Oktober 2016
USIM TERBIT BUKU PUISI MAAL HIJRAH
KAJANG, 9 OKT 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus bergiat aktif dalam memartabatkan seni puisi dengan menghimpunkan 109 puisi dalam penerbitan Buku Puisi Maal Hijrah yang dilancarkan di kediaman Sasterawan ke 6 Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di Impian Golf Resort Kajang. Puisi ini adalah hasil dari penyertaan peserta dalam Bengkel Penulisan Puisi Maal Hijrah yang berlangsung September lepas di Pusat Kebudayaan USIM yang disertai oleh pelajar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM, Kakitangan dan Pengurusan Tertinggi USIM, penyair tanah air terdiri daripada PENA, KHUPAS dan tokoh budayawan tanah air. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata bertemakan Maal Hijrah ini mesej-mesej puisi yang disampaikan memberi gambaran dan pengertian hijrah yang lebih luas maknanya. Kepelbagaian cerita dan luahan diungkapkan dengan cara tersendiri oleh penulis muda, amatur dan tokoh penyair tanah air, di mana ungkapan hijrah menjangkau pengertian besar dalam mengajak manusia berbuat baik di dunia dan sebagai insan kerdil pastinya setiap apa yang kita lakukan menjadi fitrah untuk kembali kepada-Nya. “Pada malam ini juga turut dilancarkan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan sendiri, di mana mereka adalah terdiri daripada penyair-penyair tanah air dan pelajar Universiti yang mencintai sastera dan budaya”. “Program-program kesenian dan kebudayaan yang telah diadakan seperti ini sebenarnya titik tolak dan penyuntik semangat mahasiswa universiti dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan, malah ianya terbukti dapat merangsang skill dan teknik pemikiran selain dapat meningkatkan jati diri dan ekologi moral”, tambah Encik Ismail. Bagi Ahmad Shukor Arifen, [...]
MISI KEMBARA MENYELUSURI KHAZANAH BUMI LOMBOK
LOMBOK 25 OKT 2016 - Seramai 14 orang pelajar dan seorang pegawai penyelaras dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM telah menjalankan kerjasama strategik antara Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USIM dengan Universitas Muhammadiyah Mataram (UMM) dan Institut Agama Islam Negeri Mataram (IAIN), Lombok. Kerjasama berikut antaranya adalah berkenaan peluang melanjutkan pelajaran bagi kakitangan dan pelajar, program pertukaran pelajar, pertukaran idea mengenai hal ehwal akademik dan kokurikulum pelajar, selain menjalankan jalinan kerjasama melalui Letter Of Intent (LOI). Di UMM jalinan kerjasama tersebut yang ditandatangani oleh Rector Dr. Mustamin H. Idris dan di IAIN ditandatangani oleh wakil Rektor IAIN, Dr. Masnun telah membuka ruang dan peluang baru buat USIM dalam memperluaskan kerjasama akademik untuk menjadikan USIM sebagai salah satu universiti terkemuka di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dalam mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi bertepatan dengan slogan USIM, memacu integrasi ilmu naqli dan aqli. Jalinan kerjasama ini juga telah membuka ruangan khusus buat PALAPES USIM dalam menjalankan kegiatan latihan ketenteraan yang pertama di Malaysia bersama MENWA UMM dan IAIN dan sekaligus menjadikan gabungan PALAPES USIM, MENWA UMM dan IAIN sebagai satu-satunya kegiatan kokurikulum di universiti yang menghubungkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Jalinan kerjasama ini juga telah menunjukkan bahawa USIM sangat positif dalam memacu perubahan demi meningkatkan tahap keilmuan pelajar selain sangat mengalu-alukan kerjasama dengan universiti serantau dalam pelbagai aspek. USIM juga komited dalam mempertingkatkan kualiti diri pelajar dengan memberikan [...]
