Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2017

Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli terima Anugerah Gilbert 2017

United Kingdom, 4 Mei 2017 - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, 66, menerima Pingat Gilbert 2017 sempena majlis makan malam gala di University of Nottingham, United Kingdom. Sejarah tercipta apabila beliau menjadi penerima sulung dari Asia yang diberi penghormatan menerima penganugerahan tertinggi daripada Universitas 21 yang mana pengumuman secara rasmi telah dikeluarkan oleh Universitas 21 tahun lalu melalui laman sesawang mereka. Menurut Pengerusi Universitas 21, Profesor Sir David Eastwood, penghormatan tinggi ini diberikan kepada Profesor Tan Sri Dzulkifli atas kepimpinan ulung dan pengalaman luas beliau dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi di peringkat Malaysia dan luar negara. “Beliau merupakan peneraju kepada konsep “the humaniversity” untuk diterapkan di universiti selain memberi komitmen kepada kemampanan pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan membangunkan dimensi awam yang baik dan jelas berkaitan senario pendidikan tinggi global. Kami amat berbesar hati dan gembira memberi penghormatan atas jasa beliau dengan Pingat Gilbert 2017 ini,” ujar Profesor Sir David Eastwood. Profesor Tan Sri Dzulkifli berbesar hati menerima penghargaan ini dan menganggap ia merupakan kejayaan untuk semua pihak yang telah bersama-samanya bekerja dengan penuh berani dan kolektif untuk melihat pendidikan tinggi adalah lestari untuk semua pihak. Nama Pingat Gilbert ini diambil sempena menghargai sumbangan salah seorang pengasas penubuhan Universitas 21 iaitu Profesor Alan Gilbert. Sehingga kini, hanya tujuh individu seluruh dunia yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan pendidikan tinggi dunia dipilih sebagai penerimanya termasuk Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Universitas 21 adalah satu rangkaian 25 universiti ternama yang berasaskan [...]

Tingkat ilmu bidang pengajian ibadat haji di SPIH

NILAI, 4 Mei 2017 – Seramai 68 peserta menyertai Kursus sijil pembimbing ibadat haji (SPIH) 2017 diraikan di Majlis Penganugerahan dan Penutup SPIH yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg Prof Dato’ Dr Zulkiple Abd Ghani. SPIH yang dilaksanakan selama 5 hari bermula 29 April lalu merupakan satu program usahasama Tabung Haji (TH) dan USIM dalam usaha TH memastikan setiap Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) melalui proses pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan untuk membimbing jemaah haji. ”Program ini diharap dapat melahirkan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) dan peserta-peserta yang berpengetahuan tinggi di bidang pengajian ibadat haji melalui pembelajaran yang sistematik dalam menjelaskan hukum-hakam ibadat haji terkini berdasarkan isu-isu dan masalah semasa yang dikongsikan oleh tenaga pakar di USIM dan TH,” ucap Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji) TH dalam ucapannya. ”Adalah diharapkan PIHTAS juga berkemampuan mengajar dengan teknik yang berkesan agar dapat mengukuhkan peranan mereka dalam membimbing jemaah haji ke arah mendapatkan haji yang mabrur. Program pengajian ini juga merupakan salah satu inisiatif TH untuk meningkatkan kompetensi PIHTAS dalam menjayakan Visi TH ”Pengurusan Haji Terbilang” kerana ia juga merupakan pra-syarat kelayakan kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk menjadi PIHTAS,” tambahnya. Menurutnya lagi, pada tahun ini TH akan melaksanakan projek perintis memasang cip pada lencana pengenalan diri jemaah pada musim haji bagi membolehkan pergerakan mereka dipantau sepanjang masa. Jangkaannya seramai 400 jemaah yang menaiki satu penerbangan akan dipilih untuk memakai lencana khas untuk membolehkan [...]

Salam USIM – Konsert Munajat Untuk Rohingya

April 2017

Tan Sri LPU kongsi pengalaman bersama Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun

NILAI, 21 April 2017 - Lebih 40 orang Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun dikalangan staf dan pelajar menyertai bengkel bertajuk ‘Sharing Knowledge : Why Scholars Should Write In The Media’ bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Bengkel itu dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) di Lounge Aras 6, Bangunan Canselori USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata bengkel itu bertujuan bagi memberi pendedahan kepada Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun untuk mewujudkan kesarjanaan penulis universiti dalam memberi maklumbalas serta buah fikiran terhadap isu semasa dan medium bagi membudayakan perkongsian penulisan dalam menyampaikan saranan yang bersifat intelektual terhadap isu-isu berkepentingan di samping menyalurkan aspirasi USIM kepada umum. “Bengkel ini juga bertujuan berkongsi pengalaman, idea serta bertukar-tukar pendapat bersama para Barisan Al-Kuttabul Mua’sirun dengan mereka yang arif dalam bidang kepakaran masing-masing,” katanya. Manakala Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang ditonjolkan oleh Pengerusi LPU kerana bakat dan pengalaman beliau dapat dikongsikan bersama barisan pendidik dan pelajar, dan berharap bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Disediakan oleh: Amizul Aziz Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Salam USIM – Sharing Knowledge : Why Scholars Should Write in the Media

.

