Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2020

Manfaat masa PKP, sertai Sukarelawan Universiti

NILAI, 13 Mei 2020- Ramadan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini beberapa hari sebelum menjelang bulan ramadan, pastinya ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta. Namun, gara-gara wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini membataskan pergerakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu. Tahun ini umat Islam sedunia buat pertama kali dalam sejarah moden menjalani ibadat puasa dalam suasana kehidupan norma baharu. Ia bermaksud menjalani amalan atau rutin harian berbeza dari segi pemikiran, tindakan dan perancangan harian bagi mengekang penularan wabak pandemik dari terus merebak. Apa yang dilihat, rakyat kini telah membiasakan diri dengan antaranya menjalankan kerja dari rumah, mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum, melakukan penjarakan sosial, dan pembelajaran secara maya. Bagi Muhammad Shahrul Naim Tokiman staf Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, 28, yang berasal dari Pelabuhan Klang ini pengalaman menyambut ramadan dalam keadaan ‘terkurung’ di rumah tidak bermakna menghabiskan masa dengan ‘tidur-bangun-tidur-bangun’. Pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerajaan beliau telah menyesuaikan diri dengan mewujudkan stesen kerja dirumah sewanya. “Saya berpendapat keseimbangan antara rumah dan pejabat adalah lebih baik supaya pelaksanaan budaya kerja itu lebih efektif dan produktif. Ini bagi memastikan kita dapat melakukan kerja dengan baik tanpa menyelerakkan ruang tamu serta mengelakkan pencerobohan ruang kerja dengan memaklumkan kepada orang lain bahawa walaupun lokasi pekerjaan berubah, kita tetap memerlukan privasi dan tumpuan kerja”, katanya lagi. Anak sulung dari enam beradik juga merupakan alumni USIM ini turut berkongsi rasa dan sertai universiti [...]

USIM ‘Tutup Buku’ Ops hantar pulang pelajar, misi berjalan lancar

NILAI, 12 Mei 2020 – Misi Ops Hantar Pulang yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selesaipada malam tadi dengan penghantaran kumpulan terakhir pelajar secara serentak ke dua destinasi iaitu iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Johor dari dari Dewan Tuanku Canselor USIM. Seramai 16 pelajar di hantar ke beberapa destinasi di Johor malam tadi menggunakan dua buah bas manakala sebanyak enam buah bas lagi  digunakan bagi membawa 94 pelajar ke KLIA untuk pulang ke Sabah. Semenjak Ops Hantar Pulang di bawah inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula pada 27 April lalu, USIM telah menguruskan sebanyak 19 Ops Hantar Pulang yang melibatkan 981 orang pelajarnya yang berada di kolej kediaman dan penginapan luar pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing. Pecahan pelajar mengikuti zon negeri yang tertinggi dihantar pulang adalah ke Zon Pantai Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu) seramai 397 pelajar; diikuti ke Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulang Pinang) seramai 139 pelajar; Zon Tengah 2 (Perak) seramai 104 pelajar; dan Sabah seramai 101 pelajar. Bakinya seramai 90 pelajar dihantar ke Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); 89 pelajar ke Zon Tengah 1 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya); dan 61 pelajar ke Sarawak. Dengan kedua-dua kampus USIM di Nilai, Negeri Sembilan dan Pandan Indah, Selangor menjadi antara Pusat Pelepasan (Departure Center) Ops Hantar Pulang KPT, USIM turut memberi bantuan menguruskan penghantaran pulang seramai 298  pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdekatan dengan kedua-dua kampus ini ke pangkuan keluarga mereka. Kegembiraan dapat menguruskan penghantaran pelajar ini sehingga selesai turut dikongsi oleh Yang [...]

