Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2021

Gabungkan Teknologi IoT dalam tanaman fertigasi

NILAI - Mengawal proses pembajaan, siraman dan meracun tanaman di ladang dengan hanya menggunakan telefon pintar, itulah inovasi yang dihasilkan oleh siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui ciptaan Laman Prosumer Control System (LPCS) yang mengintegrasikan teknologi Internet of Things (IoT). Ciptaaan inovasi yang memberi nilai tambah kepada penanaman secara teknik fertigasi yang semakin meluas kini merupakan hasil projek sekumpulan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM iaitu Muhammad Khairuz Zihani Kelana, 22; Hairul Iskandar Hairul Nizam,22; Nur Syuhada Amir, 22; dan Siti Sarah Nabila Nor Zawawi,22. Menurut Ketua Projek, Khairuz Zihani, projek inovasi yang mereka hasilkan ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi subjek Reka bentuk Projek Kejuruteraan Elektronik yang diambil oleh pelajar tahun tiga. “Inovasi yang kami cipta ini amat sesuai untuk digunakan di ladang pertanian berskala kecil yang menggunakan keadah penanaman fertigasi. Kebetulan di dalam kampus USIM, Jabatan Keselamatan ada mengusahakan penanaman rock melon secara kecil-kecilan menggunakan kaedah fertigasi di Laman Prosumer” “Kebun rock melon di Laman Prosumer ini menjadi perintis kepada penggunaan ciptaan LPCS yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu Automatic Distribution System; Dosing System; dan Monitoring System. Ketiga-tiga sistem ini dibangunkan berteraskan IoT yang membolehkan ia dikawal sepenuhnya oleh petani menggunakan telefon pintar atau tablet melalui sambungan secara modul WI-FI. Pengguna tanpa perlu lagi berada di ladang, boleh mengawal kesemua sistem ini untuk berfungsi mengikut keperluan masing-masing di peranti sahaja melalui aplikasi ‘e-Prosumer’ yang turut kami bangunkan sendiri” ujar Zihani. Bagi Hairul Iskandar, tiga fungsi utama di dalam LPCS ini [...]

Pelajar Baharu Program Tamhidi USIM sesi Akademik 2021/2022 jalani taaruf secara dalam talian

NILAI, 4 Ogos 2021 - Seramai 921 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjalani sesi Taaruf secara dalam talian mulai 5 hingga 8 Ogos 2021. Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 1 hingga 3 Ogos 2021. Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi dan Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Taaruf berkata, pelajar akan menggunakan kaedah Taaruf secara dalam talian menggunakan platform Global Open Access Learning System (GOALS) berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar perlu melengkapkan taaruf secara dalam talian selama 5 jam dan antara segmen baharu yang diperkenalkan adalah SOP Covid-19 dan Taklimat Etika di Media Sosial. “Walaubagaimanapun seramai 28 orang pelajar yang berkeperluan untuk berada  di kampus secara fizikal telah mendaftar masuk mulai hari ini dan 15 Ogos 2021. Kemasukan ini berdasarkan kepada 6 Kategori  Pelajar  Bekeperluan Khas bagi Kemasukan Pelajar ke Kampus Secara Fizikal Mulai 1 Mac 2021 oleh pihak KPT.” katanya. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Program Tamhidi dan mengharapkan agar pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam era pandemik yang mencabar ini.   Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Alumni USIM rai Hari Alumni pada 9 Ogos ini

NILAI, 3 Ogos 2021 - Sehingga Majlis Konvokesyen ke 18 pada bulan April 2021 yang lepas, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melahirkan seramai 25,269 alumni dari peringkat Sarjana Muda dan juga Siswazah. USIM melihat peranan alumni amat strategik bagi membantu Universiti pada masa hadapan. Ini kerana alumni merupakan sumber masa depan jangka panjang kerana mereka adalah duta Universiti yang akan membawa panji-panji USIM dalam komuniti sama ada di peringkat tempatan atau pun antarabangsa. Menyedari akan hakikat ini, Pusat Alumni dan Kerjaya USIM mengambil inisiatif menganjurkan Sambutan Hari Alumni USIM buat julung kalinya pada tahun 2021. Tarikh 9 Ogos dipilih sebagai Hari Alumni USIM bedasarkan daripada tarikh Majlis Konvokesyen Pertama yang berlangsung pada tahun 2003 yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Penganjuran Sambutan Hari Alumni USIM 2021 merupakan manifestasi usaha memperkasakan institusi Alumni agar relevan dengan perkembangan semasa. Ini merupakan cabaran USIM sebagai sebuah Universiti Komprehensif yang bertanggungjawab bagi memartabatkan pelajar aliran agama agar berjaya dalam pelbagai kerjaya profesional kelak. USIM amat berbangga dengan pencapaain Alumni dalam pelbagai bidang pada masa ini seperti bidang keusahawanan, akademik, pentadbiran dan sebagainya. Dalam tempoh 21 tahun USIM ditubuhkan, alumni USIM telah merekodkan pelbagai kejayaan. Antaranya penglibatan alumni sebagai usahawan yang kini mempunyai jenama yang terkenal seperti MedShoe, Hasnuri, Azdan Quran Centre, UI Platinum, Mawar Teraju, Raja Ikan Patin dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, alumni USIM telah membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik dan menjadi pensyarah di Universiti tempatan dan luar negara. Selain itu, terdapat juga alumni USIM yang berkecimpung [...]

