Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2021

USIM Tijarah Holdings santuni warga emas, pesakit HIV sempena program Infaq Ramadan

NILAI, 1 Mei 2021 - Program Infaq Ramadhan diteruskan dengan menyantuni warga emas yang tinggal sendirian di dalam daerah sepang dan penghuni Rumah Kebajikan Darul Ukhwah, Puchong. Program inisiatif USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) ini diharap dapat membantu berkongsi meringankan sedikit beban yang ditanggung serta dapat mengembirakan penerima yang terdiri daripada warga emas yang tinggal sendirian, serta pesakit HIV yang menghuni rumah kebajikan Darul Ukhwah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UTHSB, En Mohammad Noorizzuddin Bin Dato (Dr) Hj Nooh program ini merupakan kali ke 10 dianjurkan. Program ini telah menyantuni 70 buah keluaraga warga emas yang tinggal sendirian di daerah Sepang dan sebuah rumah kebajikan, Darul Ukhwah yang menguruskan penjagaan dan pemuliharaan pesakit HIV muslim yang bertempat di Puchong. Wakil penghuni Rumah Kebajikan Darul Ukhwah menyatakan kesyukurannya apabila rombongan dari UTHSB tiba dengan membawa hampir 200 set pampers dewasa, bantal, kain pelikat dan sarung tangan getah yang memang sangat diperlukan oleh penghuni rumah tersebut. Program ini juga dijayakan oleh penyumbang yang terdiri kakitangan USIM, individu dan syarikat lain m nkyang berbesar hati untuk bersama-sama membantu kumpulan masyarakat yang memerlukan. Menurut Encik Mohammad Noorizzuddin lagi, penganjuran program ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan semasa umat Islam bergembira menyambut puasa dan seterusnya hari raya aidilfitri nanti.   Disediakan oleh: USIM Tijarah Holding Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan   Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Iklan Ramadan USIM 2021 – Berilah Yang Seadanya, Berkongsilah Seikhlasnya

NILAI, 4 Mei 2021 -  Setiap kali menjelang Ramadan pastinya banyak pihak seperti Syarikat Korporat atau Badan NGO akan menerbitkan iklan bagi menyampaikan mesej tersendiri untuk tontonan umum. Pada tahun-tahun sebelum ini, lazimnya  Universiti Sains Islam (USIM) akan menerbitkan iklan Raya. Mencipta kelainan dari kebiasaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan idea kreatif menerbitkan iklan khas bersempena bulan Ramadan tahun ini yang berjudul ‘Insan Terbaik’. Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik dengan kerjasama beberapa jabatan di USIM antaranya Pusat Kebudayaan, Pusat Kemasukan Pelajar dan Promosi serta Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan ini, sudah mendapat tontonan lebih 6,000 tontonan sejak mula ditayangkan di saluran rasmi You Tube USIMTV dan Facebook USIMTV pada awal Ramadan lalu disamping mendapat penerimaan dan reaksi yang amat positif terhadap jalan ceritanya. Membawa tagline ‘Berilah yang seadanya, Berkongsilah seikhlasnya’, penghasilan iklan Ramadan ini mengambil inspirasi daripada pendekatan Naib Canselor USIM yang ingin membudayakan warga universiti dengan konsep prosumerisme. Membawakan tiga jalan cerita yang berbeza dengan setiap watak utamanya berdepan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan tetapi akhirnya berjaya keluar dari kesulitan tersebut melalui bantuan pihak lain yang telah berkongsi ilmu pengetahuan, rezeki dan amalan menyumbang (infaq) seperti yang dituntut oleh agama Islam. Kisah pertama mengenai Puan Erma, seorang ibu tunggal yang buntu setelah diberhentikan kerja menemui jalan keluar untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama dua anaknya hasil dari jualan kek brownies yang dipelajarinya daripada usahawan alumni USIM melalui sebuah video yang ditayangkan di Facebook USIMTV. Produknya mendapat sambutan yang menggalakkan dan Puan Erma tidak lupa berkongsi hasil kek brownies [...]

