Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2018

“Keberkatan doa ibu adalah kekuatan saya ”- Dr. Ahmad Kamil Jamilin

Petikan ucapannya selaku wakil graduan dalam Majlis Konvokesyen ke-16 USIM pada November lalu tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat. Intipati ucapan Dr. Ahmad Kamil Jamilin, 33 tahun yang menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hadis menceritakan mengenai keyakinan tinggi yang beliau sandarkan pada doa seorang insan bergelar ibu hingga menjadi azimatnya menamatkan pengajian dalam bidang yang dianggap sukar dengan cemerlang. Sedang berkhidmat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM kini, Dr. Ahmad Kamil Jamilin mencipta kejayaan yang hebat apabila tesis beliau berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan malahan lulus tanpa sebarang pembetulan. ‘Berkat doa ibu’ bukan sahaja menghadirkan kejayaan luar biasa semasa pengajian PhD beliau, tetapi turut memberi kesan yang besar kepada bapa tiga orang cahaya mata ini di sepanjang hidupnya. Dari seorang anak yang nakal dan lemah dalam pelajaran, kekuatan doa dari kedua ibu-bapanya merubah dirinya 360 darjah. Ikuti kisah beliau yang sungguh memberi inspirasi, tauladan dan pengajaran yang amat bermakna. S1 Kerap bertukar sekolah kerana memberontak Saya merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur. Saya memulakan pengajian awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Taman Keramat dari darjah satu sehingga darjah tiga. Kemudian di usia 9 tahun saya dih   antar ke Pusat Tahfiz Al-Imam International Institute, Kubang Kerian Kelantan. Namun pada usia 10 tahun pula saya ditukarkan ke Pusat Tahfiz Janda Baik, Pahang hampir setengah tahun sebelum kembali semula ke Al-Imam Kelantan. Pada usia 11 tahun saya berpindah lagi ke Sekolah Ad-Din Malim Nawar Perak selama [...]

Muhammad Mujahid Yusup diangkat sebagai Tokoh AKSIS 17/18

NILAI,12 Disember 2018 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 17/18 disambut gilang gemilang bagi meraikan dan menghargai para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dan pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan. Majlis yang berlangsung baru-baru ini di Dewan Tuanku Canselor ini merupakan penganjuran kali ke-10 sejak julung kali dianjurkan pada tahun 2009 . Mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu dari 62 pencalonan bagi merebut 15 anugerah melalui dua (2) kategori iaitu Kepimpinan dan Kesukarelawanan. Hasil daripada saringan yang telah dijalankan itu, sejumlah 14 calon individu telah terpilih untuk melalui peringkat temuduga dan main peranan (role play) sebagai persediaan ke Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 yang akan diadakan tidak lama lagi. AKSIS 17/18 mengangkat Muhammad Mujahid Yusup, 24, dari Fakulti Quran dan Sunnah Darul Quran sebagai Tokoh AKSIS yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM1000. Beliau turut memenangi Anugerah  Tokoh Kesukarelawanan dan Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka). Anak ketiga dari enam beradik ini menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pemimpin masyarakat, ingin mengikut jejak langkah Nabi SAW sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, lembut sesama saudara dan ringan tulang membantu sesiapa sahaja. ”Matlamat saya  adalah menggabungkan aspek Naqli dan Aqli dalam setiap aspek kehidupan baik dalam bidang kepimpnan, ekonomi, dan kehidupan bermasyarakat dengan memperkukuhkan institusi tahfiz dengan pengurusan berwibawa dan kurikulum Al-Quran dan akademik yang bersepadu”. ”Saya harap mampu untuk memandu masyarakat, seterusnya negara ke arah kehidupan harmoni dalam setiap peringkat dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah Saba' sebagai negeri yang baik, aman dan makmur” ujar Mujahid. [...]

Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara 2018

NILAI, 19 Disember 2018 - Bagi meraikan mahasiswa/i yang yang telah menjalani kursus khas cakna tentang orang kurang upaya (OKU) terutamanya cacat pendengaran melalui Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) tahap 1 dan 2, satu Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara telah diadakan pada 19 Disember 2018 baru-baru ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4, USIM. Seramai 117 orang peserta KDTS telah berjaya bergelar graduan Kursus Dakwah Tanpa Suara iaitu 36 orang daripada KDTS 1(2017/2018), 25 orang daripada KDTS 2 (2017/2018) dan 56 orang daripada KDTS 1(2018/2019). Para graduan KDTS ini terdiri daripada mahasiswa/i USIM, UKM, UniKL, UIA dan juga orang awam. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid tanpa suara yang melibatkan mahasiswa/i KDTS sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar kursus ini. Kursus ini merupakan anjuran Kelab Sukarelawan Dakwah OKU, Sekretariat Sahabat FAQEH (SaF@USIM) dan turut memberi kerjasama dalam menjayakan program ini adalah Yayasan FAQEH, Ibnu Ummi Maktum Research Centre (UMMI) dan FAQEH Training and Consultancy (FTC). Ini menggambarkan bahawa mahasiswa/i USIM diberi pendedahan, pengetahuan dan juga kesedaran terhadap OKU. Majlis Graduasi ini merupakan salah satu inisiatif Sekretariat Sahabat Faqeh (SaF@USIM) untuk memberi penganugerahan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Seterusnya secara tidak langsung dapat memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan mahasiswa/i USIM bagi melahirkan generasi yang mempunyai sikap bertimbang rasa di samping menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri mereka. Majlis ini juga diadakan bagi melahirkan mahasiswa/i yang bebas daripada nilai-nilai kapitalis dan membuka minda mahasiswa/i USIM berkaitan OKU cacat pendengaran serta bersama-sama menebarkan ilmu berlandaskan aqli [...]

Islamic Education, Foresight and 4th Industrial Revolution (iFIRST2018)

KLIA, 10 Disember 2018- Persidangan Islamic Education, Foresight and 4th Industrial Revolution (iFIRST2018) merupakan persidangan yang akan dianjurkan selama empat hari bermula 10 hingga 13 Disember 2018 bertempat di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA. Persidangan yang bertemakan “Towards a Holistic Islamic Education in Facing the Future” ini dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Persidangan yang mengupas isu-isu mengenai pendidikan, teknologi dan pandangan jauh masa hadapan ini akan disertai oleh lebih 50 orang pendidik Islam dari seluruh Malaysia. Ia adalah usahasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kedutaan Amerika Syarikat, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan IKRAM-Musleh. Antara objektif utama persidangan ini adalah sebagai wadah perbincangan intelektual di kalangan para pendidik dan pentadbir pendidikan Islam mengenai halatuju pendidikan Islam yang holistik, cabaran dan penyelesaian yang praktikal serta peluang baharu dalam menghadapi revolusi perindustrian keempat. Ia juga menyediakan ruang bagi para peserta untuk meneroka wawasan masa hadapan pendidikan Islam menggunakan analisa keupayaan strategik. Kolaborasi penganjuran antara USIM, Kedutaan Amerika Syarikat, ABIM dan IKRAM-Musleh ini diadakan atas kesedaran berhubung peranan sosial yang perlu dilaksanakan dalam meningkatkan peranan pendidik dan pendidikan Islam yang holistik untuk mendepani masa hadapan. ”Revolusi Perindustrian ke-4 sangat mengubah cara kita hidup dan berfikir, meletakkan kuasa untuk mendidik dan mempengaruhi di hujung jari kita semata-mata. Kita semakin terserap dengan kebergantungan kepada teknologi moden, dan untuk memastikan ia tidak berlaku tanpa henti dan tidak dilepaskan tanpa melaksanakan protokol dan perlindungan yang relevan, akan menyebabkan kesan yang serius dan buruk kepada generasi masa depan kita. Oleh itu, Persidangan [...]

Gotong-royong perdana FKP 1.0 capai objektif

NILAI, 21 Disember 2018 - Buat pertama kalinya Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) bersama persatuan pelajar lain berkolaborasi mengadakan Gotong-royong Perdana FKP 1.0 yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim. Dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga FKP, aktiviti ini juga bertujan membaik pulih fasiliti fakulti serta mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan di kawasan fakulti. Timbalan Dekan FKP, Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin berharap dengan pelaksanaan aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian antaranya membentuk sikap merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan juga mendidik hati dan jiwa sentiasa bersih. “Di dalam setiap tindakan dan pelakuan ikutlah syariat Islam, mulakan setiap pekerjaan dengan bacaan doa tanpa mengabaikan aspek keselamatan semasa aktiviti pembersihan dijalankan,” ucapnya. Manakala bagi Pengarah Program, Mohd Fazli Othman, beliau berasa amat berbesar hati dan gembira kerana penganjuran aktiviti ini telah mencapai objektif sebenar iaitu menyatukan kesatuan pelajar fakulti dan berharap semangat kerjasama dan berpersatuan akan diteruskan pada masa akan datang. Muhammad Alif bin Ahmad Salimin selaku YDP Persatuan Mahasiswa FKP berpesan, “Menginginkan suasana fakulti yang bersih dan ceria akan menjadi sekadar keinginan semata-mata dan sia-sia sekiranya tiada satu tindakan diambil bagi mewujudkan suasana tersebut”. Antara peserta gotong-royong, Muhammad ‘Izzuddin Mohamad Ares bersetuju dengan kenyataan Timbalan Dekan FKP bahawa dalam menyemai budaya gotong-royong bukan hanya aktiviti pembersihan tandas dan persekitaran sebaliknya ia harus selaras dengan usaha membersihkan hati dan jiwa dari perlakuan negatif. Disediakan oleh : Nur Syabirah Khadijah Ulfah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Teater Asrama-Ra ketengah isu remaja

