Februari 2021
Penerbit USIM anjur Pesta Buku Online
NILAI, 23 Februari 2021 – Mendepani cabaran pasca Covid19 ini, Bahagian Penerbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif menganjurkan Pesta Buku Online yang bersiaran secara langsung di Facebook Live USIM Press. Dengan hashtag ‘ekau boli den anta’ sebanyak 20 peratus diskaun diberikan kepada semua pelanggan juga penghantaran secara percuma diberikan bagi pelanggan yang menyertai siaran langsung selama satu jam melalui dua platform dalam talian iaitu mybookstore.usim.edu.my dan platform Shopee di Penerbit USIM. Pesta Buku Online ini berlangsung sepanjang lima hari iaitu bermula pada 15 hingga 19 Februari dengan pelbagai promosi buku secara kombo boleh didapati dan juga buku-buku baharu diperkenalkan dalam sesi ini. Menurut Puan Hariza Mohd Yusof Ketua Bahagian Penerbitan berkata, sambutan agak baik daripada pembeli di luar sana, dan apa yang hendak kita sampaikan ialah keberadaan buku-buku penerbit USIM masih ada walaupun dalam fasa pandemik ini. Selain itu, Penerbit USIM juga akan terlibat dalam pesta buku dalam talian yang akan diadakan pada Mac ini iaitu Karnival Buku Ilmiah anjuran MAPIM dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Puan Hariza berkata lagi, penglibatan Penerbit USIM dalam karnival ilmiah anjuran MAPIM bukan suatu yang baharu, jadi gandingan yang sedia ada ini diteruskan lagi dalam bentuk pesta buku dalam talian. Di harap gandingan dan kerjasama ini dapat mewujudkan persefahaman dalam meneruskan legasi Penerbit USIM khususnya supaya terus kekal dan aktif dalam suasana yang tidak menentu. Turut diadakan sepanjang sesi pesta buku online ini adalah segmen Biar Buku Bicara, untuk mengupas buku yang bertajuk Peranan Institusi Zakat Dalam Mendepani Wabak Pandemik [...]
USIM usaha Kawasan Terbiar, Bangunkan Projek Prosumerisme Tanaman Nenas MD2
NILAI, 22 Februari 2021 - Menyahut saranan Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam merealisasikan konsep prosumer di USIM, Pusat Sukan melalui projek prosumerisme program tanaman nenas MD2 telah memulakan langkah dengan mengusahakan kawasan terbiar di sekitar Kompleks Sukan Tunku Najihah. Bermula februari 2020, Pusat Sukan telah mengusahakan secara kecil-kecilan tanaman nenas MD2 ini, dan pada Julai 2020 ketika aktiviti riadah diberhentikan kerana pandemik Covid19 tanaman ini telah mendapat sambutan beberapa kakitangan USIM dengan memulakan penanaman awal sebanyak 1000 pokok dengan menggunakan peruntukan kakitangan USIM yang terlibat. Menurut Encik Nur Ekhmal Buhary Pegawai Belia dan Sukan USIM selaku ketua projek berkata, prosumerisme merupakan konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar. Ia merupakan agenda yang boleh menghasilkan impak tinggi kepada USIM jika dilaksanakan dengan baik. Penyediaan kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan agenda Prosumerisme dalam kalangan warga USIM, khasnya pelajar, alumni dan staf. Usaha ini adalah untuk memperkasa kemahiran warga USIM dalam mendepani cabaran global yang tidak menentu. “Objektif utama pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan penglibatan warga USIM dalam agenda Prosumerisme dengan mengurangkan kebergantungan warga USIM terhadap sumber luar dengan pelaksanaan tiga projek yang dicadangkan, meningkatkan pendapatan warga USIM terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup pasca pandemik global. Ia juga bagi meningkatkan bilangan syarikat milik warga USIM yang berdaftar dengan SSM (Job Creator) dan meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme di dalam USIM bagi menjana ekonomi Negara yang mampan dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)” jelasnya. Encik Ekmal [...]
