Oktober 2016
SPP FPQS LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT DI MALDIVES
NILAI, 29 SEPT 2016 – Seramai 23 orang mahasiswa dan seorang pegawai pengiring dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Global Islamic Students Outreach (GISO) di Kepulauan Maldives iaitu di tiga buah pulau di Maldives iaitu Pulau Hulhumale, Pulau Males dan Pulau Villing hili bermula pada 1 September hingga 8 September 2016. Bertemakan Kembara “ The Adventure that Open the Minds” ini di anjurkan oleh Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) yang merupakan Perwakilan Mahasiswa dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Kembara ini di iring oleh Dr. Kauthar binti Abdul Kadir yang juga merupakan pensyarah di fakulti tersebut. Ia merupakan kesinambungan dari program pengantarabangsaan SPP sebelum ini iaitu Rehlah Ilmiah SPP, FPQS di bumi Sydney, Australia pada 20 hingga 27 Ogos dan Ekspedisi Kepimpinan Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah ke Batam Indonesia pada 29 November hingga 2 Oktober 2012. Program GISO ini di adakan untuk memfokuskan elemen khidmat masyarakat sebagai pengisian utama, GISO memberi peluang mahasiswa melaksanakan tugas sebagai pendakwah kepada masyarakat Islam seluruh dunia dan pemilihan Negara Maldives adalah sejajar dengan element yang di fokuskan .Antara objektif utama di Maldives adalah menjalinkan hubungan kerjasama mahasiswa dengan masyarakat dan mahasiswa di Maldives di samping memberi pendedahan yang meluas kepada pelajar berkaitan kebudayaan masyarakatan di negara Maldives dan memperkenalkan serta mempromosikan USIM di peringkat antarabangsa. Menurut Pengerusi SPP Anas bin Azami , bersesuaian dengan moto SPP itu sendiri “Bina Sahsiah, Solusi Ummah ”, program seumpama ini adalah satu langkah proaktif dan kreatif SPP,FPQS bagi melatih mahasiswa mengendalikan [...]
KLINIK PAKAR KESIHATAN USIM TAWAR PELBAGAI RAWATAN PAKAR
NILAI, 21 OKT 2016 – Majlis Perasmian Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan meriah dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Haji Hasan. Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato Haji Mat Ali Hassan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr. Abdul Rahim Abdullah. Melalui perkhidmatan yang ditawarkan, Klinik Pakar Kesihatan USIM turut melibatkan doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) USIM. Disamping dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini, USIM turut mengetengahkan seramai lebih 40 orang tenaga pakar dari pelbagai bidang serta perkhidmatan yang ditawarkan seperti Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Mata (Oftamologi), Pakar Telinga, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pakar Ortopedik, Pakar Psikiatri, Pakar Pembedahan Am serta Pakar Pergigian. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Nilai, ia merupakan satu khidmat sosial USIM kepada komuniti dan masyarakat taraf hidup rendah seperti golongan asnaf bagi meringankan beban mereka pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti. Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, pelaksanaan klinik pakar ini merupakan ‘showcase’ projek wakaf yang telah dilaksanakan hasil perkongsian pintar USIM dan Kerajaan Negeri Sembilan melalui MAINS, dan kini ia dikendalikan oleh anak syarikat USIM iaitu USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd. “Mengimbau kembali tanggal Julai 2013 menyaksikan pelantikan USIM sebagai satu-satunya universiti awam yang menjadi mutawalli bagi menguruskan dan membangunkan dana wakaf dan mengagihkan manfaat wakaf kepada [...]
WACANA DEWAN KOSMIK: POKEMON GO DAPAT SAMBUTAN RAMAI
NILAI, 23 SEPT 2016 – Program Wacana Dewan Kosmik yang bertajuk Pokemon GO: Keselamatan Terancam: Dari Perspektif Islam dan Keselamatan Maklumat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar USIM tanpa mengira tahun dan bidang pengajian yang diadakan pada 23 September 2016. Program wacana ini dimulakan dengan majlis perasmian Seminar Kebangsaan Sains Islam Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis perasmian ini diadakan sempena pembukaan 6 seminar yang bakal berlangsung bermula dari 24 Sept – 8 Okt 2016. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah dengan gimik memotong kek dan video berdurasi pendek yang memaparkan maklumat penting bagi keenam seminar anjuran FST. Pengarah program, Muhammad Harith Bin Noor Azam memberitahu, tujuan wacana ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar universiti berkenaan bahayanya aplikasi atas talian khususnya Pokemon GO sekiranya digunakan tanpa langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Wacana ini juga diadakan sebagai acara pembukaan bagi Seminar Jaminan dan Keselamatan Maklumat (IS@S’16) yang dikendalikan oleh saudara moderator, Muhammad Rushaidi Hafidzi bin Rahimi bersama 2 orang panel yang hebat iaitu En. K. Juslly, Ketua Jabatan di Jabatan Pelaksanaan Jangkauan, Suruhanjaya Komisyen Komunikasi Malaysia (SKMM) dan En. Khairul Azhar, Imam Muda Astro Oasis musim pertama. Para panel berjaya mengupas isu berkenaan aplikasi Pokemon Go dengan bernas dan tuntas. Antara soalan dan isu yang sempat dibincangkan adalah mengenai garis panduan penggunaan aplikasi atas talian dari sudut keselamatan maklumat dan Islam di samping piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjaga keselamatan pengguna aplikasi ini. Penasihat [...]
DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DILANTIK SEBAGAI CANSELOR USIM
SEREMBAN, 24 OKT 2016 - Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh tujuh tahun berkuat kuasa 1 Dis ini sehingga 30 November 2023. Ini merupakan pelantikan kali kedua baginda selaku Canselor USIM dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Baginda dilantik kali pertama sebagai Canselor pada 2011 dengan istiadat pemasyhuran Tuanku Canselor secara rasmi dibuat semasa Majlis Konvokesyen USIM kali ke-9 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya. Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad mengetuai Pengurusan Universiti mempersembahkan watikah itu kepada DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap, Seremban pada pagi tadi. Majlis Sembah Mengadap ini turut disertai oleh Profesor Dr. Zulkiple Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM; Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM; dan Dr. Faizal Kasmani, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM. "Warga USIM menyembah tahniah dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku atas pelantikan semula (kali kedua) ini untuk terus memayungi USIM sebagai Tuanku Canselor. Sesungguhnya, kepimpinan dan keprihatinan DYMM Tuanku pada perkembangan Universiti sejak dilantik sebagai Canselor amat dihargai dan seterusnya melonjakkan lagi nama Universiti di persada pendidikan tinggi negara". "DYMM Tuanku sentiasa memberi buah fikiran untuk kecemerlangan universiti yang mendukung integrasi ilmu Naqli dan Aqli ini. Malah Tuanku sentiasa menyokong dan melibatkan diri dengan aktif dalam program-program utama Universiti seperti Majlis Konvokesyen, Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor, Ekspo Inovasi Islam, Lawatan Kerja dan [...]
ARAB-ASIAN GLOBAL HIGHER EDUCATION SUMMIT (AAGHES 2016) HIMPUN PEMIMPIN UNIVERSITI NEGARA ARAB DAN ASIA
NILAI, 16 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tumpuan perjumpaan para pemimpin universiti negara Arab bersempena penganjuran Arab-Asian Global Higher Education Summit (AAGHES) 2016. Pertama kali dianjurkan , AAGHES akan berlangsung mulai esok, 17 Oktober sehingga Rabu ini menghimpunkan hampir 60 Presiden, Naib Canselor dan Pengurusan Kanan universiti dari negara Asia dan Arab untuk berbincang dan saling berkongsi pengetahuan mengenai halatuju pendidikan tinggi dengan topik cabaran kepimpinan dan urus tadbir institusi pengajian kini tinggi menjadi tumpuan utama delegasi. Program ini berkonsepkan sesi ucaptama, pembentangan oleh jemputan, persidangan meja bulat, diskusi waqf, dinner talk dan pameran. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, penganjuran AAGHES ini merupakan kesinambungan dari kejayaan penganjuran Arab-Malaysian Global Higher Education Summit (AMGHES) yang turut dianjurkan USIM pada 2012. “Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai perancangan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan menjadi rujukan utama di kalangan negara-negara Islam terutamanya negara Arab dari dan negara Asia lain. Bagi merealisasikan aspirasi ini, USIM berpandangan dan mengambil tanggungjawab bahawa satu pendekatan kerjasama yang sistematik dan holistik dilihat wajar dilaksanakan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan universiti negara Arab” “Justeru itu, penganjuran AAGHES menjadi platform yang sesuai untuk membina jalinan kerjasama antara kedua belah pihak disamping memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi yang makin mendapat perhatian dunia. Bagi menarik penyertaan dari universiti Arab, USIM bekerjasama dengan The Association of Arab Universities (AARU) yang dianggotai seramai 280 Universiti Arab untuk persidangan kali ini”, ujar Naib Canselor USIM. Persidangan ini akan memperkenalkan [...]
