Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2019

USIM tonjol persembahan seni adat tradisi Negeri Sembilan, Hiasi Malam ATS 2018

NILAI, 30 Mac 2019  ­–  Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang berpresetij ini dihadiri jemputan dari wakil pelajar Institut Pengajian Tinggi telah dipersembahkan dengan persembahan kesenian dan adat tradisi Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Caklempong dan Kumpulan Perkusi serta diiringi dengan alunan koir dari Kumpulan Vokal Essemble oleh Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan Caklempong USIM merupakan salah satu niche area Pusat Kebudayaan USIM selain beberapa kumpulan muzik yang lain seperti Kumpulan Perkusi dan Bachelors. Kumpulan Caklempong ini juga merupakan kumpulan muzik yang turut menghiasi Majlis Adat Istiadat Konvokesyen USIM, serta turut aktif mendapat jemputan luar bagi majlis majlis keraian. Pusat Kebudayaan USIM pernah memenangi  Johan pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018 atas keunikan tersendiri menggabung jalin lagu moden dengan irama muzik Caklempong dan anugerah Gong Kencana di malam Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung di UPSI, selain turut serta program antarabangsa iaitu program silang budaya di Indonesia. Tidak ketinggalan, USIM juga turut memperkenalkan persembahan Nasyid Tanpa Suara dari Kumpulan SaF al-Isharah oleh Sekretariat Sahabat FAQEH USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak İstimewa. Kumpulan ini menyampaikan persembahan dan mesej dakwah kepada komuniti Pekak melalui Bahasa İsyarat Malaysia, melalui ekspresi muka dan bahasa tubuh. Kumpulan ini merupakan niche area Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) dan aktif dalam menyertai persembahan program OKU Berdoa anjuran USIM. Pada [...]

ATS 2018 berlangsung gemilang, Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 milik mahasiswa UTM

NILAI, 1 April 2019 - Muhammad Syafik Rahmat, 24, dari Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) telah dinobat sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan, menerima Anugerah Menteri Pendidikan di Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2018 yang berlangsung pada 30 Mac bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis yang berlangsung penuh gemilang di USIM telah disempurnakan oleh YB. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia juga telah menyampaikan sendiri anugerah utama tersebut kepada Muhammad Syafik yang membawa pulang RM3,000, trofi dan sijil selain turut menerima Anugerah Pemimpin Program Sukan semalam. Muhammad Syafik yang turut menerima Anugerah Pemimpin Program Sukan diberikan pengiktirafan atas kepemimpinannya semasa menjadi presiden mahasiswa Johor dan penganjuran Global Outreach Programme, GOP@Europe (Parlon’16-London, Paris, Amsterdam, Milan) dan Global Outreach Programme@China. Beliau yang masih menuntut di tahun akhir mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan) pernah memenangi Anugerah Pemimpin Program Sukan Terbaik 2019 di UTM selain merupakan penerima Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik dan Anugerah Naib Canselor Tokoh Pembangunan Mahasiswa UTM 2016. "Kemenangan ini merupakan satu amanah yang cukup besar untuk saya terus memberikan inspirasi kepada mahasiswa lain dan komuniti. Pengiktirafan yang diberikan juga pemangkin semangat untuk saya terus bekerja keras untuk berkhidmat pada masyarakat semampu yang boleh," ucapnya ketika ditemui. Beliau turut mengakui ATS telah menghargai usaha dan pengorbanan mahasiswa yang telah berkhidmat kepada komuniti secara tidak langsung penganjurannya boleh memberi motivasi kepada mahasiswa untuk menggerakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sekaligus mampu melahirkan pemimpin mahasiswa yang holistik seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. "Jangan terlalu berkira untuk mengorbankan [...]

