Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2017

Salam USIM – Syarahan Perdana Sempena Majlis Penutupan Hari Buku Sedunia 2017

Salam USIM – Wacana Ilmu “Kampus Barakah : Integrasi Ilmu Naqli Aqli”

Wacana Ilmu: “Kampus Barakah: Integrasi Ilmu Naqli Aqli”

NILAI, 16 MEI 2017 -  Perkongsian idea dan perbincangan di Majlis Wacana Ilmu bertajuk “Kampus Barakah: Integrasi Ilmu Naqli Aqli” membariskan panel pengurusan universiti dan pelajar diadakan bersempena Sambutan Hari Buku Sedunia Peringkat USIM bertempat di ruang legar Perpustakaan USIM. Barisan panel adalah Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor, Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar dan saudara Irfan Faruqi Mohamad Fairus, Naib YDP 3 MPP USIM dan moderator oleh Puan Hariza Mohd Yusof, Ketua Penerbit USIM. Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam bicaranya mengatakan ‘barakah’ bermaksud tumbuh, banyak dan bercambah. Barakah bukan suatu konsep yang baru, malah ia juga bukan hanya meliputi program akademik sahaja, tetapi merangkumi semua program yang dianjurkan di universiti yang sememangnya pada akhirnya bermatlamat menghasilkan ciri-ciri barakah ini. “Idea asal hasrat untuk mewujudkan Kampus Barakah ini datangnya dari Lembaga Pengarah Universiti iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abd. Razak yang menggambarkan barakah ini ibarat air yang mengalir yang memberi manfaat kepada semua”, jelas Dato’ Musa. Apabila ditanya berkenaan USIM sekarang dan USIM dahulu, Encik Haizuan berkongsi cerita penubuhan awal USIM yang pada masa itu adalah mencari hala tuju, jati diri tersendiri. USIM sekarang adalah bagi integrat model ilmu Naqli dan Aqli bagi menggembleng konvensional dan bukan konvensional untuk menjadi sebati dan bekerjasama bagi mendapatkan barakah yang ingin dicapai USIM kini, dan cabarannya adalah bagi melahirkan ‘practised leadership’. “Cabaran kita adalah bagaimana hendak mempersiap dan memperlengkap Staf Integrasi Amal Naqli Aqli (SIANA), kerana agak sukar untuk menggabungkan persediaan rohani dan fizikal, ia mestilah datang dari diri masing-masing. [...]

Pementasan Teater Perang Uhud kerjasama USIM Kerajaan Negeri Sembilan & Karyawan Negeri Sembilan

NILAI, 13 Mei 2017 - Pementasan Teater Islamik Perang Uhud membawa intipati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam dan melalui pementasan teater yang dicakna dengan penuh penghayatan Islam berupaya mengangkat seni dalam konteks yang berkesan seperti yang ditegaskan didalam firman Allah SWT didalam Al-Quran Surah Ali- Imraan mengenai Perang Uhud. Pementasan teater ini dianjurkan secara bersama antara Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kerajaan Negeri Sembilan dan Karyawan Negeri Sembilan. Penganjurannya mengambil kira nilai sejarah peperangan tersebut yang memberi beberapa pengajaran yang sangat positif dalam konteks perjuangan muslim diseluruh dunia masa kini. Selain itu, teater ini adalah bersesuaian dengan keperluan masyarakat Malaysia termasuk pelajar universiti yang perlukan kesenian yang berteraskan Islam selain dapat memberi manfaat kepada sesama manusia. "Saya kira pementasan teater ini merupakan ’showcase’ yang amat dinantikan-nantikan oleh warga USIM. Saya melihat gabungan kreatif antara USIM, Kerajaan Negeri Sembilan dan Karyawan Negeri Sembilan merupakan satu pakatan bistari, signifikan dan menjurus kepada kekuatan ummah. Diharapkan agar ia mampu mendidik dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia di samping mengangkat syiar Islam ke tahap yang lebih cemerlang," ujar YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM. Sementara itu, Siti Salbiah Zahari, Presiden Karyawan Negeri Sembilan bersyukur pementasan teater ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan. "Sebagai sebuah NGO yang masih berada di peringkat amatur, Karyawan Negeri Sembilan perlukan jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak untuk terus bergiat aktif. Usaha mementaskan Perang Uhud diharap dapat mengangkat industri teater agar lebih dihayati objektifnya dan berupaya menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada masyarakat Malaysia," ujarnya. Bagi [...]

