Oktober 2017
Pertemuan USIM bersama pejabat Atase Kebudayaan Kedutaan Oman
NILAI, 6 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan dengan Atase Kebudayaan Kedutaan Oman, Tuan Salam Yahya Al Mandhari di Kuala Lumpur. Delegasi USIM ini diketuai oleh Naib Canselor sendiri iaitu Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dekan Pusat Pengajian Siswazah bersama pegawai kanan universiti dan Pejabat Atase Kebudayaan Oman. Pertemuan ini diatur adalah susulan isu semasa berkaitan keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman melarang pelajarnya melanjutkan pengajian di empat buah universiti tempatan termasuk USIM. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang mesra dan muhibah hasil hubungan erat dan mesra USIM dengan Kedutaan Oman yang sedia terjalin selama ini. Kesudian pihak pihak Atase Kebudayaan menerima kunjungan yang diaturkan hasil inisiatif USIM ini menunjukkan hasrat baik kedua-dua pihak untuk berbincang isu yang berbangkit ini secara kolektif dan inklusif. Di dalam pertemuan ini, Naib Canselor melahirkan rasa dukacita dengan isu yang timbul dan universiti mengakui larangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Oman ini menjejaskan reputasi dan imej universiti selain menimbulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran negatif oleh pelbagai pihak. USIM menerima peningkatan kemasukan pelajar dari Oman saban tahun sejak 2014 dan ini sekaligus menunjukkan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman dan minat yang tinggi dari pelajarnya untuk melanjutkan pengajian di sini. Larangan semasa yang dikeluarkan ini tidak menjejaskan 126 pelajar Oman yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang di USIM. Melalui penjelasan yang diberikan, larangan ini dibuat terhadap USIM tidak [...]
Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 12: Harapan belanjawan 2018
Di dalam artikel-artikel yang saya pernah saya tulis sebelum ini, fokus utama yang sering ditekankan ialah tentang perancangan kewangan individu di mana setiap individu perlu merancang belanjawan mereka untuk memastikan kewangan individu dan keluarga adalah mampan dalam kehidupan seharian dan keperluan masa akan datang. Kita semua mempunyai keinginan tetapi tidak semua keperluan dan kehendak kita boleh dipenuh pada sesuatu masa dan keutamaan untuk memenuhi mereka bergantung kepada samada ianya ialah barangan keperluan (Dharuriyyat) , kehendak(Hajiyyat) atau kemewahan(Tahsiniyyat). Keperluan asasi perlu kita penuhi sebelum kita memenuhi tingkat keinginan yang seterusnya iaitu kehendak dan kemewahan. Kebolehan kita untuk memenuhi tingkat-tingkat keinginan itu bergantung kepada jumlah pendapatan dan juga corak perbelanjaan yang kita akan perolehi di dalam masa setahun akan datang. Jika kita mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dari perbelanjaan maka kita akan mempunyai belanjawan yang surplus dan jika sebaliknya maka kita akan memperolehi beanjawan defisit. Belanjawan yang dilakukan oleh kita pada setiap tahun atau bulanan ini juga di lakukan oleh syarikat perniagaan dan juga negara. Pada 27 Oktober akan datang, Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan membentangkan Bajet 2018 negara dan pembentangan ini perlu di tunggu-tunggu oleh setiap rakyat Malaysia kerana ianya akan memberikan kesan kepada tingkatan ekonomi kita sebagai pengguna, penjawat awam dan rakyat Malaysia secara amnya dan juga memberikan peluang-peluang baharu kepada peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur tempatan. Seperti bajet yang sering kita laksanakan untuk keluarga, belanjawan negara juga bergantung kepada pendapatan dan perbelanjaan akan datang. Jika pendapatan negara [...]
Tradisi Dipelihara Inovasi Membara
Inovasi menjana kemajuan sesebuah negara dan tamadun, inovasi melahirkan golongan cendikiawan sejak zaman Rasulullah, kemudian tercetusnya Revolusi Industri Eropah. Apa yang dikesali, inovasi turut menyumbang kepada kemusnahan kepada manusia sejagat dan alam sekitar jika tidak terdapat mekanisma kawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Semangat berinovasi sangat digalakkan apabila melihat kepada sumbangan impak positif kepada perkembangan kemajuan sesebuah tamadun dan negara dalam konteks moden. Namun, suatu mekanisma kawalan atau garispanduan perlu diberi penekanan bagi memastikan keharmonian sejagat daripada cetusan inovasi yang dihasilkan. Tradisi sesebuah masyarakat merupakan salah satu panduan yang boleh ditelusuri bagi membendung inovasi yang menjurus kepada kemusnahan sejagat yang jelas semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau sesuatu pihak. Kesedaran melalui Pendidikan kepada memelihara tradisi yang baik, yang memberi manfaat dan melahirkan masyarakat beretika perlu menjadi agenda utama dalam usaha membendung gejala inovasi negatif. Jika tradisi dipelihara, inovasi membara pasti impak kemajuan adalah harmoni dan mapan. Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat tradisi bermaksud sesuatu kebiasaan adat, kepercayaan dan lain-lain yang kekal turun-temurun, atau sesuatu yang menjasi amalan dan sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dan sebagainya). Sebagai contoh, dalam Islam, kajian Sains adalah salah satu cabang ilmu Allah maka sebarang kajian, pemerhatian, analisis dan pelaporan adalah berlandaskan prinsip-prinsip syariat Islam. Inovasi pula bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru juga boleh dimaksudkan sebagai perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan, sesuatu yang baru. Sebagai contoh, bagi memastikan perkembangan teknologi sentiasa terkehadapan. Dunia menyaksikan kemajuan yang berpaksikan kepada lambakan inovasi-inovasi yang lahir [...]
