Disember 2020
Urus masa dengan baik dan tidak tangguh tugasan – Pelajar Baharu Sarjana Muda USIM Sesi Akademik 2020/2021
NILAI, 1 Disember 2020 - Kehidupan norma baharu yang semakin menjadi kebiasaan ini dilihat telah mendidik dan mentarbiah diri dengan menjalani kehidupan seperti sedia kala dengan suasana yang berbeza. Dari aspek pembelajaran pula dilihat rata-rata pelajar khususnya telah membiasakan diri dengan menjalani aktiviti pembelajaran secara dalam talian melalui sokongan dari pelbagai aplikasi. Baru-baru ini buat julung kalinya seramai 2800 pelajar mendaftar masuk sebagai pelajar baharu Sarjana Muda USIM sesi akademik 2020/2021 yang diadakan secara dalam talian, tanpa pendaftaran secara fizikal. Daripada jumlah tersebut, seramai 975 pelajar lelaki dan 1825 pelajar perempuan, termasuk 28 pelajar antarabangsa. Seramai 564 pelajar mendaftar di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, 482 di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, 422 di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, 400 di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, 368 di Fakulti Sains dan Teknologi, 365 di Fakulti Syariah dan Undang-undang, 90 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 64 di Fakulti Kejuruteraan Alam Bina dan 45 pelajar di Fakulti Pergigian. Bagi Nur Afiqah Husna Suhaimi, merupakan pelajar Tahun satu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), melihat dari sudut positif keadaan norma baharu ini menjadikan waktu mengulang kaji pelajaran lebih fleksibel. Anak sulung dari lima beradik ini, turut membuat jadual mingguan dan dicetak untuk diletakkan di atas meja belajarnya. Beliau akan menggunakan aplikasi dalam Microsoft To Do untuk mengingatkan tarikh penting untuk menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah. “Disiplin dan pengurusan masa yang sangat baik harus diamalkan supaya kita tidak keciciran dan mengalami tekanan akibat tugasan yang banyak akibat perbuatan menunda- nunda. Apabila [...]
From Theory to Practice: Developing Students’ Writing Skills using Augmented Reality
Studies on issues related to Islam and Muslims in the media is a never-ending debate and is always updated from time to time. It catches attention from academics, scholars, preachers, and researchers to discuss the alternative platform in reducing or somewhat controlling what the media should report about particularly on Islam and Muslim related issues. From the significant incident that happened on 9/11 (11 September 2001 attack), it has moved to other issues such as violence, conflicts, indiscrimination, economic disparity, crisis, poverty, etc which involved Islam and Muslim societies. News coverages that mostly portray Islam and Muslims are negatively framed by the global media. Aljazeera in 2019 reported that world leaders faced several major issues such as Islamophobia, poverty, the Rohingya refugee crisis, the economic disparity faced by Niger (one of the OIC members country), and the issue of the Uighur minority in China. Recently, the Yemen crisis such as unlawful airstrikes, attacks on civil society, discrimination, violence against women, children and armed conflict and many more have been reported widely by the BBC news on 19 June 2020. On top of that, the largest country in the South East Asia region, India has become the main target to be blamed for a pandemic of Covid-19 as reported by The Guardian on 13 April 2020. Not only that, but India also faced other issues such as reports of Muslims being burned alive in their homes or dragged out into the streets and lynched. Muslim businesses [...]
