Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2019

USIM Jadi Pusat Rujukan Serantau Lawn Bowls

Nilai, 17 Jan 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menjadi pusat rujukan serantau untuk sukan Lawn Bowls dan mendapat pengiktirafan Pusat Sukan Tumpuan (PST) Lawn Bowls oleh Unit Sukan, Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2015 sehingga kini. Pengiktirafan ini diberikan susulan dengan kejayaan USIM dalam sukan lawn bowls melalui beberapa siri kejohanan yang telah disertai oleh pelajar USIM sejak 2008. Selain itu, pengikitirafan ini diberikan kerana USIM mempunyai pengalaman dan jurulatih pakar dalam bidang lawn bowls. Menurut Mazilan Rambli, Pegawai Belia dan Sukan Kanan di USIM, dengan pengiktirafan ini, USIM menjadi pusat rujukan kepada sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan juga agensi kebangsaan untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang lawn bowls. “Pusat Sukan, USIM telah menerima suntikan dana sebanyak RM 100,000.00 setiap tahun yang mana akan digunakan untuk menguruskan beberapa program seperti pembangunan sukan lawn bowls, latihan atlet Lawn Bowls IPT Malaysia, kursus kejurulatihan, kursus kepengadilan dan penyertaan kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya lagi. Bagi memperkasakan pengiktirafan ini, USIM pernah menganjurkan kejohanan Lawn Bowls Open Pairs KPM-USIM dengan kerjasama KPM dan USIM yang telah disertai oleh pelbagai peringkat seperti peringkat sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan negeri. Mazilan yang juga merupakan Ketua Jurulatih Lawn Bowls IPT Malaysia yang mempunyai kelayakan kejurulatihan lawn bowls Tahap 3 berkata dengan adanya pengiktirafan ini, ia akan membantu sukan lawn bowls untuk lebih menyerlah di peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa dalam melahirkan “The Thinking Athletes” dan menyumbang kepada penyaluran atlet kebangsaan. Selain itu, Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), USIM turut [...]

Pendaftar USIM terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan

NILAI, 15 Januari 2019 – Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan ke-71 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semalam. Setelah hampir sedekad berkhidmat sebagai Pendaftar USIM, penganugerahan ini sangat relevan dengan sikap dedikasi dan komitmen beliau terhadap kerjaya memandangkan beliau antara pengasas kepada penubuhan USIM (dahulunya ialah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Menyingkap latar belakang kerjaya, beliau memulakan kerjaya sebagai Perunding Cara Pelajar di UKM pada tahun 1993. Pada tahun 1997, beliau memulakan pengajian di peringkat Sarjana Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Psikologi manakala pada tahun 2000, beliau bersama-sama pimpinan awal pada masa itu menubuhkan USIM (pada masa itu, KUIM) memulakan operasi awal seperti pemantapan governan dan pembangunan fizikal. Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Timbalan Pendaftar USIM seterusnya sebagai Pendaftar USIM bermula tahun 2009. Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban juga merupakan alumni Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di peringkat Diploma kemudian di peringkat Ijazah Sarjana Muda beliau menyambung pengajian dalam bidang Psikologi di UKM. Kini, beliau merupakan Setiausaha Lembaga Pengarah USIM, Komandan Kor Siswa Bomba USIM dan Ahli Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Universiti Awam. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM Tijarah Holding, Penyelaras Pembangunan Sahsiah Pelajar Malaysia di Timur Tengah dan Pengerusi Badan Kebajikan Kakitangan USIM. Atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengurusan Universiti, beliau menginfaqkan hampir seluruh masa kepada [...]

