Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2016

SISWA USIM MASUK KAMPUNG SEMPENA‘SANTAI MAHABBAH DE JELEBU 2015’

NILAI, 19 DIS 2015 – Meriah suasana di Kampung Tembun, Negeri Sembilan apabila seramai 23 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkampung sehari di sana untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung. Mereka yang merupakan pelajar kursus kokurikulum Debat Bahasa Melayu di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM teruja menjadi anak kampung sempena program ‘Santai Mahabbah De Jelebu 2015’ yang diadakan pada 19 Disember baru-baru ini. Bertolak awal pagi dari Kampus USIM di Nilai, perjalanan ke Kampung Tembun mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dirasakan amat singkat kerana kehijauan alam semula jadi dan suasana desa yang cantik menjadi peneman sepanjang perjalanan. Kampung Tembun yang terletak dalam daerah Jelebu yang sinonim dengan penduduknya yang masih kuat mengamalkan Adat Pepatih. Ketibaan mereka disambut ceria penduduk kampung yang telah menunggu di perkarangan Masjid Kariah Bunga Tanjung, Kampung Tembun. “Bibit kemesraan antara kami dan penduduk kampung terjalin dengan pantas tanda kedatangan  kami sebagai‘anak-anak USIM’ ke kampung ini amat dinantikan dan diraikan. Setelah mendengar taklimat berkaitan kampung dan pengisian sepanjang hari ini yang akan dijalankan, program pertama yang membuka tirai ialah aktiviti sukaneka. Sesuai dengan suasana kampung, permainan tradisional menjadi pilihan”. “Kita bentuk pasukan yang terdiri daripada siswa USIM dan penduduk kampung untuk mencuba pelbagai permainan. Aktiviti yang dipilih pula lebih memerlukan interaksi dan kerjasama sesama ahli pasukan, jadi hubungan itu lebih akrab dan menggembirakan”. “Misalnya untuk lelaki, kita bermain sepak takraw, kumpulan wanita dengan pertandingan rebut kerusi dan teka rempah ratus manakala kanak-kanak ternyata seronok dengan permainan boling kelapa dan teka-teki. Perlumbaan berjalan [...]

Disember 2015

Video Sorotan 15 Tahun USIM (2000:2015)

KURSUS PROFESIONAL HALAL ANALYST LAKSANA PEMINDAHAN ILMU MODUL HALAL

NILAI, 30 DIS 2014 - Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Halal Industry Development Corporation (HDC) serta TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) bekerjasama menganjurkan kursus Professional Halal Analyst Program (PHAP) - Siri 1/2014, bermula dari 23 Oktober 2014 hingga 9 Disember 2014, bertempat di Kampus Utama USIM, Bandar Baru Nilai dan Makmal Analisis Halal, TPMB, Bukit Jalil. Program ini mendapat biaya dari Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Pemindahan Ilmu (KTP). Sepanjang kursus, peserta telah diberi pendedahan teori dan amali kepada enam modul dibawah kluster sains, teknologi, pengurusan, syariah, perundangan dan audit. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran berkaitan Halal kepada sasaran masyarakat dan industri, memindahkan pengetahuan Halal berkaitan (teori dan praktikal, protokol Syariah, prosedur Samak, pembangunan makmal dan analisis) kepada industri, dan meningkatkan pengetahuan dalam amalan, pemantauan, audit dan pelaksanaan Halal. Modul yang dipelajari merangkumi pelbagai bidang seperti Ujian Kompetensi Halal, pengurusan halal, sains dan teknologi halal, sains makanan dan peraturan/akta berkaitan, instrumentasi analisis halal, standard dan pengauditan halal dan syariah undang-undang dan ia telah disertai seramai 30 orang peserta dari pelbagai bidang dan agensi. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad program ini diwujudkan sejajar dengan keperluan industri halal sebagai salah satu sektor pelbagai disiplin yang kompleks dan holistik, di samping itu, ianya mewujudkan pelbagai peluang ekonomi yang menuntut pendekatan bersepadu di mana objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran berkaitan isu Halal kepada masyarakat dan industri dan untuk memindahkan pengetahuan Halal berkaitan (teori dan praktikal, protokol [...]