KONGSI ILMU KEUSAHAWANAN DAN MUAMALAT – USAHAWAN DIGALAK CARI PASARAN ANTARABANGSA
PUTRAJAYA, 28 SEPT 2016 - Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM dan Sekretariat Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-12 (iCEPS12) buat julung kali bekerjasama dalam menganjurkan ”3rd International Muamalat and Entreprenuership Conference (IMEC 3)” yang berlangsung dengan jayanya bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamal Abdul Nassir yang juga merupakan pengarah konvensyen iCEPS12, persidangan ini turut menerima penyertaan daripada beberapa negara luar seperti Brunei, India, Jordan, Bangladesh, disamping penyertaan daripada institusi-institusi tempatan. Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan kehadiran Encik. Hisham Jalil, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia). Dalam ucaptama yang disampaikan, beliau turut menekankan kepentingan bidang keusahawanan dan SME di dalam ekonomi Malaysia dan menyarankan bakal graduan dan golongan belia khususnya menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan memandangkan bidang tersebut dapat memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dan memberi sumbangan besar kepada hasil negara. Malah beliau telah memberikan tips-tips untuk menjadi usahawan iaitu IBU Doa iaitu singkatan kepada Ilmu, Berani, Usaha dan sentiasa berdoa. Disamping itu beliau juga menjawab persoalan tentang situasi ekonomi global dimana Malaysia perlu meningkatkan eksport dan perlu mencari pasaran baru seperti produk untuk golongan pertengahan di China. Anugerah kertas kerja terbaik telah dipilih berdasarkan kategori emas, perak dan gangsa iaitu hasil penulisan 1) Abiodun Adedeji dan Mustapha Kanneth, dari NIGERIA (Emas), 2) Suhaily Hasnan & Hafizah Marzuki, UTM (Emas), 3) Avylin Roziana Mohd Ariffin, USIM (Perak), Rosnia Masruki, Norailis Ab. Wahab, Khalid Hussainey, Doaa Aly, USIM (Perak), 5) Siti Nor Amira [...]
SEMINAR WAKAF ASEAN BINCANG AMALAN TADBIR URUS, PEMBIAYAAN & PEMBANGUNAN WAKAF
SONGKLA, 13 OKT 2016 - Bertemakan “Amalan Terbaik Tadbir Urus, Pembiayaan dan Pembangunan Wakaf di ASEAN” telah diadakan Seminar Wakaf ASEAN kali ke 3 (Muktamar Waqf Iqlimi III 2016) bertempat di Masjid Ban Nua, Songkla, Thailand. Seminar anjuran Pusat Pembangunan dan Pembiayaan Wakaf (PPPW), Universiti Sains Islam Malaysia yang diketuai oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr Mohammad Haji Alias selaku Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Pusat, Thailand (Central Islamic Council of Thailand (CICOT); Yayasan Darul Naeem, Chana Songkhla; Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla; Yayasan Darul Furqan, Chana Songkhla, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), USIM. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hj Alias, Pengarah Pusat Pembiayaan Pembangunan Wakaf USIM, seminar ini dihadiri oleh para akademik daripada negara ASEAN iaitu daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Negara Timur Tengah iaitu negara Iran dan Emirates, juga turut serta oleh 100 Imam serta wakil-wakil Yayasan Pendidikan yang mewakili komuniti Islam di Selatan Thailand. Ia telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Sheikh Abdul Aziz Phitakkumpon, Sheikul Islam Thailand (gelaran mufti). “Komuniti Muslim Thailand juga menerima sumbangan wakaf daripada negara-negara Islam seperti dari Timur Tengah. Secara umumnya sumbangan wakaf sangat signifikan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat minoriti Muslim di Thailand. Keunikan wakaf ini sangat relevan dalam memperkasakan keperluan hidup beragama Islam di negara yang penduduknya majoriti beragama Budha. Sistem wakaf juga telah berjaya menyatukan hati masyarakat Muslim berpusatkan masjid dalam membina sebuah komuniti yang bersatu”, jelas Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hj Alias. Dua ucaptama telah [...]
