April 2020
Alumni Kor SISPA USIM turun padang bantu barisan hadapan
NILAI, 30 APRIL 2020 – Lebih 20 orang Alumni Kor SISPA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditempatkan di beberapa kawasan sekitar Negeri Sembilan sejak Fasa 1 arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Penyelaras Kor Siswa/I Pertahanan Awam (Kor SISPA), Leftenan (PA) Mohamad Ghazali bin Abdul Rahim, usaha murni ini dilaksanakan bagi membantu negara menghadapi segala kemungkinan selain memastikan keselamatan awam negara dalam keadaan terkawal. Tambahnya, kesemua mereka ditempatkan antaranya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Seremban, Pusat Pemantauan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Stesen Kuarantin Akademi Audit Negara (AAN), Stesen Kuarantin Institut Aminuddin Baki (IAB), Stesen Kuarantin Royale Chulan dan Stesen Kuarantin UiTM Rembau. “Alumni Kor SISPA USIM merupakan pegawai pasukan berstatus Leftenan Muda lantikan APM yang terlatih dalam kerja-kerja pengurusan pejabat dan pengurusan operasi bencana. Justeru, kepakaran yang dimiliki oleh mereka amat diperlukan dalam tugasan pentadbiran di stesen kuarantin seperti pengumpulan data bagi setiap individu yang berstatus dalam pemantauan (PUS) atau dalam siasatan (PUI) dan agensi, penyediaan laporan harian, penyediaan minit mesyuarat, penjadualan penugasan anggota dan lain-lain tugasan,” ujarnya. Bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini, Penyelaras Kor SISPA USIM memohon agar kesemua PUS atau PUI yang berada di setiap stesen kuarantin memberi kerjasama yang baik kepada semua petugas. Di akhir pertemuan, beliau turut berpesan agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjaga jarak sosial, kerap mencuci tangan dan pergi ke hospital berdekatan sekiranya mempunyai gejala. Penglibatan Alumni Kor SISPA USIM bermula apabila Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan membuka peluang [...]
FastLab hasilkan lebih banyak modul Lab in a Box
NILAI - Mengembalikan minat dan memupuk sikap cintakan sains, FastLab Fakulti Sains Teknologi memberi tumpuan kepada Pendidikan Science, Technology, Religiosity, Engineering, Artistry and Mathemathics (STREAM) untuk mendidik generasi muda dengan perkara yang mereka gunakan dan wujud dalam kehidupan seharian mereka dengan menghasilkan ‘Lab in a Box’ yang dapat memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen dan eksplorasi sains dengan mudah dan cepat. Sebelum ini, mereka mencipta Slime Kit dan Perfume DIY, kali ini tampil dengan lima (5) lagi modul iaitu Soap Kit, Quicksand Kit, Shrink Art Kit, dan Molecular Model Kit. Soap Kit mengandungi Soap Base, Larutan Pewarna dan Minyak Pati. Soap base merupakan bahan asas dalam penghasilan sabun yang terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran motor serta memberi rangsangan terhadap pemerhatian pelajar-pelajar iaitu daripada perubahan cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Selain daripada proses pembelajaran, Soap Kit dapat mengasah kemahiran kreatif para pelajar dengan bermain pelbagai larutan pewarna dan minyak pati. Manual yang dibekalkan juga turut dilengkapi dengan pengetahuan Sains mengenai ‘Saponification’. Ilmu ini turut diajar dalam topik ‘saponification’ bagi pelajar tingkatan 4 & 5. Selain itu, manual yang disediakan juga dilengkapi dengan ruangan eksplorasi bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan semangat ingin tahu yang merupakan aspek penting dalam pembelajaran Sains. Manakala, Quicksand Kit pula para pelajar dapat belajar mengenai perubahan jirim, iaitu perubahan daripada cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Ilmu ini turut diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai Non-Newtonian Fluid, di mana kelikatan sesuatu cecair berubah jika dikenakan daya. Seterusnya, Shrink [...]
