Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2017

Muktamar Waqf Iqlimi kukuhkan jaringan akademia dan industri

NILAI, 20 September 2017 – Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu wakaf dan pembangunan ekonomi ummah di peringkat ASEAN dan global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merealitikan Muktamar Waqf Iqlimi dengan tema ”Kelestarian Wakaf dan Kewangan Sosial Islam dalam Memperkasakan Pembangunan Ummah Global”. Berlangsung selama dua hari bermula 19 September seminar ini diadakan untuk menyebarkan maklumat kepada pemilik taruh dengan menambahbaik pengurusan institusi wakaf dengan mewujudkan kelestarian wakaf, sebagai satu intrumen kewangan sosial Islam dalam memperkasakan pembangunan ummah global dan diluaskan di seluruh peringkat merangkumi aktiviti pengajaran, penyelidikan dan jaringan industri. ”Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seperti ini boleh memperkukuhkan jaringan persaudaraan antara akademia dan industri berasaskan wakaf. Wakaf dan Kewangan Sosial Islam juga telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 di bawah lonjakan kelima (kemampanan kewangan) dalam kalangan sepuluh lonjakan yang digariskan dalam PPPM tersebut, rujuk (Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi 2015 – 2025 : ms 21),” ujar Prof Madya Dr Fuadah Johari, Pengarah Muktamar Wakaf Iqlimi 2017 dan penyelaras Pusat Wakaf dan Zakat, USIM. “Sebagai sebuah universiti yang mempelopori Sains Islam, kami merasakan adalah suatu kewajipan untuk menjayakan pengurusan pembiayaan wakaf supaya kepakaran yang ada di USIM dapat memberi manfaat kepada ummah dari segi pemantapan pendidikan dan juga membantu golongan masyarakat dari segi perubatan dan juga membangunkan sosio-ekonomi masyarakat melalui instrumen wakaf ini,” ucap YBhg Prof Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM. Sesi pembentangan secara selari juga membawakan lebih 25 kertas kerja hasil penyelidikan dan isu-isu terkini selain turut [...]

USIM tawar tempat kepada 219 pelajar kurang berkemampuan sambung pengajian Sarjana Muda

NILAI, 16 September 2017 - Seramai 219 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah menerima khabar gembira apabila berjaya menerima tawaran dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda melalui saluran kemasukan khas. Kumpulan pelajar ini akan mendaftar masuk ke USIM pada Isnin, 18 September 2017 dalam pelbagai bidang pengajian bersempena Pendaftaran Pelajar Rayuan Sarjana Muda USIM bertempat Dewan Tuanku Canselor. Saluran kemasukan khas ini ditawarkan oleh USIM hanya kepada pelajar yang datangnya dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM 3000 sebulan ke bawah dan miskin dikenali sebagai Bottom 40% (B40) sahaja. Para pelajar yang memohon melalui saluran B40 USIM ini telah membuat permohonan menyambung pengajian ke USIM secara terus melalui Bahagian Pengurusan Akademik USIM sebelum ini. Selain para pemohon perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah yang dinyatakan, mereka juga wajib memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh Universiti untuk dipertimbangkan. Pada tahun ini, sebanyak 618 permohonan diterima oleh USIM berbanding 315 pada tahun 2016. Selain itu, pada tahun lalu, pemohon B40 yang berjaya ditawarkan adalah 128 orang sahaja. USIM amat menyambut baik dan menyokong program kemasukan laluan khas B40 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan oleh setiap Universiti Awam ini. Ini kerana ia menjadi 'jambatan' dan peluang istimewa kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian. Secara tidak langsung, saluran ini merupakan medium pemudah cara bagi pelajar sekolah agama yang cemerlang akademik dan datangnya dari keluarga susah untuk melanjutkan pelajaran ke USIM kerana mereka hanya perlu memohon secara terus menerusi borang khas yang [...]

