Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2011

1, 894 PELAJAR SARJANA MUDA MENDAFTAR DI USIM

NILAI, 8 Sept. – Seramai 1,894 pelajar Ijazah Sarjana Muda mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti semalam. Daripada jumlah tersebut, seramai 533 orang ialah pelajar lelaki manakala 1,361 orang lagi merupakan  pelajar wanita yang mengikuti pengajian di lapan fakulti pengajian di USIM. Semua pelajar baru akan mengikuti program Minggu Taa’ruf sehingga Jumaat ini dan acara kemuncak bagi para pelajar adalah Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru ini adalah majlis yang amat bermakna sekali, kerana setiap pelajar akan membaca ikrar, iaitu membuat akujanji kepada diri sendiri. “Pada petang ini, para pelajar akan berjanji untuk menjadi pelajar yang baik, bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan juga menjadi warga yang baik terhadap Universiti ini, agama, bangsa dan negara dan sebaik sahaja tamat pembacaan ikrar ini, maka dengan secara rasminya semua pelajar akan bergelar pelajar USIM” tambah beliau lagi. Pada masa yang sama, katanya, Ini merupakan bilangan pelajar yang terbesar mendaftar sejak USIM ditubuhkan, menjangkaui pelbagai bidang, meliputi bidang sains sosial, sains dan teknologi, termasuk perubatan dan pergigian. Oleh: Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia Tel: 06-798 8027/013-2575 375G

Ogos 2011

INOVASI KUNCI KELESTARIAN UMMAH

Nilai 16 Okt – Dengan bertemakan “Inovasi:Kunci Ke Arah Kelestarian Ummah” Ekspo Inovasi Islam 2011 (i-Inova’11) pada kali ini menyaksikan sebanyak 95 pasukan menyertai program yang kini telah masuk tahun yang ke-dua setelah pertama kali diadakan pada tahun lalu. Ekspo selama tiga hari yang bermula pada Jumaat lepas anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) ini adalah berbentuk pameran dan pertandingan bagi mengenengahkan produk Islam yang inovatif dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan tempatan dan luar negara. Tujuan utama penganjuran i-Inova ini adalah untuk memperkenalkan inovasi dalam penciptaan produk Islam disamping  untuk memberi ruang, meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat untuk mengetahui dan memahami penggunaan dan penghasilan produk Islam terkini. Dalam pada itu, ianya juga memberi peluang kepada para pensyarah, penyelidik dan para pelajar di IPT tempatan untuk mencungkil bakat dan potensi diri dalam pelbagai bidang. Melalui pendedahan seperti ini para pelajar di IPT berpeluang mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperolehi semasa belajar di universiti untuk mencipta inovasi demi pembangunan ummah. i-Inova’11 kali ini mempertandingkan enam kategori yang terdiri daripada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kejuruteraan, Alam Bina, Bioteknologi Perubatan dan Pergigian, Sains Sosial dan Kemasyarakatan serta Muamalat dan Kewangan. Terbahagi kepada dua kategori, prasiswazah dan terbuka, i-Inova’11 menampilkan sebanyak 48 penyertaan untuk kategori terbuka dan 47 penyertaan untuk kategori prasiswazah. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menurut rujhan, penganjuran i-INOVA’11 [...]

5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN ICEPS7

NILAI, 10 Okt. – Masuk tahun yang ke tujuh penganjurannya, Konvensyen Keusahawanan Islam atau lebih sinonim dengan iCEPS buat pertama kalinya diadakan di Dataran Nilai. Program selama 4 hari bermula dari 6 hingga 9 oktober ini telah berjaya menarik seramai 5 ribu pengunjung. Menurut saudara Zainuddin Darus, pengarah seketeriat pelajar iCEPS7, sambutan pada kali ini amat memberansangkan memandangkan lokasi program yang begitu strategik dan merupakan tempat tumpuan umum. “Alhamdulillah, iCEPS pada kali ini nampaknya begitu meriah sekali sehinggakan pengunjung yang datang berkunjung tidak putus-putus dari pagi hinggalah ke malam” kata Zainuddin. Projek mega anjuran mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dengan kerjasama dari pihak PGUK (Program Gerak Usahawan Kampus) ini merupakan program wajib tahunan dengan elemen keusahawan merupakan aktiviti utama yang dititikberatkan. Antara aktiviti dan pengisian sepanjang program berlansung adalah Gadget & PC Fair; aneka gerai-gerai pameran dan jualan; Larian Amal “Sayangi Jantung Kita”; Sukan Rakyat; Jom Teh Tarik; Futsal; Pameran & Pertandingan motor Vespa dan banyak lagi. Manakala kemuncak iCEPS7 pula diserikan dengan Konserto Islami; “Kembara Satu Cinta yang menampilkan kumpulan Nasyid Far East dan artis solo nasyid tanah air, Muaz. Dalam pada itu, majlis perasmian iceps7 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Syed Amin Al-Jeffri ahli Lembaga Pengarah Universiti, USIM.  Dalam ucapannya, Beliau amat menggalakkan dan mengalu-alukan para graduan dan mahasiswa universiti supaya menjejakkan kaki ke dalam bidang perniagaan seterusnya menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Hadir sama pada majlis tersebut, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM dan ahli-ahli Pengurusan Tertinggi USIM Oleh: Khairul Azizi [...]

