November 2018
Misi kemanusiaan USIM ringankan beban mangsa gempa di Lombok 2018
Lombok Utara, Isnin 5 November 2018. Ketika ramai bantuan kemanusiaan mangsa gempa dan Tsunami diberikan kepada lokasi terjejas baru-baru ini di Sulawesi Tengah, tidak dilupakan juga mangsa gempa di Lombok yang masih dalam kondisi perlu huluran bantuan bagi membaik pulih keadaan ekoran gempa kuat pada bulan Ogos tahun ini. Bagi turut serta meringankan beban masyarakat Lombok, pasukan misi kemanusiaan yang diterajui oleh 12 orang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM bekerjasama dengan Aman Palestin Indonesia serta Universitas Muhammadiyah Mataram telah turut serta menghulurkan bantuan persekolahan kepada beberapa sekolah dan pondok-pondok pesantren terjejas gempa di wilayah Lombok Utara. “Misi kemanusiaan Malaysia Peduli Lombok 2018 yang dijalankan pada 5-6 November ini adalah bentuk keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa terpanggil bagi membantu saudara-saudara di negeri jiran yang memerlukan huluran tangan kita. Meskipun dengan jumlah bantuan yang tidak banyak, tetapi kedatangan kami untuk silaturrahim dan melihat keadaan mangsa terjejas di sana dapat menaikkan semangat mereka untuk tabah menghadapi ujian serta bangkit meneruskan kehidupan seperti biasa.” jelas Dr Mohd Faisal Mohamed ketua misi yang juga pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Sebagai sebuah universiti yang perihatin, USIM adalah salah satu universiti awam yang terus aktif menggalakkan para pensyarah dan pelajarnya mengadakan misi-misi kemanusiaan dan program khidmat masyarakat di dalam mahupun luar negara menerusi program Global Islamic Student Outreach (GISO) dan Lawatan Antarabangsa (LA). Sejak dilancarkan pada 2011, sehingga 2016 sebanyak 156 pengembaraan GISO telah dijalankan dengan penjelajahan ke lebih 20 buah negara yang melibatkan keseluruhan 3181 pelajar. Amat wajar bagi kita sentiasa membudayakan sikap [...]
Pelajar PERMATA Insan pembentang kertas kerja termuda di YOURS
KUALA LUMPUR, 12 November 2018 - Pembentangan kertas kerja penyelidikan oleh dua orang pelajar Kolej PERMATA Insan, USIM dalam Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS) 2018 telah membuktikan keunikan serta kecemerlangan budaya PERMATA Insan dalam pemupukan elemen penyelidikan dan inovasi di peringkat pelajar. Kertas kajian pelajar yang bertajuk ‘Correlation Study of Intelligence with Mental Health Issues among Gifted and Talented Students’ telah berjaya dipilih antara 45 kajian yang dibentangkan pada 12 November 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). YOURS 2018 telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Artikel yang telah dibentangkan akan diterbitkan dalam Malaysian Journal of Youth Studies Edisi Khas Agenda Sosial 2019. YOURS 2018 merupakan persidangan kali ketiga anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Insititut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Bertepatan dengan tema ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke arah Kesejahteraan Belia’, enam sub tema penyelidikan telah ditampilkan seperti kesihatan mental, ketagihan skrin, gaya hidup sedentari, gejala sosial tradisional, kurang belas ihsan dan lain-lain isu pembangunan belia. Antara objektif seminar kebangsaan ini adalah untuk mengetengahkan cetusan ilham baharu daripada ramai pihak dalam bidang pembangunan belia masa hadapan. Skop program ini juga bukan sahaja terhad kepada pembentangan proposal kajian dan memperluas pemikiran peserta, malah turut menyediakan ruang untuk para peserta dari seluruh negara berkongsi idea dalam perbincangan dan penerokaan ilmu baharu. Ahmad Faiz Yazid, 16 dan Abdul Razzak Khan Rustum Ali Khan, 16 telah melakar nama sebagai pembentang termuda apabila disenarai pendek sebagai pembentang yang majoritinya terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan kakitangan [...]
