Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Julai 2020

Hala tuju pembukaan universiti pasca COVID-19

Pembukaan semula universiti secara berperingkat telah pun bermula di seluruh Asia, namun masih banyak perkara dan isu yang tidak dapat dipastikan, termasuk pelaksanaan kelas bersemuka untuk semua pelajar. Kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 27 Mei 2020 berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 di mana semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Tuntutan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh KPT, pusat perumahan pelajar telah mengarahkan pelajar melakukan pengosongan kolej sepanjang bulan Jun dan Julai sejak kebenaran merentas negeri dibenarkan oleh kerajaan pada tarikh 10 Jun 2020. Sebahagian pelajar yang menetap di rumah sewa juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak rumah sewa kerana pelajar memikirkan tanggungan kos pembiayaan rumah sewa yang perlu dibayar sehingga Disember 2020 susulan daripada pengumuman yang dikeluarkan oleh KPT. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelajar telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing sejak pengumuman pelaksanaan PKP telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 April 2020. Pihak universiti juga telah mengeluarkan takwim baru memandangkan PdP perlu dijalankan secara maya sehingga Disember 2020. Perlu diketahui bahawa walaupun kadar COVID-19 di Malaysia menunjukkan 1 hingga 2 angka kes baru setiap hari dan kes sembuh adalah 97.72%, dikemaskini pada 4 Julai 2020, namun, kadar kes COVID-19 dunia mengalami peningkatan dari hari ke hari. Seperti yang diketahui, vaksin COVID-19 masih belum ditemui dan tidak [...]

Pentaksiran Holistik Melalui Poster Infografik

Penularan pandemik COVID19 merupakan satu bencana umat manusia yang telah mengakibatkan kesan yang besar bukan sahaja kepada kesihatan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dunia dan norma kehidupan berkomuniti, tetapi juga pengajaran dan pendidikan.  Pada saat artikel ini ditulis, murid Tingkatan 5 telah pun hadir dan menjalani sesi pembelajaran di sekolah dengan norma sesi pembelajaran yang 100% berbeza daripada sebelum penularan pandemik ini berlaku. Sesi pembelajaran di sekolah pada masa kini perlu mengikuti garis panduan prosedur standard operasi (SOP) yang sangat ketat. Hinggakan tiada aktiviti makan dibenarkan di kantin semasa waktu rehat. Ini memberikan gambaran bahawa sesi persekolahan pasca COVID19 sama sekali berubah daripada apa yang kita praktikkan sebelum bencana ini berlaku. Melihat daripada sudut pandang positif kesan penularan pandemik ini, ia seakan memberi rahmat dalam kekalutan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Siapa sangka, pembelajaran atas talian menjadi wadah penting bagi pendidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan platform pembelajaran bersemuka atas talian seperti Zoom, Microsoft Team, Google Classroom menjadi popular lantaran digunakan pendidik bagi menyampaikan ilmu kepada murid. Tidak terkecuali pembelajaran secara tidak bersemuka melalui aplikasi chatting seperti WhatsApp dan Telegram menjadi pilihan alternatif tetapi berkesan kepada pendidik dan murid yang mempunyai capaian internet sederhana. Apa yang menjadi persoalannya kini, apakah bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dijalankan? Perlu diingat, pengajaran dan pembelajaran atas talian hanya memerlukan pendidik dan murid bersemuka di hadapan skrin paparan gajet sahaja. Pendidik tidak dapat bersemuka secara langsung apatah lagi melihat tingkahlaku pelajar seharian seperti [...]

Pentaksiran Holistik Melalui Poster Infografik

Penularan pandemik COVID19 merupakan satu bencana umat manusia yang telah mengakibatkan kesan yang besar bukan sahaja kepada kesihatan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dunia dan norma kehidupan berkomuniti, tetapi juga pengajaran dan pendidikan.  Pada saat artikel ini ditulis, murid Tingkatan 5 telah pun hadir dan menjalani sesi pembelajaran di sekolah dengan norma sesi pembelajaran yang 100% berbeza daripada sebelum penularan pandemik ini berlaku. Sesi pembelajaran di sekolah pada masa kini perlu mengikuti garis panduan prosedur standard operasi (SOP) yang sangat ketat. Hinggakan tiada aktiviti makan dibenarkan di kantin semasa waktu rehat. Ini memberikan gambaran bahawa sesi persekolahan pasca COVID19 sama sekali berubah daripada apa yang kita praktikkan sebelum bencana ini berlaku. Melihat daripada sudut pandang positif kesan penularan pandemik ini, ia seakan memberi rahmat dalam kekalutan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Siapa sangka, pembelajaran atas talian menjadi wadah penting bagi pendidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan platform pembelajaran bersemuka atas talian seperti Zoom, Microsoft Team, Google Classroom menjadi popular lantaran digunakan pendidik bagi menyampaikan ilmu kepada murid. Tidak terkecuali pembelajaran secara tidak bersemuka melalui aplikasi chatting seperti WhatsApp dan Telegram menjadi pilihan alternatif tetapi berkesan kepada pendidik dan murid yang mempunyai capaian internet sederhana. Apa yang menjadi persoalannya kini, apakah bentuk pentaksiran yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dijalankan? Perlu diingat, pengajaran dan pembelajaran atas talian hanya memerlukan pendidik dan murid bersemuka di hadapan skrin paparan gajet sahaja. Pendidik tidak dapat bersemuka secara langsung apatah lagi melihat tingkahlaku pelajar seharian seperti [...]