SCIROSH Pemacu Usaha Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di USIM

NILAI, 31 Julai 2021 -  Tahun 2021 melakar satu lagi sejarah baru kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baru telah diwujudkan di USIM setelah usul penubuhannya diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada Disember tahun lalu. PTj yang pada mulanya dinamakan Bahagian Pengurusan Risiko & Integriti, Pematuhan Syariah dan Keselamatan Pekerjaan (BPRIPSKP) ini kini dikenali sebagai Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu SCIROSH. Penubuhan PTj ini dilihat selaras dengan hasrat Universiti bagi merealisasikan pembudayaan dan pelaksanaan nilai-nilai utama konsep Kampus Barakah melalui usaha-usaha pengukuhan, pengesanan dan pematuhan aspek pematuhan syariah, integriti, pengurusan risiko dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika sebelum ini pentadbiran dan governan tiga aspek ini terpisah-pisah di bawah PTj yang berbeza, kini pemerkasaan aspek-aspek ini diharapkan lebih efektif apabila diletakkan di bawah satu bumbung PTj yang sama. Tiga unit utama yang memacu usaha pemerkasaan ketiga-tiga aspek penting ini ialah Seksyen Pematuhan Syariah dan Pentadbiran Am, Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko serta Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Seksyen Pematuhan Syariah bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal selia pengurusan isu Syariah USIM merangkumi pembudayaan, pelaksanaan, perekodan, pemantauan dan pelaporan kepada Pengurusan Tertinggi Universiti. Selain itu seksyen ini juga adalah urusetia kepada Mesyuarat Panel Syariah USIM (MPSU) yang dahulunya berada di bawah seliaan Institiut Fatwa Sedunia (INFAD). MPSU yang dianggotai oleh golongan pakar yang dilantik dari kalangan tenaga akademik universiti adalah merupakan entiti penting dan bebas yang akan dirujuk oleh pihak universiti bagi mendapatkan nasihat berkaitan hukum dan [...]

Julai 2021

USIM salur sumbangan, hargai jasa petugas sukarelawan terkesan Covid-19

NILAI, 29 Julai 2021  – Universiti Sains Islam Malaysia melalui Pusat Islam USIM serta Jawatankuasa Sukarelawan (Bukan Kesihatan), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM menzahirkan keprihatinan kepada petugas sukarelawan dalam dan luar USIM yang terkesan dengan Covid-19. Inisiatif ini merupakan satu bentuk penghargaan atas komitmen mereka dalam memastikan proses pemberian vaksin di PPV ini berjalan dengan lancar. Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pendaftar USIM, Dato' Muhammad Haizuan Rozali dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan (Bukan Kesihatan) PPV IPT MEGA USIM, En. Md. Ishah Rahman serta Pegawai Pusat Islam USIM, En. Muhamad Fitri Abdul Razak. Dalam majlis tersebut, enam (6) petugas yang terkesan telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada Dana Khas Kebajikan Tabung Kebajikan Pusat Islam USIM. Muhammad Haizuan berkata, “Semua petugas yang bertugas di PPV IPT Mega USIM ini telah dianggap seperti keluarga. Justeru, apabila ada yang terkesan dengan Covid-19 ini, seharusnya USIM tampil memberikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan moral yang sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan motivasi mereka”. ”Orang ramai yang hadir ke PPV IPT Mega USIM untuk menerima dos vaksin mereka juga tidak perlu risau dengan situasi kesihatan dan keselamatan di PPV ini kerana Pengurusan PPV IPT Mega USIM sentiasa memastikan pengoperasian PPV mematuhi SOP yang telah ditetapkan, termasuklah melaksanakan operasi sanitasi PPV pada setiap hari” katanya. Sejak memulakan operasinya pada 28 Jun 2021, sejumlah 81,062 dos vaksin telah diberikan kepada warga Negeri Sembilan terutamanya yang berada di daerah Seremban dalam usaha memastikan kadar pemberian dan penerimaan vaksin di negeri ini dipertingkatkan.   [...]

