Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2026

USIM lancar bas wakaf baharu, perkasa kebajikan dan keselamatan pelajar

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa kebajikan pelajar menerusi pelancaran sebuah Bas Wakaf baharu yang dibiayai melalui kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Wakalah Sdn Bhd serta sumbangan Dana Wakaf Al-Abrar USIM. Majlis pelancaran yang dihadiri Pengurusan Tertinggi Universiti serta wakil penyumbang itu turut menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan sebagai tanda sokongan berterusan terhadap inisiatif kebajikan pelajar universiti ini. Naib Canselor USIM, Dato’ Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, inisiatif Bas Wakaf ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan. “Perolehan Bas Wakaf ini bukan sekadar penambahan aset pengangkutan, malah merupakan pelaburan jangka panjang dalam menjamin keselamatan, keselesaan dan kelangsungan proses pembelajaran pelajar USIM, khususnya mereka yang tinggal di luar kampus,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan wakaf yang digerakkan oleh universiti membuka ruang kepada masyarakat serta institusi korporat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara. “Kami amat menghargai sokongan padu daripada para penyumbang dan rakan strategik. Sumbangan ini melambangkan kepercayaan serta keprihatinan terhadap usaha USIM dalam memperkasa ekosistem pendidikan berteraskan nilai Islam,” tambah beliau. Menurutnya lagi, USIM akan terus memperluas inisiatif berasaskan wakaf sebagai satu mekanisme pembangunan lestari yang memberi manfaat berpanjangan kepada warga universiti dan masyarakat. Seramai kira-kira 4,500 pelajar USIM kini mendiami kolej kediaman di dalam dan luar kampus serta bergantung kepada perkhidmatan bas universiti bagi tujuan pergerakan ke sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru, pelancaran Bas Wakaf ini dilihat sebagai penyelesaian strategik dalam [...]

PERMATA USIM Dominasi Majlis Apresiasi & Iftar Perdana PERMATA Kebangsaan 2026

TERENGGANU – Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah membanggakan apabila berjaya merangkul dua anugerah berprestij dalam Majlis Apresiasi & Iftar Perdana PERMATA Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 12 Mac 2026 baru-baru ini. Majlis yang disempurnakan oleh Ahmad Samsuri Mokhtar itu menyaksikan PERMATA USIM membuktikan keunggulannya apabila membawa pulang dua daripada enam anugerah utama yang dipertandingkan. Pencapaian ini sekali gus meletakkan USIM sebagai antara institusi terbaik dalam kalangan 22 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara yang turut bersaing merebut pengiktirafan tersebut. Kecemerlangan pengurusan persatuan terserlah apabila Barisan Kabinet PERMATA USIM Sesi 2024/2025 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan PERMATA Terbaik. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap kualiti tadbir urus, kecekapan sistem organisasi serta komitmen barisan kepimpinan dalam memacu persatuan dari peringkat akar umbi hingga ke tahap kebangsaan. Melengkapkan kejayaan tersebut, Anugerah Ikon PERMATA Unggul berjaya dirangkul oleh Sharifah Aleya Ayunie Syed Abd Rahman Alzawawi. Pengiktirafan itu diberikan susulan pencapaian cemerlang beliau yang sebelum ini turut menerima Anugerah Khas Lembaga Amanah Kolej Islam Malaysia pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23. Menurut Sharifah Aleya, beliau menzahirkan rasa syukur dan terharu atas penghargaan yang diterima, selain menganggap anugerah tersebut sebagai hasil sokongan pelbagai pihak. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur dan terharu menerima anugerah ini. Sejujurnya, saya tidak menjangkakan penghargaan seperti ini. Bagi saya, anugerah ini bukan sahaja milik saya, tetapi juga untuk semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan sepanjang perjalanan ini,” katanya. Beliau turut berharap agar PERMATA terus melangkah lebih jauh [...]