Langkah Strategik Kepemimpinan Baharu di USIM

NILAI, 11 Januari 2019 -  Berkuat kuasa 1 Januari 2019 lalu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) majoritinya dibarisi oleh pimpinan baharu yang menjalankan peranan sebagai Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan di Fakulti, Pengarah dan Timbalan Pengarah serta Ketua Jabatan berdasarkan lantikan oleh Pengurusan Universiti. Sehubungan itu, satu program dinamakan “Ayuh Bertekad Cemerlang” dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USIM pada 10 Januari 2019 bertempat di Nilai Spring Resort Hotel bertujuan mengukuhkan kefahaman peserta menerusi input dan perkongsian halatuju dan akspektasi sejajar dengan pelantikan baharu ini. Selain itu, ia juga adalah untuk menyemarakkan semangat peserta menerusi penghayatan dan konsep kecintaan kepada USIM agar penyatuan fikrah dan idea dapat diperkasa demi kemajuan Universiti. Menurut Naib Canselor USIM, YBhg. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad berkata, pemilihan mengambil muka baharu untuk menerajui kepimpinan universiti ini adalah strategi USIM untuk mendapatkan gaya dan idea baharu yang segar untuk diaplikasikan demi kemajuan Universiti. Ini kerana mereka yang dilantik adalah berdasarkan kepada beberapa fasa pemilihan dan penilaian daripada Jawatankuasa yang dilantik. “Saya amat berharap dan memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan yang baharu agar dapat menerapkan semangat bekerja kerana Allah SWT yang akhirnya akan melahirkan kesetiaan, ketaatan dan disiplin yang cemerlang,” katanya. Beliau juga mengharapkan sesi perkongsian yang pertama kali diadakan bersama barisan pimpinan baharu agar dapat sama-sama menghayati matlamat dan aspirasi USIM di dalam persediaan menghadapi USIM 2035. Selain itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr Abdul Rahim Abdul Rahman yang berkongsi mengenai topik kepimpinan akademik dan kesarjanaan mengharapkan agar ketua yang dilantik dapat [...]

USIM sambut baik cadangan Kementerian Kesihatan jadikan IPT kawasan larangan merokok

NILAI, 9 Januari 2019  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam untuk memperluaskan kawasan larangan merokok ke semua institusi pengajian tinggi (IPT). Langkah Kementerian ini tidak menjadi halangan dan kekangan untuk dilaksanakan oleh USIM kerana universiti ini telah menguatkuasakan kampus larangan merokok dan vaping sejak 1 Januari 2016 lagi. Pada tahun lalu juga, USIM turut menerima penghargaan Anugerah Sijil Blue Ribbon dari Kementerian Kesihatan kerana komited dalam melakasanakan kempen Blue Ribbon yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan. Kempen Blue Ribbon adalah usaha untuk memastikan premis yang menyertai bebas asap rokok dengan di pihak USIM, pelaksanaan kempen ini diterajui oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Sebagai sebuah universiti Islam, USIM perlu selari dengan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke - 37 yang bersidang Kali Ke - 37 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai “Hukum Merokok Dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk memutuskan dengan jelas bahawa “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”. PKU USIM telah diberi mandat Pengurusan Universiti bagi melaksanakan Kempen USIM sebagai Kampus Larangan Rokok dan Vaping secara meluas di seluruh kampus sejak 2016 hingga kini. Banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi memastikan USIM sebagai Kampus Larangan Merokok dan Vaping antaranya ceramah kanser, Klinik Berhenti Merokok yang diadakan setiap Rabu,melantik pegawai penguatkuasaan dalam kalangan staf dalaman universiti, mengenakan bayaran kompaun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen kesedaran tidak merokok dan berhenti merokok dengan berkolaborasi dengan pihak yang [...]

USIM, Kedutaan Amerika anjur Bengkel Penulisan Naratif

Nilai, 8 Januari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama dari Kedutaan Amerika mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel penulisan naratif sebagai alternatif yang baharu dalam menjadikan maklumat penting menarik dibaca dan relevan. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Janet Steele dari George Washington University ini berjaya menarik minat lebih 30 peserta dari lima pusat pengajian tinggi iaitu USIM, UPM, UM, Politeknik Nilai dan UTEM yang melibatkan pensyarah dan pelajar pasca siswazah dari pelbagai bidang seperti komunikasi, pengajian bahasa Arab dan bahasa Inggeris, pengajian Islam, ekonomi dan kejuruteraan. Bengkel ini berlangsung di Jabatan Perpustakaan USIM Menurut Steele, untuk mencapai penulisan berbentuk naratif yang mempunyai makna lebih mendalam serta menarik dari segi olahan dan gaya bahasa. “Ini menjadikan penulisan bukan sekadar lebih menarik dibaca, tetapi meningkatkan kepercayaan pembaca terhadap media kerana mendapat maklumat yang berkualiti serta membuatkan pembaca tidak mahu berhenti membaca sungguhpun hasil penulisan itu lebih panjang dari berita biasa”, kata Steele. Menurutnya lagi, penulisan akademik terutamanya bagi jurnal dan buku penyelidikan tidak semestinya perlu bersifat mendatar atau di persembahkan secara kronologi mengikut tradisi penulisan saintifik. Sebaliknya pengolahan penceritaan menggunakan teknik penulisan naratif boleh menjadikan penulisan akademik lebih menarik tanpa mengurangkan nilai kesarjanaan. Dalam menghasilkan penulisan naratif ini, Steele berkongsi empat tips utama penghasilannya: Penulis perlu fikirkan “enjin” dan “maksud” penulisan yang dihasilkan. Maksud ialah makna yang ingin disampaikan dalam penulisan dan enjin pula bermaksud unsur yang boleh membuatkan pembaca tertanya-tanya, tertarik untuk membaca lagi dan mencabar sifat ingin tahu. “Banyak penulisan mempunyai makna, tetapi tidak mempunyai enjin, [...]