MyFundAction sumbang 200 bekal sahur untuk siswa USIM pulang ke utara

NILAI, 11 Mei 2020– Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bergerak dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Hantar Pulang pada semalam menerima ole-ole istimewa dari NGO MyFundAction. Mereka semua dibekalkan dengan pek bekal sahur untuk dijadikan juadah bersahur dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Menurut wakil myFundAction, Nur Haziqah Seth yang hadir menyerahkan sumbangan ini kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani di Dewan Tuanku Canselor pada Ahad, sebanyak 200 pek bekal sahur disediakan untuk diagihkan kepada pelajar dan urus setia Ops Hantar Pulang yang terlibat. “Bekal sahur yang kita berikan ini mengandungi chicken chop, nasi, air minuman, buah dan kurma yang diharapkan memberi pilihan juadah sahur yang lebih pelbagai kepada mereka” ujarnya. Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan melahirkan penghargaan kepada myFundAction atas sumbangan ini dan menyifatkan NGO ini sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar universiti. “Ini bukanlah sumbangan pertama dari myFundAction untuk pelajar kita, sebelum ini semasa di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 200 ‘Smile Pack’ dan 10 kotak ‘Rezeki Ummat’ mereka telah sumbangkan untuk diagihkan kepada siswa kita yang terkandas di kolej kediaman dan penginapan luar sekitar kampus”. “USIM sebenarnya turut bekerjasama dengan MyFundAction dalam Program Gap Year apabila lima orang pelajar kita telah diletakkan di bawah NGO ini untuk menjalani latihan dan bimbingan kesukarelawan selama tujuh bulan bersama mereka” tambah Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan. Dalam pada itu, seramai 865 pelajar USIM telah dihantar pulang melalui [...]

748 pelajar USIM telah dihantar melalui Ops Hantar Pulang

NILAI, 10 Mei 2020 – Seramai 748 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selamat dihantar pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing melalui program Ops Hantar Pulang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga Jumaat, 8 Mei. Penghantaran pulang pelajar USIM ini telah dibuat secara berperingkat bermula 27 April yang lalu mengikut zon penghantaran yang telah ditetapkan oleh KPT. Dalam menggerakkan misi Ops Pulang ini, Kampus Induk USIM di Nilai, Negeri Sembilan dan kampus cawangan di Pandan Indah menjadi lokasi Pusat Pelepasan (Departure Centre) bagi para pelajar USIM dan pelajar Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdekatan dengan kedua-dua kampus ini. Dari keseluruhan 748 yang balik melalui Ops Hantar Pulang ini, seramai 24 dihantar ke Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulang Pinang); 73 pelajar ke Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); 90 pelajar ke Zon Tengah 1 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya); 104 ke Zon Tengah 2 (Perak); 58 pelajar diterbangkan ke Sarawak (Kuching,Bintulu); dan kumpulan terbesar adalah 399 pelajar di hantar ke Zon Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu). Tidak hanya menguruskan penghantaran para pelajarnya, USIM turut sama menguruskan proses penghantaran pulang seramai 277 pelajar IPT lain dengan masing-masing bertolak dari kampus USIM di Nilai atau Pandan Indah. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, berperanan selaku Pusat Pelepasan ia memberi tanggungjawab besar kepada USIM untuk memastikan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang ditetapkan oleh KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membawa pelajar pulang dipatuhi. “Selain memastikan SOP ketat [...]

“Mak, bapa, ko dah wang perjalanan mulik eh” – siswi USIM

NILAI, 7 Mei 2020 – “Alhamdulillah, bersyukur dan sebak perasaan apabila dihubungi oleh urus setia maklumkan saya akan dihantar pulang ke pangkuan ahli keluarga. Doa ibu dan ayah untuk lihat saya dapat berpuasa dan berhari raya bersama mereka dimakbulkan Allah. Ini adalah hadiah Ramadan dan Syawal terindah dalam hidup saya”. Itulah reaksi Nurul Fitri Izwani binti Hajari, 21, yang akan pulang ke kampung halamannya di Kampus Baru Ismail, Igan Sarawak. Pelajar tahun pertama jurusan Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini merupakan sebahagian dari 29 pelajar USIM yang menaiki pesawat sewa khas Ops Pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak pada hari ini. Menurut Nurut Fitri Izwani, sepanjang terkandas di kolej kediaman USIM, ahli keluarga di kampung amat risaukan keadaannya dan akan menghubunginya setiap hari bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat. “Ibu-bapa juga minta sentiasa bersabar dengan ujian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana belum tahu bila ia akan tamat dan lebih hiba samada punyai peluang berbuka puasa dan meraikan Aidilfitri bersama-sama seperti sebelum ini”. “Perasaan saya apabila dapat balik semestinya sangat seronok kerana dapat berjumpa keluarga. Semasa kami dihubungi pada Selasa malam lalu akan dihantar pulang pada hari ini, saya tidak tidur hingga ke pagi sebab teruja untuk kemas pakaian dan barang yang akan di bawa pulang sebab hampir dua bulan ‘terkurung’ di kolej kediaman dan tidak melihat suasana luar” ujar anak keempat dari lima orang adik-beradik ini dari suku kaum Melanau ini. Perasaan teruja dapat [...]

