Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2010

TUN MAHATHIR TERIMA IJAZAH KEHORMAT USIM

Putrajaya, 24 September 2010 – YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dalam Majlis Konvokesyen Khas USIM yang diadakan di PICC Putrajaya pada 24 September 2010. Penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan beliau terhadap perkembangan ekonomi Islam serta peranannya mengangkat sistem kewangan Islam dipersada antarabangsa disamping meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Selain itu, sumbangan Tun dalam bidang pembangunan Islam di Malaysia juga tidak dapat dinafikan. Antaranya Tun Mahathir adalah perintis kepada penubuhan Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Atas jasa dan warisan bakti ini, USIM berbesar hati dan mengucapkan jutaan tahniah kepada YABhg Tun atas penganugerah ini. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan Unit Komunikasi Korporat pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

September 2010

C-FEST ’08 LEBIH MERIAH

Bandar Baru Nilai, 21 September 2010 –  Seperti tahun-tahun sebelumnya, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan lagi acara yang menjadi tradisi setiap tahun iaitu penganjuran Pesta Konvokesyen kali ke-8 (C-FEST) yang diadakan bermula 20 hingga 26 September di Stadium Tertutup Nilai Negeri Sembilan. Penganjuran kali ini adalah kerjasama Sekretariat Naib Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar USIM dengan Badan-badan Pelajar USIM. Hampir 20 gerai pameran dan jualan telah dibuka sepanjang pesta konvokesyen ini berlangsung. Sebanyak 14 penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Lembaga Tabung Haji Malaysia (LUTH) Johor Corporation, KFC Holdings dan sebagainya. Menurut Saudara Abdullah Long, selaku Pengarah Program Pesta Konvokesyen kali ke-8, pada tahun ini sekretariat pesta konvokesyen telah mewujudkan gerai-gerai jualan dan juga korporat. “Kerjasama dengan badan-badan korporat ini adalah sangat penting dalam memastikan penganjuran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai serta membawa dan meningkatkan imej universiti. Selain itu, pihak tabung Haji juga mengambil kesempatan untuk mengadakan pendaftaran Kelab Taha@U bagi menggalakkan mahasiswa membuka akaun haji mereka”, kata Abdullah. “Antara aktiviti menarik sepanjang pesta konvokesyen adalah Seminar Gerakan Usahawan, Pertandingan Dikir Barat IPT Malaysia, Forum Perdana, Malam Memperingati Al-Quds, Solat Hajat Perdana, Cabaran Catur Bestari dan sebagainya. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan pesta konvokesyen pada kali ini”, tambah Abdullah lagi. Pesta Konvokesyen kali ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda. “Tradisi penganjuran pesta konvokesyen ini harus menjadi kebanggaan semua pelajar USIM kerana ia merupakan titik untuk memperingati pelajar lain bahawa [...]

18 ANAK YATIM DAN MISKIN TERIMA DUIT RAYA DARI BKKUSIM

Dengkil, 4 September 2010 – Kira-kira 18 orang anak yatim dan miskin dari Taman Baiduri, Dengkil Selangor menerima sumbangan makanan, pakaian dan duit raya sempena program ziarah dan penyampaian sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (BKKUSIM). Pengerusi BKKUSIM, En. Nur Ekmal Buhary berkata, program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim dan miskin di samping menyampaikan sedikit sumbangan sebagai ingatan dan kasih sayang dari USIM kepada mereka. “Mungkin sumbangan yang diberikan oleh kami ini tidak seberapa tetapi mempunyai erti yang besar bagi anak-anak yatim dan miskin Taman Baiduri. Saya berharap dengan sumbangan ini dapatlah kiranya anak-anak ini menyambut aidilfitri dengan sempurna dan gembira”, tambah Ekmal lagi Menurut En. Mohd Shukry Md Latar selaku pengerusi rumah tersebut berkata, rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri telah dibuka pada 15 Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan khusus untuk anak-anak yatim dan miskin lelaki. “Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan serta buta huruf dan mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian”, tambah Shukry lagi. “Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini”, katanya. Penghuni rumah ini bermula dengan 7 orang anak-anak yatim dan miskin sehinggalah mencecah 18 orang. Mereka datang dari pelbagai negeri dan negara seperti Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Thailand dan Acheh. Salah seorang anak [...]

