Ogos 2019
Adab dan nilai-nilai murni sejagat asas budaya ilmu berintegriti
Dalam budaya ilmu Islam khususnya, perkara yang paling utama yang diberikan penekanan adalah keberkatan dari ilmu yang diperolehi. Akhlak merupakan penentu kepada limpahan keberkatan ke atas penuntut ilmu mahupun yang mengajar. Sedari awal kita telah dituntut dengan adab utama menuntut ilmu sebagaimana dalam wahyu pertama. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW, Iqra’Bismirabbikal Ladzi Khalaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menciptakan”. Jelas, tujuan utama dalam menuntut ilmu adalah untuk mendapatkan reda Allah yang menciptakan kita dan menganugerahkan ilmu tersebut melalui usaha yang telah kita lakukan. Selain dari itu, tujuan dan natijah menuntut ilmu adalah untuk mengenal Allah atau makrifatullah. Secara tidak langsung mata hati akan sejurus menginsafi kehebatan dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Seseorang menggunakan mata hati dan jiwa tidak akan hanya bertuhankan harta benda semata-mata, kerana segala pangkat, kuasa, wang ringgit yang dimiliki bukan segala-galanya dan diperoleh dengan izin Allah jua. Semenjak kecil kita dididik oleh insan-insan mulia digelar ‘cikgu’ dengan ilmu yang amat bernilai harganya. Pergorbanan masa dan tenaga guru haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Pelajar perlu dididik dengan adab kepada guru kerana adanya keberkatan ilmu di situ berdasarkan panduan dan nasihat Rasulullah SAW. Seterusnya, adab dalam menuntut ilmu melatih pelajar bertanggungjawab untuk menggunakannya dengan betul pada saluran dan tempat yang tepat. Benih-benih amalan yang baik beserta nilai-nilai murni sejagat harus ditanam dalam suasana pembelajaran yang menerapkan nilai moral dan etika kepada Maha Pencipta, ibu-bapa, guru dan bahan ilmu itu sendiri. Penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab perlu [...]
Gotong royong jayakan ibadah korban dan aqiqah USIM tingkat rasa mahabbah
NILAI, 13 Ogos 2019 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini bergotong-royong menjayakan program Ibadah Korban dan Aqiqah 1440H anjuran Pusat Islam USIM bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz berkata program yang bermula seawal 7.30 dengan aktiviti penyembelihan telah berjalan lancar dan mencapai matlamat penganjurannya. “Pada tahun ini, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan dan Pusat Islam mengenal pasti tiga kumpulan penerima sumbangan yang akan diagihkan iaitu sebanyak 1/3 diagihkan kepada peserta, 1/3 kepada asnaf seperti dalam senarai penerima yang direkodkan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM, selebihnya dihadiahkan dan dijadikan jamuan,” ujarnya. Beliau turut berkongsi ibrah bahawa di dalam syariah beragama tidak ada tuntutan lain melaksanakan ibadah melainkan hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah. “Apabila kita melihat sambutan ibadah korban oleh masyarakat pada hari ini nampak meriah, lebih terbuka dan gembira, namun disebalik itu kita perlu ingat bahawa melaksana ibadah bukan hanya keseronokan semata-mata tetapi untuk mendapat keredaan Allah yang besar ganjarannya,” ucapnya. Bagi pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad yang turut serta melihat kelainan gerak kerja berlangsung yang lebih tersusun pada tahun ini apabila selesai acara penyembelihan pada jam 9 pagi. “Saya melihat tahun ini lebih ramai penglibatan dari staf dan pelajar menunjukkan adanya kerjasama yang erat serta kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada semua peserta untuk menjayakan program ini,” ujarnya. Manakala Muhammad Danial Akmal Bin [...]