NILAI, 22 Disember 2018– Kumpulan teater Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) Kelab Urus Setia Kesenian  Pelajar, Pusat Kebudayaan USIM telah mempersembahkan teater Asrama Ra berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2018 di Panggung Budaya, Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia. “Skrip yang ditulis oleh seorang penggiat  teater tanah air yang tidak asing lagi Khairunazwan Rodzy yang bertajuk Asrama Ra, yang menyentuh isu-isu remaja yang berlatarkan pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama dan ianya sangat dekat dengan masyarakat kita. Kata Mohd Rofiki Rahim, ketua kumpulan ATRA. Beliau memanjatkan rasa syukur kerana berjaya mempersembahkan teater pada kali ini dan Asrama Ra merupakan buah tangan pertama bersama tenaga produksi baharu yang terdiri daripada mahasiswa tahun satu dan dua. Asrama-ra mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah iaitu Ayu, Nabela, Azwa, Suhaila dan Laili yang sedang menjalani kem kepimpinan di asrama sekolah mereka sendiri sambil diiringi oleh Cikgu Sabariah dan juga Cikgu Adam. Pada malam terakhir, dua orang pelajar perempuan mengalami histeria secara tiba-tiba dan perkara menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku. Dalam masa yang sama, mereka didatangi mimpi-mimpi ngeri yang bercerita tentang rahsia mereka masing-masing dan mimpi tersebut berkaitan dengan kematian kawan baik mereka, Nor. Dalam keadaan yang keliru dan penuh prasangka di antara mereka, wujud satu pertelagahan besar yang membawakan kepada pembongkaran sebenar punca Nor mati membunuh diri di bilik asrama yang sedang didiami pelajar-pelajar tersebut ketika itu. Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM menyatakan bahawa program ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang untuk memberi latihan kepada tim produksi teater di [...]

2 Pasukan USIM menang di Filem Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa 2018

KAJANG, 21 Disember 2018 – Dua pasukan pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggungguli tempat pertama dan kedua dalam pertandingan Filem Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa bersempena Hari Bahasa Arab Sedunia yang disambut pada 18 Disember setiap tahun. Pertandingan yang berlangsung di Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) memerlukan peserta menghasilkan video berdurasi 5 minit dalam bahasa Arab sebagai wadah perkongsian tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. Di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar, Pensyarah FPBU pasukan USIM menghasilkan projek yang bertajuk ”Port Dickson” dan ”Menara Berkembar KLCC” menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,300.00 bagi tempat pertama, manakala RM1,000.00 bagi tempat kedua selain turut menerima hamper dan sijil. YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan perasmian berkata pertandingan ini merupakan titik-tolak kepada penyediaan bakat yang mempunyai daya saing ke peringkat global di mana Kementerian Pendidikan sangat mengalakkan pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa asing termasuklah bahasa Arab. ”Melalui platform pertandingan ini juga dapat memperkasa pencapaian akademik dan membentuk sahsiah cemerlang serta membina keyakinan tinggi dalam kalangan pelajar,” ucapnya lagi. Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar pula meletakkan harapan supaya pencapaian ini terus dapat meningkatkan syiar bahasa Al-Quran di kampus barakah USIM ke arah menjadi pusat rujukan global dalam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032

Pilih kerjaya dengan bijak

Pemilihan kerjaya merupakan satu proses berterusan bermula dari persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa. Kerjaya merupakan sesuatu yang dirancang. Ini kerana kerjaya merupakan suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia serta menentukan cara hidup seseorang. Masalah pengangguran berlaku antaranya disebabkan oleh peningkatan kadar pemberhentian pekerja terutama dalam sektor swasta. Selain itu, dengan keadaan turun naik ekonomi dan persaingan pekerjaan yang semakin sengit memerlukan para pelajar mencari peluang lain dan bukan hanya bergantung kepada permohonan pekerjaan semata-mata, tetapi bijak dan kreatif mencari saluran untuk memperoleh pendapatan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan pengangguran kepada diri graduan itu sendiri, sebaliknya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang lain. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah salah satu saluran yang disediakan untuk memperoleh pendapatan. Ia adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Terdapat juga saluran-saluran lain yang disediakan seperti JobsMalaysia, Pertubuhan Keselematan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan TERAJU di mana mereka menyediakan khidmat nasihat professional bagi mendapatkan pekerjaan serta latihan. Pada era ini, graduan atau penganggur hendaklah bijak dalam mencari kerjaya kerana keadaan semakin kritikal dengan kemunculan Revolusi Industri Keempat atau Era Digital, yang menyaksikan kemajuan dan penggunaan teknologi secara radikal. Teknologi sudah mengambil alih peranan manusia sedikit demi sedikit, sekaligus mengurang dan melupuskan peluang pekerjaan. Penggunaan mesin secara automatik menyebabkan tidak ada lagi keperluan [...]