April 2021

iFFAH Bangunkan Kerangka Integriti Halal Berkelanjutan

NILAI - Malaysia telah diiktiraf sebagai Hab Halal di rantau Asia dan peneraju industri Halal dunia. Sebagai sebuah negara Muslim yang progresif dengan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan yang konsisten serta kestabilan politik dan sosial, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui International Fatwa and Halal Centre (iFFAH) telah membangunkan “Kerangka Kelestarian Integriti Halal Berdasarkan Parameter Perundingan Keperluan dan Minat dalam Kalangan Pakar dan Bakat Halal di Malaysia”. Seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2017, salah satu masalah penting yang harus ditangani oleh negara ini jika ingin mencapai status hab halal global pada tahun 2020 adalah kesinambungan. Menurut Ketua Penyelidik, Dr. Norhayati Rafida Abdul Rahim, pembangunan kerangka ini memerlukan penelitian secara bersilang di antara teori dan praktis di peringkat akademik dan juga industri. Kaedah ini akan memberikan satu input yang penting kerana data itu sendiri akan menunjukkan hubungan atau perkaitan di antara keperluan dan minat oleh Eksekutif Halal dalam kerjaya mereka dalam industri halal. Sekali gus, ia dapat memastikan integriti diterapkan secara lestari dalam pekerjaan mereka. “Untuk mencapai kesinambungan, kajian parameter perundingan harus dilakukan dengan objektif pertama untuk meneroka parameter keperluan dan minat dari perspektif pakar dan bakat Halal; kedua, untuk mngenalpasti korelasi antara parameter rundingan minat dan keperluan untuk kesinambungan Halal Integriti; ketiga, untuk mengenalpasti kesan perantararaan oleh integriti terhadap hubungan di antara perundingan keperluan dan minat dalam kalangan Eksekutif Halal; dan keempat untuk mendapatkan model kelestarian Integriti halal untuk Eksekutif Halal”. “Fasa pertama mengenal pasti parameter keperluan dan minat menggunakan kaedah tembual dengan lima responden [...]

USIM and IIUM UNITE and Welcome Ramadhan 1442M, Pledging For a More Sustainable Future with U.S. Embassy

KUALA LUMPUR,  23 April 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and the International Islamic University Malaysia (IIUM), in partnership with environmental NGO, EcoKnights launched their most recent youth empowerment program, titled University Civic Engagement Club (UCEC). Supported by U.S. Embassy Kuala Lumpur, the launching ceremony was held at Taman Eko Rimba KL (Bukit Nanas Forest Reserve), attended by His Excellency Brian D. McFeeters, U.S. Ambassador to Malaysia; Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rector of IIUM; Professor Dato’ Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin, Vice-Chancellor of USIM; Dr. Yasmin Rasyid, Founder and President of EcoKnights; youth representatives from the universities, as well as members of the media. “Focusing on environmental issues and challenges is an important way that citizens can be actively engaged in society. The U.S. Embassy has taken a leading role in supporting this engagement and is committed to advocating for civic engagement among youth.  Through the UCEC program, the U.S. Embassy hopes to empower a sustainable mindset that can foster a spirit of community service, civic engagement, and environmental stewardship among youth,” said U.S. Ambassador His Excellency Brian D. McFeeters during his speech. UCEC aspires to empower young future leaders in environmental sustainability, conservation, and climate action by incorporating the sustainability eco-campus concept. University leaders will be equipped with the knowledge and skills set to kickstart movements focused on social and environmental change. During the launch, Guests of Honour submitted their pledges to contribute to environmental protection on the UCEC website.. The pledges transpired to the [...]

USIM lancar U-Guest, Tarik Pelajar Antarabangsa

NILAI, 22 April 2021 - Dalam usaha universiti untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mensasarkan membawa masuk lebih ramai pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di Kampus Barakah ini, dengan melancarkan program USIM Get Student Scheme atau dikenali sebagai U-Guest. Melalui skim ini, insentif sebanyak RM1000 akan diberikan kepada staf, pelajar semasa dan alumni yang berjaya mendaftarkan pelajar antarabangsa ke USIM. Kempen U-Guest ini telah pun diperkenalkan di universiti luar di dalam mahupun luar negara. Ini merupakan program yang pertama kali diperkenalkan di USIM, dan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi bagi meningkatkan fungsi pengurusan dan pentadbiran urusan di bawah portfolio Akademik dan Antarabangsa. Menurut Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Pengantarabangsaan) strategi ini diwujudkan selaras dengan hasrat USIM untuk mencapai misi USIM 2022 untuk menjadi Universiti Sains Islam Berimpak Tinggi. Jelasnya lagi, salah satu sasaran tahunan dalam amanat Naib Canselor 2021 adalah meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa, di mana kemasukan pelajar antarabangsa dapat meningkatkan “branding and awareness” USIM di peringkat global. "Justeru, besarlah harapan saya agar Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) dapat memberi penekanan kepada aspek seperti proses urusan kemasukan yang lebih efiisen, dasar dan polisi kemasukan serta  kebajikan pelajar antarabangsa  dan juga penggayaan pengalaman pelajar sepanjang berada di Malaysia", ujar Prof Yahya. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Tarbiyyah Solat dan Puasa Biar Seiring

