Julai 2017
Tidur sekejap di siang hari kekal produktiviti di tempat kerja
Ada sesetengah daripada kita menganggap bahawa tidur sebentar di waktu siang adalah sifat orang yang malas atau menganggap rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur di waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara barat mahupun umat Islam sejak dahulu. Ia dianggap sebagai praktis untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. Peri pentingnya isu ini telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat membangunkan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan menguar-uarkan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak. Sebagai golongan pekerja di dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita. Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda kita waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat. Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini. Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti buku ‘The Art of Napping at Work’ karya Anthony dan Anthony, ‘Sleep and Alertness: Chrono-biological, Behavioural and Medical Aspects of Napping’ oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya. Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian [...]
Sambutan jamuan Hari Raya 2017 USIM disambut meriah
NILAI, 20 Jul 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini disambut pada syawal 26 dengan kehadiran 1500 tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan (BKK) USIM,majlis bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Dewan Tuanku Canselor dengan lebih 23 gerai yang disediakan oleh pelbagai Jabatan antaranya Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sate, Kuih Muih, Laksa, Cendol, Nasi Briyani, Buah-buahan, Nasi Dagang, Bihun Sup dan Nasi Arab. Pada majlis ini, Universiti turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada 55 kakitangan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri yang terdiri dari Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada gerai paling Islamik yang dimenangi oleh Jabatan Perpustakaan, gerai paling kreatif dan inovatif pula dimenangi oleh Jabatan pembangunan dan Pengurusan fasiliti manakala gerai paling popular dimenangi oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Majlis turut menyampaikan hadiah kepada penampilan menarik kategori Ketua Jabatan yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail, kategori staf lelaki pula dimenangi oleh Borhanuddin Mehat dan staf wanita dimenangi oleh Puvaneswary A/P Tanggayah. Bagi staf antarabangsa pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Zainidin Eshkuvatov dan pasangan sedondon pula dimenangi oleh pasangan suami isteri Kamarul Shah Kashah dan Noor Jannah Noorzan. Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu iaitu rakan strategik USIM dan Media yang bekerjasama dengan USIM selama ini antaranya Pusat-Pusat Perbankan, Jabatan Bomba, dan Polis. Turut hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof. Tan Sri Dato’ [...]
USIM erat kerjasama dengan anjuran julung kali Karnival Sekolah Kluster dan Angkat USIM 2017
NILAI, 15 Julai 2017 - Seramai 500 orang pelajar sekolah membanjiri karnival melibatkan 60 pasukan menyertai pertandingan dari 18 buah sekolah dalam acara yang dianjurkan USIM bertempat di Dewan Tuanku Canselor bermula 14 hingga 16 Julai. Bersempena dengan Karnival Sekolah Kluster dan Angkat USIM 2017 ini juga turut diadakan Program Young Innovator Challange (YIC) dan juga Pelancaran N9 STEM @ Nilai. Pada masa ini, USIM mempunyai sebanyak 42 sekolah Kluster dan Angkat di seluruh Malaysia meliputi sekolah rendah dan menengah. Sekolah Kluster adalah sekolah yang ditindikkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pihak Universiti. Manakala Sekolah Angkat pula adalah sekolah yang dipilih oleh Universiti untuk menjadi Anak Angkat’ kepada USIM. Program YIC mempunyai objektif untuk memberikan inspirasi kepada pelajar sekolah yang meminati bidang STEM dan boleh mengakses teknologi sumber terbuka. Pada masa yang sama ia akan membantu pelajar mengasah kemahiran dalam kehidupan meliputi aspek penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat, kerjasama dan sebagainya. Ia juga salah satu inisiatif USIM untuk mendekatkan pelajar dengan STEM melalui Arduino, suatu alat sistem terbenam (embedded system) yang sangat asas dan mudah dipelajari oleh pelajar sekolah. Dengan menggunakan konsep mentoring, seramai 48 mentor telah dilatih menggunakan Arduino. Kini, 17 sekolah telah mendaftar untuk terlibat dengan YIC ini. Maka, pada hari pertandingan, dijangka akan ada 60 projek dari 60 pasukan yang terdiri daripada 210 peserta. Suatu jumlah yang positif dalam menggerakkan agenda STEM di Negeri Sembilan. Keunikan YIC berbanding negeri lain adalah USIM menerapkan Impious ( Beriman ) selari dengan penerapan Ilmu Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli, [...]
