Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2019

Puisi Cafe sebagai Medium Diskusi Sastera Budaya

PUTRAJAYA – 1 November 2019- Sebagai tanda menghargai dan apresiasi kepada rakan strategik USIM Sasterawan dan Budayawan Negara, Pusat Kebudayaan USIM mengambil inisiatif menganjurkan julung kalinya program Puisi Kafe sebagai medium diskusi secara santai dan ekslusif mengenai sastera,  budaya, nyanyian puisi dan lagu rakyat serta dendangan syair Islami bertempat Coffea Coffe, IOI City Mall Putrajaya. Program Puisi Kafe mengambil inspirasi kejayaan program Sembang Pohon Keranji (SPK) bersama Sasterawan Negara ke-6, YBhg Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh yang telah dilaksanakan di kediaman beliau bermula sejak tahun 2016 hingga tahun 2019. Turut diraikan kehadiran Sasterawan Negara YBhg. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan dan YBhg. Prof. Dr. Siti Zainon Ismail bersama Budayawan Negara Roslan Madun. Naib Canselor USIM Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, satu penghargaan dan terima kasih atas kehadiran tetamu istimewa yang menyokong program anjuran USIM khususnya Pusat Kebudayaan. “USIM ini dapat dilihat sebagai institusi bukan sahaja medan ilmu dan tetapi juga saya lihat ia sebagai ‘solution provider’ dan pelengkap kepada universiti dalam mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli bersama-sama agenda seni budaya. Saya akan terus menyokong usaha ini bagi membawa USIM ke peringkat yang lebih tinggi” tambah Prof Ridza. Selain dendangan puisi dari Sasterawan Negara dan nyanyian lagu rakyat oleh Budayawan Negara dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Universiti, Prof Ridza buat pertama kalinya turut mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Tanah Airku’ karya Prof. Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh (Prof Adjung USIM). Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Lembaga Pengarah Prof Dato Dr Siddiq Fadzil, Timbalan Naib Canselor Hal [...]

USIM serius tangani isu kebolehpasaran graduan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memandang isu kebolehpasaran graduan dengan serius kerana menyedari graduan yang dihasilkan merupakan aset terbaik Universiti yang bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Menyedari akan hakikat itulah, Pusat Alumni dan Kerjaya, USIM telah berusaha dengan kerjasama Fakulti dah juga Alumni bagi membida geran Intervensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2019. Pihak USIM telah berjaya memperolehi lebih dari RM1.5 juta geran Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang ditawarkan oleh pihak KPM melalui 16 buah program bagi membantu graduan Universiti pada tahun ini. Pihak KPM menyediakan geran ini bagi membolehkan Universiti menyediakan program tambahan bagi membolehkan graduan Universiti tempatan bersaing dalam pasaran kerja. Sebanyak dua fasa bagi geran yang diperolehi oleh USIM iaitu Fasa pertama, USIM melalui 6 proposal memperolehi sebanyak RM773,445.00. Manakala melaui Fasa kedua pula, USIM memperolehi geran intervensi sebanyak RM727,515.00 melalui 10 proposal. Butiran geran intervensi yang diterima adalah seperti berikut: Geran Intervensi Kebolehpasaran Graduan Fasa 1 Geran Intervensi Kebolehpasaran Graduan Fasa 2 Penyediaan geran ini adalah sebahagian daripada Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2020-2025 KPM untuk membantu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memperkukuhkan program pengajian agar relevan dengan keperluan ekonomi semasa. Pada masa yang sama, usaha meningkatkan kompetensi graduan perlu diteruskan tanpa mengabaikan aspek insaniah. Pihak KPM terus komited membantu graduan Universiti agar diberikan peluang dan tempat dalam pembangunan negara. Maka dengan sebab itulah, pada tahun 2020, pihak KPM turut menyediakan peruntukan GE bagi membantu pihak Universiti menyediakan pelbagai program GE untuk graduan. Strategi ini perlu dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif, agar [...]

