Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2020

Pendaftaran Tamhidi USIM sesi 2020/2021 secara pandu lalu

NILAI, 5 Ogos 2020 – Pendaftaran kemasukan pelajar  baharu Tamhidi (Asasi) sesi akademik 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dijalankan secara pandu lalu di Kolej Kediaman Nilai Court bagi mengurangkan kesesakan sekaligus mengelakkan risiko penularan pandemik Covid19. Menurut Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) Encik Mohd Salehudin Syukor, berikutan peningkatan kes Covid19  dua negeri iaitu Kedah dan Sarawak, USIM mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan kuarantin wajib selama 14 hari kepada seramai 24 orang pelajar di kediaman khas yang jauh dari pelajar lain. Mereka adalah 19 orang dari Kubang Pasu, Kedah dan selebihnya dari Sarawak. ”Mereka akan dipantau staf kolej kediaman dan Pusat Kesihatan USIM. Sekiranya bergejala, mereka akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan”. Encik Salehudin berkata lagi, semua pelajar akan menjalani sesi ta’aruf juga pembelajaran secara dalam talian bermula 10 Ogos ini. Di samping itu, pihak universiti telah menaiktaraf kolej kediaman untuk memberi keselesaan dan kemudahan yang baik kepada para pelajar, ini kerana kebanyakkan masa mereka adalah menjalankan sesi pembelajaran di kediaman masing-masing dengan kemudahan internet yang telah disediakan. ”Kami mengucapkan terima kasih kepada semua urus setia pelajar dan staf yang banyak membantu dan melancarkan proses pendaftaran kali ini”, tambah Encik Salehudin. Sehingga hari ini seramai 1339 pelajar telah menerima tawaran di USIM bagi empat program iaitu Perakaunan dan Muamalat seramai 295 pelajar, program Perubatan, Pergigian dan Sains 288 pelajar, program Sains Fizikal dan Teknologi 480 pelajar serta program Syariah dan Undang-undang  seramai 276 pelajar. Majlis pendaftaran kali ini berlangsung selama lima hari bermula sejak 3 Ogos sehingga Jumaat ini. [...]

Program Ibadah Korban 1441H USIM berjalan lancar ikut SOP

NILAI, 3 Ogos 2020 – Program Ibadah Korban 1441H peringkat USIM telah sempurna dilaksanakan di Komplesk Islam Tuanku Muhriz mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Program yang diketuai oleh Pusat Islam ini, turut mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan, staf serta wakil persatuan pelajar. Turut serta dalam aktiviti pengagihan daging dan memasak, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban. Menurut Pengarah Pusat Islam Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, proses penyembelihan telah dilakukan di Kompleks Rumah Sembelih Gemencheh sebelum dibawa ke USIM untuk proses pengagihan daging dan memasak. ”Kita sedia maklum atas faktor Covid ini. penyertaan korban kali ini kita terpaksa hadkan kepada dua ekor lembu sahaja, walaupun kita menerima permintaan penyertaan yang banyak. Namun, memandangkan sukarelawan dan SOP yang ketat hanya penyertaan yang terawal sahaja diterima”. ”Alhamdulillah walaupun ini merupakan kali pertama proses penyembelihan dibuat di luar USIM dan proses pengagihan berjalan lancar kepada golongan asnaf sekitar USIM”. Bagi Dr Anvar Narzullaev berasal dari Uzbekistan, beliau merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM yang menyertai bahagian dan menjadi sukarelawan sejak empat tahun lepas. ”Menariknya sambutan ibadah korban di Malaysia berbanding negara saya adalah, di Malaysia ibadah korban ini diraikan secara ’jemaah’ sebagai satu keluarga bersama komuniti. Di Uzbekistan, acara korban ini dilakukan di rumah bersama ahli keluarga dan rakan sahaja. Saya berasa gembira kerana dapat turut serta dan ia merupakan program yang penting bagi saya kerana kami tiada keluarga di sini, dengan sambutan begini dapat merasai program kekeluargaan ini di Malaysia”, tambah beliau lagi. Disediakan oleh: Noorumaina [...]