November 2020
Kebersamaan dan galakkan mahasiswa berjiwa besar fokus utama MPP 2020/2021
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini berwajah baharu di bawah kepimpinan Yang Dipertua baharu susulan keputusan Majlis Pemilihan MPP 2020/2021 selesai dicapai pada 28 November lalu. MPP 2020/2021 dianggotai seramai 27 orang barisan kepimpinan terdiri dari pelbagai latar belakang dilihat bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah serta membentuk ikatan berpasukan yang teguh dalam usaha menjaga kebajikan dan mendengar suara mahasiswa di USIM. YDP MPP 2020/2021, Muhammad Hannan bin Mohd Haniff, pelajar tahun 3, Program Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah semasa berkempen memperjuangkan manifesto pertama iaitu ‘Memperkasakan Platform Diskusi antara Mahasiswa bagi Membincangkan Isu-Isu yang Berlaku Sama Ada di Peringkat Kampus, Nasional dan Antarabangsa‘ dan kedua ‘Mewujud dan Memperkasakan Platform kepada Mahasiswa untuk Mengasah Bakat Kemahiran Insaniah Khususnya dalam Memimpin Sesebuah Organisasi.’ Bermatlamat untuk memimpin mahasiswa USIM berjiwa besar dalam memberi manfaat kepada semua komuniti dilihat amat signifikan dengan antara lirik dalam lagu ‘USIM Terus Maju’, “USIM Berjanji Pada Ibunda, Berjasa Berbudi Untuk Semua”. Ikuti temu bual bersama Muhammad Hannan untuk bacaan selanjutnya. Q1 Ceritakan tentang latar belakang pendidikan saudara dan mengapa menceburi bidang kepemimpinan ini. Saya memulakan pendidikan awal tahun satu di Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban, Abim dan sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Islam (SMI) Seremban. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di peringkat Pra-Diploma di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) di Gemencheh dan seterusnya menyambung ke peringkat Diploma Tahfiz Al Quran wal Qiraat (Takhassus Dakwah) di Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu. Mengimbas kembali, saya telah berkecimpung dalam bidang [...]
Fin-tech Virtualising the Acknowledgment for Fresh Graduate
To make it more better! This was the word that suitable to express for the Fin-Tech or we can call it as the financial technology. It was very important to our daily life which we are in the era of Industrial 4.0 which mostly we have to adapt with this technology. We can try refresh our mind by try to refresh back about the knowledge in the era of stone age which the stone was the basic uses for the people in that era. The uses of the stone can also be using for the tools for the hunting to make sure the sustainability to get food. So, it show that the presence of this technology suitable for the need and want for that time based on the knowledge, experience, skill due to the changing in the human daily life and the presence of the technology to meet the human need and desires. This is the briefly about the explanation about the definition of the technology. Next , the Fin-tech our we can call it as the financial technology was same as the above situation which was the objective is to ease human daily life. Didn’t you have ever heard about the Robo-Advisor? Yes, this digital platform show that how the robot made a work for us which related about our wealth to which it will be expenses and how this platform will be our adviser in making our decision about the financial planning. Of [...]
USIM Catat 89.79 Peratus E-Undi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2020
NILAI, 27 November 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mencatat peratusan pelajar mengundi yang amat baik iaitu 89.79 peratus dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM Sesi 2020/2021 yang berlangsung pada semalam (Khamis, 26 November 2020). Peratusan yang tinggi ini mewakili 9,365 orang pelajar daripada 10,429 orang pelajar yang layak mengundi pada semalam bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang menerusi platform atas talian sepenuhnya (e-undi). Pengumuman keputusan rasmi Pemilihan MPP USIM 2020/2021 telah dibuat oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin pada jam 7.00 malam bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3. Menerusi pengumuman tersebut, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Pergigian (FPg) mencatat 100 peratus pelajarnya turun mengundi. Tiga buah fakulti lain turut mencatat peratusan pelajarnya yang tinggi mengundi iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (98 peratus); Fakulti Sains dan Teknologi (95.53 peratus); dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama mencatat 90.94 peratus. Menurut Naib Canselor, pemilihan MPP ini amat bersejarah kerana keseluruhannya prosesnya bermula dari proses penamaan calon, kempen dan pembuangan undi dilakukan secara atas talian selain cabaran besarnya para pelajar kini sebahagian besarnya tidak berada di kampus kerana mengikuti Pembelajaran dan Pengajaran secara atas talian di rumah masing-masing. “Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan kita akan mendapat peratusan turun mengundi yang tinggi sebegini kerana menyedari pastinya ada kekangan kepada pelajar memandangkan mereka berada di rumah masing-masing. Ini menampakkan satu semangat bahawa para pelajar kita cakna dalam memilih pemimpin mereka”. "Harapan saya adalah sumbangan dan prestasi kepimpinan baharu MPP USIM akan bertambah baik, dan tidak [...]
