November 2023
Lebih 2,000 atlet kembali berentap di Pentas SUFA 2023!
NILAI- Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) merupakan acara tahunan yang dinantikan setiap tahun bagi meraikan komitmen seluruh warga siswa dan siswi fakulti sebagai satu pasukan. Berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Najihah, majlis perasmian kejohanan SUFA 2023 telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani. Kejohanan kali ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada syarikat Yakult dan Extrajoss. Bertemakan “Kebersamaan” One Team, One Dream, SUFA 2023 bermula dari 3 hingga 22 November 2023 dengan lebih 28 acara dan kategori dipertandingkan antaranya seperti badminton, bola baling, bola keranjang, bola jaring, bola sepak, bola tampar, catur, e-sport, futsal, frisbee, lawn bowls, memanah, olahraga, petanque, ping pong, ragbi sentuh, sepak takraw dan tenis. Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, kejohanan ini merupakan platform untuk perkembangan dan pembangunan sukan pelajar USIM untuk menyertai peringkat sukan yang lebih tinggi seperti Kejohanan MASUM, SUKIPT dan kejohanan lain di peringkat KPT. “Dengan adanya kejohanan seperti ini, ia dapat membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak positif kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang disamping memupuk budaya “USIM Cergas dan Cerdas” yang membawa matlamat semangat kerja berpasukan serta integrasi antara kita sebagai warga USIM yang bergerak sebagai satu pasukan”. Ujarnya lagi, beliau berharap agar kejohanan ini dapat menonjolkan imej USIM sebagai Universiti Awam yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi disamping komitmen Pusat Sukan yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti pengurusan kaunter sukan yang diuruskan oleh pelajar, skim kecemerlangan atlet, sokongan peruntukan pembangunan aktiviti sukan di fakulti telah menggalakkan [...]
Buku Kompilasi Fatwa-Fatwa Perubatan Di Malaysia Dilancar, Jadi Rujukan Akademik Dan Umum
SEPANG – Menghimpunkan fatwa-fatwa dalam bidang tertentu untuk dijadikan sebuah buku bukanlah mudah, namun dengan terzahirnya sebuah buku kompilasi fatwa yang komprehensif serta dapat membantu pemahaman dan rujukan umum sewajarnya dipuji dan diberi penghargaan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Pusat Penerbit baru-baru ini telah melancarkan buku kompilasi bertajuk Fatwa-Fatwa Perubatan Di Malaysia hasil susunan Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan. Buku yang diterbitkan melalui Dana Penerbitan Inisiatif Belanjawan 2023 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mengumpulkan semua fatwa berkenaan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti setiap negeri. Dengan terhasilnya buku ini, manfaat yang sangat besar dapat dikongsikan kepada pelajar, pensyarah, pengamal perubatan dan juga ahli agama serta masyarakat bagi mendapatkan fatwa-fatwa perubatan dalam satu bahan rujukan yang komprehensif. Dana penerbitan yang diterima oleh Pusat Penerbit ini merupakan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mempergiat aktiviti perbukuan dan terjemahan serta menjadikannya sebagai bahan bacaan yang disukai ramai. Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dalam ucapan pelancaran buku tersebut berkata, DBP amat menggalakkan penghasilan buku-buku akademik dalam Bahasa Melayu, terutamanya bagi penulis dalam bidang Syariah, Perubatan dan Undang-undang untuk turut sama menyumbang dalam penerbitan buku-buku akademik di dalam bahasa Melayu tidak mengira sama ada melalui penerbit agensi masing-masing atau melalui hantaran terus manuskrip kepada DBP. Ini selaras matlamat utama kerajaan untuk memperkasakan industri buku negara serta mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan. Pada majlis tersebut, sebanyak enam institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah [...]
Alumni dan pelajar USIM ungguli rancangan realiti Muazin terbitan Suhan
NILAI - Alumni dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggungguli rancangan realiti Islamik Malaysia apabila merangkul gelaran juara dan tempat ketiga bagi program realiti Muazin (kategori Bilal) 2023 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd baru-baru ini. Zainur Irsyadi Zainal, 28 merupakan alumni Program Sains Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina yang bergraduasi tahun 2017. Penglibatan beliau dalam bidang seni suara bermula dengan didikan daripada ibunya yang merupakan seorang guru agama dan pertama kali melaungkan azan pada usia tujuh tahun di Masjid Qariah, Kampung Kuala Jempol, Negeri Sembilan. Pelbagai pencapaian dan pengalaman yang telah beliau perolehi sepanjang penglibatannya di bidang ini antaranya Naib Johan Tilawah Al-Quran Negeri Sembilan 2020, mewakili Malaysia ke Musabaqah Azan Antarabangsa di Riyadh 2022, Muazin Subuh RTM1 dan RTM2 serta Qari Tadarus Ramadan RTM1. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, tiga pakej umrah beserta trofi. Sementara itu, meraih kedudukan ketiga dalam rancangan yang sama adalah ikon yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah iaitu Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin yang merupakan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00 beserta trofi. Rancangan realiti yang berjaya mengangkat keindahan seni azan tidak lain adalah untuk meraikan kesenian dan kepentingan azan yang juga panggilan kepada umat Islam untuk mengerjakan solat dan para peserta dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.
