Mac 2021
PPKP rai Calon Peperiksaan SPM, STAM dan STPM sekitar Nilai, Salak Tinggi
NILAI, 4 Mac 2021 – Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan pelajar yang menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dengan mengedarkan 500 set alat tulis. Menurut Pengarah di PPKP, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, inisiatif pemberian set alat tulis kepada para pelajar merupakan sedikit buah tangan dari USIM sebagai tanda ingatan kami kepada mereka. “Walaupun nilainya tidak besar, namun cukup menjadi ingatan dari kami kepada pelajar-pelajar ini untuk terus bersemangat menjawab peperiksaan dengan baik dan bersungguh-sungguh,” katanya. “Kita tahu bahawa para pelajar yang menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini mengalami sedikit kerisauan dan agak tertekan dengan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga mempengaruhi sedikit sebanyak tumpuan mereka dalam pembelajaran,” katanya. Mereka sebenarnya perlu menyesuaikan diri untuk menghadapi sesi pembelajaran secara maya melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana kaedah pembelajaran secara maya adalah berbeza secara total dan di sinilah guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar memainkan peranan dalam memberi sokongan. Sebanyak 500 set alat tulis dan brosur kemasukan diedarkan kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka (Kelas Aliran Agama). Dalam sesi pertemuan bersama Pengetua dan Kaunselor sekolah, rata-rata mereka mengharapkan agar USIM akan terus mengadakan pelbagai aktiviti kepada para pelajar di sekolah mereka agar sinergi dan hubungan ukhuwah antara pihak sekolah dan USIM terus utuh dan berpanjangan. Kami di [...]
USIM Dan UPNM Lancar Buku Kepemimpinan Komuniti
NILAI, 3 Mac 2021 – Dalam suasana Perintah Kawalan Bersyarat ini tidak menghalang kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam satu majlis yang diadakan secara dalam talian iaitu Majlis Pelancaran Buku bertajuk Kepemimpinan Komuniti terbitan USIM dibawah Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP) dan UPNM. Majlis ini merupakan strategi dalam menyebarluaskan maklumat buku kepemimpinan yang mempunyai elemen dakwah dan pertahanan untuk kegunaan komuniti setempat, selain mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua belah pihak. Mengimbau kembali Memorandum Perjanjian yang ditandatangani antara USIM dan UPNM pada tahun 2018, keduanya mencapai kesepakatan untuk mengkhusus kepada kerjasama penerbitan buku dan pembentangan kertas kerja dalam seminar tahunan anjuran bersama. Buku Kepemimpinan Komuniti ini merupakan hasil penulisan kedua selepas penerbitan buku Kepemimpinan Era Moden yang diterbitkan pada tahun 2019. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, ini merupakan sesuatu yang cukup positif dalam usaha kedua-dua Universiti dalam memaknakan erti kepemimpinan dalam pelbagai tema dan aspek yang seterusnya dapat diraih oleh pembaca buku-buku ini, yang tentunya bukan sahaja ahli akademik, bahkan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan. Beliau berkata lagi, melalui buku Kepemimpinan Komuniti ini, pelbagai isu berkaitan kepemimpinan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuk kepemimpinan melalui teladan telah dibahas dan digarap dengan baik oleh para penulis. Diharapkan dengan penghasilan buku ini yang merupakan himpunan artikel daripada kertas kerja terpilih dari USIM dan UPNM dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu menjadi qudwah hasanah buat umat manusia dalam era kemodenan ini. Manakala menurut Dekan Fakulti Kepimpinan [...]
