Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2011

KEPIMPINAN ISLAM TERAS ASPIRASI MPP USIM 2011

Bandar Baru Nilai, 21 Mac 2011-  Berlandaskan Islam sebagai teras kepimpinan , MPP USIM pada sesi kali ini bertekad untuk  “Merintis Kepimpinan Mahasiswa Yang Berintelektual, Inovatif Dan Kompetitif Dalam Merealisasikan Hasrat Universiti Secara Holistik di Arena Global” sebagai visi barisan kepimpinan pelajar tersebut pada sesi kali ini. Di dalam ucapan dasar Yang Dipertua MPP USIM bagi sesi 2011, saudara Ibrahim Hussin Ibrahim bin Hussin berkata, sebagai satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berteraskan dan memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara, MPP USIM berjanji akan menjadikan Islam sebagai aspirasi utama selaras dengan hasrat dan impian Dato’ Naib Canselor yang meletakkan Islam sebagai teras pentadbiran universiti. “Tidak ada jalan pintas untuk mengembalikan kecemerlangan Islam melainkan umat Islam sendiri yang mengembalikan keunggulan sahsiah mahasiswa yang hilang, yang akan menaungi kembali maruah umat Islam” kata Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan dasar Yang Dipertua sempena Majlis Penyampaian Watikah MPP USIM sesi 2011 baru-baru ini. Menurut Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM di dalam ucapan beliau, Umat Islam pada hari ini sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang dan kita adalah pemula dan penggerak dalam usaha untuk memartabatkan kembali keagungan Islam. “Kita adalah pejuang, pejuang yang memperjuangkan kesejahteraan umat Islam” tambah beliau lagi. Berpaksikan kepada slogan “Smart, Responsible, Competitive”, MPP USIM bagi 2011 telah menggariskan 4 misi utama dalam menterjemahkan teras kepimpinan mereka. Misi tersebut meliputi  kebersamaan  dalam meneraju kepimpinan, pemantapan Ilmu dan keunggulan sahsiah, prihatin kebajikan mahasiswa serta budaya inovasi dan pengantarabangsaan. Pada pemilihan MPP baru-baru ini, [...]

URUSETIA KESENIAN PELAJAR TERUSKAN RENTAK KECEMERLANGAN DALAM FENU 2011

UiTM  Shah Alam  12 Mac 2011– Kumpulan Nasyid Interaksee Urusetia Kesenian Pelajar  Bahagian Hal Ehwal Pelajar  Universiti Sains islam Malaysia sekali lagi membuktikan pencapaian hebat mereka apabila berjaya mengondol kesemua hadiah yang ditawarkan dalam Festival Nasyid Universiti( FENU) yang dianjurkan  oleh UiTM. Program yang berlangsung dengan jayanya tersebut telah memberi seribu kenangan yang sungguh manis kepada Kumpulan Interaksee Urusetia Kesenian Pelajar kerana berjaya memenangi Johan Keseluruhan FENU 2011, Vokal Terbaik melalui suara merdu Mohd Juhairee Mohd Junaidie Khan ( FPQS) dan Persembahan Terbaik. Mereka juga turut mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam FENU 2010 yang lalu. Bersandarkan kepada 2 buah lagu ciptaan sendiri, Interaksee berjaya memukau barisan juri dan hampir seribu penonton yang hadir pada malam tersebut. Lagu pertama dendangan Interaksee yang berjudul Bangkitlah merupakan hasil karya pelajar USIM iaitu Muhammad Shukri Sahari dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat dengan pendekatan kreatif melalui penggunaan bahasa Loghat Kelantan yang unik. Manakala lagu kedua Seperti Inikah Dunia  menggunakan konsep teaterikal dalam persembahan pentasnya yang berjaya menyentuh hati penonton merupakan hasil karya Encik Ismail Ahmed Pegawai Kebudayaan USIM dan liriknya oleh Ahmad Faiz Abdul Aziz pelajar sarjana FST. Menyingkap pencapaian tersebut, Encik Ismail Ahmed menzahirkan  kesyukuran kepada Allah S.W.T dan ucapan terimakasih kepada pengurusan tertinggi universiti khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar atas sokongan yang jitu dan padu telah berjaya memotivasikan Urusetia Kesenian Pelajar USIM mencapai kecemerlangan sekali lagi di persada IPTA. Semoga kecemerlangan membanggakan ini akan dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. InsyaAllah. Oleh: Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

