Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2021

Prihatin Siswa Terkesan Banjir, USIM Beri Tempoh Bertenang Sesi Pembelajaran

NILAI, 21 Disember 2021 - Merujuk kepada keadaan semasa berikutan bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di dalam negara, Pengurusan Universiti bersetuju untuk memberikan tempoh bertenang dan kelonggaran kepada semua Fakulti/Pusat untuk mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula semalam (20 Disember 2021) hingga Jumaat ini (24 Disember 2021). Fakulti/Pusat boleh menangguhkan kuliah atau dibuat secara tidak segerak/asynchronous dengan bahan mengajar dimuat naik dalam Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) tertakluk kepada keperluan program pengajian tertentu. Kaedah pelaksanaan PdP juga tertakluk kepada Fakulti/Pusat masing – masing mengikut keperluan program pengajian masing – masing termasuk aktiviti pentaksiran seperti kuiz, ujian pertengahan semester dan penghantaran kerja kursus. Semua pelajar yang terkesan dengan bencana banjir boleh menghubungi Fakulti/Pusat masing – masing untuk maklumat terkini berkaitan aktiviti PdP. Fakulti/Pusat akan memastikan penyampaian program pengajian adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan. Fakulti/Pusat akan memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental pelajar sentiasa berada dalam tahap yang baik. Fakulti/Pusat akan memantau secara berterusan dan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu-isu berbangkit. Bilik Operasi Bantuan Banjir USIM beroperasi di Pusat Sukan USIM bagi menyelaras bantuan berkaitan banjir dan sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 012-667 7628 60 (En. Nur Ekmal Buhary) atau 011-3636 8191 (En. Hafez Fikri Adimat). Pihak Universiti amat mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar dan semua warga yang terkesan dengan bencana ini serta mendoakan agar semua warga selamat dari jangkitan COVID-19 serta dapat meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan sempurna dan selamat.   Disediakan [...]

USIM Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Bantu Pihak Terjejas

NILAI, 19 Disember 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah segera mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir pada Ahad bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas terutama yang berada di sekitar Labu Lanjut, Salak Tinggi dan Sepang, Selangor. Bagi memastikan operasi Bilik Gerakan ini berfokus dan mencapai objektif, tiga komponen utama diberi perhatian iaitu keurusetian, keperihatinan dan operasi. Tindakan segera yang telah diambil oleh Bilik Gerakan USIM ialah mula mengumpul maklumat kakitangan dan pelajarnya yang terjejas dengan bencana banjir secara dalam talian bagi tujuan koordinasi bantuan. Selain itu,pusat pengumpulan sehenti sumbangan banjir turut disediakan di Pusat Sukan USIM bagi memudahkan penerimaan barangan sumbangan orang ramai . Antara barangan sumbangan yang disasarkan untuk dikumpul antaranya makanan ready to eat, kit kebersihan diri, kit keperluan wanita, air mineral/minuman, keperluan bayi, selimut dan toto. Bantuan awal mula digerakkan seawal tengah hari Ahad dengan agihan makanan keperluan kepada mereka yang terkandas di kediaman masing-masing manakala kakitangan USIM yang kediaman mereka terjejas terus dengan banjir disediakan penginapan alternatif di kolej-kolej kediaman berdekatan kampus. Badan Kebajikan Kakitangan USIM turut menyalurkan bantuan segera RM200 kepada kakitangan yang terkesan dengan bencana ini. Pada masa yang sama, bagi membantu hampir 300 keluarga yang masih terkandas di sebuah taman perumahan di Labu Lanjut, USIM turut menyerahkan pinjaman kayak dan alatan bantuan menyelamat kepada wakil penduduk pada Ahad petang. Sementara itu, Pusat Wakaf dan Zakat USIM turut mengambil pendekatan menubuhkan Tabung USIM Prihatin bagi mengumpul sumbangan kepada warga USIM yang terkesan dengan banjir melalui portal Jom Infaq. Menyasarkan kutipan [...]