Travelog Siswa: Memoir di Bumi Yunnan

KUNMING, 15 September 2017- Yunnan, China telah menjadi destinasi pilihan bagi 25 pelajar Fakulti Sains dan Teknologi bersama-sama dengan seorang pegawai pengiring, Puan Nor Jannah Saaluddin untuk menjayakan program Global Islamic Student Outreach (GISO): Travelog Siswa di Bumi Yunnan pada 25 Julai lalu. Menurut Pengarah Program GISO, Muhammad Harith Noor Azam, tujuan program ini bukan sahaja bagi menyantuni masyarakat muslim di sana, malah bertujuan bagi melahirkan mahasiswa yang cakna tentang isu dunia luar sekaligus menyahut misi USIM, iaitu mengintegrasikan ilmu Aqli dan Naqli. Sepanjang berada di sana selama 6 hari, delegasi berpeluang menziarahi enam buah masjid. Antaranya ialah Masjid Nancheng, Masjid Shuncheng, Masjid Yong Ning, Masjid Lao, Masjid Najia Ying dan Masjid Shadian. Kenam-enam masjid tersebut terletak di daerah yang berbeza serta mempunyai sejarah dan fungsinya yang tersendiri. Antara masjid yang tidak dapat dilupakan oleh delegasi ialah Masjid Shadian yang terletak di Daerah Shadian yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Walaupun terdapat pelbagai halangan dalam membangunkan masjid-masjid di sekitar China, sebanyak 39,105 buah masjid telah berjaya dibangunkan atas usaha penduduk Muslim di China. Mereka mencari inisiatif untuk mengumpul dana dengan menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti menyewakan bangunan kepada orang luar, mengurus hotel dan pelbagai aktiviti lain bagi mengembangkan ekonomi orang Islam di samping dapat menyumbangkan dana untuk pembinaan masjid. Menurut Muhammad Harith, penerimaan agama Islam di China dan di Malaysia amat berbeza. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan di China tidak membenarkan sebarang bentuk pengajaran agama Islam di sekolah dan usaha penyebaran agama Islam kepada orang awam di khalayak boleh dikenakan [...]

PNB-USIM Shariah Governance and Assurance Conference 2017

NILAI, 14 September 2017 - Shariah Governance and Assurance Conference 2017 dengan tema “Towards Sustainability of Shariah Governance and Assurance in Islamic Institutions” anjuran Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dnegan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) diadakan semalam, 13 September bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur berjaya mengumpulkan ramai penyelidik berbincang untuk memajukan urus tadbir shariah di Malaysia dan di kalangan negara serantau. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi PNB dalam ucapan perasmian menyatakan bahawa dengan menggunakan kaedah urus tadbir shariah yang baik, pelaburan yang di urus oleh PNB akan dipantau untuk memastikan pelaburannya adalah selari dengan shariah dan keperluan maslahah rakyat Malaysia. “Ini adalah penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur di dalam pelaburan unit amanah ASB adan ASN yang diselanggara oleh PNB,” ucapnya. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dalam ucapan aluannya berharap keterlibatan USIM dan PNB dapat persidangan ini dapat menggarap pengetahuan dan idea bersama untuk meningkatkan wacana keintelektualan. Dr. Nuradli Ridzwan Shah, Pensyarah Kanan FEM yang juga hadir berkongsi pandangannya bahawa urus tadbir shariah secara khususnya dapat meningkatkan imej dan penjenamaan sesebuah organisasi di mata pelabur dan masyarakat. “Urus tadbir shariah dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk meningkatkan imej dan penjenamaan sesebuah syarikat. Ini adalah kerana dengan kemajuan ekonomi negara Malaysia dan sektor pendidikan, rakyat Malaysia kini, mempunyai tahap religositi yang tinggi dan justeru itu permintaan kepada sistem kewangan, pelaburan dan perniagaan yang patuh shariah semakin tinggi permintaannya,” ujarnya. Menurutnya, berbanding dengan urus tadbir korporat, urus tadbir shariah menekankan kepada [...]

Siswa USIM kumpulan pertama perintis Gap Year Kementerian Pendidikan Tinggi

NILAI, 12 September 2017- Seramai enam orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi kumpulan sulung siswa Universiti Awam yang menyertai Program Gap Year di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan  graduan holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Satu pertemuan khas kumpulan pelajar ini bersama Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad telah diadakan pada hari ini bagi menyampaikan amanat dan penyerahan bendera universiti sebelum bertolak ke Kampung Buluh Nipis, Bandar Muadzam, Pahang untuk program pertama mereka dengan masyarakat orang asli di sana. Mereka terdiri daripada Mohamad Hassanudin Abu Jamil (Sarjana Muda Quran Dengan Multimedia); Mohammad Syafiq Rosli (Sarjana Muda Quran Multimedia); Noorsyafiqah Shaharuddin (Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah); Fatimah Adilah Elias (Sarjana Muda Sunnah Pengurusan Maklumat); Nazratun Nadiah Sa'don (Sarjana Muda Al-Quran Dan Sunnah); dan Sayidatul Aqbaar Zakaria (Sarjana Muda Akidah & Agama). “Kita amat berbangga atas semangat kesukarelawanan yang ditonjolkan oleh siswa USIM untuk menyertai Gap Year KPT ini kerana mereka akan terlibat sepenuh masa selama setahun yang memerlukan mereka menangguhkan pengajian di universiti (semester) bermula semester ini. Sepanjang tempoh ini, siswa kita akan terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan anjuran IRM di seluruh negara”. "Mereka menjadi kumpulan pertama siswa USIM menyertai Gap Year dan kumpulan perintis diperingkat Universiti Awam. Penglibatan mereka secara langsung menunjukkan Universiti serius menyahut hasrat dan [...]