Prof. Emeritus Dr. Muhammad, Sasterawan Negara dilantik sebagai Profesor Adjung di FPBU
NILAI, 8 Ogos 2019 – Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM pada majlis yang berlangsung semalam bertempat di Panggung Budaya, Pusat Kebudayaan USIM. “USIM amat berbesar hati mendapatkan khidmat beliau sebagai pakar rujuk yang akan dikelola oleh beberapa jabatan di USIM. Antara perancangan rujukan adalah khidmat nasihat dalam penyelidikan bersama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama; khidmat nasihat dalam penghasilan penerbitan karya bersama Bahagian Penerbitan; khidmat nasihat pakar dalam penganjuran program kebudayaan bersama Pusat Kebudayaan; menyampaikan wacana dalam bidang kepakaran anjuran Perpustakaan dan Pusat Kebudayaan serta penganjuran Majlis Syarahan Umum anjuran FPBU,” ucap YBhg Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa mewakili Naib Canselor USIM. Ucapnya lagi, sebagai sasterawan dan ahli akademik yang dihormati, beliau telah memainkan peranan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu melalui pelbagai pertemuan penulisan dan pembentangan kertas kerja, ternyata sumbangan beliau tentang teori-teori sastera dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu amat besar. “Sebagai tambahan, saya berharap agar Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Pusat Pengajian Teras akan mengambil inisiatif ke arah memartabatkan agenda memperkasa bahasa Melayu di USIM. Semoga dengan pelantikan ini dapat menyemarakkan budaya Integrasi ilmu Naqli dan Aqli kepada warga kampus keseluruhannya”. Profesor Emeritus Dr Muhammad berkata pelantikan tersebut menjadi satu titik permulaan yang baik untuknya menyumbang idea bersama universiti dan mengajak supaya sama-sama mengkaji keunikan bahasa dan kesusasteraan Melayu. ”Saya menganggap pelantikan ini satu amanah untuk menyalurkan buah fikir dan [...]
USIM anjur Young Innovators Challenge tarik minat pelajar sekolah terhadap Stream
NILAI, 22 Julai 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memainkan peranan menarik minat pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan meminati bidang sains, teknologi, agama, seni, kejuruteraan dan matematik (STREAM) melalui penganjuran Program Young Innovators Challenge (YIC) 2019 peringkat Negeri Sembilan. STREAM USIM selaku penganjur utama sekali lagi mendapat kerjasama dari Chumbaka yang merupakan pengasas kepada pertandingan YIC dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) yang memasuki tahun keempat penganjurannya kali ini yang berlangsung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Mendapat tajaan dan sokongan dari Pusat Wakaf dan Zakat USIM, Jemaah Profesor USIM dan Yayasan Taqwa, YIC berjaya menarik penyertaan 90 pelajar yang mewakili 29 pasukan daripada 27 buah sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Menurut penasihat YIC 2019, Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan, tiga bulan sebelum pertandingan ini berlangsung, semua mentor yang terdiri dari mahasiswa-mahasiswi USIM dan juga guru-guru sekolah yang terlibat dalam pertandingan YIC 2019 telah menghadiri bengkel yang dinamakan “Train the Trainer” (8 dan 9 April 2019). “Bengkel ini bertindak sebagai pengenalan dan praktikal mengendalikan Arduino kepada mentor-mentor dengan bantuan Encik Izzudin dari Chumbaka. Di dalam bengkel ini setiap mentor telah dibekalkan kit Arduino oleh pihak Chumbaka.” “Arduino adalah sebuah papan rangkaian elektronik yang mempunyai chip yang dapat di program menggunakan komputer. Melalui arduino, pelbagai peralatan berasakan elektronik seperti telefon bimbit dan sensor dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai bentuk masalah yang ada di industri,” ujarnya yang merupakan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Semasa hari pertandingan berlangsung, seramai sembilan orang juri telah ditugaskan untuk menilai hasil kerja para [...]