USIM Lancar Grup USIM Art Prosumer (GUAP), kongsi kepakaran seni kepada komuniti
NILAI, 1 Mac 2021 - Usaha melahirkan pelajar yang mempunyai DNA USIM merangkumi tiga ciri utama iaitu mempunyai keseimbangan dari segi pembelajaran dan aktiviti luar bilik kuliah, bersifat holistik iaitu mempunyai ciri sebagai mahasiswa yang mempraktiskan ilmu, pengalaman yang diperolehi di kampus dan pengetahuan yang didapati berdasarkan pemerhatian, pembelajaran secara formal dan tidak formal. Seterusnya berkeupayaan untuk melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan dan berkebolehan tampil sebagai usahawan yang menumpu kepada bidang kemahiran atau bidang baharu yang diterokai. Seiring dengan peningkatan kos sara hidup dan peredaran ekonomi kini, lazimnya seseorang cenderung melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Hal yang medesak ini mendorong kalangan anak muda kini berfikir untuk lebih kreatif mencipta sesuatu yang baharu dan berfikiran kritis dalam menangani sesuatu perkara. Seni budaya salah satu bidang pilihan anak muda untuk menjadikan kerjaya utama dan tidak kurang juga sebagai kerjaya kedua untuk menambah pendapatan mereka. Melihat kepada seni sebagai salah satu aspek yang berpotensi mendidik insan, Pusat Kebudayaan USIM mengambil inisiatif ini dengan menubuhkan Grup USIM Art Prosumer (GUAP) yang berfungsi sebagai kumpulan alumni yang mempunyai bakat dan berkerjaya dalam bidang seni yang akan bertindak sebagai penggerak dan menjalankan aktiviti prosumer di kalangan masyarakat. Prosumer merujuk kepada gabungan perkataan producer bermaksud pengeluar dan consumer adalah pengguna. Prosumer ini dilihat sebagai seseorang yang mengeluarkan produk, menggunakan produk tersebut untuk kegunaan harian dan menjana pendapatan kewangan melalui penjualan produk tersebut. Dalam konteks GUAP, seni sebagai fokus utama mereka dalam menjalankan aktiviti bersifat mencipta, menghasilkan karya kreatif, inovasi terhadap khidmat profesional seni bagi tujuan menjana pendapatan. [...]
Februari 2021
Naib Canselor lancar Laman Prosumer ’Rock Melon’ Jabatan Keselamatan USIM
NILAI, 25 Februari 2021 - Prosumerisme merupakan konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar. Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius saranan Naib Canselor dalam amanat 2021 beliau, Jabatan Keselamatan menerajui dengan mewujudkan Laman Prosumer yang dilancarkan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM bertempat di Jabatan Keselamatan USIM. Encik Rozaimi Kamaruddin selaku penyelaras projek ini berkata, bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021 tanaman ’rock melon’ ini telah berjaya membuahkan hasil selepas 75 hari ianya ditanam. Tuaian pertama adalah sebanyak 400 biji ’rock melon’ telah berjaya dikongsikan kepada staf USIM. ”Jabatan Keselamatan berusaha untuk memperluaskan tanaman ini dengan keluasan yang lebih luas dengan sasaran 10,000 poliber menejelang akhir tahun 2021”, ujar Encik Rozaimi. Manakala Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme dalam kalangan staf dan pelajar. Kerjasama bersama agensi luar dan pihak NGO akan dibuat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka agar tanaman ini dapat diperluaskan dan dinikmati oleh komuniti di luar sana. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM terima 84 Pelajar Baharu bagi Pengambilan ke Semester II sesi Akademik 2020/2021
NILAI, 23 Februari 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 84 pelajar baharu bagi pengambilan ke Semester II Sesi Akademik 2020/2021 yang dijadualkan akan mendaftar pengajian secara dalam talian bermula 15 dan 16 Mac 2021. Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin, pengambilan ke Semester II adalah alternatif bagi pelajar-pelajar menyambung pengajian ke USIM tanpa menunggu pengambilan melalui saluran UPU yang diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi ambilan perdana pada bulan Oktober nanti. Beliau menambah “Untuk pengambilan Semester II Sesi Akademik 2020/2021 ini, USIM dijangka menerima 56 orang pelajar tempatan dan 28 orang pelajar antarabangsa dari beberapa negara seperti Australia, Arab Saudi, Bangladesh, Brunei, Indonesia, Palestine, Thailand dan Singapura”. Semua pelajar baharu Semester II Sesi Akademik 2020/2021 yang berkeperluan khas akan mendaftar masuk di Kolej Kediaman 1 pada 18 Mac 2021 tertakluk kepada SOP yang ketat dan diwajibkan menjalani proses isolasi. Kemudian mereka akan mengikuti Minggu Taaruf secara dalam talian yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama lapan hari bermula 19 Mac hingga 28 Mac 2021. Sesi pengajaran & pembelajaran bagi semester ini akan dijalankan secara hibrid sebagai menyokong usaha Kerajaan memerangi COVID-19. Bagi pemohon ambilan Mac, mereka boleh menyemak keputusan permohonan di https://etasjil.usim.edu.my pada 23 Februari 2021 bermula jam 12 tengah hari. “Melihatkan kepada trend penawaran kali ini, USIM berharap agar proses promosi dan jumlah permohonan ke USIM dari kalangan pelajar antarabangsa tidak terjejas sungguhpun pandemik Covid-19 masih belum reda. Pihak USIM optimis dalam mengawal mutu dan kualiti [...]