Prof Madya Dr Mohd Rushdan Staff USIM Pertama dilantik Timbalan Naib Canselor (HEPA)

NILAI, 6 Januari 2019 - Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2021. Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang telah tamat tempoh pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 31 Disember 2018 yang lalu. Rushdan, mencatat sejarah apabila beliau menjadi staff USIM yang pertama dilantik sebagai TNC (HEPA) di USIM. Beliau yang memiliki ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti of Exeter, United Kingdom ini dilantik sebagai TNC HEPA selepas tokoh kepimpinan beliau terserlah apabila beliau telah melaksanakan pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran dengan cemerlang. Menerusi temubual bersama beliau, Rushdan berhasrat ingin memacu kecemerlangan mahasiswa dan alumni USIM untuk bersama-sama menaikkan imej USIM di dalam dan luar negara. Kita sedia maklum bahawa mahasiswa dan alumni USIM yang berpengaruh dan berjaya di luar menjadi penanda aras kehebatan sesebuah institusi pendidikan. Ini kerana dalam konteks Universiti, alumni menjadi salah satu pemegang taruh yang penting untuk menaikkan imej Universiti. Selain itu, saya juga berhasrat ingin mewujudkan budaya menyumbang kembali kepada universiti sama ada melalui endowmen, kepakaran, pembangunan akademik, program sahsiah pelajar, jalinan kerjasama, promosi dan sebagainya, katanya lagi. Selain itu, beliau juga ingin memberi fokus kepada keberhasilan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) di USIM dan ingin memperkukuhkan kompetensi mahasiswa dalam tiga aspek utama iaitu holistik, seimbang dan berkeusahawanan. Matlamat ini akan berjalan seiring dengan agenda [...]

Pensyarah Komunikasi USIM Bantu MDN Tingkat Kefahaman Tangani Krisis Umat Islam

NILAI, 2 Jan 2019 - Kumpulan akademik dari Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bantu Majlis Dakwah Negara (MDN) untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang krisis yang dihadapi oleh umat Islam di dalam dan luar negara melalui penulisan di media. Menurut Pengerusi MDN, Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, menyebarkan fakta yang benar di media adalah perlu untuk meningkatkan pemahaman dan bacaan dalam kalangan masyarakat. Apa yang lebih penting ialah mengenalpasti golongan yang mencetuskan konflik dan krisis dalam kalangan umat Islam, melalui kes-kes yang viral di media. “Dengan adanya pengaruh media ini secara tidak langsung dapat meningkatkan fungsi MDN dan umat Islam dapat merasakan kewujudan MDN untuk mereka mendapatkan maklumat berkaitan isu umat Islam,” katanya lagi. Menurut beliau lagi, MDN mengambil inisiatif pertama untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan krisis umat Islam dalam dan luar negara berikutan ada pihak yang mempersoalkan mengapa MDN mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen terhadap isu-isu yang berlaku berkaitan umat Islam akhir-akhir ini. Selain itu, Prof Madya Dr Mohd Irwan Subri dari USIM mencadangkan dalam usaha untuk menangani krisis umat Islam di dunia gelombang Islam perlu ditingkatkan dengan mengadakan pelan tindakan seperti mengumpulkan semua pertubuhan Islam dan NGO di dalam dan luar negara dan menjadi wakil untuk bercakap di peringkat antarabangsa. “Kita perlu menyenaraikan isu-isu berkaitan umat Islam di seluruh Asia dan melihat pendirian negara masing-masing terutama Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang kolektif agar lebih cepat memberi maklum balas terhadap isu berkaitan orang Islam dan gerakan Islam di [...]

Apa Azam Tahun Baru 2019?

