Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2022

39 Pegawai Kadet Palapes Darat USIM ditauliah sebagai Pegawai Muda Rejimen Askar Wataniah

BANGI, 27 Januari 2022 – Seramai 39 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah dalam satu Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Darat Ke-39 bagi Zon Tengah 1 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DeCTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain. Majlis pentauliahan ini menyaksikan Leftenan Muda, Afif Bin Mohd Nasir dianugerahkan sebagai pegawai kadet terbaik PALAPES USIM. “Siswa dan siswi seharusnya melibatkan diri di dalam ko-kurikulum disamping tidak mengabaikan pencapaian akdemik. Kerana ilmu dan kemahiran yang diperolehi di dalam ko-kurikulum dapat menambahbaik etika dan cara berkerja seseorang itu. Sentiasalah menambah ilmu akademik, agama dan kemahiran. Kerana generasi muda hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan”, ujar Afif. Berikutan penularan wabak COVID-19, Istiadat Perbarisan dan Pentauliahan Diraja yang dilaksanakan setiap tahun telah dibatalkan. Oleh itu, Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES dilaksanakan sebagai simbolik kepada Perbarisan Pentauliahan Diraja tersebut. Seramai 254 Pegawai Kadet berjaya ditauliahkan pada majlis ini, mereka adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Serawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Turut hadir sama dari USIM adalah Komandan PALAPES USIM Kolonel (Kehormat) Profesor Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dan Timbalan Komandan PALAPES USIM [...]

Pasca Covid-19 : Graduan Perlu Lebih Fleksibel dan Versatil

Sejak akhir tahun lalu hingga semasa sudah banyak universiti yang kembali sibuk menguruskan majlis konvokesyen masing-masing. Selepas sekian lama tertunda lama kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan jangkitan COVID-19 yang ada ketikanya sangat membimbangkan, kini sudah ramai graduan ‘lama’ yang tersenyum bersama ahli keluarga mereka kerana berpeluang merasai kembali nikmat majlis berkonvokesyen. Penulis secara peribadi berpandangan seperti tidak lengkap seorang mahasiswa itu menamatkan pengajian bertahun di universiti jika tidak merasai peluang dan momen menyarung jubah graduasi, berarak bersama kawan-kawan sepengajian memasuki dewan konvokesyen dan kemudiaannya naik ke pentas menerima skrol. Terasa lebih puas diiktiraf sebagai graduan dengan cara seperti ini. Itulah keindahan majlis konvokesyen, cumanya kita perlu berpijak di bumi nyata bahawa realiti sebenar ‘di luar’ majlis konvokesyen itu lebih merisaukan penulis dan banyak pihak, tambahan pula bila dikaitkan dengan situasi semasa. Impak pandemik COVID-19 yang sudah melangkaui dua tahun lamanya melanda negara memberi cabaran yang besar kepada graduan yang baru ingin membuka langkah ke alam kerjaya kerana jawatan kosong semakin terhad kerana sektor ekonomi dan pekerjaan masih bergelut untuk pulih. Ditambah pula dengan penangan Revolusi Industri 4.0 yang berpaksikan kepada kebergantungan manusia kepada kecanggihan teknologi terkini dalam memudahkan pelbagai urusan, semua faktor ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan pengangguran graduan di luar sana. Natijahnya lebih ramai yang terpaksa mencari pekerjaan di luar bidang pengajian mahupun terpaksa menerima kadar upah yang tidak berpadanan dengan kelayakan. Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2019, graduan Malaysia meningkat kepada 5.29 juta atau 6.9 peratus lebih [...]

Januari 2022

Pelajar Tamhidi Semester II, Sesi Akademik 2021/2022 laksana PdP Secara Bersemuka  

NILAI, 23 Januari 2022- Seramai 970 pelajar Tamhidi semester II, Sesi Akademik 2021/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kembali ke kampus untuk menjalani Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka dan hibrid. Pendaftaran masuk ke kolej kediaman bermula 21 sehingga 23 Januari 2022 dan ditempatkan di dua lokasi iaitu Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) dan Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI). Pengarah Pusat Tamhidi Prof Madya ChM. Dr Juliana Jumal berkata, semua pelajar wajib mengisi dan mengemaskini status vaksinasi diri dalam portal iStudent. Manakala bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan perlu mendapatkan pengesahan daripada hospital atau klinik kerajaan dan memaklumkan kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) untuk tujuan penyelarasan. “Bagi pelajar yang belum menerima vaksin, pelajar disarankan untuk segera mendapatkan janji temu vaksin Covid-19 dengan menghubungi klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran”. “Cabaran sebelum ini adalah menguruskan diri dalam tempoh PdP secara dalam talian. Apabila guru tidak berada di depan mata kita, kita sendiri yang kena jujur dengan diri sendiri untuk menyiapkan tutorial dan tugasan-tugasan yang diberikan”, jelas Muhammad Hariz Mohamad Nasir, pelajar Tamhidi Sains Perubatan. Sementara itu bagi Muhammad Nabil Amin Nasaruddin,19, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi, sangat gembira dan teruja apabila dapat menjalani PdP secara bersemuka. Peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk memastikan pencapaian semester ini cemerlang sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pihak universiti amat mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan pelajarnya dan mendoakan para pelajar selamat dari jangkitan Covid-19 serta dapat meneruskan sesi PdP dengan lancar.       Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) [...]

