April 2019
USIM dan IRM bangunkan Projek Aqua Kampung Tagupi Laut, Sabah
LAHAD DATU, 7 April 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama sektor Water, Sanitation and Hygiene di bawah Islamic Relief Malaysia (IRM) berjaya menyiapkan Projek Aqua di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah. Projek Aqua yang dibina dengan kos berjumlah RM 20,000.00 akan memberi manfaat kepada 3000 orang penduduk Kampung Tagupi Laut yang terletak dikawasan Pantai Timur Sabah dalam daerah Lahad Datu iaitu kira-kira empat jam perjalanan dari Bandar Tawau. Projek Aqua digerakkan oleh mahasiswa USIM yang terlibat dengan program kesukarelawanan Gap Year bersama IRM. Ia tercetus atas niat murni bagi memastikan penduduk kampung mendapat sumber air bersih dan bebas daripada penyakit. Penyerahan rasmi projek ini kepada penduduk Kampung Tagupi Laut telah disempurnakan ini sendiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr Musa Ahmad dalam satu majlis yang berlangsung pada Ahad. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Projek Aqua akan memberi manfaat yang besar untuk penduduk. Ia mewujudkan sistem perpaipan yang bersistematik dari telaga ke kawasan penduduk, agrikultur dan masjid di samping meningkatkan kesedaran komuniti dalam aspek kebersihan dan sanitasi. "Kejayaan menyempurnakan Projek Aqua di Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah ini tidak akan berlaku tanpa sinergi erat USIM dan IRM dalam menjayakan program yang dipanggil Gap Year Volunterism USIM. USIM dan IRM berhasrat untuk membantu komuniti Kampung Tagupi Laut supaya bergerak seiring dengan arus perdana perkembangan ekonomi di Sabah". "Justeru, projek Aqua ini merupakan salah satu inisiatif bagi komuniti mendapat bekalan asas iaitu air bersih yang mampu meningkatkan taraf hidup setempat. Kita menyedari proses membasmi kemiskinan di Sabah punyai [...]
”Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi”, tingkat kesedaran pendidikan khas gologan OKU
NILAI, 6 April 2019- Seminar “Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi” dengan hastag #anaksyurgakusahamakhirat telah diadakan pada 6 April di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dengan kehadiran seramai lebih 150 peserta. Program ini merupakan anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dengan kerjasama Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM). Rata – rata tetamu dan peserta yang hadir adalah dari kalangan ibu bapa, guru pendidikan khas dan pelajar fisioterapi KPJ Healthcare University College. Ia merupakan satu aktiviti yang memberi perkongsian bermanfaat buat masyarakat khususnya ibubapa dan penjaga dalam mengendalikan anak-anak istimewa supaya dapat memperkembangkan potensi diri golongan istimewa ini. Antara objektif program ini adalah memberi peluang kepada semua pihak untuk berkolaborasi dan mengambil bahagian dalam pendidikan anak-anak istimewa termasuklah komuniti. Selain itu, menjelaskan bahawa komitmen yang tinggi daripada ibubapa dan keluarga berkaitan penjagaan kanak-kanak istimewa tersebut, pendidikan, sokongan serta penglibatan semua pihak dapat membantu anak-anak istimewa meningkatkan perkembangan serta kemahiran mereka melalui peluang pendidikan yang disediakan. Program yang dirasmikan oleh YB. Pn Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Exco Dan ADUN Kepayang. “Kerajaan akan berusaha mewujudkan polisi khusus untuk golongan kurang upaya dan kerjasama seperti ini harus diteruskan supaya ada kesedaran dalam kalangan rakyat”, ucap beliau. Tn Hj Norakyairee Mohd Raus selaku Koordinator Unit Penyelidikan Ibnu UMMI Maktum (UMMI) USIM memulakan sesi pertama yang bertajuk “OKU vs OKAY YOU” .Manakala bagi sesi kedua pula bertajuk “Merancang Keperluan Anak Berpendidikan Khas” oleh Prof Madya Dr Hasnah Toran selaku Pengarah, [...]