Pusat Wakaf dan Zakat USIM beri penghargaan kepada penyumbang wakaf dan zakat

NILAI, 17 Disember 2018 – Majlis Apresiasi Barakah bertemakan Kelestarian Ekonomi Ummah anjuran Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi penghargaan kepada 16 penyumbang wakaf dan zakat yang terdiri daripada orang perseorangan, organisasi dan jabatan di USIM. Prof. Madya Dr. Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Pengarah PWZ USIM berkata majlis seperti ini akan dilaksana setiap tahun bagi menghargai penyumbang-penyumbang yang sama-sama bermatlamat membantu kesusahan dan meringankan beban pelajar yang terdiri daripada serta kakitangan USIM yang kurang berkemampuan tidak lupa juga masyarakat setempat yang memerlukan. Dalam ucapan YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, hasrat projek wakaf ini sebahagiannya untuk pembangunan fasiliti, membina Kolej Kediaman dalam kampus untuk menampung semua pelajar tanpa perlu menetap di luar kampus pada masa akan datang juga bagi membantu pelajar asnaf melalui wakaf pendidikan, endowmen dan lain-lain. “Pada suku kedua tahun 2018 USIM telah menyalurkan bantuan zakat kepada 617 pelajar berjumlah RM575,529.00. Pada suku yang sama juga, sebanyak RM147,900.00 dana zakat disalurkan kepada 16 program dakwah dan seminar manakala hujung tahun ini, agihan bantuan zakat berjumlah RM431,900 disalurkan kepada 529 orang pelajar,” tambahnya lagi. Pada majlis tersebut, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima Anugerah Abdurrahman Ibn Auf sebagai penyumbang wakaf terbesar sebanyak RM 1,500,000.00 manakala Bank Pembangunan Malaysia Berhad menerima Anugerah Utsman Ibn Affan sebagai penyumbang zakat terbesar sebanyak RM 1,000,000.00. Organisasi lain yang turut menyumbang adalah Permodalan Nasional Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Ambank Islamic, Celcom Mobile, Perumahan Kinrara Berhad, QSR Brands, MBSB Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, Majlis Agama [...]

USIM sambut baik sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Nilai, 15 Disember 2018 - Majlis Penyerahan sumbangan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan bahawa kerajaan negeri memberi perhatian serius dalam menambahbaik pembangunan masyarakatnya. Pada majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, seramai 129 pelajar baharu Sarjana Muda sesi akademik 2018/2019 yang merupakan anak-anak Negeri Sembilan menerima sejumlah wang sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YAB Tuan Haji Aminuddin Harun. "Sumbangan diharap boleh menampung sedikit sebanyak perbelanjaan pelajar semasa pengajian. Pelajar semua haruslah membina dan mengukuhkan sahsiah jati diri selain menuntut ilmu serta libatkan diri dalam aktiviti luar bagi meningkatkan kemahiran diri dan mendekatkan pelajar dengan masyarakat," ucapnya. Pada majlis yang sama, Kerajaan Negeri Sembilan menyumbangkan sejumlah RM250,000.00 untuk pelaksanaan agenda kesukarelawanan USIM bagi tahun hadapan iaitu RM125,000.00 untuk projek Jelajah Sukarelawan, RM75,000.00 untuk Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (PROCAST) dan RM50,000.00 diperuntukkan untuk projek GISO. "Diharapkan dengan bantuan kewangan yang disalurkan, dapatlah USIM memastikan agenda tahun 2019 dilaksanakan dengan jayanya yang mana disokong penuh kerajaan negeri bagi pembangunan Negeri Sembilan secara keseluruhannya," tambahnya lagi. Sementara itu, YBhg Prof. Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengatakan PROCAST dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan dilaksana bersama sekolah-sekolah menengah Negeri Sembilan setelah percubaan PROCAST pada November lalu berjaya dilaksanakan. PROCAST merupakan satu program pembangunan sahsiah dan akademik baru yang tertumpu kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan. Hadir sama adalah YB Dr Razali Abd Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti, USIM [...]

Go to Top