USIM TUBUH FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

NILAI, 28 DIS 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan peranannya dalam menyediakan program akademik yang bertunjangkan intgrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui penubuhan  fakulti baharu iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Fakulti ini menjadi fakulti kesembilan ditubuhkan oleh USIM semenjak ia ditubuhkan oleh pada tahun 2000 sebagai Universiti Awam Ke-12. "Berita gembira penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ini diterima oleh Pengurusan Universiti melalui surat rasmi daripada Jabatan Pendidikan Tinggi  baru-baru ini yang memaklumkan YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah meluluskan penubuhannya pada 10 Disember 2015 lalu". "Melalui penubuhan fakulti ini, dua program akademik sedia ada yang diletakkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian serta Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) akan ditawarkan di bawah fakulti baharu ini mulai 2016". Ujar Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Dr. Zulkifli Abd. Ghani. "Fakulti ini secara langsung akan membuka peluang baharu kepada pelajar lepasan sekolah agama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional. Usaha awal kepada penubuhan fakulti ini ialah dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian pada 2012 diikuti Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pada 2013". "Pada Majlis Konvokesyen USIM kali ke-13 pada 7 hingga 9 November 2015 lalu, ia menyaksikan seramai 10 orang graduan  kumpulan pertama Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian menerima ijazah masing-masing. Manakala graduan sulung program Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pula akan diraikan pada Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-15 pada [...]

STRACOMM CERIAKAN PERSIAPAN PERSEKOLAHAN ANAK YATIM

NILAI, 20 DIS 2015 - Sesi persekolahan tahun hadapan yang akan dibuka pada awal Januari nanti memberi kegembiraan kepada 22 orang anak yatim apabila di bawa membeli belah barangan persekolahan mereka bersama kakitangan Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM. Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Asnaf Murni Sendayan, Negeri Sembilan terlebih dahulu di bawa melawat Kampus USIM dan Canselori pada sebelah paginya. Mereka selepas itu ke Pasaraya Tesco Bandar Baru Nilai untuk mendapatkan keperluan persekolahan seperti baju seragam, kasut, alat tulis, beg sekolah, pakaian sukan dan lain-lain lagi. Menurut Encik Mohd Asri Husain Timbalan Pendaftar Kanan StraComm, program Tanggungjawab Sosial (CSR) Jabatan tahun ini telah memilih untuk memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim sebagai menutup buku 2015 dengan aktiviti berbentuk amal kebajikan. "Ini salah satu bentuk aktiviti yang selari dengan saranan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan untuk USIM sentiasa dekat dihati masyarakat negeri ini. Pada November lalu, StraComm telah hasilkan buku khas 'USIM di Negeri Sembilan'  yang dilancarkan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Buku ini menceritakan hubungan langsung dan akrab silaturrahim USIM dengan Istana, Kerajaan Negeri, sekolah dan rakyat sepanjang 15 tahun USIM ditubuhkan."  jelas Encik Asri. Pada program ini, kakitangan StraComm meluangkan masa hampir tiga jam bersama anak-anak yatim memilih keperluan persekolahan yang sesuai. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka dan pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim Asnaf Murni Sendayan yang turut serta mengucapkan terima kasih pada USIM atas sumbangan yang diberikan. Terdapat juga sumbangan individu semasa [...]

GALAKAN BUDAYA MEMBACA, USIM BINA 10 ’LITTLE FREE LIBRARY’

NILAI, 22 DIS 2015 – Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi perpustakaan Universiti Awam pertama dan kelima di dalam negara yang mengambil inisiatif mewujudkan perpustakaan mini ’Little Free Library’ secara rasmi (berdaftar) dengan Little Free Library Organization (LFL) yang berpusat di Hudson, New York. LFL yang ditubuhkan pada Mei 2015  yang diasaskan oleh Todd H. Bol dan Rick Brooks merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mempunyai misi keusahawanan sosial kepada menyediakan akses buku oleh orang awam secara percuma melalui konsep ”Take a Book, Return a Book”. LFL USIM dengan nombor pendaftaran (charter number) #31743, boleh memuatkan sekitar 50 buah bahan bacaan dalam satu-satu masa. Penubuhannya turut mendapat galakan Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Perpustakaan USIM menempatkan 10 buah kotak kecil LFL USIM yang dibina berbentuk rumah minangkabau di sekitar kampus khususnya di kawasan tumpuan utama warga kampus seperti Canselori, perpustakaan, kolej kediaman dan perhentian bas. Sebanyak empat unit LFL USIM telah siap dipasang baru-baru ini dan bakinya akan dipasang secara berperingkat-peringkat. Objektif LFL diwujudkan oleh USIM adalah untuk membudayakan amalan membaca (Iqra’) dalam kehidupan harian warga universiti selari dengan slogan USIM iaitu ’Peneraju Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli’. Selain itu, ia juga akan melibatkan warga universiti dalam khidmat komuniti kerana pengurusan LFL sendiri adalah  berbentuk sukarelawan. Keurusetiaan LFL USIM kini diletakkan di bawah Jabatan Perpustakaan (Pejabat Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) dengan dibantu 47 orang sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa USIM. Lebih 1100 bahan bacaan hasil sumbangan warga kampus [...]