Penerbit USIM anjur Pesta Buku Online
NILAI, 23 Februari 2021 – Mendepani cabaran pasca Covid19 ini, Bahagian Penerbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif menganjurkan Pesta Buku Online yang bersiaran secara langsung di Facebook Live USIM Press. Dengan hashtag ‘ekau boli den anta’ sebanyak 20 peratus diskaun diberikan kepada semua pelanggan juga penghantaran secara percuma diberikan bagi pelanggan yang menyertai siaran langsung selama satu jam melalui dua platform dalam talian iaitu mybookstore.usim.edu.my dan platform Shopee di Penerbit USIM. Pesta Buku Online ini berlangsung sepanjang lima hari iaitu bermula pada 15 hingga 19 Februari dengan pelbagai promosi buku secara kombo boleh didapati dan juga buku-buku baharu diperkenalkan dalam sesi ini. Menurut Puan Hariza Mohd Yusof Ketua Bahagian Penerbitan berkata, sambutan agak baik daripada pembeli di luar sana, dan apa yang hendak kita sampaikan ialah keberadaan buku-buku penerbit USIM masih ada walaupun dalam fasa pandemik ini. Selain itu, Penerbit USIM juga akan terlibat dalam pesta buku dalam talian yang akan diadakan pada Mac ini iaitu Karnival Buku Ilmiah anjuran MAPIM dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Puan Hariza berkata lagi, penglibatan Penerbit USIM dalam karnival ilmiah anjuran MAPIM bukan suatu yang baharu, jadi gandingan yang sedia ada ini diteruskan lagi dalam bentuk pesta buku dalam talian. Di harap gandingan dan kerjasama ini dapat mewujudkan persefahaman dalam meneruskan legasi Penerbit USIM khususnya supaya terus kekal dan aktif dalam suasana yang tidak menentu. Turut diadakan sepanjang sesi pesta buku online ini adalah segmen Biar Buku Bicara, untuk mengupas buku yang bertajuk Peranan Institusi Zakat Dalam Mendepani Wabak Pandemik [...]
USIM usaha Kawasan Terbiar, Bangunkan Projek Prosumerisme Tanaman Nenas MD2
NILAI, 22 Februari 2021 - Menyahut saranan Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam merealisasikan konsep prosumer di USIM, Pusat Sukan melalui projek prosumerisme program tanaman nenas MD2 telah memulakan langkah dengan mengusahakan kawasan terbiar di sekitar Kompleks Sukan Tunku Najihah. Bermula februari 2020, Pusat Sukan telah mengusahakan secara kecil-kecilan tanaman nenas MD2 ini, dan pada Julai 2020 ketika aktiviti riadah diberhentikan kerana pandemik Covid19 tanaman ini telah mendapat sambutan beberapa kakitangan USIM dengan memulakan penanaman awal sebanyak 1000 pokok dengan menggunakan peruntukan kakitangan USIM yang terlibat. Menurut Encik Nur Ekhmal Buhary Pegawai Belia dan Sukan USIM selaku ketua projek berkata, prosumerisme merupakan konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar. Ia merupakan agenda yang boleh menghasilkan impak tinggi kepada USIM jika dilaksanakan dengan baik. Penyediaan kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan agenda Prosumerisme dalam kalangan warga USIM, khasnya pelajar, alumni dan staf. Usaha ini adalah untuk memperkasa kemahiran warga USIM dalam mendepani cabaran global yang tidak menentu. “Objektif utama pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan penglibatan warga USIM dalam agenda Prosumerisme dengan mengurangkan kebergantungan warga USIM terhadap sumber luar dengan pelaksanaan tiga projek yang dicadangkan, meningkatkan pendapatan warga USIM terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup pasca pandemik global. Ia juga bagi meningkatkan bilangan syarikat milik warga USIM yang berdaftar dengan SSM (Job Creator) dan meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme di dalam USIM bagi menjana ekonomi Negara yang mampan dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)” jelasnya. Encik Ekmal [...]
