Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Ogos 2017

USIM dan Universiti Sejong anjur persidangan halal di Seoul

KOREA, 18 OGOS 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa agenda ummah dalam pengantarabangsaan Halal dengan memulakan langkah di Korea Selatan melalui penganjuran The 1st International Halal Management Conference (IHMC) 2017 menerusi kerjasama dengan Sejong University, Seoul yang telah bermula pada 17 Ogos. Kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2011 melalui memorandum persefahaman antara Sejong University dan USIM. Persidangan IHMC 2017 menerima penyertaan daripada Turkey, United Kingdom, Australia, Kuwait, Thailand, Denmark, India, Maldives, Pakistan, Somalia dan Indonesia turut mendapat sokongan dan kerjasama dari The Korea Food Service Association, The Academy of Korea Hospitality & Tourism dan juga The Society of Islamic Culture Studies Sebanyak 3 ucaptama dan 78 kertas kerja dibentangkan. Pihak Sejong University juga menganjurkan satu sesi diskusi bersama pihak industri bagi membincangkan isu berkaitan industri Halal di Korea. Antara penceramah ucaptama iaitu Prof. Dr. Zainal Abidin Mohamed (Timbalan Dekan Graduate School of Muamalat, FEM, USIM), Jeungseung Lee (Timbalan Presiden Bahagian Pengurusan Kualiti, Daesang Corporation) dan Dr. Baek-Jae Kim (Pengurus Perkhidmatan Sokongan ICN Station, Qatar Airways). Antara tema utama yang dibincangkan adalah berkaitan pembiayaan Halal, pemasaran Halal, produk dan makanan Halal, pelancongan Halal dan lain-lain lagi. Selain itu, persidangan ini dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk menerokai peluang kerjasama di masa hadapan dalam Industri Halal. Prof Dr Roshada, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM dalam ucapannya berkata persidangan ini sebagai satu platform kepada para penyelidik, ahli akademik dan industri bagi membentangkan dan membincangkan isu-isu semasa, pembangunan dan hasil kajian berkaitan bidang Halal. Pada masa yang sama, para [...]

DYMM Tuanku Aishah Rohani berkenan raikan kumpulan pertama Pegawai Muda PALAPES USIM

NILAI, 17 Ogos - Latihan yang diterapkan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang diikuti oleh mahasiswa dilihat mampu membentuk kualiti yang diperlukan dan melahirkan generasi muda yang sempurna. Ini kerana semua modul yang diterapkan adalah untuk membentuk sifat kepimpinan, dedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi. Keyakinan itu dizahirkan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dalam titah ucapannya sempena Majlis Santapan Malam Regimental Pegawai Muda PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Siri Satu pada Rabu malam di Lexis Hibiscus Hotel, Port Dickson. Baginda yang juga merupakan Canselor USIM turut bertitah bahawa kejayaan mengikuti program PALAPES ini juga memberi nilai tambah kepada kecemerlangan dalam bidang akademik seseorang mahasiswa universiti. "Dalam arus globalisasi hari ini, cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa adalah lebih kompleks. Negara memerlukan generasi muda yang mempunyai kekuatan minda, kecekalan hati, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi yang mampu memenuhi aspirasi negara," titah Baginda. Majlis Santapan Malam Regimental ini dianjurkan bagi meraikan 85 orang Pegawai Muda PALAPES USIM yang telah berjaya ditauliahkan secara rasmi sebagai Leftenan Muda (Lt M) dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-36 pada 12 Ogos lalu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sementara itu, Profesor Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM merangkap Komandan PALAPES USIM melahirkan rasa bangga apabila USIM kini telah memiliki Markas PALAPES sendiri setelah tujuh tahun bergabung dan bergerak bersama PALAPES Unversiti Kebangsaan Malaysia semenjak tahun 2009. "Alhamdulillah, segala [...]