USIM tonjol persembahan seni adat Negeri Sembilan, Hiasi Malam ATS 2018
NILAI,30 Mac 2019 – Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang berpresetij ini turut dipersembahkan dengan seni adat Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Perkusi yang dibarisi oleh enam orang pelajar dan dihiasi dengan alunan koir dari Kumpulan Vokal Essemble oleh Pusat Kebudayaan USIM. USIM juga turut memperkenalkan persembahan Nasyid Tanpa Suara dari Kumpulan SaF al-Isharah oleh Sekretariat Sahabat FAQEH USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak İstimewa. Kumpulan ini menyampaikan persembahan dan mesej dakwah kepada komuniti Pekak melalui Bahasa İsyarat Malaysia, ekspresi muka dan bahasa tubuh. Sementara itu, YB Dr Mazlee dalam ucapan beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah dengan persembahan Kebudayaan yang ditonjolkan oleh USIM, membuktikan selain di medan pendidikan USIM seiring dengan pementasan kebudayaan yang mempersembahkan kehalusan seni budaya adat di Negeri Sembilan. Menurut Encik Nasrul Hakim Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana ATS bagi pihak USIM berkata, jutaan terima kasih atas peluang yang diberi kepada USIM dipilih sebagai tuan pada kali ini di mana penganjurannya yang menuntut komitmen jitu Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan USIM itu menyaksikan penglibatan optimum siswa USIM dalam segenap aspek dari perancangan dan pelaksanaannya sehinggalah selesai majlis selain menonjolkan warisan budaya Negeri Sembilan yang unik. Penglibatan optimum siswa USIM bukan sekadar penghias majlis tetapi turut sama merancang dan menyumbang idea serta berpeluang pula merealisasikan idea mereka. ”Warisan budaya Negeri Sembilan pula [...]
Ambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembakaran terbuka
Semua pihak berkuasa yang berkaitan khususnya pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu giat melakukan proses pemantauan terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dijalankan didalam negara kita. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang buruk akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan khususnya di musim panas dan kemarau panjang yang sedang dialami oleh negara kita pada masa kini. Cuaca panas dan kemarau yang sedang dialami Malaysia ketika ini dikatakan akibat daripada perubahan monsun. Secara umumnya, cuaca di Malaysia dicorakkan oleh dua rejim monsun utama iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut akan membawa kepada hujan lebat terutamanya kepada negeri – negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering. Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun. Memandangkan cuaca panas dan kemarau yang sedang dialami ini, adalah penting untuk semua pihak memberi kerjasama serta tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan cuaca dan alam sekeliling dalam negara kita dengan melakukan sebarang aktiviti yang memudaratkan dan ini termasuklah untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Pelbagai implikasi buruk yang boleh berlaku sekiranya orang ramai melakukan aktiviti pembakaran terbuka terutamanya ketika negara kita sedang melalui musim panas dan kemarau. Memandangkan keadaan sekeliling berada dalam keadaan kering, sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan pada masa kini akan mengundang risiko tinggi untuk berlakunya pembakaran secara [...]
Penerbit USIM menang Anugerah Buku Negara 2019
KUALA LUMPUR, 2 April 2019– Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2019 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Dakwah) yang bertajuk Dakwah Askari di Malaysia hasil penulisan Burhanuddin Jalal. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan semalam. Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April ini. Hadiah berupa plak dan sijil telah diterima oleh penulis sendiri dan Ketua Penerbit USIM, Puan Hariza Mohd Yusof selaku wakil penerbit. Majlis yang diadakan ini bertujuan menghargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industri perbukuan. Mewakili USIM, Puan Hariza berkata kemenangan ini akan menjadi galakan dan dorongan buat penerbit dan penulis untuk terus menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk dijadikan bahan rujukan dan legasi warisan generasi akan datang. Buku terbitan 2018 ini mengupas bagaimana penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam usaha untuk mengembangkan perkhidmatan agama sebagai organisasi dalam satu bentuk kor di bawah perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Buku ini turut menyentuh perkembangan pengurusan hal ehwal Islam dalam ATM serta menyentuh usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh KAGAT. Penerbit USIM merupakan penerbit universiti di bawah Universiti Awam (UA) yang menerbitkan buku ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre. Salah satu bidang yang khusus adalah dalam bidang integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Disediakan oleh: Bahagian Penerbitan USIM Disemak oleh: Pusat [...]