Mac 2019

Pasukan debat Bahasa Arab kekal positif asah skil debat

Syabas diucapkan buat pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)! Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) memberi kejayaan baharu buat pasukan pendebat USIM. Empat penuntut USIM iaitu Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi (Fakulti Syariah dan Undang-undang), Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha (Fakulti Pengajian Bahasa Utama) telah dinobatkan sebagai johan mengalahkan pendebat University Calgary, Canada. Mereka bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti malah Malaysia. Pasukan di bawah didikan En. Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa Pusat Pengajian Teras (PPT) nyata telah mencipta kejayaan berganda apabila Muhammad Muzakkir dan Suwaibah tersenarai sebagai pendebat di ranking pertama dan kedua keseluruhan. Manakan tidak, ia secara tidak langsung merekodkan satu kejayaan besar buat USIM pada permulaan tahun 2019. Justeru, mari kenali pendebat-pendebat muda ini melalui rangkuman temu bual yang disediakan. Q1 Menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa sebagai pasukan pendebat bukan penutur asli bahasa Arab, boleh anda ceritakan bagaimana ianya bermula? Muzakkir : Sejak dari sekolah menengah lagi saya terlibat dalam debat, tetapi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu, saya sertai debat Bahasa Arab Intertamhidi USIM dan bermula dari itu, saya mula menyertai debat Naib Canselor Bahasa Arab seterusnya saya diserap ke kelab debat Bahasa Arab USIM dan mewakili USIM di beberapa pertandingan seperti Pertandingan Ihtifal ASEAN, Debat Mahrajan UM dan Debat Maalhijrah UIA. Adam : Saya terlibat dalam debat Bahasa Arab sejak tahun satu di USIM yang mana permulaannya sebagai pemain simpanan dalam Pertandingan [...]

USIM hulur bantuan prasarana bina telaga air bersih, Ringan beban mangsa tsunami Banten

BANTEN, 29 Mac 2019 -  Susulan gempa bumi  yang melanda kawasan Selat Sunda pada 22 Disember 2018 lalu dengan skala 5 magnitud menyebabkan kematian dan kerosakan di beberapa daerah yang terlibat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpanggil untuk mengadakan misi bantuan pasca tsunami Banten dengan membina telaga air bersih kepada enam buah kampung untuk kegunaan masyarakat di sana. Delegasi yang diketuai oleh Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bersama 14 pengurusan USIM turut melibatkan yang lain antaranya doktor perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, pensyarah  pakar aqidah  serta sukarelawan. Antara bantuan yang dihulurkan USIM adalah bagi menggerakkan projek pembinaan sumber air bersih, perawatan trauma dan kebersihan gigi bagi kanak-kanak, serta ceramah pemantapan aqidah dan  malapetaka dalam perspektif Islam. Projek kemanusiaan ini merupakan libatsama oleh Pusat Libatsama Komuniti dan Jaringan Industri USIM (PLiMJI), USIM dengan kerjasama Universitas Mathla'ul Anwar (UNMA) dan Mathla'ul Anwar Care. Menurut Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, sebagai rakan strategik bersama UNMA, misi kemanusiaan ini dilihat sebagai kerjasama erat antara dua negara. Sebagai  permulaannya USIM bantu dari segi penyediaan air bersih bagi penduduk kampung yang terlibat, dan selepas ini akan ada lebih kerjasama sinergi dalam bidang pendidikan dan peluang yang diberi kepada USIM diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat bukan sahaja di Malaysia tapi juga di peringkat antarabangsa. ”USIM turut membawa kumpulan kepakaran dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakutli Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) untuk bersama turun padang santuni masyarakat dengan memberi khidmat rawatan kesihatan, khidmat kaunseling dan akidah”. [...]

Tragedi Christchurch: Apa sikap kita sebagai umat Islam?

Tragis! Satu kalimah yang boleh diungkap bagi menggambarkan tragedi pembunuhan kejam terhadap umat Islam di Christchurch, New Zealand ketika menunaikan solat Jumaat beberapa hari yang lalu. Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kerakusan Brenton Tarrant, se orang pengganas berhaluan paling kanan (neo-Nazi ) yang merupakan rakyat Australia ini, tapi 49 nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di tiga buah masjid berlainan. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? ‘Dosa’ mereka hanyalah kerana mereka itu beragama Islam dan pembunuhnya pula adalah se orang individu yang sangat membenci Islam dan penganutnya. Peristiwa hitam itu turut dirakam secara langsung oleh pembunuh ini bagi menyampaikan mesej kebenciannya kepada Islam dan penganutnya kepada dunia dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama pembunuhan. Namun begitu, menurut beberapa pemimpin Islam di New Zealand, serangan yang berlaku tidak menggambarkan sikap sebenar New Zealand dan penduduknya meskipun majoriti mereka beragama Kristian. Bahkan sebahagian penduduk Kristian, berdasarkan satu laporan turut mengawal masjid-masjid di New Zealand khususnya di kawasan terbabit bagi menjaga keselamatan umat Islam yang melakukan ibadat. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand sendiri mengutuk serangan ini dan menganggapnya sebagai satu serangan pengganas paling buruk dalam sejarah New Zealand. Menurut mereka lagi umat Islam sudah lama bertapak di New Zealand dan mereka tidak pernah mengalami apa-apa masalah sebelum ini. Berdasarkan sejarah kedatangan umat Islam ke New Zealand, ia bermula dengan kedatangan pencari gali emas Muslim China pada 1870-an. Sejumlah kecil pendatang Muslim dari India dan [...]