Perlu hubungan erat antara korporat dengan kewangan sosial Islam

Islam adalah agama yang syumul yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia melibatkan hubungan dengan pencipta dan hubungan sesama manusia melalui sistem muamalat Islam. Jika disusuri sejarah perkembangan Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga kini, kejayaan dakwah Islam sehingga ke seluruh pelusuk bumi ini banyak dipengaruhi oleh sumbangan material yang telah diinfakkan oleh golongan yang kaya yang berjiwa murni dan percaya tentang janji Allah berkenaan balasan bagi yang istiqamah dan banyak menyumbang dari segi harta benda untuk maslahah ummah. Ini menggambarkan bahawa wujudnya hubungan yang penting dan erat di antara golongan yang dikurniakan rezeki dan kebolehan yang banyak oleh Allah yang majoritinya adalah golongan peniaga dan saudagar dalam Islam atau kini dikenali sebagai golongan korporat dengan institusi dalam sistem kewangan sosial Islam. Institusi kewangan sosial Islam merujuk kepada institusi tradisional dalam Islam berasaskan konsep sadaqah dan infak antara lain seperti institusi zakat, sadaqah, baitulmal dan wakaf. Institusi ini juga melibatkan institusi yang mempromosikan konsep kerjasama dan tolong-menolong di antara dua pihak seperti qard (pinjaman) dan kafalah (jaminan) yang berobjektif untuk membantu masyarakat Islam dari sudut keperluan kebendaan. Apabila negara ini telah dijajah oleh British, antara agenda pihak penjajah adalah memberikan kuasa yang terhad kepada Sultan berkaitan agama Islam meliputi urusan zakat, wakaf dan baitulmal. Walaupun, tindakan penjajah ini ada baiknya namun, didapati institusi terbabit agak sukar untuk memenuhi objektif sebenar penubuhannya dalam Islam apatah lagi kuasa terbabit terhad kepada bidang kuasa negeri sahaja dan berbeza-beza di antara satu sama lain bagi setiap negeri terbabit. Sudah [...]

Pentadbir pelengkap kejayaan sesebuah universiti

NILAI, 14 Ogos 2017- Peranan kumpulan pentadbir dalam membawa hala tuju kecemerlangan universiti amat penting selama ini dan dihargai. Pentadbir ibarat bahagian-bahagian penting yang menjadi pelengkap kepada sebuah rumah yang didirikan. Melaluinya, fungsi sebuah rumah dapat dilihat, dirasai dan menjadi tempat berteduh yang baik kepada pelbagai pihak. "Untuk memacu jauh universiti, ia memerlukan sinergi semua pihak yang berada di dalamnya termasuk pentadbir. Kerana itu pentadbir perlu menjiwai dan menyelami falsafah, misi dan visi universiti ini kerana dari situ baru akan lahir perasaan cinta dan pengorbanan seperti mewakafkan jiwa, masa dan kepakaran tanpa mengharapkan balasan. Inilah rasa keikhlasan yang kita ingin semaikan dan ia selari dengan konsep Kampus Barakah yang sedang kita terapkan," ujar Profesor Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Pentadbir peringkat USIM anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) di Kompleks Islam USIM pada Isnin pagi. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Bendahari, Dato Haji Mohd Abdul Rashid Mohd Fadzil; Pengarah Pusat Islam, Dr. Khairul Anuar Mohamad dan Presiden PRAGMATIS, Encik Salehudin Sukor. Menurutnya lagi, tanpa wujudnya rasa kebersamaan dikalangan warga universiti dan sifat berganding bahu bersama-sama, ia pastinya akan menjejaskan momentum kemajuan sesebuah universiti. Justeru beliau melontarkan cabaran kepada kepimpinan PRAGMATIS untuk mencari kaedah dan modul yang bersesuian untuk dipraktikkan diperingkat dalaman univerisiti bagi memantapkan lagi pemahaman dan rasa kecintaan kepada universiti. Sementara itu, Presiden PRAGMATIS dalam ucapannya menzahirkan rasa terima [...]

Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 10

Di dalam siri 9, saya telah mengupas tentang seorang pengembaraan muda dari Argentina yang merancang pengembaraan ke beberapa negara selama 4 tahun dengan menggunakan hasil wang simpanan beliau semasa bekerja. Persoalannya bagaimana kita perlu membina suatu belanjawan yang baik untuk kita mencapai cita-cita kita dan menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Saya ada menelaah sebuah kitab bertajuk “Mendisiplin Jiwa” karangan Ibnu al-Jauzi (597 H) seorang ulama tersohor dari negeri Baghdad yang mengarang pelbagai kitab yang menjadi rujukan umat Islam. Di dalam kitabnya, beliau ada memberikan penerangan tentang bagaimana seseorang Muslim yang bijak harus mengurus pendapatan dan perbelanjaannya. Secara khususnya, pendapatan kita perlu melebihi dari apa yang kita perlukan iaitu kita perlu mempunyai lebihan untuk kita jadikan simpanan sebagai persiapan kepada hari-hari mendatang yang mungkin tidak selalunya cerah. Beliau menasihati orang Islam untuk menyediakan simpanan untuk persediaan jika kita tidak boleh bekerja dan beroleh pendapatan jika di timpa sebarang masalah dan simpanannya boleh menampung kehidupan hariannya. Ini termasuk jika, isterinya dikurniakan seorang cahaya mata, jika anaknya memerlukan perbelanjaan malahan jika seseorang itu ingin mengahwini seorang isteri, pendapatannya perlu dapat menampung segala keperluannya. Secara amnya, Ibnu al-Jauzi mengatakan bahawa pendapatan kita perlu melebihi perbelanjaan supaya seseorang itu boleh menyisih lebihan itu untuk menampung sebarang kekurangan semasa keadaan ekonomi yang tidak begitu baik. Contoh suatu belanjawan yang boleh kita lakukan ialah dengan menyediakan penyata aliran tunai yang mengandungi kesemua aliran masuk dan keluar. Contoh item di dalam aliran masuk ialah gaji bulanan, pendapatan lebih masa, pendapatan dari [...]

Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli mendapat pengiktirafan dari ‘The Asia HRD Awards’ 2017

Putrajaya - Pengiktirafan kepada sumbangan beliau yang banyak memberi inspirasi dan idea yang jitu kepada pembangunan masyarakat, YBhg. Professor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak telah diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Anugerah  The Asia HRD Awards 2017 bertempat di Hotel Le Meridien, IOI City Putrajaya. ‘The Contribution to Society Award of the Asia HRD Awards 2017’ yang dianugerahkan kepada beliau adalah atas sumbangan kepada pembangunan masyarakat dengan menerajui inisiatif pendidikan dan pembelajaran dan memberi impak terhadap komuniti. Anugerah ini disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta turut diraikan oleh Pengurusan Universiti dan ahli keluarga beliau. Profesor Tan Sri Dzulkifli berbesar hati menerima penghargaan ini dan menganggap ia merupakan kejayaan untuk semua pihak yang telah bersama-samanya bekerja dengan penuh berani dan kolektif untuk melihat pendidikan tinggi adalah lestari untuk semua pihak. Anugerah tahunan anjuran SMR HR Group ini adalah untuk mempamerkan pencapaian dan membangunkan amalan terbaik dengan memperkayakan bidang pembangunan rakyat dan telah diadakan di Kuala Lumpur, Jakarta, Bahrain, Kuching, Bangalore dan Dubai sebelum ini. Pada tahun ini seramai 185 penerima anugerah dari 18 negara. Pada baru-baru ini beliau menerima Pingat Gilbert 2017 sempena majlis makan malam gala di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau menjadi penerima sulung dari Asia yang diberi penghormatan menerima penganugerahan tertinggi daripada Universitas 21. Pada masa  kini beliau merupakan Presiden International Association of Universities yang berpangkalan di Paris, Perancis selain merupakan ahli World Academy of Art and Sciences (FWAAS) serta pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Penasihat Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai [...]