Muncul tahun baru, kita sering membuat resolusi seperti aku nak kurus tahun ni, aku nak bersenam 20 minit sehari, aku nak simpan wang simpanan, aku nak panjat Gunung Everest dan sebagainya. Azam baru di tahun baru sudah menjadi kebiasaan. Yang menjadi kebiasaan juga adalah bila azam hanya tinggal azam sahaja. Tiada tindakan yang kita benar-benar lakukan. Cuba kita muhasabah adakah kita telah mencapai azam kita yang dibuat awal tahun lepas? Adakah ianya tercapai? Apa yang menyebabnya tidak tercapai? Apa yag patut kita lakukan agar kita dapat capai azam tersebut? Saya ingin bertanyakan suatu soalan yang penting sempena azam tahun baru ini. Kita boleh berazam dengan sebanyak mana pun azam. Cuma saya hendak tanya secara peribadi adakah kita ada buat belanjawan kewangan tahun baru? Ada tidak kita buat belanjawan kita setiap tahun? Jika ada, adakah kita buat belanjawan bersama keluarga? Ada tidak kita libatkan isteri dan anak-anak dalam perancangan bajet kita? Kalau tak pernah, apa yang patut anda buat? Kalau pernah adakah anda buat setiap tahun tanpa gagal? Kalau belum, bila nak mula buat? Kalau alasannya sebab saya belum berumahtangga, cukuplah buat untuk perancangan individu sahaja. Jadi, amatlah penting untuk kita meluangkan sedikit masa setiap tahun bersama keluarga untuk membuat belanjawan kewangan. Mungkin kita perlu satu hari, mungkin hanya separuh hari dan mungkin hanya perlukan sejam sahaja. Ini bergantung kepada kesesuaian anda. Adalah lebih baik daripada tidak buat langsung belanjawan tahunan. Apa sebab kita perlu libatkan keluarga semasa buat belanjawan? Apakah peranan ahli keluarga di dalam [...]

Disember 2018

Mahasiswa Pupuk Cinta Terhadap Bahasa Arab

NILAI, 16 Disember 2018– Seramai 94 orang pelajar hadir ke program One Whole Day on Developing Arabic Writing dan Comrehensive bertempat di Dewan Kuliah Sederhana 1.2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Program perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Dr Ismael Y.A Abujarad  dan Dr Malek berkenaan cara penulisan dan pemahaman dalam Bahasa Arab. Hal ini sedikit sebanyak  membuka mata mahasiswa dan mahasiswi USIM tentang pentingnya Bahasa Arab. Melalui Bahasa Arab juga, kita boleh mengenali budaya Bangsa Arab yang gemar bernasyid dan bersajak. Di dalam program ini, para peserta diperdengarkan alunan sajak dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya. Oleh itu, peserta dapat mempelajari tentang bait-bait dalam sajak Bahasa Arab berbanding Bahasa English dan mendapati bahawa pembacaan sajak dalam Bahasa Arab terdapat caranya yang tersendiri. Secara tidak langsung, peserta dapat memahami bait sajak tersebut dengan mudah. Selain daripada itu, pelajar juga diajak untuk bersama-sama mendalami dan menghafal hadis Rasulullah s.a.w di dalam program ini. “Cara penyampaian yang santai, tetapi sampai tujuan program. Ini adalah satu peluang yang amat berharga untuk pelajar untuk meningkatkan kefahaman dalam Bahasa Arab sekali gus memperbaiki kemahiran dalam penulisan Bahasa Arab, dengan harapan mahasiswa USIM lebih memperaktikkan ilmu yang telah dipelajari bersama” ulas Musyirah, Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun 1 . Disediakan oleh: Musyirah, Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032                 [...]

KPI 2019 perlu dirangka secara bijak, elak pekerja stres

Tahun baru 2019 akan menjelang tiba. Sudah pasti semua pengurusan organisasi dan tempat kerja khususnya pihak majikan kini sedang sibuk merangka sasaran kerja masing-masing melalui sistem Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI) bagi memenuhi sasaran kerja sepanjang tahun 2019 yang akan datang. KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan dapat membantu sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan ditempat kerja. Penggunaan KPI adalah penting pada masa kini. Banyak organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam negara kita sudah pun mula mengamalkan penggunaan KPI berkenaan dalam merangka perjalanan rancangan, aktiviti serta program yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa tertentu. Buat sekian lama, pihak kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi atau tempat kerja perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan atau golongan sasar dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi atau tempat kerja secara keseluruhannya. Penggunaan KPI di sektor awam ini kemudiannya telah diterima pakai di kebanyakan organisasi dan tempat kerja di sektor swasta kerana manfaat yang dibawa melalui penggunaannya khusus dalam merangka aspek perjalanan pekerjaan serta aspek penilaian tahap keuntungan yang ingin diperolehi. Secara umumnya, penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi sesebuah organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju [...]

Go to Top