September 2022
Kemerdekaan Yang Diidamkan
Kemerdekaan adalah satu terma yang sudah difahami maksudnya oleh setiap golongan masyarakat. Malah anak-anak kecil yang berada di pra sekolah juga sudah didedahkan dengan makna sebuah kemerdekaan. Hari Kemerdekaan yang disambut saban tahun pada peringkat kebangsaan lebih kepada mengimbau kemerdekaan negara yang telah dikecapi sejak tahun 1957 lagi. Kerana sebuah kemerdekaan, Malaysia sudah mencipta pelbagai kejayaan besar dan rakyat jelata telah menikmati kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Daripada sebuah negara pertanian tanpa peralatan canggih, Malaysia telah menelusuri kejayaan dan perkembangan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan teknologi. Hari ini Malaysia mampu berdiri sebagai sebuah negara berdaulat yang merdeka dan maju dalam sektor pelbagai dan rakyatnya yang terdiri daripada masyarakat majmuk dapat hidup penuh harmoni tanpa sebarang sengketa. Akan tetapi, dalam kita menikmati kehidupan yang merdeka, semakin maju negara, semakin ramai rakyatnya yang menderita dan dibelenggu pelbagai masalah sosial kerana kepesatan dan kemajuan sesebuah negara itu. Malaysia tidak terkecuali. Kita dapat lihat hari ini betapa ramai rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah sosial dan keadaan semakin parah jika tidak ada pengurusan yang baik bagi menangani segala penyakit sosial yang membelenggu dan mengikat jiwa rakyat di dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan itu tidak dapat ditafsirkan secara komprehensif jika sebahagian rakyat menderita kerana dijajah oleh pelbagai penyakit sosial. Masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang belum merdeka kehidupan mereka kerana belenggu hutang yang menjerut leher mereka sendiri akibat daripada kelumpuhan ekonomi dunia pasca COVID-19. Rentetan daripada masalah ini, timbul pula masalah lain iaitu penyakit mental akibat tekanan [...]
MONOGRAF BUDAYA SEMBANG BUKAN GEBANG, Bual Bicara Maya Pertama ke Naskhah Penulisan
Program bual bicara atau talk show bermula dari siaran sembang santai di radio yang kemudiannya berkembang ke siaran televisyen pada sekitar tahun 1950-an walaupun ketika itu televisyen belum begitu popular di Amerika. Menurut Thomas Tennant (2019), populariti pengacara radio semakin menyerlah dan sebahagian mereka beralih kepada rancangan bual bicara di televisyen. Dokumentari The Real Story Of America's Talk Shows telah menamakan Joe Franklin sebagai hos yang pertama yang mengendalikan rancangan talk show di Amerika. Seorang personaliti radio berasal dari New York, Joe Franklin menjadi hos rancangan bual bicara televisyen yang pertama pada tahun 1951 menerusi rancangan The Joe Franklin Show sehingga tahun 1993. Nama besar dan berpengaruh lain turut mendominasi rancangan bual bicara televisyen di antaranya seperti Steve Allen, Arthur Godfrey, Dave Garroway (The Today Show), Jack Paar dan Graham Norton. Selain mempunyai segmen khas yang menumpukan kepada topik perbualan yang santai, rancangan bual bicara membicarakan perspektif yang berbeza, menyampaikan maklumat selain merumuskan perbincangan dan berjaya menarik penonton untuk hadir ke studio untuk mengikutinya secara lebih dekat. Menurut Museum of Broadcast Communications, program bual bicara atau talk show pada asalnya berkonsepkan sesi sembang tanpa skrip atau spontaneous di antara pengacara dan panelis yang dijemput ke dalam program yang ditetapkan oleh stesen radio mahupun TV. Berpaksikan kepada sesuatu topik yang dipilih, pengacara akan menyorong pelbagai soalan yang mengungkap pelbagai isu dan ruang kebitaraan panelis. Perjalanan program bual bicara selalunya tidak terlalu formal dan lebih santai dan mesra penonton. Di Malaysia, rancangan bual bicara menampilkan ramai pengacara selebriti [...]