65 pelajar terima Watikah Pelantikan JAKSA, OCSS Sesi 2021/2022

NILAI, 21 Januari 2022 - Seramai 65 orang pelajar telah dilantik untuk menerajui barisan kepimpinan Jawatankuasa Siswa siswi Kolej Kediaman (JAKSA) dan Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) Sesi 2021/2022, dan diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan yang disempurnakan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Majlis anjuran Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) ini turut meraikan dan memberi penghargaan kepada mantan JAKSA dan OCSS Sesi 2020/2021 yang banyak membantu dalam hal ehwal aktiviti dan kebajikan pelajar terutama semasa pandemik COVID-19. JAKSA bertindak sebagai badan pelajar yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar khususnya yang menetap di kolej kediaman, manakala Sekretariat  Pelajar Luar Kampus  (OCSS) berfungsi sebagai badan pelajar yang menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar luar kampus. Sepanjang pendemik Covid-19 berlaku sejak Mac 2020, JAKSA dan OCSS telah terlibat secara langsung membantu PRUPEL dalam pelbagai aktiviti seperti Operasi Pulang Pelajar, Pendaftaran pelajar Tamhidi dan Sarjana Muda serta agihan Sumbangan dan Makanan Kering kepada pelajar. Sepanjang dua tahun ini, JAKSA dan OCSS telah memainkan peranan dalam membantu rakan-rakan dan pengurusan PRUPEL yang dijangkiti Covid-19 dalam pengurusan kebajikan termasuk bantuan makanan, keperluan bilik kuarantin dan sebagainya. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, bagi memenuhi tuntutan dunia masa kini, penglibatan pelajar dalam program-program kolej secara tidak langsung mampu menjadi satu inisiatif kepada mahasiswa dalam mempelajari pelbagai kemahiran seperti menguruskan protokol majlis, multimedia, pengacaraan majlis dan banyak lagi. “Dengan ini, saya menyeru agar pelajar di kolej dapat terlibat secara aktif dalam program – program anjuran universiti serta kolej sekaligus [...]

8 Kakitangan USIM terima anugerah sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M YDPBNS Ke-74

NILAI, 14 Januari 2022 -  Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’ bersempena Hari Keputeraan Yang ke-74 Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Januari 2022. Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris, bukan asing lagi dalam kalangan warga USIM kerana beliau merupakan Pengerusi Pusat Pemberian Vaksin IPT Mega USIM, antara tulang belakang yang menjayakan operasi PPV IPT Mega selama hampir empat bulan di Dewan Tuanku Canselor pada tahun lepas. Beliau merupakan Doktor Pakar Obstetrics & Gynaecology di USIM, dan pernah dilantik sebagai perunding pelawat dalam bidang kepakaran beliau di Hospital Ampang, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Port Dickson dan Nilai Medical Centre. Beliau juga merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia, selain merupakan ahli Majlis Perubatan Malaysia. Turut menerima darjah kebesaran lain, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang yang dianugerahkan pingat Darjah Pekerti Terpilih (DPT). Dua pensyarah iaitu Prof Dr Azman Ab Rahman dari Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Dr Nizam Baharom dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan masing-masing menerima pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS). Manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dianugerahkan kepada Encik Rozaimi Kamaruddin Penolong Pegawai Keselamatan, Encik Nurul Hisham Yahaya Penolong Jurutera Kanan (Elektrik) Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Fasiliti dan Puan Azlin Mahmud, Penolong [...]

