Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Februari 2021

Prosumer Muslim Yang Berdisiplin, USIM Gariskan 9 Sasaran Tahunan – Amanat NC 2021

NILAI, 27 Januari 2021 -  Bagi menggapai hasrat universiti dalam merealisasikan konsep prosumerisme yang telah digarap oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2020, 9 sasaran telah digariskan dalam Majlis Amanat 2021 Naib Canselor yang bersiaran secara langsung dalam saluran Youtube USIM TV pada 27 Januari 2021. Dengan bertemakan Prosumer Muslim Yang Berdisiplin, beberapa pendekatan iaitu sasaran tahunan telah dibangunkan iaitu Pertama: Menghayati Inaq sebagai Manifestasi DNA USIM dengan memastikan semua warga USIM mempraktikkan apa yang dimaksudkan ilmu Naqli dan Aqli dengan melancarkan Booklet inaq dan smart inaq. Ini baagi menzahirkan apa yang difahami dari segi pengintegrasian dalam individu itu sendiri tidak kira pangkat. “Kedua, Autobiografi/Biografi/ Memoir Professor USIM. Dalam konteks untuk merealisasi knowledge sharing dengan dimulakan dengan pakar di kalangan prosefesor USIM dengan menulis autobiografi/ memoir usim. Kerjsama ini akan digabungkan bersama USIM Writers Pool untuk berkongsi ilmu pengalaman yang tersirat menjadi ilmu yang tersurat”. “Ketiga, Pembudayaan Personal Tutelage. Dengan memberikan ‘learning experince’ kepada pelajar dengan membimbing pelajar itu dengan personaliti, karakter, bagi memacu kecemerlangan akademik”. “Keempat, Kempen Kebersihan Kita Untuk Kita. Melalui projek PTj Lestari, pelaksanaan pembudayaan praktis kelestarian di tempat kerja adalah bertujuan untuk membudayakan amalan murni ke arah gaya hidup lestari di tempat kerja, pematuhan polisi dan merealisasikan inisitif program di dalam Blueprint Kelestarian USIM. Selain itu, menjayakan inisiatif yang terkandung di dalam instrument UI Greenmetrics ke arah pencapaian USIM dalam World University Ranking dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan kos pengurusan dan utility”. “10 skop [...]

Kesihatan Mental dan Emosi Murid dalam Persediaan Menghadapi SPM 2020

Serangan pandemik COVID-19 telah merubah lanskap pendidikan negara, terutamanya di peringkat sekolah menengah. Ia menjadi sangat kritikal apabila murid-murid tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan besar, iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia 2020. Pindaan tarikh telah berulang kali terpaksa dilakukan dan tarikh terkini peperiksaan bertulis tersebut bermula adalah 22 Februari 2021. Penangan pandemik ini telah memaksa Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah-sekolah dan para murid dan guru perlu menjalankan sesi PdP dari rumah (PdPr). Bagaimanapun, Kementerian telah mengenalpasti bahawa kaedah pembelajaran dalam talian adalah kurang berkesan dimana antara kesannya adalah tahap penguasaan minimum murid tidak dapat dicapai. Impak paling kuat terkena pada para murid dan guru tingkatan 5 yang perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM 2020 yang tidak lama lagi. Mereka terpaksa melakukan penyesuaian dengan norma-norma baharu serta keadaan sesi PdP yang tidak stabil dan mencabar. Akibatnya, ini menjadi faktor stress (stressor) pada sesetengah pelajar kerana merasa bimbang dan ketidakpastian dengan keadaan pembelajaran mereka, kesan ke atas persediaan mereka serta banyak perkara di luar kawalan mereka. Ini semua akan memberikan impak tidak sehat ke atas kesihatan mental dan emosi mereka. Kesihatan mental diperlukan murid untuk dapat memproses dan memahami maklumat dan pembelajaran yang disampaikan. Kesihatan emosi pula penting untuk mereka kekal bersemangat, bermotivasi serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Oleh itu, kedua aspek intelek dan emosi ini perlu diberikan perhatian oleh pihak sekolah dan para guru dengan menyediakan platform terbaik untuk sama-sama memastikan mereka bersedia kembali untuk persiapan rapi untuk SPM 2020. Pembukaan sekolah pada 20 Januari 2021 [...]