Mewujudkan kepuasan dalam bekerja
Dalam dunia pekerjaan sejak dahulu hingga kini, sesetengah daripada kita asyik merungut tentang pelbagai perkara. Gaji yang tidak cukup, kerja yang terlalu banyak, rakan sekerja yang tidak ‘sebulu’, ketua yang hanya pandai mengarah ataupun suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah antara elemen di tempat kerja yang menyebabkan sesetengah orang berasa cukup menyampah hendak berada di tempat kerja. Itu sebabnya ada dalam kalangan kita yang cuba mencari ‘ketenangan’ dengan kerap keluar minum semasa bekerja, melayari internet berjam-jam lamanya, leka berborak dengan rakan sekerja atau sehingga ke tahap ponteng kerja sehingga sanggup menunjukkan majikan surat cuti sakit palsu! Semua ini adalah indikator menunjukkan bahawa produktiviti kerja seseorang itu telah menurun kerana kepuasan kerjanya tidak dipenuhi. Ini kemudiannya memberi kesan negatif terhadap perkembangan kariernya dan juga kemajuan organisasi. Pekerja yang menunjukkan masalah sebegini mungkin akan dikenakan tindakan disiplin atau ke tahap yang lebih teruk dibuang kerja. Dalam dunia pengurusan sumber manusia, hal ini sangat berkait rapat dengan kepuasan kerja. Istilah kepuasan kerja boleh difahami dengan maksud ‘keadaan emosi yang menyenangkan hasil daripada penilaian seseorang terhadap kehendaknya yang selaras dengan apa yang ada dalam pekerjaannya’. Ini bermakna unsur-unsur yang dikehendaki oleh seseorang itu mestilah wujud di tempat kerjanya jika dia mahu berasa puas semasa bekerja. Zahirnya, puas atau tidak seseorang itu sangat bergantung kepada apa orientasi diri atau matlamatnya dalam bekerja. Kalau orientasi diri seseorang terfokus kepada gaji, maka dia mengharapkan agar gaji yang diperolehnya besar atau setidak-tidaknya kena dengan kehendaknya. Kalau orientasi diri seseorang terfokus kepada keselesaan [...]
USIM menang 2 anugerah khas dan 2 pingat emas di World Invention Innovation Contest (WiC 2017)
SEOUL, 4 Julai 2017 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berjaya mengharumkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa apabila mereka telah berjaya memenangi 2 pingat emas dalam 3rd World Invention Innovation Contest (WiC 2017) yang diadakan di Seoul, Korea pada 3 dan 4 Jun yang lalu. Pasukan penyelidik ini terdiri daripada Prof. Dr. Rozhan M. Idrus, Dr Najwa Hayaati Mohd Alwi, En. Mohamad Faiz Taip dan Pn. Nurhuda Ruzlan. Pasukan penyelidik adalah pensyarah daripada Fakulti Sains & Teknologi (FST) dan Pegawai dari Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global – Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN). Dalam pertandingan ini, USIM telah mempertaruhkan 2 ciptaan bertajuk Resource Architecture in The Virtual Digital Learning Landscape (RAVD) dan Self Instructional Module Template (SIMPLE) yang telah berjaya memikat hati juri seterusnya melayakkan mereka menerima pingat emas dan anugerah khas dari penganjur Korea Invention News (KINEWS) bagi ciptaan tersebut . Prof. Dr. Rozhan M. Idrus dari Fakulti Sains & Teknologi memperkenalkan Resource Architecture in The Virtual Digital Learning Landscape (RAVD) yang mampu membantu pembelajaran dan pengajaran secara global. Senibina yang direka bentuk ini untuk membantu pengguna meletakkan tagging bahan kandungan digital dan menyediakan enjin carian kandungan kepada pengguna dengan kerjasama dari National Institute of Informatics (NII), Jepun. Pensyarah dari Fakulti Sains & Teknologi, Dr Najwa Hayaati Mohd Alwi memperkenalkan produk Self Instructional Module Template (SIMPLE) yang bersifat sangat mesra pengguna yang memberi kemudahan pensyarah menyusun bahan pengajaran dan pembelajaran di Learning Management System GOALS. “Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berani mengetengahkan inovasi masing-masing. Diharap [...]