URUSETIA KESENIAN PELAJAR LAKAR KEJAYAAN DALAM KESENIAN ISLAM DIPERINGKAT IPTA

SKUDAI, 9 Okt – Berbekalkan pengalaman dan rasa ingin terus mencuba telah membawa kejayaan kepada empat orang Urusetia Kesenian Pelajar, Unit Kebudayaan  Universiti Sains Islam Malaysia apabila berjaya membolot kemenangan di Majlis Perujian Tilawah Al–Quran MAKUM 2011 baru-baru ini. Program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) ini disertai 10 IPTA bagi Perujian Tilawah Al-Quran manakala tujuh penyertaan bagi Pertandingan Seni Khat. Tuah menyebelahi Saudara Yusuf Hasni Montalib apabila dinobatkan Johan bagi pertandingan Seni Khat manakala rakan seperjuangan, Saudari Nurhafizah Othman pula berjaya mendapat Naib Johan. Dalam pada itu, peserta Qariah USIM Saudari Nur Azimah Ahmad Sukaimie berjaya memikat hati juri pertandingan  apabila bacaan beliau telah dipilih sebagai Naib Johan bagi pertandingan Tilawah Al-quran pada program yang sama . Menurut Nur Amizah kejayaan yang dikecapi ini merupakan pengalaman yang sangat manis  dan tidak menyangka sama sekali bahawa bacaan beliau  akan dipilih  sebagai Naib Johan. "Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan  ribuan terima kasih kepada USIM, khususnya Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar  kerana memilih saya untuk menyertai pertandingan pada kali ini" kata Nur Amizah. Qari USIM, Saudara Ahmad Naeim Mat Isa pula berjaya mendapat tempat Ketiga dan beliau menyifatkan pertandingan pada kali ini sangat sengit dan kebanyakan peserta mempunyai pengalaman serta kelebihan tersendiri. Qari dan Qariah USIM dari kumpulan Tarranum di bawah Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ni mendapat bimbingan daripada En Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan menerapkan budaya ilmu melalui pembacaan dan penghayatan [...]

URUSETIA KESENIAN PELAJAR MENGGEGAR DI ARENA IPTA

TANJUNG MALIM 25 Sept - Pertandingan Cipta Lagu dan Nyanyian Solo Lagu Patriotik Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) menyaksikan persaingan sengit 12 IPTA yang bertanding. Buat pertama kalinya Universiti Sains Islam Malaysia muncul sebagai Johan Cipta Lagu Terbaik selepas berjaya menewas 11 peserta IPTA yang telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). ‘Marilah kita langkah bersama, demi menjulang harapan bangsa, Satu Hati Satu Negara’ antara bait lirik Lagu Satu Hati Satu Malaysia dendangan Mohd Nurhakimi Md Yaman, dari Urusetia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan yang juga salah seorang anggota Kumpulan Nasyid Intracksee. Beliau tidak menyangka dengan kemenangan yang diperolehi kerana semua peserta menampilkan persembahan yang cukup hebat dan memukau.  Pertandingan lagu patriotik ini juga merupakan pengalaman manis buat beliau yang menyertainya buat kali pertama dan tidak menyangka kemenangan berpihak kepada USIM berbanding IPTA yang mempunyai Fakulti Muzik seperti UM, UNIMAS dan UPSI. Lagu ciptaan rakan seperjuangan Shukri Sahari dan Lirik oleh Ismail Ahmed membawa pulang Hadiah Wang Tunai berjumlah RM2,000  dan Piala Iringan. Pertandingan nyanyian ini antara lain bertujuan menanam rasa cinta kepada negara dan menghayati erti kemerdekaan sebagai menghargai pengorbanan dan usaha pemimpin terdahulu dan penghayatan ini disampaikan dalam bentuk nyanyian agar ianya dapat dikongsi oleh segenap lapisan masyarakat. Menurut Shukri Sahari yang ditemui sejurus pertandingan tamat berkata kesemua persembahan berlainan dari yang lain, di mana ia adalah persembahan yang menuntut kesungguhan peserta sekali gus emosi yang penuh penghayatan dengan lagu yang dibawa. Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus berusaha meningkatkan kemahiran pelajar sebagai rangsangan untuk memajukan [...]