Siswa USIM Tunaikan Tanggungjawab dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2020
NILAI, 25 November 2020 – Esok akan menjadi hari yang penting buat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan dipilih. USIM buat julung kalinya melaksanakan Pemilihan MPP bagi sesi 2020/2021 secara sepenuhnya melalui platform atas talian (online) pada tahun ini. Ini merupakan langkah terkini universiti dalam mengadaptasi norma baharu di kampus selain memanfaatkan perkembangan teknologi semasa untuk kemudahan warga kampus. Seramai 10,429 orang pelajar USIM layak mengundi pada esok bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dengan universiti meletakkan sasaran 90 peratus akan melaksanakan tanggungjawab mereka. Dengan majoriti pelajar kini masih terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran secara atas talian di kampung halaman, pihak USIM tetap mengambil inisiatif membuka satu pusat pengundian secara fizikal di dalam kampus bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4. Ini bagi membantu para pelajar yang tinggal di sekitar kampus yang mempunyai masalah dengan peranti dan talian internet untuk menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi di dalam kampus. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, proses pemilihan MPP kali ini sememangnya satu sejarah kerana dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian. “Proses tersebut kita mulakan dengan penamaan calon pada 2 November lalu, diikuti dengan kempen maya oleh para calon dan kemuncaknya pembuangan undi pada Khamis, 26 November”. “Bagi memastikan setiap proses ini berjalan dengan lancar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Jawatankuasa Khas Pemilihan MPP dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) USIM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu sistem [...]
Kempen Pembudayaan Norma Baharu, USIM menyambut baik saranan kerajaan
NILAI, 25 November 2020 - Dalam usaha untuk membudayakan norma baharu ini adalah tugas dan tanggungjawab rakyat Malaysia iaitu setiap daripada kita. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan penekanan terhadap pelaksanaan CAPP iaitu (Cegah, Amal, Patuh dan Pantau) dalam kalangan masyarakat dalam usaha untuk memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) Covid19. Dengan tema ‘Bersama Hentikan Covid19’, kempen ini juga turut didokong dan dijayakan oleh semua kementerian, agensi, jabatan, sektor korporat serta rakan strategik seluruh negara bagi menyampaikan mesej secara konsisten dan berterusan dalam usaha membudayakan amalan norma baharu dalam kalangan masyarakat. Justeru, selari dengan pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Seri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada 8 ogos lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat KPT yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi melalui siaran langsung di Facebook rasmi KPT disertai oleh para pelajar dari Insstitusi Pengajian Tinggi seluruh Negara. Datuk Seri Noraini Ahmad dalam ucapannya berkata, mengambil iktibar dari negara Taiwan di mana selama 200 hari tiada kes tempatan baharu dengan mengambil kesedaran bahawa pengaplikasian norma baharu memberikan kesan positif dalam memutuskan rantaian Covid19. Untuk melandaikan lengkungan Covid19, kerjasama segenap lapisan masyarakat amatlah diperlukan. Jadi amatlah penting semua warga kementerian kekal berdisiplin, mengamalkan norma-norma baharu yang digariskan. Menurut beliau lagi, kempen pembudayaan norma baharu menggunakan pendekatan CAPP. Cegah disini bermaksud mendidik masyarakat dan komunti tentang cara norma baharu kehidupan. Amal pula menekankan tentang pentingnya mengamalkan tingkah laku bagi mengelakkan [...]
Pemilihan MPP 20/21 USIM Secara Dalam Talian 26 November Ini
NILAI, 20 November 2020 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya melaksanakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2020/2021 secara sepenuhnya melalui platform atas talian (online) pada tahun ini. Ini merupakan langkah terkini universiti dalam mengadaptasi norma baharu di kampus selain memanfaatkan perkembangan teknologi semasa untuk kemudahan warga kampus. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, proses pemilihan MPP kali ini sememangnya satu sejarah kerana dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian. “Proses tersebut kita mulakan dengan penamaan calon pada 2 November lalu, diikuti dengan kempen maya oleh para calon dan kemuncaknya pembuangan undi pada Khamis ini (26 November)”. “Bagi memastikan setiap proses ini berjalan dengan lancar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Jawatankuasa Khas Pemilihan MPP dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) USIM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu sistem undian atas talian (e-undi) dan platform kempen secara maya mana kedua-duanya boleh dicapai di laman sesawang khas pilihmpp.usim.edu.my.” “Tahun ini seramai 39 orang calon menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan MPP USIM berbanding tahun lepas iaitu seramai 35 orang sahaja. Daripada jumlah yang layak bertanding ini, seramai 16 orang bertanding merebut Kerusi Umum manakala 23 orang calon merebut Kerusi Fakulti”. “Di Kerusi Fakulti akan menyaksikan berlaku pertandingan di empat fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Fakulti Pergigian dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina. Manakala lima buah fakulti tiada pertandingan berlaku kerana kesemua calon menang tanpa bertanding. Fakulti tersebut adalah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti [...]
