Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2012

DEKAN FST SAMPAIKAN SYARAHAN PERDANA USIM YANG PERTAMA

NILAI – Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg Profesor Dr. Jalani Sukami menjadi individu perintis apabila dipilih untuk menyampaikan Syarahan Perdana USIM yang julung kalinya diadakan di universiti ini. Syarahan bertajuk Malaysian Oil Palm Industry: Contribution, Challenges and Future Prospects yang disampaikan oleh beliau membincangkan tentang perihal industri sawit di negara ini dalam menghadapi isu-isu serta cabaran terutamanya di alaf ini. Anak kelahiran Muar, Johor ini dilahirkan pada tanggal 7 Julai 1945.  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Muar dan kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian pada tahun 1970. Sebagai seorang yang berfikiran dinamis, beliau kemudiannya menyertai kumpulan penyelidikan Profesor JP Moss di University of Reading, United Kingdom dan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Genetik Tumbuhan. Seawal usia 28 tahun, beliau merupakan salah seorang pemegang ijazah kedoktoran termuda di Malaysia dan kemudiannya mengorak langkah serta membina kerjaya sebagai ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974. Sebagai seorang saintis, beliau telah menimba banyak pengalaman berguna, berkhidmat di makmal universiti terkemuka dunia di Iowa State, Harvard, Yale dan Cornell, di mana beliau telah menjelajah ke lebih daripada 70 buah negara demi mendalami ilmu sains. Pada tahun 2004, beliau telah menyertai USIM sebagai Pengarah pengasas Pusat Tamhidi dari Januari 2004 sehingga Jun 2008 dan beliau kini merupakan Dekan pengasas Fakulti Sains dan Teknologi, USIM sejak Jun 2003. Kemajuan kerjaya cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau telah berjaya memecahkan pemikiran lama yang menjadi [...]

KONSEP WASATIYYAH LAHIR PEMIMPIN BERWIBAWA

NILAI - Memetik kata-kata Imam Al-Qardawi: “ Jika ingin melihat bagaimana pemimpin pada masa hadapan, maka lihatlah perangai, tingkah laku serta sikap belia pada masa kini”. Itulah kata-kata hikmah yang telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berbahagia Senator  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) pada Majlis Pemimpin Bersama Pelajar sempena Hari Taaruf Pelajar Tamhidi yang telah berlangsung  di stadium tertutup nilai baru-baru ini. Menurut beliau, hal ini perlu bagi memastikan kesinambungan yang telah digarap oleh pemimpin terdahulu dalam menuju wawasan 2020 seperti yang telah di uar-uarkan oleh Yang Amat Berbahagia  Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Misi mencapai negara maju perlukan semangat wasatiyyah bagi memastikan keseimbangan neraca kehidupan di dunia dan akhirat. Tegasnya juga, remaja pada masa kini harus menekankan konsep kesederhanaan dalam kehidupan seperti mana yang telah ditekankan dalam Agama Islam. Hal ini penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti untuk membangunkan ekonomi negara. Tambah beliau lagi, bagi mencapai kejayaan, para pelajar khususnya harus berusaha untuk mendaki tangga kejayaan dengan penuh ketertiban serta memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Hadir sama Naib Canselor  USIM, Yang Berbahagia Professor Dato’ Dr. Muhamad Muda serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Yang Berbahagia  Profesor  Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah dan para pensyarah serta pegawai  USIM. Dalam pada itu penyelaras program, Puan Azlin Mahmud berkata rasional jemputan YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) pada majlis tersebut adalah kerana beliau merupakan Menteri Mentor kepada USIM dan juga kerana beliau yang berlatar belakangkan pendidikan [...]

KEJAYAAN CIPTA 23 BUAH LAGU PATRIOTIK DALAM MASA 2 HARI BUKTIKAN KESUNGGUHAN MAHASISWA USIM

NILAI - Sebanyak 23 buah lagu patriotik berjaya dihasilkan oleh Urusetia Kesenian Pelajar USIM dalam masa dua hari sepanjang program SAYA ANAK MERDEKA ( PSAM ) berlangsung pada 26 hingga 27 Mei 2012 baru- baru ini. Program ini bersempena CIPTA 2012 dan diadakan di Studio Latihan Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia. Program CIPTA yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia merupakan program tahunan yang bermula sejak 2008 hingga sekarang. Keurusetiaan program CIPTA 2008 – 2012 telah dijalankan oleh Unit Kebudayaan Bahagian Hal ehwal Pelajar USIM dengan kerjasama Urusetia Kesenian Pelajar.  Pada tahun 2011 sebanyak enam buah lagu dan satu klip video Jiwa Berpadu 1 Malaysia telah diterbitkan dan sedang menunggu kelulusan untuk siaran RTM. “Saya berbangga dan merasa bersyukur kerana akhirnya kami berjaya menyiapkan 23 buah lagu dalam masa dua hari dengan dibantu tenaga pengajar profesional dan semua mahasiswa USIM begitu komited dalam menjayakan PSAM kali ini”, ujar Encik Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan USIM. Menurut beliau pertandingan mencipta lirik dan lagu patriotik bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah di samping menerapkan nilai- nilai murni serta memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri mahasiswa. PSAM juga selari dengan aspirasi pengurusan USIM yang mahukan mahasiswa menyemai kukuh perasaan keperihatinan kepada keadaan masyarakat yang kurang bernasib baik (penghuni penjara) dan seterusnya menjadi warga Al- Abrar yang dihormati oleh masyarakat Malaysia. Sebelum itu pada 18 hingga 20 Mei 2012 para peserta telah didedahkan dengan kemahiran mencipta lirik melalui Kursus Penulisan Lirik Patriotik yang dikendalikan [...]