Pengembaraan USIM GISO Ke Pekanbaru pencetus semangat baru

Pekanbaru, 6 Julai – Seramai 16 orang mahasiswa tahun 3 jurusan Matematik Kewangan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diiringi seorang pensyarah pengiring, Dr. Hishamuddin Abdul Wahab telah ke Pekanbaru bagi melaksanakan Pengembaraan Global Islamic Students Outreach (GISO): Misi Semarak Panji Mahasiswa Di Pekanbaru, Indonesia. Menurut Pengarah Program GISO, Muhammad Afif Addanan berkata tujuan program ini bukan sahaja untuk mendedahkan mahasiswa kepada dunia luar tetapi juga bagi melahirkan mahasiswa yang peka serta prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam di dunia khususnya di bumi Pekanbaru serta menyahut seruan USIM iaitu mengintegrasikan ilmu Aqli dan Naqli. Dalam ucapan Dr. Hishamuddin, majoriti penduduk di Pekanbaru ini merupakan masyarakat Islam yang ekonominya agak baik berbanding daerah yang lain, tetapi institusi-institusi pendidikan mereka agak serba kekurangan. Namun ia bukan halangan untuk mereka mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Pengembaraan kali ini bukan terhenti setakat aktiviti bersama masyarakat sahaja, malah kumpulan ini turut mengagihkan sumbangan keperluan makanan serta barangan untuk diwakafkan kepada surau yang terpilih. Antara barangan yang diwakafkan adalah pakaian solat muslimah, sejadah dan kain pelikat. Selain itu, kumpulan ini telah memberi sumbangan wang kepada masyarakat di Desa Wisata Buluh Cina dan juga anak-anak di panti asuhan. Inisiatif ini merupakan salah satu cara untuk berkongsi rezeki antara kumpulan semarak panji dan warga masyarakat di pekanbaru ini. Delegasi turut mendapat jemputan khas daripada En. Hardi Hamdin yang merupakan Konsulat Malaysia di Pekanbaru. Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Konsulat Malaysia di Pekanbaru itu diisi dengan sesi perbincangan dua hala. Beliau berharap agar usaha murni sepanjang program [...]

USIM anjur Majlis Makan Malam Amal ”For Fee And Friends”

Nilai, 2 Ogos 2017 - Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Amal ”Charity Dinner for Fee and Friends” dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertujuan untuk melestarikan program kebajikan seperti membiayai yuran pelajar berkelayakan dan mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan program pengantarabangsaan atau pengembaraan USIM, Global Islamic Students Outreach atau singkatannya GISO. Antara tetamu jemputan istimewa yang hadir terdiri daripada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Menteri Mentor USIM, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Musa Ahmad, Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dato' Dr. Zulkiple Abd Ghani, YBhg. Timb. Naib Canselor (HEP Dan Alumni), YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Nasrul Hakim Ahmad. Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, majlis yang bermula jam 8.45 malam itu dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan aluan daripada penganjur. Disusuli dengan jamuan makan malam diiringi persembahan iringan dari Pusat Kebudayaan USIM. Turut mewarnai majlis ini ialah persembahan dari Siti Nordiana juara Gegar Vaganza musim ke-2. Dalam ucapan alu-aluan dari YBhg. Dato’ Naib Canselor, matlamat penganjuran majlis ini adalah untuk mengumpulkan dana sumbangan dalam usaha USIM melestarikan program-program kebajikan dan pengantarabangsaan pelajar. Selain itu, majlis ini dapat menggalakkan organisasi atau individu terutamanya di kalangan Alumni USIM untuk turut menyumbang dan melibatkan diri dalam usaha melestarikan program-program kebajikan dan pengantarabangsaan ini. Manakala YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, inisiatif pelancaran Alumni USIM Chapter Negeri Sembilan sangat bagus bagi  membangunkan Negeri [...]

