Jun 2019
Taddabur Alam dekatkan Pelajar Baharu Tamhidi USIM dengan kampus
NILAI, 19 Jun 2019– Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan seramai 854 orang pelajar baharu bagi sesi 2019/2020 pada baru-baru ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Terdiri daripada 275 pelajar lelaki dan 579 pelajar perempuan, Tamhidi USIM juga menerima pelajar antarabangsa dari Brunei dan Indonesia dengan masing-masing mendaftar masuk ke lima buah program Tamhidi yang ditawarkan iaitu Tamhidi Sains dan Teknologi; Tamhidi Perakaunan dan Muamalat; Tamhidi Syariah dan Undang-undang; Tamhidi Perubatan; dan Tamhidi Pergigian. Satu pengisian baharu sepanjang sesi taaruf (suai kenal) dengan suasana alam kampus untuk pelajar Tamhidi iailah ialah Program Tadabbur Alam. Pengarah Pusat Tamhidi, Puan Alifah Hj Hamid berkata, program eksplorasi tadabbur alam yang dimasukkan ke dalam slot taaruf ini adalah pendekatan terkini mendekatkan pelajar dengan suasana kampus sebagai alam baharu mereka selepas alam persekolahan. “Program tadabbur alam ini menggalakkan pelajar beriteraksi dengan alam dalam konteks eksplorasi dan selari dengan penekanan daripada pihak pengurusan USIM tentang pentingnya kelastarian kampus dalam mewujudkan suasana kondusif dalam sesebuah institusi ilmu. Antara pengisian program pelajar perlu menjalankan kerja- kerja seperti penyiraman pokok, membaja, penanaman pokok, pembersihan kawasan, mengutip daun kering, menanam serai, mengecat tayar, menggembur tanah, menyemai benih pokok cili dan pelbagai lagi” “Secara tidak langsung para pelajar diberi pendedahan khusus tentang pengindahan landskap dan kawasan serta mengekalkan konsep kampus hijau (green campus). Aktiviti ini memupuk kepentingan semangat kerja berpasukan, tanggungjawab dan sayangkan universiti. Terima kasih kepada tenaga pengajar dan pelajar senior yang turut sama membantu merealisasikan program tadabbur alam ini” ujar beliau. Bagi Timbalan Naib [...]
USIM jayakan Projek K4C, bakal tandatangani MoU dengan Kursi UNESCO Capai Hasrat Universiti untuk Masyarakat
NILAI, 25 Jun 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini sedang dalam merangka untuk menandatangani Memorandum Persefahaman bagi menjayakan projek K4C (Knowledge for Change) iaitu sebuah konsortium antarabangsa untuk Penyelidikan Berasaskan Komuniti (Community-based Research). Projek ini juga akan mendapat kerjasama dari pertubuhan masyarakat yang berkaitan iaitu Lembaga Perbadanan Kampong Bharu atau Malay Agricultural Settlement (M.A.S) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam sekitar Julai ini. Menurut Prof. Madya Dr Mahazan Abd Mutalib, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi selaku wakil USIM untuk projek K4C ini berkata, konsortium K4C ini bertujuan untuk membangunkan kapasiti sesebuah institusi dan masyarakat menerusi Program Latihan Mentor (MTP) dan aktiviti Penyelidikan bersama komuniti. “Projek ini akan memastikan masyarakat tersebut pandai dan mahir dalam kurikulum pembelajaran yang dibentuk. Ini kerana hasil utama MTP adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat, membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi dan sekaligus menggalakkan kemakmuran dan kesejahteraan semua,” katanya ketika mengadakan mesyuarat pertama kali bersama semua ahli terlibat. Ini sekaligus menunjukkan USIM sedang ke arah untuk merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik yang ingin menjadikan Universiti sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan bersama komuniti setempat bagi menyampaikan ilmu dan kemahiran menerusi penyelidikan di Universiti, katanya lagi. Manakala, Hj Shamsuri Suradi yang merupakan Setiausaha Kehormat M.A.S mengulas bahawa jika projek ini dijalankan ia akan memberi banyak manfaat kepada penduduk Kg Bharu kerana penduduk di sini berpeluang untuk mempelajari ilmu baharu dengan kepelbagaian teknik pengajaran. “Apa yang saya bakal lihat nanti adalah penduduk di sini akan berpeluang untuk menikmati pendidikan walaupun bukan di [...]