Mei 2012

PUSAT ZAKAT MELAKA KONGSI PENGALAMAN LAKSANA 5S

BUKIT BARU – Merasai sendiri suasana bertugas dalam persekitaran tempat kerja yang mengamalkan 5S begitu mengujakan buat rombongan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengadakan Lawatan Kerja Amalan 5S ke Pusat Zakat Melaka (PZM) pada 22 Mei 2012 lalu. Lawatan yang diadakan ini merupakan salah satu daripada pengisian aktiviti sepanjang Minggu Kualiti dan Inovasi USIM anjuran Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK) USIM yang bermula pada 21 hingga 25 Mei 2012. Ketibaan rombongan Lawatan Amalan 5S USIM yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan seperti Pejabat Pentadbiran Naib Canselor, Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa (BKKPA), Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPS), Jabatan Perpustakaan, serta Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP), telah disambut penuh mesra oleh Kakitangan PZM yang diketuai oleh Tuan Hj. Ismail Hj. Hasim, Pengurus Besar PZM. Tuan Hj. Ismail Hj. Hasim dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada delegasi USIM yang diketuai oleh Dr. Sumaiyah Abd Aziz, Timbalan Pengarah PPKPK USIM, kerana memilih PZM sebagai destinasi pilihan untuk berkongsi pengalaman 5S yang dilaksanakan di sini. “Kerajaan Negeri Melaka amat menggalakkan setiap agensi Kerajaan Negeri untuk mengamalkan dan mendapatkan Pensijilan 5S. Sehubungan itu, kami di PZM telah memulakan usaha itu secara konsisten dan komited sejak tahun 2009 lagi dan Kini Ibu Pejabat PZM dan semua Pejabat Cawangan PZM di sekitar Melaka telah memiliki Sijil 5S”, ulasnya lagi. Amalan 5S yang menekankan kepada lima elemen penting iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal) terbukti memberi impak positif seperti peningkatan kualiti kerja, produktiviti dan [...]

AKSIS HARGAI PELAJAR CEMERLANG

NILAI - “Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa 2011 (AKSIS 2011) ini adalah untuk meraikan serta menghargai mahasiswa dan mahasiswi USIM yang telah memberi usaha yang cemerlang untuk universiti ini,” ucap Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda dalam majlis tersebut. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), YBhg. Dato’ Sri Zukri Samad, merakamkan ucapan penghargaan kepada USIM, kerana berjaya melaksanakan majlis penghargaan yang gilang gemilang itu. “Saya yakin dan percaya bahawa mereka yang mendapat anugerah pada malam ini merupakan pelajar yang mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti, sekaligus menjadikan mereka sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain” ujar Dato’ Sri Zukri Samad. “Hasilnya nanti, pelajar akan menjadi graduan yang seimbang dari segi kecerdasan intelektual (IQ), emosi (EQ), dan spiritual (SQ) serta mampu berdaya saing dalam pasaran kerjaya dalam dan luar negara,” tambahnya lagi. Berucap ketika merasmikan majlis penghargaan itu, beliau turut memberitahu hubungan antara BIMB dan USIM bukanlah suatu yang asing lagi kerana kedua-kedua institusi ini berkongsi karakter yang sama dengan menggunakan jenama Islam, tambahan pula hubungan ini telah diperkukuhkan lagi dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) pada 23 Disember tahun 2003. Tambah beliau lagi, bentuk kerjasama lain yang telah dibuat antara BIMB dan USIM adalah, penempatan pelajar USIM untuk menjalani latihan industri di Bank Islam,serta penganjuran dan penyelidikan secara bersama penempatan kakitangan Bank Islam dalam program –program pascasiswazah. Sementara itu, Alumni USIM, Sarah Liyana Osman 23 menyatakan penghargaan kepada pihak universiti kerana menjemput para alumni untuk [...]