Ramadan tiba lagi, membawa bersama keberkatan, kemuliaan dan kerahmatan buat semua yang menyambutnya. Antara ibadah yang difardukan sepanjang bulan barakah ini ialah berpuasa di siang hari. Kita semua sudah sedia maklum konsep berpuasa yang antara lain bertujuan mendidik jiwa. Apabila kita berbicara soal ibadah puasa, anak-anak kecil juga tidak terkecuali kerana inilah peluang untuk kita memberikan tarbiyyah buat mereka. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita melihat anak-anak seawal usia 5 – 9 tahun berpuasa di bulan Ramadan. Ada yang berjaya berpuasa sepanjang hari, tetapi ramai yang kecundang di tengah jalan. Ada ibubapa yang menjanjikan ganjaran material seperti duit raya, baju raya dan sebagainya semata-mata untuk melihat latihan ini berjaya. Terdapat ibu yang sanggup bangun seawal jam 3 pagi untuk memasak menu kegemaran si kecil demi memastikan anak kesayangan turut berpuasa dan ayah pula sanggup berbelanja besar di bazaar Ramadan mengikut kehendak selera si anak untuk juadah berbuka. Pujian harus diberikan kepada para ibubapa yang bersungguh-sungguh melatih anak mereka untuk berpuasa. Akan tetapi latihan ini haruslah bertujuan untuk mendidik dan didikan itu dilakukan dengan penuh hikmah dan seiring dengan kehendak Sunnah. Seharusnya ibubapa yang memahami tarbiyyah Islam yang sebenar membenarkan anak-anak kecil ini berpuasa mengikut tempoh yang termampu oleh si anak kerana mereka bukan golongan yang diwajibkan berpuasa. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila terdapat segelintir ibubapa memaksa anak-anak kecil ini berpuasa penuh sehingga ada yang lemah tidak bermaya menjelang Maghrib. Akibatnya, golongan ibubapa seperti ini telah menzalimi diri anak-anak kecil yang belum difardhukan ke atas [...]

USIM anjur Majlis Kalam Bitara 2021, raikan para penulis

NILAI, 12 April 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghargai dan meraikan karya penulisan para penulis yang terdiri daripada pelbagai genre yang disertai oleh warga pendidik mahupun pentadbiran dalam satu Majlis Kalam Bitara yang berlangsung di Lounge Executive Canselori. Majlis yang diterajui oleh Bahagian Penerbitan ini diadakan dalam suasana ringkas dan terhad mengikut SOP pandemik Covid-19. Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, jumlah penerbitan USIM yang sudah menjangkau lebih 800 tajuk akan terus meningkat dengan pelbagai disipilin ilmu yang akan memberikan impak kepada ummah keseluruhannya. “Saya yakin tajuk-tajuk ini akan terus berkembang dengan pelbagai penemuan baru sejajar dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang kajian kerana kita perlu menjajarkan penyelidikan itu dalam bentuk perbukuan yang hasilnya akan dinikmati oleh ummah”. Jelasnya lagi,walaupun kita tidak mengumpul janaan hasil penulisan seperti penulis-penulis Barat, tetapi sekurang-kurangnya nilai ilmu yang ada dalam buku tersebut menjadi manfaat terbesar kepada umat Islam seluruhnya. Dan hasil yang tertuai daripada penulisan tersebut juga akan dapat dinikmati sehingga ke akhir hayat kita yang akan datang yang ilmunya mengalir terus menerus walaupun tanpa kewujudan kita. “Saya mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada para penulis, dan berharap dengan jumlah pembayaran royalti yang paling tinggi yang pernah dibayar ini iaitu sebanyak RM 261,748.46 akan menjadi sumber inspirasi kepada penulis yang lain, akan menjadi motivasi kepada para ilmuwan untuk terus menghasilkan karya-karya yang bermutu”. “Saya yakin bukan imbuhan ribuan yang dicari atau jutaan yang dicari oleh para ilmuwan kita, tetapi cukuplah ia menjadi sekadar penyokong dan [...]

Hayati keberkatan Ramadhan, 1800 bubur lambuk diagih kepada staf dan pelajar

NILAI, 19 April 2021 – Jika diimbau pada tahun lepas, tiada edaran bubur lambuk dibuat kerana seluruh dunia menghadapi pandemik Covid-19 namun pada tahun ini, kerinduan untuk menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk telah direalisasikan dalam suasana norma baharu. Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun ini bergabung tenaga untuk menyediakan juadah bubur lambuk kepada kira-kira 1800 staf dan pelajar yang masih mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di kampus. Menurut Pengarah Pusat Perumahan, En Mohd Salehudin Sukor, edaran bubur lambuk ini sudah menjadi kemestian dan tradisi di PRUPEL kerana ingin meraikan para pelajar terutamanya yang masih berada di kampus. Namun, pada tahun lepas ianya tidak dapat dilaksanakan disebakan dunia berdepan dengan pandemik Covid-19. “Alhamdulillah pada tahun ini, PRUPEL bekerjasama dengan Pusat Islam dapat menyiapkan juadah bubur lambuk dalam suasana norma baharu yang mana akan diedarkan di Pusat Islam ketika waktu berbuka puasa dan juga di pintu masuk utama,” katanya lagi. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, walaupun kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun semangat staf untuk berkerjasama apabila datang bulan Ramadhan untuk menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk perlu dipuji. “Saya turut meninjau penyediaan dan pengagihan bubur lambuk bagi memastikan staf yang terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, bersarung tangan dan memakai apron untuk memastikan juadah yang disediakan bersih dan selamat,” katanya yang turut membantu mengagihkan bubur lambuk di pintu masuk [...]