USIM Tuan Rumah Jom Masuk IPT (JMIPT) 2022 Zon Tengah

NILAI, 19 Januari 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Jom Masuk IPT (JMIPT) 2022 Fasa 1 Zon 4 (Tengah) yang merupakan sebuah program mega pendidikan dan tarikan utama kepada pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru untuk merancang serta mencari informasi berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Sebagai tuan rumah, USIM komited untuk melaksanakan yang terbaik dalam menganjurkan program berskala besar ini dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan pengunjung di samping menjanjikan kelainan untuk memberi impak kepada program.  Dijangkakan lebih dari 100 pempamer dari Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan menyertai karnival yang akan diadakan pada 26 dan 27 Februari ini. Menurut Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), penganjuran karnival JMIPT 2022 ini sebenarnya amat penting kepada bakal pelajar yang akan menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan juga untuk mereka mendapatkan maklumat mengenai bantuan pinjaman pendidikan, biasiswa dan sebagainya. “Peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di dalam negara begitu besar. Peranan guru-guru, ibu bapa penting untuk membawa anak-anak serta pelajar-pelajar ke karnival ini untuk bertemu dengan pegawai universiti, kaunselor, pegawai kementerian untuk membantu memberi pemahaman saluran pengajian dan biasiswa yang bersesuaian” katanya. “Kami berharap agar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Setaraf akan mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program akademik yang ditawarkan dengan melawati reruai pameran [...]

ACER, KPT sumbang komputer riba kepada pelajar kategori B40

NILAI, 11 Januari 2022 - Melalui program Corporate Services Responsibility (CSR) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), ACER Sales & Services Sdn Bhd dengan kerjasama KPT telah menyumbangkan sebanyak 30 buah komputer riba kepada pelajar kategori B40 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Agihan ini telah dijalankan sejak Ogos tahun lalu kepada pelajar yang berada di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor melalui serahan tangan. Manakala pelajar daripada lain-lain negeri telah menerima komputer riba melalui pihak Pos Laju di atas kekangan pandemik COVID-19 yang membataskan pergerakan untuk merentas negeri. Simbolik penyerahan disampaikan oleh Encik Mohamad Haris Fitri Hashim, Head of Public Sector Acer kepada wakil-wakil pelajar dengan disaksikan oleh Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Encik Md Ishah Rahman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. USIM dengan kerjasama System Development and Engineering Centre (SDEC), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Wakaf dan Zakat sentiasa memastikan keperluan dari segi peralatan bantuan belajar di beri perhatian supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Sumbangan ini amat bermakna bagi pelajar-pelajar ini untuk memudahkan aktiviti pembelajaran serta memberi semangat untuk menimba ilmu dan tingkatkan kepakaran seterusnya dapat menyumbang semula kepada masyarakat. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan  

USIM laksana 100 peratus kehadiran ke pejabat berkuatkuasa 17 Januari 2022

NILAI, 5 Januari 2022 - Pengoperasian pejabat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan dijalankan  sepenuhnya dengan 100 peratus kehadiran ke pejabat berkuatkuasa 17 Januari 2022 ini. Susulan itu, sejajar dengan Pekeliling Pentadbiran Bilangan 08 Tahun 2021, dasar pelaksanaan imunisasi Covid-19 bagi pegawai USIM adalah, hanya individu yang telah lengkap divaksinasi dengan vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan memasuki Kawasan kampus. Manakala staf yang belum lengkap divaksinasi hendaklah mengemukakan keputusan calitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh mana-mana fasiliti kesihatan yang berdaftar atas kos sendiri serta memastikan tempoh sah laku keputusan tersebut tidak melebihi tempoh tiga hari ketika memasuki kawasan kampus. Selain daripada itu, staf juga diberi pilihan untuk mengemukakan keputusan ujian calitan Covid-19 dengan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (ujian sendiri) menggunakan sampel bendalir mulut atau calitan hidung yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar/ahli farmasi/juruteknologi perubatan yang melaksanakan ujian tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM, semua staf akademik dan pentadbiran termasuk tetap, sementara, kontrak dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) hendaklah mempamerkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera setiap kali sebelum memasuki kawasan kampus. Jelasnya lagi, staf amatlah digalakkan menggunapakai dua (2) pelitup separuh muka serta meneruskan langkah-langkah pencegahan Covid-19 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta merekod kehadiran atau keberadaan di pejabat masing-masing dengan mengimbas kod QR yang disediakan sepanjang berada di dalam kawasan kampus. “Staf yang menghadapi kesukaran menguruskan anak kerana penutupan sekolah, pusat jagaan harian atau mempunyai anak yang tidak sihat boleh dipertimbangkan atas budi bicara Ketua Pusat [...]