SISTEM PENGURUSAN ISLAM PERLU STANDARD YANG SESUAI

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia (Trans-SPI 2011) anjuran Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri telah berlangsung dengan jayanya. Program dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Berita Harian dan Tabung Haji ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan disiarkan secara lansung menerusi RTM1. Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, Satu Standard Pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini. Menurut Perdana Menteri, perkara itu penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan. “Para pegawai tersebut memerlukan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang agama sehingga diiktiraf sebagai profesional bidang tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini. Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan buku bertajuk Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia yang bertujuan memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep kesederhanaan dengan teras 1Malaysia yang menjadi kepentingan kerajaan ketika ini. Beliau menambah, penjawat awam terutama yang berada dalam jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif bagi menunaikan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian di luar kelaziman. Langkah itu tegas beliau, amat mustahak agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. “Untuk terus kekal relevan, institusi agama khususnya perlu memberi perkhidmatan [...]

Mei 2011

PELAJAR USIM ASAH BAKAT MENULIS DALAM BENGKEL PENYIARAN MEDIA USIM 2011

USIM Nilai, 19 Mei 2011 – Pepatah berkata “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Menghimpunkan barisan penceramah yang berpengalaman luas dan terlibat  secara langsung dalam penyiaran media massa hari ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (BHEP USIM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penyiaran Media USIM 2011 yang bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Kepimpinan USIM pada  18 hingga 19 Mei baru- baru ini. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan program tersebut bagi memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan BHEP mendapat pendedahan dalam dunia penyiaran khususnya segmen promosi berita-berita di dada akhbar perdana. Program ini bertujuan memperkasakan gaya penulisan berita dan rencana di samping pengetahuan dalam bidang multimedia serta langkah-langkah untuk mempromosi program dan aktiviti pelajar. Kehadiran penceramah yang berwibawa seperti Ahmad Fedtri Yahya dari TV3, mendedahkan kepada peserta aspek-aspek penyiaran media elektronik terutamanya segmen yang popular sebagai rujukan serta memperbaiki ketajaman penulisan di media elektronik. Ketika ditemubual Ahmad Fedtri berkata, USIM telah mengambil langkah yang sangat signifikan dalam penekanan aspek penulisan berita dengan menyediakan platform yang terbaik bagi peserta bengkel kali ini. Beliau turut menambah kepekaan pengurusan universiti dan BHEP telah menjadikan Bengkel Penyiaran Media USIM  2011  lebih bermakna dan membawa manfaat kepada  35 peserta yang menyertai bengkel yang buat julung kalinya diadakan di USIM. Menambah keterujaan peserta, segmen penulisan rencana dan berita telah dikendalikan oleh Encik Muhd Yusuf  Abu Bakar dari Berita Harian dan Encik Mohd Saiful Mohd Sahak Utusan Malaysia. Tips-tips terbaik penghasilan berita dan rencana telah meningkatkan semangat para peserta [...]

USIM, TV ALHIJRAH TINGKAT IMEJ ISLAM

Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalin kerjasama pintar dengan stesen televisyen Islam pertama negara, TV AlHijrah bagi meningkat kan kembali imej Islam di mata dunia. Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata hasrat itu mampu dicapai hasil usaha bersama dalam melahirkan bakat serta modal insan melalui saluran media. “Usaha ini tanggungjawab bersama mendidik masyarakat menilai Islam secara positif. “USIM akan memberi sumbangan berbentuk kajian bagi mengenal pasti kehendak masyarakat supaya mereka menerima maklumat tepat,” katanya. Beliau berkata, televisyen adalah medium paling berkesan mendekati serta mempengaruhi masyarakat. “Kerjasama erat ini juga diharap mampu meningkatkan kemampuan umat Islam menghasilkan produk terbaik dan bermutu. “Pensyarah serta pelajar USIM juga dapat menimba pendedahan dalam dunia penyiaran kerana TV AlHijrah memiliki prasarana canggih,” katanya dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman berkenaan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi TV AlHijrah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda. Sementara itu, Bukhari berkata TV AlHijrah memberi peluang kepada Usim menggunakan kepakaran mereka untuk menjalankan kajian terhadap tabiat, minat serta cita rasa penonton dengan lebih meluas.

