Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2009

TAN SRI DR. MOHAMAD YUSOF NOOR TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1431H/2009

Bandar Baru Nilai, 18 Disember 2009 – Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan sempena sambutan Maal Hijrah 1431 H/2009. Anugerah kali kelapan ini disampaikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Turut hadir Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom dan tetamu kehormat yang lain. Turut menerima anugerah yang sama bagi kategori antarabangsa ialah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Al-Alaamah Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi. Sebagai penerima, Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor dan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi menerima wang tunai RM100,000 beserta dengan sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan. Dalam ucapannya, Tan Sri yang juga adalah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai bukti kejayaan masyarakat Islam di negara ini. “Saya sekadar mewakili mereka. Saya tidak fikir saya telah banyak membuat jasa namun ia akan menjadi cabaran kepada saya untuk menyumbang lebih banyak buah fikiran untuk pembangunan ummah”. “Saya juga berazam memastikan rakyat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini lebih memahami antara satu sama lain untuk membantu kerajaan merealisasikan konsep 1Malaysia” , tambah beliau lagi. Beliau yang mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Cairo telah melanjutkan bidang pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Falsafah di Universiti Kaherah. Kini beliau menjawat  jawatan sebagai Pengerusi FELDA, Pengerusi Majlis [...]

PERTANDINGAN MUT MARTABAT DISIPLIN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Nilai, 14 Disember 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih ketiga-tiga Anugerah yang dipertandingkan dalam Pertandingan Mahkamah MUT Syariah Peringkat Kebangsaan 2009. Anugerah Pasukan Terbaik melayakkan USIM menerima RM 5000, piala dan sijil penyertaan. Selain itu, pelajar tahun 4, Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang USIM, Saudari Ummu Umairah binti Azahari turut dinobatkan sebagai penghujah terbaik dan menerima RM 1500, piala dan sijil penyertaan. Manakala untuk Anugerah Hujahan Bertulis Terbaik, USIM membawa pulang RM 3000, piala iringan beserta sijil penyertaan. Pertandingan Mahkamah MUT Syariah Peringkat Kebangsaan ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Pertandingan ini berlangsung pada 12 hingga 13 Disember 2009 bertempat di kampus USIM. Sebanyak 14 pasukan daripada 7 Institusi Pengajian Tinggi telah menyertai pertandingan ini. Antaranya, USIM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Darul Iman (UDM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). “Inisiatif melaksanakan dan membawa undang-undang syariah di dalam pertandingan MUT seperti ini adalah satu usaha unggul yang dapat memartabatkan disiplin pengajian undang-undang syariah di negara ini”, kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Majlis Penutup pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2009 di sini hari ini. “Sudah tiba masanya program-program pengajian syariah melaksanakan kaedah MUT sebagai aktiviti rutin seperti yang dilakukan dalam pengajian undang-undang sivil memandangkan pendekatan ini bersesuaian dengan tradisi keilmuan dan kesarjanaan Islam yang [...]

PROF. DATO’ DR. MUHAMAD MUDA NAIB CANSELOR KEDUA USIM

Nilai, 10 Disember 2009 – Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bersetuju melantik  Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Y.Bhg. Prof.  Dato’ Dr. Muhamad Muda sebagai Naib Canselor yang baru universiti itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Disember 2009 hingga 30 November 2012. Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, yang merupakan ‘arkitek’ perintis USIM selama 10 tahun dan telah menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pertama USIM pada 28 November 2009. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda memulakan kerjaya di USIM sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat bermula tahun 2001 hingga 2007. Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta mempelopori penawaran program pengajian Ekonomi dan Muamalat. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa sehingga 31 November 2009 lalu. Sebagai Naib Canselor USIM yang kedua, beliau meletakkan fokus dan matlamat untuk memastikan USIM menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam serta terus menjadi daya sinergi perjuangan warganya  agar  pembentukan generasi cemerlang dan masyarakat berilmu yang holistik dapat digarap. Pengalaman beliau sebelum ini sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa dan Dekan Fakulti mampu menjadi aspirasi untuk menggerakkan kecemerlangan USIM berlandaskan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Oleh : Unit Perhubungan Awam pro@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