Januari 2021

Penggiat Seni Terus Tabah

Tempoh sedia ada yang sememangnya sukar telah menjadi lebih sukar buat kita kerana penularan pandemik Covid-19 di dalam negara belum menampatkan akan kembali reda dalam tempoh yang terdekat. Pada satu ketika kita hampir menang apabila kadar jangkitan dapat dikawal, dari fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula ‘surut’ menjadi PKP Pemulihan. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, Kerajaan kembali menguatkuasakan PKP di beberapa buah negeri dan kawasan serta mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk mengekang musibah yang lebih buruk kepada rakyat dan negara. Penulis yang berada di dalam daerah Seremban juga perlu akur dengan penguatkuasaan PKP di daerah Seremban bermula semalam (Selasa, 19 Januari) sehingga 1 Februari nanti. Semestinya apabila sudah berada dalam zon PKP, banyak perkara tidak boleh dibuat, dilarang dan terbatas untuk dilakukan dan keadaan ini mencetuskan pelbagai kesan rantaian yang negatif, paling kritikal pastinya mereka yang mencari pendapatan secara harian. Ketika negara dilanda gelombang pertama dan kedua Covid-19, ketika itu sudah menyaksikan banyak sektor terjejas dengan teruk sekaligus menjejaskan sektor ekonomi negara dalam skala yang besar. Perniagaan gulung tikar, pekerja diberhentikan dan gaji dipotong antara kisah keluh-kesah rakyat pasca Covid-19 yang semakin terhimpit hidup mereka kerana kehilangan punca pendapatan. Apabila gelombang ketiga Covid-19 sedang membadai negara dengan dahsyat kini dengan kes harian dilaporkan sekitar 3000 kes jangkitan dan pernah melonjak sehingga 4000 kes, pastinya lebih berganda pihak yang terjejas akibat pandemik ini, dari kehidupan yang sukar kini bertukar menjadi perit dan semakin menyulitkan. Sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan [...]

USIM Tawar 13 Program Pasca Siswazah dalam Bahasa Melayu

NILAI, 26 Januari 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersetuju membuka laluan untuk penulisan tesis menggunakan bahasa Melayu kepada 13 program pasca siswazah bermula 16 Disember 2020. Keputusan yang dipersetujui di Mesyuarat Senat Universiti kali ke 119 Bil 5/2020 itu telah bersetuju untuk cadangan penulisan tesis dalam Bahasa Melayu bagi program-program pengajian di peringkat pasca siswazah secara penyelidikan. Menurut Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Mohd Ridza Wahiddin berkata, keputusan ini dibuat bagi memenuhi permintaan semasa dan bertujuan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar pasca siswazah terutama dari agensi kerajaan, pekerja sepenuh masa dan kumpulan sasaran yang lain. “Hasrat ini sebenarnya tidak menghilangkan citra USIM sebenar yang juga memperjuangkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini kerana hanya 13 program (mod penyelidikan) di peringkat pasca siswazah sahaja yang dibenarkan, manakala program akademik yang lain akan kekal dengan peraturan seperti sedia ada,” katanya. Selain itu, Dekan di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim berkata, hasrat tersebut disambut baik dan akan mewujudkan garis panduan baharu kepada bakal pelajar untuk menghasilkan penulisan tesis dengan standard yang akan ditetapkan. “Saya juga berharap agar bakal pelajar nanti akan memahami dan menghayati garis panduan ini dan sekaligus mendapat kerjasama dari pensyarah atau penyelia untuk membimbing pelajar menghasilkan penulisan ilmiah yang setanding dengan penulisan di peringkat antarabangsa,” katanya. 13 program pasca siswazah yang dibenarkan adalah secara mod penyelidikan iaitu Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam, Sarjana Pengajian Quran & Sunnah, Sarjana Syariah, Sarjana Sains Islam dan Sajana Sains Sosial. Manakala di peringkat Doktor Falsafah [...]

Imarahkan masjid dengan Satu Masjid Satu Progressive Web App (PWA)

NILAI- Matlamat utama adalah untuk mengimarahkan masjid dengan teknologi di hujung jari. Produk Satu Masjid Satu Progressive Web App (PWA) telah membuahkan hasil apabila turut meraih Anugerah Khas di Pertandingan Inovasi Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2020 dengan membawakan PWA MSSNS (Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan). Progressive Web App (PWA) ialah satu software dengan gabungan teknologi web dan aplikasi mudah alih. Hasilnya aplikasi berasaskan web, boleh dilayari seperi laman web biasa menggunakan URL, tetapi boleh juga berfungsi, memiliki ‘features’ dan navigasi direka bentuk seperti aplikasi yang kita biasa gunakan di telefon pintar. PWA memiliki ciri-ciri seperti aplikasi mudah alih antaranya boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet, boleh menerima notifikasi daripada pelayan (push notification), malah boleh mengakses perkakasan peranti seperti kamera, mikrofon dan sebagainya. Menurut Ketua Kumpulan, Mohamad Amir Hakim Bin Shamsuddin idea ini tercetus apabila pembelajaran CTPS; Creative Thinking & Problem Solving yang diajar oleh Dr Anita Ismail pada sewaktu semester kedua program pengajian Quran Multimedia. “Aplikasi ini berfungsi apabila pengguna menggunakan telefon pintar bagi melayari laman web masjid yang telah dijana dengan PWA. Secara tidak langsung laman web ini akan ditukar kepada paparan mobile apps dan berfungsi sebagai mobile apps. Sekiranya ahli qariah melayari di peranti laptop ataupun computer, paparannya sama seperti melayari laman web sedia ada”. Menurut Amir terdapat beberapa fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini yang mana memudahkan pihak masjid menyampaikan maklumat dengan lebih efisien, membantu menjana kewangan masjid melalui e-donation dan e-commerce yang terdapat di dalam aplikasi, membuat tempahan fasiliti masjid dengan mudah. Selain itu [...]