Di sebalik hukuman rotan terhadap pesalah lesbian

Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali hukuman rotan dilaksanakan di khalayak ramai. Hukuman rotan sebanyak enam kali ke atas dua wanita yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 8 April tahun lalu. Hukuman itu dijalankan di bilik mahkamah, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie. Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh secara berturut-turut mengambil masa tidak sampai 3 minit setiap seorang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (lesbian). Hukuman Bukan Untuk Menzalimi Matlamat utama bagi setiap hukuman dalam Islam adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar menginsafi perbuatannya yang bercanggah dengan hukum agama. Selain dari itu pengajaran juga dapat diperolehi oleh orang ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut. Melihat kepada kaedah dan cara perlaksanaan hukuman yang dilaksanakan, sangat jelas bahawa hukuman tersebut bukan untuk menyiksa atau menyakiti pesalah tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan keinsafan agar tidak mengulangi perbuatan yang bercanggah dengan hukum syara’. Ini terbukti apabila tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, bahkan semasa setiap kali hayunan rotan singgah di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran. Ini kerana pegawai penjara perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh. Jelas sekali dalam perlaksanaan hukum syara’ terdapat rahmat di dalamnya. Tepat sekali apa yang sering diuar-uarkan [...]

150 peserta terima Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2019

NILAI, 28 Mac 2019 – Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) kali ke-10. Seramai 150 peserta terdiri daripada 93 lelaki dan 57 wanita terdiri dari pelbagai latarbelakang berjaya menamatkan pengajian mereka yang berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac 2019 sehingga hari ini. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof Dato Dr Siddiq Hj Fadzil. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Jabatan Haji) dalam ucapannya berkata TH mendukung inisiatif Key Performance Indicator (KPI) Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia Baru yang telah dilancarkan pada 7 Januari 2019, dimana kluster ke lima (5) Pengurusan Haji, meningkatkan model pengurusan Haji menjadi no. 1 di dunia dan program pengajian SPIH menuju objektif untuk mendapatkan keseragaman mutu perkhidmatan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA). Dengan ini akan melayakkan mereka menjadi Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) melalui latihan formal dan professional dikendalikan sebuah institusi pendidikan tinggi berasaskan pengajian Islam melalui teknik terkini bagi membimbing bakal haji di tanah air dan di tanah suci”. “Sejak dimulakan pada tahun 2009, TH telah mewar-warkan bahawa program ini akan menjadi pra-syarat kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk bertugas sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS). TH memutuskan bahawa, pra-syarat ini telah dikuatkuasakan mulai Musim Haji 1439H”, jelas beliau lagi. Manakala menurut Prof Madya Dr Faizal Kasmani, [...]