Penyerahan Kunci Rumah Asnaf Contoh kepada USIM
NILAI - Majlis Penyerahan Kunci Rumah Asnaf Contoh oleh Syarikat RPG Group kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah diadakan di Kolej Kediaman Satu. Projek Rumah Asnaf Contoh ini memperkenalkan rumah teknologi hijau untuk dijadikan ilham kepada pusat-pusat zakat Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia sebagai model rumah asnaf yang di bangunkan oleh pihak berwajib. Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, rumah ini akan diserahkan dan diperkasakan sebaiknya oleh Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) yang telah diberi mandat untuk melestarikan kepelbagaian pembangunan di USIM. “Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pusat Alumni dan Kerjaya dan Syarikat RPG Education & Training Center yang utuh menjalin kerjasama sehingga mampu menyumbang kemajuan kepada fasiliti di USIM. Juga kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dan pasukan geran serta pihak-pihak lain yang turut mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek ini”, ujarnya lagi. Sementara itu, Pengarah PRUPEL Encik Mohd Salehudin Sukor berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Dalam usaha untuk meningkatkan janaan dan pendapatan university, PRUPEL bercadang untuk membuat sedikit lagi penambahbaikkan supaya rumah ini sesuai dijadikan sebagai rumah tamu bagi membolehkan ibu bapa, orang awam, serta pengunjung universiti membuat sewaan penginapan pada kadar yang berpatutan. Seramai 200 peserta termasuk 38 graduan tahun 2018 dan 2022 FKAB serta pelajar dari beberapa Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta orang awam telah menyertai program ini menerusi Program Kebolehpasaran Graduan Penjana KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) [...]
Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 tarik lebih 1000 pengunjung
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini menganjurkan Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Kerjasama dengan PERKESO khususnya MYFutureJobs ini merupakan kali ke-3 diadakan setelah penganjuran bersama pada tahun 2021 diadakan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19, manakala tahun 2022 mula dilaksanakan secara fizikal. Ia menjadi salah satu strategi untuk membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan USIM dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini serta membuka pelbagai peluang kepada pelajar USIM dalam melangkah ke alam pekerjaan. Setiap tahun kolaborasi ini berterusan melalui pelbagai penganjuran aktiviti termasuklah Karnival Kerjaya, Seminar Kebolehpasaran, Industry Talk dan Graduate Employment Programme (GEP). Karnival yang berlangsung selama dua hari ini disertai oleh 40 pempamer melibatkan pelbagai industri termasuk 10 pempamer USIM yang mengetengahkan showcase USIM dengan kehadiran lebih 1000 orang pengunjung serta memberikan manfaat kepada graduan, pelajar tahun akhir termasuk terbuka kepada orang awam di sekitar Nilai dan berdekatan bagi mendapatkan informasi berkenaan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pelbagai pihak industri/majikan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan perasmian berkata, USIM telah mendapat 96.1% kadar GE bagi tahun 2022. Justeru, USIM melalui Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) rasa bertanggungjawab untuk membantu KPT dalam menjaya serta menaikkan peratusan GE di peringkat nasional dengan menganjurkan Karnival Kerjaya USIM X MYFUTUREJOBS ini. “Karnival ini merupakan salah satu platform graduan bukan sahaja di USIM malahan graduan di IPT lain serta masyarakat setempat mengejar impian dan meniti jalan kejayaan [...]