USIM TERBIT BUKU PUISI MAAL HIJRAH
KAJANG, 9 OKT 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus bergiat aktif dalam memartabatkan seni puisi dengan menghimpunkan 109 puisi dalam penerbitan Buku Puisi Maal Hijrah yang dilancarkan di kediaman Sasterawan ke 6 Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di Impian Golf Resort Kajang. Puisi ini adalah hasil dari penyertaan peserta dalam Bengkel Penulisan Puisi Maal Hijrah yang berlangsung September lepas di Pusat Kebudayaan USIM yang disertai oleh pelajar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM, Kakitangan dan Pengurusan Tertinggi USIM, penyair tanah air terdiri daripada PENA, KHUPAS dan tokoh budayawan tanah air. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata bertemakan Maal Hijrah ini mesej-mesej puisi yang disampaikan memberi gambaran dan pengertian hijrah yang lebih luas maknanya. Kepelbagaian cerita dan luahan diungkapkan dengan cara tersendiri oleh penulis muda, amatur dan tokoh penyair tanah air, di mana ungkapan hijrah menjangkau pengertian besar dalam mengajak manusia berbuat baik di dunia dan sebagai insan kerdil pastinya setiap apa yang kita lakukan menjadi fitrah untuk kembali kepada-Nya. “Pada malam ini juga turut dilancarkan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan sendiri, di mana mereka adalah terdiri daripada penyair-penyair tanah air dan pelajar Universiti yang mencintai sastera dan budaya”. “Program-program kesenian dan kebudayaan yang telah diadakan seperti ini sebenarnya titik tolak dan penyuntik semangat mahasiswa universiti dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan, malah ianya terbukti dapat merangsang skill dan teknik pemikiran selain dapat meningkatkan jati diri dan ekologi moral”, tambah Encik Ismail. Bagi Ahmad Shukor Arifen, [...]
MISI KEMBARA MENYELUSURI KHAZANAH BUMI LOMBOK
LOMBOK 25 OKT 2016 - Seramai 14 orang pelajar dan seorang pegawai penyelaras dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM telah menjalankan kerjasama strategik antara Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USIM dengan Universitas Muhammadiyah Mataram (UMM) dan Institut Agama Islam Negeri Mataram (IAIN), Lombok. Kerjasama berikut antaranya adalah berkenaan peluang melanjutkan pelajaran bagi kakitangan dan pelajar, program pertukaran pelajar, pertukaran idea mengenai hal ehwal akademik dan kokurikulum pelajar, selain menjalankan jalinan kerjasama melalui Letter Of Intent (LOI). Di UMM jalinan kerjasama tersebut yang ditandatangani oleh Rector Dr. Mustamin H. Idris dan di IAIN ditandatangani oleh wakil Rektor IAIN, Dr. Masnun telah membuka ruang dan peluang baru buat USIM dalam memperluaskan kerjasama akademik untuk menjadikan USIM sebagai salah satu universiti terkemuka di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dalam mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi bertepatan dengan slogan USIM, memacu integrasi ilmu naqli dan aqli. Jalinan kerjasama ini juga telah membuka ruangan khusus buat PALAPES USIM dalam menjalankan kegiatan latihan ketenteraan yang pertama di Malaysia bersama MENWA UMM dan IAIN dan sekaligus menjadikan gabungan PALAPES USIM, MENWA UMM dan IAIN sebagai satu-satunya kegiatan kokurikulum di universiti yang menghubungkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Jalinan kerjasama ini juga telah menunjukkan bahawa USIM sangat positif dalam memacu perubahan demi meningkatkan tahap keilmuan pelajar selain sangat mengalu-alukan kerjasama dengan universiti serantau dalam pelbagai aspek. USIM juga komited dalam mempertingkatkan kualiti diri pelajar dengan memberikan [...]
REHLAH ILMIAH DAN KHIDMAT UMMAH SANTUNI PELAJAR KELAINAN UPAYA
NILAI, 22 OKT 2016 - Seramai 39 mahasiswa/i Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 3 yang turut diiringi oleh seorang pensyarah USIM telah menjalankan program Rehlah Ilmiah Dan Khidmat Ummah (Riku) untuk pelajar-pelajar Kelainan Upaya yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (SKPK Alma). Objektif utama program ini adalah untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan juga sebagai seorang mahasiwa/i USIM yang mengambil berat serta untuk menimba pengalaman di sekolah tersebut . Ia juga adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang mengalami kekurangan dari segi penglihatan serta masalah dalam pembelajaran selari dengan pengkhususan peserta yang mengambil kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah. Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan antaranya bacaan ‘Ruqyah’ dan solat sunat Dhuha dan “Tahsin Solat” iaitu memperbaiki cara berwudhu’ , ice-breaking dan slot Sunnah harian . Aktiviti – aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan mendidik pelajar-pelajar kelainan upaya ini terutamanya yang beragama Islam bahawa mereka juga sama seperti pelajar-pelajar yang normal dari segi penglihatan untuk mengamalkan apa yang patut diamalkan sebagai seorang muslim. Pengarah program saudara Muhamad Ridauddin Amin Bin Muhamad Nordin melahirkan rasa bangga dan teruja dengan terlaksananya program ini kerana memberi pengalaman yang baru kepada para peserta di samping dengan adanya program ini mampu merubah persepsi masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya yang mana bakat-bakat mereka ini terlepas pandang walhal mereka mempunyai bakat tersendiri bahkan ada golongan dari kelainan upaya mampu menyaingi orang normal. Hakikatnya kita semua adalah sama dan setiap orang ada kelebihannya [...]