Cabaran promosikan penyelidikan dalam perspektif Islam – Prof Dr Roshada Hashim

YBhg Prof Dr Roshada Hashim yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa pada 1 Disember 2016 bersyukur diberi peluang menggalas portfolio tersebut. Pelantikan ini menjadikan beliau to be in the driving seat untuk menggerakkan bidang penyelidikan dan inovasi ke peringkat yang lebih tinggi dan mengatur perancangan selain turut menyimpan hasrat untuk meletakkan nama USIM di persada dunia. Wawasannya yang jelas serta yakin menunjukkan bahawa USIM mempunyai potensi untuk menjadi sebuah universiti yang berperanan besar bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. S1Bagaimana YBhg Prof melihat pelantikan ini dalam perjalanan kerjaya Prof sebagai ahli akademik? “Saya beranggapan kerjaya sebagai ahli akademik tidak semestinya ditamatkan dengan memegang satu jawatan itu sahaja. Sebenarnya kepuasan menjadi ahli akademik adalah apabila mendapat pengiktirafan di peringkat global dan tidak hanya relevan kepada USIM dan Malaysia sahaja”. “Justeru, peranan penyelidik lebih berat di peringkat global kerana kita lihat pada masa kini segala perkembangan dan sumbangan bagi aspek sains teknologi dan sains sosial telah didominasi oleh pandangan-pandangan barat yang tidak mengambil kira pandangan dari aspek Islam”. S2Apakah keunikan dan potensi yang ada pada bidang penyelidikan USIM? “Di USIM uniknya adalah kita berupaya untuk menjalankan translational research iaitu penyelidikan yang boleh diguna pakai oleh komuniti dan masyarakat yang mempunyai nilai atau value tersendiri melalui integrasi Naqli dan Aqli serta memenuhi syariah Islam”. “Yang menjadi kekangan adalah bagaimana hendak menggerakkan penyelidik di USIM untuk memikir ke arah itu supaya tidak mencakupi di aspek fundamental research atau applied [...]

FPQS USIM perkasa penyelidikan orang kelainan upaya (OKU)

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berusaha memperkasakan penyelidikan berkaitan dengan kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ini kerana, pihak FPQS menyedari bahawa program bagi membantu golongan OKU masih lagi menghadapi kesukaran biar pun banyak langkah telah dibuat oleh pihak Kerajaan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini. Menurut Prof Madya Dr Adnan Mohamed Yusof, Dekan FPQS, penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik di fakulti mendapati bahawa usaha untuk menyampaikan ilmu berkaitan pendidikan asas agama Islam umumnya dan ilmu asas pendidikan Quran dan Sunnah khususnya, masih belum diterokai oleh para ilmuwan, pendakwah dan pengkaji dengan secukupnya. Masih banyak keperluan bagi menyampaikan ilmu ini kepada mereka masih belum dipenuhi dan masih banyak persoalan yang melingkari isu penyampaian pendidikan Islam kepada mereka yang belum diberi solusi. Justeru, isu berkaitan penyampaian pendidikan Islam, Quran dan Sunnah kepada golongan OKU ini telah dipilih sebagai salah satu ‘showcase’ FPQS sebagai satu platform kepada para ilmuwan, pendakwah dan penyelidik untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada kumpulan ini. Selain itu, ia merupakan sebahagian dari Strategi Lautan Biru fakulti dalam membina imej dan citra fakulti untuk mendepani isu-isu berkaitan pengajian serta pendidikan kontemporari Quran dan Sunnah. “Sehingga kini, pihak FPQS telah menjalankan sebanyak 10 penyelidikan berkaitan dengan OKU ini menerusi pelbagai geran penyelidikan yang diterima oleh kakitangan akademik di FPQS dan juga melalui penyelidikan bersama dengan fakulti lain di USIM dan juga Universiti lain”. “Selain itu juga, sebanyak 21 tajuk penulisan tesis berkaitan OKU ini telah diluluskan untuk pelajar peringkat Sarjana Muda di [...]