SDME 2018 dibukas rasmi, Rumah Solar Mizan tampil tujuh inovasi terkini Rumah Pintar
DUBAI, 14 November 2018 – Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 dibuka secara rasmi sebentar tadi oleh Pemerintah Dubai, Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dalam majlis penuh gemilang di Tapak Solar Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Pada majlis ini juga ke semua 15 peserta yang menjadi finalis akhir SMDE 2018 termasuk Rumah Solar Mizan selaku wakil tunggal Malaysia dan Asia Tenggara diperkenalkan secara rasmi kepada para hadirin. Kriteria utama yang perlu diikuti oleh peserta SDME ialah rumah pintar yang dibina perlu beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar selain perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran suhu panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai. Justeru itu, sebanyak tujuh inovasi menggunakan teknologi terkini ditampilkan pada Rumah Solar Mizan USIM-UTM dalam SDME ini. Rekaan Rumah Tiga Lapisan Bagi menghalang kesan ribut pasir pada kediaman, rekaa rumah mengintegrasikan konsep Mashrabiya yang diinspirasikan dari mata unta yang mempunyai tiga kelopak mata yang memberi perlindungan pada matanya semasa ribut pasir. Ia diterapkan pada rumah ini dengan penanaman pokok berdaun sebagai lapisan pertama, diikuti pelindung/bidai cahaya matahari bermotifkan bunga tabur songket Melayu dan lapisan ketiga adalah pintu serta tingkap khas yang tahan suhu tinggi, tekanan angin, habuk dan haba. Teknologi Grey Water System Sistem penapisan air berteknologi nano yang mengitar semula air yang telah digunakan di dalam rumah menjadi bebas bakteria untuk digunakan semula untuk pelbagai tujuan seperti berwuduk (air mutlaka) dan minuman Pendebat Dinding Organik Mengurangkan kesan haba panas luar dirasai di dalam rumah, pendebat dinding yang digunakan diperbuat dari sisa bahan buangan pokok kelapa [...]
Siswa USIM kerah tenaga 14 jam sehari bina Rumah Mizan di Dubai
DUBAI, 12 November 2018– Demi mengharumkan nama negara dalam Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018, sekumpulan 35 siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkoban masa dan tenaga demi menyiapkan Rumah Solar Mizan Home di Dubai. Selaku wakil tunggal Malaysia ke SDME 2018, kumpulan pelajar ini bersama lima pensyarah berkampung di Tapak Solar Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bermula 2 November lalu bagi memulakan pembinaan Mizan Home. Kumpulan pertama berada di Dubai sejak 26 Oktober lalu diikuti kumpulan kedua yang tiba pada 3 November. Cabaran awal pembinaan rumah solar ini sudah dirasai apabila tidak dapat dimulakan mengikut perancangan awal pada 29 Oktober berpunca dari proses dokumentasi dan kerosakan pada barangan dalam kontena yang dibawa. Menurut ketua pembinaan, Muhammad Ariff Hanafi, pelajar tahuk akhir Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM, beliau bersama rakan-rakannya memulakan pembinaan di tapak projek bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. Mereka juga perlu menempuh satu jam perjalanan dari penginapan untuk sampai ke tapak projek. “Rasa penat, letih dan tekanan itu memang dirasai semua dengan ditambah cabaran suhu panas pada siang dan sejuk apabila malam di Dubai. Tetapi itu semua kami abaikan kerana fokus utama dan motivasi tinggi untuk memastikan Mizan Home ini siap sepenuhnya menjelang 13 November (esok) seperti yang ditetapkan oleh penganjur. Tidak terlintas untuk berputus asa kerana kami telah membuat persiapan selama dua tahun untuk pertandingan ini” “Kami telah bekerja lebih dari 180 jam untuk menyiapkan rumah ini dengan semangat yang berkobar-kobar agar rumah solar Mizan Home dapat melakar sejarah [...]
Inovasi Integrasi ilmu Naqli Aqli USIM dipersada Antarabangsa
NILAI- Selari dengan misi universiti yang bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu dengan menggunakan teknologi terkini, USIM hari ini terus mara ke hadapan. Kurikulum berteraskan paduan ilmu Naqli dan Aqli yang diterjemahkan dalam bentuk teknologi moden ini semakin mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa. Bermula dengan pendaftaran Hak Cipta melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2016 “Interactive Courseware: Quranic Verses on the Integration of Naqli and Aqli Knowledge” terus berkembang selari dengan keperluan pembelajaran moden masa kini. Inovasi pembelajaran berteraskan ilmu Naqli melalui kaedah moden sesuai dengan kehendak masa kini, semakin diterima pelbagai pihak. Oleh itu tidak hairanlah apabila diketengahkan dalam pameran dan pertandingan inovasi, ia mencuri perhatian juri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pengiktirafan oleh Universiti Malaya selaku sebuah universiti penyelidikan dengan menganugerahkan pingat Emas terhadap inovasi Smart Q: Quranic Verses on the Integration of Naqli and Aqli Knowledge dalam International Conference on Tadabbur al-Quran: Innovation & Development yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam di unversiti tersebut, cukup memberangsangkan. Begitu juga pengiktirafan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan, bagi inovasi Smart e-Fatihah, BioKids dan Smart i-Astronomy dengan menganugerahkan pingat Emas kepada semua produk ini adalah salah satu lambang kemajuan inovasi ini. Bagi melihat keperluan dari perspektif kepakaran teknologi, inovasi ini dikembangkan ke Universiti Teknologi MARA dengan mempamerkan produk i-Botany dan Q-Entomology dalam International Invention, Innovation & Design 2018 di Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan. Hasil daripada program tersebut, inovasi ini masing-masing mendapat [...]