العربية ملكة اللغات المتوَّجَة و هذا الدَّليل

 في حَضرَتِها يَومَ عِيدها.. في عِيدِها و كُلُّ يَومِ عِدُها ،تبدو صَاحبَة الجلالة و الفَخرُ طَوَّقَ جِيدَها، فَهذا كَهلٌ يَكتُب خَاطِرة و طَفلٌ يشدو لِتميم البرغوثي في القدس، يَنتَشي ذلك الطِّفل ثُمَّ قَرَّر أَن يُعِيدَها، في القُدس مَن في القُدس، لكن لا أرى في القُدسِ إلا أنت، فَيَشُدُّني طِفلي مُتَوجِّهاً للعربيَّة أقول لَها مِن جَدِيد، لكن لا أرى في القُدسِ،  قَداسَة الزَّمان و المَكان و العِلم و القرآن إلا أنتِ ، في عِيدها يَتجدَّدُ التَّمسُكُ بِها، العَربيَّة أيها السَّيدات و السَّادَة  زُمُرُّدُ زَبَرجَدٌ عَسجَدٌ و أُقحوان، لماذا نَحتَفِل بالعربيَّة، بل لِماذا لا نَحتَفِلُ بالعربيَّة.لُغَةُ النَّغَم والحركَة و اللون و الطَّعم .. العربية تلك اللغَةُ التي تَعُجُّ بالحَيَاة، لُغَةُ الصَّوتِ و الصّورة التي صوَّرت لَنا إرهَاقَ أهل النَّارِ في جَهنَّم بِحرفِ وَاحِد في سُورَةِ المَعَارِج في قَولِهِ تَعالى على لِسَانِ أهلِ النَّار ( ما أغنى عَنِّي مَاليه، هَلَكَ عَنِّي سُلطَانِيَه ) حَيثُ أَظهرَ هذا الحَرفُ (حَرفُ الهاء) لُهاثَ الكافِرينَ و تَعَبَهم و مدى النَّدامَةِ الظَّاهِرَة في صَوتِهم ، و ابتِسَامَةِ سَيفِ عَنتَرة في المَعرَكَة عِندَما تَذَكَّرَ لُبنى، لَعلَّك تَسمَعُ قَرعَ تِلكَ الضَّربَة التي تَمنَّاها عبد الله ابن رواحَة في سَبيل الله يَوم قَال " و ضَربَةٍ ذَاتِ قَرعٍ تَقذِفُ الزَّبدَ" أما إن نَعِمت بِبضعٍ وعَشرَةِ أَبيات وَصَف بِها جَدُّنا المُتَنبِّي أسداً يَمشِي مُتبختِراً فَيقول " كأنَّهُ آسٍ يَجُسُّ عَليلاً" فوَصف ذاك التَّبَختُر المتأنِّي الذي يَرفَعُ قَدماً و يَضُع أخرى كَذاك الطبيب الذي يفحَصُ مَريضاً بتؤدة خَشيَةَ تألُّم المريض، و لَعلَّكَ تَجِدُ مَرارَة السَّقَمِ في فَمِ السَّقيم بَل في ِشعر المتنبي " و مَن يَكُ ذا فَمٍ مُرٍ [...]

USIM lanjut tempoh permohonan ambilan Mac sehingga Jumaat ini

NILAI, 4 Januari 2022 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melanjutkan tarikh permohonan kemasukan program Sarjana Muda Ambilan Mac sesi akademik 2021/2022 sehingga Jumaat ini 7 Januari 2022. Terdahulu, Pusat Pemasaran dan kemasukan Pelajar (PPKP) USIM telah mengiklankan permohonan kemasukan ini pada awal Disember lepas. Sebanyak 12 program ditawarkan iaitu program Sarjana Muda Da’wah & Pengurusan Islam dengan Kepujian, Sarjana Muda Pengajian Akidah & Agama dengan Kepujian, Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian, Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian, Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian, Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian, Sarjana Muda Fiqh & Fatwa dengan Kepujian, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian, Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan & Jaminan Maklumat). Justeru, pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Diploma dan setarafnya yang memenuhi syarat untuk kemasukan ke USIM boleh melayari laman web Pusat Pemasaran dan kemasukan Pelajar (PPKP) iaitu www.admission.usim.edu.my  atau menghubungi PPKP di talian 06-7988057 atau 06-07978626 atau emelkan pertanyaan kepada admission@usim.edu.my atau ug@usim.edu.my. Yuran proses dikenakan hanya RM100. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Pemasaran dan kemasukan Pelajar (PPKP), pengambilan kedua ini mengambil kira pelajar STAM yang tertangguh untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda di luar negara seperti Mesir, Jordan dan sebagainya disebabkan Standard of Procedure (SOP) Pandemik Covid-19. USIM sentiasa memberi peluang kepada pelajar terutama dalam aliran agama untuk menyambung [...]

Go to Top