April 2019
USIM terima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad
NILAI, 19 April 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan mock cheque zakat berjumlah RM 25,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada 18 April, semalam. Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, berkata USIM sedang menuju hasrat bagi menjuarai bidang wakaf dan zakat dalam kalangan institusi awam. Justeru, kerjasama strategik dengan BIMB dilihat salah satu strategi yang mampu menjamin kelestarian ummah serta pembangunan pelajar. "Sumbangan zakat yang diterima ini secara tidak langsung dapat meringankan beban staf dan pelajar-pelajar USIM yang dalam kategori B40. Diharapkan agar akan ada program hiliran lain yang boleh diadakan bersama seperti baru-baru ini yang dianjurkan di USIM iaitu Majlis Graduasi Pensijilan BIMB-USIM. Selain itu, galakan juga diberikan kepada pusat tanggungjawab (PTj) USIM untuk melaksanakan program CSR bersama mana-mana rakan strategik dalam usaha menyantuni komuniti," ucapnya. "Di USIM, kita sentiasa mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan serta menawarkan khidmat bantuan dan sumbangan dalam bentuk tenaga, masa pada masa yang sama akan membawa kepada pembangunan USIM. Sehingga kini USIM telah menerima sumbangan daripada BIMB sebanyak RM 175ribu," tambahnya lagi. Wakil daripada BIMB, En Mohamed Zaki Atip, Regional Deposit Business Manager dalam ucapannya berkata BIMB juga mengambil berat serta menitikberatkan kemajuan ummah kepada masyarakat. Justeru, kerjasama dengan USIM boleh menyokong usaha bersama dalam menyantuni komuniti asnaf dan masyarakat. Menurut Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Dr Mushaddad Hasbullah, sumbangan zakat korporat sebanyak RM 25,000 melalui PWZ kepada USIM untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Tambahnya, PWZ sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumbangan zakat, wakaf dan infaq daripada pihak [...]
USIM beri penghargaan kepada penggiat seni melayu, Roslan Madun
NILAI, 18 April – Pelantun lagu rakyat popular ‘Lemak Manis’ dan ‘Menghilir di Sungai Pahang’ iaitu Roslan Madun menerima pengiktirafan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas sumbangan besarnya dalam mengangkat seni budaya tanah air. Anak kelahiran Pahang ini dikenali dan dihormati penggiat seni atas kesungguhannya memperjuangkan irama syair sehingga terkenal di nusantara dan diberi gelaran ‘Raja Syair Nusantara’ selain turut mencipta nama melalui karya lagu-lagu rakyatnya yang dekat dihati masyarakat. Penghargaan USIM kepada Roslan Madun disampaikan sendiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad semasa program Sembang Pohon Keranji 4.0 yang diadakan pada semalam, Rabu (17 April) bertempat di kediaman Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed, Roslan Madum telah memanfaatkan bakat seni suaranya untuk kelangsungan seni warisan dan budaya tradisional Melayu dalam bentuk lagu syair dan gurindam. “Kepakarannya turut dimanfaatkan oleh Pusat Kebudayaan untuk berkolaborasi dalam pelbagai program sebelum ini antaranya Program Syair Alam Melayu Nusantara, rakaman rujukan syair bagi pertandingan syair peringkat kebangsaan anjuran USIM dan Jabatan Warisan Negara dan dipilih sebagai pesona figura”. “Sebagai penghargaan atas bakat seninya kami di Pusat Kebudayaan turut menghasilkan dua buah klip video lagu syair beliau iaitu Syair Setia Kawan dan Syair Budiman yang masing-masing dilagukan dengan irama Siti Zubaidah dan irama Perantau” ujarnya. Sementara itu, program Sembang Pohon Keranji 4.0 yang dicetuskan oleh Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi berjaya menghimpunkan lebih 50 orang karyawan, aktivis, pendokong dan penggiat sastera tanah air sejak mula dianjurkan secara tahunan pada 2016. Program [...]