Perancangan kewangan siri 1

Artikel- artikel yang bakal anda baca ini akan merubah cara hidup anda pada masa hadapan kerana dengan membaca dan mengamalkan apa yang disarankan, anda akan dapat membezakan cara dan strategi kewangan anda dari yang kebiasaan yang diamalkan orang di dalam dunia ini. Perbezaan utama ialah dari segi bagaimana untuk merancang, membuat strategi dan juga untuk mengambil tindakan di atas kestabilan dan pertumbuhan kewangan anda. Ramai yang mempercayai jika seseorang itu belajar di menara gading di dalam bidang perniagaan, perakaunan atau kewangan, secara automatik mereka akan mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai pengetahuan untuk mengurus kewangan. Walaubagaimanapun pernyataan ini menyimpang dari realiti sebenar kerana jika kita lihat bekas graduan pelajar universiti di dalam bidang ini pun akan mempunyai masalah kewangan seperti mana graduan-graduan pelajar di dalam bidang lain juga. Secara amnya, ramai graduan yang telah bekerja akan mempunyai baki tunai di bank sebanyak RM100 pada tiap akhir bulan. Malah ada juga yang telah kehabisan gaji bulanan pada pertengahan bulan iaitu di antara 15 hingga 25 hari bulan tiap-tiap bulan. Persoalannya, mengapakah graduan dari bidang kewangan, perakaunan, dan perniagaan yang telah mendalami ilmu bidang kewangan selama 4 ke 5 tahun di universiti masih mempunyai masalah kewangan seperti kebanyakan orang lain. Adakah subjek-subjek yang berteraskan kewangan di universiti tidak mencukupi atau adakah pelajar tidak dapat memahami apa yang mereka pelajari? Jika diteliti secara mendalam, kebanyakan subjek yang ditawarkan di universiti menjurus kepada bagaimana pelajar hendak menguruskan kewangan syarikat atau pelabur. Pelajar jurusan Akaun akan menjadi pakar di [...]

Perancangan kewangan siri 4

Di dalam siri 3, saya ada mengatakan bahawa, perancangan dan pengurusan kewangan adalah penting untuk masa depan kita. Simpanan perlu kita buat walaupun sedikit dan untuk menjadikannya suatu tabiat bukanlah suatu yang mudah kerana kita semua suka berbelanja. Malah ada yang berbelanja lebih dari kemampuan walaupun kita pernah melalui zaman ekonomi yang tidak memberangsangkan. Ada diantara kita pernah melalui zaman ekonomi gawat pada tahun 1998 dimana krisis mata wang melanda negara kita dan beberapa negara jiran. Ada juga yang berkesempatan untuk melalui kegawatan ekonomi pada tahun 2007 hingga 2010 di mana negara Amerika Syarikat mengalami krisis yang krisis subprima. Impaknya dapat dirasai oleh ekonomi global, bermula dengan krisis industri hartanah dan perbankan di Amerika yang terlalu mudah untuk memberikan pembiayaan tanpa mengenalpasti keupayaan untuk pembayaran balik. Pinjaman-pinjaman hartanah tersebut telah dijual di pasaran sekunder sekuriti di mana cagaran aset-aset hartanah yang tidak berkualiti menjadi sandaran. Apabila krisis hartanah berlaku (housing bubble) di Amerika, ramai pembeli hartanah tidak dapat membayar balik pinjaman dan menyebabkan aset-aset yang dicagar ini menjadi aset yang tidak berkualiti dan memberi impak yang besar kepada ekonomi Amerika dan global secara amnya. Apa yang dapat kita ambil iktibar di sini ialah kitaran ekonomi berlaku seperti yang telah di terangkan oleh Nabi Yusof iaitu ada tujuh tahun ekonomi akan berkembang dan tujuh tahun ekonomi akan meleset disebabkan kemarau. Nabi Yusof sebagai menteri kewangan negeri Mesir menyarankan agar simpanan dilakukan untuk menghadapi masa ekonomi tidak menentu. Berbalik kepada masa sekarang, apa yang patut kita lakukan [...]