USIM DAN JKSNS meterai MoA Perkasa Penerbitan Perundangan Syariah Berimpak Tinggi

NILAI, 16 Mac 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju integrasi ilmu apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) strategik bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, USIM. Majlis tersebut menyaksikan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkasa pembangunan sumber rujukan perundangan Syariah yang berautoriti melalui penerbitan jurnal ilmiah khusus dikenali sebagai “Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan.” Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya menegaskan bahawa kerjasama ini merupakan satu langkah strategik yang signifikan dalam merapatkan jurang antara institusi akademik dan institusi kehakiman Syariah. Menurut beliau, usaha ini penting bagi memastikan amalan perundangan di lapangan dapat didokumentasikan secara sistematik serta memenuhi piawaian akademik yang tinggi. “Kerjasama ini bukan sekadar menghasilkan penerbitan ilmiah, tetapi menjadi platform penyatuan kepakaran bagi memartabatkan undang-undang Syariah di Malaysia,” ujar beliau. Inisiatif ini digerakkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM dengan sokongan kepakaran daripada Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ) serta Penerbit USIM, yang berperanan dalam memastikan kandungan jurnal memenuhi standard ilmiah yang berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Melalui gabungan kepakaran akademik dan praktis kehakiman, jurnal ini dijangka menjadi rujukan utama dalam bidang perundangan Syariah, bukan sahaja kepada pengamal undang-undang malah kepada ahli akademik dan pelajar. Selain itu, MoA ini turut mencerminkan komitmen berterusan USIM dalam mengaplikasikan konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli secara praktikal, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan institusi perundangan Syariah negara demi kemaslahatan ummah. Dengan termeterainya MoA ini, [...]

Latihan Kem Tahunan PALAPES USIM 2026 Perkukuh Ilmu Ketenteraan Dan Jati Diri Perwira Muda

PORT DICKSON – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan Latihan Kem Tahunan (LKT) selama 15 hari bermula 10 hingga 24 Februari 2026 dengan penglibatan seramai 158 Pegawai Kadet daripada Batch 44 (Senior), Batch 45 (Intermediate) dan Batch 46 (Junior). Latihan ini dikawal selia oleh dua Pegawai bersama 14 Jurulatih dan Staf serta dibantu oleh empat Pegawai Sukarela dan 16 Pegawai Muda Pelajar. Mereka memainkan peranan penting dalam aspek perancangan, penyelarasan latihan, pentadbiran serta kawalan keselamatan sepanjang latihan berlangsung. Penyelarasan yang sistematik memastikan setiap fasa latihan dilaksanakan secara tersusun, berdisiplin dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sepanjang latihan, Pegawai Kadet Batch 46 (Junior) diberi penekanan terhadap pembentukan asas sebagai seorang anggota tentera. Latihan tertumpu kepada kemahiran asas ketenteraan seperti kawad kaki bagi membina disiplin dan kepatuhan terhadap arahan. Selain itu, mereka turut menjalani latihan asas ketenteraan meliputi ilmu medan perang (IMP), semboyan, bacaan peta, pengendalian senjata serta pertolongan cemas bagi membentuk jati diri dan ketahanan mental sebagai seorang tentera. Bagi Pegawai Kadet Batch 45 (Intermediate) pula, latihan lebih tertumpu kepada aspek taktikal dan kefahaman operasi. Antara modul utama yang dilaksanakan ialah Tactical Exercise Without Troops (TEWT) yang memberi pendedahan kepada latihan merangka serta menyampaikan perintah sebagai ketua platun. Mereka turut didedahkan kepada konsep peperangan Counter Insurgency Warfare (CIW) serta pengenalan Operations in Built-Up Area (OBUA) yang memberi gambaran tentang operasi dalam kawasan binaan dan situasi peperangan konvensional. Selain itu, mereka juga berpeluang menyaksikan Demonstrasi Penarikan Kembali yang dilaksanakan oleh penuntut OLE Siri 48/2025 di kawasan [...]