USIM tersenarai sebagai finalis bagi International Green Gown Awards 2020

NILAI, 14 Julai 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diumumkan sebagai finalis pada 3 Jun 2020 di International Green Gown Awards 2020 (IGGA) menerusi program yang dikendalikan iaitu LIGHT: Leadership for Social Empowerment Program bersama Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). LIGHT dianjurkan bersama oleh USIM, UIAM dan dengan sokongan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) diilhamkan oleh Felo CEO@Faculty Programme 2.0 Cycle 2 (CFP2.0) iaitu Dr. Muhammad Nizam Awang, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dan Profesor Madya Dr. Khalilah Zakariya (UIAM) sebagai Ketua Projek. “LIGHT bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada peranan mereka sebagai anggota masyarakat dan industri, serta untuk mengasah pengembangan diri, kerja berpasukan, kepemimpinan dan mempertajamkan kemahiran menyelesaikan masalah,” ujar Dr. Muhammad Nizam Awang. LIGHT merupakan sebahagian daripada hasil projek mereka yang menjalani sangkutan di PNB bermula September 2018 sehingga Februari 2019 di bawah Academia Industry Talent Exchange Programe (AIxCHANGE) yang dinaungi Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Dalam perkembangan lain, LIGHT telah merangkul anugerah 'People's Choice Award' bagi Local Project Challenge yang diumumkan pada “10th World Urban Forum 10” Center for Sustainable Urban Development, Columbia University, New York dan Federal University, Rio de Janeiro di Abu Dhabi pada Februari 2020 lalu. Penyertaan LIGHT adalah bersama 110 projek daripada 39 negara. Program CFP2.0 dengan tema “Coached by Pros” merupakan salah satu sub-inisiatif di bawah AI-xCHANGE yang melibatkan penyertaan pensyarah bawah umur 40 tahun dari 20 universiti awam di Malaysia yang ditugaskan menjalani sangkutan di pelbagai syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) selama enam [...]

USIM meterai MoU dengan MTA inisiatif memperkasa modal insan

NILAI, 13 Julai 2020 - Jalinan kerjasama melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) kali ini di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Malaysian Takaful Association (MTA) mencapai kata sepakat antaranya bagi sama-sama memperkasakan modal insan melalui program pertukaran kakitangan dan pelajar antara kedua-dua institusi. Majlis MoU bertempat di Galeri USIM menyaksikan USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Ridza Wahiddin dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam manakala MTA diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan MTA, En. Muhammad Fikri Mohamad Rawi dengan disaksikan oleh En Azli Munani, Ketua Pegawai Eksekutif MTA. “USIM ke arah prosumerisme dan ianya telah menjadi salah satu daripada Teras Strategik USIM bagi merealisasikan hasrat USIM menjadi Universiti Sain  s Islam Glokal berimpak tinggi menjelang tahun 2022. USIM mengharapkan agar pihak industri seperti MTA menyokong dan bersama-sama USIM menjadi sebahagian daripada usaha ini,” ucap Prof. Ridza Wahiddin. Bentuk kerjasama lain yang dirancang adalah sesi perkongsian maklumat terkini berkaitan bidang tadbir urus kewangan dan takaful melalui siri-siri taklimat, seminar dan forum. Di USIM sendiri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) adalah antara fakulti yang telah memulakan kerjasama dengan MTA secara tele conferencing melalui aplikasi Webinar pada 22 Mei 2020 yang lalu. Seminar adalah Takaful Industry: Resilience during Crisis telah memberi ruang kepada kakitangan dan pelajar untuk mengisi ruang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dengan aktiviti yang bermanfaat. Sesi ini juga dapat memberi pendedahan kepada realiti dunia korporat secara first hand daripada pemain industri sendiri. USIM sebelum ini pernah memeterai MoU dengan MTA yang [...]