Summit Hotel & Resort, hotel Pertama jalin kerjasama dengan USIM  

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Summit Hotel & Resorts (SHR) yang dianjurkan oleh Pusat Libatsama Masyarakat Dan Jaringan Industri (PLMJI), USIM. Summit Hotel & Resorts (SHR) merupakan hotel pertama yang menandatangani MoU bersama USIM di sepanjang penubuhan USIM. MoU di tandatangani oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad manakala pihak Summit Hotel & Resorts (SHR) diwakili oleh Pengerusi Kumpulan Summit Hotel & Resort (SHR), Dato’ Abdul Rahman Harun. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia untuk memeterai dan menandatangani memorsandum persefahaman (MoU) bersama Kumpulan Summit Hotel & Resorts (SHR)”, ucap Dato’ Abdul Rahman Harun. MoU ini dijalankan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dan pembangunan ummah dan masyarakat. Ini merupakan salah satu inisiatif USIM untuk merapatkan institusi pendidikan tinggi bersama pihak industri yang merupakan entiti penting dalam menjayakan agenda masyarakat. Kerjasama ini telah memberikan kelebihan kepada pihak USIM kerana Summit Hotel & Resorts (SHR) akan menyumbangkan wakaf tunai sebanyak 5% kepada USIM dari keuntungan yang diperoleh. Selain itu pihak pengurusan hotel juga menawarkan untuk menerima pelajar USIM bagi tujuan penempatan latihan   industry serta sangkutan industri (attachment) untuk staf dan pelajar USIM di semua rangkaian SHR. Demi menjaga hubungan kerjasama ini pihak USIM juga akan berusaha untuk membantu dari segi pertukaran/perkongsian kepakaran dengan industri dan seterusnya menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ummah. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad menzahirkan rasa berterima kasih kepada pihak Kumpulan Summit Hotels & Resorts Sdn. Bhd. (SHR) dan berharap [...]

Pendebat USIM Johan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar

DOHA, 20 Mac 2019 – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti dan Malaysia apabila dinonatkan sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar yang diumumkan keputusannya sebentar tadi. Pendebat Bahasa Arab USIM dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi, Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha. Muhammad Muzakkir dan Adam merupakan penuntut jurusan Undang-undang dan Syariah manakala Hamidah dan Suwaibah mengambil jurusan Bahara Arab. Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab, pendebat USIM beraksi cemerlang diperingkat saringan apabila menewaskan pasukan debat dari University of Utah, (Amerika); University of Kerala (India); University New York (Amerika); Islamic University of Maldives (Maldives) dan European Institute of Human Science (German). Pasukan USIM mengesahkan kemaraan ke pentas akhir apabila menewaskan pendebat Meridian Atuluku University, Turkey diperingkat separuh akhir sebelum cemerlang di pentas akhir mengalahkan pendebat University Calgary, Canada untuk muncul johan. “Kejayaan ini dapat menebus kekecewaan USIM apabila hanya merangkul naib johan dalam kejohanan ini pada 2017. Kami berjaya mengekalkan momentum persembahan dan fokus terbaik pada setiap perlawanan dari peringkat awal sehingga akhir". "Tekanan itu memang ada tetapi kami dapat mengawalnya hasil latihan intensif individu dan berkumpulan, pembacaan, perlawanan debat persahabatan dan pengalaman menyertai pertandingan debat sebelum ini “Ini kejayaan yang manis bagi kami dan jurulatih, Encik Ahmad Norsyafwan Norwavi dan terima kasih kepada Pengurusan Universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan rakan-rakan Kelab Debat USIM atas doa dan sokongan yang diberikan” ujar Muhammad Muzakkir selaku ketua pasukan. Sebagai juara, pendebat USIM menerima hadiah [...]

USIM rai kepulangan Pasukan Debat, Johan IUADC di Doha

NILAI, 22 Mac 2019 – Kepulangan Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) yang dibarisi oleh empat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi, Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha disambut ceria oleh Pengurusan Universiti dan rakan-rakan pelajar sewaktu keluar dari balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. USIM diketuai oleh Naib Canselor, YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg Prof Madya Dr Rushdan Jailani bersama-sama Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Dr Hayati Ismail bersama Dr Fauziah Hassan dan Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Dr Nurkhamimi Zainuddin dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Arif  Fahmi Md. Yusof bersama wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar USIM ceria meraikan kepulangan wira dan wirawati pendebat USIM dan jurulatih debat. “Ini merupakan satu kejayaan manis buat USIM. Diharapnya kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada pelajar yang lain supaya dapat mengekalkan momentum sebegini dalam menyertai mana-mana pertandingan. Kejayaan ini telah menunjukkan pelajar USIM ada bakat tersendiri selain patut terus konsisten dan sasarkan untuk hasil yang lebih baik,” ujar YBhg Prof Madya Dr Rushdan Jailani. Tambahnya lagi, USIM mengetengahkan model GIINA iaitu model Graduan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang merangkumi tiga elemen, holistik, berkeusahawanan dan keseimbangan menyerlahkan kebolehan lain pelajar USIM yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tetapi boleh tampil hebat dalam pengucapan awam. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad pula ketika ditemui berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar USIM dan [...]

Go to Top