USIM tonjol persembahan seni adat tradisi Negeri Sembilan, Hiasi Malam ATS 2018
NILAI, 30 Mac 2019 – Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang berpresetij ini dihadiri jemputan dari wakil pelajar Institut Pengajian Tinggi telah dipersembahkan dengan persembahan kesenian dan adat tradisi Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Caklempong dan Kumpulan Perkusi serta diiringi dengan alunan koir dari Kumpulan Vokal Essemble oleh Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan Caklempong USIM merupakan salah satu niche area Pusat Kebudayaan USIM selain beberapa kumpulan muzik yang lain seperti Kumpulan Perkusi dan Bachelors. Kumpulan Caklempong ini juga merupakan kumpulan muzik yang turut menghiasi Majlis Adat Istiadat Konvokesyen USIM, serta turut aktif mendapat jemputan luar bagi majlis majlis keraian. Pusat Kebudayaan USIM pernah memenangi Johan pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018 atas keunikan tersendiri menggabung jalin lagu moden dengan irama muzik Caklempong dan anugerah Gong Kencana di malam Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung di UPSI, selain turut serta program antarabangsa iaitu program silang budaya di Indonesia. Tidak ketinggalan, USIM juga turut memperkenalkan persembahan Nasyid Tanpa Suara dari Kumpulan SaF al-Isharah oleh Sekretariat Sahabat FAQEH USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak İstimewa. Kumpulan ini menyampaikan persembahan dan mesej dakwah kepada komuniti Pekak melalui Bahasa İsyarat Malaysia, melalui ekspresi muka dan bahasa tubuh. Kumpulan ini merupakan niche area Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) dan aktif dalam menyertai persembahan program OKU Berdoa anjuran USIM. Pada [...]
ATS 2018 berlangsung gemilang, Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 milik mahasiswa UTM
NILAI, 1 April 2019 - Muhammad Syafik Rahmat, 24, dari Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) telah dinobat sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan, menerima Anugerah Menteri Pendidikan di Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2018 yang berlangsung pada 30 Mac bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis yang berlangsung penuh gemilang di USIM telah disempurnakan oleh YB. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia juga telah menyampaikan sendiri anugerah utama tersebut kepada Muhammad Syafik yang membawa pulang RM3,000, trofi dan sijil selain turut menerima Anugerah Pemimpin Program Sukan semalam. Muhammad Syafik yang turut menerima Anugerah Pemimpin Program Sukan diberikan pengiktirafan atas kepemimpinannya semasa menjadi presiden mahasiswa Johor dan penganjuran Global Outreach Programme, GOP@Europe (Parlon’16-London, Paris, Amsterdam, Milan) dan Global Outreach Programme@China. Beliau yang masih menuntut di tahun akhir mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan) pernah memenangi Anugerah Pemimpin Program Sukan Terbaik 2019 di UTM selain merupakan penerima Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik dan Anugerah Naib Canselor Tokoh Pembangunan Mahasiswa UTM 2016. "Kemenangan ini merupakan satu amanah yang cukup besar untuk saya terus memberikan inspirasi kepada mahasiswa lain dan komuniti. Pengiktirafan yang diberikan juga pemangkin semangat untuk saya terus bekerja keras untuk berkhidmat pada masyarakat semampu yang boleh," ucapnya ketika ditemui. Beliau turut mengakui ATS telah menghargai usaha dan pengorbanan mahasiswa yang telah berkhidmat kepada komuniti secara tidak langsung penganjurannya boleh memberi motivasi kepada mahasiswa untuk menggerakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus mampu melahirkan pemimpin mahasiswa yang holistik seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. "Jangan terlalu berkira untuk mengorbankan [...]
Mac 2019
Pasukan debat Bahasa Arab kekal positif asah skil debat
Syabas diucapkan buat pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)! Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) memberi kejayaan baharu buat pasukan pendebat USIM. Empat penuntut USIM iaitu Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi (Fakulti Syariah dan Undang-undang), Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha (Fakulti Pengajian Bahasa Utama) telah dinobatkan sebagai johan mengalahkan pendebat University Calgary, Canada. Mereka bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti malah Malaysia. Pasukan di bawah didikan En. Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa Pusat Pengajian Teras (PPT) nyata telah mencipta kejayaan berganda apabila Muhammad Muzakkir dan Suwaibah tersenarai sebagai pendebat di ranking pertama dan kedua keseluruhan. Manakan tidak, ia secara tidak langsung merekodkan satu kejayaan besar buat USIM pada permulaan tahun 2019. Justeru, mari kenali pendebat-pendebat muda ini melalui rangkuman temu bual yang disediakan. Q1 Menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa sebagai pasukan pendebat bukan penutur asli bahasa Arab, boleh anda ceritakan bagaimana ianya bermula? Muzakkir : Sejak dari sekolah menengah lagi saya terlibat dalam debat, tetapi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu, saya sertai debat Bahasa Arab Intertamhidi USIM dan bermula dari itu, saya mula menyertai debat Naib Canselor Bahasa Arab seterusnya saya diserap ke kelab debat Bahasa Arab USIM dan mewakili USIM di beberapa pertandingan seperti Pertandingan Ihtifal ASEAN, Debat Mahrajan UM dan Debat Maalhijrah UIA. Adam : Saya terlibat dalam debat Bahasa Arab sejak tahun satu di USIM yang mana permulaannya sebagai pemain simpanan dalam Pertandingan [...]
