Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Januari 2010

TUANKU CANSELOR SERU WARGA USIM LEBIH PRODUKTIF

Tuanku Canselor menyeru agar warga USIM lebih produktif dan bersama-sama menggembleng tenaga untuk menjadikan USIM sebagai universiti kelas pertama. “Beta berharap USIM akan sentiasa maju berteraskan misi dan visi yang digalas oleh tampuk pimpinan yang baru,” titah baginda semasa pertemuan dengan Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 5 Januari 2010 yang lalu di Istana Salatin, Seremban, Negeri Sembilan. Tuanku Canselor turut mengharapkan agar USIM menjadi institusi ilmu terkemuka selain muncul sebagai sumber rujukan dalam mengamalkan nilai-nilai Islam yang tinggi. Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi itu, bertujuan untuk memperkenalkan Naib Canselor USIM yang baru, yang diterajui oleh Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda dan memaklumkan persaraan Naib Canselor USIM yang pertama, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Dalam pertemuan selama dua jam itu, Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda turut memaklumkan perkembangan terbaru mengenai USIM, termasuk bilangan jumlah pelajar, kakitangan akademik serta pentadbiran.  Disamping itu, beliau menyambut baik ucapan titah Tuanku Canselor dan beriltizam untuk memacu USIM sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia. Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Maha Mulia Tuanku Canselor di atas kepercayaan yang tinggi terhadap beliau dalam mentadbir USIM selama 10 tahun. Turut hadir di majlis itu ialah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Pendaftar, En. Muhammad Haizuan Rozali,  Pemangku Bendahari, En Zairul Hisham Ahmad Khulaimi, Ketua Pustakawan, En. Jasmin Jaimon, Pengarah Pembangunan, Ir. Daim Saian dan Pegawai Perhubungan Awam, Pn. Yusrina Mohd Yunus. [...]

PEMILIHAN MPP USIM LANCAR

Bandar Baru Nilai, 21 Januari 2010 – Bahang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) masih lagi terasa dikalangan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Proses pemilihan yang berlangsung seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang berjalan dengan teratur dan aman. Sebanyak 24 kerusi dipertandingkan pada tahun ini. Seramai 39 calon bertanding di mana 24 calon bertanding untuk merebut 16 kerusi Kawasan Fakulti dan 15 orang calon bertanding untuk merebut 8 kerusi Kawasan Umum. Seramai 4360 pelajar keluar mengundi pada tahun ini menjadikan peratus kehadiran sebanyak 91.06%. Dua fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Saudara Muhammad Hilmi Juhari, Pelajar tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Muamalat jurusan Perakaunan meraih undian tertinggi untuk kawasan Umum. Beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kejayaan yang telah dikecapi. “Saya berharap agar USIM lebih menyerlah dan menonjol pada masa hadapan dan menjadi pesaing kepada universiti-universiti yang lain serta menjadi rujukan dan tauladan kepada masyarakat umum”, tambah beliau lagi. Fakulti Pergigian (Fpg) telah dianugerahkan sijil penghargaan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 100% pelajar keluar mengundi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM atas semangat yang prihatin serta cakna dengan perkembangan dan kemajuan Universiti. Seperti tahun sebelumnya, USIM terus melaksanakan pemilihan MPP secara on-line melalui sistem e-UNDI. Sistem ini telah digunapakai sejak tahun 2006. Ia merupakan satu sistem yang telah diuji dan terbukti selamat dan boleh diyakini. Ini kerana sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang utuh. Penggunaan Sistem e-UNDI USIM ini juga telah terbukti mampu mempercepatkan urusan penjumlahan undi [...]

PERMATA INSAN USIM ANJUR UJIAN KECERDASAN MINDA KANAK-KANAK

Bandar Baru Nilai, 16 Januari 2010 – Pepatah Melayu ada mengungkapkan “Melentur buluh biar dari rebungnya” sekaligus mengingatkan kita betapa pentingnya untuk mendidik kanak-kanak sebagai khazanah modal insan tidak ternilai. Idea bernas Datin Seri Rosmah Mansor memperkenalkan Pusat Permata Negara memberi anjakan paradigma dalam pembangunan minda kelas pertama masyarakat Malaysia di atas slogan “Setiap Anak Permata Negara”. Justeru, satu program yang diberi nama Permata Insan dibangunkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khusus untuk melahirkan kanak-kanak pintar yang mampu menjadi teknokrat yang bukan sahaja dilengkapi dengan ilmu profesional tetapi juga dengan ilmu agama. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu ujian Kecerdasan Minda Kanak-kanak telah dianjurkan di bawah Program Permata Insan USIM dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Ujian kecerdasan ini terbuka kepada semua anak-anak kakitangan USIM. Hampir 100 orang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun mendaftar untuk ujian ini. Ujian kecerdasan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ujian berkomputer (IQ test) dan ujian bertulis (Kecenderungan Agama). Bagi ujian berkomputer, USIM telah mendapat kerjasama daripada Program Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mana USIM mengguna pakai modul berkomputer dari UKM. Menurut En. Nik Amin Nik Man, Pegawai Permata Insan USIM, tujuan ujian kecerdasan minda kanak-kanak ini diadakan adalah untuk membantu ibu bapa mengetahui tahap pencapaian anak mereka dari segi pembangunan mental dan fizikal. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah mewakili Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM. Dalam [...]

ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA TINGKAT MOTIVASI PELAJAR

Sepang, 8 Januari 2010 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat kali keduanya telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2009 bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. Majlis tersebut merupakan malam kemuncak pengiktirafan pencapaian dan sumbangan kepada pelajar USIM diatas kecemerlangan yang telah dicapai. Usaha ini dilihat dapat meningkatkan minat serta menambahkan softskills dikalangan pelajar melalui penglibatan di dalam program-program pembangunan sahsiah dan seterusnya menghargai sumbangan dan ketokohan mereka. Sebanyak 10 anugerah yang terdiri daripada 15 kategori telah dianugerahkan kepada pelajar/kumpulan/pasukan/badan pelajar yang dicalonkan berdasarkan sistem merit yang dibangunkan. Anugerah –anugerah itu antaranya ialah Anugerah Jasa Bakti, Anugerah Cemerlang Sukan, Anugerah Cemerlang Seni, Anugerah Cemerlang Kepimpinan, Anugerah Perdana Siswa, Anugerah Khas HEP dan beberapa anugerah lagi. Antara objektif majlis ini adalah menghargai sumbangan dan pencapaian para pelajar dalam program-program kemahasiswaan di samping menjadi tanda aras kepada penambahbaikan program-program kemahasiswaan. Selain itu menarik minat lebih ramai pelajar untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sahsiah. Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda, Naib Canselor USIM dalam ucapannya menyatakan, majlis seumpama ini adalah satu budaya yang patut diteruskan bagi meningkatkan motivasi dalam diri pelajar serta meningkatkan semangat berpersatuan di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga memperlihatkan bahawa pihak pengurusan universiti menerusi Bahagain HEP sentiasa member sokongan dan menghargai sumbangan para pelajar yang aktif dan berbakat dalam mengendalikan pelbagai program sama ada di peringkat universiti, komuniti, kebangsaan mahupun antarabangsa. Tambah beliau, “7 aspek Kemahiran Insaniah yang akhirnya akan membentuk para pelajar menjadi seorang individu yang berpersonaliti unggul [...]

JPS NEGERI SEMBILAN KONGSI AMALAN 5’S DI USIM

Nilai, 12 Januari 2010 – Seramai 25 kakitangan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dari seluruh daerah Negeri Sembilan seperti daerah Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Port Dickson, Tampin dan Rembau mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Puan Roslinda Abdullah, Penolong Pembantu Teknik Kanan JPS Daerah Seremban, Negeri Sembilan telah mengetuai lawatan ini. Menurut beliau tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai amalan 5’s di USIM. Program 5’s dipopularkan dan dipraktikkan di negara Jepun. Ia begitu popular pada masa kini sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Amalan 5’s merupakan  pendekatan yang berkesan untuk motivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa. 5’s dalam bahasa melayu bermaksud sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal. Menurut, En. Mohd Salehudin Sukor, Penolong Pendaftar Unit Pengurusan Kualiti selaku Penyelaras 5’s, hampir 2 tahun amalan 5’s diaplikasikan di USIM. Untuk permulaan USIM telah mendapat khidmat nasihat dari Syarikat Integrated Kaizen dan pada 27 Mei 2007 USIM telah melancarkan amalan 5’s di peringkat USIM. “Sehingga kini kami meneruskan amalan 5’s dengan membuat audit jabatan setiap bulan bagi memastikan semua warga USIM sentiasa mengamalkan pendekatan 5’s”, tambah beliau lagi. “Untuk memastikan amalan 5’s berterusan di kalangan warga USIM, Unit Pengurusan Kualiti telah menganjurkan pertandingan jabatan cemerlang yang akan diumumkan pada setiap bulan di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan USIM”, kata beliau semasa menyampaikan taklimat mengenai 5’s. Turut diadakan sesi lawatan ke Jabatan Pendaftar, Bendahari dan Canselori supaya mereka lebih memahami pendekatan amalan 5’s untuk diaplikasikan di tempat kerja [...]

