Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

November 2022

Pembukaan SUFA USIM 2022 disambut Meriah

NILAI, 24 November 2022 - Setelah dua tahun kampus ‘sunyi’ tanpa penganjuran sukan fakulti berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) bagi tahun 2022. Program yang diterajui oleh Pusat Sukan USIM ini turut mendapat tajaan daripada Extra Joss, Yakult Malaysia , Anna Legacy, DIY Malaysia, Pixxerpro dan RMT Entertainment. Majlis Pembukaan disempurnakan malam tadi oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani bertempat di Dewan Tuanku Canselor.   Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani dalam ucapan perasmiannya berkata, dengan adanya kejohanan seperti ini, ianya dapat membina budaya hidup sihat dan cergas yang memberi impak positif kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang disamping memupuk budaya “USIM Cergas dan Cerdas” selain daripada semangat kerja berpasukan serta integrasi antara pelajar diluar kelas. “Menjadi harapan saya agar kejohanan ini dapat menonjolkan imej USIM sebagai Universiti Awam yang aktif dalam kegiatan berasaskan sukan dan rekreasi”, tambahnya lagi. Kejohanan SUFA merupakan acara tahunan sebagai platform untuk perkembangan dan pembangunan sukan pelajar USIM sebelum menyertai peringkat sukan yang lebih tinggi seperti Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Sukan Universiti Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan kejohanan lain di peringkat KPT. Bermula 23 November sehingga 21 Disember 2022, sebanyak 16 acara sukan utama dipertandingkan antaranya seperti badminton, bola baling, bola sepak, catur, lawn bowls, memanah, ping pong, bola tampar, bola jaring, futsal, petanque, tenis, ragbi sentuh, frisbee, sepak takraw dan olahraga. Dalam majlis pembukaan tersebut menyaksikan Fakulti Syariah dan Undang-undang dinobatkan sebagai kumpulan perbarisan [...]

Pupuk Minat Cintakan Al-Quran Sedari Kecil, Banyak Kebaikannya

Al-QURAN merupakan kitab suci bagi seluruh umat beragama Islam. Ia juga sebagai panduan hidup seluruh umat manusia yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di mukabumi ini. Oleh itu, sewajarnya Al-Qur`an perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal yang demikian, adalah diharapkan agar anak-anak ini terpelihara dari segi sahsiah dan rohaninya. Bagi keluarga yang memang hidup berlandaskan Al-Qur`an dan as-sunnah ianya sangat beruntung kerana hidup mereka pastinya lebih teratur dan diberkati. Sebaliknya, amatlah rugi bagi seorang individu Muslim yang hidupnya jauh dan tiada usaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai bacaan harian apatah lagi tidak mahir membacanya. Seperti Sabda Rasulullah: “Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)  Daripada hadis di atas, dapat dilihat bahawasanya terdapat banyak kelebihan yang Allah berikan kepada ibubapa yang mengajarkan anak-anak mereka membaca al-Qur`an sejak kecil. Dewasa ini, ramai ibubapa telahpun mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka belajar al-Qur`an sejak kecil. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus dan perlu dikekalkan khususnya dalam konteks untuk melahirkan generasi yang berakhlak tinggi dan berkeperibadian mulia. Mengikut pengalaman penulis sendiri, anak-anak kecil lebih mudah diajar dan mudah mengingat setiap huruf dan ayat dalam Iqra`.  Oleh yang demikian, masyarakat harus cakna dengan kepentingan memupuk minat menbaca al-Qur`an sedari kecil. Selain dari membaca Al-Qur`an, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk tadabbur ayat-ayat Al-Qur`an. Secara tidak langsung kefahaman tentang makna ayat [...]