FSU Pertahan Kejuaran Debat Piala Naib Canselor 2011

Bandar Baru Nilai, 5 Mac 2011 - Buat kali ketiga berturut-turut Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dinobatkan sebagai pemenang Piala Pusingan Naib Canselor  di atas kejayaan pasukannya yang telah layak ke peringkat akhir dalam dua kategori iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Prof. Dr. Haji Abdul Samat Musa telah menerima Piala Pusingan daripada Naib Canselor USIM. Bermotokan “Membina Pewaris Legasi Gemilang”, Kelab Debat Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011. Program yang dianjurkan oleh Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta fakulti-fakulti dan Pusat Tamhidi ini telah berlangsung pada 25, 26, 27 Februari dan 5 Mac 2011 yang lalu. Program ini telah berlangsung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Pada tahun ini juga, pihak penganjur telah meluaskan penyertaan kepada kolej-kolej kediaman untuk menghantar penyertaan. Kejohanan ini mendapat penyertaan penuh daripada 8 buah fakulti serta Pusat Tamhidi (Matrikulasi) dan 4 buah kolej kediaman untuk ketiga-tiga kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Dalam mencapai objektifnya untuk mencungkil bakat dan membina barisan pelapis pendebat yang mantap, Kelab Debat telah melakukan transformasi dalam konsep pelaksanaannya. Dalam kejohanan pada kali ini, Kelab Debat telah menganjurkan Kursus Intensif Debat selama sehari yang dikendalikan oleh Unit Debat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang dikendalikan oleh para pendebat universiti. Pendedahan awal mengenai perdebatan serta teknik-teknik perdebatan yang betul telah diterapkan dalam kursus ini. Menurut Saudara Zulfawwaz Bin Mohmad, Pengarah Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM 2011, [...]

KARNIVAL EKSPLORASI USIM 2011 “SIMPLY INSPIRING” MERIAH

Bandar Baru Nilai, 7 Mac 2011 - Buat julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan hari terbuka universiti atau dikenali sebagai Karnival Eksplorasi USIM 2011 “Simply Inspiring”. Bertempat di kampus induk, Nilai, Negeri Sembilan, Karnival yang bermula pada 4 sehingga 6 Mac baru-baru ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang serta dari beberapa buah negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Tidak ketinggalan juga sambutan daripada masyarakat setempat yang turut hadir memeriahkan lagi karnival ini. Penganjuran program ini dirasakan perlu setelah USIM melangkah ke satu dekad dalam mempergiatkan usaha untuk memperkenalkan Institusi ini dengan lebih dekat di mata masyarakat dengan beberapa pendekatan yang lebih mesra. Sesuai dengan nama yang diberikan kepada program ini iaitu Karnival Eksplorasi kerana Eksplorasi itu sendiri membawa maksud penjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu. Dengan kata lain, kita memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyelami serta mendalami apa yang terdapat di USIM dengan lebih dekat dan mesra. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan orang ramai , khususnya bakal  pelajar dari peringkat sekolah untuk mengetahui peluang kerjaya dan aktiviti yang boleh diketengahkan melalui pencapaian bakat dan kemahiran disamping untuk menanam  serta  memupuk  kesedaran  secara  mendalam kepada pelajar berpotensi serta ahli keluarga mereka terhadap terhadap nilai positif dan komitmen yang cuba diterapkan dalam membina ciri modal insan yang berkebolehan selain pancapaian akademik yang diperlukan. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang 3 hari program berlansung. Antaranya adalah, Pameran dan taklimat di setiap fakulti, pameran pasukan [...]