USIM Salur Bantuan Komputer Riba Kepada Pelajar B40 Melalui Projek Jom Infaq
NILAI, 19 Februari 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) telah mengambil inisiatif bagi menyalurkan bantuan Komputer Riba kepada pelajar B40 melalui Projek Penjanaan Sumber Awam (Crowd Sourcing) yang telah dilancarkan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun lepas. Melalui projek ini ia membuka peluang kepada staf, masyarakat awam atau mana-mana penyumbang sama ada individu atau institusi korporat untuk menyumbang kepada golongan sasaran. Kali ini bentuk sumbangan yang dijalankan adalah berupa komputer riba terpakai yang masih dalam keadaan baik, peralatan komputer (spare parts) untuk tambahbaik, serta wang tunai yang boleh disalurkan melalui portal jominfaq.usim.edu.my. Menurut Pengarah PWZ Prof Dr Zurina Shafii, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara pada bulan Mac tahun 2020 sehingga kini, proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan secara atas talian. USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah berusaha memastikan proses PdP berjalan dengan baik dengan memperuntukkan bantuan dan sumbangan kepada pelajar dalam kalangan B-40 dan asnaf melalui sumber zakat dan Tabung COVID-19 USIM iaitu: Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM100 seorang) kepada 4,517 orang pelajar yang melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM451,700.00. Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM114 seorang) kepada 26 orang pelajar yang melibatkan peruntukan daripada Tabung COVID-19 USIM sebanyak RM2,964.00 “Menurut kajian dan soal selidik yang dijalankan, pelajar baharu USIM terutama dalam kalangan B-40 tidak mempunyai komputer riba. Bagi memastikan pembelajaran mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan [...]
Pelajar Baharu Kolej Genius Insan Kohort 7 Daftar Secara Dalam Talian Hari Ini
NILAI, 17 Februari 2021 – Seramai 122 pelajar baharu Asas 1 (Tingkatan 1) kohort 7 bagi sesi kemasukan akademik 2021 Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah Kumpulan Pertama yang akan menduduki Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam tempoh empat tahun. Ini sekaligus melayakkan mereka untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun, selaras dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala seramai 14 pelajar Tahap 1 (Tingkatan 4) telah melayakkan diri untuk menyambung pembelajaran menengah di KGI. Mereka adalah daripada 316 calon Asas 1 (Tingkatan 1), dan 44 calonTahap 1 (Tingkatan 4) yang telah berjaya melepasi ujian kecerdasan kepintaran UKM1 dan UKM2. Sesi pendaftaran dan taklimat berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada hari ini. Pengarah KGI Dr Hayati Ismail berkata, Kurikulum di KGI telah disusun semula untuk membolehkan murid Asas 1 belajar dalam satu continuum, bermula dengan topik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dalam masa empat tahun. Sememangnya anak-anak Genius Insan berkemampuan untuk menduduki SPM pada usia 16 tahun kerana mereka mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu IQ 130 dan ke atas”. Tambah beliau lagi, pihak KGI amat mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membangunkan murid yang holistik dan seimbang, justeru KGI sentiasa memberikan sokongan dari segi emosi, rohani dan jasmani menerusi komponen pengayaan, Ulumuddin dan kokurikulum. Murid KGI beruntung kerana berada di sekolah dalam universiti, kerana sumber yang ada dapat dimanfaatkan dari segi kepakaran tokoh-tokoh akademik dalam pelbagai bidang dan infrastruktur pengajian tinggi bertaraf dunia. Harapan kami agar [...]