Mahasiswa USIM cakna Undi18, bakal turun padang jalankan tanggungjawab

NILAI, 17 November 2022 - Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) semakin hampir ke kemuncaknya. Pada 19 November 2022 ini bakal menyaksikan pengundi muda berumur 18 tahun akan ‘turun padang’ untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilik pucuk pimpinan yang akan mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Pada Julai 2019, Malaysia mencipta sejarah baharu apabila lebih dari dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 iaitu membenarkan golongan muda yang mencapai umur 18 tahun layak untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya.   Hasilnya, pelaksanaan Undi18 menggunakan pendaftaran pemilih secara automatik akan berkuatkuasa pada pilihan raya kali ini. Bagi saudara Muhammad Zaid Abdul Karim,24, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi Akademik 2021/2022 berpendapat bahawa, penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pola pengundian dalam pilihan raya kali ini seperti mana yang diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Beliau mengambil contoh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang lalu, meskipun belia yang berusia 18 hingga 20 tahun boleh mengundi dalam PRN Johor, kadar peratusan keluar mengundi, terutama pemilih muda tidak seperti yang diharapkan. “Daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Pelbagai analisis diberikan terhadap kadar keluar mengundi yang rendah itu, tetapi tiada pihak berani menafikan bahawa faktor pengundi muda kekal relevan dalam PRU-15”, ujar Zaid. Zaid yang akan menunaikan tanggungjawab membuang undi di Kapar sabtu ini [...]

Undi 18 Penyumbang Besar Buat Negara

Penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun menyebabkan pelbagai pihak memperkatakan mengenai pengaruh dan kesan Undi18 terhadap pola pengundian dalam pilihan raya. Pada peringkat awal, kehadiran Undi18 yang buat kali pertama bakal mengundi dikatakan akan memberi impak besar terhadap perjalanan pilihan raya, termasuk dari segi pemilihan calon, isu kempen dan lebih penting ialah keputusan pilihan raya itu sendiri. Kehadiran Undi18 diuji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka yang lalu. Walaupun buat kali pertama mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun boleh mengundi dalam PRN Johor, kadar peratusan keluar mengundi, terutama pemilih muda tidak seperti yang diharapkan. Daripada 54.92 peratus keseluruhan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi muda dianggarkan hanya di bawah lima peratus. Pelbagai analisis diberikan terhadap kadar keluar mengundi yang rendah itu, tetapi tiada siapa berani menafikan bahawa faktor pengundi muda kekal relevan dalam PRU-15. Ini menyebabkan parti politik secara berterusan memberi fokus terhadap pengundi muda, terutama untuk menggalakkan mereka keluar mengundi. Ketika persidangan Parlimen, antara soalan popular ditanya ialah sejauh manakah usaha kerajaan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengundi muda keluar mengundi. Begitu hebat kuasa pengundi muda. Namun benarkah pengundi muda akan memberi kesan besar terhadap keputusan PRU-15 akan datang? Kebanyakan pihak hanya memberikan gambaran secara umum, iaitu pengundi muda sangat penting, tetapi kajian penyelidik Institut Yusof Ishak (ISEAS) di Singapura, James Chai, boleh membuka persepsi lebih luas terhadap kuasa pengundi muda. Secara umum, Undi18 sepatutnya memperkasakan generasi pengundi baharu. Namun, realitinya tidak semua undi belia [...]

USIM rangkul 9 Emas di PECIPTA 2022, galak kerjasama bersama industri

KELANTAN, 4 November 2022 – Bertemakan “Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society”, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul sembilan Emas, lima Perak dan dua Gangsa bagi produk inovasi yang dipertandingkan di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa Tahun 2022 (PECIPTA’22) yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani mengucapkan terima kasih atas komitmen dan tahniah dengan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang persidangan ini berlangsung, dan berharap produk inovasi ini dapat diketengahkan untuk pengkomersialan agar dapat dikongsikan manfaatnya kepada masyarakat. Manakala, Prof. Madya Dr. Nurlida Basir, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM berkata, USIM menghantar 16 produk inovasi untuk bertanding di PECIPTA 2022, sekaligus merupakan penyertaan yang terbanyak disertai oleh USIM pada kali ini. PECIPTA’22 menyaksikan Prof. Dr. Azman Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) mendapat pengiktirafan Best Award Anugerah Kluster Terbaik Pendidikan bagi produk inovasi bertajuk Global Tahfiz Game (GTG). Menurut Prof. Dr. Azman Ab Rahman selaku Ketua Penyelidik, GTG ini merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat khususnya para huffaz dalam mengukuhkan hafazan dengan konsep gamifikasi serta didik hibur yang lebih inovatif dan efektif. Dibangunkan sebagai produk papan permainan pertama yang berasaskan mashaf al-Quran serta sukatan subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah di bawah subtopik Al-Quran dan Tajwid. “Ia mempunyai tiga aras soalan yang berbeza berdasarkan 30 juzuk al-Quran yang dirangka khas sesuai untuk mereka yang ingin mengukuhkan hafazan. Objektif produk ini adalah untuk meningkatkan kesedaran muraja’ah hafalan Al-Quran melalui medium [...]