NURHAKIMI JOHAN FESTIVAL KERONCONG IPTA ( MAKUM) 2011

UTHM Johor 27 Februari 2011– Festival Keroncong Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia  (MAKUM) peringkat IPTA telah mencatat sejarah buat Mohd Nurhakimi Md Yaman dari Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia kerana telah menempa kecemerlangan  dan mengharumkan nama USIM apabila berjaya memenangi tempat pertama kategori solo dalam festival tersebut. Lebih manis lagi Mohd Nurhakimi turut memenangi anugerah vokal terbaik menerusi lagu dendangan keroncongnya iaitu Keroncong Dewi Murni dan Langgam Selendang Putera. Festival yang diadakan setiap tahun dalam kalendar MAKUM ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar IPTA supaya mencintai dan menghayati irama tradisi dan menyemai semangat Kebudayaan Kebangsaan. Terbahagi kepada dua kategori solo dan muzik berkumpulan,  festival ini telah berjaya menarik minat pelajar bukan melayu menyertai kategori berkumpulan seperti yang telah dihasilkan oleh UTHM apabila mereka berjaya memenangi tempat pertama kategori tersebut. Menurut bual bicara bersama Encik Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan USIM, Urusetia Kesenian Pelajar  telah belajar untuk mencapai kecemerlangan melalui pengalaman lalu dengan memperbaiki aspek kualiti persembahan dan mendapatkan tenaga pengajar yang berkebolehan  seperti Encik Azizul Hakim Md Anuwar dari ASWARA untuk membimbing Mohd Nurhakimi. Beliau turut bersyukur kerana kejayaan Mohd Nurhakimi yang juga ahli kumpulan Nasyid Interaksee telah berjaya membuktikan kesungguhan dan tekad yang kuat akan memberikan hasil yang terbaik apatah lagi terpaksa bersaing hebat dengan pelajar IPTA lain yang mempunyai Fakulti Seni Persembahan khususnya dalam bidang vokal. Mohd Nurhakimi membawa pulang Hadiah Wang Tunai dan Piala Pusingan dan Iringan. Beliau turut menzahirkan  kesyukuran kepada Allah S.W.T dan ucapan terimakasih kepada pengurusan tertinggi universiti [...]

Februari 2011

USIM UNIVERSITI PERTAMA TERBITKAN ALBUM LAGU PATRIOTIK

Kuala Lumpur, 23 Februari 2011 - Setelah 3 tahun Program Festival Cipta Lagu Patriotik ( CIPTA ) diadakan bermula pada tahun 2008, 2009 dan terbaru pada tahun 2010, hasil karya seni muzik ini akhirnya diabadikan dengan penerbitan sebuah Album Cipta Lagu-Lagu Inovasi Karya Seni dan seterusnya menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia universiti pertama seumpamanya yang menghasilkan album lagu berjiwa patriotik. Melalui kolabrasi diantara pelajar USIM dan penghuni penjara di dalam penghasilan inovasi karya seni sebegini, ianya dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi dikalangan mahasiswa dan boleh mencetuskan fenomena yang sihat untuk memacu ke arah peningkatan sahsiah dan kemahiran insaniah yang tinggi nilainya. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Hou Kok Chung berkata kolaborasi antara mahasiswa dan penghuni penjara dalam menghasilkan album ini amat dibanggakan dan wajar mendapat perhatian umum. Kata beliau “Program CIPTA berupaya mendekatkan mahasiswa dengan segolongan masyarakat yang telah tersasar daripada kehidupan mereka dan mahasiswa juga perlu menjadi contoh dan teladan terbaik kepada penghuni penjara yang memerlukan sokongan dan dorongan untuk kembali ke pangkal jalan” Tambah beliau lagi “Melalui penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti-aktivi sebegini, ianya membuktikan bahawa mahasiswa datang ke universiti bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi juga dapat menyumbangkan sesuatu yang baik kepada masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan mahasiswa itu sendiri. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Album CIPTA di Istana Budaya di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar dan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), [...]