Kaedah P2P wajar diperhalusi
Dalam belanjawan 2019 yang lepas, kerajaan ingin memberikan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan B40 yang ingin membeli rumah pertama dengan kaedah P2P. P2P adalah suatu mekanisme di mana pembeli perlu mengeluarkan 20% daripada harga rumah dan bakinya iaitu 80% akan disumbang oleh pelabur. Pembeli tidak perlu untuk membayar ansuran bulanan dan boleh membuat pembiayaan semula pada akhir 5 tahun berdasarkan harga semasa. Pada waktu ini, rumah akan dinilai pada penilaian semasa dan pelabur boleh mendapat keuntungan atas modal berikutan daripada kenaikan harga rumah. Walaubagaimanapun, jika harga rumah tidak meningkat dan mengalami penurunan, pembeli perlu menanggung kerugian 20% pertama. Manakala kerugian seterusnya ditanggung oleh pelabur. Menurut penilaian saya, konsep yang diguna pakai adalah berdasarkan konsep musyarakah (perkongsian) yang berasaskan perkongsian untung dan rugi. Ianya dapat membantu golongan yang tidak layak mendapat pembiayaan perbankan atas sebab sebab nisbah hutang (dsr) yang sudah tinggi menyebabkan permohonan mereka ditolak oleh bank komersial. Langkah yang diambil ini, mempunyai beberapa implikasi kepada pembeli, pelabur dan industri hartanah secara amnya. Isu-isu yang dikenal pasti dalam melaksanakan P2P adalahIsu-isu yang dikenal pasti dalam melaksanakan P2P adalah : a) Harga rumah akan meningkat pada akhir tahun kelima dan ini akan menyebabkan pembeli terpaksa membayar ansuran selepas pembiayaan semula dengan ansuran bulanan yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika kenaikan pendapatan adalah lebih tinggi dari kenaikan kos sara hidup, maka kenaikan pendapatan pembeli tersebut boleh menampung ansuran bulanan yang tinggi, jika sebaliknya, pembeli akan mengalami masalah membuat pembiayaan semula dan mungkin perlu melepaskan bahagiannya kepada [...]
Dato’ Prof. Dr Siddiq Fadzil Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
NILAI, 1 Oktober 2018 – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Dato’ Prof. Dr Siddiq Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Beliau merupakan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 1440H/2018M dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021. Menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah USIM keempat sejak Universiti ini ditubuhkan, beliau menggantikan Tan Sri Dato’ Profesor Emeritus Dzulkifli Abdul Razak yang telah mengakhiri tempoh lantikannya pada 30 September 2018 lalu.Beliau memperolehi Ph.D. dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia M.Litt. (Sarjana Persuratan) dalam Pemikiran Islam dari Universiti yang sama dan Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Dato’ Profesor Dr Siddiq Fadzil, ketika ini adalah Presiden Kolej Dar alHikmah. Beliau juga adalah Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE). Selain itu, belaiu turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE dan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) di samping dilantik sebagai Prof Adjung di Universiti Industri Selangor (UNISEL). Dalam bidang akademik, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sejak 1974 sehingga 2001. Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajiannya di universiti dahulu. Beliau pernah memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau kemudiannya menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Presiden ketiga dari tahun 1983-1991. Mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2005-2015. Dato’ Dr Siddiq ialah Fellow Akademik dan Ketua Panel Penulis [...]
USIM meterai perjanjian, sedia latihan Halal kepada pemain Industri di China
NILAI, 25 Oktober 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melebarkan peranannya untuk menjadi destinasi utama diperingkat global bagi menawarkan kepakaran dan latihan berkaitan halal apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara USIM dengan Longmai (HK) Global Halal Resource Centre Limited di Henan,China pada Selasa. Melalui MoA ini, USIM melalui Graduate School of Muamalat (GSM) akan menawarkan khidmat dan tenaga pakar halal universiti untuk menyediakan latihan halal kepada pemain industri halal di China. Bentuk latihan yang disediakan berfokuskan kepada tiga platform iaitu Halal Industry Foundation Course, Halal Industry Foundation e-Course dan Professional Halal Industry Executive Program. Ia akan diadakan di China dan Malaysia mengikut keperluan semasa dalam tempoh dua tahun. Longmai (HK) Global Halal Resource Centre Limited yang beroperasi di Zhengzhaou, Henan, China terlibat dalam perdagangan makanan dan minuman halal, perundingan dan perkhidmatan pengurusan melalui program kerjasama dengan penyedia latihan/pendidikan yang diiktiraf. Di samping itu, syarikat ini juga menyediakan Perunding Halal Profesional dan berdedikasi untuk membantu pelanggan mereka mendapatkan Pensijilan Halal MS1500: 2009 atau perkara yang berkaitan dengan Halal yang lain. Pemeteraian MoA antara USIM dan Longmai ini amat bermakna kerana telah disaksikan sendiri oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor USIM. DYMM Tuanku Canselor berada di Henan, China bersama delegasi USIM yang diketuai oleh Profesor Dato Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sempena Lawatan Kerja Rasmi USIM ke China. Lawatan kerja rasmi ini adalah atas jemputan pihak ARA Halal Certification Services Center Inc yang berpengkalan di China. [...]