Sambutan Maulidur Rasul melalui pembudayaan ilmu: Menelusuri literatur sirah Rasulullah SAW
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah SAW juga berlaku pada 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli sejarah. Manfaat juga untuk dikongsikan di sini bahawasanya kebanyakan ahli sejarah pada zaman sahabat dan tabiin yang meriwayatkan kisah dan kehidupan Rasulullah SAW merupakan pakar dalam ilmu hadis. Di kala umat Islam di Malaysia menempuhi pelbagai cabaran dengan beberapa isu yang sangat signifikan diikuti dengan krisis dan konflik yang berlaku di dunia Islam seperti di Myanmar, Iraq, Mesir, Yaman, Syria, Tunisia dan yang terkini konflik Qatar dan krisis dalaman Arab Saudi, penulis ingin mengajak semua untuk mengingati dan menghayati sirah Rasulullah SAW bersempena dengan sambutan Maulid al Rasul tahun ini. Tahun 2017 menyaksikan pelbagai peristiwa yang begitu menguji umat Islam. Di kala negara Islam menghadapi konflik baru melibatkan Arab Saudi, Qatar, Iran, UAE Yaman dan Lebanon, berita pengeboman dan pembunuhan yang mengerikan di Mesir baru-baru ini terus menambah duka lara umat. Mungkin ini semua adalah sebahagian daripada ujian kepada umat Islam yang selalu alpa dengan kewajipan menunaikan perintah Tuhan. Apalah gunanya menyambut Maulidur Rasul tetapi tiada jika perubahan dan tauladan yang diambil menerusi sirah Rasul. Moga-moga sambutan Maulidur Rasul kali ini ada sinarnya menjadi pencetus kepada perubahan dan kebangkitan umat Islam. Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik [...]
Tradisi Dipelihara Inovasi Membara
Dendangan lagu “USIM Terus Maju“ yang bergema di Dataran Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada setiap kali Perhimpunan Staf diadakan menyaksikan satu detik perpaduan apabila semua staf menzahirkan ekspresi kebersamaan mereka dalam menjadikan USIM antara universiti termaju. Bagi merialisasikan hasrat ini USIM harus bersedia mendepani pelbagai halangan dan cabaran dalam menyemarakkan inovasi. Inovasi dituntut dalam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan inovasi adalah sinonim dengan pembaharuan, revolusi atau perubahan. Definasi inovasi menurut sebahagian pemikir Barat ialah ciptaan baru (Kline & Rosenberg, 1986). Inovasi juga sangat dituntut dalam Islam kerana dapat memberi nilai tambah dan kebaikan yang berterusan kepada kehidupan ummah. Firman Allah dalam Surah ArRa’du ayat 11 bermaksud: “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”. Penghasilan sesuatu inovasi memerlukan sinergi yang kuat antara kecerdasan akal fikiran, kreativiti dan keunikan. Dalam hal ini, inovasi dapat memupuk pemikiran yang kreatif dan meningkatkan produktiviti kerja. Tradisi pula merujuk kepada nilai-nilai budaya dan adat serta prinsip agama yang diterjemahkan oleh perbuatan, sikap, pemikiran dan kepercayaan. Tradisi berasal daripada bahasa Latin iaitu tradition yang bermaksud diteruskan. Dari segi bahasa tradisi adalah sesuatu kebiasaan yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, amalan [...]
