Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2022

USIM Meterai MoA bersama Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd dalam Bidang Halal

BANGI, 15 Oktober 2022– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan lagi jangkauan bersama industri dalam bidang halal apabila menandatangani memorandum Perjanjian (MoA) Bersama Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya baru baru ini. Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menjadi intipati utama perjanjian dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga aktiviti atau program di sekolah, universiti serta institusi Pendidikan lain dalam setahun di bawah Program ‘Halal@District With MAMEE’ disamping mengendalikan soal selidik dalam kalangan guru-guru yang terlibat dengan keberkesanan program serta mengalisis aktiviti yang dilaksanakan semasa program berdasarkan pendekatan dan perspektif gamifikasi. Perjanjian ini juga adalah bagi menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan melalui penyertaan industri dalam program ‘Halal Talk’ yang bakal dianjurkan. Dapatan pembentangan persidangan dan penerbitan akan turut dibentangkan sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. telah mula menjalin hubungan kerjasama pintar bersama USIM melalui Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada tahun 2018 bersempena dengan penganjuran “Halal Istihlak Seminar, Education and Competition (HISEC) 2018” dan disusuli pada tahun 2019 menerusi MoA bagi pelaksanaan program Halal@District. Ini merupakan Langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan Halal yang dilaksanakan oleh pihak universiti kepada masyarakat”. “Pelbagai program kerjasama berjaya dilaksanakan seperti pocket talk, Bicara IFFAH, forum perkongsian industri, dan program tanggungjawab sosial korporat Islam (I-CSR) turut dilaksanakan yang telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima” ujarnya lagi. Sementara itu, Ahmad Syukry Ibrahim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal [...]

USIM rai pengamal media, hargai kerjasama dan sokongan kepada universiti

NILAI, 14 Oktober 2022 - Media merupakan rakan strategik yang penting dalam usaha untuk memposisikan USIM di mata masyarakat bagi mendukung hasrat dan agenda Universiti. Perkembangan dan kemajuan Universiti berdasarkan pencapaian dan kebolehan tinggi oleh mahasiswa/i serta kakitangan tidak akan tercapai sekiranya tidak disebarluas kepada seluruh lapisan masyarakat. Sebagai menghargai dan meraikan pengamal media ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dengan bertemakan ‘Black Rose’ telah mengadakan Majlis Bersama Media yang dihadiri oleh pelbagai agensi dari Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban bertempat di Nilai Springs Resort Hotel & Country Club. Pengarah StraComm Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi dalam ucapannya berkata, walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap organisasi dan agensi termasuk USIM di saat dunia dilanda pandemik Covid 19 2 tahun kebelakang ini, namun atas kerjasama erat pihak media, USIM tidak pernah lekang dari terbit dan muncul di media-media cetak, elektronik dan portal arus perdana. “Ini dapat diterjemahkan dan dibuktikan apabila, PR Value USIM melonjak dari tahun ke tahun (3 tahun) kebelakang sehingga ke hari ini. Pada tahun 2020, USIM mencatatkan PR Value sebanyak RM62 juta, meskipun berhadapan dengan pelbagai sekatan program berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti pada tahun 2021 dengan jumlah PR value sebanyak RM3.6 billion dan pada tahun 2022, sehingga 13 Oktober 2022, tahun ini sahaja, USIM telah mencatatkan PR Value sebanyak RM11,914,244.87 (RM11.9 juta)”,ujarnya. Dr. Hammad berkata lagi, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada media-media yang membantu menyiarkan berita serta menaikkan lagi imej USIM di mata masyarakat, dan mengharapkan [...]