USIM Determines to Lead Islamic Sciences Knowledge, Balancing Worldly and Hereafter

NILAI, 23 Oktober 2019-  In line with the role of the University of Islamic Sciences Malaysia (USIM) to strengthen the meaning of Islamic Science in driving education based on Naqli and Aqli knowledge, Vice Chancellor Prof. Mohamed Ridza Wahiddin delivered a lecture entitled "Miracle of the Holy Quran As a Book of Signs" giving some exposition on the Quranic verses related to the latest scientific discoveries in the field of quantum optics. The purpose of the lecture is to inspire USIM academics, administrators and students from different backgrounds to advance and share their expertise with the aim of educating the general public on contemporary discoveries that validate the miracle of the Quran as the "Book of Signs". He describes the latest discoveries in quantum optics by giving several pieces of Quranic verses that give him insight. As explained in the surah Yunus verses 5 to 6, “ It is He who made the sun a shining light and the moon a derived light and determined for it phases - that you may know the number of years and account [of time]. Allah has not created this except in truth. He details the signs for a people who know. Indeed, in the alternation of the night and the day and [in] what Allah has created in the heavens and the earth are signs for a people who fear Allah.’ "Verily, in the interchange of night and day, and in all that Allah hath created in the sky and on earth, there [...]

Rebut Pelbagai Peluang Pekerjaan Selama Dua Hari di USIM sempena E-Target 2019

NILAI, 4 November 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Expo on Talent Recruitment, Graduate Employability and Career Talk (e-TARGET) selama dua hari pada 5 dan 6 November 2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Lebih 70 syarikat dan wakil industri menyertai program ini bagi menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang antaranya kewangan, perkhidmatan, peruncitan, telekomunikasi, pembuatan dan lain-lain lagi. Terbuka kepada orang awam khususnya kelompok sasaran iaitu bakal graduan dan mereka yang telah bergraduasi dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), peneraju utama program ini  Pusat Alumni dan Kerjaya menjangkakan ia dapat menarik 5,000 pengunjung. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui inisiatif di bawah myCareer@MOE menjadi penaja utama kepada penganjuran program ini. Penganjuran e-TARGET oleh USIM relevan dengan situasi semasa mengenai peluang pekerjaan yang terhad dan pengangguran dalam kalangan graduan. Pihak industri yang datang bersama peluang pekerjaan dalam e-TARGET secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran mahasiswa. Menurut Pusat Alumni dan Kerjaya, objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform untuk bakal graduan IPT mendapatkan pekerjaan; menawarkan kepelbagaian agensi yang membuka dan menawarkan secara terus peluang pekerjaan kepada graduan dan pelajar; memberi peluang kepada graduan dapat berinteraksi dengan industri dan bakal majikan berpotensi; dan meningkatkan kerjasama agensi dan Universiti dalam membantu kebolehpasaran graduan. Pengunjung yang ingin hadir ke USIM bagi melihat dan merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan dicadangkan untuk membawa bersama beberapa salinan resume dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil akademik. Selain temuduga secara terus bersama bakal majikan, pengunjung boleh menyertai program sampingan yang disediakan antaranya Pocket Talk oleh [...]

USIM anjur Klinik Ibadah percuma untuk murid OKU Penglihatan

BUKIT MERTAJAM, 31 Oktober 2019-  USIM diwakili oleh para mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah menganjurkan Klinik Ibadah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 31 Oktober 2019. Klinik Ibadah ini merupakan salah satu aktiviti utama yang dirangka di bawah program Lawatan Ilmiah dan Khidmat Ummah anjuran para mahasiswa FPQS yang dibuat secara berkala di beberapa buah Sekolah Pendidikan Khas seluruh Malaysia. Antara pengisian yang dibuat sepanjang program Klinik Ibadah ini adalah terapi ruqyah, tahsin wudhu’ dan rukun solat serta amalan zikir selepas solat. Sepanjang program ini, para murid OKU Penglihatan berpeluang mendapat khidmat bantuan daripada para mahasiswa USIM untuk mendalami kefahaman serta memperbetulkan ibadah-ibadah yang terdapat di dalam silibus pembelajaran yang juga menjadi rutin harian mereka. Dari pihak mahasiswa pula, program ini memberikan pengalaman dan pendedahan baru kepada mereka mengenai dunia tanpa penglihatan yang dilalui oleh para murid di sekolah tersebut. Di antara pengalaman yang amat berguna bagi para peserta ialah apabila mereka dapat merasai sendiri cabaran-cabaran dalam usaha menyampaikan maklumat kepada murid-murid kurang upaya penglihatan tersebut. Ternyata tanpa kaedah yang sesuai, seseorang itu belum tentu dapat menyampaikan ilmu dan kefahaman yang dimilikinya kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada golongan berkeperluan khas. Program Lawatan Ilmiah dan Khidmat Ummah ini juga telah mencetuskan jalinan pintar di antara pihak SKPK Alma dengan USIM. Selain daripada menerima pemindahan ilmu dari mahasisiwa USIM kepada murid-murid SKPK Alma, pihak sekolah juga menawarkan peluang yang sama kepada para mahasiswa dengan cara mendedahkan mereka kepada kehidupan pembelajaran khas murid-murid [...]