KSCIP: Pelopor Keamanan Global

Pada penghujung bulan Februari yang lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin AbdulAziz As - Saud telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. Malaysia menjadi lokasi lawatan pertama baginda ke luar negara semenjak menaiki takhta pada tahun 2015 yang lalu. Pelbagai manfaat telah berjaya diperolehi oleh kedua - dua belah pihak sepanjang proses lawatan baginda ke Malaysia. Antara yang menjadi tumpuan ialah persetujuan baginda terhadap penubuhan sebuah pusat khusus dalam mempromosi proses kedamaian peringkat antarabangsa yang diberi nama “King Salman Centre for International Peace (KSCIP)” atau Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman. Penubuhan KSCIP melibatkan kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Arab Saudi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Muslim World League (Liga Islam Sedunia). Kementerian Pertahanan Malaysia dengan inisiatif menterinya, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein memainkan peranan utama bagi menggerakkan penubuhan KSCIP. KSCIP berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan institusi profesional di peringkat antarabangsa sekaligus bertanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia melalui Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di bawah Kementerian Pertahanan dengan mempelopori hal ehwal menangani isu dan ancaman keselamatan berbentuk keganasan melalui penyelidikan dan perkongsian maklumat. Apa yang menarik mengenai penubuhan pusat berkenaan ialah dengan terpilihnya sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjayakan penubuhan pusat berkenaan melalui kerjasama erat dengan pihak - pihak yang berkaitan dari dalam dan luar negara. Dalam menghadapi suasana dunia pada masa kini yang semakin mencabar khususnya yang melibatkan ancaman yang datang dari kumpulan - kumpulan dan individu tertentu yang giat melakukan kegiatan keganasan, penubuhan sebuah pusat yang [...]

Elakkan bermusuhan kerana harta dengan wasiat

Harta, jika diurus dengan baik, boleh memberikan banyak manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jika sebaliknya, ianya akan membawa kepada kemudaratan kepada pemilik dan pewaris harta. Hubungan di antara sesama keluarga dapat dieratkan lagi dengan adanya kontrak-kontrak muamalat seperti sedekah, hibah, wakaf, wasiat, faraid dan lain-lain lagi. Harta yang kita miliki di dunia ini hanyalah sementara kerana milik sebenarnya kesemua harta tersebut adalah milik Allah SWT. Kita hanyalah sebagai pemegang amanah. Walau bagaimanapun, jika kita telah menguruskan harta kita dengan baik, harta tersebut akan menjadi aset kepada kita semasa di dunia dengan memberikan pulangan dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya dan juga memberikan pahala kepada kita setelah kita meninggalkan dunia ke alam akhirat. Akhirat adalah destinasi akhir setiap manusia di mana dosa dan pahala akan menjadi perhitungan sama ada kita mendapat keredaan Allah SWT atau tidak. Sikap tidak ambil endah umat Islam dalam pengurusan harta ini akan merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Masalah ini dapat diatasi dengan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan ilmu dalam bab muamalat dan mempraktikkan apa yang dipelajari untuk kebahagiaan kita dunia akhirat. Sebagai contoh, kita boleh mendalami ilmu tentang wasiat dan melakukan wasiat dengan ejen-ejen wasiat yang bertauliah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Wasiat menurut mazhab Shafie adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia mati sama ada disebut perkataan wasiat atau tidak. Kesedaran tentang wasiat dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun dan kita di saran untuk [...]

Karnival Eksplorasi Minda gilap potensi warga Felda Kepis

KUALA PILAH, 25 April 2017- Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kepis (Felda) menganjurkan Karnival Eksplorasi Minda bagi meneroka potensi setiap warga Felda dalam usaha melaksanakan tranformasi minda dalam kalangan mereka. Antara objektif program adalah bagi membantu memberi rangsangan motivasi kepada pelajar sekolah agar berjaya dalam bidang akademik, memperkenalkan Jumaah Profesor dengan pelbagai program komuniti dan sebagai salah satu usaha promosi dan program mengenali USIM. Penyelaras program, En Mohd Asri Hussain berkata program ini merupakan kunjungan timbal balik selepas SK Kepis (Felda) telah menyertai program Campus Life di USIM tahun lalu selain menjadi tanggungjawab sosial universiti dalam memberi manfaat kepada masyarakat sekitar. Seramai 200 pelajar dari umur 6 hingga 12 tahun menyertai program ini. Turut diadakan program selari ibu bapa bersama Jemaah Profesor USIM (JPU), program kenali diri bagi para pelajar tahap 1 & 2 bersama Kelab U-Reka dan & Pusat Tamhidi, pameran Badan Beruniform dikendalikan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) serta Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah bagi golongan belia. Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Kamanizam Tindek turut menyokong usaha USIM dalam menerapkan transformasi minda menerusi pendekatan program akademik yang digagaskan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Utama Mohammad Hassan bagi merapatkan jurang pendidikan dan sosio kehidupan antara sekolah luar bandar dan bandar, “Ia bukan hanya warisan tetapi juga pembangunan modal insan seperti berfikir secara matang, melakukan usaha bersungguh-sungguh dan menghargai apa yang ada. Itu pendekatan kita melalui tranformasi minda,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival [...]

Go to Top