USIM terima 854 kemasukan pelajar Tamhidi sesi 2019/2020
NILAI, 25 Jun 2019 – Seramai 854 orang pelajar baharu program asasi (Tamhidi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2019/2020 mendaftar bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM pada 22 Jun, dengan pecahan 275 pelajar lelaki dan 579 pelajar perempuan termasuk dua orang pelajar dari Brunei dan Indonesia. Secara keseluruhannya Pusat Tamhidi USIM telah menerima sebanyak 12,127 permohonan bagi kemasukan kali ini yang mencatatkan seramai 1,526 pelajar telah memilih USIM sebagai pilihan pertama manakala seramai 1,348 calon pelajar telah ditawarkan melanjutkan ke lima Program Tamhidi iaitu Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Syariah dan Undang-undang, Tamhidi Perubatan dan Tamhidi Pergigian. "Daripada rekod keseluruhan pendaftaran, Program Tamhidi Sains dan Teknologi menerima pendaftaran pelajar paling tinggi iaitu seramai 276 pelajar diikuti Tamhidi Perakaunan dan Muamalat seramai 198 pelajar, Tamhidi Syariah dan Undang-undang seramai 180 pelajar, Tamhidi Perubatan seramai 136 pelajar dan Tamhidi Pergigian seramai 64 pelajar," ujar Pn Alifah Hj Hamid, Pengarah Pusat Tamhidi. "Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan lancar, setiap proses mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 minit untuk selesai. Pengangkutan bas disediakan bagi membawa keluarga dan pelajar ke kolej kediaman, di mana pelajar USIM bersedia sebgai urusetia bagi urusan mengangkut beg dan barangan lain. Selain itu inisiatif menyediakan tiga sesi pendaftaran akademik dilihat satu cara strategik yang dapat memberi ruang ibu bapa memilih waktu pendaftaran anak-anak mengikut masa masing-masing," ujar Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM yang turut hadir melihat proses pendaftaran berlangsung. Antara pelajar yg ditemui berkongsi keterujaan [...]
Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM 1440H
NILAI, 21 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini menerima kunjungan tetamu seramai kira-kira 3,000 orang yang dianjurkan bertempat di Dataran Canselori. Majlis diserikan dengan kehadiran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis bersama Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM. Selain kehadiran kakitangan dan pelajar USIM, turut hadir bersama memeriahkan majlis adalah Duta Besar Palestin dan Turki serta Perwakilan Diplomatik daripada Kedutaan Yaman, Turki, UAE dan Singapura selain rakan-rakan strategik dari pelbagai industri antaranya McDonalds Malaysia, Kumpulan Summit Hotels & Resort dan Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain. "Sambutan hari raya tahun ini menampilkan kelainan berbanding penganjuran sebelumnya. Selain tahun ini genap 19 tahun penubuhan USIM, sambutan kali ini turut merakam kenangan acara ringkas memotong kek bersempena Keputeraan Tuanku Canselor USIM pada 19 Jun lalu. Tambahan, kehadiran pelajar-pelajar menunjukkan kebersamaan warga USIM selain kehadiran rakan strategik dari pelbagai industri diharap dapat mewujudkan hubungan lebih baik pada masa akan datang," ucap YBhg. Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. YBhg. Dato’ Dr Musa turut berkongsi aspirasi USIM untuk menjadi pusat rujukan global dalam menerajui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (iNAQ) menjelang tahun 2025, memfokuskan iNAQ sebagai satu strategi kepada USIM untuk berada setanding dengan universiti lain di peringkat antarabangsa. Pada majlis ini turut disampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan yang bertugas [...]
Makhluk pertama mendiami bumi
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Lalu Malaikat berkata, “Mengapa Engkau mahu menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tetapi Allah berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah ayat 30. Persoalannya apakah perkara yang dimaksudkan Allah yang tidak diketahui oleh para malaikat? Jawapannya terkandung pula dalam ayat seterusnya, “Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para malaikat, lalu berfirman, “sebutkanlah kepada Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang yang benar!” Setelah Adam a.s. mengetahui apa yang telah diajarkan Allah s.w.t. segala nama-nama keseluruhannya, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia kecuali Iblis. Iblis merasakan bahawa dia adalah penciptaan yang lebih mulia dari Adam a.s. Kerana itu dia telah bersumpah sehingga hari kiamat untuk menyesatkan manusia, dan membuktikan bahawa manusia akan melakukan kerosakan serta menumpahkan darah, sekalipun manusia telah mengetahui nama-nama keseluruhannya. Berdasarkan garis masa sejarah ketamadunan manusia yang sering disebutkan oleh ilmuwan barat, sejarah manusia bermula dari zaman batu. Kononnya manusia pada zaman itu tidak mengetahui apa-apa. Mereka tidak boleh bercakap, tiada bahasa yang khusus, tidak berpakaian malah hidup di dalam gua. Namun mereka mula berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan. Sehingga akhirnya mempunyai tamadun dan teknologi yang hebat sepertimana kita berada sekarang. Itulah garis masa sejarah yang melekat dalam setiap kotak fikiran kita. Apabila disebut zaman purba, pasti [...]