Pusat Sukan kongsi ilmu Pengurusan Padang Bersama komuniti

NILAI, 19 April 2021 – Dalam usaha merealisasi kempen Prosumerisme USIM, iaitu berkongsi kepakaran dan kebaikkan kepada komuniti, Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif berkongsi aspek kepakaran pengurusan padang Kompleks Sukan Tunku Najihah dengan menganjurkan program bicara sukan bersama komuniti yang terdiri daripada guru sekolah, pentadbir sukan Institusi Pengajian Tinggi dan operator kemudahan sukan. Sesi yang berlangsung selama 3 jam ini disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Kemudahan, Pusat Sukan USIM Encik Nur Ekmal Buhary  yang berkongsi kepakaran beliau meliputi aspek tips pengurusan padang merangkumi keperluan penyiraman, pembajaan, pemotongan dan kaedah mempromosikan kemudahan dengan lebih berkesan. Ia merupakan program julung kali dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM bagi berkongsi pengalaman dan pendekatan pengurusan kemudahan fasiliti sukan dan padang. Menurut Nur Ekmal Buhary, idea ini tercetus apabila semakin ramai pihak khususnya mereka yang mengendalikan kemudahan sukan menyedari pentingnya aspek pengurusan kemudahan khususnya penjagaan padang perlu dipertingkatkan. Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas yang diterima, rata-rata pengendali kemudahan sukan khususnya disekolah dan institusi tidak mempunyai asas dan ilmu pengurusan padang yang sistematik yang boleh dipratikkan di premis masing-masing. Tambah beliau, antara cabaran utama pengendali kemudahan ialah aspek kekurangan dana yang mencukupi, peralatan yang sesuai serta mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam aspek memulihara dan merancang program penyelenggaran kemudahan atau padang yang berkesan. Cabaran ini dilihat antara faktor yang menyebabkan kebanyakkan padang sukar mencapai tahap yang memuaskan dan selamat untuk tujuan latihan pasukan. “Kita sering memberi alasan mengenai kualiti padang disebabkan dengan jenis rumput yang dikatakan tidak sesuai dinegara kita. Dalam memastikan kualiti [...]

Selepas ‘Konvo’ Depan Rumah, Iskandar Naik Pentas Terima Anugerah daripada Canselor

NILAI, 16 April 2021 – Sekadar berkongsi sekeping gambarnya tersenyum gembira menerima skrol ijazah yang ‘disampaikan’ oleh Abang J&T di depan rumahnya di akaun Twitter, Muhammad Iskandar Zulkarnain Shamsul Bahar,24, tidak menyangka ia akan menjadi tular di media sosial sehingga dijadikan berita oleh laman portal berita online. Hantaran gambar dengan caption ‘Alhamdulillah, done degree” yang dibuat sekitar Disember tahun 2020 itu mendapat lebih lapan ribu tanda suka dan seribu lebih perkongsian semula di media sosial terbabit. Iskandar yang merupakan graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara graduan universiti awam dan swasta yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 apabila kebanyakan intitusi pengajian tinggi menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen masing-masing pada tahun lalu. Memandangkan Majlis Konvokesyen USIM ditangguhkan ketika itu, beliau dan rakan-rakan yang lain menerima skrol ijazah masing-masing hanya dengan mengambilnya di kampus atau menerimanya melalui perkhidmatan pos. “Pastinya sedih tiada Majlis Konvokesyen ketika itu, jadi saya ambil gambar menerima skrol dengan Abang J&T untuk dijadikan momen manis telah berjaya  menamatkan pengajian dan saya kongsikan di media sosial. Tidak sangka ia menjadi tular dalam masa yang singkat dan mendapat komen yang positif dan kata semangat daripada warganet” Selepas ‘konvo’ di depan rumah, Iskandar akhirnya berpeluang di raikan dalam majlis konvokesyen yang sebenar oleh USIM. Lebih bermakna buat dirinya dan keluarga apabila beliau menaiki pentas utama untuk menerima anugerah daripada DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar baru-baru ini. Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 USIM yang [...]

Go to Top