ICOBAC 2021 Kupas Isu “Struktur Asas” Perlembagaaan Persekutuan

NILAI, 16 Disember 2021 - Bertemakan ’Towards Dignifying Islam in the Framework of Rule of Law and Supremacy of Constitution’, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif mengadakan program International Convention On The Basic Structure Of Constitution (ICOBAC ) 2021 yang diadakan secara dalam talian pada 15 dan 16 Disember 2021. Konvensyen ini turut mendapat kerjasama strategik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP),Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA) , Brunei Darussalam dan Fakultas Hukum, Universitas Jendral Soedirman (UNSOED), Indonesia. Selaras dengan usaha universiti menggalakkan dan meningkatkan aktiviti perkongsian ilmu, penyelidikan juga penerbitan, ke arah menghasilkan pakar-pakar akademik yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, sebanyak lebih 20 pembentangan telah dijalankan pada konvensyen ini dan para peserta adalah dari kalangan para sarjana, pengamal undang-undang, perwakilan dari sektor awam dan swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, mahasiswa di peringkat pra-siswazah dan siswazah. Objektif utama penganjuran konvensyen ini adalah sebagai platform bagi golongan akademik universiti juga para hakim membedah penghakiman kes Indira Gandhi dari aspek prinsip dan implikasinya, memupuk budaya berfikir, berminda kritis dan mengambil berat hal ehwal Islam selain isu-isu terkini berkaitan umat Islam, implikasi penghakiman dari segi  jurisprudens, perlembagaan dan undang-undang. Selain itu, bagi meningkatkan kerjasama hubungan akademik antara universiti di dalam negara juga luar negara juga dengan badan kehakiman Negara, serta membahas dan merumuskan resolusi buat penelitian pihak-pihak berkuasa termasuklah Badan Kehakiman Malaysia. Pengucaptama telah disampaikan oleh tokoh-tokoh perundangan tersohor negara antaranya Tun Dato Seri Ahmad Fairuz bin bin Dato’ Sheikh [...]

Tingkatkan Pemantauan dan Keselamatan Pelajar Bendung Buli

Peningkatan kes buli melibatkan golongan pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi semakin membimbangkan. Pengulangan kejadian buli seperti yang berlaku di sebuah sekolah berprestasi tinggi melibatkan pelajar tingkatan satu, memerlukan tindakan komprehensif dan perlu ditangani dengan berhikmah. Kejadian buli melibatkan fizikal boleh dikaitkan dengan kes jenayah dan sivil jika berlakunya kecederaan dan kematian. Namun, kesan kepada psikologi iaitu tekanan yang diberikan sehingga melibatkan kemurungan dan tekanan emosi adalah lebih besar dan perlu dihadapi oleh mangsa seumur hidup. Penulis melihat bahawa wujud sikap angkuh dan bangga diri sehingga merasakan dirinya sebagai “abang kawasan atau hero” punca perilaku buli. Situasi menjadi lebih teruk jika pelaku mempunyai geng atau kumpulan tertentu sehingga boleh membawa pengaruh dan memberi ancaman kepada pelajar lain. Apabila sikap ini mempengaruhi segolongan kumpulan pelajar seolah telah memberi kekuatan untuk menguasai sehingga boleh melunturkan sikap kemanusian dan nilai simpati. Kurangnya nilai insani iaitu sifat kemanusiaan menjadi sebab buli dan boleh ditangani dengan beberapa kaedah seperti penerapan nilai peribadi berpandukan hati “Qalbu”. Kaedah ini akan mendidik jiwa pelajar untuk kekal berhubungan Maha Pencipta dan saling mengasihani sesama manusia. Elemen penting seperti kawalan diri, amanah, kecekalan, muafakat, dan adil bagi melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai murni dan ciri-ciri yang digariskan agama berupaya membentuk peribadi pelajar yang lebih berhati mulia. Selain pengisian jiwa, kejadian buli boleh ditangani dengan pemasangan kamera litar tertutup. Seiring dengan perkembangan teknologi, pembuktian melalui hasil rekod oleh kamera litar tertutup telah diterima sebagai bahan pembuktian kes di mahkamah sivil dan syariah di Malaysia. Melihat kepada [...]

77 ditauliah Pegawai Bomba Bantuan USIM

NILAI, 14 Disember 2021 – 77 pelatih ditauliahkan dalam satu Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM hari ini. Dari jumlah tersebut, 42 pelajar merupakan pelatih dari pengambilan ke-3 Sesi Tahun 2018/2019 dan 35 pelajar lagi dari pengambilan ke-4 sesi Tahun 2019/2020. Majlis pentauliahan disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dalam majlis tersebut, Sufi Suprianto  Sutijo pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Ambilan ke-3 Sesi Tahun 2018/2019, manakala pelatih Muhammad Al Hakim Mohd Zulkifli dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Ambilan ke-4 sesi Tahun 2019/2020. Dalam ucapannya, YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan menyeru agar Pegawai Bomba Bantuan Siswa yang ditauliah ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin ilmu kebombaan yang dipelajari selama ini serta sama-sama berganding bahu bagi melahirkan warga Malaysia yang responsif, berdaya tahan (resilience community) serta berupaya mengadaptasi konsep citizen-lifesaver dalam kehidupan seharian. “Terus terapkan amalan disiplin yang tinggi, dan kepimpinan yang berhemah bagi membentuk keperibadian diri dan identiti unggul diri serta universiti” ujarnya lagi. Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib berkata, melahirkan penyelamat masyarakat yang berjaya dan cemerlang bukan sahaja bergantung kepada keupayaan akademik semata-mata, tetapi ia juga saling berkait rapat dengan pelbagai faktor antaranya pembentukan sahsiah diri yang baik, tahap disiplin dan nilai-nilai murni yang tinggi, keterampilan diri yang unggul dan sikap kepimpinan yang terpuji. “Inilah di antara ciri [...]