Usah hancur kemakmuran negara kerana kesamarataan

Apa yang kita fahami dengan konsep bahagi dalam Matematik selama ini ialah sama rata, tidak lebih dan tidak terkurang. Bagaimanapun, dalam realiti kehidupan, pendekatan itu tidak boleh terpakai dalam semua keadaan kerana kita perlu bersandar satu lagi prinsip lebih utama iaitu keadilan. Perlu difahami kesamarataan tidak semestinya membawa kepada keadilan kerana kedua-duanya mempunyai pemberat berbeza dan tidak boleh terpakai pada semua keadaan. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara dikenali dengan kemajmukan kaumnya, mengambil pendekatan kesamarataan dalam menggubal sebarang dasar khususnya berkaitan rakyat perlu dibuat berhati-hati oleh kerajaan. Teringat satu dialog dilafazkan Laksamana Hang Tuah dilakonkan Datuk M Nasir dalam filem epik Puteri Gunung Ledang. Pesan Hang Tuah 'Kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar!" Tertulis dalam Perlembagaan Malaysia Fasal (8) Perkara 1 bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Namun, pentafsirannya tidak harus dibuat selapis kerana terbukti ada pihak kurang bertanggungjawab menggunakan hujah ini untuk menghapuskan hak kaum lain pula. Ketaasuban memperkenalkan konsep kesamarataan pastinya membunuh konsep keadilan yang lebih insani dan tidak menzalimi. Tragedi 13 Mei antara sejarah hitam besar pasca pembentukan Malaysia, sewajarnya mengajar kita bahaya melaksanakan konsep kesamarataan sebagai asas utama pelaksanaan dasar yang membabitkan kaum di negara ini. Penulis berpegang kepada prinsip sesuatu dasar yang ingin diangkat perlu berdasarkan realiti sebenar dan teras sejarah pembentukan negara ini. Ia bukan bersandarkan andaian yang tidak berpijak di bumi nyata, diselubungi sentimen berlebihan dan lebih malang lagi, demi memenuhi kepentingan sesetengah pihak sahaja. Mengambil [...]

Julai 2020

USIM Komited Lahir Prosumer dalam Bidang Seni Budaya

Nilai, 28 Julai 2020 - Selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif lebih proaktif bagi memperkasakan keusahawanan pelajar melalui penghasilan produk seni. Ini bertepatan dengan apa yang dihasratkan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM agar pelajar melibatkan diri dalam keusahawanan supaya dapat melahirkan lebih ramai prosumer selari dengan kehendak pasaran kerjaya dan industri. Justeru, Pusat Kebudayaan USIM telah mengadakan majlis pelantikan Karyawan Seni dan Penasihat Produk Seni semalam, bagi mendapatkan sokongan industri dalam merealisi dan melonjak usaha mempromosikan produk-produk seni pelajar ke arah yang lebih Islamik, patuh syariah dan berkonsepkan pendekatan kontemporari selain menepati kehendak pasaran. Bagi merealisasikan  dan melonjak usaha mempromosikan produk-produk tersebut, beberapa karyawan seni tanah air dalam bidang-bidang tertentu turut menyumbang kepakaran dan dilantik sebagai Karyawan Seni USIM seperti Dato’ Nash (Karyawan Persembahan Seni); Syed Indera Syed Omar (Siso) sebagai karyawan Penulisan Kreatif; Fauzi Marzuki (Karyawan Penciptaan Kreatif); Muhamad Razin  Che Mud  (Karyawan Inovasi Produk); Ahmad Fedtri Yahya (Karyawan Pengacaraan & Penyiaran); dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman (Karyawan Seni Taranum) serta Dr. Irwan Mohd Subri (USIM) sebagai Penasihat Produk Seni yang bertujuan memastikan kesemua produk yang diterbitkan memenuhi kehendak Syariah. Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada Pusat Kebudayaan USIM agar pelantikan Karyawan Seni USIM dan Penasihat Produk Seni dapat menyemarakkan konsep prosumerisme khususnya dalam bidang seni budaya. Mahasiswa/i yang mempunyai bakat seni boleh dilatih menjadi prosumer dengan menggunakan platform media sosial [...]