Tuanku Muhriz berkenan rasmi Kompleks Islam Tuanku Muhriz
NILAI, 4 Oktober 2017 – Selepas Perasmian Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah baharu dengan Majlis Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang sempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kompleks Islam ini menjadi mercu tanda baharu kebanggaan warga USIM dan telah mula digunakan oleh warga kampus sejak awal Ramadan lalu. Ia dibina di tapak strategik iaitu di antara Bangunan Canselori dan Perpustakaan yang merupakan perlambangan kepada USIM sebagai sebuah Universiti Islam yang sentiasa memastikan elemen tadbir urus dan dasarnya (Canselori) dilaksanakan berdasarkan pertimbangan nilai keilmuan (Perpustakaan) dan bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah (Pusat Islam). Projek pembangunannya bermula semula pada 2 Jun 2014 dengan peruntukan pembinaan yang diluluskan dalam RMK-10 sebanyak RM29 juta. Berkeluasan 6,526 meter persegi, ia mempunyai ruang solat utama (Aras 1) dan wanita (Aras 2) yang berkapasiti memuatkan 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Antara kemudahan lain di aras 1 adalah pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, bilik imam, bilik VIP, bilik pengurusan jenazah dan kaunter zakat. Penyerahan Kompleks Islam dibuat secara rasmi kepada universiti pada 22 Mei 2017. Kemudiannya, ia digunakan secara rasmi pada 26 Mei 2017 bersamaan malam 1 Ramadan 1438H yang membolehkan para jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih selain turut diimarahkan dengan kuliah Zohor, majlis berbuka puasa dan tadarus sepanjang bulan Ramadan. Pengisytiharan kebenaran Solat Jumaat yang dibuat oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan secara rasminya membolehkan solat Jumaat dilaksanakan pada 2 Jun 2017 seterusnya pada 9 Jun 2017 Kompleks Islam telah menampilkan inovasi dalam [...]
FEM gondol anugerah “Most Outstanding Islamic Finance Education and Research” di KLIFF 2017
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2017 - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggondol anugerah Most Outstanding Islamic Finance Education And Research di Hotel Istana Kuala Lumpur dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah sempena Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2017. "Adalah menjadi suatu penghormatan kepada USIM dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) khususnya menerima anugerah yang paling berprestij pada malam ini," ucap YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. “Tidak dilupakan, ucapan tahniah kepada semua warga Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) atas komitmen dan usaha keras mereka untuk memastikan kejayaan demi kejayaan dicapai pada masa akan datang. Diharapkan penganugerahan yang diterima kali pertama daripada KLIFF ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan usaha gigih fakulti ini memperkasakan pendidikan kewangan dan perbankan Islam serta penyelidikan," tambahnya lagi. USIM dilihat sebagai universiti Islam komprehensif paling muda yang menggarap pendekatan holistik ke arah penyampaian pengetahuan yang menyatukan sains pendedahan (pengetahuan Naqli) dan sains rasional (pengetahuan Aqli). Perintis dan fakulti terkemuka di bidang Muamalat (Perniagaan Islam) iaitu Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) memainkan peranan penting di USIM untuk memperluaskan skop program universiti ke arah yang lebih dinamik dan dipercayai. Sehingga kini, FEM telah menghasilkan lebih daripada 3000 graduan berpengetahuan, mahir dan berwibawa yang menyumbang kepada pelbagai bidang termasuk dalam industri perbankan dan kewangan Islam. Keupayaan fakulti ini yang sentiasa menyokong inisiatif penyelidikan mengenai kewangan dan perbankan Islam, termasuk kajian penyelidikan yang dibentangkan dalam persidangan berprestij di dalam dan luar negara sebelum ini, dapat menawarkan penyelesaian kepada isu-isu [...]
International Law Course 2017 anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Pertubuhan Gudlak ID
NILAI, 26 September 2017 - International Law Course 2017 (ILC 2017) adalah anjuran bersama Pertubuhan Gud Lak ID, organisasi anak-anak muda Indonesia yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Dengan peningkatan reputasi FSU sebagai sebuah fakulti undang-undang yang mempunyai pakar-pakar muda dalam bidang undang-undang antarabangsa, Gud Lak ID telah meminta FSU untuk menjadi hos ILC 2017 untuk kali kedua setelah kejayaan ILC 2016 dengan segala perbelanjaan ditanggung mereka sendiri. ILC 2017 disertai 14 peserta dari Komisi Yudisial (Judicial Commision) Indonesia berpangkalan di Jakarta dan mahasiswa dari pelbagai universiti dari Indonesia dengan yuran sebanyak USD450.00 setiap orang. Seramai 20 peserta yang lain adalah pelajar USIM sendiri. ILC 2017 adalah usaha yang diambil oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai undang-undang antarabangsa awam dan sejauh mana ianya mempengaruhi Malaysia , Indonesia dan rantau ini. Ini adalah kali pertama program inbound USIM disertai pegawai dari jabatan kerajaan Indonesia dan kedatangan mereka ke USIM ditaja oleh kerajaan Indonesia sendiri- satu penghormatan untuk universiti baru seperti USIM. Program ini mendapat sokongan padu dari pihak fakulti dan Dekan, Profesor Madya Dr. Zulkifli Hasan. Pihak fakulti telah meluluskan program ini untuk berlangsung dari 20-26 September 2017. Pihak FPSK memberikan kerjasama yang baik dengan menempatkan kami di Bilik Mesyuarat Utama FPSK sepanjang program ini berlangsung. Ini adalah edisi kedua kursus undang-undang antarabangsa inbound pertama seumpamanya yang pernah dianjurkan oleh pihak FSU khususnya dan pihak USIM umumnya. Visi Dekan Kedua FSU, Prof. Dr. Abdul Samat Musa untuk menjadikan FSU pusat [...]