USIM jalin kerjasama dengan tiga NGO, perkasa pendidikan Al-Quran dalam kalangan OKU
NILAI, 17 April 2019 -Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), melalui peneraju program iaitu Institut Sains Islam (ISI) USIM melebarkan skop tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama tiga buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu RumahNgaji Negeri Sembilan, AQ Wise Sdn Bhd dan KL Braille Resouces dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 17 April 2019. Objektif kerjasama ini adalah pembudayaan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat dan pemerkasaan program dan aktiviti berkaitan al-Quran oleh pihak USIM dan RumahNgaji Negeri Sembilan. Selain itu, kerjasama USIM dan AQ Wise Sdn Bhd pula memfokuskan kepada pembangunan Tadabbur al-Quran Tematik melalui multimedia dan konsultasi kandungan daripada pihak USIM agar kandungannya mampu dicapai oleh komuniti OKU, manakala kerjasama USIM dan KL Braille Resources pula meningkatkan kadar literasi dan ruang ilmu kepada komuniti OKU Penglihatan dan mereka yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang Pendidikan Khas (Penglihatan) amnya. Melalui usahasama ini, pihak USIM akan menawarkan konsultansi dan kepakaran berkaitan Pendidikan dan Agama kepada golongan OKU. Usaha murni ini membuka ruang USIM bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan dalam meningkatkan bahan-bahan rujukan ke arah merealisasi revolusi industri 4.0 yang menggabungkan dunia biologikal, fizikal, digital dan menghasilkan pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri. ”USIM kini sedang berusaha untuk menggerakkan dan mengaktifkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara agar perkongsian kepakaran yang sedia ada mampu digerakkan seterusnya menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang yang mempunyai sikap yang positif terhadap kekuatan dan kelainan komuniti OKU dengan menawarkan persekitaran yang inklusif. [...]
Program santunan PWZ USIM 2019, anjur pengisian petrol percuma
NILAI, 17 April 2019- Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif dengan menzahirkan santunan kepada golongan yang memerlukan menerusi Program Pengisian Petrol Percuma di Stesen Petronas Bandar Baru Nilai petang semalam. Dengan tema “Sumbangan Anda, Untuk Mereka”, program ini mendapat kerjasama dari Petronas Bandar Baru Nilai, pelajar USIM dan sekitar penduduk Nilai yang tidak melepaskan peluang apabila lebih 300 penunggang motosikal memenuhi ruang Stesen minyak pada petang itu. ”Petrol merupakan satu barangan keperluan asas dalam kehidupan manusia pada masa kini. Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang memerlukan dan PWZ dapat menyempurnakan hasrat para penyumbang dalam membantu masyarakat”. “Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun bagi menyempurnakan hasrat penyumbang-penyumbang di PWZ dan dapat memotivasi lebih banyak organisasi atau individu menyumbang kepada PWZ bagi membantu kesusahan dan meringankan beban pelajar dan kakitangan USIM dan tidak lupa juga masyarakat setempat. Hasrat PWZ agar lebih banyak organisasi dan individu yang menyumbang pada USIM melalui PWZ supaya lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu”, ujar Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah PWZ USIM. Manakala pengusaha Stesen minyak Petronas Puan Mariani Bt Basri berkata, kerjasama program sebegini sangat bagus dan pihak pengurusan sangat berbesar hati kerana terpilih dalam projek CSR serta dapat menjalin kerjasama ini dengan PWZ USIM, dan turut merancang pelbagai program lagi untuk kerjasama lain yang dapat memberi manfaat kepada pelajar USIM. ”Saya dapat tahu program ini dari kawan dan saya berterima kasih kepada penganjur dan berharap dapat anjurkan program seperti ini pada [...]
Selebriti Kampus di mata Dr Nik Salida
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila, pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan penceramah bebas dan turut diundang dalam rancangan-rancangan agama di beberapa stesen televisyen seperti Tanyalah Ustazah TV9, Al-Kulliyyah TV3 dan Soal Wanita TV Al-Hijrah. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM sejak tahun 2016 sehingga kini. Lantikan ini berdasarkan kepakaran dan kredibiliti beliau dalam bidang hak asasi manusia, khususnya hak wanita dan permasalahan masyarakat. Komitmen beliau dalam bidang ini banyak dirakamkan menerusi aktiviti penyelidikan, penerbitan, forum dan perbincangan. Ikuti temubual tentang topik Selebriti Kampus dari sudut pandangan beliau. Q1 Apa yang dimaksudkan dengan Selebriti Kampus dari Kaca Mata Dr? Menurut laman web pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa dan pusaka, selebriti ditakrifkan sebagai orang yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam bidang hiburan, seperti penyanyi dan pelakon, di kampus universiti, yang suasananya berbeza dengan tempat lain disebabkan nilai akademiknya, tentunya makna selebriti di sini juga berbeza. Dalam bidang akademik, seseorang yang sepatutnya digelar selebriti ialah personaliti yang amat dikenali dan patut diraikan kerana ketinggian ilmunya dan kesarjanaannya dalam bidang-bidang tertentu mereka inilah yang patut dipopularkan dalam kampus universiti supaya menjadi ikon kepada mahasiswa dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta sahsiahnya. Q2 Mahasiswa sebagai Penyampai Dakwah Pertamanya, mahasiswa perlu menjadi 'da'i' (pemimpin) dalam konteks yang tersendiri. Pertama, mereka perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri melalui sikap berdisiplin, bertakwa dan berhemah tinggi. Kedua, mereka perlu memimpin orang lain, terutama dalam lingkungan persekitaran, ahli keluarga, masyarakat luar dan sebagainya. [...]
Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 22
Kaedah nombor 6 - Menilai Di dalam siri lepas, saya telah membuka topik perbincangan mengenai pelaburan, Falsafah ini perlu digunakan oleh pelabur-pelabur yang saya kupas pada siri yang akan datang. Apabila anda menjadi pelabur, anda mesti belajar dengan cepat untuk menilai risiko dan ganjaran. Ayah kaya (Robert's Mentor) menggunakan contoh sebuah anak saudara membina sebuah tempat burger. "Jika anda mempunyai anak saudara dengan idea untuk berdiri burger dan dia memerlukan $25,000, adakah itu menjadi pelaburan yang baik?" "Tidak," jawab Robert. "Terdapat terlalu banyak risiko untuk ganjaran terlalu kecil." "Sangat baik," kata ayah kaya, tetapi bagaimana jika saya memberitahu anda bahawa anak saudara ini telah bekerja untuk rantaian burger utama selama 15 tahun yang lalu, telah menjadi naib presiden setiap aspek penting dalam perniagaan, dan siap untuk keluar sendiri dan membina rantaian burger di seluruh dunia? Dan bagaimana jika anda boleh membeli 5 peratus daripada syarikat dengan $ 25,000? Adakah itu menarik minat anda? " "Ya," kata Robert. "Pasti kerana ada lebih banyak ganjaran untuk jumlah risiko yang sama." Sama ada pelaburan dalam stok sebuah syarikat atau pembelian hartanah, sentiasa menganalisis penyata kewangan. Anda boleh menentukan betapa menguntungkan perniagaan dengan melihat penyata kewangannya dan menghitung nisbah kewangan. Berkaitan: Kiyosaki 10 Peraturan Terbaik untuk Kejayaan Untuk pelaburan harta tanah, anda mengira apa yang tunai-tunai, berdasarkan jumlah wang tunai yang anda perlu belanjakan untuk bayaran pendahuluan.
Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 21
Di dalam siri lepas, saya telah membuka topik perbincangan mengenai pemilihan pelaburan perlu dilakukan dengan baik berdasarkan risiko yang sanggup kita hadapi dan juga berapa pulangan yang kita mahukan. Di dalam keadaan yang biasa, kadar risiko adalah berkadar terus dengan pulangan yang kita jangkakan. Iaitu semakin tinggi jangkaan pulangan, semakin tinggi risiko yang kita perlu hadapi. Sebagai contohnya, ramai yang telah cuba melabur di dalam wang kripto seperti bitcoin, etherum dan hampir lebih 2500 wang kripto yang didagangkan dan boleh dibeli di atas talian. Pada bulan Disember tahun 2017, harga bitcoin mencecah lebih USD19,000 bagi setiap satu dan ianya telah menjadi kripto mania. Ramai yang berseloroh, menjual rumah, menjual kereta dan lain-lain untuk mendapatkan Bitcoin kerana menjangkakan harga akan meningkat kepada USD50,000. Hampir setahun selepas kenaikan tertinggi, harga Bitcoin pada 8/12/2018 adalah bersamaan USD3260 iaitu mengalami penurunan sebanyak lebih dari 80%. Ini adalah contoh salah satu wang kripto yang paling popular diantara 2000 jenis wang kripto yang tersenarai. Ianya memberi kesan yang amat mendalam kepada pembeli wang kripto dan ini dapat dilihat dari forum wang kripto global dimana ada yang kehilangan segala-galanya. Inilah risiko yang telah dihadapi oleh pelabur wang kripto berkenaan. Ini yang dinamakan risiko di dalam pelaburan. Baru-baru ini, hibah Tabung Haji telah diumumkan dan kadar yang diberikan adalah yang terendah pernah diumumkan. Secara purata adar hibah yang diberikan kepada penyimpan adalah di antara 6% hingga 9%. Pemberian hibah yang agak rendah ini menimbulkan kegusaran kepada penyimpan dana. Secara umumnya, penyimpan dana di [...]