Solat Hajat dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun ke-19 USIM
NILAI, 18 Jun 2019 - Bersempena sambutan ulangtahun ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada tarikh 18 Jun, satu majlis ringkas solat hajat dan bacaan doa selamat telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz Pengarah Pusat Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang telah bersidang pada 28 November 2017 menetapkan tarikh 18 Jun diputuskan sebagai tarikh ulang tahun USIM yang dahulu dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) adalah bersempena kemasukan pelajar sulung KUIM pada 18 Jun 2000 iaitu seramai 255 orang bertempat di Baitulmal, Kampung Pandan. “USIM merupakan Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-12 di negara ini dan berhasrat muncul sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi”. “Program pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi”. Tambah Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, hasrat penubuhannya adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu, ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar”. Kini, USIM mempunyai seramai 12,057 orang pelajar, dan seramai [...]
Pusat Kebudayaan USIM lancar Tabung Barakah
NILAI, 14 Jun 2019 - Amalan sedekah sememangnya dituntut oleh Islam. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. Dalam usaha menjadikan sedekah sebagai amalan dalam budaya kerja harian, Pusat kebudayaan hari ini melancarkan Tabung Barakah. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata untuk menjadikan sedekah sebagai suatu kelaziman di dalam diri setiap insan bukanlah suatu yang mudah, tetapi dengan perbuatan yang berterusan ianya dapat dijadikan sebagai satu amalan harian. ”Hasil sumbangan tabung ini akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan komuniti yang memerlukan bantuan”, ujar beliau dalam aluannya menerusi majlis ringkas yang diadakan di Pusat Kebudayaan USIM. Dalam pada itu, Dato’ Dr. Musa Ahmad menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan tahniah kepada Pusat Kebudayaan USIM di atas inisiatif mewujudkan suasana harmoni dalam persekitaran kerja yang baik. Beliau menambah lagi “menjadikan amalan sedekah sebagai salah satu gaya hidup sememangnya dituntut oleh agama kita dan usaha ini merupakan best practice yang wajar dipraktikkan oleh setiap jabatan. Diharapkan dengan adanya Tabung Barakah ini dapat menambah amalan kita di samping ibadah kerja yang dilakukan setiap hari ”. Hasil sumbangan Tabung Barakah akan disalurkan kepada kumpulan anak yatim atau komuniti yang memerlukan bantuan. Antara best practice yang dilakukan oleh Pusat Kebudayaan USIM sebelum memulakan tugas harian adalah dengan bacaan [...]
USIM bersama komuniti, tarik minat ceburi bidang Usahawan Kek dan Pastri
NILAI, 14 Jun 2019- Seramai 30 peserta menyertai program Social Enterprise@ Urban Community 2.0 (SE@UC 2.0) yang berlangsung di Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Para peserta didedahkan kepada dua siri bengkel pembangunan kemahiran pembuatan kek dan pastri oleh Kolej Komuniti Hulu Langat. Antara kek dan pastri yang mereka pelajari adalah Scone, Chocolate Chips Muffin, Blueberry Muffin, Butter Cake, Marble Cake dan Chocolate Moist dalam masa satu hari sahaja. Menurut Dr Mohd Shukor Harun Pengarah PKUU, Social Enterprise@ Urban Community 2.0 (SE@UC 2.0) merupakan program keusahawanan sosial bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi isi rumah komuniti setempat. Peserta akan menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan bagi memberi nilai tambah kepada komuniti setempat bagi membentuk pendapatan dan perniagaan yang boleh dijalankan dirumah. “Ini merupakan program tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan capaian prestasi dan hala tuju program keusahawanan yang ditindikkan untuk melahirkan kumpulan usahawan siswazah sekali gus dapat melahirkan Job Creator dalam bidang usahawan. Program ini juga melibatkan proses transisi maklumat serta ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan bersama komuniti setempat”. “Selain USIM sebanyak 4 buah universiti telah dipilih oleh KPM untuk mengendalikan program ini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti teknikal Melaka (UTeM), universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tambah Dr Shukor. Hasil pembelajaran daripada program ini akan dibukukan dengan kerjasama enam buah universiti yang terlibat iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Melaka (UMK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan [...]