PROGRAM “SME-UNIVERSITY INTERNSHIP” MENGGILAP KEUPAYAAN PELAJAR USIM MENJADI PERUNDING MUDA KEPADA SME

Seramai 30 orang pelajar tahun akhir USIM telah membuktikan keupayaan mereka menawarkan khidmat perundingan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) melalui program “SME-University Internship” dengan kerjasama SME Corp. Malaysia. Program yang buat julung kalinya diadakan di USIM ini merupakan satu jalinan kerjasama di antara dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian PengajianTinggi (KPT). Melalui kerjasama ini, pelajar-pelajar universiti menawarkan khidmat nasihat dan rundingan kepada syarikat-syarikat SME bagi meningkatkan prestasi serta memajukan perniagaan syarikat-syarikat tersebut. Y.Bhg. Dato’ Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia berkata “Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk meningkatkan sinergi hubungan di antara pihak universiti sebagai pusat kecemerlangan dan juga pihak industri di Malaysia melalui kerjasama yang sistematik.” Beliau menambah “Pelaksanaan program yang bersifat ‘win-win situation’ ini, bukan sahaja dapat membantu pihak industri dalam meningkatkan prestasi syarikat bahkan juga dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar universiti mengenai budaya keusahawanan.” Program “SME-University Internship” USIM telah berlangsung selama lebih daripada 4 bulan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2010. Pada hari Sabtu 19 Februari 2011, satu sesi pembentangan akhir telah diadakan dihadapan barisan juri daripada SME Corp, Kementerian Pengajian Tinggi, SME Bank dan PUNB. Pembentangan akhir tersebut menunjukkan keupayaan pelajar-pelajar USIM membantu meningkatkan prestasi syarikat dari segi peningkatan jualan berikutan aktivit-aktiviti promosi dan pemasaran yang lebih berkesan, pengurusan akaun syarikat yang lebih sistematik, dan susunatur premis yang lebih kemas dan mesra pelanggan. Pelajar-pelajar yang menyertai program ini berpendapat program ini amat berharga kerana mereka dapat menimba banyak pengalaman dan mengetahui selok-belok perniagaan sebenar. Disamping itu, [...]

PEMILIHAN MPP USIM 2011 LANCAR

Bandar Baru Nilai, 22 Februari 2011 – “Kejayaan Universiti adalah kejayaan mahasiswa dan mahasiswi semua” begitulah ungkapan yang diluahkan oleh Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM di atas kejayaan dan kelancaran proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tahun 2011 semalam. Proses pemilihan secara online melalui sistem e-UNDI ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang berjalan dengan teratur dan aman. Sebanyak 24 kerusi dipertandingkan pada tahun ini menyaksikan seramai 13  calon bertanding untuk merebut 8 kerusi kawasan umum manakala 17 calon bertanding untuk merebut 16 kerusi kawasan fakulti. Pemilihan pada kali ini juga menyaksikan sebanyak 7 fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Pergigian FPG). Seramai 4920 pelajar yang layak mengundi pada tahun ini dengan mengambil kira keseluruhan pelajar pra-siswazah dan pelajar siswazah. Keseluruhan pelajar turun mengundi adalah seramai 4349 menjadikan peratusan mengundi pada tahun ini sebanyak 88.39%. Dengan mendapat undian sebanyak 4231 undian, Saudara Ibrahim Hussin Ibrahim Bin Hussin daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) telah mendapat undian tertinggi bagi kawasan umum manakala bagi satu-satunya fakulti yang bertanding pada tahun ini iaitu Fakulti Sains dan Teknologi telah menyaksikan seramai 4 orang calon bertanding untuk merebut kerusi kawasan fakulti dengan kemenangan berpihak kepada Saudara Azim Faris bin Ab Rahim dengan undian tertinggi sebanyak 425 undian dan Saudari Aminah Alias [...]