Hari Keluarga USIM disambut meriah, lahirkan kecintaan pada USIM
NILAI, 9 April 2019- Hari keluarga USIM 2019 disambut meriah selepas 12 tahun penantiannya kali terakhir diadakan pada tahun 2007. Dengan tema hashtag ”Hari Cinta USIM 2019”, program berlangsung di Dataran Selera semalam dengan kehadiran 300 kakitangan USIM menyaksikan juara keseluruhan dimenangi oleh Kesatuan Kakitangan Sokongan (KUSIMA). Pelbagai acara yang diadakan antaranya sukaneka tarik tali, walking pole, dragon ball, ball in cage, green tunnel, mini amazing race, roller tanker, gubahan bunga, sireh junjung dan gubahan buahan. Program dimulakan dengan acara taichi yang di kendalikan oleh master chi dari Persatuan Tai Chi Huang, Seremban. Program yang diterajui oleh Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) turut mendapat kerjasama dari Persatuan Kakitangan Akademik (PKA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS), Kesatuan Kakitangan Sokongan (KUSIMA), Jabatan Keselamatan, Pusat Islam, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), , Kelab Wardah dan Kelab Setiausaha USIM. Prof Madya Dr Azman Ab Rahman selaku Pengerusi BKK berkata, Hari Keluarga ini untuk permulaannya fokus kepada warga USIM dahulu untuk menggalakkan semua warga USIM merasai hari keluarga ini kerana selepas 12 tahun tidak diadakan. Walaupun padang basah kerana hujan, namun aktiviti berjalan lancar, kali ini dapat penyertaan untuk majlis yang dibantu oleh Pusat Islam dan Jabatan Keselamatan USIM, manakala acara sukaneka lebih berbentuk teambuilding untuk rapatkan hubungan sesama staf USIM. Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, berkata ini merupakan satu permulaan yang sangat baik dengan kehadiran sambutan kakitangan USIM dengan tema hari cinta USIM ini dimana kebersamaan perlu dicipta untuk melahirkan rasa cinta pada USIM dan salah satu cara untuk menjaga kebajikan warga [...]
Amar makruf nahi mungkar
Dalam kehidupan manusia seharusnya kita perlu berhati-hati dengan segala ujian yang melanda umat manusia hari ini. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga. Jenayah dan maksiat menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara dan dituntut agar kita semua menjauhinya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 90: Maksud: "Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Pada hari ini, tidak dinafikan lagi bahawa kemaksiatan dan kemungkaran semakin bermaharajalela. Aktiviti perjudian, pelacuran, perzinaan dan sebagainya memenuhi setiap inci muka bumi ini. Maka tidak hairanlah, kenapa Allah SWT menimpakan kepada penduduk negeri tersebut bencana, malapetaka dan wabak. Sebagai contoh, penyakit AIDS yang ditemui pada penghujung tahun 1980 dan sehingga kini masih belum ada penawarnya. Penyakit ini adalah bukti azab dan kemurkaan Allah SWT terhadap aktiviti zina dan pelacuran yang dilakukan oleh manusia selama ini. Kebanyakan jenayah yang berlaku pada hari ini seperti mencuri, merompak, meragut, rogol, bunuh dan sebagainya berpunca daripada pengambilan dadah. Berdasarkan kajian para ulama dan ahli perubatan Islam, kesan penggunaan dadah adalah sama dengan kesan meminum arak kerana ia boleh memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa [...]
USIM iktiraf ahli KUP ISI terbit artikel kategori A dan B
USIM, 8 April 2019 - Institut Sains Islam (ISI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak proaktif dengan mengadakan majlis penghargaan khas kepada ahli penyelidik KUP di atas kecemerlangan mereka yang berjaya menerbitkan artikel untuk kategori A dan B pada tahun 2018. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif, Aras 6, Bangunan Canselori USIM ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh ISI untuk menghargai 28 ahli penyelidik tetap KUP di atas kejayaan mereka menerbitkan artikel penyelidikan di jurnal bertaraf Web of Science (WOS) dan Scopus. Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, YBhg Prof Dato’ Dr Roshada Hashim berkata USIM memerlukan penyelidik yang aktif untuk membantu USIM dalam meningkatkan jumlah penerbitan artikel di jurnal yang berimpak tinggi. Ini kerana, dengan penerbitan artikel yang mempunyai impak ini membantu USIM untuk lebih dikenali terutama dalam bidang-bidang penyelidikan utama yang diterajui USIM. Pada masa yang sama, majlis itu juga telah menjadi platform kepada ahli penyelidik KUP untuk berkongsi pandangan dan hasrat KUP dengan TNCPI USIM yang mana setiap KUP berpeluang membentangkan Road map dan Strategic Planning 2019 -2019 KUP masing-masing kepada TNCPI USIM. Menurut Pengarah ISI, Dr Mohd Azman bin Hashim berkata, dengan penganjuran majlis seperti ini, ia dapat memberi sokongan moral dan rangsangan kepada ahli KUP untuk terus membuat kajian dan menerbitkan hasil kajian yang berimpak tinggi dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian KUP di ISI. ISI kini mempunyai 42 ahli penyelidik tetap yang mewakili 7 Kumpulan Penyelidikan Utama iaitu – Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA), Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Islam and [...]