Perancangan kewangan siri 5
Di dalam siri 4, saya ada menceritakan tentang perbincangan tentang isu samada kita perlu untuk menyediakan segalanya untuk anak-anak kita. Dalam perbincangan kumpulan WhatsApp alumni SMAP Labu, topik di bahas oleh beberapa rakan saya yang merupakan seorang doktor perubatan, penterjemah profesional, ustaz, usahawan pengangkutan dan pegawai undang-undang. Semua perbincangan berkisar kepada topik menyediakan harta kepada anak-anak. Saya ulang tayang apa yang di bincangkan mereka. Perbincangan adalah berasaskan kepada pendapat 2 orang wanita yang berjawatan tinggi di dalam sektor kerajaan yang tidak bersetuju untuk memanjakan anak dengan menyediakan harta kepada anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka berdikari dengan berusaha sendiri dan mengalami keperitan mencari kehidupan. Penterjemah Profesional: Mereka kata simpanan untuk pendidikan anak-anak adalah keperluan kerana kos pendidikan semakin meningkat dan kita mahukan yang terbaik berdasarkan kemampuan kita jika tidak dapat biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Tapi bukan untuk kehidupan selepas belajar. Mereka memang tidak setuju dengan kaedah beli rumah siap-siap untuk anak-anak nanti. Malah, mereka kata, pendekatan seperti itulah yang buat anak-anak "naik lemak". Aku rasa pendekatan mereka tu macam keras tapi bila fikir-fikir balik, ada munasabahnya juga untuk jangka masa panjang. Apa pandangan kawan-kawan? Salah ke mencari harta untuk bekal anak-anak? Sebab bagi mereka, anak-anak yang dimanjakan tidak berusaha untuk dapatkan sendiri kemewahan tu. Betul ke kalau macam tu? Peguam Syarie: Pandangan aku sama dengan makcik-makcik tu. Tapi dalam sesetengah hal perlu juga sedia untuk anak-anak. Kita mungkin berjaya sebab bersusah-payah dan berdikari. Tapi zaman sekarang, semua jenis perancangan macam tu untuk anak-anak. Penterjemah Profesional: [...]
STEM : Mana Akarnya?
Sejak berzaman lagi pepohon sering digunakan untuk melambangkan sistem ilmu pengetahuan. Gambarajah yang dilukis oleh ilmuan Yunani kuno misalnya jelas menunjukkan mengapa begitu. Ini kerana ia menunjukkan bahawa ilmu adalah satu rumpun dan terbit dari “batang” yang satu. Ini dilakarkan sebagai batang pohon tersebut. Dari situ baru tumbuh dahan-dahan, cabang-cabangnya dan ranting-ranting. Setiap satu membayangkan pecahan bidang dari ilmu yang serumpun tadi. Setiap pepohon ilmu itu mempunyai takrifannya tersendiri mengikut kefahaman ilmu dan bidang masing-masing. Kesatuan Ilmu Pengetahuan Bagi sains moden, antara dahan-dahan utama merangkumi sains tulen, sains gunaan dan juga sains sosial, walaupun ada yang menolak sains sosial sebagai sebahagian daripada sains umumnya. Namun, ia penting dimasukkan untuk meyakinkan kesatuan ilmu pengetahuan (unity of knowledge) itu wajar kerana satu ketika dahulu sains lebih dikenali sebagai “falsafah alam semulajadi” (natural philosophy) bertujuan untuk menerangkan fenomena alam semulajadi. Ketika itu, konsep sains moden seperti pengkelasan yang ada pada hari ini masih belum wujud lagi, dan pecahan bidangnya juga berbeza-beza. Berasaskan metafora pepohon ilmu, sains moden boleh diterangkan seperti berikut: antara tiga pecahan sains tadi, sains tulen bercabang kepada bidang kajihayat, ilmu fizik serta kimia. Sedangkan kimia pula meranting kepada kimia organik, tak organik, analisis dan lain-lain. Begitu juga dengan bidang sains gunaan yang mempunyai berbagai cabang lain termasuk teknologi; dan sains sosial juga begitu termasuk bidang seperti pengajian agama sekalipun. Kesimpulannya, asal usul ilmu yang tunggal dikatakan tersusun secara berperingkat-peringkat dari bidang yang lebih luas dan menjurus kepada yang lebih kecil (sub-bidang). Dedaun serta buah-buahan di [...]