Prestasi Cemerlang dalam Penyelidikan dan Inovasi, USIM Beri Pengiktirafan kepada Penyelidik
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan warga penyelidiknya pada Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi USIM bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani baru-baru ini. Majlis yang menjadi salah satu program tahunan dalam kalendar acara Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) ini diadakan bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf para penyelidik yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi, serta melalui pencapaian yang memberangsangkan dalam penilaian Taksiran Penyelidikan Malaysia (MyRA) sepanjang tahun 2022. Pada majlis ini, sebanyak 16 anugerah telah diberikan kepada penyelidik yang komited dalam menghasilkan inovasi dan penyelidikan merangkumi kategori Sains dan Teknologi (S&T) serta Sains Sosial (SS). Antaranya adalah Anugerah Inovasi Terbaik dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay, pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, Anugerah Penyelidikan Terbaik dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Norhaziah Nawai, pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), dan Anugerah Projek Perundingan Terbaik dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Amin Al Haadi Shafie, pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Bagi Anugerah MyRA Fakulti Tertinggi disandang oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Manakala penyumbang MyRA Tertinggi kategori individu Kluster S&T pula disandang oleh Dr. Mohamad Hafiz Jaafar, pensyarah FPSK, dan kategori Kluster Sains Sosial disandang oleh Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, FKP. Profesor Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dalam ucapan aluannya berkata, warga penyelidik merupakan tulang belakang kepada universiti bagi menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi untuk manfaat [...]
Larangan Merokok di Tempat Awam: Penguatkuasaan Ikut “Mood” atau “Bermusim”?
Sejak akhir-akhir ini tabiat merokok di tempat awam amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi di tempat-tempat dikelilingi oleh mereka yang berisiko seperti orang-orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Keadaan ini seakan-akan sudah sukar dikawal. Perokok-perokok tanpa rasa bersalah melakukannya sekalipun tertera larangan merokok di depan mata mereka. Bagi mereka “aku beli rokok dengan duit aku dan bukannya dengan duit kamu”. Orang awam juga berhak memastikan kesihatan mereka terjamin dan tidak terkesan disebabkan kealpaan orang lain. Untuk mengatakan perokok tidak mendapat maklumat mengenai bahayanya merokok terhadap diri dan orang lain adalah alasan dangkal. Kerana pelbagai kempen bahaya rokok sudah dibuat oleh pelbagai agensi sejak sekian lama. Bahkan di kotak-kotak rokok juga terpapar gambar-gambar yang menggerunkan akibat dari tabiat merokok. Tabiat merokok di tempat awam sebenarnya menzahirkan sikap pentingkan diri sendiri dan cuba untuk mencabar pihak-pihak yang berautoriti sekalipun mereka mengetahui akibat dari perbuatan tersebut. Dari segi hukum, semua sudah pun maklum mengenainya sama ada dari khutbah-khutbah Jumaat atau media massa. Namun perokok tegar tetap tidak mengendahkannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia: Keputusan Muzakarah kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah pun memutuskan tabiat merokok itu ‘haram’. Keputusan ini telah pun disokong dengan nas-nas Syarak dan penjelasan pakar-pakar kesihatan. Apa yang menyedihkan, ramai di kalangan perokok adalah daripada golongan cerdik pandai, berpendidikan tinggi, dan tidak ketinggalan dari kelompok ketua-ketua masyarakat serta pemimpin sendiri yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Pihak kerajaan tidak boleh lagi menganggap cukai rokok merupakan sumber pendapat kerajaan. Mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [...]
Baitul Maqdis di Sisi Umat Islam
Kepentingan Baitul Maqdis di sisi umat Islam adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan lagi. Ia merupakan salah satu masjid yang disebutkan dalam al-Quran dengan panggilan Masjidil Aqsa. Malah di sinilah lokasi di mana Rasulullah diangkat ke langit dalam acara gilang gemilang yang dikenali sebagai Israk Mikraj. Selain itu Masjidil Aqsa juga merupakan kiblat pertama buat umat Islam. Pada permulaan fasa Madinah, Baginda Nabi masih lagi menunaikan solat dengan menghadap ke Masjidil Aqsa. Kedudukannya sebagai yang menjadi kiblat bagi umat Islam membayangkan peranannya sebagai titik kesatuan bagi umat Islam. Dari aspek sejarah pula, Masjidil al-Aqsa merupakan masjid kedua dibina atas muka bumi malah Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda buat mereka yang solat di dalamnya. Perkara ini dijelaskan oleh Baginda Nabi sendiri dalam sebuah hadis yang sahih. Al-Imam al-Bukhari merekodkan dialog antara Saidina Abu Zar dengan Rasulullah. Abu Zar bertanya: Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina di muka bumi? Rasulullah menjawab: Masjidil Haram. Kemudian Abu Zar bertanya lagi: Selepas itu masjid apa? Baginda menjawab: Masjidil Aqsa. (HR al-Bukhari). Malah dalam riwayat yang sama ini juga Baginda menjelaskan bahawa mereka yang menunaikan solat di dalam Masjidil Aqsa akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Bukan itu sahaja, Masjidil Aqsa juga merupakan binaan yang diusahakan oleh para Nabi yang lain. Perkara ini dijelaskan oleh Saidina Abdullah bin Abbas yang menyatakan: Sesungguhnya Masjidil Aqsa itu dibina oleh para Nabi, dan mereka mendiaminya. Tiada satu inci pun tanah di dalam masjid itu melainkan ia pernah [...]