Jadikan aktiviti kitar semula sebagai terapi lestari di musim pandemik

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semula oleh Kerajaan susulan peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19 membuatkan rakyat perlu ‘berkurung’ sekali lagi di rumah. Memandangkan tempoh berada di rumah lebih panjang, dapat dilihat penjanaan sisa pepejal yang merangkumi barang boleh kitar semula, sisa makanan dan sebagainya lebih tinggi datangnya dari kawasan kediaman dan perumahan. Menurut laman sesawang Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, barang boleh kitar semula dengan anggaran bernilai RM476 juta dibuang ke tapak pelupusan sampah di Malaysia dan dijangka akan meningkat jumlahnya sekiranya sampah kitar semula ini tidak diurus dengan baik. Bukan sahaja sampah kitar semula, sisa pepejal yang tidak diurus dengan teratur turut mencemarkan alam sekitar dan mendatangkan kesan kepada masalah kesihatan. Masalah kesihatan yang berbahaya seperti kes Sungai Kim-Kim di Johor yang ingin kita elakkan berlaku kerana ia akan memburukkan lagi situasi negara yang sedang bergelut memerangi pandemik Covid-19. Pembudayaan mengurus sisa untuk kitar semula ini lebih berkesan apabila ia bermula di rumah individu itu sendiri dan tempoh masa yang panjang bersama keluarga kerana PKP ini merupaka masa terbaik untuk memulakannya. Penulis sendiri membudayakan aktiviti kitar semula di rumah bersama ahli keluarga dan caranya sangat mudah dan tidak perlu mengeluarkan wang belanja. Jenis sisa utama yang biasa kita hasilkan di rumah adalah terdiri dari kertas, plastik, tin aluminium dan minyak masak. Apa yang penulis lakukan ialah menyediakan beberapa bekas simpanan atau kotak terpakai yang agak besar untuk mengumpul sisa yang telah dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya dikumpul dan disimpan secara berasingan mengikut jenis [...]

USIM Hantar Pulang Pelajar Mulai 27 Julai 2021

NILAI, 27 Julai 2021  – Seramai 555 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berada di kampus terlibat dengan Program Pergerakan Pulang Pelajar sempena cuti semester, sesi akademik 2020/2021 bermula hari ini. Pergerakan pulang pelajar ini adalah berdasarkan kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 9 Julai 2021. Daripada jumlah tersebut, USIM akan menguruskan penghantaran pulang seramai 305 orang pelajar menggunakan kenderaan yang disediakan oleh pihak universiti. Penghantaran pelajar ini akan dilaksanakan secara berperingkat, iaitu sebanyak tiga (3) fasa melibatkan 11 buah negeri. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani “satu Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi memastikan kelancaran operasi ini. Penghantaran pelajar ini akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan para pelajar tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat”. Fasa kedua pergerakan pulang pelajar pula akan dilaksanakan pada 17 Ogos 2021, manakala Fasa ketiga akan dilaksanakan pada 25 Ogos 2021. Ianya dilaksanakan secara berperingkat memandangkan terdapat para pelajar yang masih menduduki peperiksaan akhir semester. Manakala, bagi pelajar yang tidak pulang menggunakan kenderaan universiti, hanya akan dibenarkan untuk pulang menggunakan kenderaan sendiri dan pergerakan menggunakan kenderaan awam adalah tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan penerbangan. Semua pelajar ini diwajibkan mendaftar maklumat mereka secara dalam talian (online) yang disediakan dan turut diberikan Surat Kebenaran Rentas Daerah/Negeri daripada pihak Universiti sebagai rujukan kepada pihak berkuasa. Walaubagaimanapun, terdapat juga pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus semasa cuti semester dan pihak universiti akan memastikan kebajikan dan keselamatan mereka diberikan perhatian. [...]

PPV Mega USIM: Menyantuni Bukan Islam Ketika Darurat

Pada kelaziman para pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerap turun padang menemui masyarakat melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pendidikan kesihatan seperti ceramah, khususnya kepada mereka di luar bandar. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda negara serta pengisytiharan darurat, aktiviti libatsama masyarakat terpaksa ditangguhkan untuk mengelakkan risiko jangkitan virus berkenaan. Namun semangat para pensyarah FPSK untuk membantu masyarakat di kala pandemik tidak pernah luntur. Pengumuman kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi yang memilih USIM di Nilai sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega membuka ruang dan peluang untuk USIM menyediakan perkhidmatan pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat khususnya di Negeri Sembilan. Para pensyarah FPSK telah berganding bahu membantu masyarakat mendapatkan suntikan vaksin ini. Malah seluruh warga USIM juga turut terlibat secara langsung. Pada 28 Jun 2021, Universiti ini mula beroperasi sebagai salah satu PPV dengan kerjasama dari Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Protect Health Sdn. Bhd. FPSK dengan kerjasama USIM Healthcare Sdn Bhd (UHSB) berkerjasama membantu menguruskan pemberian vaksin ini. Pihak UHSB mengendalikan bahagian perubatan, iaitu perkhidmatan pemberian vaksin. Manakala, FPSK terlibat dibahagian pengurusan dan pemudahcara urusan pemberian vaksin ini. Dengan pemilihan USIM sebagai PPV Mega seakan 'memberi nafas' kepada pakar-pakar perubatan khususnya untuk meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat di kala pandemik ini. Malah, membuka peluang kepada universiti berteraskan Sains Islam ini menerima tetamu khususnya bukan lslam. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ini telah membuka pintu USIM kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Menyantuni tetamu Menyantuni tetamu yang [...]