Merakyatkan Sains

Perangkaan terkini menunjukkan bahawa mata pelajaran sains tidak mendapat perhatian yang tinggi dikalangan pelajar dibangku sekolah. Pembahagian 60:40 antara aliran sains dan sastera‎ diperingkat sekolah menengah tidak mencapai hasrat sedemikian. Ini dikatakan menjejas perancangan masa hadapan negara untuk memajukan ekonominya. Cabaran keenam Wawasan 2020 yang ingin melihat Malaysia sebagai penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi nampaknya tidak kesampaian. Malaysia masih ditahap negara pengguna teknologi buatan negara lain yang bukan saja merugikan dari segi ekonomi, malah dari segi perkembangan ilmu juga. Mengemis Ilmu Maksudnya Malaysia akan terus meminjam idea orang lain tanpa banyak menyumbang idea-idea bernas kepada khazanah ilmu dunia. Dari sudut dunia pengetahuan ini dilihat sebagai satu fenomena “mengemis” dan negara yang sedemikian rupa sudah tentunya tidak boleh bertahan lama. Malah lebih malang lagi negara tersebut terbuka kepada satu lagi bentuk ‎penjajahan melalui sains dan teknologi khasnya. Maksudnya, Malaysia akan menjadi tempat longgokan bahan-bahan yang sudah lapok dan tidak berguna lagi. Sekaligus mendatangkan berbagai kemudaratan; baik dari segi alam sekitar, kesihatan kalau tidakpun sosio-budaya setempat. Dengan kata lain, kebanggaan nasional akan mula pudar dan keupayaan menjaga kedaulatan negara mula terancam. Ramai mungkin ti‎dak melihatnya dari perspektif ini, namun hakikatnya adalah demikian. Dalam Era Pengetahuan, ukuran kaya miskin dihitung dari sudut sumbangan ilmu untuk manfaat umum, malah sejagat. Lihat saja negara Jepun yang dikatakan ‘miskin’ dari segi hasil mahsul bumi. Anehnya, ia menjadi antara terkaya ekoran pengemblengan sains dan teknologi termaju cetusan para saintis mereka disemua peringkat. Kini, Jepun antara peneraju teknologi automasi serta robotik terkenal [...]

Majlis Amanat Dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2017/2018

NILAI, 7 Sept 2017 – Seramai 2,192 Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2017/2018 menjalani Minggu Taaruf yang bermula pada 6 September hingga 8 September 2017.  Bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM, pelajar baharu menghadiri Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda yang diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Menteri Mentor USIM bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak serta barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Univeristi (JKPU). Bagi Sesi Akademik 2017/2018, USIM menerima sebanyak 23,069 permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke 9 fakulti di USIM. Fakulti Sains dan Teknologi mencatat jumlah pelajar mendaftar paling tinggi seramai 458 pelajar diikuti Fakulti Ekonomi dan Muamalat (396), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (340), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (303), Fakulti Syariah dan Undang-undang (288), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (224), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (80), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (68) dan Fakulti Pergigian (35). Daripada jumlah tersebut, pecahan kelompok pelajar yang mendaftar mengikut negeri mencatatkan Selangor paling ramai mendaftar iaitu 471 orang diikuti Kelantan (386), Kedah (222), Pahang (192), Johor (178), Perak (176), Terengganu (175), Negeri Sembilan (111), Pulau Pinang (72), Melaka (61), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (60), Sabah (34), Perlis (23), Sarawak (17), Putrajaya (9) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 614 pelajar lelaki dan 1,578 perempuan termasuk enam orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Gambia mendaftar yang mana tahun ini mencatatkan peningkatan berbanding [...]