USIM Nekad Mempelopori Sains Islam, Seimbangkan Duniawi dan Ukhrawi

NILAI, 23 Oktober 2019- Seiring dengan peranan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memperkukuhkan makna kepada Sains Islam dalam memacu pendidikan yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli, Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Miracle of The Holy Quran As a Book of Signs” memberi beberapa pendedahan mengenai ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penemuan terkini dalam sains iaitu dalam bidang optik kuantum. Tujuan utama syarahan ini adalah bagi memberi motivasi kepada para akademik, pentadbir dan pelajar USIM dari latar belakang yang berlainan untuk maju dan berkongsi kepakaran mereka dengan tujuan mendidik masyarakat umum tentang penemuan kontemporari yang mengesahkan keajaiban Al-Quran sebagai “Book of Signs”. Beliau menerangkan penemuan terkini dalam bidang optik kuantum dengan memberi beberapa potongan ayat Al-Quran yang memberi pemahaman mengenainya. Seperti yang dijelaskan dalam surah Yunus ayat 5 hingga 6 bermaksud “Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). ”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”. Secara ringkasnya, Optik kuantum ialah salah satu bidang dalam fizik yang mengkaji penggunaan mekanik kuantum dalam fenomena cahaya [...]

Oktober 2019

Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi USIM sebagai lonjakan kreativiti warganya

NILAI, 31 Oktober 2019 – Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi (HKI) 2019 anjuran Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akdemik (QAPEX) tahun ini mengetengahkan tema ‘Semarakkan Inovasi, Lestarikan Kualiti’ dalam usaha menyeru Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendokong pembudayaan kualiti dan inovasi dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan. Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata pengukuhan nilai etika dan integriti dalam kalangan warga USIM adalah penting untuk memastikan kecemerlangan yang dicapai seiring dengan nilai-nilai moral yang beretika. “Warga USIM seharusnya prihatin kepada usaha yang berterusan ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti di PTj masing-masing. Penganjuran Hari Kualiti sebagai peringatan kepada kita bagi memastikan komitmen berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sempurna melalui perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti,” ucap Naib Canselor dalam Majlis Penutup HKI 2019. Tambahnya lagi Warga USIM perlu membuat anjakan paradigma kepada budaya kerja yang lebih kreatif, inovatif serta berdaya saing untuk lebih terkehadapan dalam memperkasakan sistem penyampaian. Beliau menekankan aspek '5P' untuk diaplikasi dalam menjalankan perkhidmatan bagi membina amalan kerja yang lebih bermutu dan menambah baik prestasi iaitu purpose, passion, product, productivity dan profit. Penekanan tersebut di terjemah bersama kesatuan amalan baik seperti integriti serta pelaksanaan kerja sebagai satu ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Pada majlis tersebut, beliau hadir menyampaikan hadiah kepada kumpulan pemenang yang menyertai Pertandingan Idea Kreatif dan Pertandingan The Amazing Race. Pertandingan Idea Kreatif telah disertai sebanyak 11 kumpulan menyaksikan Kumpulan IQRA' mendapat tempat pertama yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500. Kumpulan IQRA' memperkenalkan idea inovasi Smart [...]

Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor sasar kumpul dana kebajikan atlet USIM

NILAI, 26 Oktober 2019 - DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Padang Golf di Kota Serimas, Enstek. Penganjuran kali ke-4 ini telah disertai seramai lebih 50 penyertaan bertujuan mengeratkan hubungan antara USIM dan badan-badan korporat. "USIM menyokong penuh penganjuran program seperti ini yg dapat menyumbang kepada pembangunan USIM. Ia bagi mengumpul dana Tabung Amanah Kebajikan Atlet USIM seperti membiayai kos rawatan perubatan bagi atlet yang mengalami kecederaan pada masa yang sama sebagai satu usaha berterusan untuk pembangunan sukan di USIM," ucap YBhg Prof Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani. DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan menyampaikan hadiah kepda pemenang yang mendapat 38 skor iaitu tempat pertama, En Md Nasir Hanafiah handicap 6, tempat kedua dimenangi oleh En Roslan Sahim dengan handicap 7, Noor Haslizan Che Hamid dengan handicap 8. Program yang dianjurkan Pusat Sukan USIM turut dihadiri oleh Dato Mohd Haizuan Rozali, Pendaftar USIM, En Mizan Masran, Pengurus Besar Bank Islam Malaysia Berhad dan Pengarah Pusat Sukan, En Hamran Husin mendapat kerjasama tajaan daripada Bank Islam, Unit Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato T Mohan dan Syarikat Rahman Enterprise. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan    