Konflik Asia Barat dan Kegagalan Perundingan Perdamaian dalam Mediasi  Antarabangsa  

Penulis adalah Dekan Institut Sains Islam Malaysia USIM dan penyelidik kumpulan Sulh-Dispute Resolution & Peace (SiDR), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Akhir-akhir ini kita melihat banyak perundingan antarabangsa antara negara-negara berkonflik menghadapi jalan buntu, menghasilkan penyelesaian sementara yang rapuh atau berakhir dengan kegagalan. Konflik Ukraine–Rusia dan pembantaian Israel terhadap Palestin misalnya, memperlihatkan betapa sukarnya mencapai penyelesaian konflik yang lestari walaupun pihak-pihak telah melaksanakan pelbagai usaha rundingan.Terkini, rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran juga tidak berakhir seperti yang diharapkan. Menteri Luar Oman yang bertindak sebagai mediator dalam rundingan tersebut menyatakan bahawa perjanjian damai telah hampir muktamad dengan persetujuan Iran untuk mematuhi dasar “sifar simpanan” uranium diperkaya di bawah pemantauan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Namun begitu, hampir serentak dengan proses rundingan tersebut, serangan telah berlaku terhadap Iran, yang kemudiannya diikuti dengan serangan balas republik itu terhadap beberapa negara di rantau Asia Barat, termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar. Kejadian sebegini mengundang persoalan apakah nilai perundingan yang diadakan dan adakah pihak yang menarik diri daripada komitmen rundingan benar-benar bermaksud menyelesaikan isu pematuhan penggunaan tenaga nuklear yang diletakkan sebagai agenda perbincangan dalam perundingan tersebut.Asas BersamaPerundingan dan mediasi antarabangsa dalam tempoh konflik mempunyai cabaran tersendiri. Dari sudut intensiti konflik, terdapat teori yang menyatakan bahawa semakin tinggi intensiti sesuatu konflik, semakin besar kemungkinan mediasi akan diterima dan berjaya sebagai satu kaedah untuk mengelakkan kehilangan nyawa atau meminimumkan kerugian. Namun mutakhir ini, konflik yang mengakibatkan angka kematian mencecah puluhan ribu nyawa seperti yang berlaku di [...]

Bazar Makanan: Syurga atau Bencana?

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, bazar makanan akan kelihatan di pelbagai lokasi dan menjadi antara destinasi utama masyarakat menjelang waktu berbuka puasa. Deretan gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah tradisional, dan moden dan kreatif menjadikan bazar Ramadan seolah-olah sebuah “syurga makanan”. Daripada nasi kerabu, nasi lemak, nasi ayam, murtabak, ayam percik, sehinggalah pelbagai jenis kuih-muih dan minuman yang berwarna-warni, semuanya tersedia untuk memenuhi selera masyarakat yang berkunjung. Kepelbagaian makanan ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan budaya kulinari masyarakat Malaysia, malah turut merancakkan aktiviti ekonomi apabila ramai peniaga mengambil peluang menjana pendapatan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Dari sudut ekonomi dan sosial, bazar makanan memberi peluang yang besar kepada usahawan kecil dan peniaga tempatan untuk menjana pendapatan. Bagi golongan peniaga mikro dan perusahaan kecil, bazar makanan merupakan pentas penting untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat. Selain itu, bazar juga menghidupkan suasana komuniti apabila orang ramai berkumpul untuk membeli makanan sambil berinteraksi antara satu sama lain. Keadaan ini selari dengan konsep keseimbangan antara pembangunan ekonomi, dan kesejahteraan masyarakat yang sering ditekankan dalam pendekatan Islam. Namun, di sebalik “syurga makanan” tersebut, timbul persoalan sama ada bazar makanan benar-benar membawa manfaat atau berpotensi menjadi “bencana” terutamanya aspek keselamatan dan kebersihan makanan tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Dalam keghairahan peniaga menjalankan perniagaan gerai di bazar makanan, aspek keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan. Keadaan bazar yang sesak dan suhu persekitaran yang panas, makanan yang tidak dikendalikan dengan baik boleh menjadi medium pembiakan bakteria berbahaya. Contohnya, makanan yang terdedah terlalu lama [...]