Pemilihan MPP USIM catat 89.54 Peratus Turun Mengundi

NILAI, 10 Disember 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan sebanyak 89.54 peratus turun mengundi pada Pilihanraya Kampus Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM untuk Sesi 2021/2022 yang berakhir malam tadi. Proses pengundian yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menghampiri sasaran peratusan turun mengundi yang telah ditetapkan iaitu pada 90 peratus. Dalam pemilihan tersebut dua calon mencatatkan undian tertinggi iaitu Saudari Nurul ‘Aina Sofea Mohd Kamal yang bertanding untuk Kerusi Umum, yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan catatan undi sebanyak 9,244 undi serta seorang lagi calon Kerusi Umum, Saudari Nur Alya Abdul Latif pelajar tahun 3 dari Fakulti Sains dan Teknologi dengan 9,109 undian. Pengumuman keputusan rasmi tersebut dibuat oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. “Saya berharap calon-calon yang telah dipilih dapat melaksanakan mandat yang diberikan dengan amanah dan dapat berganding bahu dengan Pengurusan Universiti untuk membawa nama USIM ke peringkat yang lebih jauh dalam memastikan agenda universiti berjalan lancar” ujarnya. Calon yang memenangi undian tertinggi, Nurul ‘Aina ketika ditemui berkata, beliau menyifatkan status undian tertinggi yang diperoleh beliau merupakan satu keputusan yang tidak dijangka dan berharap semua calon-calon lain yang telah terpilih dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik kerana ini adalah majoriti suara pelajar. Dalam pemilihan tersebut, tiga fakulti mencatatkan peratusan mengundi tertinggi iaitu Fakulti Pergigian (100%), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan (98.87%) dan Fakulti Kepimpinan dan [...]

‘Newbie Open Day’, cungkil bakat baru sukan

NILAI, 4 Disember 2021- Sukan adalah salah satu aktiviti riadah ataupun aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran dan peraturan tertentu. Sukan juga bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara namun ianya boleh menyihatkan tubuh badan serta memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan yang sihat. Seterusnya aktiviti sebegini akan menggalakkan warga kampus di universiti terutamanya pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan riadah, selain melakukan aktivti pembelajaran di dalam kuliah. Ia juga memupuk semangat membudayakan sukan untuk kesihatan. Melalui tagline “USIM Cergas dan Cerdas”, program Bakat Baru Sukan ‘Newbie Open Day’ yang diterajui oleh Pusat Sukan telah diadakan sebagai platform untuk pemilihan pelapis dan bakat baru sukan dari kalangan pelajar. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, Objektif utama program ini yang diadakan setiap tahun selepas kemasukan pelajar baru (Tamhidi) dan sarjana muda adalah sebagai medan untuk mencungkil bakat pelajar sebagai atlit untuk mewakili USIM di kejohanan sukan peringkat MASUM, IPT, negeri dan negara. “Dalam konteks islam, sukan atau riadah amat digalakkan. Adalah menjadi harapan saya agar program ini dapat mengenalpasti bakat dan kemahiran sukan serta kepimpinan pelajar yang mampu membawa imej yang positif terhadap perkembangan aktiviti luar bilik kuliah di kampus” ujarnya. Seramai lebih 50 peserta yang turun padang untuk mengambil bahagian. dan acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola baling bola jaring, bola tampar, futsal, ping pong, catur, memanah, petanque, sepak takraw, bola keranjang, ragbi sentuh dan olahraga. Manakala acara pertunjukan adalah lawn [...]