Rancakkan kempen #CaknaUNDI untuk galakkan golongan muda keluar mengundi

Pilihanraya umum (PRU) akan datang bakal mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat pertama kalinya negara akan menyaksikan rakyat Malaysia seawal umur 18 tahun dapat menjalankan tangggungjawab mereka sebagai pengundi. Berkuatkuasa pada 15 Disember 2021 yang lalu juga, seperti yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, semua pengundi berumur lapan belas tahun dan ke atas termasuk mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi akan didaftarkan secara automotik. Ini bermakna terdapat pertambahan kira-kira 6 juta pengundi baharu yang menjadikan jumlah pengundi pada pilihanraya umum akan datang naik daripada 14.9 juta kepada kira-kira 21 juta pengundi. Penurunan tahap umur pengundi dan pertambahan jumlah pengundi dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dalam negara menuju ke arah sistem demokrasi yang matang. Namun kenaikan jumlah pengundi dijangka bakal memberikan implikasi kepada jumlah peratusan keluar mengundi pada PRU ke-15 yang dijangka akan diadakan pada masa terdekat ini. Pada PRU ke-13 dan ke-14 yang lalu, rekod keluar mengundi masing-masing mencatatkan jumlah yang memberangsangkan iaitu sebanyak 85% dan 82%, meningkat daripada 76% berbanding PRU ke-12. Namun dilihat daripada trend rekod keluar mengundi Pilihanraya Negeri (PRN) di Sabah, Sarawak dan Melaka yang diadakah selepas PRU ke-14, peratusan mengundi hanyalah sekitar 60%. Lebih membimbangkan, peratus keluar mengundi pada PRN terkini di Johor yang diadakan pada Mac 2022, dimana buat pertama kalinya mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh keluar mengundi, rekod keluar mengundi hanyalah sekitar 55%. Persoalannnya adakan trend ini akan berterusan pada PRU ke 15 akan datang dan mengapakah perkara ini berlaku? Benarkah anak muda di [...]

Memenangi hati dan minda pengundi Muda: TikTok sebagai platform komunikasi politik

Sebut sahaja tentang platform media sosial TikTok, ramai mungkin membayangkan klip video pendek tular yang memaparkan tarian, gurauan atau ajukan suara-suara lawak yang menjadi satu fenomena di kalangan anak muda hari ini. Namun platform yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 ini bukan lagi menjadi sekadar trend media bersifat sementara, tetapi sebagai satu daya kuasa penting dalam ekosistem media. Ia menjadi wadah terutama bagi golongan muda untuk berhibur, mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan. Maka tidak hairanlah hari ini TikTok menjadi platform pilihan bagi ahli politik dan organisasi politik untuk memenangi hati dan minda golongan muda. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terhadap dua ribu bakal pengundi yang berumur 18 tahun dari seluruh negara mendapati bahawa platform TikTok menjadi saluran utama bagi mereka mendapatkan maklumat berkenaan politik (26.3%), di ikuti dengan Instagram (22.2%) dan Facebook (17.3%). Dapatan ini adalah penting kerana golongan pengundi muda ini dilihat sebagai King makers pada pilihanraya umum ke 15 akan datang. Dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun berkuat kuasa pada Disember 2021, kuasa politik pengundi kali pertama dilihat amat penting. Ini bermakna penambahan 5.8 juta pengundi berumur antara 18 dan 21 tahun menjadikan jumlah pengundi berdaftar negara, yang kini 15.8 juta, meningkat sekitar 40% kepada 21.1 juta pengundi pada pilihanraya umum akan datang. Justeru untuk memastikan pengundi muda turun pada pilihanraya ke 15 nanti, platform TikTok hendaklah menjadi antara platform utama yang perlu dieksploitasi oleh organisasi [...]