2,192 pelajar baharu kini bergelar Mahasiswa USIM

NILAI, 7 September 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 2,192 pelajar baharu yang mendaftar masuk ke kolej kediaman pada 5 September, Selasa dan jumlah tersebut kekal semasa sesi pendaftaran universiti dan kursus bagi sesi kemasukan 2017/2018 yang berlangsung pada 6 September bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Urusan pendaftaran di kolej kediaman bermula seawal jam 8.30 pagi di tiga lokasi iaitu Kolej Kediaman 1(KK1), Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kolej Kediaman Nilam Court di mana pengangkutan bas digunakan untuk kemudahan pergerakan pelajar dan ibu bapa. Rata-rata ibu bapa yang ditemui berpuas hati dengan proses pendaftaran kolej serta dapat mengiringi pelajar dalam keadaan terkawal dan lebih sistematik.     Pengetua Asrama KK1, Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar berkata, sesi pendaftaran di perkarangan Kolej Kediaman 1 berjalan lancar dan teratur dengan para pelajar ditemani penjaga mereka yang tiba seawal pukul 8.30 pagi bagi menyempurnakan urusan tersebut. Tahun ini USIM menerima sebanyak 23,069 permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke 9 fakulti di USIM. Fakulti Sains dan Teknologi mencatat jumlah pelajar mendaftar paling tinggi seramai 458 pelajar diikuti Fakulti Ekonomi dan Muamalat (396), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (340), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (303), Fakulti Syariah dan Undang-undang (288), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (224), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (80), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (68) dan Fakulti Pergigian (35). Menurut En Hammad Farhi Mohd Saudi, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik, daripada jumlah 2,192 pelajar yang mendaftar, pecahan lelaki sebanyak 614 dan 1,578 perempuan termasuk enam orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Gambia.  [...]

Ogos 2017

Meet the songwriter of “USIM Terus Maju”

Tuan Hj Mahzan Abd Manan, who hailed from Taiping, Perak is the composer of the ‘USIM Terus Maju’ song, first played to the then KUIM first batch of graduates in 2003. He was educated in SMK King Edward VII, Taiping, Perak before serving as the English teacher in SK King Edward VII, Taiping, Perak. Q1 Please share a little bit of your background especially on your involvement in music. I began by trying out musical instruments and it became a fun hobby when I can play instruments like the guitar and accordion. My love of music enticed me to try writing songs and entering songwriting competitions organised by Radio Televisyen Malaysia (RTM). I began by trying out musical instruments and it became a fun hobby when I can play instruments like the guitar and accordion. My love of music enticed me to try writing songs and entering songwriting competitions organised by Radio Televisyen Malaysia (RTM). At that time, public entertainment is solely via the radio as the television is not yet affordable. Around 1960s, RTM hold a new songwriting competition on the radio every month. The monthly winners then competed at the annual final stage, and the winning song were sung by Bintang RTM contestants. I didn’t expect at all that my first entry through a song titled ‘Hanya Sekejap’ would be selected to the final stage and subsequently crowned the Champion (1962). I continued to polish my talent in songwriting and luck was on my side when [...]

Dato’ Musa dilantik anggotai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam

NILAI, 25 OGOS 2017 – Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan dan amanah baharu yang membanggakan warga universiti ini apabila beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Perkenan pelantikan ini daripada Majlis Raja-Raja diterima secara rasmi melalui Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan tempoh lantikan beliau berkuatkuasa mulai 16 Julai 2017 hingga 31 Disember 2019. Surat lantikan ini disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha kepada Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad di Canselori USIM pada semalam. Selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Naib Canselor USIM atas pelantikan ini. Beliau turut meletakkan keyakinan melalui pelantikan ini, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dapat bersama-sama memberikan sumbangan, pandangan dan idea dalam membantu Jawatankuasa Fatwa MKI melaksanakan fungsinya. Menurut kenyataan Pegawai Pejabat Naib Canselor USIM, Encik Mohd Saifullah Zulkapli menyatakan bahawa pelantikan Profesor Dato Dr’ Musa Ahmad sebagai Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa MKI adalah bagi mewakili golongan profesional dan pakar. “Pelantikan Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad untuk menganggotai Jawatankuasa Fatwa MKI adalah satu kebanggaan kepada warga USIM. Dengan ketokohan kepimpinan, pengalaman dan latar belakang sebagai ahli akademik yang cemerlang, kita menyakini beliau dapat menunaikan amanah ini dengan sebaiknya. Warga Universiti mendoakan semoga lantikan ini memberi manfaat yang signifikan kepada pembangunan USIM yang menuju ke arah kampus barakah,” ujar Saifullah. Dilahirkan di Panchor, Muar Johor, beliau [...]

Go to Top