April 2011

ONE DAY COMMUNITY CARE SERLAHKAN KEPERIHATINAN PELAJAR USIM

Seremban, 16 April 2011 – Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan program One Day Community Care bertempat di Taman Sinar Harapan Tuanku Najihah Seremban, Negeri Sembilan. Program ini merupakan satu tanggungjawab sosial atau Corporate Services Responsibility bagi USIM dalam melestarikan nilai-nilai murni dan perasaan keprihatinan  yang tinggi di kalangan pelajar USIM terutamanya terhadap insan istimewa yang kurang keupayaan diri seperti OKU.  Program ini adalah salah satu program yang disusun dalam kalendar seni budaya oleh Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia dengan melibatkan Urus Setia Kesenian Pelajar sebagai peserta program One Day Community Care. Idea melaksanakan program ini lahir kerana masyarakat kita hari ini seolah-olah semakin lupa akan tanggunjawab sosial yang sepatutnya dipikul bersama dalam memastikan perancangan kerajaan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, tercapai. Menurut Encik Ismail Ahmed, Pegawai Kebudayaan USIM, soal kebajikan dan kurangnya keprihatinan masyarakat antara satu sama lain seperti menjadi budaya semasa sehingga situasi ini juga berlaku dalam kehidupan seharian dalam sesebuah keluarga.  Gejala negatif ini akhirnya memperlihatkan kesan dan tempias kesibukan tersebut dalam arus kemodenan dengan pelbagai isu sosial yang semakin ketara. Antara isu yang sering hangat diperkatakan ialah isu pembuangan bayi dan juga kes penderaan kanak-kanak antaranya OKU. Apa yang paling menyedihkan apabila masyarakat mula menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain atau entiti kerajaan sedangkan masyarakat sepatutnya sama-sama bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran menjadi lebih selamat dengan saling tegur-menegur, nasihat-menasihati dan sikap prihatin menjadi budaya yang sepatutnya kita amalkan bersama. Justeru, [...]

USIM, AeU JALIN KERJASAMA PROGRAM PENGAJIAN SECARA ONLINE

Kuala Lumpur, 30 Mac 2011 – Pengajian jarak jauh, khususnya untuk program diploma dan ijazah tertiari dalam talian, merupakan pasaran yang berkembang pesat di peringkat global. Rantau Asia sahaja telah menyaksikan pertumbuhan pada kadar kira-kira 12% setahun sejak 10 tahun lalu dan tren ini dijangka berterusan memandangkan banyak negara sedang berusaha untuk meningkatkan pendaftaran di paras pasca-menengah. Menerusi Projek Permulaan (EPP) 6 di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Pendidikan yang telah memfokuskan kepada keperluan pengembangan Pendidikan Jarak Jauh Antarabangsa (International Distance Learning) telah menjadi titik tolak kepada penubuhan Malaysian Universities Online Gateway di mana program ini telah diberikan penjenamaan baru dengan nama Malaysian Education Online (MEDO). Bagi mencapai ke arah usaha itu, Universiti Sains Islam malaysia (USIM) dan Asia e University (AeU) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk penawaran program pasca-siswazah secara atas talian (online) menerusi gerbang MEDO. Menurut Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, MEDO telah membuka peluang kepada IPTA terutama sekali USIM dengan satu kaedah alternatif dimana para pelajar boleh belajar secara online. ”Malaysian Education Online (MEDO) ini juga merupakan peluang kepada USIM untuk menembusi pasaran pendidikan tinggi peringkat antarabangsa yang semakin berkembang sekaligus memperkenalkan USIM di peringkat antarabangsa menerusi program-program pengajian yang ditawarkan secara kerjasama dengan AeU. Ianya juga akan menjadi salah satu sumber pendapatan baru kepada USIM”. Tambah beliau semasa berucap pada majlis tersebut. Program-progam yang dikenalpasti oleh USIM untuk ditawarkan menerusi MEDO adalah Program Sarjana Pentadbiran Muamalat; Program Sarjana Bahasa Arab Komunikasi; Program Sarjana Undang-Undang Perbandingan; Diploma Siswazah [...]

Go to Top