PPKP sebar luas peranan, yakinkan calon pelajar mampu bina masa depan di USIM
Selaras dengan permohonan kemasukan ke IPTA yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi dan Setaraf, USIM telah melancarkan kempen #inikanmasadepankita untuk menarik minat bakal pelajar di luar sana untuk memohon ke USIM dan seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan pertama dalam permohonan di UPUOnline. Oleh itu, temubual kali ini ditulis bersempena khusus mengenai pelan dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) untuk menarik minat pelajar memilih USIM. Bersama Prof Madya Dr Zinur Rijal Abdul Razak, Pengarah PPKP untuk berkongsi maklumat aktiviti yang dijalankan di PPKP dan hasratnya untuk menyebar luaskan tawaran program menarik yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. S1 Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) kini telah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat pada 2 Januari 2020. Boleh Dr kongsikan fungsi dan peranan secara keseluruhan PPKP? Secara umumnya Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) bertanggungjawab untuk menguruskan promosi dan pengambilan pelajar bagi program akademik yang ditawarkan di USIM dalam semua peringkat pengajian kepada pelajar di dalam negara dan luar negara. Selain itu, PPKP juga menguruskan pendaftaran dan kemasukan pelajar sama ada peringkat tamhidi, pra siswazah dan juga pasca siswazah. Apabila PPKP sudah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat, ia secara tidak langsung telah memberikan satu cabaran baharu kepada PPKP untuk membantu USIM meningkatkan enrolmen pelajar terutama pelajar antarabangsa yang menjadi sasaran utama di PPKP. Secara keseluruhannya, PPKP mempunyai unjuran pengambilan pelajar yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Ini disokong dengan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh USIM seperti makmal, bilik kuliah, pertambahan [...]
“Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung halaman”
NILAI, 28 April 2020 - Seramai 11 orang pelajar perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kmapus Pandan Indah selamat tiba di kampung halaman masing-masing di Kedah dan Pulau Pinang pada pagi tadi. Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar USIM yang menjadi sebahagian daripada 790 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang menyertai penghantaran sulung pelajar IPT pulang ke tiga buah negeri di utara tanah air pada malam tadi. Nurul Ilham Huda Redzuan, 19, selamat tiba di rumahnya di Bandar Perdana Seksyen 8, Sungai Petani, Kedah setelah dijemput ayahnya sebaik sahaja bas yang membawa para pelajar ini selamat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kedah pada jam 5.20 pagi. “Sebelum bertolak dari Kampus USIM Pandan Indah, setiap pelajar melalui saringan terakhir yang ketat oleh petugas kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Keadaan kesihatan kami mesti dalam keadaan baik dan segala dokumen perjalanan yang wajib di bawa ada bersama dan lengkap diisi” “Kami diberikan taklimat keselamatan terakhir oleh PDRM sebelum dibenarkan menaiki bas dan bertolak pada jam 11.30 malam tadi. Perasaan amat gembira bila lihat ayah telah sedia menunggu di IPD untuk membawa saya pulang. Terima kasih kepada Kerajaan dan semua pihak yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kami pulang dengan selamat dan kami sedar ia buka sesuatu yang mudah. Tak sabar dan rindu untuk menikmati masakan emak iaitu masak lemak rebung sebagai juadah berbuka puasa” ujar penuntut Tahun Pertama Perubatan dan Surgeri ini. Bagi penuntut tahun empat perubatan USIM, Sharifah [...]
Patuh PKP, Sudah Sebulan Siswa UA ini ‘berteduh’ di USIM
NILAI, 25 April 2020 – Pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampus pastinya pengalaman tidak ternilai buat para pelajar yang melaluinya. Ia pastinya lebih bermakna buat enam orang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai menjadi tempat mereka ‘menumpang kasih’ sepanjang PKP ini. Bagi tiga orang pelajar UniSZA, sudah lebih sebulan mereka tinggal di kolej kediaman USIM sehingga kini apabila terkandas separuh jalan untuk pulang ke Sabah. Menurut Muhammad Al Jabbar Abd Muin, 25, penuntut Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, beliau dan dua orang lagi rakannya, Mohamad Ehsansyah, 22, dan Azizana Safwan Arman, 22 yang menuntut dalam bidang pengajian yang sama terkandas di Lapangan Terbang KLIA2 apabila penerbangan ke Sabah dibatalkan. “Apabila Kerajaan umumkan 18 Mac akan bermula PKP, kami dapat membeli tiket penerbangan pulang ke Sabah untuk penerbangan pada 20 Mac. Pada hari kejadian, kami bertolak dari Kuala Terengganu menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum terus ke KLIA2. Semasa di KLIA2 baru kami dapat tahu, penerbangan dibatalkan kerana mematuhi PKP” “Waktu itu sudah malam dan kami tiada tempat untuk dituju.Saya menghubungi universiti memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak UniSZA memaklumkan akan berhubung dengan USIM untuk memohon bantuan. Alhamdulillah, pada malam itu kakitangan dari USIM datang menjemput kami di KLIA2 dan menempatkan kami di Kolej Kediaman Acacia USIM”. Kisah yang sama turut dilalui oleh siswa UMP, Chua Wei Ming, 23 yang tidak dapat pulang ke Sibu, Sarawak kerana penerbangan [...]