Pelajar Bioteknologi Makanan hasilkan kapal terbang dari bahan buangan

NILAI, 15 Julai 2020 - RAMAI melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghadkan pergerakan dan daya kreativiti kerana perlu ‘berkurung’ di dalam rumah ketika ia mula diperkenalkan Mac lalu oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan pendemik Covid-19. Ramai memilih untuk hanya berehat hingga terbit rasa bosan. Itu antara keluhan yang biasa didengar ketika tempoh perlaksanaan PKP. Namun tidak bagi Muhammad Haikal Moktar, 22 tahun, yang mana dia dan abangnya melihat perintah berkurung itu sebagai ‘masa terbaik’ untuk mereka mengasah minat dengan bentuk beberapa buah kapal terbang kawalan jauh. Apa yang menarik minatnya itu membuahkan hasil apabila melihat kapal terbang mininya berjaya terbang tinggi di udara. Berkongsi minatnya dalam reka bentuk dan kejuruteraan udara, pelajar tahun tiga dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Bioteknologi Makanan itu berkata, sejak di sekolah lagi dia banyak membuat rekaan reka bentuk bot dan kereta menggunakan Polypoam Board. Namun, ketika itu dia hanya mampu mereka tanpa mampu menggerakkannya. Minat dan rekaan reka bentuk itu tumbuh seiring dengan minat abang sulungnya, Muhammad Aliff Asyraf. “Bila banyak masa terluang ketika PKP itu, saya bersama Along mula mereka kapal terbang kawalan jauh ini. Along banyak gunakan bahan-bahan terbuang seperti botol dan plastik sementara saya lebih sukakan polyfoam board sebab lebih senang nak design dan potong ikut rekaan kita suka. “Untuk enjinnya pula, bagaimana mahu menerbangannya, saya banyak membaca dan melihat cara rekaan enjin dihasilkan melalui Youtube dan Along juga banyak membantu sebab dia pandai dalam kejuruteraan. “Apa yang diperlukan untuk buat kapal terbang kawalan jauh ini tak susah. Kosnya [...]

USIM tubuh pasukan khas pupuk kesedaran pembuangan pelitup muka secara berkesan

NILAI, 9 Julai 2020 -  Covid-19 telah mengakibatkan pembelian dan penggunaan PPE (personel protective equipment) seperti pelitup muka meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Daripada satu aspek, ini menandakan bahawa masyarakat dunia peka terhadap penjagaan kesihatan diri daripada Covid-19. USIM mengambil inisiatif untuk melihat pada salah satu isu pasca Covid-19 yang terkesan secara global iaitu pembuangan pelitup muka terpakai daripada sumber orang awam. Beberapa inisiatif melalui pendekatan secara glokal telah dikenalpasti dan ini bermula dengan perancangan pelaksanaan untuk Kempen #USIMjagasemua: Program Kesedaran Dan Pendidikan Impak Pembuangan Pelitup Muka Secara Berkesan. Program ini dijalankan oleh satu pasukan PPE Disposal Taskforce terdiri daripada beberapa penyelidik USIM daripada berbagai bidang yang merangkumi bidang kesihatan, alam sekitar, perundangan, ekonomi dan juga fiqh. Menurut Dr Nuruliza Roslan selaku pengarah program, peningkatan pembuangan pelitup muka yang terpakai amat merisaukan dan menjadi satu kebimbangan yang besar kerana impaknya dari segi kesihatan dan keselamatan manusia sejagat serta kepada alam sekitar di mana telah dilaporkan bahawa lambakan pelitup muka terpakai ini telah dijumpai di perairan laut dalam. ”USIM bertindak sebagai pilot program dalam menyediakan SOP tong sampah khas untuk pembuangan pelitup muka terpakai. Pada peringkat awal ini, perbincangan bersama sekolah telah pun di mulakan dengan Sekolah Menengah Agama Nilai yang merupakan sekolah angkat USIM”. ”Kami berpandangan bahawa ianya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan juga negara dalam memastikan penjagaan kesihatan dan juga alam sekitar terpelihara”, tambah Dr Nuruliza Roslan.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, [...]