Usaha Menerapkan Pengisian Jiwa Merdeka Dalam Kalangan Generasi Muda
Dari konteks sejarah, istilah 'merdeka' berasal daripada perkataan Sanskrit 'maharddhika' merujuk kepada erti kaya, makmur dan berkuasa. Ia melibatkan istilah multi dimensi terhadap perbezaan pemahaman dan pengertian merdeka dari aspek yang berbeza. Namun, bagi seluruh rakyat Malaysia merdeka melibatkan perasaan 'kebebasan melalui cinta dan penyatuan bangsa kita' setelah Malaysia bertunjangkan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak, bebas dari koloni Inggeris. Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini diperoleh hasil daripada kerjasama pelbagai peringkat masyarakat tanpa mengira batas sempadan etnik dan agama. Pelbagai usaha wajar direncanakan dan digerakkan di peringkat akar umbi agar proses pembinaan negara bangsa dan jati diri dalam kalangan generasi muda khususnya dapat disemai dan ditanam sejak awal lagi agar ianya bukan hanya simbolik dan retorik semata-mata. Menurut, World Health Organization (WHO), generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang berusia di antara 10 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan generasi yang sedang mencari arah dah hala tuju untuk meneruskan perjalanan hidup di masa hadapan sama ada arah yang dipilih itu baik ataupun sebaliknya. Malahan sebahagian mereka, sedang bergelut dengan perasaan dan jiwa sendiri dalam cabaran mendepani arus hegemoni teknologi yang bakal merosakkan nilai adab, etika dan budaya kebangsaan sebagai warga Malaysia sekiranya golongan ini tidak dibentuk dengan baik. Mereka adalah harapan negara yang bakal mewarisi segala keharmonian dan nilai integrasi yang berjaya diperoleh pada hari ini. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka dengan teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa generasi muda yang merdeka perlu diiringi dengan sentimen perasaan cinta yang kuat [...]
Penawaran Mybrain15 Wajar Dibuka Semula Demi Melestarikan Pembangunan Modal Insan
Melahirkan generasi dan modal insan yang berpendidikan tinggi merupakan aset utama dalam perlaksanaan pembangunan sesebuah negara. Tindakan mengabaikan kepentingan pendidikan bererti mengekang tahap pencapaian negara dan menyekat keperluan individu khususnya golongan pelajar sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Penekanan terhadap kepentingan bidang pendidikan dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukkan terhadap perbelanjaan sektor ini mencatatkan jumlah tertinggi dalam perbelanjaan kewangan negara menerusi bantuan dana, pinjaman dan biasiswa seperti bantuan MyBrain15 yang ditawarkan saban tahun sebelum ini. Hal ini adalah kerana pendidikan dianggap pelaburan jangka panjang yang akan membawa kepada produktiviti negara pada masa akan datang. Namun, setelah bertahun-tahun mahasiswa yang berkelayakan menerima bantuan ini, ianya tidak lagi ditawarkan sehingga hari ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2019 telah mengumumkan bahawa tiada lagi permohonan baru dibuka bagi program Mybrain15 seperti sebelum ini dan ia bakal ditangguhkan ke satu tempoh yang akan ditetapkan. Keputusan ini mendapat pelbagai respon dan maklum balas dalam kalangan masyarakat tambahan lagi melibatkan graduan daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk menampung yuran pengajian mereka. Peningkatan yuran pengajian saban tahun oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara dilihat menjadi faktor kemerosotan minat para graduan ijazah pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan matlamat falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk menyumbang kepada masa depan negara. Secara dasarnya, perlaksanaan Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar [...]
Ogos 2022
USIM jalin kerjasama hasil dokumentari Islamik bersama Nurflix Sdn Bhd
NILAI, 23 Ogos 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Nurflix Sdn Bhd yang matlamat utamanya adalah menyokong keterlibatan industri bersama golongan akademik. Melalui MoU ini, USIM dan Nurflix akan bekerjasama untuk menghasilkan dokumentari bagi merungkai rahsia berkaitan al-Quran dan Sains yang akan turut melibatkan penyelidik-penyelidik dalam kalangan akademik univesiti selain program penempatan Latihan Industri pelajar di industri. Peluang kerjasama antara USIM dan Nurflix Sdn Bhd ini juga membuka pandangan yang lebih kritis antara kedua belah pihak terutama pelajar dan orang ramai tentang platform langganan atas talian berasaskan konsep Islamik dan pembelajaran Islam dalam inisiatif yang berbeza dan kreatif termasuk pencerahan aliran produksi untuk menghasilkan konten-konten yang disiarkan di dalam Nurflix. Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, dalam memperkasakan agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang”, USIM sangat prihatin kepada peranan industri untuk dikongsi bersama mahasiswa khususnya dalam aspek pengalaman sebenar kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang dipelajari menerusi kejaya itu sendiri. Oleh itu, USIM tidak teragak-agak untuk membuka ruang kepada pihak industri untuk bersama-sama membangun mahasiswa di USIM. “Adalah menjadi harapan saya agar kerjasama ini mampu memberikan impak yang signifikan dalam melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berpengetahuan dalam kemahiran produksi serta bidang penyiaran di Malaysia. USIM melalui FKP sentiasa komited untuk menganjurkan program yang bermanfaat kepada mahasiswa agar USIM dapat melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat”, ujarnya lagi. Nurflix adalah platform penstriman video yang [...]