PENGAMAL MEDIA ‘PERTURUN ILMU’ DALAM BENGKEL ANJURAN USIM

NILAI, 17 DIS 2015 – Seramai 48 peserta yang terdiri dari staf dan pelajar menghadiri Bengkel Pengurusan Media 2015 anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan di Bilik Seminar 2, Pusat Tamhidi pada 17 Disember 2015. Objektif penganjurannya adalah untuk menyediakan input-input penting dan pengetahuan asas berkaitan prosedur pengurusan media dan perhubungan awam dalam organisasi selain memberi pendedahan dan panduan kepada kakitangan dan pelajar dalam aspek pengurusan media semasa penganjuran program di fakulti dan Jabatan di USIM. Menurut Dr. Faizal Kasmani Pengarah StraComm, bengkel yang julung kali diadakan ini adalah bagi berkongsi maklumat dan pendedahan berkaitan media, di mana media memainkan peranan penting dalam dunia komunikasi harini yang membantu menyampaikan maklumat dan matlamat organisasi untuk disalurkan kepada khalayak. “Tiga topik yang menarik telah disusun sepanjang pengisian bengkel hari ini iaitu Peranan Organisasi dalam Pengurusan Media Elektronik, Teknik Penulisan Rencana dan Berita dan Etika dan Aspek Undang-undang dalam Kewartawanan Media   Sosial dan Media Cetak”. “Walaupun dengan pengisian yang padat, diharap dengan penganjuran bengkel ini sedikit sebanyak peserta mendapat input yang berfaedah yang dapat digunakan bagi membantu menaikkan lagi nama universiti”, tambah Dr. Faizal. Penceramah jemputan adalah terdiri dari tiga ahli panel yang yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran media cetak dan media elektronik iaitu Encik Ainol Amriz Ismail Ketua Biro Utusan Seremban, Encik Ziauddin Sharuddin Ketua Biro Berita Harian Seremban dan Encik Arfi Ahmad Wartawan Senior BERNAMA TV/TV9 Seremban. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [...]

ULANGTAHUN 15 TAHUN USIM IKTIRAF 47 KAKITANGAN

NILAI, 18 DIS 2015 - Sambutan Ulangtahun Ke-15 USIM telah melabuhkan tirainya pada 18 Disember lalu bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Quran dan Sunnah. Pada Majlis Penutup Sambutan Ulangtahun yang dihadiri lebih 100 tetamu, seramai 47 orang kakitangan USIM menerima penghargaan sebagai tanda pengiktirafan atas perkhidmatan yang telah disumbangkan selama tempoh 15 tahun di USIM. “USIM kini semakin teguh dengan bilangan kakitangan seramai 1,521 orang serta 11,800 orang pelajar dalam kalangan pelajar 9,754 Sarjana Muda,1,158 Siswazah, 888 pelajar Pusat Tamhidi serta 50 orang pelajar dari Sekolah Permata Insan. Tidak dilupakan Alumni USIM kini seramai 12,267 yang kini telah berkhidmat di pelbagai agensi mahupun seorang usahawam,” ucap Tan Sri Abdul Shukor yang menerima Anugerah Perkhidmatan Setia USIM 2015. “Tanpa disedari USIM telah berusia 15 tahun dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan awal yang bersama-sama saya membangunkan USIM sehingga menjadi sebuah kampus yang indah dan permai seperti yang kita nikmati kini,”tambahnya. Sambutan 15 tahun diadakan bertujuan mengimbau kembali sejarah penubuhan USIM sebelum ini yang dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang mula beroperasi pada tahun 2000 dengan pengambilan sulung seramai 255 pelajar pada 18 Jun 2000.  USIM tekad memenuhi keperluan semasa apabila program pengajiannya diolah bagi memenuhi kehendak pasaran, industri serta membentuk pembangunan modal insan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi sehinggalah pada tahun 2007,  KUIM bertukar nama kepada USIM. Encik Mohd Asri Husain, Penolong Pendaftar Kanan StraComm yang memegang kad staf 10  merupakan salah seorang kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun di USIM adalah [...]

Go to Top