FEM USIM Perkukuh Kerjasama Serantau, Enam Pensyarah Jadi Sarjana Tamu di Jawa Timur, Meterai 21 LOI Kerjasama Akademik

BANYUWANGI, INDONESIA – Seramai enam pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik sebagai Sarjana Tamu (Visiting Scholar) di beberapa institusi pengajian tinggi swasta di Jawa Timur, Indonesia bagi tempoh sebulan bermula 9 Februari hingga 9 Mac 2026.   Pelantikan tersebut melibatkan penyertaan dalam International Conference on Humanity, Education and Society (ICHES) Kali Ke-5 serta pelaksanaan siri kolaborasi akademik dan komuniti bersama beberapa institusi pendidikan tinggi, antaranya Universitas Islam KH. Mochtar Syafa’at (UIMSYA) Blok Agung Banyuwangi, Institut Agama Islam At Taqwa Bondowoso, STAI Raya Mloko Jember dan Universitas Islam Syarifuddin Lumajang.   Delegasi FEM USIM diketuai oleh Dr. Hanim Misbah dan turut dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam, Prof. Madya Syahidawati Shahwan, Prof. Madya Dr. Fuadah Johari, Dr. Nuur Halimatus Sa’diah Masrukhin serta Dr. Raihan Nasir. Sepanjang program berlangsung, enam pensyarah tersebut telah menyampaikan kuliah umum dan syarahan akademik di lima institusi berbeza. Dr. Hanim Misbah turut diberi penghormatan sebagai penceramah utama (keynote speaker) dalam persidangan ICHES 2026, sekali gus memperkukuh reputasi Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM di peringkat antarabangsa.   Menurut Ketua Delegasi, Dr. Hanim Misbah, pelantikan sebagai Sarjana Tamu ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian kepakaran akademik, malah menjadi platform penting dalam memperluas jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Indonesia.   “Program ini memberi peluang kepada pensyarah USIM untuk berkongsi kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa, selain membuka ruang kepada kerjasama yang lebih luas dalam penyelidikan, mobiliti akademik serta pembangunan komuniti,” katanya. [...]

“SYUKUR” Sentuh Hati Penonton, Raih 50,000 Tontonan Dalam Lapan Hari

NILAI – Filem pendek Aidilfitri 2026 terbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjudul “SYUKUR” berjaya mencuri perhatian penonton apabila mencatat lebih 50,000 tontonan dalam tempoh lapan hari sejak ditayangkan di platform rasmi USIMTV di YouTube. Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM, karya ini mengangkat kisah kehidupan, perjuangan dan rezeki yang hadir tanpa diduga, sekali gus menyampaikan mesej tentang nilai kesyukuran yang sering menjadi inti pati sambutan Aidilfitri. Filem pendek ini mengisahkan Ahmad, seorang bekas pramugara yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Dalam usaha meneruskan kehidupan, beliau bertemu dengan seorang remaja bernama Haikal, pelajar tahun akhir universiti. Pertemuan tersebut membawa mereka menempuh pelbagai cabaran kehidupan yang akhirnya mengajar mereka tentang erti kesabaran, perjuangan serta pentingnya mensyukuri setiap nikmat yang dimiliki. Menariknya, filem ini dibintangi oleh penyanyi dan pelakon terkenal, Zarul Umbrella, yang bergandingan dengan Haikal Nazhan, pelajar tahun akhir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pengarah filem tersebut, Prof. Madya Dr. Faizal Kasmani, yang juga Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM, berkata idea mengetengahkan kisah kehidupan rider dalam karya kali ini bertujuan membawa cerita yang lebih dekat dengan realiti masyarakat. Menurut beliau, isu survival ekonomi yang dihadapi ramai golongan muda menjadi antara inspirasi utama dalam menghasilkan karya tersebut. “Kita mahu menghasilkan cerita yang relevan dengan kehidupan masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar dan golongan remaja. Isu survival ekonomi adalah antara perkara yang kita hadapi setiap hari. Dari situ timbul ilham untuk menghasilkan cerita berkisar tentang kehidupan rider yang bekerja keras untuk menyara kehidupan,” katanya. Tambah beliau, proses penggambaran filem pendek ini turut [...]