Perancangan kewangan siri 3

Di dalam siri 2, saya ada mengatakan bahawa, angan-angan adalah penting bagi kita untuk terus maju ke depan tetapi angan-angan kosong tidak akan membawa kita ke mana-mana dan saya juga ada memberikan suatu kisah di dalam Al Quran tentang kemahiran Nabi Yusof di dalam merancang dan mengurus perbendaharaan negeri Mesir. Kemahiran Nabi Yusof untuk menafsir mimpi Raja Mesir pada waktu itu berkenaan kitaran ekonomi adalah menunjukkan kepentingan untuk kita memahami tentang ekonomi secara dasarnya dan pengurusan kewangan secara khususnya. Pengurusan kewangan adalah suatu subjek yang luas, maka apa perlu kita buat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik? Apa yang kita perlu mulakan untuk pengurusan kewangan adalah tabiat menyimpan. Menyimpan ni memang susah untuk di jadikan tabiat, yang mudahnya ialah untuk berbelanja. Malah kita boleh masih berbelanja walaupun kita tidak mempunyai apa-apa wang lagi. Perbelanjaan defisit ini perlu ditampung. Bagaimana perbelanjaan melebihi pendapatan itu ditampung dengan menggunakan kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman along dan sebagainya. Malah saya ada berjumpa dengan sekumpulan pekerja syarikat pinjaman wang berlesen kerana mereka mencari rumah sewa yang diiklan oleh saya. Mereka menyatakan bahawa ramai peminjam adalah dari golongan pekerja kerajaan. Ini amat memeranjatkan saya malah kakitangan di universiti saya bekerja juga ada disebutkan sebagai peminjam. Bab pinjam meminjam ini akan saya kupas pada siri yang setrusnya. Jika ia berterusan setiap bulan, apakah natijahnya jika kita terus berbelanja melebihi dari kemampuan. Ada rakan saya mengatakan dengan saya, subjek yang saya bincangkan ini terlalu serius. Bagi saya ianya tidaklah serius cuma apabila [...]

Perancangan kewangan siri 2

Di dalam siri 1, saya ada mengatakan bahawa, kita perlu mempunyai minda jutawan untuk kita menjadi jutawan. Persoalan mengapa anda perlu kaya, tidak perlu dibincangkan dengan terperinci di sini. Memadai sahaja dengan sebab untuk kita mudah untuk mengerjakan ibadah dan juga mudah untuk kita membantu orang disekeliling kita seperti ibu-bapa, keluarga, saudara, jiran dan masyarakat secara amnya. Pada siri kali ini, saya ingin membicarakan tentang angan-angan atau terma yang di gunapakai di dalam konteks akademik dan industri perniagaan sebagai visi atau cita-cita anda. Apa cita-cita anda? Pernahkah anda mendengar atau membaca buku tentang angan-angan Mat Jenin? Apa itu angan-angan Mat Jenin? Siapa Mat Jenin? Mat Jenin adalah suatu karekter seorang lelaki yang hanya berangan untuk menjadi kaya tanpa mahu berusaha. Beliau sering dimarahi oleh isterinya kerana sikap malas Mat Jenin untuk bekerja. Adakah anda sama dengan Mat Jenin? Pernahkah anda berangan-angan? Adakah dengan berangan kita tidak akan kemana seperti Mat Jenin? Saya sering berangan, adakah saya pun seperti Mat Jenin? Angan-angan adalah suatu yang amat diperlukan jika anda mahukan mencapai sesuatu atau mendapatkan kekayaan. Walaubagaimanapun angan-angan sahaja tanpa usaha untuk mencapainya selalunya tidak akan membawa kita kemana. Mungkin kita tidak akan bertuah seperti orang lain yang mewarisi harta faraid daripada peninggalan pusaka keturunan yang melimpah ruah. Maka untuk berangan-angan sahaja, mungkin tidak dapat melonjak kita menjadi jutawan. Malah angan-angan tanpa sebarang usaha sebenarnya akan menjadikan kita orang yang malas yang hanya berharap sesuatu akan berlaku tanpa kita sendiri mahu melakukannya. Saya ada seorang yang saya [...]