Oktober 2023
Kewajipan Persaudaraan Kepada Rakyat Palestin
Kepelbagaian bangsa, negara dan jantina di kalangan orang Islam sedunia disatukan atas keimanan yang sama iaitu keimanan kepada Allah Taala dan Rasulullah. Kesatuan yang berasaskan keimanan di dalam hati orang Islam telah merentasi segala perbezaan fizikal yang terdapat pada tubuh badan mereka. Oleh kerana itulah Allah Taala berfirman “Sesungguhnya orang-orang beriman itu saling bersaudara” (Surah al-Hujurat: 10). Keimanan menjadi ikatan yang menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam walaupun sebahagian besar daripada mereka tidak pernah mengenali dan berjumpa. Atas dasar persaudaraan ini, agama Islam meletakkan tanggungjawab ke atas setiap orang Islam untuk saling membantu dan mengambil cakna terhadap apa yang berlaku kepada saudara seagama. Dalam satu riwayat hadis dikatakan bahawa Muslim yang tidak mengambil berat terhadap urusan orang Islam yang lain maka dia bukanlah tergolong bersama orang Islam tersebut (riwayat al-Tabrani). Manakala Rasulullah turut bersabda bahawa sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi (riwayat al-Bukhari). Peperangan yang sedang berlaku di bumi Palestin adalah satu isu yang perlu diambil berat oleh semua orang Islam di dunia kerana ia melibatkan hak keselamatan dan tempat tinggal bagi penduduk Palestin yang sedang diancam sehingga melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Bukan sahaja tempat tinggal mereka dihancurkan, bahkan mereka dihalau dan terpaksa meninggalkan kediaman bagi menyelamatkan diri dan keluarga. Tindakan yang dilakukan oleh pihak Zionis ini adalah seburuk-buruk penindasan yang merobek hak kemanusiaan yang merupakan perkara asas yang dimiliki oleh seluruh warga dunia. Sebagai seorang manusia, kita akan mempertahankan hak yang dimiliki dan menentang sesiapa yang mengancam keselamatan diri [...]
Pensyarah USIM raih Tempat Pertama Anugerah OIC-CERT Global Cybersecurity 2023 di UAE
ABU DHABI – Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay dari Fakulti Sains dan Teknologi baru-baru ini meraih tempat pertama Anugerah OIC-CERT (Computer Emergency Response Team) Global Cybersecurity 2023 dan membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai berjumlah USD1,000.00 dalam majlis bertempat di Rixos Premium Saadiyat Resort Island, Abu Dhabi, UAE bersempena Arab Regional Cybersecurity Week and 15th OIC-CERT Annual Conference baru-baru ini. Beliau yang juga merupakan Ahli Penyelidik Cybersecurity & Systems USIM menerima penganugerahan tersebut bagi projek inovasi ‘Cyber Hasanat: Resilient Community Via Secure Cybercitizenship Board Game’ iaitu inovasi permainan papan fizikal Secure Cybercitizenship (SET) bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber pengguna. Produk SET ini adalah lanjutan daripada produk inovasi terdahulu, yang dikenali sebagai Cyberpoly, versi aplikasi mudah alih. Terdapat tiga isu utama yang diketengahkan oleh Cyber Hasanat iaitu perubahan tingkah laku pembelajaran dan kekurangan pengetahuan pencegahan serangan siber. Cyber Hasanat adalah inovasi sosial yang berterusan untuk setiap tahun kepada masyarakat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber sejak dari kecil. Justeru, pembelajaran berasaskan komuniti bagi kursus “Masyarakat Digital Inklusif” telah dilaksanakan oleh pelajar Sains Komputer Universiti Sains Islam Malaysia melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Anugerah ini juga turut melibatkan penghantaran dokumen pelaporan merangkumi hak cipta, penerbitan, pencapaian inovasi lain sebelum ini dan beberapa komuniti setempat yang terlibat. Terdapat empat objektif yang ingin dicapai oleh projek Cyber Hasanat iaitu (i) memenuhi keperluan sosial dalam mendidik warga muda tentang kesedaran keselamatan siber, (ii) memupuk tingkah laku beretika dalam kalangan remaja ke arah mengurangkan kejadian jenayah siber, [...]