I-iECONS 2019 bincang cabaran sosioekonomi untuk pembangunan ummah

SEPANG, 24 Oktober 2019 – Persidangan Antarabangsa Sistem Ekonomi Islam kali ke-8 2019 (I-Iecons) dengan tema Sustainable Social and Economic Islamic Well-Being telah dirasmikan oleh YB Puan Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bakal menempatkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai salah satu penyumbang input kepada Kerajaan untuk sama-sama memacu hala tuju negara pada masa hadapan. Beliau berkata semasa sidang media yang selepas majlis pelancaran bertempat di Movenpick Hotel pada 23 Oktober. Menurutnya lagi persidangan ini dapat membantu Kerajaan menjayakan blueprint sosioekonomi untuk Ummah kerana sumbangan para akademik salah satu aspek penting dalam menggerakkan agenda negara. “Apa yang paling mencabar adalah untuk menyiapkan satu kerangka di mana semua pemegang taruh dapat memainkan peranan yang membina dna memberi kerjasama positif sehingga bagi mencapai matlamat kita yang tidak hanya tinggal sebagai lipatan jurnal sahaja,” ucapnya lagi. Prof. Dato’ Dr. Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM berkata kedudukan industri kewangan Islam yang dipengaruhi oleh saiz ekosistem Islam secara global memerlukan suatu momentum pertumbuhan yang dinamik untuk terus bertahan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Islam global dengan lebih luas. “Justeru, persidangan ini dilihat sebagai satu mekanisme di mana pakar dan sarjana boleh duduk bersama untuk berkongsi idea dan membincangkan pelbagai topik dan isu yang berkaitan,” ucapnya lagi. Tambahnya lagi, penganjuran kali ini adalah amat penting dan menjadi wadah kepada FEM menjadi peneraju dalam pembangunan ilmu di USIM khususnya di dalam bidang ekonomi, muamalat, perbankan, kewangan dan perakaunan. Sebanyak 100 kertas kerja dibentangkan di persidangan ini oleh ahli akademik dalam [...]

Sumbangan golongan berilmu kepada masyarakat

Tanggal 5 Oktober diumumkan sebagai Hari Akademia Malaysia bagi menghargai sumbangan kumpulan akademia dan tenaga pengajar di semua institusi pendidikan di Malaysia. Umum mengetahui bahawa universiti bertindak sebagai institusi penyumbang dan pengukuh kesatuan dalam masyarakat. Ahli akademik telah sekian lama menggembeling tenaga bersama masyarakat bagi memastikan kelangsungan agenda negara dalam pelbagai dimensi kehidupan sehingga terbentuk sebuah peradaban. Inilah apa yang dikatakan sebagai kecemerlangan yang dibentuk dari Tarbiah Ruhiyyah. Tarbiah Ruhiyyah merupakan elemen yang sangat penting untuk diterapkan dalam dunia akademia. Dengan Tarbiyah Ruhiyyah ini, ahli akademik akan merasakan dirinya kerdil dan lemah, serta merasakan penghambaan kepada Allah tuhan sekalian alam. Jiwa yang kuat dapat mengawal segala tingkah laku kita dan merasakan segala yang dikerjakan adalah untuk menegakkan agama Allah dan meneladani masyarakat. Warga akademia bertanggungjawab bukan sekadar melahirkan mudarris (pendidik), tetapi juga sebagai mua’llim (penyampai yang benar) kepada masyarakat, murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang), muaddib (pembentuk adab dan akhlak), dan sebagai mursyid (pembimbing ke arah kebenaran). Ahli akademik juga mestilah pandai bergaul dan bijak menyantuni ‘orang di luar pagar universiti’. Apabila terjun dalam hidup bermasyarakat maka lebih besarlah impak yang boleh diwujudkan dalam masyarakat tersebut. Mereka ini ialah orang yang paling hampir dengan kita seperti jiran tetangga. Bergaullah dengan mesra, hidupkan suasana keikhlasan dalam pergaulan tersebut. Lihatlah tokoh-tokoh ulama nusantara seperti HAMKA, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Tok Kenali dan ramai lagi, yang telah mencurahkan bakti dalam menyampaikan ilmu dan bergiat aktif dalam masyarakat. Kesinambungan usaha mereka itu sewajarnya diteruskan oleh generasi akademia masa [...]

Go to Top