Jun 2017
Hazimi Asyraf – Ingin mendalami seni lukisan khat
Nama penuh: Muhammad Hazimi Asyraf Bin Rusli Nama panggilan: Jimmy Asal: Kelantan Tarikh Lahir: 12 Ogos 1994 Bilangan dalam adik-beradik: anak bongsu dari empat beradik Hobi: Melukis, surf internet, tengok movie Jurusan pengajian ketika di universiti: 1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Nama penuh ayah: Rusli bin Mahmood Nama penuh ibu: Rohana Bt Mohktar Pekerjaan Ayah: Pensyarah Maktab Kota Bharu Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga Meminati seni lukis sejak kecil lagi tidak menghalang Muhammad Hazimi Asyraf Rusli untuk mengembangkan minat beliau dalam karya-karya lukisan khat walaupun sekarang masih menuntut dalam bidang yang berlainan. Hazimi kini pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) kini sedang menjalani latihan industri di Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kelantan. “Saya mula aktif meminati seni khat sekitar tahun 2 pengajian di USIM setelah mula melihat karya-karya rakan-rakan lain di media sosial. Antara seni khat yang paling saya minati adalah khat diwani jali kerana bentuk tulisannya yang unik dan menarik dalam pelbagai bentuk”. “Kemahiran dalam bidang ini bukannya suatu perkara yang mudah, perlu suatu jangka masa dan proses pembelajaran yang panjang selain perlu memperbetulkan kaedah-kaedah penulisan huruf dan mendapatkan pandangan serta komen dengan orang yg lebih pakar dalam bidang”, jelas Hazimi. “Saya melihat bidang ini, jarang menarik generasi muda untuk belajar berbanding dengan seni budaya yang lain. Seni ini amat istimewa kerana mempunyai nilai yang tersendiri dan seni yang agak lama, kalau tak dihidupkan semula, kemungkinan seni ini akan dilupakan oleh [...]
Mampukah Menginsankan Teknologi?
Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Apa lagi masyarakat perindustrian yang menjadi contoh kejayaan hari ini. Malah, banyak negara ingin menjadi masyarakat perindustrian, termasuk Malaysia dengan merangka strategi tertentu seperti Wawasan 2020 dan sebagainya. Teras kepada pembangunan ala-industri ini adalah teknologi umumnya seiring dengan perkembangan sains. Dalam Wawasan 2020, ini disebut dengan jelas sebagai Cabaran Ke-6 berbunyi: “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan”. Dengan kata lain, tanpa perkembangan teknologi, agak sukar hendak menggerakkan satu bentuk revolusi industri. Yakni perubahan besar yang turut mengubah struktur masyarakat, cara hidup dan berfikir, juga nilai serta normanya – sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Revolusi Industri Ambil contoh apa yang disebut sebagai sebagai Revolusi Industri Pertama (1760-1830). Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap – “steam” – yang kesudahannya berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah “steam engine” yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian. Beberapa dekad kemudian, ini diikuti dengan perkembangan teknologi seterusnya yang melibatkan kuasa eletrik, lantas mencetuskan Revolusi Industri Kedua pada sekitar 1870-1914. Kuasa elektrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana yang dialami kini walaupun masih ramai penduduk yang [...]
Alumni USIM wakafkan keperluan di Kompleks Islam USIM
NILAI, 22 Jun 2017 - Memanfaatkan ganjaran pahala berterusan dengan amalan berwakaf dan keberkatan pengakhiran Ramadan, sekumpulan alumni Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif mewakafkan beberapa keperluan ke Kompleks Islam USIM. Sebanyak dua unit kerusi roda dan empat kipas tiang disumbangkan oleh wakil kumpulan alumni FST, Encik Mohd Syafaat Sapari kepada Pengarah Pusat Islam, Dr Khairul Anuar Muhammad pada Rabu. Majlis ringkas tetapi bermakna itu berlangsung di dewan solat utama dengan turut dihadiri Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni dan Kerjaya USIM, Dr. Mohd Nisar Mohamad Ahmad. "Dana yang kita kumpul untuk membeli sumbangan wakaf ini hasil daripada sumbangan sahabat-sahabat alumni FST. Kompleks Islam USIM ini dikunjungi oleh pelbagai latar belakang jemaah termasuk mereka yang kelainan upaya (OKU) dan uzur. Jadi disitu timbul idea untuk mewakafkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan mereka semasa di sini selain membeli kipas bagi menambahkan keselesaan". "Idea ini disambut baik rakan alumni yang berkhidmat di USIM dan luar, Alhamdulillah dalam masa yang singkat kami dapat realisasikan sumbangan ini" ujar Syafaat yang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Perangcangan Korporat dan Pengurusan Kualiti di USIM. Bagi Dr. Nisar, beliau amat memuji keprihatinan yang ditunjukkan oleh alumni untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di universiti dan sumbangan alumni FST ini salah-satu yang boleh dicontohi. "Pejabat Perhubungan Alumni menjadi penghubung antara alumni dan universiti, justeru saya selaku Pengarah dan alumni USIM juga pastinya ingin melihat peranan dan kekuatan alumni yang kita miliki dapat dimanfaatkan. Malahan ia secocok dengan konsep Kampus Barakah yang kita ingin tonjolkan" [...]