USIM lancar Kempen Kibar Jalung Gemilang peringkat USIM 2020

NILAI, 28 Julai 2020 - Dalam beberapa minggu lagi, kita akan menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun pada 31 Ogos. Bagi meraikan kedatangan hari bersejarah Malaysia, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat USIM 2020 telah berlangsung di perkarangan Canselori yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Turut hadir bersama barisan pengurusan universiti dan staf USIM. Tema Hari Kebangsaan yang diangkat kali ini adalah ’Malaysia Prihatin’. Tema gabungan perkataan ’Malaysia’ dan ’Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak Covid19 serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diiringi dengan menaikkan bendera Malaysia, serta lafaz ikrar Rukun Negara yang dibacakan oleh wakil Jabatan Keselamatan USIM. Seterusnya, nyayian lagu patriotik Jalur Gemilang dan lagu warisan diketuai oleh Pusat Kebudayaan USIM. Pada tahun ini juga Malaysia turut meraikan usia Jubli Emas 50 Tahun Rukun Negara. Pada 31 Ogos 1970, KBYMM Seri Padukan Baginda Yang DiPertuan Agong Tunku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah mengisyhtiharkan Rukun Negara secara rasmi bagi memupuk dan memperkasakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya. Prof. Ridza memetik kata-kata dari penulis kolumnis Sinar Harian, bahawa konsep kemerdekaan tidak boleh berdiri secara sendiri dan mutlak. Ia harus disandarkan dengan kehakikian akal dan jiwa manusia yang fitrahnya merdeka. ”Hanya dengan membebaskan jiwa dan minda daripada segala dogma yang sesat dan sempit menerusi rasional akal, ajaran agama serta akhlak yang baik [...]

Manhaj Wasatiyyah Elak Pelaporan Tidak Seimbang

Lensa wartawan secara global tidak henti melaporkan senario pergolakan yang berlaku di seluruh dunia terutama yang melibatkan negara Islam dan masyarakat Muslim. Bermula dengan peristiwa ‘the Arab Spring’ yang berlaku pada 2010 menjadikan media barat tidak kering idea untuk sentiasa melaporkan berita-berita pergolakan yang berlaku di timur tengah. Mohd Irwan Syazli (2018) menyatakan punca pergolakan itu berlaku ekoran daripada aktiviti rasuah, pemerintahan kuku besi di Tunisia, Mesir, Libya, Algeria, Syria dan Maghribi, masalah pengangguran dan ketidaktentuan ekonomi telah menjadi punca kepada kemarahan dan desakan rakyat. Namun begitu, terorisme dan ekstremisme yang sebenar tidak tertakluk pada agama dan kelompok tertentu bahkan ia merangkumi semua kelompok atau individu yang melakukan perbuatan melampau ke atas agama, darah, akal, harta dan kehormatan manusia. Jika diimbas kembali pada tahun lepas, peristiwa di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand merupakan satu contoh kejutan besar buat dunia apabila New Zealand yang merupakan antara negara paling selamat turut diserang pengganas dari kalangan ‘non-muslim’. Peristiwa ini memberi impak besar pada dunia kerana kebanyakan isu terorisme dan ekstremisme sebelum ini kerap dikaitkan dengan golongan Islamis sahaja seperti yang diwar-warkan media barat. Syarul Azman (2018) menyatakan dalam kajian lepas bahawa pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah seperti ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan orang Islam sebagai menakutkan. Kemudian, di atas dasar perasaan takut, mereka mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan [...]