USIM MENANG 5 EMAS, 3 PERAK DAN 2 GANGSA DI ITEX 2012 Cetak

KUALA LUMPUR– Para penyelidik USIM berjaya mengharumkan nama universiti ini apabila berjaya merangkul 5 Pingat Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2012 (ITEX 12) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 hingga19 Mei baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh para penyelidik USIM ini merupakan suatu kejayaan yang amat membanggakan seluruh warga USIM apabila penyertaan kali pertama ini telah membuahkan hasil dengan kesemua 10 produk penyelidikan yang dipertandingkan berjaya memperoleh pingat. Pingat Emas tersebut berjaya diraih menerusi ’Microbial Rennet From Lactic Acid Bacteria’, ‘Plan Extracts As Growth Media of Lactid Acid Bacteria for Biopreservation of Food’ yang diketuai oleh Profesor  Madya Dr. Zaiton Hassan dan ’Intact-M’ yang diketuai oleh Profesor  Madya Dr. Abd. Halim Mohd. Husin. Sementara itu, dua lagi Pingat Emas berjaya dibawa pulang menerusi produk penyelidikan bertajuk ’E-Debt Financial Stress Tool’ yang diketuai oleh Profesor Madya Datin Dr. Hajah Sapora Sipon dan ’Methods Of Teaching The Arabic Linguistic By Applying The “Method Muthla Takamuliah” To Non-Arabic Speaking Students In The Universities Of Malaysia’ diketuai oleh Dr. Asma Abdul Rahman. 3 Pingat Perak pula dimenangi oleh para penyelidik diketuai oleh Profesor Madya  Dr. Norita Md. Norwawi menerusi ‘Live Forensic Tools’; Dr. Zurina Shafii  ’Shariah Governance And Audit In Islamic Financial Institutions’ dan Dr. Ernie Suzana Ali ’Biobased Shape Memory Polyurethane (SMPU) For Biomedical Application’. Dalam pada itu, produk penyelidikan bertajuk ‘Efficient Malware Secure System (E3MSS)’ yang diketuai oleh Dr. Madihah Mohd. Saudi dan ’Muslims’ Spiritual Quotient Inventory (MSQI)’ diketuai [...]

USIM MENANG 5 EMAS, 3 PERAK DAN 2 GANGSA DI ITEX 2012 Cetak

KUALA LUMPUR– Para penyelidik USIM berjaya mengharumkan nama universiti ini apabila berjaya merangkul 5 Pingat Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2012 (ITEX 12) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 hingga19 Mei baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh para penyelidik USIM ini merupakan suatu kejayaan yang amat membanggakan seluruh warga USIM apabila penyertaan kali pertama ini telah membuahkan hasil dengan kesemua 10 produk penyelidikan yang dipertandingkan berjaya memperoleh pingat. Pingat Emas tersebut berjaya diraih menerusi ’Microbial Rennet From Lactic Acid Bacteria’, ‘Plan Extracts As Growth Media of Lactid Acid Bacteria for Biopreservation of Food’ yang diketuai oleh Profesor  Madya Dr. Zaiton Hassan dan ’Intact-M’ yang diketuai oleh Profesor  Madya Dr. Abd. Halim Mohd. Husin. Sementara itu, dua lagi Pingat Emas berjaya dibawa pulang menerusi produk penyelidikan bertajuk ’E-Debt Financial Stress Tool’ yang diketuai oleh Profesor Madya Datin Dr. Hajah Sapora Sipon dan ’Methods Of Teaching The Arabic Linguistic By Applying The “Method Muthla Takamuliah” To Non-Arabic Speaking Students In The Universities Of Malaysia’ diketuai oleh Dr. Asma Abdul Rahman. 3 Pingat Perak pula dimenangi oleh para penyelidik diketuai oleh Profesor Madya  Dr. Norita Md. Norwawi menerusi ‘Live Forensic Tools’; Dr. Zurina Shafii  ’Shariah Governance And Audit In Islamic Financial Institutions’ dan Dr. Ernie Suzana Ali ’Biobased Shape Memory Polyurethane (SMPU) For Biomedical Application’. Dalam pada itu, produk penyelidikan bertajuk ‘Efficient Malware Secure System (E3MSS)’ yang diketuai oleh Dr. Madihah Mohd. Saudi dan ’Muslims’ Spiritual Quotient Inventory (MSQI)’ diketuai [...]