FESTKUM 2009 GABUNG BUDAYA SATU MALAYSIA

Kuala Lumpur, 2 Disember 2009 – Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FESTKUM) merupakan satu wadah menggabungkan kesemua penganjuran program kebudayaan dan kesenian bersifat gala dan tersusun. FESTKUM 2009 menggabungkan pelbagai bidang kesenian pelbagai kaum dalam satu penganjuran berkonsep pertandingan seni yang pertama kali diadakan di Malaysia. Bersempena dengan FESTKUM yang bakal berlangsung pada 9 hingga 13 Disember 2009, satu majlis pelancaran sidang promosi telah diadakan di Istana Budaya , Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Y.B Dr. Hou kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM). “FESTKUM merupakan satu konsep kreatif dan idea seni yang pertama kali diperkenalkan melalui acara-acara seni yang melibatkan gabungan 1 Malaysia mahasiswa IPTA”, kata beliau di sini hari ini. “Kebudayaan dan kesenian adalah satu komponen yang dapat membentuk kesepakatan masyarakat Malaysia melalui sikap saling hormat-menghormati budaya masing-masing”, tambah beliau lagi. Sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdiri daripada 1391 mahasiswa menyertai festival ini. Terdapat lapan acara seni yang dipertandingkan seperti boria, dikir barat, pantun, Muzik Akustik, Tarian Zapin, Cina dan India. Festival ini akan diadakan di empat buat tempat iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bertemakan ‘Satu Budaya’ yang menggambarkan aspirasi kerajaan yang memperkenalkan slogan ‘1 Malaysia’, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” , FESTKUM berupaya mengharmonikan aktiviti-aktiviti dikalangan warga sarjana malah dapat memberi kesan yang lebih positif, kerjasama yang lebih terpimpin dan berkualiti. Oleh : Siti [...]

PENDAKWAH MUDA JANA TRANSFORMASI UMMAH

Nilai, 22 - 25 November 2009 – Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia Peringkat Nasional (WEHDAH ‘09). Program ini telah mendapat kerjasama serta sumbangan kewangan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Seramai 639 peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Awam dan Swasta di Malaysia menyertai konvensyen ini. Antaranya adalah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universti Teknikal Melaka (UTEM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pelbagai Pengisian telah dijalankan seperti Wacana, bengkel, sesi forum, sesi ESQ 165 dan sebagainya. Sesi Wacana dan forum menampilkan penceramah yang hebat dan berpengalaman seperti Dato’ Hj. Nakhaie Ahmad, Ustaz Kalam Mazad, Ustaz Shah Kirit Kalkul Govindji dan lain-lain. Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 yang bertemakan ‘Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah’ bertujuan menyatukan generasi muda Islam dan mengumpulkan idea-idea yang bernas dalam menentukan hala tuju dan peranan golongan generasi muda yang sebenar dalam masyarakat masakini. Di samping itu memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realiti sebenar keadaan masyarakatserta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah INFAD, Prof. Dr. Mohammad Haji Alias. Dalam ucapannya beliau berharap agar program dakwah seperti ini seharusnya diberi perhatian dan penekanan oleh semua mahasiswa sebagai satu program penting dengan formulasi baru dalam aktiviti dakwah. Oleh : Siti Maizatul Akmar [...]

November 2009

USIM JUARA PERTANDINGAN LAMAN WEB KPT 2009

Putrajaya, 24 November 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah muncul sebagai juara keseluruhan Pertandingan Laman Web Tahun 2009 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  USIM juga telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori Institusi Pengajian tinggi Awam (IPTA) mendahului 19 IPTA yang lain. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Putra Malaysai (UPM). Kemenangan ini merupakan kali kedua buat USIM di mana pada tahun 2008, USIM telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori IPTA. Pada tahun ini USIM berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dan menjadi juara keseluruhan hasil kerja keras Jawatankuasa Laman Web USIM yang bertungkus lumus menyumbangkan idea dan tenaga dalam proses penyediaan laman web. Proses penilaian bagi Pertandingan Laman Web Tahun 2009 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diadakan pada bulan Mei yang lalu  dan sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan. Kategori-kategori tersebut adalah KPT/Jabatan/Agensi di bawahnya, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang sekaligus merasmikan Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2009 di sini hari ini. Dalam ucapan Y.B Dato’ Seri Menteri, beliau memaklumkan bahawa Sambutan Hari Inovasi adalah merupakan saranan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang meminta agar Hari Kualiti ditukar kepada Hari Inovasi. “Inovasi adalah merupakan elemen yang penting dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang. Ianya perlu diterapkan kepada semua warga KPT di [...]

KERJASAMA USIM-IFA INDIA MARTABAT INSTITUSI FATWA

Nilai, 12 November 2009- Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)dan Islamic Fiqh Academy of India (IFA-India) berhasrat mewujudkan suatu kerjasama yang bertujuan untuk memartabatkan Institusi fatwa supaya sentiasa terkehadapan dalam mendepani kemaslahatan umat islam sejagat. Dengan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman telah diadakan bagi memenuhi hasrat ini. Hubungan kerjasama ini bertepatan dengan hasrat INFAD untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan, perundingan dan pusat pengurusan maklumat berkaitan fatwa bertaraf dunia yang berwibawa serta dikenali dan mendapat pengiktirafan semua peringkat sama ada tempatan, serantau atau antrabangsa. Skop hubungan kerjasama ini meliputi segi pengurusan fatwa, penyelidikan, seminar dan latihan, khidmat kepakaran, penerbitan. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM dan En. Muhamad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Manakala pihak IFA India diwakili oleh Sheikh Badrul Hasan Al-Qasimi, Naib Presiden Islamic Fiqh Academy (IFA) India dan Sheikh Khalid Saifullah Al-Rahmani, Setiausaha Am Islamic Fiqh Academy (IFA) India. Oleh : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Tel : 06-7988592/8588/8590