USIM dan Nestle bekerjasama beri pendidikan halal ke Sekolah
NILAI, 22 Ogos 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nestle Product Sdn. Bhd. (Nestle) menjalin kerjasama dalam memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan keperluan kepada pemakanan halal serta kepentingan amalan gaya hidup yang sihat kepada pelajar sekolah. Kerjasama pintar dan strategik ini dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjanjian (MoA) antara USIM dan Nestle di Hotel Tenera Bangi bagi pelaksanaan Program Halal@School with Nestle. Program Halal@School with Nestle adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dengan kerjasama Nestle Malaysia yang mensasarkan penglibatan pelajar sekolah rendah. Para pelajar akan dilibatkan dalam sesi pembelajaran menerusi perkongsian ilmu dan kesedaran berkenaan halal dalam kalangan masyarakat dari setiap lapisan umur. Bertemakan “Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang”, Halal@School with Nestle memberi penekanan kepada pemahaman berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang Halal di kalangan semua individu Muslim dan juga bukan Muslim serta pada masa yang sama cakna kepada produk makanan halal, bersih, selamat dan sihat. Kerjasama USIM dan Nestle menganjurkan program ini telah bermula melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 2018. Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, kerjasama USIM dan Nestle merupakan salah satu langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan halal yang dilaksanakan oleh pihak Universiti kepada masyarakat. “IFFAH USIM merupakan sebuah pusat tanggungjawab Universiti yang menfokuskan keilmuan fatwa dan halal untuk mendidik masyarakat dalam memacu kecemerlangan dan sinergi kelestarian fatwa dan halal di seluruh dunia. Dengan termeterainya perjanjian MoA antara Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) dengan Nestle Malaysia pada hari ini, [...]
Mahasiswa USIM Johan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan
NILAI, 4 Ogos 2022- Najmi Adli Mustafa dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan. Beliau yang merupakan penuntut tahun satu, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menganggap kemenangannya ini merupakan satu ‘kejutan’ buatnya kerana hampir kesemua peserta menampilkan persembahan yang baik. Lebih-lebih lagi penyertaan pertandingan sajak di peringkat daerah yang diadakan pada bulan Julai baru-baru adalah penyertaannya pada saat akhir kerana beliau sedang menghadapi peperiksaan semester. Najmi tidak menyangka bahawa penyertaan tersebut membawa tuah sekali gus meraih Johan dan mewakili daerah Jempol ke peringkat Negeri Sembilan. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed menyifatkan bahawa penyertaan mahasiswa USIM ke pertandingan ini sebagai satu lonjakan semangat untuk mereka terus aktif dalam penganjuran program dalam dan luar Universiti di samping proses mengembangkan bakat mereka”. Pertandingan ini menyaksikan 13 peserta mewakili tujuh daerah Negeri Sembilan dengan penyertaan 6 dari kategori dewasa dan 7 dari kategori remaja. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun pada Pertandingan Akhir Koir Antara Jabatan Negeri Sembilan di Allson Klana Resort, Seremban. Pada majlis yang sama, Najmi turut mendeklamasikan sajak Aduhai Negaraku Permai karya Abdul Hadi Yusof. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Pentadbir Juga Aset Universiti
NILAI, 20 Ogos 2022 - Golongan pentadbir merupakan antara tulang belakang bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Tidak mengira sama ada universiti swasta mahupun awam, tidak boleh dinafikan golongan pentadbir merupakan antara faktor pengukuh dalam memastikan sesebuah universiti dapat bergerak, beroperasi dengan lancar dalam mencapai matlamat dan objektif Pendidikan universiti yang telah ditetapkan. Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia atau dikenali sebagai PRAGMATIS tidak ketinggalan dalam memantapkan peranan dan profesionalisme pentadbir khususnya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terkini, penyertaan ahlinya dalam Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia dan Majlis Anugerah Gemilang MASTI tahun 2022 yang bertemakan “Pentadbir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang” membuahkan hasil apabila persatuan tersebut membawa pulang dua anugerah pada konvensyen tersebut iaitu Anugerah Emas Program Persatuan Terbaik Universiti Awam dan Anugerah Perak Persatuan Terbaik Universiti Awam. Presiden PRAGMATIS, Encik Mohd Salehudin Sukor berkata, “Pentadbir juga merupakan aset kepada universiti. Tanggapan pentadbir yang acap kali dilabel sebagai pekerja belakang tabir atau watak sampingan perlu diketepikan dan peranan mereka sebagai kakitangan kelas profesional seharusnya diperkasakan agar setanding dengan golongan kelas profesional yang lain dan seterusnya kekal bersama-sama membantu memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas universiti”. Sebanyak 14 kertas kerja telah dihantar dan dibentangkan oleh PRAGMATIS pada Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022 ini merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) bersempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat Kebangsaan yang sebelum ini [...]
