Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2021

USIM Rangkul Anugerah Tokoh Gendang Sari Utama MAKUM

SINTOK, 16 November 2021 -  Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) bagi sesi tahun 2020/2021 menyaksikan 12 jenis anugerah termasuk beberapa anugerah baharu diperkenalkan bagi menghargai pentadbir budaya, tokoh seni budaya dan agensi-agensi yang terlibat dalam kerjasama program anjuran MAKUM. Anugerah Seni MAKUM (ASM) kali ini telah menyampaikan anugerah Khas MAKUM kepada Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ismail Ahmed sebagai penerima anugerah Gendang Sari Utama MAKUM yang mengangkat beliau sebagai Tokoh Seni Budaya MAKUM.  Anugerah ini diberi kepada seorang pentadbir budaya yang terserlah kepimpinannya dan mampu dijadikan contoh dan rujukan pegawai MAKUM dalam mentadbir seni budaya Universti Awam. “Anugerah berprestij ini mampu menginspirasi seluruh kerabat MAKUM dan sahabat budaya di luar sana untuk mencipta nama dan kejayaan di mata dunia. Sebagai pentadbir budaya kita harus menguasai pelbagai bidang ilmu dalam merancang, melaksana dan memperkasa strategi agar kebudayaan dipandang tinggi oleh masyakarat, selain mencipta ekosistem budaya yang mempu berperanan dan dirasai denyut nadinya kepada masyarakat. Ini kerana kebudayaan juga menyumbang dan mampu memperkasa modal insan”. Ismail Ahmed ketika menyampaikan ucapan pebagai penerima anugerah tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi USIM di atas sokongan terhadap program Seni Berbudaya USIM. Buat kali keduanya pada tahun ini ASM diadakan secara dalam talian yang disiarkan secara langsung menerusi facebook dan YouTube MAKUM yang dikendalikan oleh sekretariat MAKUM Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia dilihat lebih berprestij. Menerusi ucapan perasmian ASM oleh Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) UUM, Prof. Madya. [...]

69 Pelatih Kor Suksis USIM ditauliah Inspektor Sukarelawan

NILAI,  16 November 2021 – Seramai 69 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menamatkan latihan sekaligus ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis dalam Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis USIM Tahun 2021 pada hari ini mengikut Standard Operasi Prosedur Fasa Pelan Pemulihan Negara. Pelatih yang terdiri daripada 35 lelaki dan 34 perempuan yang sedang menuntut di peringkat Sarjana Muda menerima watikah masing-masing yang disampaikan oleh Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato’ Dr Mustafa Khan Abduk Samat, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman. Majlis yang diadakan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia kepada pelatih-pelatih Kor Suksis yang telah berjaya menamatkan latihan selama 672 jam dalam tempoh tiga (3) tahun pengajian iaitu selama 6 semester sepanjang pengajian di universiti, dengan modul-modul yang disediakan antaranya Latihan kawad, Latihan Senjata, Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Khidmat Masyarakat. DCP Dato’ Dr Mustafa Khan Abduk Samat dalam ucapannya meletakkan harapan pegawai pegawai Kor Suksis ini mampu menjadi seorang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi serta mampu memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. “Dengan semangat juang tinggi mereka telah berjaya mengharungi penat Lelah, perit maung dalam menjalani latihan yang telah ditetapkan, Syabas dan tahniah diucapkan”, ujarnya lagi. Sementara itu, Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin turut berharap dengan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di USIM, pegawai- pegawai Kor Suksis USIM ini dapat lebih terkehadapan dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. “Sentiasa menjaga [...]

Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM diadakan secara fizikal mulai 23 hingga 30 November ini 

NILAI, 16 November 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-19 secara fizikal mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan bermula mulai 23 November sehingga 30 November 2021 ini melibatkan seramai 2,562 orang graduan terdiri daripada 2,188 graduan bagi program di peringkat sarjana muda dan 374 orang graduan di peringkat pascasiswazah.   Berikutan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang menjadi satu krisis global dengan sektor ekonomi antara yang paling terkesan dan memberi kesan rantaian negatif yang besar, maka “Pandemik COVID-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin" diangkat sebagai tema majlis konvokesyen kali ini bagi mengiktiraf usaha dan pengorbanan seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam mencipta peluang baharu dalam menjana sumber pendapatan dengan lebih kreatif, berinovasi serta memanfaatkan teknologi terkini agar lebih mandiri.  Majlis konvokesyen ini akan dilaksanakan selama lapan (8) hari melibatkan lapan (8) sidang dengan Majlis Perisytiharan Pembukaan Konvokesyen disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tuanku Canselor USIM.   Pada majlis konvokesyen kali ini graduan sulung merupakan graduan dari program Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat bagi Mod Penyelidikan Gunaan (Applied Research) Industri dan Program Sarjana Bahasa Arab (Kesusasteraan Islam).  Sementara itu, bagi memeriahkan majlis, pesta konvokesyen yang saban tahun diadakan, kali ini diadakan secara dalam talian bermula dari 6 hingga 30 November 2021. Antara pengisian menarik sepanjang pesta konvokesyen ini adalah program pertandingan pidato, Kepuk-kepuk United States Dollar (USD), Nino! Nino! Psycho Aid, Noctural Run 6.0, Write it Right!, Pusingan Akhir Daie Fest dan pelbagai program yang telah diaturkan.   Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