Hala tuju kewangan Islam

Harapan yang sangat tinggi diletakkan kepada kewangan Islam untuk memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada pembangunan, kadar pertumbuhan ekonomi dan sektor kebajikan sosial serta mampu menjadi peneraju bagi mengurangkan ketidakadilan ekonomi dan merapatkan jurang kemiskinan. Aspirasi dan paradigma ideal kewangan Islam perlu berubah daripada ‘Financial Intermediaries’ kepada ‘Investment Intermediaries’ untuk ia lebih signifikan dan terus relevan. Ini seiring juga dengan aspirasi negara merubah institusi kewangan Islam menuju ke arah 'value based intermediation' menerusi pelan strategik yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia. Secara umumnya menurut pemerhatian, kewangan Islam masih lagi selesa dengan trend dan amalan semasa yang didominasi oleh pembiayaan berasaskan hutang atau ‘debt-based’ ekonomi. Gagasan agar sistem kewangan Islam ini perlu juga memfokuskan kepada aspek perkongsian risiko atau ‘risk sharing’ dilihat semakin tidak popular di pasaran ketika ini. Ada yang berpandangan ‘Risk sharing and Value-Based Economy’ ini dilihat bermasalah dan tidak sesuai diamalkan oleh institusi kewangan serta tidak efisyen bahkan bakal memberikan permasalahan lain dari pelbagai sudut termasuk pengurusan risiko dan kepatuhan beberapa peraturan kewangan. Walaupun sistem ekonomi yang didominasi hutang dibuktikan adalah tidak stabil dan menjadi punca kepada krisis ekonomi, kewangan Islam masih dilihat terus cenderung menuju destinasi yang sama. Thomas Piketty, Profesor Ekonomi di Universiti Paris dalam bukunya ‘Capital in the Twenty First Century’ membuktikan bahawa ketaksamarataan dan pemusatan kekayaan adalah disebabkan faktor ‘the tendency of returns on capital to exceed the rate of economic growth’. Dapatan ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Professor Atif Mian dan Amir Sufi masing-masing Profesor di [...]

Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 9

Di dalam siri 8, saya akan mengupas tentang kepentingan untuk kita menyediakan belanjawan dan saya pernah berbual seorang pengembara wanita yang berasal dari Argentina, Lucila, berumur dalam lingkungan 27 tahun, di mana beliau telah mengembara ke beberapa negara selama 4 tahun. Di dalam benak kepala ini meronta-ronta ingin bertanya kepadanya tentang bagaimana beliau membuat perancangan dan mengurus kewangan? Saya memulakan perbualan dengan bertanya tentang pengalaman beliau mengembara di beberapa negara dan mendapati bahawa beliau merupakan anak sulung kepada keluarganya dan pernah belajar di University of Buenes Aires (UBA) di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Beliau menggambarkan bahawa pendidikan dan kesihatan di Argentina di berikan secara percuma. Walaubagaimanapun, kos hidup di Buenes Aires adalah tinggi di mana beliau yang datang dari keluarga yang berpendapatan menengah rendah dan tinggal di luar bandar terpaksa bekerja sepenuh masa untuk menampung kos sewa dan makanan semasa belajar. Maksudnya belajar sepenuh masa dan bekerja sepenuh masa, ini adalah amat sukar untuk saya bayangkan. Secara asasnya kos sewa yang perlu beliau lunaskan untuk sebuah apartmen yang kecil adalah bersamaan RM1,800. Pendapatan dari kerja pertamanya hanya RM1,950 sebulan. Beliau juga mendapatkan pendapatan tambahan kedua dengan kerja fotografi dan ketiga di kelab malam untuk menampung kos pengembaraan beliau. Saya bertanya apa sebab beliau meninggalkan kerja beliau di Argentina dan menyandang beg galas mengembara di perantauan. Pertama, saya percaya beliau amat sibuk mengurus masa beliau semasa di Argentina dan kedua beliau mendapati hidupnya sebagai pengembara memberikannya pengalaman yang banyak walaupun tanpa kerja tetap. Malah dalam [...]

Go to Top