USIM hulur bantuan prasarana bina telaga air bersih, Ringan beban mangsa tsunami Banten
BANTEN, 29 Mac 2019 - Susulan gempa bumi yang melanda kawasan Selat Sunda pada 22 Disember 2018 lalu dengan skala 5 magnitud menyebabkan kematian dan kerosakan di beberapa daerah yang terlibat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpanggil untuk mengadakan misi bantuan pasca tsunami Banten dengan membina telaga air bersih kepada enam buah kampung untuk kegunaan masyarakat di sana. Delegasi yang diketuai oleh Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bersama 14 pengurusan USIM turut melibatkan yang lain antaranya doktor perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, pensyarah pakar aqidah serta sukarelawan. Antara bantuan yang dihulurkan USIM adalah bagi menggerakkan projek pembinaan sumber air bersih, perawatan trauma dan kebersihan gigi bagi kanak-kanak, serta ceramah pemantapan aqidah dan malapetaka dalam perspektif Islam. Projek kemanusiaan ini merupakan libatsama oleh Pusat Libatsama Komuniti dan Jaringan Industri USIM (PLiMJI), USIM dengan kerjasama Universitas Mathla'ul Anwar (UNMA) dan Mathla'ul Anwar Care. Menurut Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, sebagai rakan strategik bersama UNMA, misi kemanusiaan ini dilihat sebagai kerjasama erat antara dua negara. Sebagai permulaannya USIM bantu dari segi penyediaan air bersih bagi penduduk kampung yang terlibat, dan selepas ini akan ada lebih kerjasama sinergi dalam bidang pendidikan dan peluang yang diberi kepada USIM diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat bukan sahaja di Malaysia tapi juga di peringkat antarabangsa. ”USIM turut membawa kumpulan kepakaran dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakutli Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) untuk bersama turun padang santuni masyarakat dengan memberi khidmat rawatan kesihatan, khidmat kaunseling dan akidah”. [...]
Tragedi Christchurch: Apa sikap kita sebagai umat Islam?
Tragis! Satu kalimah yang boleh diungkap bagi menggambarkan tragedi pembunuhan kejam terhadap umat Islam di Christchurch, New Zealand ketika menunaikan solat Jumaat beberapa hari yang lalu. Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kerakusan Brenton Tarrant, se orang pengganas berhaluan paling kanan (neo-Nazi ) yang merupakan rakyat Australia ini, tapi 49 nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di tiga buah masjid berlainan. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? ‘Dosa’ mereka hanyalah kerana mereka itu beragama Islam dan pembunuhnya pula adalah se orang individu yang sangat membenci Islam dan penganutnya. Peristiwa hitam itu turut dirakam secara langsung oleh pembunuh ini bagi menyampaikan mesej kebenciannya kepada Islam dan penganutnya kepada dunia dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama pembunuhan. Namun begitu, menurut beberapa pemimpin Islam di New Zealand, serangan yang berlaku tidak menggambarkan sikap sebenar New Zealand dan penduduknya meskipun majoriti mereka beragama Kristian. Bahkan sebahagian penduduk Kristian, berdasarkan satu laporan turut mengawal masjid-masjid di New Zealand khususnya di kawasan terbabit bagi menjaga keselamatan umat Islam yang melakukan ibadat. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand sendiri mengutuk serangan ini dan menganggapnya sebagai satu serangan pengganas paling buruk dalam sejarah New Zealand. Menurut mereka lagi umat Islam sudah lama bertapak di New Zealand dan mereka tidak pernah mengalami apa-apa masalah sebelum ini. Berdasarkan sejarah kedatangan umat Islam ke New Zealand, ia bermula dengan kedatangan pencari gali emas Muslim China pada 1870-an. Sejumlah kecil pendatang Muslim dari India dan [...]