USIM BANTU PASCA BANJIR GEMAS

Gemas, 13 Februari 2011 – Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah ungkapan yang dapat diterjemahkan susulan banjir yang melanda kawasan kediaman penduduk Taman Sg. Gemas, Gemas, Negeri Sembilan pada penghujung Januari yang lalu. Prihatin terhadap kesulitan yang dialami, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diterajui oleh SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam) dan Smart Team USIM dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Tampin telah melancarkan Program Gerak Bakti USIM: Pasca Banjir Gemas bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan tempat tinggal mereka. Misi yang melibatkan seramai 100 orang pelajar dan Kakitangan yang terdiri daripada anggota SISPA dan Smart Team USIM itu bermula seawal jam 9 pagi dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembersihan dari rumah ke rumah. Selain itu, program ini juga turut menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma berikutan aduan penduduk setempat yang mengalami masalah kesihatan termasuklah batuk dan gatal-gatal badan. Dalam pada itu, Adun Gemas YB. Dato’ Hajah Zainab Nasir turut turun padang untuk menyertai program terebut. Beliau berkata, mangsa-mangsa masih dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut kerana hampir 80 peratus harta benda mereka musnah dan sekaligus mencatatkan banjir terburuk selepas tahun 2006. Tambah beliau lagi, “Saya amat terharu dan merakamkan jutaan terima kasih pada pihak USIM terutamanya anggota SISPA dan Smart Team USIM di  atas sumbangan dan bantuan yang diberikan”. Kapten Bersekutu SISPA USIM, Dr. Shahrul Nizam Ahmad Zamzali berkata, “Program ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) USIM dan kami berharap ianya dapat meringankan beban para penduduk di sini yang sememangnya memerlukan [...]

AKSIS IKTIRAF MAHASISWA USIM

Nilai, 9 Februari 2011- Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa 2010 (AKSIS) telah memasuki tahun ketiga penganjuranya. Berlansung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, majlis ini merupakan malam pengiktirafan buat para pelajar khususnya diatas segala jasa dan sumbangan serta pencapaian para pelajar dalam pelbagai aktiviti dan program yang telah melonjakan nama USIM sepanjang 2010. Bertepatan dengan hasrat USIM sendiri sebagaimana dinyatakan dalam Bidang Keberhasilan Utama (USIM KRA1) yang bertekad melahirkan graduan yang holistik dan berdaya gaji tinggi, majlis ini adalah simbolik penghargaan USIM kepada pelajar yang telah berupaya memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi cabaran alam pekerjaan. Seperti tahun-tahun yang lepas, sebanyak 10 anugerah yang terdiri daripada 15 kategori telah dianugerahkan kepada pelajar/kumpulan/pasukan/badan pelajar yang dicalonkan berdasarkan sistem merit yang dibangunkan. Anugerah–anugerah itu antaranya ialah Anugerah Cemerlang Kepimpinan, Anugerah Jasa Bakti, Anugerah Cemerlang Sukan, Anugerah Cemerlang Seni, Anugerah Cemerlang Usahawan dan beberapa anugerah lagi. Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, Ketua  Pengarah Operasi Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB). Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penerima-penerima anugerah pada malam tersebut perlu dijadikan contoh kepada pelajar lain diatas usaha dan komitmen yang mereka berikan kerana mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menimba pengalaman serta meningkatkan “soft skills” yang mereka miliki sepanjang berada di alam universiti. Tambahnya lagi. “Melalui Memorandum Persefahaman yang telah temetrai pada 14 Jun 2006 diantara USIM dan MAHB, ianya telah membuka ruang dan peluang penerokaan kerjasama di antara [...]

Go to Top