USIM lancar Program Microcredential, Platform Pembelajaran Sepanjang Hayat

NILAI, 13 Oktober 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melancarkan program Micro-credential bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3. Disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, program Micro-credential ini merupakan salah satu inisiatif utama e-Pembelajaran di USIM. Ianya sejajar dengan Shif 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pendidikan Tinggi (PPPM:PT) iaitu Globalised Online Learning. Micro-credential adalah pembelajaran dalam talian berasaskan topik. Ianya bertujuan untuk menambah ilmu (upskilling) atau memperbaiki ilmu (reskilling) dan melaksanakan personalized learning. Peserta yang berjaya melengkapkan topik dianugerahkan lencana digital (digital badge) dan sijil tamat kursus (certificate of completion). Melalui sinergi bersama Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL), Penolong Naib Canselor (Penjanaan dan Kelestarian Kewangan), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dan fakulti-fakulti serta pusat akademik, sebanyak 15 kursus Micro-credential yang mempunyai daya saing tinggi bakal ditawarkan selari dengan Sasaran Tahunan USIM (STU5): Projek Micro-credential. Di antara kursus Micro-credential USIM adalah pertama Pengurusan Harta dan Pewarisan Pusaka - Pengiraan Faraid, kedua Kaunseling Keluarga: Apa dan Bagaimana, ketiga Pembangunan Kamus Poket Bahasa Arab Menggunakan Data Studio, keempat B&K Up: Kursus Asas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk Komuniti Pendidik, kelima Pemantapan Perpaduan Kaum, keenam Perundangan Keluarga Islam di Malaysia, ketujuh Asas Mengenali Hadith, kelapan Seni Taranum Al-Quran, kesembilan BLS Siri 1A: Apa Itu CPR? (Edisi Dewasa), kesepuluh Perundangan Keluarga Islam di Malaysia- Penceraian Muslim Secara Lafaz Talak di Malaysia, kesebelas Step By Step Memahami Tafsir Al-Quran, kedua belas Kaunseling Keluarga: Teknik dan Kemahiran, ketiga belas Business Analytics, keempat belas Certified Ethical Content Creator (CECC) dan [...]

Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) USIM dekati warga Negeri Sembilan

JEMPOL, 9 Oktober 2022 - Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) B40 dari kalangan komuniti orang Asli, usahawan bekas pelajar dan tenaga pengajar Giat Mara sekitar negeri Sembilan mengambil peluang mengikuti program Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersempena Program Jelajah Apirasi Keluarga Malaysia 2022 bertempat di Jempol Negeri Sembilan Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 Oktober, para peserta didedahkan dengan 14 modul yang berkaitan dengan pelancongan komuniti dan digital oleh tenaga pengajar daripada pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM. Menurut Pengarah Projek, Dr. Nurul Nadirah Abu Hasan, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan IKS B40 di sekitar Negeri Sembilan khususnya warga Jempol kepada kemahiran pengurusan dan pemasaran produk pelancongan berasaskan komuniti secara digital. Selain untuk memberi gambaran peluang dan ruang peniagaan di dalam bidang pelancongan terutama pelancongan berasaskan komuniti. Dr. Nadirah menambah lagi, berbeza dengan program-program yang pernah ditawarkan sebelum ini, menariknya program kali ini para peserta yang terlibat akan diberi latihan berterusan walaupun selepas tamat program ini.  Ini bertujuan bagi memastikan peserta yang dilatih mahir dan berkemampuan untuk menjana pendapatan mampan selain turut mampu membantu komuniti setempat selepas ini dengan kemahiran yang diberikan. “Program ini juga bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap peluang dan ruang kerjaya dalam bidang pelancongan terutama sekali pelancongan komuniti. Selain untuk mengubah kesalahfahaman praktis dikalangan komuniti berkaitan pelancongan komuniti terutama [...]

USIM Jangkau Masyarakat Negeri Sembilan Dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM)

ROMPIN, 8 Oktober 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan jangkauan khidmat komunitinya melalui penglibatan dalam siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2022 di sekitar Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Antara penglibatan USIM dalam siri jelajah ini adalah program outreach 'KPT Prihatin Komuniti Sejahtera' anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Fakulti Pergigian USIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang diadakan di Kg. Orang Asli Panchor, Rompin, Negeri Sembilan. Seramai 40 staf dan pelajar Fakulti Pergigian melakukan rawatan tampalan dan cabutan gigi secara percuma, selain pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah dengan melibatkan kira-kira 300 penduduk kampung tersebut. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain yang diadakan seperti permainan mini sukaneka, pertandingan mewarna, sumbangan kit oral dan home visit. USIM turut menyumbangkan 6 buah kerusi roda, serta melawat 8 pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan menyumbang lampin pakai buang dan susu nutrient kepada mereka. Menurut John Baharyn ketua masyarakat Kg. Orang Asli Panchor, "Program komuniti sejahtera yang diadakan sempena JAKM ini wajar diluaskan ke kampung-kampung lain yang berdekatan kerana ramai penduduk mendapat manfaat yang baik. Mewakili penduduk Kg. Orang Asli Panchor, pihak kami mengucapkan terima kasih kerana telah memilih perkampungan ini sebagai lokasi jelajah komuniti prihatin". Sementara itu, Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani yang turut hadir dalam lawatan tersebut berkata, "Sesuai dengan hasrat 'USIM Cemerlang USIM Disayang', pihak USIM begitu berbesar hati dapat terlibat dalam menyumbang kepakaran dan pengetahuan kepada [...]