Isu Pemulangan Yuran Pelajar: Cadangan Penyelesaian Dari Perspektif Seorang Alumni
Minggu lalu telah dilaksanakan program bual bicara ‘Naratif Pemulangan Yuran Pelajar’ yang telah disiarkan melalui FB rasmi USIM. Program ini membariskan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar sebagai panel, manakala YDP MPPUSIM bertindak sebagai moderator. Ia bertujuan untuk merungkaikan kekusutan dan kekeliruan berkaitan isu pemulangan yuran yang hangat diperdebatkan oleh mahasiswa lewat beberapa bulan ini khususnya dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 di kampus USIM. Memandangkan dalam tempoh tersebut pelajar tidak berada di kampus sebaliknya hanya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah masing-masing, maka terdapat permintaan dari para pelajar agar yuran tertentu seperti yuran kolej kediaman dan yuran perkhidmatan bagi Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021 dipulangkan kerana mereka tidak langsung menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh PKP. Saya tidak mengikuti secara dekat dan terperinci program ini atas urusan lain namun hanya mengetahui tentang butirannya setelah program selesai. Justeru, saya tidak bercadang untuk membincangkan hal ini secara teknikal dan mendalam kerana ia melibatkan prosedur-prosedur yang lebih difahami oleh pihak yang berkaitan. Namun saya yakin dengan kebijaksanaan dan keprihatinan, pengurusan USIM telah berbincang panjang berkaitan pemulangan yuran ini dan melihat daripada pelbagai sudut sebelum keputusan dibuat yang juga telah mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua pelajar khususnya pelajar Tahun 1. Cumanya saya tertarik untuk memberi sedikit komentar tentang sikap dan pendekatan yang diambil, khususnya oleh pelajar susulan pelaksanaan program ini. Saya ditunjukkan oleh rakan saya beberapa [...]
Prosumer Muslim Yang Berdisiplin, USIM Gariskan 9 Sasaran Tahunan – Amanat NC 2021
NILAI, 27 Januari 2021 - Bagi menggapai hasrat universiti dalam merealisasikan konsep prosumerisme yang telah digarap oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2020, 9 sasaran telah digariskan dalam Majlis Amanat 2021 Naib Canselor yang bersiaran secara langsung dalam saluran Youtube USIM TV pada 27 Januari 2021. Dengan bertemakan Prosumer Muslim Yang Berdisiplin, beberapa pendekatan iaitu sasaran tahunan telah dibangunkan iaitu Pertama: Menghayati Inaq sebagai Manifestasi DNA USIM dengan memastikan semua warga USIM mempraktikkan apa yang dimaksudkan ilmu Naqli dan Aqli dengan melancarkan Booklet inaq dan smart inaq. Ini baagi menzahirkan apa yang difahami dari segi pengintegrasian dalam individu itu sendiri tidak kira pangkat. “Kedua, Autobiografi/Biografi/ Memoir Professor USIM. Dalam konteks untuk merealisasi knowledge sharing dengan dimulakan dengan pakar di kalangan prosefesor USIM dengan menulis autobiografi/ memoir usim. Kerjsama ini akan digabungkan bersama USIM Writers Pool untuk berkongsi ilmu pengalaman yang tersirat menjadi ilmu yang tersurat”. “Ketiga, Pembudayaan Personal Tutelage. Dengan memberikan ‘learning experince’ kepada pelajar dengan membimbing pelajar itu dengan personaliti, karakter, bagi memacu kecemerlangan akademik”. “Keempat, Kempen Kebersihan Kita Untuk Kita. Melalui projek PTj Lestari, pelaksanaan pembudayaan praktis kelestarian di tempat kerja adalah bertujuan untuk membudayakan amalan murni ke arah gaya hidup lestari di tempat kerja, pematuhan polisi dan merealisasikan inisitif program di dalam Blueprint Kelestarian USIM. Selain itu, menjayakan inisiatif yang terkandung di dalam instrument UI Greenmetrics ke arah pencapaian USIM dalam World University Ranking dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan kos pengurusan dan utility”. “10 skop [...]