USIM dan IBFIM jalin kerjasama dalam bidang audit shariah

NILAI, 8 Julai 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) perluas jalinan kerjasama dalam bidang kewangan Islam bersama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) melalui satu majlis menandatangani memorandum perjanjian  (MoA) yang berlangsung di Lounge Canselori. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin disaksikan oleh Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Prof. Dato Dr. Mustafa Mohd Hanefah. Manakala IBFIM diwakili oleh Tuan Yusry Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM dan disaksikan oleh Tuan Haji Mohammad Khairi Saat Ketua Pembangunan Bakat dan Latihan IBFIM. Melalui perjanjian ini, penawaran program Certified Profesional Shariah Auditor (CPSA) akan dibangunkan oleh kedua-dua pihak yang dijangka berlangsung selama 3 tahun. Menurut Prof. Dr. Zurina Shafii, Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dan IBFIM telah bekerjasama dari awal lagi dalam menjayakan beberapa program. Antaranya, seramai 31 orang peserta telah Berjaya menamatkan program CPSA ini yang terdiri daripada ahli-ahli Association of Malay Chartered Accountants Malaysia (AMCAF) dan juga pelajar tahun akhir dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM 2019. “Program CPSA ini merupakan kajian berkenaan audit shariah yang dilaksanakan oleh sebuah pasukan kajian di bawah Kluster Accounting, Auditing and Governance in Islamic Institutions (AAGII) yang di selia dibawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM sejak tahun 2009 lagi. Melihatkan kepada potensi bidang audit shariah, AAG11 yang diketuai oleh Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah telah mengorak langkah dengan memperkenalkan silibus pengajian audit shariah bagi program-program prasiswazah di bawah FEM bermula 2010. Ini disusuli oleh penerbitan buku ilmiah pertama berkenaan audit shariah terbitan USIM yang diberi nama Governance [...]

Jun 2020

Prosumer kalangan belia di sektor agromakanan

Meneliti dokumen Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020, ia jelas menunjukkan pertumbuhan sektor agromakanan pada 2017 menyumbang nilai yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM37.2 bilion serta jumlah perdagangan sebanyak RM83.0 bilion. Sepanjang 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak RM41.1 bilion kepada KDNK. Sektor itu amat penting bukan sahaja dalam memastikan sekuriti makanan negara terjamin malah memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan kumpulan sasar, terutamanya golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan berasaskan agromakanan. Menurut dokumen itu, bagi memastikan pembangunan agromakanan negara terus kompetitif, kerajaan memberi perhatian dengan melaksanakan reformasi bertujuan meningkatkan daya saing kumpulan sasar. Mereka disokong dengan penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti serta memperkasakan pemasaran pengeluaran agromakanan. Namun, kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menjejaskan banyak sektor ekonomi termasuk agromakanan. Bagi memulihkan sektor itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun lepas, mengumumkan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dana agromakanan sebanyak RM350 juta kepada pengusahanya. Pengangguran belia Melihat kepada besarnya potensi serta pentingnya sektor agromakanan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan, golongan belia yang berminat atau masih menganggur boleh menceburinya. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) mengunjurkan pada 2020, belia di negara ini yang berusia 15 tahun hingga 30 tahun akan berjumlah lebih sembilan juta orang. Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran pekerjaan di negara ini akibat COVID-19 tentunya sukar untuk [...]

Penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja asing di Malaysia

Jumlah pekerja di Malaysia dianggarkan berkisar antara 2.96 juta hingga 3.26 juta pada tahun 2019. Dari jumlah tersebut, jumlah pekerja asing dianggarkan seramai 1.23 juta hingga 1.46 juta. Keadaan hidup mereka yang sesak dan sempit dengan pengudaraan yang kurang baik, kebersihan yang tidak terjaga, dan akses terhad kepada air bersih; semuanya merupakan unsur pembiakan dan penyebaran penyakit berjangkit. Ini menghalang langkah-langkah peribadi yang perlu diambil untuk mencegah wabak COVID-19 dari merebak di kalangan mereka. Seperti yang telah kita lihat, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terdapat peningkatan ketara jumlah kes yang melibatkan pekerja asing.Berikutan itu, penulis memutuskan untuk mengadakan sesi temu bual di kalangan 30 pekerja asing (76.9% lelaki dan 23.1% wanita) di sekitar Negeri Sembilan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (RMCO) untuk menyelami dan memahami keadaan dan amalan hidup dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di kalangan mereka. Pekerja asing tersebut dipilih dari pelbagai industri dan negara asal. Di antara 30 responden tersebut, 26.9% adalah dari Pakistan, 23.1% berasal dari Bangladesh, 15.4% masing-masing adalah Nepal dan Indonesia, 7.7% masing-masing adalah Kemboja dan Myanmar, sementara 3.8% berasal dari Vietnam. Umur mereka pula adalah di antara 23 hingga 46 tahun dan mereka sudah pun berada kira-kira 6 bulan hingga 12 tahun di Malaysia.Oleh kerana kekangan bahasa, penulis melakukan interaksi bersemuka antara penulis dan responden, di mana kebanyakan dari mereka faham dan mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Ketika ditanya mengenai platform yang paling mudah diakses untuk menerima maklumat mengenai COVID-19, 76.67% dari mereka memilih Facebook, diikuti oleh [...]

Go to Top