USIM, Politeknik Meterai CoC Sempena Outreach UPU2U 2022

PORT DISKCON, 4 Oktober 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Politeknik Port Dickson telah bersetuju memeterai jalinan kerjasama melalui Certificate of Collaboration (CoC) untuk memperkasa bidang penyelidikan, inovasi dan penerbitan. Menurut Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM berkata, strategi ini memberi peluang kepada kedua-dua buah institusi untuk berkongsi kepakaran terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan seni bina,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan aluan sempena program Outreach UPU2U di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. “Dengan berkongsi kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan seni bina, USIM dan Politeknik Port Dickson boleh berbincang untuk menghasilkan satu “showcase” di peringkat nasional untuk menunjukkan keunikan dan hasil kreativiti pelajar dari kedua-dua buah institusi,” katanya lagi. Program Outreach UPU2U ini adalah program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyebarluaskan maklumat mengenai kemasukan ke Universiti Awam melalui UPUOnline. Sementara itu, Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) berkata, inisiatif penganjuran Outreach UPU2U ini adalah satu strategi dalam memberi maklumat dengan lebih awal agar kesedaran untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dapat dipertingkat. “Kita menyahut dengan positif usaha yang dilakukan oleh KPT dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada para pelajar untuk terus menyambung pengajian selepas tamat persekolahan. Pendekatan “turun padang” bertemu dengan para pelajar sekolah yang dijemput di sekitar Port Dickson ini diharap dapat memberi pendedahan kepada mereka dan menyelami keperluan atau membantu kekangan yang mereka hadapi,” katanya lagi. Program selama dua hari ini, dihadiri oleh 20 buah pempamer termasuk Universiti [...]

September 2022

Panglima Angkatan Tentera Rasmikan Kursus Qalb-Guided Leadership KAGAT-USIM

SHAH ALAM, 28 September 2022 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Yang Berbahagia Jeneral Tan sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang telah berbesar hati merasmikan Kursus Kepimpinan Berpandukan Qalbu kepada para peserta program Majlis Nadwah Iilmiah (NAIM) bagi tahun 2022 yang berlangsung selama 3 hari di Glenmarie Hotel & Golf Resort Shah Alam. Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi berkata, “Kepimpinan Berpandukan Qalbu” (hati) menjadi tema pilihan dalam kursus kepimpinan kali ini kerana kita semua tahu bahawa hati yang bersih sahaja mampu untuk mendorong kepada pelaksanaan kerja yang berintegriti dan jujur. “Sebagai pemimpin, kita harus berusaha memastikan hati ini kekal terpelihara dengan kebaikan sepanjang masa agar dapat menghindarkan kita dari terjerumus melakukan perkara-perkara yang merugikan diri dan organisasi,” katanya lagi. Saya juga berharap agar kesemua peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini dapat mengambil manfaat dari kesemua modul yang dibentangkan sekaligus mempraktikkannya kepada diri dan organisasi kelak, tambahnya lagi. Dalam masa yang sama, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera dalam ucapan aluannya turut berharap agar para peserta dapat memahami perspektif kepimpinan Qalb bagi menghadapi dan menangani cabaran global serta mampu memberikan cadangan penyelesaian terhadap masalah semasa. Selain itu, semasa sesi perkongsian bersama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga Prof. Kehormat Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM iaitu Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak turut berkongsi bagaimana menjadi pemimpin unggul mengikut perspektif Imam Al-Ghazali dengan berjihad melawan musuh yang tidak nampak seperti penyakit [...]

USIM Capai Sasaran Pingat di SUKUM 2022

NILAI, 25 September 2022 – Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 melabuhkan tirainya pada 24 September yang lalu dengan kutipan 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengarah Pusat Sukan Encik Nur Ekmal Buhary berkata, penyertaan sukan kali ini merupakan yang pertama kali setelah tiga tahun pasukan kontinjen universiti ‘berehat’ kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan merupakan satu pencapaian yang terbaik oleh atlet sukan USIM. “Secara praktikalnya, USIM telah mencapai sasaran untuk menyamai pencapaian emas ketika tahun 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP)”. “Kejohanan SUKUM 2022 kali ini, disertai oleh seramai 227 atlet yang terdiri daripada 157 atlet lelaki dan 70 atlet Wanita. Sebanyak 14 acara disertai daripada 17 acara yang dipertandingkan”, tambah beliau. Dalam kejohanan tersebut juga menyaksikan Pasukan Memanah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menumpaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila dinobatkan sebagai Johan keseluruhan acara memanah dengan merangkul 3 Emas, 5 Perak dan 4 gangsa bagi 11 kategori memanah pada kejohanan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM). Menurut pengurus pasukan Encik Md Shahrifudin Abd Wahab, USIM menghantar seramai 16 atlet memanah pada penyertaan kali berbanding hanya 3 atlet pada tahun 2018. Menariknya, cetusan idea untuk membuat pencarian bakat atlit memanah USIM membuahkan hasil atas kejayaan yang dikecapi pada SUKUM kali ini. “Saya berterima kasih kepada Pusat Sukan yang menyediakan fasiliti untuk atlet berlatih 5 bulan sebelum pertandingan, juga komitmen para atlet sangat saya puji kerana begitu bersemangat [...]