Kaunseling Jalan Menuju Bahagia

Jalan menuju bahagia itu ada pelbagai, salah satunya adalah melalui ‘katarsis jiwa’ atau kelegaan emosi yang dapat dicapai semasa sesi kaunseling. Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting dalam menambahbaik status kesihatan mental rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Statistik menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44,061 panggilan. Tambah gusar adalah apabila statistik tingkah laku bunuh diri juga berada pada kadar yang membimbangkan dan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus pada tahun 2021 (1,142 kes) berbanding dengan 631 kes yang dilaporkan pada tahun 2020. Apa yang menyedihkan apabila majoriti masyarakat Malaysia masih mempunyai stigma kepada individu yang mempunyai masalah mental. Disebabkan oleh stigma yang muncul ini, ramai antara penghidap masalah mental malu untuk tampil mendapatkan bantuan kaunseling ataupun rawatan di mana-mana klinik ataupun hospital kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘gila’. Justeru, sebagai salah satu langkah dalam mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat Malaysia berkaitan isu kesihatan mental ini, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Bulan Kaunseling Kebangsaan ini disambut sepanjang bulan Oktober dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh badan-badan seperti Lembaga Kaunselor termasuk agensi kerajaan, Institut Pengajian Awam/Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain pihak. Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2022 yang bertemakan “Emosi Sejahtera Hidup Bahagia” menampilkan [...]

Seni Budaya Malaysia Pikat Hati Peserta UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022

NILAI, 3 November 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan kira-kira 41 orang peserta Kursus Residency Knowledge for Change Mentor Training Program (UNESCO K4C MTP) anjuran Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menerusi Mizan K4C Hub dengan kerjasama UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility of Higher Education dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang bermula pada 30 Oktober 2022 hingga 6 November 2022. Lawatan yang mengambil tempat di Panggung Seni Pusat Kebudayaan USIM berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran peserta diiringi paluan kompang serta dijamu dengan pelbagai hidangan tempatan dan tradisional Malaysia selain dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat oleh artis Pusat Kebudayaan USIM. Sempat diperkenalkan dengan busana-busana tradisional Negeri Sembilan, peserta UNESCO K4C MTP juga tidak melepaskan peluang mencuba dan bergambar dengan mengenakan perhiasan tradisional yang disediakan. Hadir sama dalam di majlis tersebut adalah UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education Prof. Emeritus Dr. Budd Hall, Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib serta Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

MIZAN K4C Hub USIM Tuan Rumah Program UNESCO K4C Learning Residency 2022

KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – UNESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022 merupakan program latihan antarabangsa bagi melahirkan mentor-mentor penyelidikan berasaskan komuniti di kalangan semua penggerak masyarakat yang terdiri daripada ahli akademik dan organisasi sosial dari seluruh negara. Diterajui oleh Pusat Penyelidikan Mizan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Mizan K4C Hub dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Pada tahun 2022 ia dilaksanakan di Malaysia, Kursus residensi pembelajaran UNESCO K4C (UNESCO K4C Learning Residency) kali ini menghimpunkan mentor dari kohort ke lima hingga lapan bermula dari 30 Oktober hingga 6 November 2022. Menurut Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib, kursus ini yang dikelolakan oleh School of Continuing Studies, University of Victoria (UVic) Canada selama 21 minggu menerapkan tiga komponen utama pembelajaran iaitu aktiviti pembelajaran atas talian dari UVic, pembelajaran menerusi residensi bersemuka selama dua minggu di Kuala Lumpur, dan kerja lapangan yang akan dijalankan bersama komuniti tempatan di lokasi masing-masing. “Seramai 41 mentor dari lapan negara iatu Burkina Faso, Afrika Selatan, Mexico, Ireland, Canada, India, Indonesia, dan Malaysia mengikuti kursus residensi K4C di Kuala Lumpur pada tahun ini dengan objektif utama adalah untuk melatih kemahiran penyelidikan berasaskan penyertaan komuniti (CBPR) menerusi kerjasama pelbagai pihak. Program ini mengiktiraf proses perkembangan ilmu tidak hanya berlaku di universiti tetapi boleh dilaksanakan secara aktif dilapangan. Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara [...]

Go to Top