syariah dan Undang-Undang USIM, Razlan bin Ramli, 22 antara 6 pelajar yang menerima Skim Insentif Huffaz Al-Quran USIM (i-Huffaz). Masing-masing menerima RM 2,000 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri  Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B). USIM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang memartabatkan para huffaz Al-Quran dalam kalangan warga akademik dan merupakan satu pengiktirafan kepada para huffaz daripada sebuah institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam umumnya dn pengajian Quran khususnya. Menurut Ustaz Amiruddin, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, pertandingan Hafazan Al-Quran ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan warga USIM menghafal Al-Quran. Ia juga adalah hasrat Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dan semua hadiah adalah tajaan dan peruntukan dari tabung Naib Canselor sendiri. “Memandangkan pertandingan ini merupakan julung kali diadakan, maka ianya hanya terbuka kepada pelajar USIM sahaja dan seterusnya untuk warga USIM keseluruhannya di masa akan datang”, kata beliau. Sementara itu Mohd Rasyidi yang merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah di Syria memberitahu, dia mengambil masa setengah jam setiap hari selepas solat mempraktis hafazan Al-Quran. Bagi Razlan, pertandingan seumpama ini merupakan kali ketiga disertainya dan berusaha untuk lebih maju di masa akan datang. “Saya mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan Hafazan bagi kategori 15 juzuk mewakili Negeri Sembilan di Peringkat [...]

Julai 2010

SUNNAH NABAWIYYAH SUMBER INFORMASI DAN ASAS PERPADUAN

Bandar Baru Nilai, 29 Julai 2010 – Al-Quran merupakan sumber utama bidang keilmuan dan perpaduan ummah khususnya bagi umat Islam. Manakala Sunnah Nabawiyyah berperanan sebagai petunjuk dalam memahami isi kandungan Al-Quran dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) berkata, dewasa ini banyak cabaran yang memecahkan serta meretakkan keutuhan kesatuan umat Islam yang sekaligus mendesak umat Islam kembali ke pangkal jalan dengan memahami isi kandungan Al-Quran dan Sunnah. “Saya berharap agar hasil pembentangan dari seminar ini dapat digarap dalam bentuk praktikal dan diaplikasi di Malaysia pada masa akan datang”. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini. Seminar dua hari yang bermula pada 28 hingga 29 Julai ini  merupakan kali ke-2 dianjurkan dan bertemakan “Sunnah : Sumber Informasi dan asas Perpaduan”. Seminar ini bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu serta cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah swt. Disamping itu mempertemukan para ilmuwan dari pelbagai tempat dan latar belakang pendidikan yang berbeza dan bertukar-tukar maklumat serta informasi. Sementara itu, Y.Bhg Dato’ Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda ketika dalam ucapan aluannya juga berharap natijah daripada Seminar ini dapat menjadi input lepada warga kampus dan masyarakt umumnya. “ Hari ini tiada jalan lain untuk memulihkan gejala mazmumah masyarakat dan menyatupadukan ummah dengan kembali kepada petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Warisan Junjungan besar Nabi Muhammad ini harus digali dan dihayati [...]

KERJASAMA UNIVERSITI, INDUSTRI DAN MASYARAKAT HASIL TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI

Putrajaya, 19 Julai 2010 – Dalam mewujudkan kerjasama dan jalinan yang erat di antara pihak universiti, industri dan masyarakat,  Kementerian Pegajian Tinggi (KPT) telah menggariskan tujuh rangka kerja bagi mengukuhkan kerjasama universiti-industri dan masyarakat dalam menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Rangka kerja tersebut adalah terdiri daripada pendekatan kluster, latihan indutri di indutri ’high end’ sangkutan akademia industri, kadar dan perolehan pakar perunding, sistem pengiktirafan dan ganjaran akademia sistem penjenamaan dan pemasaran kepakaran penyelidikan dan produk universiti serta program kerjasama pemindahan ilmu. Justeru itu, telah berlangsung satu memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa Universiti, industri dan masyarakat. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut terlibat dalam memorandum ini yang diwakili oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canelor USIM. Selain USIM, beberapa universiti awam lain turut terlibat dalam memorandum persefahaman seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau turut melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat. Dalam ucapannya beliau berkata, melalui hubungan yang erat diantara universiti, industrI dan masyarakat, dapat meningkatkan sempadan pengetahuan dan transformasi untuk penghasilan produk, proses dan servis baru yang bermanfaat bagi pasaran lokal dan global. Selain itu, kerjasama ini akan menghasilkan pendapatan dari royalti produk komersial yang sekaligus memberi sumbangan terhadap pertumbuhan dan pendapatan ekonomi. Dengan pelancaran Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat beliau berharap dapat menyediakan mekanisme dan amalan terbaik [...]

DEBAT BAHASA ARAB DINAIKTARAF PIALA DIRAJA

Buat kali ketiga Universiti Sains Islam Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia menganjurkan Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga 2010. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari bermula 25 hingga 29 Jun 2010 ini melibatkan penyertaan daripada 40 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kelas Aliran Agama (KAA) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah sebagai persediaan mantap ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, ianya merupakan medan terbaik untuk melatih dan mengasah bakat kepimpinan dan keupayaan berfikir secara kritis dan analitis dalam kalangan pelajar sekolah tentang isu-isu semasa. Majlis Perasmian Penutup dan Pertandingan Akhir telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 29 Jun 2010 di Dewan Kuliah Pusat 3. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada USIM dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan yang berprestij ini buat kali ketiga. “ Saya percaya dengan kualiti dan sambutan yang menggalakkan ini saya mencadangkan agar pertandingan ini dinaiktaraf sebagai Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Diraja dan Tetamu kehormatnya nanti adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong”. Pertandingan akhir yang menemukan pasukan daripada SMKA Naim Lil Banat, Kelantan selaku kerajaan dan pasukan daripada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) selaku pembangkang. Pasukan [...]