Infaq dan wakaf kepakaran perlu diterjemah dalam krisis Covid-19
Tercetusnya wabak dan krisis Covid-19 di seluruh dunia membawa perubahan yang amat besar bukan sahaja dalam bidang ekonomi, kewangan, pentadbiran negara malah membawa perubahan yang ketara dan mencetuskan “New Normal” dalam kehidupan seharian rakyat demi kelansungan kehidupan seharian. Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, pelbagai usaha berbentuk infaq dan wakaf dalam pelbagai bidang kepakaran sangat dituntut untuk dilaksanakan oleh semua masyarakat bagi sama-sama memberi sumbangan bukan hanya dalam bentuk tunai semata-mata, malah melalui sumbangan berbentuk kemahiran, tenaga, kesukarelawanan dan kepakaran. Walaupun pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi di negara ini, namun harus diingat bahawa pakej rangsangan ekonomi tersebut direncanakan kepada pihak yang benar-benar terjejas dalam situasi sebegini. Dengan kekangan baget negara pada masa kini, perlunya semua pihak memahami bahawa tidak semua atau setiap individu di negara ini dapat dibantu sepenuhnya melalui pakej rangsangan ekonomi tersebut. Ini bukanlah menunjukkan bahawa kerajaan mengabaikan mereka, tetapi golongan ini sebenarnya terdiri daripada golongan rakyat yang agak kurang terkesan dengan situasi sebegini dan terdiri daripada golongan profesional dan tenaga pakar di negara ini. Kepakaran yang mereka miliki boleh digunakan untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat dan negara terutama dalam situasi genting sebegini. Budaya menyumbang dan memberi infaq dan wakaf merupakan ajaran Islam yang telah lama dipraktikkan dalam masyaratkat Islam. Budaya infaq dan wakaf ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA. Penting ditegaskan bahawa budaya memberi infaq dan berwakaf adalah tradisi zaman berzaman dan telah menjadi amalan mulia [...]
Peluang mengenali hati budi anak-anak dalam tempoh PKP
Dunia telah dikejutkan dengan satu musibah yang sangat hebat yang dikenali “Pandemik Covid19” hingga ke saat ini telah meragut nyawa lebih 100, 000 orang di seluruh dunia. Pandemik Covid19 tidak mengenali Bangsa, agama, umur, jantina dan juga negara. Malaysia negara yang kita cintai ini juga tidak terkecuali dengan pandemik yang sangat berbahaya ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 16 April 2020 jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,182 kes, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana daripada jumlah itu sebanyak 29 kes memerlukan bantuan pernafasan dan kematian telah mencecah 84 orang. Kerajaan telah mengambil tindakan segera bagi mengekang penularan pandemik ini di kalangan rakyat dengan memperkenalkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”. Pejabat-pejabat, premis-premis dan sebagainya telah ditutup serta pergerakan dan pergaulan telah dihadkan. Sebelum ini, bagi yang bekerja akan keluar seawal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas termasuklah yang bergelar ibu bapa. Anak-anak yang ingin ke sekolah dan pusat asuhan seperti tadika akan diuruskan oleh pembantu rumah. Manakala yang masih bayi akan diuruskan sepenuhnya oleh orang gaji atau dihantar ke pusat jagaan. Ibu bapa akan pulang ke rumah setelah malam menjelang dan ada juga sehingga lewat malam yang ketika itu anak-anak telah pun tidur. Pendek kata itulah rutin harian keluarga moden pada hari ini. Hubungan antar ibu bapa dan anak-anak tidak seakrab sepertimana zaman-zaman dahulu. Yang paling parah, ibu bapa kini kadang kalanya tidak mengenali personaliti dan isi hati anak-anak mereka dalam [...]