Kesinambungan Bakat dan Kepimpinan Pentadbir Universiti Awam Dalam Mengurus Perubahan

Universiti Awam Malaysia merupakan nadi utama negara dalam menghasilkan graduan yang holistik dan cemerlang dalam memenuhi keperluan sumber manusia negara. Bakat yang dihasilkan inilah yang akan menyokong ekosistem serta menyumbang terhadap kemajuan ekonomi, perindustrian, sektor swasta dan badan kerajaan. Apa yang lebih penting graduan yang dilahirkan ini juga adalah merupakan barisan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Sehubungan itu peneraju Universiti Awam khususnya di peringkat pentadbir utama perlu memiliki keupayaan untuk membawa hasrat dan aspirasi negara seterusnya diterjemahkan kepada melahirkan graduan yang kompeten serta memahami peranan mereka dalam pembinaan kecemerlangan negara bangsa. Menyingkap situasi semasa yang berhadapan dengan cabaran situasi VUCA iaitu volatility (meruap); uncertainty (tidak menentu); complexity (rumit); dan ambiguity (kabur), ia menjadikan organisasi seperti Universiti Awam memerlukan bakat peneraju yang tangkas (agile), anjal (flexible) dan inklusif dalam mendepani perkara ini. Perubahan yang sering berlaku ketika ini acap kali menuntun kita untuk bertindak seterusnya menyesuaikan diri agar kesan yang diterima sekurang-kurangnya tidak merugikan atau memberikan tempias negatif kepada diri dan keluarga. Keadaan ini tidak terkecuali dan turut dihadapi oleh organisasi sama ada dalam sektor awam atau pun sektor swasta. Deretan perubahan mendadak yang berlaku sebenarnya membawa kita dalam situasi BANI iaitu Brittle (rapuh); Anxious (cemas atau membimbangkan); Non-linear (tidak lurus); dan Incomprehensible (sukar untuk difahami). Terjemahan realiti menunjukkan betapa keadaan pasca kritikal wabak Covid-19 ketika ini bukan sahaja menuntut individu tetapi juga organisasi untuk beradaptasi dan melakukan penyesuaian yang diperlukan agar kekal releven untuk kelangsungan hidup. Pengalaman yang diperolehi pentadbir Universiti Awam dalam mendepani [...]

Festival Koir Tingkat Rasa Cinta Pada ‘Ibunda’

NILAI, 15 September 2022 - Pengertian merdeka, tidak hanya di zahirkan pada kibaran dan gantungan bendera di kawasan premis, tetapi juga penghayatan dan melahirkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan kemakmuran yang dinikmati hingga kini. Umpama bangkit kembali setelah pandemik Covid-19, semangat menyambut bulan kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia tidak pernah luntur. Justeru, bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang di urus setiakan oleh Pusat Kebudayaan USIM dan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kolej Genius Insan telah menganjurkan Festival Koir Kemerdekaan Piala Pendaftar (FESKEP) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM. Kumpulan Voice of Insan, gabungan peserta dari Kolej Genius Insan dan Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) dinobatkan sebagai Johan FESKEP 2022. Manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Otai Irama Merdeka iaitu dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Prupel Harmonic Voice dari Pusat Perumahan Pelajar. Johan membawa pulang wang tunai RM 1000 berserta sijil dan piala, tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai RM 700 dan RM 500 berserta piala dan sijil. Naib Canselor USIM, Prof Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani dalam ucapan perasmiannya berkata, seiring dengan tema hari Kebangsaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia – Teguh Bersama, semua warga USIM perlu mengutamakan semangat bersatu padu serta hidup dalam keadaan harmoni diantara sesama kita bagi memastikan kampus yang dicintai ini sentiasa aman damai dan terus makmur. Manakala Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan turut berkata, rutin kepakaran staf yang sebelum ini hanya dilihat bekerja di [...]

Go to Top