‘SELANGKAH KE UNIVERSITI’ DEDAH SUASANA KAMPUS

Bandar Baru Nilai, 29 Jun 2010 – Tanggungjawab sosial Universiti dan masyarakat tidak terhad kepada Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) oleh pelajar namun program kesedaran kepada pelajar sekolah luar bandar tentang suasana pembelajaran di universiti juga menjadi agenda sosial Universiti sekaligus menyuntik semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading. Justeru itu melalui pendedahan dan pengalaman sehari di kampus, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan 14 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menjayakan ’Program Selangkah Ke Universiti’ yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum ini, BAKTI dan KPT telah memilih Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah bagi melaksanakan Majlis Pelancaran Program Selangkah ke Universiti pada 6 April 2010 yang lalu dan kini USIM merupakan destinasi kedua selepas UPM. Selangkah Ke Universiti merupakan program sehari di mana pelajar dibawa ke universiti dan menjalani proses penerapan dan pendedahan kampus yang bertujuan supaya mereka lebih mengenali kehidupan di universiti. Di samping itu menggalakkan mahasiswa universiti untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. ”Seramai 210 pelajar tingkatan 4 dari 3 kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Tampin dan Kuala Pilah telah di pilih untuk menyertai program ini. Sasaran kumpulan adalah kepada mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang pernah belajar di universiti dan berpotensi untuk berjaya”, kata Y.Bhg. Datin Sri Azlina Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan BAKTI. Program satu hari ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. ”Program sebegini adalah sangat bagus dan bermanfaat [...]

Jun 2010

GRADUAN HOLISTIK LAHIR DARI SISTEM UNIVERSITI YANG BAIK

Bandar Baru Nilai, 23 Jun 2010 – ”Institut Pengajian Tinggi perlu ada sistem yang dapat mendorong kepada pembentukan graduan yang holistik dan marketable supaya dapat bersaing di arena pasaran terutamanya kepada graduan berkelulusan pengajian Islam”, kata YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa merasmikan Seminar Pengajian Islam Menjana Keintelektualan Ummah (PIMKU) 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Umat Islam hari ini menghadapi cabaran semasa dan pertembungan peradaban yang memerlukan kepada kekuatan serta pembentukan jati diri Islam sebenar. Justeru itu penganjuran  PIMKU 2010 oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM bertujuan untuk memperkasakan hala tuju pendidikan Islam, bahasa arab dan bahasa inggeris. Hampir 300 peserta dari Intstitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah menyertai seminar ini seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Kolej Universiti Sunway. Sebanyak 80 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar yang berlangsung pada 23 hingga 25 Jun 2010. Antara objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan Pengajian Islam, penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selaras dengan kehendak kurikulum, mengenalpasti kaedah pengukuran dan pentaksiran Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang autentik menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menangani isu dan cabaran berkaitan penilaian dan pentaksiran secara formatif dan sumatif. “Saya berharap agar seminar ini dapat membantu menjana maklumat kepada semua peserta bagi memastikan pengajaran Islam, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris mampu berjalan seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam memperkasakan tamadun Islam”, tambah YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim [...]

PEKERJA CEMERLANG DIRAI SEMPENA MINGGU INOVASI

Bandar Baru Nilai, 15 Jun 2010 - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM Tahun 2009 yang telah diadakan pada 15 Mei baru-baru ini. Seramai 94 orang kakitangan USIM dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang manakala seramai 61 orang pula menerima Anugerah Terpuji. Selain itu sebanyak 10 anugerah telah diberikan seperti Anugerah Sumbangsih, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Kualiti Naib Canselor dan Anugerah Pengurusan Maklumat. Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Inovasi Bersama Pelanggan peringkat universiti yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh warga kampus. Uniknya pada tahun ini, satu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa yang julung-julung kalinya diberikan dan bakal menerima hadiah berupa pakej umrah. Pada kali ini turut diadakan pelancaran USIM Online yang merupakan laman web televisyen interaktif yang menyalurkan pelbagai maklumat dan program universiti untuk semua pelajar dan kakitangan USIM. Laman web tersebut mengandungi lima segmen iaitu Buletin, Wawancara, Santapan Rohani, USIM Web TV dan Biar Buku Bicara. Pelancaran USIM Online ini menjadikan USIM muncul sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama mempunyai laman web televisyen interaktif. Selain itu turut diadakan penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 (Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Perspektif Islam ) kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kualiti. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah berjaya memperolehi pengiktirafan pensijilan daripada pihak SIRIM berkuatkuasa mulai 26 Mac 2010 dalam ISO 9001:2008 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal dan MS 1900:2005 Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal Mengikut Perspektif Islam. Pengiktirafan ini menjadikan USIM sebagai satu-satunya universiti pertama yang berjaya menerima [...]

Go to Top