Urusetia Kesenian Pelajar USIM Raih Kemenangan di Fiesta Kebudayaan Zapin Johor

PULAU PINANG- Mempertahankan warisan budaya zapin Johor merupakan inisiatif bijak bagi mengasah bakat dan kreativiti pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Fiesta Kebudayaan Zapin Johor (FEKAZ). Festival yang bertemakan kelestarian semarak kebudayaan telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia pada 28 April lalu. Sebanyak 10 IPTA telah menyertai pertandingan zapin di FEKAZ 2012. Selain itu peserta telah didedahkan tentang sejarah zapin di Malaysia di dalam bengkel asas zapin pada hari berikutnya di studio latihan USM yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Johor. Terdapat tiga kategori anugerah dan hadiah yang ditawarkan kepada setiap penyertaan termasuk Anugerah Khas Juri dan Anugerah Kostum Terbaik. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor. Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) telah dinobatkan sebagai johan manakala naib johan dimenangi oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sokongan mantap daripada penonton di dalam dewan telah membangkitkan semangat kumpulan Fansuri Urusetia Kesenian Pelajar USIM sehingga berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan. “Saya tidak menyangka USIM akan mendapat tempat di dalam pertandingan ini kerana kami kesuntukan masa untuk membuat latihan,” kata Mohamad Azmi Khalid, 23, ketua kumpulan Fansuri UKP. Menurut Azmi lagi, beliau amat berbangga kerana mereka berjaya meletakkan nama USIM di dalam FEKAZ yang pertama kali dianjurkan ini. Dalam pada itu, Tuan Haji Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor turut menyuarakan harapannya supaya FEKAZ menjadi aktiviti tahunan di peringkat IPTA sekaligus dapat mengeratkan ikatan antara pelajar. Tambah beliau lagi, FEKAZ secara tidak lansung dapat [...]

Siswa USIM Tingkat Kemahiran Penganjuran Kejohanan Debat

PORT DICKSON – Bersesuaian dengan moto “Membina Pewaris Legasi Gemilang”, Kelab Debat dengan kerjasama Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM mengambil pendekatan proaktif menganjurkan Bengkel Keurusetiaan dan Penganjuran Kejohanan Debat 2012 bagi meningkatkan kemahiran para pelajar khususnya urus setia yang mengendalikan program-program anjuran kelab tersebut. Bertempat di Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 12 hingga 13 Mei 2012 yang lalu, bengkel yang diadakan selama dua hari satu malam ini disertai seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan dua serta mendapat bimbingan 25 orang fasilitator yang terdiri daripada Pengurusan Senior Kelab Debat dan Alumni Kelab Debat, USIM. Penganjuran bengkel ini amat bertepatan dengan peranan Kelab Debat dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam menganjurkan tiga pertandingan debat berskala besar setiap tahun iaitu Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM, Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi ASEAN. Melalui pembentangan modul-modul penganjuran kejohanan debat oleh para fasilitator dan latihan dalam kumpulan, aktiviti ini dilihat banyak membantu para peserta untuk memahami aspek gerak kerja, pengurusan dan keurusetiaan apabila ingin menganjurkan sesebuah pertandingan debat. Menurut pengarah program Rafeah Makhtar, pelajar tahun tiga, Fakulti Syariah dan Undang-undang, penganjuran bengkel seperti ini secara tidak langsung bertindak seperti serampang dua mata iaitu dapat merapatkan hubungan silatulrahim sesama peserta dan memastikan kelangsungan kepimpinan dan tadbir urus kelab yang cekap ini dapat terus dikekalkan. “Penglibatan fasilitator berpengalaman yang berkongsi pelbagai input-input berguna disamping komitmen cemerlang para peserta sepanjang program amat saya puji dan [...]

USIM RANGKUL NAIB JOHAN DEBAT PERDANA PENGGUNA SISWA 2012

BANGI – Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena perdebatan Institusi Pengajian Tinggi apabila berjaya merangkul gelaran naib juara di dalam Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012 yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 Mei 2012 baru-baru ini. Pasukan  USIM yang diwakili oleh Mohd Ikhwan Rosseli dan Muhammad Shah Izad Salleh yang bertindak selaku Kerajaan Pembuka memperdebatkan usul “Dewan Ini Akan Memilik Negarakan Industri Barangan Kawalan”. Selaku naib johan, mereka membawa pulang wang tunai RM 4000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Manakala Pasukan UKM selaku Pembangkang Penutup yang diwakili oleh Mohd Daniel Baharuddin dan Najah Izzati Sulaiman telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawa pulang wang tunai RM 5000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  yang turut hadir menyaksikan pertandingan akhir yang berlangsung sengit ini. Menyedari seni berfikir dan berucap ini mampu memberi impak besar dalam memperkembangkan  ilmu kepenggunaan selain berupaya mengumpul idea bernas dan segar, buat julung-julung kalinya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan debat ini dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM), Yayasan Orator dan Persatuan Alumni Debat dan Pidato Malaysia (ADI). Pertandingan ini yang menggunapakai format British Parliamentary (BP) Style iaitu 4 buah pasukan yang terdiri daripada dua orang pendebat, akan berdebat secara serentak dengan memainkan peranan  sebagai Kerajaan Pembuka, Kerajaan Penutup, Pembangkang [...]

Go to Top