Penyelidik USIM terima lebih RM2 Juta Geran Penyelidikan Fundamental (Frgs) dari Kementerian Pengajian Tinggi

NIALI, 12 November 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan bidang penyelidikan yang dipelopori oleh ahli akademiknya apabila menerima peruntukan terkini penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental Fasa 1/2021 bernilai RM2,948,644.00 melibatkan 29 projek penyelidikan USIM yang mencakupi tujuh bidang iaitu Sains Sosial (RM877,130), Sains Tulen dan Gunaan (RM590,310), Sains Kesihatan dan Klinikal (RM530,290), Sastera dan Sastera Ikhtisas (RM522,127), Teknologi dan Kejuruteraan (RM160,087), Warisan Alam dan Budaya (RM125,000) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM65,700). Mendahului senarai penerima dana penyelidikan tertinggi adalah Penyelidik dari Fakulti Pergigian dengan penyelidikan bertajuk Mechanism Studies and Biological Activities of Alpinia Conchigera And 1?S-1?-Acetoxychavicol Acetate Against Clinical Oral Opportunistic Pathogens yang diketuai pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Normaliza Ab Malik dengan nilai geran sebanyak RM198,710. Diikuti Dr. Muhammad Syafiq Alauddin, juga dari Fakulti yang sama dengan tajuk penyelidikan “Elucidating the Properties of High-Performance Polymers Reinforced on Three-Dimensional Printed Removable Denture Base” berjumlah RM198,600. Manakala penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Siti Aisyah Abd Ghafar Unraveling Mechanism of Anti-Tumor and Sub-Acute Toxicity Activity of Silver Nanoparticles Incorporate With Flavonoid-Rich-Strobilanthes Crispus Leaves Against Breast Tumor Model In Vivo menerima peruntukan penyelidikan sebanyak RM193,000. Menurut Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), dengan kelulusan peruntukan geran FRGS Fasa 1/2021 tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penganugerahan geran USIM yang diperolehi sehingga Oktober 2021 adalah berjumlah RM4,657,516 melibatkan pelbagai kategori geran sebagaimana dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Penganugerahan Geran Mengikut Kategori Geran Manakala bagi keseluruhan pencapaian geran penyelidikan mengikut Fakulti/Pusat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) mencatatkan perolehan geran tertinggi dengan [...]

USIM dan International Scientific-Research Center Of Imam Maturidi, Uzbekistan Meterai Perjanjian Kukuh Jaringan Akademik

NILAI, 11 November 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tingkatkan peluang penyelidikan dan penerbitan melalui kerjasama dua hala bersama International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoU) dalam mencapai misi untuk melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat. Antara kerjasama yang akan dijalankan bersama International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan ini termasuklah; Kerjasama dalam kajian dan pertukaran manuskrip sedia ada mengenai Aqidah, Falsafah Islam, sumber Islam dan ajaran Maturidiyyah; Pertukaran maklumat saintifik, kerjasama dalam kurikulum dan antara perpustakaan; Kerjasama aktif dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan; Perkongsian pengalaman antara penyelidik pusat/fakulti; Perkongsian pengetahuan berkenaan pengintegrasian ilmu Naqli dan ilmu Aqli serta kerjasama lain yang berkaitan. Prof. Dato’ Ridza dalam ucapannya berkata, USIM kini sedang berusaha untuk menggembleng dan mengaktifkan kerjasama dengan banyak pihak antarabangsa khususnya bagi tujuan latihan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran. Usaha bersepadu antara semua pihak amat diperlukan dalam melaksanakan agenda untuk memperbaiki ummah. Justeru, ilmu, kemahiran dan nilai berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah hendaklah dikongsi ke tahap optimum dalam konteks pengajian tinggi. ”Melalui kepimpinan Institut Sains Islam (ISI) yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Adnan Mohamed Yusoff, diharapkan dapat membantu meningkatkan keterlihatan USIM di peringkat antarabangsa terutamanya melalui aktiviti akademik, kerjasama penyelidikan, dan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua institusi” ujarnya lagi. Hubungan dua hala di antara USIM bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta pusat penyelidikan di Uzbekistan ini bukanlah yang pertama kalinya diadakan. USIM kali pertama mewujudkan [...]