Bomba Nilai bantu proses nyah kuman sempena Ops Pulang USIM

NILAI, 7 Mei 2020 - Lebih 29 orang pegawai bomba Nilai yang sebahagiannya merupakan jurulatih Kor Siswa Bomba di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terlibat secara langsung dalam membantu proses nyah kuman sempena Ops Pulang USIM. Menurut Encik Bakarya Mohd Salleh,Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba Nilai berperanan dengan melakukan sanitasi awam di lokasi yang menjadi tumpuan awam selain melakukan sanitasi terhadap bas dan bagasi pelajar semasa proses penghantaran pelajar pulang ke kampung meliputi universiti awam serta swasta sekitar Nilai termasuk Kampus USIM. "Proses melakukan sanitasi awam bermula dengan membuat bancuhan terhadap bahan kimia yang disediakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan iaitu Sodium Hypoclorite dan Floral Disinfectant,” katanya. Tambahnya, setiap petugas diwajibkan menggunakan Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap semasa proses sanitasi ini dilakukan bagi mengelakkan anggota bomba mengalami komplikasi jika terkena bahan kimia yang digunakan. “Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan kami adalah bekerja dalam keadaan yang tidak selesa semasa memakai PPE, ini kerana badan akan mudah berpeluh dan menyebabkan dehydrasi disamping anggota tetap melaksanakan ibadah puasa seperti biasa. Namun perkara ini tidak menghalang anggota bomba yang tetap bersemangat untuk menjalankan amanah yang telah diberikan,” ujarnya lagi. Tidak ketinggalan saya juga berharap semoga rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan sepenuhnya dengan kepatuhan masyarakat terhadap arahan-arahan semasa yang di keluarkan oleh pihak berkuasa dalam menempuh kehidupan seharian dalam keadaan norma baharu . #kitajagakita #kitamestimenang Disediakan oleh : Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Tokiman Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, [...]

Akibat COVID-19, kaji semula sasaran KPI dan eprestasi tahun 2020

Semua sektor tempat kerja yang ada dalam negara perlu menilai semula semua sasaran kerja mereka serta menilai semula tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja mereka untuk seluruh tahun 2020 ini dengan mengambil kira keadaan semasa luar jangka yang sedang dihadapi pada ketika ini. Segala sasaran kerja serta tahap prestasi yang perlu dipenuhi oleh setiap pekerja yang telah dirangka pada tahun yang lalu untuk digunapakai pada tahun ini sama ada disektor awam ataupun disektor swasta tidak lagi boleh dipakai akibat daripada penularan Novel Koronavirus (COVID-19) diserata dunia termasuklah dalam Malaysia. Penularan COVID-19 yang boleh membawa maut ini telah membawa perubahan drastik terhadap kehidupan semua pihak termasuklah kehidupan para pekerja. Banyak aktiviti harian serta kerja yang terpaksa ditangguh dan dibatalkan sepenuhnya bagi membendung penularan virus berkenaan. Kerajaan diserata dunia juga termasuklah dalam Malaysia telah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan virus berbahaya terbabit. Sama ada kita suka ataupun tidak, corak kehidupan kita sekarang sudah berubah sepenuhnya dimana ramai pihak yang tidak dapat melakukan tugasan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Walaupun ada tempat kerja yang menyarankan kakitangannya untuk bekerja dari rumah dan mengunakan teknologi komunikasi moden, tidak semua tempat kerja yang mampu mengunakan sistem teknologi komunikasi moden dengan sepenuhnya atas faktor-faktor tertentu. Hasil kerja yang dilaksanakan melalui pengunaan teknologi komunikasi moden ini juga tidak dapat saingi dan mencapai tahap keberkesanan dan mutu kualiti hasil kerja seperti pengunaan sistem kerja secara konvensional dengan berada ditempat kerja seperti yang biasa diamalkan oleh para pekerja dalam [...]