MoBotDer mampu kesan serangan siber terhadap telefon pintar

NILAI - Serangan siber bukan lagi perkara baru yang berlaku di serata dunia dan di Malaysia khususnya. Ia bukan saja disasarkan kepada sistem, peranti yang berkepentingan. Turut menjadi mangsa adalah orang awam yang kurang memahami bentuk serangan siber masa kini. Dalam dunia tanpa sempadan, pengguna komputer adalah sentiasa berhadapan dengan jenayah ini. Seperti penipuan, pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian dan penggodaman maklumat dan sebagainya. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi utama digunakan untuk tujuan perbankan, media sosial menjadikan informasi dan hebahan boleh dicapai dan diakses dengan mudah di mana sahaja kita berada. Tetapi risiko kecurian maklumat peribadi juga amat tinggi. Justeru itu, sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menggunakan capaian internet dan membuka sesuatu laman web yang mencurigakan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan inovasi yang diberi nama MoBotDer diilhamkan melalui konsep apoptosis atau dikenali sebagai cell-programmed death. Ia diambil dari konsep Sistem Imunologi Manusia. MoBotDer mampu mengesan dan menjangkakan sebarang serangan siber dengan menggunakan permission (kebenaran) dan Application Programming Interface (API) di dalam telefon pintar. Aplikasi ini mempunyai 745 klasifikasi baharu yang mempunyai kaitan dengan eksploitasi botnet (rangkaian bot ) mudah alih. Ia direka untuk menyemak tahap keselamatan aplikasi mobil berdasarkan 5 ciri pengawasan yang utama iaitu geolokasi (GPS), kamera, audio, SMS dan daftar panggilan. Kebanyakan eksploitasi yang berlaku dilaksanakan melalui lima (5) aspek utama ini. Prof Madya Dr. Madihah Mohd Saudi selaku Ketua Penyelidik projek ini berkata, matlamat produk ini adalah untuk menjadi satu medium pengesanan dan pengjangkaan terhadap eksploitasi serangan siber kepada pengguna telefon pintar, terutamanya pengguna Android. Masa [...]

63 Kadet Kor-SISPA USIM Ditauliah sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam kali ke 11

NILAI, 10 Januari 2021 - Seramai 63 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) USIM bagi tahun ke 11 yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM. Walaubagaimanapun, akibat kekangan penularan Wabak Covid-19 serta bencana banjir yang melanda negara, seramai 20 Kadet akan menerima pentauliahan menerusi siaran langsung menggunakan aplikasi dalam talian. Majlis bersejarah bagi meraikan kejayaan kadet yang telah berjaya menamatkan sesi Latihan selama 2 tahun ini dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan dengan pelaksanaan norma baharu masa kini. Majlis Pentauliahan ini dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa selaku Komandan Kor-SISPA USIM dalam ucapannya menyeru agar menerusi program Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) ini melahirkan graduan yang holistik dengan memiliki kecemerlangan akademik dan Kemahiran Insaniah (soft skill) yang tinggi, memiliki kelebihan sebagai personaliti unggul (Towering Personality) dalam masyarakat serta memiliki kelebihan dalam menempuhi alam pekerjaan yang mencabar nanti. “Sudah pastinya di USIM, keseimbangan dan elemen ilmu iaitu secara Naqli dan Aqli amat penting bagi membolehkan graduan menimba ilmu moden dan pada yang sama mendapat suntikan roh dan nilai-nilai murni berlandaskan prinsip Islam agar berupaya menjelmakan generasi ummah cemerlang yang bersedia berbakti untuk negara”. Manakala Pegawai Kadet Terbaik telah dianugerahkan kepada Leftenan Muda Muhammad Afiq Irfan Hisham. Beliau yang berasal dari Kot Bharu Kelantan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa [...]