USIM letak sasaran jadi universiti ‘glokal’ berimpak tinggi pada 2022

NILAI, 20 Julai 2020 - Perancangan strategik dalam sesebuah organisasi merupakan satu elemen yang sangat penting. Seperti contoh bagi memastikan kemajuan dan kelestarian USIM sebagai sebuah universiti yang terunggul, usaha secara kolektif oleh setiap Pusat Tanggungjawab USIM perlu digemblengkan untuk memacu kejayaan USIM. Justeru, Bengkel  Pelan Tindakan Misi USIM 2020-2022 siri 1 telah dirancang dan berlangsung  pada 20 sehingga 27 Julai 2020 bertempat di Galeri Canselori yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, bagi memacu USIM dilandasan yang betul, pengurusan tertinggi USIM telah menetapkan Misi USIM 2022 untuk menjadikan USIM sebagai sebuah universiti sains islam glokal yang berimpak tinggi dimana Sains Islam didefinasikan sebagai ilmu yang berpaksikan epistemologi tauhidik demi kesejahteraan sejagat. "Glokal itu adalah istilah yang menggabungkan ‘global’ dan ‘lokal’, di mana saya ingin terjemahkan di peringkat antarabangsa, USIM akan dilihat sebagai universiti yang tersohor disamping kita masih mengekalkan jati diri dan nilai-nilai murni yang menjadi teras universiti ini". Beliau menambah, bagi memastikan Misi 2022 itu tercapai, sebanyak tujuh Annual Goals 2020 digariskan untuk dilaksanakan pada tahun ini iaitu Infaq Campaign Crowd Funding; Prospective Students and Alumni; Prosumerism Initiative Developer Enterprenuer; Da’wah and Multi-Cultural Society and Volunteerisme; Public Interest Intellectuals; Students Accomodation; dan Personal Tutelage for Teaching and Learning. Menurut Prof Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan), untuk merealisasikan lima teras strategik Misi USIM 2022, satu pelan tindakan bagi perlaksanaannya perlu dirangka untuk membentuk halatuju gerak kerja semua pusat tanggungjawab di USIM [...]

USIM lancar kempen #USIMJagaSemua, cakna isu pasca Covid19

NILAI, 17 Julai 2020 - Covid19 telah mengakibatkan pembelian dan penggunaan PPE (personel protective equipment) seperti penutup muka meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan pembuangan PPE terpakai oleh orang awam amat membimbangkan kerana tidak mengikut cara pembuangan yang selamat seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ia dilihat dibuang secara merata-rata. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah terkehadapan dengan mengadakan pra-pelancaran Kempen #USIMJagaSemua: Program Kesedaran dan Pendidikan Impak Pembuangan Penutup Muka secara Berkesan. Kempen ini akan berlangsung selama 18 bulan iaitu sehingga bulan Disember 2020. Dijangkakan sebanyak 100 buah tong sampah akan diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab sekitar kampus USIM di Nilai dan Pandan Indah. Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, USIM bertindak proaktif dengan mewujudkan satu pasukan PPE Disposal Taskforce USIM dengan mengambil inisiatif untuk melihat kepada salah satu isu pasca COVID-19 yang terkesan secara global iaitu pembuangan PPE terpakai daripada sumber orang awam. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada PPE  Disposal Taskforce USIM di bawah naungan YBhg. Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diketuai oleh Dr. Nuruliza Roslan, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam serta kumpulan penyelidik dari pelbagai bidang yang merangkumi bidang kesihatan, alam sekitar, perundangan, ekonomi dan juga Fiqh. Beliau menambah lagi, kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan dan impak pembuangan PPE yang betul perlu diamalkan dan diambil cakna oleh semua lapisan masyarakat. Inisiatif yang dijalankan melalui pendekatan secara glokal bermula dengan cadangan untuk menyediakan tong sampah berasingan bagi [...]