Ogos 2010

NIKMAT KEMERDEKAAN HARUS DI SYUKURI – DATO’ NAIB CANSELOR

Nilai, 20 Ogos 2010 – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-53, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda Naib Canelor USIM. Sambutan Bulan Kemerdekaan ini merupakan program tahunan USIM yang bertujuan memperkasa semangat patriotisme di kalangan kakitangan dan pelajar. Disamping itu menimbulkan kesedaran, kefahaman, menanam dan memperkuat semangat patriotisme kepada pelajar agar mereka berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara yang mempunyai jati diri yang tinggi. Y.Bhg Dato’ Naib Canselor ketika menyampaikan ucapan pelancaran berkata “kemerdekaan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek namun dataag dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah para pejuang kemerdekaan dan limpah rahmat daripada Allah. Jesteru, sebagai generasi selepas kemerdekaan harus sentiasa syukur dengan nikmat kemerdekaan ini dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi” ujarnya. Selain itu, sambutan bulan kemerdekaan ini turut dilancarkan di kampus USIM cawangan Pandan Indah yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Memandangkan pada kali ini Sambutan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, USIM mengambil kesempatan menggabungkan sambutan bulan kemerdekaan ini dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga USIM. Turut diadakan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh Exco MPP USIM dan gotong-royong memasak bubur lambuk oleh kakitangan Bahagian Keselamatan USIM. Menu istimewa yang menjadi hidangan setiap kali bulan Ramadhan itu disediakan seawal pagi dan diedarkan kepada semua pelajar dan kakitangan USIM bermula pukul 6.00 petang. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu [...]

RADIO USIM CARI BAKAT BARU

Bandar Baru Nilai, 19 Ogos 2010 –  Hampir 100 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai program pencarian juruhebah radio USIM. Pencarian ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru disamping menjadi platform buat pelajar-pelajar dalam mempamerkan bakat mereka sebagai juruhebah. Menurut En. Muhamad Zaki Mustafa, pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merangkap Penyelaras Radio USIM, pencarian juruhebah radio ini merupakan kali ketiga dianjurkan dan merupakan program tahunan. “Sebelum ini kami telah mengadakan program jelajah fakulti untuk pencarian bakat baru disamping mempromosikan radio USIM kepada semua warga USIM”. “Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa radio USIM  hanya terhad untuk Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan sahaja sedangkan ianya terbuka kepada semua warga USIM yang berminat untuk menjadi juruhebah”, tambah Muhamad Zaki lagi. “Antara kriteria penting untuk menjadi seorang juruhebah adalah mempunyai minat, bakat dan gaya tersendiri. Suara memainkan peranan yang penting untuk menjadi juruhebah radio”, kata Muhammad Zaki. Radio USIM merupakan satu-satunya stesen radio yang terdapat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bernaung dibawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Radio USIM beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sebelum ini stesen radio USIM ini telah beroperasi secara percubaan dari bulan Januari 2009. Kini, stesen radio kampus ini telah menjadi stesen radio digital tercanggih di kalangan IPTA/IPTS. Membawakan liputan langsung secara online streaming menerusi Http://radio.usim.edu.my dan menawarkan beberapa bentuk program serta wawancara secara interaktif kepada pendengar. Ia juga menampilkan ulasan berita utama mengenai USIM serta hebahan terkini kepada warga USIM. Salah seorang peserta, Munirah Mazlan, 20, Pelajar tahun 2, Fakulti Sains Teknologi (FST) [...]