Pesta Konvokesyen 2021 USIM Membuka Tirai, Dirai Secara Dalam Talian

NILAI, 6 November 2021 – Pesta Konvokesyen merupakan acara wajib yang dinanti-nantikan apabila menjelang Majlis Konvokesyen. Tidak terkecuali bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bakal melangsungkan Majlis Konvokesyen Kali ke-19 pada 23 November ini. Seiring dengan tema ‘Pandemik Covid-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin’, program diterajui di bawah Majlis Perwakilan Pelajar ini buat kali keduanya dijalankan secara dalam talian bagi mengelakkan penularan Covid-19. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen ini telah dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah USIM Encik Mohamad Hariri Mohd Daud secara dalam talian di Facebook Pesta Konvo USIM. Encik Hariri dalam ucapan perasmiannya berkata, walaupun dibuat secara dalam talian, apa pun perubahan lokaliti bagi meraikan graduan ini, semangat untuk meraikan ilmu itu tetap dibawa. Pesta ini boleh dianggap sebagai majlis meraikan ilmu, menjunjung ilmu dan majlis memartabatkan ilmu setelah melalui proses akademik secara berstruktur oleh pihak universiti. “Jadikanlah proses ini sebagai satu proses pembelajaran, seterusnya permulaan kepada sebuah kehidupan baru dengan ‘menumpahkan’ ilmu yang dipelajari untuk dikongsikan kepada bangsa, masyarakat dan yang paling penting agama”. “Kita mahukan graduan-graduan USIM bertebaran di seluruh negara bahkan di seluruh dunia dan akan menjadi pemimpin ummah pada masa akan datang”, ujarnya lagi. Acara sepanjang Pesta Konvokesyen ke-19 dibahagikan kepada enam (6) kluster utama iaitu Kluster Pertandingan, Kluster Wacana Ilmiah, Kluster Sukan, Kluster Ekspresi Seni, Kluster Jualan dan Kluster Perasmian. Bermula pada 6 sehingga 30 November ini, pelbagai pengisian menarik bakal dianjurkan sepanjang pesta konvokesyen ini berlangsung, antaranya program Kepuk-kepuk USD, Nino! Nino! Psycho Aid, Pertandingan Pidato, Nocturnal Run 6.0, Write it Right!, Pusingan Akhir [...]

Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Pendidikan (iLEC 2021), angkat tema Bahasa dan Pendidikan: Norma Baharu

NILAI, 3 November 2021 - Memberi peluang kepada para sarjana membina jaringan ilmu merentasi pelbagai disiplin khususnya bahasa dan pendidikan dengan membawa tema “Bahasa dan Pendidikan: Norma Baharu”, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mengadakan International Language and Education Conference (iLEC2021) baru-baru ini secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Majlis dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM. Penganjuran persidangan ini memberi ruang kepada para ilmuan berkongsi amalan dan dapatan kajian sebagai rujukan dalam menghadapi cabaran-cabaran sejagat seperti pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia. Pada masa yang sama, persidangan ini memberikan penekanan bahawa pendidikan bahasa tetap relevan dalam apa jua situasi dengan memperkasakan tiga bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, segala dapatan dan topik perbincangan yang direncanakan dapat diadaptasi dan dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat dan topik perbincangan yang dibentangkan dapat dijadikan sumber rujukan. Dr Zoraida Mustafa, Pengarah Persidangan Bahasa dan Pendidikan berkata persidangan ini memberi peluang kepada lebih ramai peserta daripada pelbagai organisasi untuk berkongsi pandangan dan dapatan kajian masing-masing. Pandemik yang melanda dunia selama lebih dua tahun ini telah mengubah gaya hidup pelbagai lapisan masyarakat. Bidang pendidikan bahasa juga turut menerima impak yang besar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini adalah kerana pengajian bahasa bukan sahaja merangkumi ilmu-ilmu terapan seperti linguistik dan budaya tetapi juga melibatkan kemahiran Bahasa. “Sehubungan dengan itu, dengan penganjuran iLEC 2021, diharapkan dapat menjadi platform perkongsian penemuan kajian terkini, laporan-laporan daripada kajian tindakan dan lain-lain lagi. Pada masa [...]