USIM iktiraf kepakaran anjur Syarahan Perdana Ekosistem Dakwah dalam Era Digital
NILAI, 8 Ogos 2019 – Pemerkasaan kandungan media Islam dalam era digital perlu menjadi agenda utama dalam usaha untuk membangun budaya dan aktiviti dakwah yang baharu demi kemaslahatan umat sejagat. Justeru, dalam menggembleng usaha untuk mencapai matlamat dalam berdakwah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Syarahan Perdana bagi mengiktiraf kepakaran Profesor Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani, Profesor di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dalam bidang dakwah. Menurut Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM berkata Majlis Syarahan Perdana ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf kepakaran seseorang warga akademik dalam bidangnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyebarkan hasil kajian dalam bidang tersebut untuk dikongsi kepada warga USIM dan masyarakat sekitar. “Kali ini, Majlis Syarahan Perdana mengiktiraf kepakaran Profesor Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani dalam bidang dakwah dan melihat era semasa ini, USIM perlu mengambil inisiatif dengan memaklumkan tentang kepentingan berdakwah menerusi platform digital,” katanya. Prof Dato Dr Zulkiple dalam syarahannya juga mengulas bahawa persekitaran digital telah membuka peluang baharu kepada aktiviti dakwah dan jika dimanfaatkan sepenuhnya, ia boleh menjadi game changer kepada pembinaan tamadun ummah iaitu dengan memperkasa kandungan media Islam. “Pendekatan dakwah bi al-nizam (membangun sistem) perlu diperkasa dan disokong dengan sistem pendidikan yang bakal melahirkan generasi baharu yang menguasai ilmu agama serta sains dan teknologi secara bersepadu untuk membolehkan mereka menerajui dakwah dalam persekitaran digital,” katanya. Beliau menambah, jumlah pengguna Internet telah melebihi 3 bilion penduduk dunia dan kadar penembusan internet dalam negara-negara Islam juga semakin meningkat, kaedah komunikasi [...]
110 warga USIM Jalin Ukhwah dengan Bank Islam melalui Kejohanan Bowling Muhibbah
NILAI, 7 Ogos 2019 - Seramai 110 warga USIM yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi USIM, Ketua-Ketua Jabatan, barisan para pegawai dan pengamal media telah menyertai Kejohanan Bowling Muhibbah anjuran Bank Islam yang berlangsung di The Bowlers Mesa Mall, Nilai. Menurut Puan Azizah Ahmad, Pengurus Cawangan Bank Islam Nilai, program seperti ini merupakan pertama kali dianjurkan bersama USIM bagi merapatkan silaturrahim dan sebagai penghargaan kepada USIM yang selama ini telah banyak menyokong dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan Bank Islam Cawangan Nilai. Manakala Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berkata, penganjuran kejohanan ini adalah sebagai tanda terima kasih dari pihak USIM bagi mengukuhkan lagi jalinan sedia ada dengan pihak Bank Islam. “Kejohanan Bowling ini walaupun nampak santai namun saya mewakili USIM amat berterima kasih kepada Bank Islam kerana sudi mennganjurkan program sebegini. Program ini juga boleh dianggap sebagai salam perkenalan antara warga USIM dan Bank Islam untuk terus bekerjasama dalam program yang akan datang,” katanya. Kejohanan ini menyaksikan sebanyak 23 pasukan bertanding bagi merangkul tiga tempat utama dan juara jatuhan pin paling banyak bagi kategori lelaki dan perempuan. Johan berkumpulan di menangi oleh Kumpulan Manis iaitu pengamal media Negeri Sembilan, manakala jatuhan mata pin paling banyak di menangi oleh Aiza Azrin Mohd Zain dari Jabatan……. kategori wanita, Mohammad Faiz Johari dari jabatan……. bagi kategori lelaki. Selain itu, Bank Islam juga turut menyediakan 6 tempat untuk cabutan bertuah. Turut serta kejohanan ini Dr Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, Puan Nor Azzah [...]