Ramadan: Kedatanganmu dinanti
Ahlan wa sahlan yaa Ramadan (Selamat datang Ramadan). Kedatangan bulan Ramadan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan ini. Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah SWT. Janji-janji Allah SWT yang sangat hebat melalui lisan Rasul-Nya, menyebabkan berlaku kerugian teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bulan Ramadan adalah bulan rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pula pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan yang selalu menggoda manusia dirantai. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang bulan Ramadan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan akan dibelenggu syaitan-syaitan dengan rantai”. (Muttafaqun ‘Alaih). Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan keampunan yang mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya pada bulan ini. Bukanlah bermakna taubat tidak diterima Allah SWT pada bulan lain, namun pintu keampunan pada bulan Ramadan tersangat istimewa yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”. (Muttafaqun ‘Alaih). Allah SWT jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan berlumba-lumba untuk perbanyakan melakukan amalan sedekah. Bulan Ramadan bukan hanya bulan untuk kita duduk di tikar sejadah, sebalik mengambil peluang untuk memperbanyakkan sedekah walaupun dengan hanya sebiji tamar dan seteguk air untuk berbuka puasa. [...]
Kelestarian Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mensasarkan bahawa dunia akan beransur pulih pada penghujung tahun 2020. Tetapi untuk ekonomi kembali normal, jangkamasa yang lebih panjang diperlukan. Justeru, setiap negara mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengharungi impak COVID-19. Mari kita lihat bagaimana beberapa negara di rantau Asia menghadapi krisis kesihatan ini sebagaimana yang dilaporkan media tempatan dan antarabangsa. Menurut JakartaGlobe, Indonesia akan menyemak semula kadar 3 peratus defisit belanjawan yang ditetapkan sejak Krisis Kewangan 1997. Walaubagaimanapun, dengan Pakej Rangsangan Ekonomi sejumlah Rp 405.1 trilion, Presiden Jokowi berkata defisit akan berada pada tahap 5.07, bersamaan 1.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Indonesia bersedia menghadapi kemungkinan 0 peratus kadar pertumbuhan ekonomi. Tetapi projek perpindahan ibunegara Jakarta ke Kalimantan akan diteruskan. Perbelanjaan kerajaan untuk tahun ini terfokus kepada sektor kesihatan, jaringan rantaian keselamatan sosial, pengecualian cukai dan perkhidmatan penstrukturan semula hutang perniagaan. Beralih ke Korea Selatan, proses pemulihan ekonomi dijangka berbentuk-U dan akan berlarutan selama dua tahun, lapor The Star. IMF dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) juga menjangkakan ekonomi global akan turut melalui fasa pemulihan berbentuk-U. Korea menjangka pertumbuhan negatif tahun ini dan bersedia untuk memberikan suntikan fiskal kedua sejumlah USD40 bilion kepada usahawan kecil dan mikro dan golongan yang bekerja sendiri. Secara umumnya. Korea berusaha untuk memastikan kadar pengangguran terkawal dan aktiviti perniagaan dan ekonomi tidak terjejas teruk. Menurut The Strait Times, langkah ini akan meningkatkan hutang kerajaan kepada 41.2 peratus dari KDNK. Di Singapura, Belanjawan Resilien yang diumumkan baru-baru ini yang berjumlah hampir USD33.7 bilion menggunakan [...]
Through the COVID-19 Hourglass: Wherefore the Muslim Ummah?
The COVID-19 outbreak is indeed a phenomenon that has indubitably shaken the four corners of the world at the dawn of a new decade. Together with the rest of the population, it has put Muslims to the test on how they react to a pandemic that profoundly impacts upon their daily routines and religious duties. The closure of the two holiest cities of Makkah and Madinah as well as a ban on flights entering the Kingdom of Saudi Arabia, are manifestations signifying to other Muslim nations that pre-emptive measures are paramount to curb the spread of COVID-19. Muslim communities in many parts of the world have followed suit and adopted necessary measures in their own localities by implementing unprecedented decisions, such as the temporary and total closures of mosques, which include the cancellation of congregational prayers. Further, Muslim scholars and Muftis in some jurisdictions have come up with jurisprudential guidance in various aspects of religious matters, from the solemnisation of marriages by observing the required social distance, to the proper handling and burial of the bodies of the deceased that are infected with the coronavirus. While we witness the pragmatism exhibited by segments of the Muslim ummah in responding to change, the other side of the coin appears to display a different scenario, where people seem to go about business as usual, either in feigned ignorance or full realisation that their actions carry a grievous risk to the whole community. For instance, the [...]