7,000 HADIRI SYARAHAN PERDANA TUN MAHATHIR DI USIM

Bandar Baru Nilai, 9 Ogos 2010 – Lebih 7,000 termasuk tetamu kehormat, pelajar, pensyarah, kakitangan USIM dan masyarakat setempat hadir menenuhi Stadium Tertutup Nilai untuk mendengar Syarahan Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini. Suasana dewan yang penuh sesak dengan penonton terutamanya mahasiswa-mahasiswi yang sejak awal jam 8.30 pagi lagi sudah membanjiri Stadium Tertutup Nilai untuk bertemu dan bersalam dengan Tokoh Negarawan ini. Tun Mahathir dengan penuh mesra bersalaman dan melambai-lambai tangan kepada pelajar yang berada di bahagian atas tempat duduk sambil disambut oleh ribuan pelajar USIM. 8 tahun yang lalu, Tun Dr. Mahathir hadir ke Kampus Tetap USIM di Bandar Baru Nilai ketika majlis pecah tanah pada 20 Ogos 2002 dan ketika itu kawasan ini adalah sebuah pekan kecil. Namun kedatangan Tun Dr. Mahathir kali ini berbeza melihat USIM berdiri segak di  Kampus Tetap USIM yang sudah berubah wajah sebagai bandar ilmu berdekatan lingkaran koridor raya multimedia. Pidato selama 1 jam 15 minit yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir di atas tajuk “Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Ilmu Islam : Antara Realiti dan Cabaran Masa Depan” menggambarkan bahawa idea dan buah fikiran Tun tidak dimamah usia. Tun Dr Mahathir memulakan syarahan beliau dengan mengungkapkan definisi Ilmu Islam berdasarkan ayat pertama turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu kalimah Iqra’. Sejarah Islam dibedah oleh Tun dengan menceritakan kehebatan tamadun Islam telah menggunakan ilmu untuk menguasai dunia seterusnya mencetuskan tamadun unggul hingga terbinanya Baitul Hikmah. Tun menyatakan bahawa “Ilmu Islam bukan hanya terhad kepada ilmu akar Islam iaitu Syariah, Usuluddin [...]

LAGU WARNA-WARNA CERIA JUARA FESTIVAL CIPTA 2010

Putrajaya, 7 Ogos 2010 – Lagu ’Warna-warna Ceria’ hasil nukilan penghuni penjara muncul juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA 2010) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya. Johan membawa pulang wang tunai RM1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu ‘Jiwa Berpadu’’ menduduki tempat kedua diikuti lagu ‘Tuah Bumi Ini’ yang mana masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM750 dan RM500 beserta hadiah iringan. Menurut Shahril (bukan nama sebenar) yang merupakan komposer lagu ‘Warna-warna Ceria’ berkata, beliau tidak menyangka sama sekali lagu yang dihasilkan bersama rakannya Nabil (bukan nama sebenar) terpilih menjadi juara. “Saya begitu terkejut dan terharu apabila lagu saya diumumkan sebagai juara kerana lagu-lagu lain yang bertanding juga bagus dan hebat”, tambah beliau lagi. Sementara itu, rakannya Nabil berharap agar lagu tersebut dapat berkumandang di corong-corong radio dan seterusnya dikongsi dengan seluruh masyarakat. Selain itu sebanyak tiga buah lagu telah terpilih untuk lirik terbaik iaitu untuk lagu ‘Bunga Jiwa Bangsaku’, ‘Selamat Datang Kemenangan’ dan ‘Tuah Bumi Ini’ yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM500. Program yang merupakan kali ketiga ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan penghuni penjara yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Sebanyak 8 buah lagu telah dipilih untuk  ke final dan diiringi oleh sebuah orkestra yang terdiri dari 80 orang pemuzik serta dipersembahkan oleh pelajar USIM dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu festival ini turut diwarnai dengan Pertandingan Melukis Tokoh Patriotik Malaysia. Timbalan [...]

MAHASISWA USIM BANTU CALON PMR UNTUK “SKOR A”.