Majlis Sanjungan Budi Rai Staf Setia USIM

NILAI, 29 Oktober 2021 - Sebagai menzahirkan simbolik penghargaan kepada staf di atas jasa bakti dan kesetiaan berkhidmat di USIM, satu majlis ringkas yang di urus setia oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Majlis Sanjungan Budi ini telah menyaksikan seramai 151 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia, 17 orang pesara dan tujuh waris staf yang telah meninggal dunia telah menerima penghargaan dari universiti. Dalam ucapan perasmian Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, diharapkan dengan pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini dapat melonjakkan motivasi warga USIM untuk menjadi insan yang bersahsiah dan berkualiti pada masa hadapan. “Kepada semua pesara, semoga dikurniakan kesejahteraan, diberikan kesihatan yang baik dan semoga kenangan terindah berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia sentiasa tersimpan dalam memori”, ujarnya. “Islam mengajar umatnya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa rasa jemu. Mereka sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara malah ia merupakan amanah Allah SWT. Pekerjaan yang terbaik adalah daripada hasil usaha tangan sendiri”, ujarnya lagi. Majlis diserikan dengan persembahan dari Pusat Kebudayaan USIM. Turut hadir Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. [...]

Oktober 2021

USIM muncul Johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya Sprm 2021

NILAI, 27 Oktober 2021 - Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2021 yang berlangsung hari ini. Pendebat USIM yang bertindak sebagai Pembangkang telah berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) selaku Kerajaan dengan usul “ Dewan ini percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar diletakkan di bawah parlimen. Pasukan USIM dibarisi oleh Muhammad Isyraq Husaini Muliadi pelajar Tahun 3 Fakulti Syariah dan Undang-undang, Muhammad Aizudin Radthuan pelajar Tahun 5 Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Ariez Ezzuddin Ramli pelajar Tahun 1 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Muhammad Isyraq Husaini Muliadi selaku ketua pasukan berkata, ini merupakan julung kalinya USIM menyertai pertandingan ini yang memasuki tahun kedua penganjurannya oleh SPRM “Kami bersyukur dapat sampai ke tahap ini, sebelumnya USIM menewaskan pendebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di peringkat separuh akhir”. “Usul yang dicadangkan oleh UNISZA, mereka ingin meletakkan SPRM ini dibawah Parlimen supaya ia bebas dari mana-mana pengaruh parti politik dengan meningkatkan kepercayaan persepsi rakyat terhadap SPRM dan membina ketelusan integriti. Di pihak USIM, kami menyanggah usul perdebatan sekiranya meletakkan SPRM di bawah Parlimen ia akan merencatkan fungsi dan peranan SPRM sebagai sebuah badan bebas rasuah, malah status fungsi SPRM semasa adalah berada dalam keadaan sangat cemerlang dan komited dalam perangi rasuah," ujar Isyraq lagi. Kira-kira seramai 140 peserta daripada 40 pasukan di institut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan MARA (IPMa) [...]

Bahana berita palsu

Bahasa merupakan alat komunikasi sesama masyarakat yang mencerminkan budaya hidup sesuatu masyarakat dan merupakan pengukur keperibadian seseorang individu. Ia bukan setakat alat untuk berkomunikasi tetapi mencerminkan akhlak seseorang penutur. Bahasa yang baik dan bersopan membawa makna perilaku atau tingkah laku seseorang individu yang baik dari segi gerak-geri, tutur kata dan sikap. Pada hari ini bahasa boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, gambar dan isyarat yang boleh tersebar dengan pantas dalam pelbagai bentuk media sosial. Bahasa yang baik boleh memberi informasi dan manfaat kepada masyarakat. Begitu juga bahasa boleh menjadi fitnah dan konfrontasi dalam masyarakat jika tidak menepati realiti.  Sudah menjadi tradisi Islam, ulama-ulama sufi memberi peringatan untuk menjaga lidah yang merupakan alat pertuturan. Pada hari ini masyarakat di samping menjaga lidah, mereka hendaklah menjaga jari-jemari yang merupakan alat penulisan dalam media sosial. Secara verbal mungkin masyarakat merasa berat menuturkan bahasa yang tidak baik. Sebaliknya melalui penulisan mereka bebas dan lancar menulis bagi mengungkapkan sesuatu yang tersirat dalam pemikiran mereka tanpa berfikir panjang dan merasa malu dengan tindakan tersebut. Justeru itu, media sosial menjadi wadah bagi meluahkan perasaan dan pemikiran yang negatif.  Daripada Abu Hurairah RA berkata; pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan pelbagai kebaikan dan bersedekah. Dalam masa yang sama beliau suka mengganggu jiran-jiran dengan bahasanya?”. Lalu  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan hanya solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Rasulullah SAW bersabda: “Dia termasuk penghuni syurga”. (Sahih Bukhari dalam al-Adab al-Mufrod: 119) [...]

Go to Top