Kesihatan Mental dan Emosi Murid dalam Persediaan Menghadapi SPM 2020
Serangan pandemik COVID-19 telah merubah lanskap pendidikan negara, terutamanya di peringkat sekolah menengah. Ia menjadi sangat kritikal apabila murid-murid tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan besar, iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia 2020. Pindaan tarikh telah berulang kali terpaksa dilakukan dan tarikh terkini peperiksaan bertulis tersebut bermula adalah 22 Februari 2021. Penangan pandemik ini telah memaksa Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah-sekolah dan para murid dan guru perlu menjalankan sesi PdP dari rumah (PdPr). Bagaimanapun, Kementerian telah mengenalpasti bahawa kaedah pembelajaran dalam talian adalah kurang berkesan dimana antara kesannya adalah tahap penguasaan minimum murid tidak dapat dicapai. Impak paling kuat terkena pada para murid dan guru tingkatan 5 yang perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM 2020 yang tidak lama lagi. Mereka terpaksa melakukan penyesuaian dengan norma-norma baharu serta keadaan sesi PdP yang tidak stabil dan mencabar. Akibatnya, ini menjadi faktor stress (stressor) pada sesetengah pelajar kerana merasa bimbang dan ketidakpastian dengan keadaan pembelajaran mereka, kesan ke atas persediaan mereka serta banyak perkara di luar kawalan mereka. Ini semua akan memberikan impak tidak sehat ke atas kesihatan mental dan emosi mereka. Kesihatan mental diperlukan murid untuk dapat memproses dan memahami maklumat dan pembelajaran yang disampaikan. Kesihatan emosi pula penting untuk mereka kekal bersemangat, bermotivasi serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Oleh itu, kedua aspek intelek dan emosi ini perlu diberikan perhatian oleh pihak sekolah dan para guru dengan menyediakan platform terbaik untuk sama-sama memastikan mereka bersedia kembali untuk persiapan rapi untuk SPM 2020. Pembukaan sekolah pada 20 Januari 2021 [...]
Januari 2021
Penggiat Seni Terus Tabah
Tempoh sedia ada yang sememangnya sukar telah menjadi lebih sukar buat kita kerana penularan pandemik Covid-19 di dalam negara belum menampatkan akan kembali reda dalam tempoh yang terdekat. Pada satu ketika kita hampir menang apabila kadar jangkitan dapat dikawal, dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula ‘surut’ menjadi PKP Pemulihan. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, Kerajaan kembali menguatkuasakan PKP di beberapa buah negeri dan kawasan serta mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk mengekang musibah yang lebih buruk kepada rakyat dan negara. Penulis yang berada di dalam daerah Seremban juga perlu akur dengan penguatkuasaan PKP di daerah Seremban bermula semalam (Selasa, 19 Januari) sehingga 1 Februari nanti. Semestinya apabila sudah berada dalam zon PKP, banyak perkara tidak boleh dibuat, dilarang dan terbatas untuk dilakukan dan keadaan ini mencetuskan pelbagai kesan rantaian yang negatif, paling kritikal pastinya mereka yang mencari pendapatan secara harian. Ketika negara dilanda gelombang pertama dan kedua Covid-19, ketika itu sudah menyaksikan banyak sektor terjejas dengan teruk sekaligus menjejaskan sektor ekonomi negara dalam skala yang besar. Perniagaan gulung tikar, pekerja diberhentikan dan gaji dipotong antara kisah keluh-kesah rakyat pasca Covid-19 yang semakin terhimpit hidup mereka kerana kehilangan punca pendapatan. Apabila gelombang ketiga Covid-19 sedang membadai negara dengan dahsyat kini dengan kes harian dilaporkan sekitar 3000 kes jangkitan dan pernah melonjak sehingga 4000 kes, pastinya lebih berganda pihak yang terjejas akibat pandemik ini, dari kehidupan yang sukar kini bertukar menjadi perit dan semakin menyulitkan. Sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan [...]