Bandar Baru Nilai, 31 Julai 2010 – “Peranan dan tanggungjawab sesebuah universiti tidak terhad kepada menyalurkan ilmu kepada mahasiswa-mahasiswa mereka sendiri namun tanggungjawab terhadap pembangunan akademik masyarakat setempat juga perlu ditekankan dan diambil kira”, ucap Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah. Justeru itu, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) USIM telah menjayakan Program Motivasi Kecemerlangan Diri & Seminar skor ‘A’ Pelajar PMR 2010 (PERKASA) yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat, USIM di Nilai, Negeri Sembilan. Program selama satu hari ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR. Di samping itu berkongsi ilmu serta memberikan pendedahan yang terbaik kepada para pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. “Seramai 143 pelajar tingkatan 3 dari 4 buah sekolah sekitar Negeri Sembilan dipilih untuk menyertai program ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Ahmad Said, Sekolah Menengah Agama Nilai dan Sekolah Menengah Agama Rantau”, kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Program Motivasi Kecemerlangan Diri & Seminar Skor ‘A’ Pelajar PMR 2010 (PERKASA). Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bagi matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Penceramah terdiri daripada guru-guru yang pakar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. Selain itu sesi motivasi dari En. Ahmad Subhi Che Ab Razab yang merupakan kaunselor terlatih bertujuan untuk menyuntik semangat dan keyakinan diri para pelajar. Selain itu, [...]

USIM BERI INSENTIF PADA HUFFAZ AL-QURAN

Bandar Baru Nilai, 29 Julai 2010 – Graduan Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malayia (USIM) Mohd Rasyidi Md Rasyid, 26 dan pelajar tahun 3 jurusan Syariah dan Undang-Undang USIM, Razlan bin Ramli, 22 antara 6 pelajar yang menerima Skim Insentif Huffaz Al-Quran USIM (i-Huffaz). Masing-masing menerima RM 2,000 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri  Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B). USIM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang memartabatkan para huffaz Al-Quran dalam kalangan warga akademik dan merupakan satu pengiktirafan kepada para huffaz daripada sebuah institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam umumnya dn pengajian Quran khususnya. Menurut Ustaz Amiruddin, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, pertandingan Hafazan Al-Quran ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan warga USIM menghafal Al-Quran. Ia juga adalah hasrat Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dan semua hadiah adalah tajaan dan peruntukan dari tabung Naib Canselor sendiri. “Memandangkan pertandingan ini merupakan julung kali diadakan, maka ianya hanya terbuka kepada pelajar USIM sahaja dan seterusnya untuk warga USIM keseluruhannya di masa akan datang”, kata beliau. Sementara itu Mohd Rasyidi yang merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah di Syria memberitahu, dia mengambil masa setengah jam setiap hari selepas solat mempraktis hafazan Al-Quran. Bagi Razlan, pertandingan seumpama ini merupakan kali ketiga disertainya dan berusaha untuk lebih maju di masa akan datang. “Saya mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan Hafazan bagi kategori 15 juzuk mewakili Negeri Sembilan di Peringkat [...]

Julai 2010

SUNNAH NABAWIYYAH SUMBER INFORMASI DAN ASAS PERPADUAN

Bandar Baru Nilai, 29 Julai 2010 – Al-Quran merupakan sumber utama bidang keilmuan dan perpaduan ummah khususnya bagi umat Islam. Manakala Sunnah Nabawiyyah berperanan sebagai petunjuk dalam memahami isi kandungan Al-Quran dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) berkata, dewasa ini banyak cabaran yang memecahkan serta meretakkan keutuhan kesatuan umat Islam yang sekaligus mendesak umat Islam kembali ke pangkal jalan dengan memahami isi kandungan Al-Quran dan Sunnah. “Saya berharap agar hasil pembentangan dari seminar ini dapat digarap dalam bentuk praktikal dan diaplikasi di Malaysia pada masa akan datang”. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Warisan Nabawi 2010 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini. Seminar dua hari yang bermula pada 28 hingga 29 Julai ini  merupakan kali ke-2 dianjurkan dan bertemakan “Sunnah : Sumber Informasi dan asas Perpaduan”. Seminar ini bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu serta cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah swt. Disamping itu mempertemukan para ilmuwan dari pelbagai tempat dan latar belakang pendidikan yang berbeza dan bertukar-tukar maklumat serta informasi. Sementara itu, Y.Bhg Dato’ Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda ketika dalam ucapan aluannya juga berharap natijah daripada Seminar ini dapat menjadi input lepada warga kampus dan masyarakt umumnya. “ Hari ini tiada jalan lain untuk memulihkan gejala mazmumah masyarakat dan menyatupadukan ummah dengan kembali kepada petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Warisan Junjungan besar Nabi Muhammad ini harus digali dan dihayati [...]

Go to Top