Timbalan Ketua Polis Negara Sampaikan Sijil Pegawai kepada 62 Siswa USIM
NILAI, 6 OGOS – Hari yang manis untuk dikenang oleh 62 orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menerima Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor. Penyampaian sijil ini diadakan bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Kali Ke-15, Tahun 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Ahad lalu (4 Ogos). Dalam majlis ini, pelatih Kor SUKSIS USIM merupakan sebahagian daripada 1167 pelatih Kor SUKSIS dari 19 buah Universiti Awam yang menerima sijil lantikan ini selepas berjaya menamatkan latihan kepolisan selama enam semester. Mengangkat tema ‘SUKSIS Cemerlang, PDRM Unggul’ bagi majlis pada tahun ini, ia dimulakan dengan perbarisan tamat latihan di Padang Kawad USM pada sebelah pagi diikuti dengan penyampaian sijil pentauliahan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis di Dewan Tuanku Syed Putra USM. Pentauliahan kumpulan (kohot) kesebelas Kor SUKSIS USIM pada tahun ini menjadikan seramai 636 Inspektor Sukarelawan Polis telah berjaya dilahirkan oleh USIM sejak pengambilan kumpulan sulung pada 2006. Pada majlis ini, tiga pelatih daripada USIM yang cemerlang turut menerima penghargaan daripada Timbalan Ketua Polis Negara. Penuntut Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, Mohamad Zaim Muslim (KS 82049) menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan manakala rakannya, Mohd Zulfiqar Jamudin (KS 82055) yang mengambil jurusan yang sama dipilih penerima Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar. Anugerah Pelatih Terbaik Akademik pula diterima oleh Jnur Asilawati Baha’uddin (KS 82088) yang mengikuti pengajian Fiqh dan Fatwa. Mohamad Zaim [...]
Kumpulan Atra USIM Naib Johan Festival Teater Negeri Sembilan
SEREMBAN – Kumpulan ATRA Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni, Pusat Kebudayaan USIM muncul Naib Johan Festival Teater Negeri Sembilan (FTNS) yang diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKNNS) baru-baru ini. Mereka turut memenangi 4 anugerah yang dipertandingkan iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sinografi Terbaik, Penata Cahaya Terbaik dan Penata Audio Terbaik. Pada kali ini, ATRA mementaskan karya Seni Bayan yang bertajuk Ba’da As Subhi bermaksud Sesudah Subuh. Naskhah tersebut dipilih kerana mempunyai mesej yang baik untuk disampaikan kepada masyarakat. Konflik timbul apabila empat orang banduan akhir cuba melupakan kematian, ketakutan, keresahan dan kegelisahan mereka apabila ada banduan dihukum gantung sampai mati pada setiap kali sesudah subuh. Bagi menghilangkan perasaan takut, mereka telah mencipta sejenis permainan yang dinamakan “Raja Hitam”. Namun hakikat sebenar mereka harus terima bahawa setiap daripada mereka tetap akan menemui Pencipta pada suatu hari nanti sesudah subuh. Fatin Nur Aqilah Isa Pengarah teater yang juga pelajar tahun 2, jurusan komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan berkata hasil ketekunan mengadakan latihan selama sebulan dan menempuhi pelbagai cabaran memberi pengalaman baharu memandangkan ini adalah buah tangan pertama dan tanggungjawab ini amat besar untuk digalas. Manakala menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed, penyertaan USIM pada festival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan skil dalam kerja produksi dan kejayaan mereka membawa pulang lima anugerah merupakan satu bonus dan penyuntik semangat untuk terus berkarya dan berdakwah khususnya dalam seni teater. ”Kumpulan ATRA juga mendapat bimbingan daripada Pengajar Seni Budaya USIM Aloeng Silalahi yang juga aktivitis [...]