Oktober 2018
Bersangka baiklah kepada Allah!
Ulama ada berkata husnul zon (bersangka baik ) kepada Allah SWT akan membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Itulah kaedah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita. Allah SWT akan memberikan seperti mana seseorang itu bersangka dengan Allah Azza Wajalla. Setiap kali bangun pagi amalkan menyebut dalam hati "in sya Allah hari ini Allah akan bagi lebih baik daripada kemarin,lebih bahagia dan lebih untung untuk akhirat daripada kemarin ". Begitulah sepatutnya seorang muslim yang inginkan kejayaan dalam hidupnya. Dari Abu hurairah Radhiallahu Anhu, ia berkata rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Allah berfirman: Aku akan berurusan dengan hamba-hambaku seperti mana apa yang mereka sangkakan kepadaku ‘’ ( HR Bukhori dan Muslim ) Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang akan berlaku dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Ada manusia beranggapan tidak baik ketika Allah tidak membantunya pada saat dia memerlukan pertolongan. Maka, dia berasakan dirinya tidak disayangi, doanya tidak pernah dimakbulkan dan amalan kebaikannya sia-sia. Sangkaan seperti itu akan menjadikan dirinya jauh daripada Allah SWT. Rasa penat dan putus asa itu lumrah sebagai manusia. Namun, janganlah sampai menjadikan kita lebih jauh dari Allah SWT. Sebelum mengambil keputusan merosakkan diri sendiri,fikirlah sedalam – dalamnya. Cuba renungkan nikmat yang terlalu banyak Allah SWT kurniakan kepada kita. Ketika susah dan jatuh sebelum ini, cuba fikir adakah kita mampu bangun atau tidak? Kala kita terlalu sedih, akhirnya kita mampu tersenyum atau tidak ? Begitu juga, ketika kita berhadapan dengan masalah, adalah ia diselesaikan atau tidak ? Setiap jalan keluar itu tidak disebabkan [...]
USIM Juara Rentak Bitara MAKUM
TANJUNG MALIM, 30 Oktober 2018 – Tampil dengan taruhan vokal dan elemen fusion iaitu gabungan muzik tradisonal dan moden dengan mengekalkan gubahan lagu asal menjadi tarikan juri apabila Kumpulan The Bachelors Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018. Pertandingan yang bertemakan “Mash -Up Juara-juara Lagu” membawa tuah kepada USIM apabila turut memenangi anugerah vokalis terbaik. Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Penyanyi utama kumpulan Bachelors, Saiful Anwar Malik dan Rahimi Rezaf turut mengulas bahawa elemen alat muzik tradisi Cak Lempong mengiringi persembahan mereka merupakan salah satu keunikan yang ingin ditonjolkan dalam persembahan pada kali ini .” Mereka menerima hadiah wang tunai RM3000.00 beserta piala iringan dan sijil. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat Naib Johan dan memenangi anugerah Gitaris Terbaik dengan persembahan lagu Mimpi Laila dan Tanya Sama Itu Hud Hud dengan diiringi hadiah wang tunai RM1,500.00 piala iringan beserta sijil. Sementara itu Universiti Malaya mendapat tempat ketiga dengan dendangan lagu Apa Khabar dan Janji Manismu turut memenangi Bassist Terbaik dengan membawa pulang wan tunai RM1,000.00 piala iringan beserta sijil. Ketua Kumpulan The Bachelors USIM Hizami Afrizal berkata, “pertandingan ini amat menguji kemampuan kami kerana semua kumpulan yang bertanding mempunyai kehebatan masing-masing dan terserlah kekuatan mereka dari segala aspek. Kami mengambil masa dua minggu untuk menjalani latihan kerana ada di kami yang sedang menyiapkan projek tahun akhir”. Beliau turut menambah bahawa kumpulan tersebut dibimbing oleh Tenaga Pengajar Seni Budaya Pusat Kebudayaan Izmer Khasbullah [...]