Tuntutan Palsu Adalah Suatu Bentuk Rasuah
Bulan lalu kita dikejutkan dengan laporan media berkaitan penahanan 37 individu yang terlibat dalam penyelewengan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut bayaran insentif pengambilan pekerjaan dan latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana Kerjaya). Jumlah keseluruhan peruntukan yang dituntut melalui tuntutan palsu ini dilaporkan sebanyak RM100 juta. Beberapa hari lalu pula, media melaporkan seorang kadi yang juga seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Johor (Jainj) telah direman empat hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu dua tahun lalu. Suspek ditahan kerana mengemukakan tuntutan palsu berkaitan elaun perjalanan dalam negeri untuk Oktober 2020 ke Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah. Beiau dikatakan membuat tuntutan menggunakan kenderaan persendirian, sedangkan beliau menghadiri program anjuran JAINJ menggunakan kenderaan jabatan. Dua contoh di atas hanyalah ’tip of the iceberg’ atau sebilangan daripada banyak contoh-contoh kes lain yang kerap berlaku dalam masyarakat sama ada melibat penjawat awam mahupun orang awam. Tidak pelik jika dibuat carian ’tuntutan palsu’ di enjin carian Google, kita pasti akan bertemu dengan ribuan berita dari pelbagai sumber yang memaparkan kisah salahlaku tuntutan palsu yang berlaku di negara ini. Ia seakan menjadi norma dalam masyarakat yang berlaku sejak dahulu sehingga kini. Dari sekecil-kecil jumlah hingga sebesar-besar jumlah wang yang diperolehi secara salah. Ironinya, masih ada yang menganggap membuat tuntutan palsu sebagai suatu kesalahan biasa yang tiada kaitan dengan rasuah. Lebih mengejutkan apabila dapatan di dalam sebuah kaji selidik yang dijalankan ke atas sejumlah 1274 responden di sebuah institusi awam, 22.8 peratus daripada responden tersebut [...]
USIM Anjur Edufair, Beri Info untuk Fasa Kemaskini UPUOnline 2022/2023
NILAI, 17 Ogos 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Program EduFair bersempena dengan Fasa Kemaskini UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf untuk Sesi Akademik 2022/2023 bermula 23 Ogos sehingga 25 Ogos 2022. Menurut Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, program EduFair yang diadakan secara dalam talian ini adalah sebagai inisiatif khas dari USIM untuk membantu para pelajar lepasan STPM/Setaraf mendapatkan maklumat lanjut tentang program akademik yang ditawarkan di USIM secara khususnya dan juga meningkatkan kesedaran kepada para pelajar untuk membuat kemaskini permohonan di UPUOnline dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan. “Ini kerana, ada di antara para pelajar yang terlepas pandang dengan keperluan untuk membuat kemaskini permohonan di UPUOnline supaya para pelajar dapat memilih program pengajian yang tepat berdasarkan syarat kemasukan dan merit yang ditetapkan dan seterusnya diterima masuk ke IPTA yang dipilih,” katanya lagi. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program EduFair ini berlangsung ialah sesi konsultansi bersama para pensyarah, sesi soal jawab bersama pegawai kemasukan USIM dan juga sesi pentas utama yang menampilkan figura terkenal seperti Dr Kamilin Jamilin, slot bersama pegawai kemasukan KPT dan PTPTN. “Oleh itu, saya amat berharap agar para pelajar lepasan STPM/Setaraf di luar sana dapat mengambil peluang ini untuk mendapatkan info dan maklumat penting mengenai program pengajian di USIM dan dapat menghebahkan program ini kepada lebih ramai peserta untuk mendaftar,” katanya lagi. Penyertaan ke program ini adalah percuma dengan hanya mendaftar di portal program EduFair iaitu https://edufair.usim.edu.my dan para pelajar akan dibekalkan dengan pautan zoom untuk [...]