Perturun ilmu mantapkan skil debat Bahasa Arab-Norsyafwan Norawavi
Kejayaan pasukan debat Bahasa Arab yang mendapat Johan di Doha, Qatar pada Mac lalu tidak mampu menyinar cemerlang di pentas antarabangsa tanpa dorongan daripada seorang guru. Bagi En Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa di Pusat Pengajian Teras Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sebagai jurulatih pasukan debat Bahasa Arab, beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi namun percaya kesungguhan dan komitmen yang diberikan semasa menjalani latihan mampu mencipta memori baharu menebus kejayaan sebagai Naib Johan pada kejohanan yang sama tahun lalu. Beliau yang juga merupakan Alumni USIM, amat memahami liku-liku dan cabaran yang harus dilalu dalam menyertai pertandingan debat Bahasa Arab memandangkan beliau juga merupakan alumni pendebat Bahasa Arab USIM. Setelah tamat pengajian pada tahun 2007, beliau berpeluang membina kerjaya di USIM sangat berbesar hati untuk kembali berbakti sebagai jurulatih debat Bahasa Arab di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar sejak tahun 2008. Ikuti rangkuman temu bual yang disediakan. S1 Pengalaman menjadi jurulatih debat Semenjak menerima amanah sebagai jurulatih debat, Alhamdulillah membawa rezeki yang tidak pernah putus apabila pernah memenangi beberapa kejohanan bersama pasukan yang berbeza antaranya Johan Debat Piala Diraja Kategori Bahasa Arab, Johan Debat Asean, Johan Debat Maal Hijrah dan beberapa kejohanan debat anjuran universiti di Indonesia. Antara lain, saya dilantik sebagai jurulatih debat beberapa sekolah seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Maahad Hamidiah Kajang. Mengajar pelbagai peringkat kelompok pelajar menuntut saya untuk sentiasa bersedia menyusun latihan dan mengimbangi masa pengajaran di USIM dan di luar kampus. Kadangkala apabila ditanya tentang kesukaran mengajar saya akui tiada [...]
‘eZCyberCrime’ tangani jenayah siber tanpa ganggu fungsi telefon pintar
Sejajar hasrat memenuhi kehendak Revolusi Industri 4.0, eZCyberCrime telah menyediakan satu penyelesaian tepat dan pantas yang boleh mengenalpasti serta mencegah serangan siber hanya melalui telefon pintar. Menurut ketua kumpulan penyelidik, Prof. Madya Ts Dr. Madihah Mohd Saudi, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), eZCyberCrime berpotensi mengesan eksploitasi sumber (root exploitation) berdasarkan ciri pengawasan secara pengesanan dan gerak balas automatik. Kajian sejak tahun 2014 bersama ahli kumpulan telah menemukan satu solusi supaya eZCyberCrime mampu berfungsi tanpa menganggu prestasi dan bateri telefon pintar, malah dapat memaparkan keputusan dalam masa yang singkat. Katanya, eZCyberCrime direka selaras usaha menyokong aspirasi Universiti bagi menjadikan USIM ke arah kampus pintar dan pada masa yang sama mendidik warganya ambil peduli serta bijak mengendalikan kesulitan semasa menggunakan telefon pintar. Produk inovasi ciptaan kumpulan penyelidik ini menggabungkan tiga ciri iaitu teknik kecerdasan buatan (AI), analitik pintar dan konsep sistem immunologi manusia yang dikenali sebagai apoptosis. Ia mengambil kira lima elemen dalam telefon pintar terutamanya peranti Andriod yang mudah dieksploitasi oleh penyerang iaitu melalui panggilan telefon, SMS, kamera, audio dan GPS. “Setelah mengenal pasti lima elemen tersebut, serangan yang bakal berlaku dapat dikesan lebih awal untuk mengelakkan kesan buruk antaranya kerugian wang apabila penyerang mensasarkan serangan maklumat akaun bank,” ujarnya lagi. Yakin bahawa produk inovasi ini mampu mendapat tempat, Prof. Madya Ts Dr. Madihah juga berharap agar eZCyberCrime dapat ditingkatkan lagi penggunaan dan mempelbagaikan fungsi dalam aspek keselamatan data pengguna telefon pintar, dalam usaha menangani jenayah siber yang semakin berleluasa kini selain mengharapkan masyarakat akan [...]