Teori Kod Jawi
Teori Kod Jawi oleh Institut Tahfiz Al Quran lil Muttaqin dan Dr Nurul Syala Abdul Latip (USIM) Terdapat kolerasi di antara susunan huruf jawi dengan susunan surah di dalam Al-Quran dan setiap huruf jawi mempunyai makna khusus berdasarkan kesimpulan setiap surah. Dan fenomena ini piawai untuk semua sebutan perkataan yang dibunyikan di dalam Bahasa Melayu. Kod jawi mempunyai 6 kelebihan utama iaitu: 1. Mewujudkan satu kaedah piawai membentuk kata dan istilah 2. Mengenalpasti ketepatan ejaan dan ciri-ciri 3. Mengenalpasti kesesuaian penggunaan istilah 4. Menjelaskan fungsi/makna perkataan 5. Membuka dimensi baru dalam bidang teknologi 6. Medium pengembangan ilmu Sifir Kod Jawi Teori Kod Jawi ini dimudahkan dalam bentuk ‘sifir’. Contoh sebahagian dari Sifir Kod Jawi: Metodologi Metodologi kualitatif dengan pendekatan Grounded Theory Penghasilan Teori Kod Jawi adalah melalui proses pengumpulan data dan analisis data yang dijalankan secara bergilir-gilir dan berterusan selama 15 tahun oleh pengkaji dari Institut Tahfiz Al-Quran lil Muttaqin. Penyusunan huruf disusun selari dengan susunan surah dan analisis kandungan setiap surah dijalankan sehingga mendapat kesimpulan yang dikodkan untuk menjelaskan makna kesimpulan surah. Constant comparison dibuat pada setiap makna dengan uji cuba aplikasinya pada pelbagai perkataan Melayu. Dan mereka hadir ke pertemuan dengan pakar di universiti untuk melalui proses confirmatibility dengan maksud perkataan dari sudut tafsir Al-Quran dan ia tidak bercanggah malah dapat memberi nilai tambah. Kita juga menilai ia mempunyai tahap auditability and internal consistency pada setiap huruf. Malah penggunaan kod jawi ini boleh digeneralisasikan dan ada ciri-ciri transferability dan transformasi apabila ia boleh digunakan untuk [...]
Pakai pelitup muka memudaratkan kesihatan?
Pemakaian pelitup muka memang antara langkah terbaik bagi mencegah penularan wabak covid-19 disamping penjarakan sosial dan sanitasi tangan. Serata dunia telah mengamalkannya dan banyak kajian menunjukkan keberkesanan langkah terebut. Tetapi kes saban hari semakin meningkat. Di negara kita contonya, kita sedang berusaha untuk memastikan gelombang ke tiga boleh didatarkan lengkungannya. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui situasi sekarang amat sukar dengan penularan kes yang lebih teruk berbanding semasa gelombang pertama dan kedua sebelum ini. Namun ada pihak merasakan pemakaian pelitup muka boleh memudaratkan kesihatan. Sebaran maklumat bahawa pemakaian pelitup muka adalah penyebab kepada pneumonia oleh calon kongress di Florida Amerika pada Jun lepas mengusarkan ramai orang kerana ia telah tular secara beleluasa. Tulisan sebuah artikel oleh John C.A Manley pula baru-baru ini bertajuk “Medical Doctor Warns that “Bacterial Pneumonias Are on the Rise” from Mask Wearing” juga menimbulkan rasa bimbang apabila Dr James Meehan melaporkan beliau mendapati kes ruam dimuka akibat jangkitan bakteria dan fungus disamping kes pneumonia telah meningkat . Namun Dr Rossana Rosa di dalam penulisannya berpendapat pemakaian pelitup mengakibatkan pneumonia adalah mitos. Katanya penyebab pneumonia sebahagian besar disebabkan apabila manusia menghirup udara yang tercemar dengan virus, bakteria mahupun fungus. Kuman tersebut seterusnya masuk ke dalam tisu paru-paru yang mengakibatkan pneumonia. Oleh itu semasa kita sihat, apabila kita memakai pelitup muka, udara “sihat” yang kita sedut kembali setelah kita hembus tidak memungkinkan terjadinya pneumonia. Kenyataan itu juga disokong oleh Dr Anne Monroe yang merupakan pakar epidemiologi di [...]