USIM dan ANGKASA Teroka Kerjasama Strategik dalam Pembangunan Ekosistem Koperasi dan Keusahawanan

PETALING JAYA – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) telah mengadakan kunjungan dan perbincangan strategik bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan ekosistem koperasi, penyelidikan serta pembangunan kapasiti. Perbincangan yang berlangsung di Wisma Ungku A. Aziz pada 6 Mac 2026 baru-baru ini diketuai oleh Pengarah PLiMJI, Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, bersama delegasi USIM. Turut hadir sama Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Felo Budi USIM. Delegasi tersebut telah disambut oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam bidang perundingan, penyelidikan, latihan industri serta peluang kerjaya kepada pelajar USIM, di samping menyokong pembangunan sektor koperasi di Malaysia. Menurut Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, kerjasama antara institusi akademik dan organisasi koperasi nasional mampu membuka ruang kepada pembangunan ilmu yang lebih aplikatif serta memberi manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat. “Kerjasama ini berpotensi memperkukuh ekosistem koperasi termasuk koperasi mahasiswa, di samping menyumbang kepada pembangunan ekonomi berasaskan nilai dan prinsip Islam,” katanya. Antara bidang kerjasama yang dibincangkan termasuk kajian penstrukturan semula koperasi mahasiswa universiti (KOSISWA) bagi memperkukuh tadbir urus, model perniagaan dan tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan koperasi. Selain itu, kedua-dua pihak turut meneroka potensi pembangunan produk perlindungan kewangan berasaskan model takaful koperasi yang selari dengan prinsip kewangan Islam seperti ta’awun dan perkongsian risiko. Turut dibincangkan ialah pembangunan kajian dan modul latihan berkaitan pelancongan mesra Muslim, selaras dengan potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim di peringkat global serta [...]

Chow Kit: Antara Retak Jiwa, Sinar Tazkiyah dan Ihsan MADANI

Kawasan Chow Kit sering dilihat sebagai sebuah mikrokosmos ibu kota yang tidak pernah tidur. Di sebalik deru enjin kenderaan dan hiruk-piruk perniagaan, terselubung satu realiti yang sering kita pandang sebelah mata. Di lorong-lorong gelap dan di atas kepingan kotak yang dijadikan tilam, wujud sekelompok komuniti yang sedang bertarung dengan 'peperangan' yang tidak nampak di mata kasar, iaitu peperangan jiwa. Hasil kajian mendalam mengenai kesihatan mental dan kesejahteraan spiritual dalam kalangan gelandangan di Chow Kit mendedahkan satu hakikat yang meruntun hati. Bagi kelompok ini, kehilangan tempat tinggal hanyalah puncak kepada gunung ais masalah yang jauh lebih besar. Di bawahnya, terdapat lapisan trauma, diskriminasi, dan kekosongan jiwa kronik yang sering kali gagal dikesan oleh sistem sokongan sedia ada. Memahami Luka Jiwa: Cabaran Mental yang Terselindung Dari sudut pandang kemanusiaan, tahap kesihatan mental gelandangan di Chow Kit memerlukan perhatian yang lebih serius. Kajian mendapati bahawa majoriti mereka membawa bebanan emosi yang sangat berat, atau dalam istilah saintifik disebut sebagai "trauma berlapis". Ini bukanlah sekadar emosi sedih biasa, tetapi tekanan emosi mendalam, kesan daripada rentetan peristiwa pahit yang dilalui dalam tempoh yang lama. Ramai antara mereka bergelut dengan gangguan tekanan emosi kronik akibat sejarah pengabaian atau kesan psikologi dipinggirkan masyarakat seperti apabila seseorang terputus hubungan dengan keluarga, terutamanya bekas banduan yang baru dibebaskan dari tekanan emosi yang dialami sukar digambarkan. Penolakan ini meruntuhkan keyakinan diri (self-esteem) mereka untuk kembali bermasyarakat. Dalam keadaan stres berpanjangan, keupayaan untuk berfikir secara tenang dan rasional terjejas, menyebabkan mereka sentiasa dalam keadaan 'waspada' [...]

Go to Top