USIM Salur Bantuan Komputer Riba Kepada Pelajar B40 Melalui Projek Jom Infaq
NILAI, 19 Februari 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) telah mengambil inisiatif bagi menyalurkan bantuan Komputer Riba kepada pelajar B40 melalui Projek Penjanaan Sumber Awam (Crowd Sourcing) yang telah dilancarkan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun lepas. Melalui projek ini ia membuka peluang kepada staf, masyarakat awam atau mana-mana penyumbang sama ada individu atau institusi korporat untuk menyumbang kepada golongan sasaran. Kali ini bentuk sumbangan yang dijalankan adalah berupa komputer riba terpakai yang masih dalam keadaan baik, peralatan komputer (spare parts) untuk tambahbaik, serta wang tunai yang boleh disalurkan melalui portal jominfaq.usim.edu.my. Menurut Pengarah PWZ Prof Dr Zurina Shafii, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara pada bulan Mac tahun 2020 sehingga kini, proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan secara atas talian. USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah berusaha memastikan proses PdP berjalan dengan baik dengan memperuntukkan bantuan dan sumbangan kepada pelajar dalam kalangan B-40 dan asnaf melalui sumber zakat dan Tabung COVID-19 USIM iaitu: Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM100 seorang) kepada 4,517 orang pelajar yang melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM451,700.00. Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM114 seorang) kepada 26 orang pelajar yang melibatkan peruntukan daripada Tabung COVID-19 USIM sebanyak RM2,964.00 “Menurut kajian dan soal selidik yang dijalankan, pelajar baharu USIM terutama dalam kalangan B-40 tidak mempunyai komputer riba. Bagi memastikan pembelajaran mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan [...]
Pelajar Baharu Kolej Genius Insan Kohort 7 Daftar Secara Dalam Talian Hari Ini
NILAI, 17 Februari 2021 – Seramai 122 pelajar baharu Asas 1 (Tingkatan 1) kohort 7 bagi sesi kemasukan akademik 2021 Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah Kumpulan Pertama yang akan menduduki Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam tempoh empat tahun. Ini sekaligus melayakkan mereka untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 16 tahun, selaras dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala seramai 14 pelajar Tahap 1 (Tingkatan 4) telah melayakkan diri untuk menyambung pembelajaran menengah di KGI. Mereka adalah daripada 316 calon Asas 1 (Tingkatan 1), dan 44 calonTahap 1 (Tingkatan 4) yang telah berjaya melepasi ujian kecerdasan kepintaran UKM1 dan UKM2. Sesi pendaftaran dan taklimat berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada hari ini. Pengarah KGI Dr Hayati Ismail berkata, Kurikulum di KGI telah disusun semula untuk membolehkan murid Asas 1 belajar dalam satu continuum, bermula dengan topik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dalam masa empat tahun. Sememangnya anak-anak Genius Insan berkemampuan untuk menduduki SPM pada usia 16 tahun kerana mereka mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi iaitu IQ 130 dan ke atas”. Tambah beliau lagi, pihak KGI amat mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membangunkan murid yang holistik dan seimbang, justeru KGI sentiasa memberikan sokongan dari segi emosi, rohani dan jasmani menerusi komponen pengayaan, Ulumuddin dan kokurikulum. Murid KGI beruntung kerana berada di sekolah dalam universiti, kerana sumber yang ada dapat dimanfaatkan dari segi kepakaran tokoh-tokoh akademik dalam pelbagai bidang dan infrastruktur pengajian tinggi bertaraf dunia. Harapan kami agar [...]
Isu Pemulangan Yuran Pelajar: Cadangan Penyelesaian Dari Perspektif Seorang Alumni
Minggu lalu telah dilaksanakan program bual bicara ‘Naratif Pemulangan Yuran Pelajar’ yang telah disiarkan melalui FB rasmi USIM. Program ini membariskan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan Pengarah Pusat Perumahan Pelajar sebagai panel, manakala YDP MPPUSIM bertindak sebagai moderator. Ia bertujuan untuk merungkaikan kekusutan dan kekeliruan berkaitan isu pemulangan yuran yang hangat diperdebatkan oleh mahasiswa lewat beberapa bulan ini khususnya dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 di kampus USIM. Memandangkan dalam tempoh tersebut pelajar tidak berada di kampus sebaliknya hanya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah masing-masing, maka terdapat permintaan dari para pelajar agar yuran tertentu seperti yuran kolej kediaman dan yuran perkhidmatan bagi Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021 dipulangkan kerana mereka tidak langsung menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh PKP. Saya tidak mengikuti secara dekat dan terperinci program ini atas urusan lain namun hanya mengetahui tentang butirannya setelah program selesai. Justeru, saya tidak bercadang untuk membincangkan hal ini secara teknikal dan mendalam kerana ia melibatkan prosedur-prosedur yang lebih difahami oleh pihak yang berkaitan. Namun saya yakin dengan kebijaksanaan dan keprihatinan, pengurusan USIM telah berbincang panjang berkaitan pemulangan yuran ini dan melihat daripada pelbagai sudut sebelum keputusan dibuat yang juga telah mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua pelajar khususnya pelajar Tahun 1. Cumanya saya tertarik untuk memberi sedikit komentar tentang sikap dan pendekatan yang diambil, khususnya oleh pelajar susulan pelaksanaan program ini. Saya ditunjukkan oleh rakan saya beberapa [...]