Wakaf: Instrumen kewangan atau keagamaan?
Pendahuluan “Tidak ada sahabat yang meninggal dunia tanpa melakukan wakaf samada ada kecil atau besar”. Itulah tradisi suatu masyarakat Islam yang dinamik yang dibuktikan dengan perbuatan dan tindakan dengan minda strategik yang dinukilkan dari Kitab Hayatul Muhtaj oleh Ar-Ramli. Berasaskan kenyataan tersebut, wakaf perlukan satu lonjakan minda yang baru bagi mengelakkan instrumen wakaf semakin hari semakin terkubur dan terpinggir, bukan kerana instrumen wakaf itu tidak produktif tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk memahami instrumen yang tidak disebut secara langsung di dalam al-Quran. Adakah wakaf ini satu instrumen keagamaan atau instrumen kewangan? Instrumen keagamaan adalah satu ibadah khusus kepada Allah seperti solat dan puasa. Haji dan zakat juga mempunyai hybrid di antara dunia dan akhirat kerana melibatkan hal-hal mengenai logistik, faedah-faedah sosial-ekonomi, hospitaliti yang melibatkan proses, pengurusan dan polisi. Sama seperti zakat, wakaf adalah satu instrumen kewangan semata-mata yang mungkin bertitik tolak daripada motivasi agama iaitu motivasi Al-Birr yang disebutkan oleh Allah dalam Surah Ali ‘Imran, 3: 92), dan sering dikaitkan dengan konteks sedekah jariah untuk meraih balasan berterusan hingga hari akhirat. Oleh itu secara jelas wakaf adalah instrumen kewangan dengan motivasi agama. Wakaf adalah ilmu ijtihad dengan ilmu kemanusiaan yang tinggi Wakaf ini merupakan satu ilmu kewangan yang unik semakin dikaji, ia semakin berkembang dan menjalar, semakin mencambah serta membumi menunjukkan bahawa instrumen ini akan kekal sampai hari akhirat. Tak habis- habis rahsianya, caranya, pendekatannya dan juga strategi membangunkannya, menguruskan, dan menambahbaikan wakaf. Allah telah tanam keberkatanNya dalam wakaf yang tidak dapat dipertikaikan. Buka sahaja [...]
September 2017
Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino (Alternative way for cooling system)
Konsep hujan dan air sebagai agen penyejuk Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino merupakan produk rekaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendapat emas di pertandingan Novel Research & Innovation Competition 2017 (NRIC) pada Ogos lalu. Ia merupakan sistem penyejuk yang direka terinspirasi daripada tafsir Surah Al-Furqan, ayat 48-49: “Allah menyatakan bahawa Dia telah memberi awan yang membawa khabar gembira dan menurunkan air dari langit yang memberi manfaat yang banyak pada kehidupan di atas muka bumi”. Menelusuri intipati ayat ini, ia menerangkan mengenai konsep kejadian hujan yang akan mendatangkan manfaat kepada makhluk di bumi seperti menurunkan suhu yang tinggi, menyuburkan tanaman dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan air mampu memberi manfaat kepada manusia dan kita seharusnya menggunakan nikmat yang Allah beri ini dengan seelok-eloknya. Maka, konsep hujan diaplikasi dengan fungsi air sebagai ejen penyejuk serta menggunakan konsep kitar semula air untuk proses penyejukan bagi mengelakkan pembaziran. Kelebihan Sistem penyejuk ini bertujuan untuk menurunkan suhu rumah serta meletakkan suhu rumah kepada suhu yang selesa setiap masa. Seperti yang kita maklum, setiap bangunan di Malaysia mempunyai sistem aliran udara, apabila ditambah dengan sistem ini, suasana selesa seperti selepas hujan mampu dijelmakan. Bumbung bangunan yang sedia ada akan dikekalkan dan akan ditambah dengan lapisan perspek sebagai permukaan paling atas untuk menjadikan ia bumbung dua lapis manakala paip air akan berada di antara dua lapisan bumbung tersebut. Maka, ia dapat menurunkan suhu udara panas yang akan menembusi bumbung bangunan. Sistem penyejuk yang mesra alam ini mampu beroperasi secara automatik. Selain itu, sistem [...]