USIM dan KPT ziarah keluarga pelajar USIM yang lemas di Kluang Johor

NILAI, 10 Januari 2021 -Ketika Negara dilanda banjir di beberapa buah negeri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan Pelajar Tahun 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, 21, yang ditemui lemas selepas kenderaan yang dinaikinya terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kampong Bentong, Kluang Johor pada 4 Januari lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhomat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turun padang menziarahi ahli keluarga Allahyarham bersama wakil Pengurusan Universiti Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhabban. Dalam kunjungan ziarah ini, turut diadakan majlis tahlil ringkas yang dipimpin bacaan doa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) saudara Muhammad Hannan Mohd Haniff. Sumbangan dari pihak USIM dan KPT turut diserahkan kepada keluarga Allahyarham, dan diharapkan dapat memberi semangat dan melancarkan urusan keluarganya selepas ini. Jenazah Ikmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan. Bapa arwah, Encik Mahasan Mohd. Daud, 50, berkata, pada Ahad lalu mereka sekeluarga kecuali Ikmal pulang ke kampung di Kelantan. “Sepanjang perjalanan itu, hati saya rasa sayu sebab tak dapat bawa dia bersama kami untuk merasai pengalaman menaiki kereta api Bukit Korek di Kelantan. Ikmal atau nama panggilan Kim tidak mahu ikut kami kerana dia ada kelas online. “Kali terakhir saya bercakap dengannya iaitu sehari sebelum kami pergi ke Kelantan. Saya beri­tahu dia kalau hendak ke mana-mana, mesti maklumkan kepada saya dan ibunya walaupun nak ke kedai berdekatan [...]

Amanat 2021 Menteri KPT menggariskan enam fokus strategik

PUTRAJAYA, 8 Januari 2021 – Mendepani cabaran 2021 ketika dunia masih bergelumang dengan pandemik Covid-19 ini, warga pendidik, ibu bapa serta pelajar harus mempersiapkan diri dan mempunyai anjakan paradigma menerima senario baharu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang akan diteruskan secara dalam talian sehingga penularan covid-19 ini reda dengan jumlah kes jangkitan dapat dikurangkan. Hakikatnya ia semestinya satu cabaran yang besar buat ibubapa untuk menyediakan keperluan PnP norma baharu ini. Juga warga pendidik tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian yang memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang cekap lagi pantas. Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menggariskan enam fokus strategik di Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2021 yang bersiaran secara langsung melalui Facebook Rasmi KPT pada 7 Januari lalu. Iaitu Memperkasakan Agenda Pendigitalan Pendidikan, Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik, Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan, Memacu Kesejahteraan Komuniti, Mempersada Kecemerlangan Institusi, dan Menyemarakkan Semangat #KPTPrihatin. “Bagi memastikan bahawa enam fokus strategik yang saya nyatakan tadi dapat dilaksanakan, saya ingin mencadangkan supaya kita dapat menerapkan nilai organisasi yang saya ringkaskan sebagai 5S, iaitu Speed; Synergy; Solidarity; Strategic; dan Standard”. “Pertama Speed merujuk kepada kepantasan dalam bertindak dan melaksanakan sesuatu tugasan. Saya mahu supaya dalam setiap diri warga kerja KPT diterapkan budaya kepantasan bertindak atau cepat dalam membuat keputusan. Sesungguhnya kecemerlangan penyampaian perkhidmatan hendaklah berpaksikan kepada budaya kesegeraan supaya kita terus berdaya saing dan kekal relevan. Kita perlu mengubah minda agar sentiasa ingin menjadi lebih baik dan bersedia mencabar status quo serta keluar dari kepompong [...]

Disember 2020

Hikmah solat awal waktu

Salah satu kewajipan kita terhadap Allah SWT adalah dengan menunaikan solat pada awal waktu. Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi mengenai amalan paling utama ialah solat diawal waktu. Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" Baginda menjawab: "Solat pada awal waktu." (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155) Seperti yang kita tahu, banyak kelebihan dan keistimewaan bagi hamba-Nya yang menunaikan solat di awal waktu. Ada yang merungkai dari segi saintifik, meditasi dan kesihatan. Tertarik dengan apa yang dikongsi seorang blogger, Nurisa Omar. Contohnya, pada waktu Subuh, ia berkait rapat dan sangat mempengaruhi sistem metabolisme dalam badan. Ini diterangkan bahawa alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Sebab itu hadis untuk berpagi-pagian sentiasa dikongsi oleh pakar motivasi. Rasulullah SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan." (Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar) Manakala waktu Zuhur pula, spektrum pada waktu ini berkait rapat dengan frekuensi perut dan hati di mana ia berhubung dengan sistem penghadaman. Seterusnya waktu Asar, ia dinyatakan frekuensi ketika ini berkait dengan sistem yang ada pada prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Dengan solat Asar pada awal waktu akan memberi kesan yang baik kepada organ kesuburan. Selain itu, kelebihan solat awal untuk waktu Maghrib ada dijelaskan kaitan dengan unsur keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Di [...]

Go to Top