USIM Perkenal Borak Rakyat-Kami Peduli Secara Langsung Dalam Talian

Nilai, 16 Julai 2020 - Program bual bicara baharu Pusat Kebudayaan USIM Borak Rakyat-Kami Peduli membuka panggung dengan siri pertamanya hari ini. Borak Rakyat–Kami Peduli menampilkan Naib Canselor Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang juga pakar sains sebagai panel dalam membicarakan topik ‘Jangan Takut Pada Sains’ yang dikendalikan oleh Dr. Hayati Ismail, Pengarah Kolej Genius Insan USIM sebagai moderator. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata ‘Borak Rakyat yang dibawakan oleh Pusat Kebudayaan USIM bersiaran selama satu jam akan memfokuskan isu-isu terkini dan tagline Kami Peduli adalah keperihatinan kita sebagai warga Universiti kepada rakyat dalam menghadapi normal baharu kini. Perkongsian bernas akan diutarakan oleh panel-panel mesra rakyat yang berkisar tentang pencerahan mengenai isu-isu yang berlegar di kalangan masyarakat kita umumnya”. Ujar beliau yang ditemui usai siri pertama berlangsungnya Borak Rakyat di Panggung Budaya, Pusat Kebudayaan USIM. Dalam pada itu Prof. Dr. Mohmed Ridza Wahiddin merakamkan ucapan tahniah kepada Pusat Kebudayaan USIM atas penganjuran Borak Rakyat-Kami Peduli yang dianggap sebagai salah satu medium penyampaian ilmu kepada masyarakat serta memperlihatkan USIM sebagai sebuah institusi yang cakna terhadap isu-isu rakyat. Disiarkan secara langsung bermula jam 2:30 petang Borak Rakyat yang dilaksanakan buat pertama kalinya berjaya mengumpulkan sejumlah 1,200 ribu tontonan, 122 tanda suka, 66 komen dan 41 perkongsian telah dicatatkan. Borak Rakyat akan berlangsung setiap dua minggu dan warga kampus serta orang awam boleh mengikuti secara langsung menerusi media sosial facebook rasmi Pusat Kebudayaan USIM. Disediakan oleh: Rozihani Mohamad Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif Pusat Kebudayaan USIM Disemak oleh: Pusat Komunikasi [...]

’Good Governance’ perlu berpegang teguh dengan prinsip Islam

NILAI, 14 Julai 2020- Dalam melaksanakan ’good governance’ sesebuah organisasi itu perlu menerapkan beberapa elemen dan nilai bagi memacu proses pemerintahan dan pentadbiran berjalan dengan cemerlang dan disegani. Dengan membawa topik bertajuk ’Good Governance within a University’, Syarahan Kepimpinan ini telah disampaikan oleh  Pro Canselor USIM Tun Dato’ Seri (Dr) Zaki bin Tun Azmi bertempat di Dewan Senat Canselori. Secara ringkas mengenai latar belakang Tun Dato’ Seri (Dr) Zaki bin Tun Azmi, beliau dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn London sehingga mendapat Barrister-at-Law pada tahun 1969. Dengan pengalaman perkhidmatan yang luas selama 37 tahun dalam bidang undang-undang di sektor kerajaan dan swasta, beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2007. Pada 11 Disember 2007 beliau telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008 sehingga 11 September 2011 Dalam syarahan tersebut, beliau menyatakan bahawa governan yang terbaik adalah pentadbiran sesuatu organisasi itu menerapkan nila-nilai dan prinsip Islam yang berpandukan al quran dan sunnah. Dalam konteks ini, USIM merupakan salah sebuah Universiti Islam di Malaysia yang membawa agenda Islam serta memberi perkhidmatan berupa pendidikan kepada pemegang taruh dan juga masyarakat. ”Seorang pentadbir atau pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, Ikhlas, jujur serta berintegriti akan memberi kepercayaan kepada pemegang taruh dan masyarakat untuk menyumbang atau [...]

Go to Top