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Dilantik Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Baharu

NILAI, 1 Disember 2021 – Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2021 hingga 30 November 2024. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi LPU USIM dipersetujui oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengambil kira kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam bidang agama, akademik dan pentadbiran. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969, beliau mendapat Pendidikan awal di Kuala Terengganu, Terengganu dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah (1989-1993). Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana juga dalam bidang yang sama di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) dan kemudiannya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fatwa dari Universiti Sains Malaysia (2002-2004). Keterlibatan beliau bersama USIM bukanlah asing lagi kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM pada tahun 2006 sehingga 2008 dan juga merupakan Panel Penasihat di Fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini. Berpengalaman luas sebagai seorang pemimpin dan agamawan yang dikenali dan disegani, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri diberikan kepercayaan penuh untuk menjawat jawatan-jawatan penting dalam bidang agama antaranya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Agama) bermula 10 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021, Mufti Wilayah Persekutuan (2014-2020), Majlis Penasihat Shariah Bank Negara (2016-2019), Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) [...]

November 2021

USIM Bangunkan Aplikasi Tasdiq Al-Syahadah (TAS) melalui teknologi blockchain permudah pengesahan ketulenan skrol akademik

NILAI, 30 November 2021– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut cadangan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Ibnu Tuanku Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM yang mahukan universiti menerokai teknologi blockchain dengan membangunkan sebuah aplikasi yang dinamakan Tasdiq Al- Syahadah (TAS). Aplikasi TAS yang dibangunkan bagi memudahkan pengesahan ketulenan skrol graduan yang dikeluarkan oleh USIM ini merupakan sebuah aplikasi mudah alih (aplikasi mobile) berasaskan teknologi blockchain dan keistimewaan aplikasi ini terletak pada kos pembangunan yang jauh lebih rendah serta dibangunkan melalui kepakaran dalamannya sendiri yang diterajui oleh Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) USIM dengan kerjasama iExploTech dan Sekretariat Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (IPTM) DLT Network. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, tindakan proaktif ini di ambil dalam usaha mencegah penipuan ijazah palsu bagi menjaga reputasi dan integriti sijil akademik universiti. Sepertimana tema konvokesyen kali ini “Pandemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin” yang menggunakan konsep prosumerisme melalui konsep share more, learn more and make more, USIM telah bekerjasama dengan Cyber Security Academia Malaysia (CSAM) dalam menjalani proses penilaian yang dianggotai oleh pakar-pakar keselamatan siber Universiti Awam dan Swasta selain turut dinilai oleh wakil pakar keselamatan Cyber Security Bristol, United Kingdom. “Semakan maklumat skrol digital ini hanya boleh dibuat ke atas graduan yang telah memberi kebenaran kepada aplikasi TAS USIM bagi tujuan perkongsian maklumat sesuai dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)” ujarnya lagi. Bagi menjamin ketulenan dan keselamatan aplikasi TAS USIM ini, pihak USIM [...]

Tips Memilih Pengasuh: Cakna Kesejahteraan Anak

Kes penderaan bayi dan kanak-kanak seringkali berlaku disebabkan perlakuan kejam dan tidak berperikemanusiaan mahupun kecuaian yang berlaku daripada pihak pengasuh. Rentetan itu, pelbagai kes kecuaian dan keganasan pengasuh telah memberi kesan takut, stres, risau, sedih dan trauma pada ibu bapa yang bekerja dan meletakkan anak di bawah jagaan pengasuh. Hal ini mengundang rasa susah hati dan tidak tenteram bagi ibu bapa di tempat kerja sekali gus membawa impak negatif kepada reputasi kerja. Oleh itu, pentingnya pada peringkat awal kesedaran dan sikap berwaspada ibu bapa dalam memilih pengasuh dan sentiasa membuat pemerhatian terperinci terhadap anak-anak setelah diambil dari rumah pengasuh. Hal ini perlu dilakukan dan tidak boleh dipandang remeh untuk mengenal pasti sebarang perbuatan dera dan pencabulan yang dilakukan. Kes kematian bayi terjatuh di rumah pengasuh disebabkan kecuaian juga merupakan isu penderaan yang perlu diambil berat oleh golongan ibu bapa. Kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata merupakan suatu perkara yang amat berat untuk diterima malah tragedi ini dirasakan amat menyayat hati bagi mereka yang mengalaminya. Justeru sebagai langkah pencegahan, penulisan ini akan mengupas beberapa tip khusus untuk para ibu bapa jadikan panduan dalam pemilihan pengasuh ataupun sesiapa sahaja yang mengambil alih tugas menjaga anak seperti pemandu kenderaan ke sekolah mahupun tenaga pengajar peribadi dirumah. Seperti mana yang diketahui, kes dera dan kecuaian ini bukan sahaja berlaku membabitkan pengasuh malah ia turut melibatkan orang terdekat yang terdapat di tempat asuhan seperti ahli keluarga pengasuh, teman lelaki, budak asuhan yang lain, saudara-mara, dan jiran tetangga sama ada perkara [...]

Go to Top