Informer on Site, Salur Maklumat Bencana Alam

NILAI - Apabila sesuatu bencana berlaku, maklumat yang diperolehi boleh dihantar kepada telefon dengan menyertai gambar bencana tersebut. Kaedah ini sangat pantas kerana serta merta maklumat bencana itu diperolehi. Itulah Informer On Site iaitu satu rekacipta yang berbentuk aplikasi telefon pintar bertujuan memberi pemberitahuan awal dan pelaporan mengenai bencana seperti banjir, jerebu dan tanah runtuh kepada orang awam. Menurut Ketua Penyelidik projek ini Prof Datin Dr Sapora Sipon, penglibatan komuniti dan orang ramai diperlukan dalam melaporkan sebarang kejadian yang berbentuk bencana dalam bentuk sama ada gambar atau video serta lokasi kejadian. Kaedah ini menyebabkan pelaporan bencana berlaku secara dua hala, pantas dan tepat. Ianya juga mudah dicapai dan menyediakan maklumat yang bermanfaat dalam konteks bencana. Ahli kumpulan lain adalah Dr Anvar Narzullaev,Dr Zulkifly Mohd Zaki,Dr Khatijah Othman  dan Dr Azuan  Ahmad. Jelas Dr. Sapora lagi, inovasi Informer On Site adalah hasil dari kajian Long Research Grant Scheme (LRGS) yang bertajuk  “Flood Management Impact Reduction and Relief: Flood Relief Management, A Psychosocial Dynamic Model for Well Being.” (USIM/LRGS(UUM)/FKP/ULUM/34/50112). Inovasi ini dinaiktaraf apabila mendapat geran inovasi dari USIM yang bertajuk “Informer on Site” Disaster Reporting System and Mobile Application (PPP/GPI/FKP/051014/60218)”. Beberapa artikel jurnal telah dihasilkan berkaitan produk Informer On Site. Antaranya ialah A Prototype Mobile Application for Informing Disaster Complaint – “Informer on Site”, International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 10(1):75, 2016. The Impact of "Informer on Site" in Disaster Management, dan International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM) 11(3):195, 2018. Aplikasi ini telah memenangi beberapa pertandingan inovasi antaranya adalah pingat emas di  [...]

USIM uruskan penghantaran 115 pelajar pulang ke Zon Selatan

NILAI, 1 Mei 2020– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menguruskan penghantaran pulang 115 pelajar ke 12 destinasi yang berada dalam negeri Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada malam tadi. Para pelajar tersebut terdiri daripada 51 pelajar orang pelajar USIM dan bakinya iaitu 64 pelajar merupakan penuntut dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  sekitar Nilai dan Seremban. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, ini juga merupakan penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM pulang ke kampung halaman selepas 11 orang pelajarnya yang berada di Kampus USIM Pandan Indah telah dihantar pulang ke Kedah dan Pulang Pinang pada Isnin malam baru-baru ini. Ujarnya lagi, pelajar IPT lain yang turut bersama dalam penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM ini antaranya dari Nilai University, INTI International University, East West International College, Kolej Teknologi Alpha, Kolej Antarabangsa Unifield, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan dan Politeknik Port Dickson. “Kesemua para pelajar ini dihantar menggunakan kenderaan USIM yang terdiri dari 7 buah bas, 5 buah kereta dan sebuah van menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang telah ditetapkan iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar, Pontian, Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Destinasi lain ialah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson dan Tampin”. “USIM memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas penghantaran kumpulan pelajar ini. Bagi pelajar misalnya mereka perlu lulus saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan [...]

“Si Bulus pun ‘tumpang’ sekali Ops Pulang Balik Kampung”

NILAI, 2 Mei 2020 – Ops Pulang bagi menghantar pelajar yang terkandas di kampus untuk pulang ke kampung halaman masing-masing telah bermula pada 27 April lalu ke pelbagai destinasi di seluruh negara. Reaksi para pelajar dan keluarga pastinya gembira kerana setelah sekian lama terpisah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka kini dapat bersama. Bagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Amira Atiqa Azman,24, beliau tidak pulang keseorangan ke Kluang dari USIM pada Khamis malam baru-baru ini apabila turut di bawa bersama kucing kesayangannya, Momo. “Saya memang telah nekad, jika tidak dibenarkan oleh urus setia Ops Pulang USIM untuk bawa Momo menaiki bas pulang ke kampung, saya akan terus tinggal di rumah sewa bagi menjaganya. Alhamdulillah, atas budi bicara urus setia, saya dibenarkan bawa Momo bersama untuk menaiki bas”. “Saya sudah membelanya lebih lima bulan dan rutin penjagaan kesihatannya memang terjaga seperti pengambilan vaksin mengikut tempoh ditetapkan.  Saya hanya tinggal seorang diri di rumah sewa sebab rakan yang lain telah pulang sebelum PKP dikuatkuasakan”. “Saya tak sampai hati untuk tinggalkan Momo di rumah kerana memikirkan tiada siapa yang boleh menjaga makan minum, keselamatan dan kesihatannya. Perasaan kasih, sayang dan risau itu bercampur-baur kerana latihan industri saya kini ditangguhkan. Jadi jika saya balik ke kampung, belum tahu bila akan kembali semula ke Nilai”. “Apabila urus setia USIM hubungi saya pada Khamis pagi minta bersiap untuk dihantar pulang pada malamnya, masa yang ada untuk kemaskan barang sendiri dan Momo memang singkat. Mujur sempat curi masa untuk keluar membeli pet carrier dan keperluan lain [...]

Go to Top