REHLAH ILMIAH DAN KHIDMAT UMMAH SANTUNI PELAJAR KELAINAN UPAYA
NILAI, 22 OKT 2016 - Seramai 39 mahasiswa/i Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Tahun 3 yang turut diiringi oleh seorang pensyarah USIM telah menjalankan program Rehlah Ilmiah Dan Khidmat Ummah (Riku) untuk pelajar-pelajar Kelainan Upaya yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (SKPK Alma). Objektif utama program ini adalah untuk melaksanakan misi dan tanggungjawab sebagai seorang insan dan juga sebagai seorang mahasiwa/i USIM yang mengambil berat serta untuk menimba pengalaman di sekolah tersebut . Ia juga adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang mengalami kekurangan dari segi penglihatan serta masalah dalam pembelajaran selari dengan pengkhususan peserta yang mengambil kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah. Pelbagai aktiviti yang telah di jalankan antaranya bacaan ‘Ruqyah’ dan solat sunat Dhuha dan “Tahsin Solat” iaitu memperbaiki cara berwudhu’ , ice-breaking dan slot Sunnah harian . Aktiviti – aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan mendidik pelajar-pelajar kelainan upaya ini terutamanya yang beragama Islam bahawa mereka juga sama seperti pelajar-pelajar yang normal dari segi penglihatan untuk mengamalkan apa yang patut diamalkan sebagai seorang muslim. Pengarah program saudara Muhamad Ridauddin Amin Bin Muhamad Nordin melahirkan rasa bangga dan teruja dengan terlaksananya program ini kerana memberi pengalaman yang baru kepada para peserta di samping dengan adanya program ini mampu merubah persepsi masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya yang mana bakat-bakat mereka ini terlepas pandang walhal mereka mempunyai bakat tersendiri bahkan ada golongan dari kelainan upaya mampu menyaingi orang normal. Hakikatnya kita semua adalah sama dan setiap orang ada kelebihannya [...]
ARAB-ASIAN GLOBAL HIGHER EDUCATION SUMMIT (AAGHES 2016) HIMPUN PEMIMPIN UNIVERSITI NEGARA ARAB DAN ASIA
NILAI, 16 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tumpuan perjumpaan para pemimpin universiti negara Arab bersempena penganjuran Arab-Asian Global Higher Education Summit (AAGHES) 2016. Pertama kali dianjurkan , AAGHES akan berlangsung mulai esok, 17 Oktober sehingga Rabu ini menghimpunkan hampir 60 Presiden, Naib Canselor dan Pengurusan Kanan universiti dari negara Asia dan Arab untuk berbincang dan saling berkongsi pengetahuan mengenai halatuju pendidikan tinggi dengan topik cabaran kepimpinan dan urus tadbir institusi pengajian kini tinggi menjadi tumpuan utama delegasi. Program ini berkonsepkan sesi ucaptama, pembentangan oleh jemputan, persidangan meja bulat, diskusi waqf, dinner talk dan pameran. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, penganjuran AAGHES ini merupakan kesinambungan dari kejayaan penganjuran Arab-Malaysian Global Higher Education Summit (AMGHES) yang turut dianjurkan USIM pada 2012. “Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai perancangan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan menjadi rujukan utama di kalangan negara-negara Islam terutamanya negara Arab dari dan negara Asia lain. Bagi merealisasikan aspirasi ini, USIM berpandangan dan mengambil tanggungjawab bahawa satu pendekatan kerjasama yang sistematik dan holistik dilihat wajar dilaksanakan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan universiti negara Arab” “Justeru itu, penganjuran AAGHES menjadi platform yang sesuai untuk membina jalinan kerjasama antara kedua belah pihak disamping memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi yang makin mendapat perhatian dunia. Bagi menarik penyertaan dari universiti Arab, USIM bekerjasama dengan The Association of Arab Universities (AARU) yang dianggotai seramai 280 Universiti Arab untuk persidangan kali ini”, ujar Naib Canselor USIM. Persidangan ini akan memperkenalkan [...]