USIM Tawar 13 Program Pasca Siswazah dalam Bahasa Melayu
NILAI, 26 Januari 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersetuju membuka laluan untuk penulisan tesis menggunakan bahasa Melayu kepada 13 program pasca siswazah bermula 16 Disember 2020. Keputusan yang dipersetujui di Mesyuarat Senat Universiti kali ke 119 Bil 5/2020 itu telah bersetuju untuk cadangan penulisan tesis dalam Bahasa Melayu bagi program-program pengajian di peringkat pasca siswazah secara penyelidikan. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Mohd Ridza Wahiddin berkata, keputusan ini dibuat bagi memenuhi permintaan semasa dan bertujuan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar pasca siswazah terutama dari agensi kerajaan, pekerja sepenuh masa dan kumpulan sasaran yang lain. “Hasrat ini sebenarnya tidak menghilangkan citra USIM sebenar yang juga memperjuangkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini kerana hanya 13 program (mod penyelidikan) di peringkat pasca siswazah sahaja yang dibenarkan, manakala program akademik yang lain akan kekal dengan peraturan seperti sedia ada,” katanya. Selain itu, Dekan di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim berkata, hasrat tersebut disambut baik dan akan mewujudkan garis panduan baharu kepada bakal pelajar untuk menghasilkan penulisan tesis dengan standard yang akan ditetapkan. “Saya juga berharap agar bakal pelajar nanti akan memahami dan menghayati garis panduan ini dan sekaligus mendapat kerjasama dari pensyarah atau penyelia untuk membimbing pelajar menghasilkan penulisan ilmiah yang setanding dengan penulisan di peringkat antarabangsa,” katanya. 13 program pasca siswazah yang dibenarkan adalah secara mod penyelidikan iaitu Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam, Sarjana Pengajian Quran & Sunnah, Sarjana Syariah, Sarjana Sains Islam dan Sajana Sains Sosial. Manakala di peringkat Doktor Falsafah [...]
Imarahkan masjid dengan Satu Masjid Satu Progressive Web App (PWA)
NILAI- Matlamat utama adalah untuk mengimarahkan masjid dengan teknologi di hujung jari. Produk Satu Masjid Satu Progressive Web App (PWA) telah membuahkan hasil apabila turut meraih Anugerah Khas di Pertandingan Inovasi Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2020 dengan membawakan PWA MSSNS (Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan). Progressive Web App (PWA) ialah satu software dengan gabungan teknologi web dan aplikasi mudah alih. Hasilnya aplikasi berasaskan web, boleh dilayari seperi laman web biasa menggunakan URL, tetapi boleh juga berfungsi, memiliki ‘features’ dan navigasi direka bentuk seperti aplikasi yang kita biasa gunakan di telefon pintar. PWA memiliki ciri-ciri seperti aplikasi mudah alih antaranya boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet, boleh menerima notifikasi daripada pelayan (push notification), malah boleh mengakses perkakasan peranti seperti kamera, mikrofon dan sebagainya. Menurut Ketua Kumpulan, Mohamad Amir Hakim Bin Shamsuddin idea ini tercetus apabila pembelajaran CTPS; Creative Thinking & Problem Solving yang diajar oleh Dr Anita Ismail pada sewaktu semester kedua program pengajian Quran Multimedia. “Aplikasi ini berfungsi apabila pengguna menggunakan telefon pintar bagi melayari laman web masjid yang telah dijana dengan PWA. Secara tidak langsung laman web ini akan ditukar kepada paparan mobile apps dan berfungsi sebagai mobile apps. Sekiranya ahli qariah melayari di peranti laptop ataupun computer, paparannya sama seperti melayari laman web sedia ada”. Menurut Amir terdapat beberapa fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini yang mana memudahkan pihak masjid menyampaikan maklumat dengan lebih efisien, membantu menjana kewangan masjid melalui e-donation dan e-commerce yang terdapat di dalam aplikasi, membuat tempahan fasiliti masjid dengan mudah. Selain itu [...]