20 IMAM MUDA NEGARA CHINA TAMAT KURSUS DI USIM

Nilai, 11 November 2009 – Seramai 20 Imam Muda dari Negara China dirai dalam satu majlis anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) disini hari ini. Majlis tersebut adalah bersempena Kursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4 di USIM. Kursus ini dijalankan selama enam bulan di Malaysia bertempat di tiga buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan destinasi terakhir adalah di USIM. Ianya juga mendapat kerjasama dari pihak Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Kursus yang dijalankan di USIM berlangsung pada 19 Oktober hingga 13 November 2009.  Mereka menjalani kursus bermula hari isnin hingga jumaat. Manakala setiap hari sabtu dan ahad para peserta akan mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak MACMA. Antara matlamat kursus ini adalah melahirkan golongan imam dari Negara China yang mampu menguasai bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam dengan baik di samping melahirkan golongan imam dari Negara China yang berketrampilan dan berdaya saing. Pada tahun 2006, 2007 dan 2008, USIM telah berjaya menganjurkan kursus selama sebulan untuk imam-imam muda Negara China. Bagi meneruskan kesinambungan usaha USIM memberikan sumbangan kepada umat Islam seluruh dunia, maka pihak USIM sekali lagi bersetuju menjadi penganjur untuk ursus Imam Muda Negara China buat kali ke-4. Menurut Puan Marlina Wong, wakil dari MACMA selaku pegawai pengiring kepada peserta kursus Imam Muda Negara China, kedatangan Imam Muda dari negara China telah membawa satu tenaga dan gelombang yang sangat kuat dalam lapangan Islam di negara China terutama dalam membimbing golongan mualaf ke arah pertukaran dari bukan muslim kepada [...]

EN. MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI, PENDAFTAR USIM

Nilai, 2 November 2009 – Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bersetuju melantik Pemangku Pendaftar En. Muhammad Haizuan Rozali sebagai Pendaftar yang baru bagi universiti itu. Pelantikan En. Muhammad Haizuan ke jawatan Pendaftar berkuat kuasa mulai 1 November 2009. Pelantikan itu juga adalah berdasarkan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan akademik serta kecemerlangan kerjaya yang dicapai oleh beliau. Beliau memulakan kerjaya di USIM bersama kumpulan awal yang mengerakkan penubuhan USIM pada tahun 2000 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Psikologi Pembangunan Manusia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Timbalan Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehingga tahun 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Kanan dan ditempatkan di Jabatan Pendaftar. Pada 6 Jun 2009 beliau telah dilantik sebagai Pemangku Pendaftar. Sebelum memulakan kerjaya di USIM, beliau bertugas sebagai Perundingcara Pelajar di Unit Rundingcara Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM dari tahun 1994 sehingga beliau menyertai USIM pada tahun 2000. Oleh : Siti Maizatul Akmar Ismail Pembantu Wartawan USIM pwartawan@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Oktober 2009

INOVASI USIM DI PECIPTA 2009

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2009 – USIM menang satu perak dan tiga gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2009) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya. PECIPTA 2009 telah diadakan selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). ‘New Source of Citral from Lemongrass Flower’s hasil ciptaan Prof. Madya Dr. Ahmed Mahir Mohamed Mokhtar Bakri berjaya memenangi pingat perak manakala ‘Rush Tea-Roselle Tablet Tea’ ciptaan Prof. Salmah Yusof, ‘Combat-PSDA’ dan ‘RecoTAC-E’ ciptaan En. Abd. Halim Mohd Hussin berjaya memenangi pingat gangsa. USIM menghantar sebanyak 12 ciptaan dan inovasi yang terdiri daripada empat kategori iaitu Biosains dan Bioteknologi, Informasi dan Teknologi Komunikasi, Sains Fizik dan Kejuruteran serta Sains Sosial dan Kemanusiaan. Manakala satu inovasi iaitu ‘Multi-class Traffic Packet Switching’ oleh Prof. Dr. Kamaruzzaman Seman dipilih untuk menyertai pertandingan di Galeri Utama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PECIPTA 2009 bertujuan mempamerkan hasil, ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh semua IPT di Malaysia dan juga luar negara. Selain itu, dapat membuka peluang kepada peserta menjalinkan tali silaturahim dan usahasama bagi membangunkan prototaip dan pengkomersilannya. Antara objektif utama PECIPTA 2009 adalah untuk menyokong hasrat Kerajaan memacu pembangunan negara melalui penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan. Di samping itu, mempamer produk dan reka cipta IPT yang telah berjaya dikomersialkan serta memasarkan kepakaran penyelidikan berdaya saing setempat dan antarabangsa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Mohd [...]

Go to Top