KONGSI ILMU KEUSAHAWANAN DAN MUAMALAT – USAHAWAN DIGALAK CARI PASARAN ANTARABANGSA
PUTRAJAYA, 28 SEPT 2016 - Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) USIM dan Sekretariat Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-12 (iCEPS12) buat julung kali bekerjasama dalam menganjurkan ”3rd International Muamalat and Entreprenuership Conference (IMEC 3)” yang berlangsung dengan jayanya bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamal Abdul Nassir yang juga merupakan pengarah konvensyen iCEPS12, persidangan ini turut menerima penyertaan daripada beberapa negara luar seperti Brunei, India, Jordan, Bangladesh, disamping penyertaan daripada institusi-institusi tempatan. Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan kehadiran Encik. Hisham Jalil, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia). Dalam ucaptama yang disampaikan, beliau turut menekankan kepentingan bidang keusahawanan dan SME di dalam ekonomi Malaysia dan menyarankan bakal graduan dan golongan belia khususnya menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan memandangkan bidang tersebut dapat memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dan memberi sumbangan besar kepada hasil negara. Malah beliau telah memberikan tips-tips untuk menjadi usahawan iaitu IBU Doa iaitu singkatan kepada Ilmu, Berani, Usaha dan sentiasa berdoa. Disamping itu beliau juga menjawab persoalan tentang situasi ekonomi global dimana Malaysia perlu meningkatkan eksport dan perlu mencari pasaran baru seperti produk untuk golongan pertengahan di China. Anugerah kertas kerja terbaik telah dipilih berdasarkan kategori emas, perak dan gangsa iaitu hasil penulisan 1) Abiodun Adedeji dan Mustapha Kanneth, dari NIGERIA (Emas), 2) Suhaily Hasnan & Hafizah Marzuki, UTM (Emas), 3) Avylin Roziana Mohd Ariffin, USIM (Perak), Rosnia Masruki, Norailis Ab. Wahab, Khalid Hussainey, Doaa Aly, USIM (Perak), 5) Siti Nor Amira [...]
SEMINAR WAKAF ASEAN BINCANG AMALAN TADBIR URUS, PEMBIAYAAN & PEMBANGUNAN WAKAF
SONGKLA, 13 OKT 2016 - Bertemakan “Amalan Terbaik Tadbir Urus, Pembiayaan dan Pembangunan Wakaf di ASEAN” telah diadakan Seminar Wakaf ASEAN kali ke 3 (Muktamar Waqf Iqlimi III 2016) bertempat di Masjid Ban Nua, Songkla, Thailand. Seminar anjuran Pusat Pembangunan dan Pembiayaan Wakaf (PPPW), Universiti Sains Islam Malaysia yang diketuai oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr Mohammad Haji Alias selaku Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Pusat, Thailand (Central Islamic Council of Thailand (CICOT); Yayasan Darul Naeem, Chana Songkhla; Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla; Yayasan Darul Furqan, Chana Songkhla, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), USIM. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hj Alias, Pengarah Pusat Pembiayaan Pembangunan Wakaf USIM, seminar ini dihadiri oleh para akademik daripada negara ASEAN iaitu daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Negara Timur Tengah iaitu negara Iran dan Emirates, juga turut serta oleh 100 Imam serta wakil-wakil Yayasan Pendidikan yang mewakili komuniti Islam di Selatan Thailand. Ia telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Sheikh Abdul Aziz Phitakkumpon, Sheikul Islam Thailand (gelaran mufti). “Komuniti Muslim Thailand juga menerima sumbangan wakaf daripada negara-negara Islam seperti dari Timur Tengah. Secara umumnya sumbangan wakaf sangat signifikan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat minoriti Muslim di Thailand. Keunikan wakaf ini sangat relevan dalam memperkasakan keperluan hidup beragama Islam di negara yang penduduknya majoriti beragama Budha. Sistem wakaf juga telah berjaya menyatukan hati masyarakat Muslim berpusatkan masjid dalam membina sebuah komuniti yang bersatu”, jelas Prof. Dato’ Dr. Mohammad Hj Alias. Dua ucaptama telah [...]