Alumni USIM pemangkin kelestarian universiti dan pembangunan negara

Pendahuluan Setelah 17 tahun penubuhannya sebagai sebuah universiti awam ke-12 negara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya melahirkan sejumlah 14 783 alumni dari pelbagai peringkat dan bidang pengajian. Dari jumlah tersebut, sebanyak 97.3% atau 14 378 orang adalah alumni dalam negara, manakala bakinya 2.7 % peratus atau 405 orang lagi adalah alumni antarabangsa. Mereka kini bertebaran di seluruh pelosok negara menyumbang bakti kepada masyarakat mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing. Tidak ketinggalan, alumni antarabangsa turut kembali meyumbang bakti di negara asal masing-masing berbekal imu dan kemahiran berguna yang diperolehi di USIM. Sememangnya alumni adalah aset penting negara yang akan membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Justeru, dalam mendepani era globalisasi yang serba mencabar ini sudah tentu para alumni perlu melengkapkan diri dengan persediaan secukupnya. Sebagai contoh, para alumni perlu berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi, menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan serta celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbangbakti kepadamasyarakat dan negara. Tidak ketinggalan alumni USIM sudah ramai yang kini mengisi jawatan-jawatan penting di agensi-agensi kerajaan dan swasta turut berperanan untuk sama-sama membantu melestarikan pembangunan negara. Dalam konteks sumbangan alumni USIM kepada alma mater atau universiti tempat mereka belajar dahulu, tidak dapat dinafikan mereka memainkan peranan dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada USIM bagi mengekalkan dan memperkembangkan pembangunan dan kelestariannya. Untuk tujuan tersebut, penubuhan Pusat Alumni dan Kerjaya USIM dilihat dapat membantu dalam mewujudkan saluran dan platform yang mempermudahkan hubungan [...]

Kejohanan sukan staf platform membudayakan sukan dan riadah

NILAI, 11 Mei 2017 – “Penglibatan kakitangan dalam aktiviti sukan adalah penting dalam membina budaya hidup sihat dan cergas kerana ia mampu memberi impak yang positif kepada universiti bagi tempoh jangka panjang,” demikian ucapan YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad di Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan USIM 2017. Melalui slogan “USIM CERGAS DAN CERDAS” dan “fitUSIM” sebanyak 17 acara utama dipertandingkan dalam usaha menggalakkan semangat kerja berpasukan dan setiakawan yang dilihat mampu menonjolkan imej USIM sebagai Universiti Awam yang aktif dalam kegiatan sukan dan rekreasi. Menurut Dato’ Musa, Jawatankuasa FitUSIM telah ditubuhkan bagi merencana aktiviti sukan dan riadah secara tersusun bagi mencapai sasaran 80% warga USIM adalah fit. Beberapa kakitangan USIM telah pun dikenalpasti sebagai Duta fitUSIM dan ikon fitUSIM. Tambahnya lagi pada tahun lalu, 15 buah PTJ telah menjalani Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang melibatkan 352 orang staff telah hadir. Keputusan yang diperolehi adalah 27 orang memperolehi gred A (Emas-Cemerlang), 82 orang gred B (Perak-Baik) dan 119 orang gred C (Gangsa-Memuaskan). Secara keseluruhannya 65% daripada 352 orang staf yang hadir lulus UKJK. “Saya juga difahamkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah bertindak proaktif dalam memperkasakan agenda fitUSIM ini dengan menganjurkan The Biggest Loser Challenge individu yang mempunyai BMI yang abnormal. Diharap warga USIM dapat sama-sama mengambil kesempatan untuk lebih mengamalkan gaya hidup sihat dan cerdas,” ujarnya mengakhiri ucapan. Acara tahunan anjuran bersama Majlis Sukan Kakitangan USIM dan Pusat Sukan ini berlangsung sehingga 24 Mei bakal mempertandingkan sukan bola sepak, bola jaring, ping pong, catur, kerum, [...]

Go to Top