Kayuhan Ukhuwah bersama Pro-Canselor di USIM capai matlamat
NILAI, 3 Ogos 2019 – Seramai 220 peserta menyertai program Kayuhan Ukhuwah Bersama Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz bertempat di USIM anjuran Kelab Rekreasi Aktiviti Lasak (KREAL) USIM. Kayuhan Ukhuwah ini bermula seawal jam 8 pagi dilepaskan bermula dari Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) oleh Pendaftar USIM, YBhg Dato Muhammad Haizuan Rozali pada jam 8 pagi dengan kerjasama Pasukan Polis Trafik yang mengawal dan mengiringi laluan kumpulan berbasikal dengan jarak keseluruhan kayuhan adalah sejauh 22 km. YAM Tunku Pro-Canselor berada di barisan hadapan bersama para peserta memulakan kayuhan dari KITM USIM-Bulatan Bomba Nilai-Mesamall-Nilai Spring-Taman Kasturi-Bulatan Persiaran-Bulatan MPN-Desa Kolej-Mesamall-Jln Nilai Spring-Taman Anggerik dan berakhir di garisan penamat di KITM di USIM. “Program kayuhan yang merupakan cetusan idea Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad diadakan bagi menggalakkan budaya aktiviti dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan warganya. Bagi menjadikan USIM sebagai universiti ’Mesra Basikal’ pada masa yang sama dapat menerapkan semangat kesukanan dalam satu pasukan melalui aktiviti riadah yang menjadi pilihan pada masa kini,” ujar Mohd Nadzir Abd Manaf selaku Pengarah Program. Tambahnya, program kayuhan ini disertai bukan sahaja warga USIM malahan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang luar serta pengamal media menyambut baik menyertai program ini bagi menyemarakkan aktiviti sukan berbasikal. Turut menyertai program kayuhan ini adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg Prof Dato’ Dr Roshada Hashim yang mewakili Naib Canselor bersama suami Prof Dr Rozhan Mohamed Idrus, YBhg. Dato’ Seri Ir [...]
Julai 2019
USIM melaksanakan Dasar Akses Terbuka
NILAI, 23 Julai 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila menjadi Universiti Awam pertama di Malaysia yang mewujudkan Dasar Akses Terbuka (Open Access) iaitu konsep perkongsian dan penyebaran maklumat secara atas talian secara percuma tanpa sekatan bagi meningkatkan jumlah akses kepada hasil penulisan dan penyelidikan warga USIM dalam pelbagai medium penerbitan. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM Prof Dato Dr Roshada Hashim berkata, Dasar Akses Terbuka telah digubal dan diluluskan didalam Mesyuarat Pengurusan Universiti Lembaga Pengarah Universiti pada 23 Mei 2019 lepas dengan melantik Jabatan Perpustakaan USIM selaku pihak yang bertanggungjawab memperkasa, memperkaya, memulihara dan menyebarluaskan khazanah intelektual universiti ini. “Objektif dasar ini adalah untuk menentukan hala tuju, prosedur serta tanggungjawab yang dimainkan oleh semua individu yang terlibat dengan inisiatif akses terbuka ini. Seterusnya, memberi penekanan kepada penulis, penyelidik serta jabatan yang terlibat tentang keperluan yang perlu dipatuhi serta memastikan setiap penulis, penyelidik serta jabatan yang terlibat memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab mereka selaras dengan polisi, peraturan, arahan dan prosedur yang diwujudkan”. Menurut Dato’ Roshada lagi, satu platform akses terbuka iaitu Sistem Repositori Penyelidikan akan dibangunkan untuk penulis dan penyelidik USIM memuat naik hasil penulisan dan penyelidikan mereka untuk capaian awam bagi kelestarian sejagat. Dengan adanya usaha ke arah pelaksanaan Akses Terbuka ini, USIM dijangka dapat menjayakan agenda universiti seperti yang dinyatakan dalam amanat Naib Canselor 2019 iaitu mengorak langkah yang lebih proaktif melalui pendekatan ke arah ‘universiti untuk masyarakat’ akan tercapai. Lantaran itu, ia juga akan memberi peluang kepada USIM menjalinkan kerjasama dengan pelopor [...]