USIM JALINKAN KERJASAMA DENGAN MENTERI MENTOR

Putrajaya, 7 Januari 2010 – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah melantik Menteri Kabinet sebagai Menteri Mentor bagi semua 20 IPTA untuk merapatkan lagi hubungan baik Universiti dan Menteri Kabinet. Peranan Menteri Mentor menjadi satu anjakan paradigma baru dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi membangun kualiti pengajian tinggi khususnya di IPTA. Saranan dan hasrat ini disambut baik oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengadakan pertemuan dengan  Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom selaku Menteri Mentor USIM. Pertemuan yang diadakan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda serta Ahli Majlis Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia. Turut hadir dalam pertemuan ini Setiausaha Politik Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Y.B Haji Sahbudin bin Haji Yahaya. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Muhamad Muda berkata, pertemuan ini diatur untuk membolehkan USIM beramah mesra dengan Menteri Mentor sekali gus membentangkan Key Result Areas (KRAs) dan aktiviti yang akan dijalankan di USIM sepanjang tahun 2010. Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom dalam ucapannya berkata, beliau menyambut baik peranan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan bersedia untuk membantu serta memberi idea kepada pembangunan fizikal dan intelektual di USIM. Menurutnya, “USIM berpotensi besar dalam melahirkan pendakwah dan tokoh agama berwibawa untuk merancakkan arena dakwah di Malaysia khususnya. Permintaan tenaga kerja yang berlatarbelakang pengajian Islam sangat diperlukan di Malaysia seperti di institusi perbankan, kewangan Islam dan institusi dakwah”. Selain itu, beliau juga menyatakan hasrat untuk bertemu dengan pemimpin mahasiswa dan [...]

KEM GEMILANG FSU JANA PELAJAR TERBILANG

Bandar Baru Nilai, 4 Februari 2010 -  “Menyalahkan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Jangan mencari siapa yang salah sebaliknya selidik apa yang salah dan perbetulkan untuk kebaikan bersama” ucap Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Pengarah Urusan dan Perunding Utama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. ”Kenali kehebatan dan potensi diri sendiri untuk tampil yakin di hadapan umum dan cari kemahiran diri yang boleh dibanggakan” tambah beliau semasa memberi ceramah kepada pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kem Gemilang FSU 2010. Hampir 500 pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM menyertai Kem ini yang bertemakan ‘Mengangkasa Kecemerlangan Diri untuk Menjana Pelajar Terbilang’. Kem ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M. Taib, Pemangku Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa mewakili Naib Canselor USIM. Antara kandungan kursus sepanjang kem ini berlangsung adalah seperti penganalisisan kendiri, teknik belajar di IPT, komunikasi pembelajaran di IPT, memperseimbangkan penghidupan di IPT dan rangka tindakan merealisasikan kecemerlangan di IPT. Menurut Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajian terdapat beberapa masalah yang menjadi punca pelajar tidak dapat memberikan tumpuan yang baik dalam pelajaran sekaligus tidak dapat mempamerkan kejayaan yang cemerlang. Ianya berpunca dari perasaan rendah diri dalam diri setiap pelajar. Kebanyakan pelajar mudah mengkagumi kehebatan orang lain sehinggakan tidak sedar dengan kehebatan dan kebolehan diri sendiri. Beliau menambah, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan sekiranya tidak berusaha. Sekiranya gagal untuk membangunkan diri, berubahlah dan bersedia untuk diubah oleh orang lain. “Sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri. [...]

TAHUN 2010 : MEMARTABATKAN CITRA USIM

Bandar Baru Nilai, 4 Januari 2010 – ”Memimpin USIM memasuki dekad kedua adalah satu amanah besar. Saya mengharapkan sokongan seluruh warga USIM khususnya Y.Bhg. Mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin”, ungkap Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda di Majlis Perutusan dan Amanat Naib Canselor USIM 2010 disini hari ini. Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua warga USIM bersatu padu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan membangunkan Universiti dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan bersungguh-sungguh. Beliau menekankan tentang 6 perkara yang merupakan penumpuan NKRA USIM iaitu menghasilkan graduan holistik dan berdaya gaji tinggi, program yang diiktiraf dan tersohor didalam dan luar negara, membangunkan cendekiawan dan pendita Islam, melahirkan modal insan berinovasi, mengurus kewangan secara berhemah dan membudayakan amalan kerja berintergriti. ”USIM sebagai sebuah menara gading yang berkhidmat kepada ilmu dan ’seeking knowledge for the sake of finding the truth’ akan tetap diukur dari segi penghasilan serta kualiti penyelidikan dan inovasinya. Diharapkan USIM dapat mencapai status sebagai sebuah ’Research Universiti’ dalam jangkamasa lima tahun akan datang”, tambah beliau lagi. Beliau turut menyatakan tahniah dan setinggi penghargaan kepada Mantan Naib Canselor, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin kerana telah berjaya meletakkan asas yang kukuh untuk USIM terus berkembang maju. Turut diselitkan, Majlis Penyerahan Tugas oleh Mantan Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin kepada Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda. Dalam ucapannya, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor berkata, masa adalah satu penantian lama bagi mereka yang [...]