Moratorium antara Memenuhi Keperluan atau Kehendak

Moratorium atau ‘cuti dari pembayaran’ adalah amalan perbankan yang kedengaran agak asing dalam masyarakat sehinggalah kita dilanda pandemik Covid-19 yang sudah menjangkau hampir dua tahun. Moratorium 2.0 adalah kesinambungan dari Moratorium 1.0 yang dilaksanakan secara menyeluruh atas inisitif kerajaan, dan dilaksanakan oleh institusi perbankan negara bagi mengurangkan bebanan kewangan masyarakat. Seawal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal 2020, kita telah menyaksikan kumpulan B40 adalah yang paling awal terkesan dengan pandemik berikutan kehilangan punca pendapatan. Kesan dari penyebaran Covid-19 yang berlarutan dan pelanjutan PKP sehingga hari ini, ramai ahli masyarakat mulai terkesan ekoran pemberhentian aktiviti ekonomi bukan keperluan utama (non-essential services). Ini termasuklah industri perlancongan seperti perhotelan, pengangkutan, agensi perlancongan dan lain-lain. Pada hari ini, dilaporkan 600,000 golongan M40 tergelincir ke kategori B40 akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan, ditambah dengan komitmen sedia ada yang tinggi. Jumlah ini kian bertambah dari hari ke hari. Hal ini menyebabkan keperluan kepada penangguhan komitmen bayaran melibatkan pembiayaan bank bagi mengurangkan liabiliti sedia ada masyarakat. Moratoriumadalah satu pilihan yang ditawarkan kepada kepada individu, perniagaan mikro dan SME. Komitmen Institusi Perbankan Islam Institusi perbankan Islam menyertai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bermula dari Morotarium 1.0 (bermula 1 April 2020) sehinggalah Moratorium 2.0 (yang bermula pada 2 Julai 2021). Beberapa asas kepada inisiatif pelaksanaan Moratorium oleh institusi perbankan Islam termasuklah konsep ihsan dan rafu’ al-haraj (menghilangkan kesukaran). Penawaran penangguhan komitmen pembayaran bulanan pembiayaan di kalangan golongan yang terkesan merupakan satu tanggungjawab sosial bersama yang perlu dilaksanakan oleh pihak institusi perbankan bagi mengurangkan [...]

USIM bakal terima 1654 pelajar baharu program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022

NILAI, 21 Julai 2021 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan sebanyak 1654 tempat kepada calon lepasan SPM ke program Tamhidi bagi Sesi Akademik 2021/2022. Pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian yang dijangka akan bermula pada 1 hingga 3 Ogos 2021 itu turut melibatkan 2 pelajar OKU, sorang pelajar bukan warganegara dan 20 pelajar bukan bumiputera. Pengarah Pusat Tamhidi, Prof Madya Dr Juliana Jumal dipetik berkata, Pusat Tamhidi amat berbesar hati melihat peningkatan penawaran ke program Tamhidi pada tahun ini. Ketika ditanya mengenai sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) pada semester baharu nanti, beliau menerangkan bahawa, kaedah P&P akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan tertakluk kepada arahan dari Kementerian Pengajian Tinggi. “Walau apapun kaedah pengajian yang akan digunakan nanti sama ada secara dalam talian atau bersemuka, Pusat Tamhidi sudah bersedia dengan mekanisme yang terbaik untuk memastikan semua pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik, berkesan dan sempurna”, katanya. Manakala Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, penawaran kali ini menunjukkan program Tamhidi di USIM semakin popular walaupun hanya menawarkan empat pilihan program sahaja. “Pelajar lepasan SPM khususnya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab dan beberapa subjek Pengajian Islam menunjukkan minat yang tinggi dan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang sains di Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains dan Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi,” katanya. Kami di PPKP juga akan terus memberikan informasi dan hebahan dari semasa ke semasa melalui media sosial untuk memastikan calon pelajar USIM mendapat maklumat [...]

Go to Top