Mohd Shahrul Faizie bin Zaini
Nama Penuh : Mohd Shahrul Faizie bin Zaini Kerjaya Terkini : Pengacara TV Alhijrah, Pengarah Fathul Ridhwan Travel & Tours Sdn. Bhd. Cawangan Putrajaya. Alma/Mater : Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian. Profil Diri Tanggal 10 November 1986, lahirnya seorang bayi yang diberi nama Mohd Shahrul Faizie di Kg. Melayu, Kluang, Johor Darul Takzim. Permata hati kepada Noriza binti Othman dan Zaini bin Ahmad ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang secukupnya. Alam persekolahan beliau bermula di TABIKA KEMAS Bukit Gambir. Beliau melangkah ke alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir sehingga ke Tahun 3 dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Panjang Sari, Pagoh. Alam persekolahan menengah beliau bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Muar sehingga ke tingkatan 5. Mendapat tawaran pelbagai kolej swasta, akhirnya beliau memilih Koleh Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam Dakwah. Pada tahun 2007, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan namun terpaksa dilupakan atas kekangan kewangan. Akhirnya, beliau memilih USIM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam. Ketika di USIM, beliau telah ditemukan dengan pasangan hidup beliau dan mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Kini beliau dan isteri telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau merupakan pelajar yang agak pendiam sewaktu di sekolah menengah. Namun, beliau sangat aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Ketika di sekolah menengah, beliau hanyalah pelajar yang sederhana dalam pencapaian pelajarannya. Namun segalanya berubah apabila beliau mula melangkah ke menara [...]
USIM TERBIT BUKU PUISI MAAL HIJRAH
KAJANG, 9 OKT 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus bergiat aktif dalam memartabatkan seni puisi dengan menghimpunkan 109 puisi dalam penerbitan Buku Puisi Maal Hijrah yang dilancarkan di kediaman Sasterawan ke 6 Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh di Impian Golf Resort Kajang. Puisi ini adalah hasil dari penyertaan peserta dalam Bengkel Penulisan Puisi Maal Hijrah yang berlangsung September lepas di Pusat Kebudayaan USIM yang disertai oleh pelajar Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM, Kakitangan dan Pengurusan Tertinggi USIM, penyair tanah air terdiri daripada PENA, KHUPAS dan tokoh budayawan tanah air. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed berkata bertemakan Maal Hijrah ini mesej-mesej puisi yang disampaikan memberi gambaran dan pengertian hijrah yang lebih luas maknanya. Kepelbagaian cerita dan luahan diungkapkan dengan cara tersendiri oleh penulis muda, amatur dan tokoh penyair tanah air, di mana ungkapan hijrah menjangkau pengertian besar dalam mengajak manusia berbuat baik di dunia dan sebagai insan kerdil pastinya setiap apa yang kita lakukan menjadi fitrah untuk kembali kepada-Nya. “Pada malam ini juga turut dilancarkan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) yang ditadbir urus oleh Pusat Kebudayaan sendiri, di mana mereka adalah terdiri daripada penyair-penyair tanah air dan pelajar Universiti yang mencintai sastera dan budaya”. “Program-program kesenian dan kebudayaan yang telah diadakan seperti ini sebenarnya titik tolak dan penyuntik semangat mahasiswa universiti dalam terus memartabatkan bidang kesenian dan kebudayaan, malah ianya terbukti dapat merangsang skill dan teknik pemikiran selain dapat meningkatkan jati diri dan ekologi moral”, tambah Encik Ismail. Bagi Ahmad Shukor Arifen, [...]