KEJOHANAN INTERVARSITI JANA PROFESIONAL PERGIGIAN

Bandar Baru Nilai, 26 Disember 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menang dua emas dalam pertandingan tenis bergu lelaki dan bola jaring dalam Kejohanan Sukan Intervarsiti Fakulti Pergigian IPTA 2009 anjuran Fakulti Pergigian USIM dengan kerjasama Pusat Sukan USIM. Manakala Universiti Sains Malaysia (USM) muncul juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut menewaskan 6 universiti awam yang lain. Kejohanan kali ke-4 ini mula di ilihamkan sejak tahun 2006 dan merupakan sebahagian dari usaha Fakulti Pergigian USIM dan Pusat Sukan untuk mempromosikan sambutan 10 tahun USIM yang telah di lancarkan Oktober lalu oleh Tuanku Canselor. Sebanyak 6 universiti awam yang mempunyai fakulti pergigian turut serta dalam kejohanan ini iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan pasukan tuan rumah dari USIM. Sebanyak 6 acara dipertandingkan pada kejohanan sehari ini iaitu Futsal lelaki dan wanita, bola jaring, bola tampar lelaki dan wanita, ping pong dan tenis. Kejohanan yang menarik lebih 500 penyertaan dikalangan peserta dari fakulti pergigian seluruh negara ini merupakan salah satu medium untuk mengeratkan perhubungan yang sihat dikalangan pelajar fakulti pergigian. Ianya juga merupakan sebahagian dari usaha untuk melatih bakal doktor pergigian untuk berfikiran "think out of the mouth" yang mana tidak hanya tertumpu kepada bidang berkenaan tetapi juga boleh menjadi seorang bakal doktor yang dilabel tidak pasif selaras dengan moto fakulti pergigian USIM iaitu " Menjana Profesional Pergigian Yang Seimbang". Kejohanan ini di sempurnakan oleh Y.Bhg Prof Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor HEP [...]

Disember 2009

USIM JUARA DEBAT BAHASA ARAB PIALA DIRAJA IPT 2009

Kuala Lumpur, 7 Disember 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kalinya muncul juara Pertandingan Debat Diraja IPT 2009 dalam dua kategori iaitu Johan Debat Bahasa Arab kategori Utama dan Johan Debat Bahasa Melayu Kategori Muda dalam tempoh 10 tahun penubuhan USIM. Pertandingan yang berlangsung di Universiti Malaya pada 4 hingga 7 Disember 2009  merupakan acara tahunan anjuran Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Pasukan debat bahasa arab USIM yang diwakili oleh Mohd Najib Taha, Hisham Hanapi, Mohd Izzat Amsyar dan Ahmad Shahir berjaya menewaskan juara bertahan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). USIM bertindak sebagai kerajaan manakala UIAM bertindak sebagai pembangkang berhujah di atas tajuk “Menghantar pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti bukan Islam merosakkan akhlak mereka”. USIM juga mencipta sejarah buat kali pertama apabila muncul juara debat bahasa melayu kategori muda. USIM membariskan empat pendebat iaitu Ammar Shahrim, Mohd Azri Naim, Mohd Shahizad Saleh dan Anis Nazurah Abd Mokhti berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang membahaskan tajuk “Krisis pemanasan global : kita sudah terlambat”. Menurut Ammar Shahrim, “Kejayaan ini amat bermakna buat kami atas usaha keras pendebat, bimbingan daripada jurulatih, sokongan pihak pengurusan USIM yang tidak berbelah bahagi dan kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian 10 tahun penglibatan USIM dalam debat diraja IPT”. Mohd Najib Taha, pendebat bahasa arab USIM pula berkata “Kami tidak menjangkakan kemenangan ini kerana kami berdepan dengan juara bertahan UIAM dan Alhamdulillah kami berjaya menumbangkan mereka. Ini juga adalah hadiah sempena 10 Tahun penubuhan USIM dan hadiah perlantikkan [...]

Go to Top