RUMAH MIZAN USIM WAKIL TUNGGAL MALAYSIA REBUT WANG TUNAI AED 10 JUTA DI DUBAI
NILAI, 10 OKT 2016 – Cadangan model rumah pintar yang mesra tenaga oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dinamakan ‘Rumah Mizan’ mengharumkan nama Universiti dan Malaysia apabila menjadi wakil tunggal negara yang terpilih sebagai peserta akhir ke Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 bertempat di Dubai. USIM menempatkan diri bersama-sama 19 universiti lain dari seluruh dunia yang terpilih menjadi 20 peserta akhir ke SDME 2018 yang diumumkan secara rasmi keputusannya oleh penganjur utama, Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) di Dubai Convention and Exhibition Centre. Pengumuman ini dibuat bersempena penganjuran World Green Economy Summit (WGES) 2016 yang berlangsung pada 5 dan 6 Oktober lalu yang dinaungi oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, selaku Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai. “Universiti yang ingin bertanding di dalam SDME perlu mengemukakan cadangan model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar dan FKAB USIM bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan model Rumah Mizan ini. Rumah ini juga perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di rantau ini (Dubai)”. “Pasukan Rumah Mizan mempunyai masa dua tahun untuk mereka bentuk dan membina rumah yang berciri lestari dan mampan ini. Setelah selesai, pasukan akan terlibat dalam sepuluh pertandingan yang berbeza, antaranya meliputi penilaian seni bina, kejuruteraan untuk kelestarian dan inovasi. Ia memberi cabaran dan pengalaman baharu kepada kami dalam menghasilkan sebuah rumah yang menepati konsep ‘clean energy’ ” ujar Ar. Fadli Arabi, Penyelaras Jabatan Senibina, FKAB USIM. Menurut Naib [...]
ALUMNI USIM TIMBA ILMU SEBAGAI DUTA KECIL ARAB DI KLIA
NILAI, 10 OKTOBER 2016 - Berpeluang menimba ilmu dan pengalaman yang berharga merupakan detik-detik manis bagi sebelas orang alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membawa kepakaran dan kemahiran mereka ke persada dunia apabila mereka terpilih sebagai Arabic Ambassador yang ditempatkan di kaunter penerangan di Kuala Lumpur International Airport. Mereka adalah Nur Azilah Mohd Razali, Muhammad Saifullah Razali, Siti Nor Afeeqah Md Azhar, Farah Hanim Zahari, Noor Syamilah Othman, Masiha Al-Sakina Adnan, Siti Farhana Ismail dan Siti Aminah Mohamed, Nor Aida Sharina Abdul Razal, Muhammad Faiez Ghazali dan Robiatulhadawiah Ismail. Melalui hasil perjanjian MoA antara USIM dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, program ini dikenali sebagai Arabic Ambassador di mana mereka ditugaskan untuk membantu pelancong dari Timur Tengah khususnya dari segi hebahan dan pengumuman penting, menjawab pertanyaan umum berkenaan waktu dan lokasi perlepasan dan sebagainya. Menurut Nur Azilah Mohd Razali, 24 tahun berasal dari Kelantan yang merupakan alumni dari Program Bahasa Arab dan Komunikasi USIM, memikul tanggungjawab sebagai penterjemah kepada pelancong Timur Tengah bagi menyelesaikan beberapa masalah antaranya seperti visa, passport, pengumuman solat, pertukaran pintu pelepasan, pembatalan pesawat, penangguhan dan kanak-kanak hilang merupakan rutin harian mereka yang menjadikan mereka lebih bersemangat memantapkan lagi bukan sahaja Bahasa Arab bahkan Bahasa Inggeris. “Selain itu kami turut menjadi juruhebah bagi beberapa penerbangan yang menuju ke Timur Tengah seperti Dubai, Riyadh, Kuwait dan Istanbul kerana kebanyakan mereka juga sering berkunjung ke Langkawi dan Pulau Pinang yang merupakan destinasi pilihan mereka”, jelas Azilah. “Cabaran sebagai Arabic Ambassador adalah apabila untuk memahami penggunaan Bahasa ‘pasar’ atau [...]









