Januari 2021
MoBotDer mampu kesan serangan siber terhadap telefon pintar
NILAI - Serangan siber bukan lagi perkara baru yang berlaku di serata dunia dan di Malaysia khususnya. Ia bukan saja disasarkan kepada sistem, peranti yang berkepentingan. Turut menjadi mangsa adalah orang awam yang kurang memahami bentuk serangan siber masa kini. Dalam dunia tanpa sempadan, pengguna komputer adalah sentiasa berhadapan dengan jenayah ini. Seperti penipuan, pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian dan penggodaman maklumat dan sebagainya. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi utama digunakan untuk tujuan perbankan, media sosial menjadikan informasi dan hebahan boleh dicapai dan diakses dengan mudah di mana sahaja kita berada. Tetapi risiko kecurian maklumat peribadi juga amat tinggi. Justeru itu, sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menggunakan capaian internet dan membuka sesuatu laman web yang mencurigakan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan inovasi yang diberi nama MoBotDer diilhamkan melalui konsep apoptosis atau dikenali sebagai cell-programmed death. Ia diambil dari konsep Sistem Imunologi Manusia. MoBotDer mampu mengesan dan menjangkakan sebarang serangan siber dengan menggunakan permission (kebenaran) dan Application Programming Interface (API) di dalam telefon pintar. Aplikasi ini mempunyai 745 klasifikasi baharu yang mempunyai kaitan dengan eksploitasi botnet (rangkaian bot ) mudah alih. Ia direka untuk menyemak tahap keselamatan aplikasi mobil berdasarkan 5 ciri pengawasan yang utama iaitu geolokasi (GPS), kamera, audio, SMS dan daftar panggilan. Kebanyakan eksploitasi yang berlaku dilaksanakan melalui lima (5) aspek utama ini. Prof Madya Dr. Madihah Mohd Saudi selaku Ketua Penyelidik projek ini berkata, matlamat produk ini adalah untuk menjadi satu medium pengesanan dan pengjangkaan terhadap eksploitasi serangan siber kepada pengguna telefon pintar, terutamanya pengguna Android. Masa [...]
63 Kadet Kor-SISPA USIM Ditauliah sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam kali ke 11
NILAI, 10 Januari 2021 - Seramai 63 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) USIM bagi tahun ke 11 yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM. Walaubagaimanapun, akibat kekangan penularan Wabak Covid-19 serta bencana banjir yang melanda negara, seramai 20 Kadet akan menerima pentauliahan menerusi siaran langsung menggunakan aplikasi dalam talian. Majlis bersejarah bagi meraikan kejayaan kadet yang telah berjaya menamatkan sesi Latihan selama 2 tahun ini dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan dengan pelaksanaan norma baharu masa kini. Majlis Pentauliahan ini dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa selaku Komandan Kor-SISPA USIM dalam ucapannya menyeru agar menerusi program Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) ini melahirkan graduan yang holistik dengan memiliki kecemerlangan akademik dan Kemahiran Insaniah (soft skill) yang tinggi, memiliki kelebihan sebagai personaliti unggul (Towering Personality) dalam masyarakat serta memiliki kelebihan dalam menempuhi alam pekerjaan yang mencabar nanti. “Sudah pastinya di USIM, keseimbangan dan elemen ilmu iaitu secara Naqli dan Aqli amat penting bagi membolehkan graduan menimba ilmu moden dan pada yang sama mendapat suntikan roh dan nilai-nilai murni berlandaskan prinsip Islam agar berupaya menjelmakan generasi ummah cemerlang yang bersedia berbakti untuk negara”. Manakala Pegawai Kadet Terbaik telah dianugerahkan kepada Leftenan Muda Muhammad Afiq Irfan Hisham. Beliau yang berasal dari Kot Bharu Kelantan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa [...]
USIM dan KPT ziarah keluarga pelajar USIM yang lemas di Kluang Johor
NILAI, 10 Januari 2021 -Ketika Negara dilanda banjir di beberapa buah negeri, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan Pelajar Tahun 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, 21, yang ditemui lemas selepas kenderaan yang dinaikinya terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kampong Bentong, Kluang Johor pada 4 Januari lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhomat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad turun padang menziarahi ahli keluarga Allahyarham bersama wakil Pengurusan Universiti Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhabban. Dalam kunjungan ziarah ini, turut diadakan majlis tahlil ringkas yang dipimpin bacaan doa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) saudara Muhammad Hannan Mohd Haniff. Sumbangan dari pihak USIM dan KPT turut diserahkan kepada keluarga Allahyarham, dan diharapkan dapat memberi semangat dan melancarkan urusan keluarganya selepas ini. Jenazah Ikmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan. Bapa arwah, Encik Mahasan Mohd. Daud, 50, berkata, pada Ahad lalu mereka sekeluarga kecuali Ikmal pulang ke kampung di Kelantan. “Sepanjang perjalanan itu, hati saya rasa sayu sebab tak dapat bawa dia bersama kami untuk merasai pengalaman menaiki kereta api Bukit Korek di Kelantan. Ikmal atau nama panggilan Kim tidak mahu ikut kami kerana dia ada kelas online. “Kali terakhir saya bercakap dengannya iaitu sehari sebelum kami pergi ke Kelantan. Saya beritahu dia kalau hendak ke mana-mana, mesti maklumkan kepada saya dan ibunya walaupun nak ke kedai berdekatan [...]
Amanat 2021 Menteri KPT menggariskan enam fokus strategik
PUTRAJAYA, 8 Januari 2021 – Mendepani cabaran 2021 ketika dunia masih bergelumang dengan pandemik Covid-19 ini, warga pendidik, ibu bapa serta pelajar harus mempersiapkan diri dan mempunyai anjakan paradigma menerima senario baharu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang akan diteruskan secara dalam talian sehingga penularan covid-19 ini reda dengan jumlah kes jangkitan dapat dikurangkan. Hakikatnya ia semestinya satu cabaran yang besar buat ibubapa untuk menyediakan keperluan PnP norma baharu ini. Juga warga pendidik tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian yang memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang cekap lagi pantas. Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menggariskan enam fokus strategik di Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2021 yang bersiaran secara langsung melalui Facebook Rasmi KPT pada 7 Januari lalu. Iaitu Memperkasakan Agenda Pendigitalan Pendidikan, Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik, Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan, Memacu Kesejahteraan Komuniti, Mempersada Kecemerlangan Institusi, dan Menyemarakkan Semangat #KPTPrihatin. “Bagi memastikan bahawa enam fokus strategik yang saya nyatakan tadi dapat dilaksanakan, saya ingin mencadangkan supaya kita dapat menerapkan nilai organisasi yang saya ringkaskan sebagai 5S, iaitu Speed; Synergy; Solidarity; Strategic; dan Standard”. “Pertama Speed merujuk kepada kepantasan dalam bertindak dan melaksanakan sesuatu tugasan. Saya mahu supaya dalam setiap diri warga kerja KPT diterapkan budaya kepantasan bertindak atau cepat dalam membuat keputusan. Sesungguhnya kecemerlangan penyampaian perkhidmatan hendaklah berpaksikan kepada budaya kesegeraan supaya kita terus berdaya saing dan kekal relevan. Kita perlu mengubah minda agar sentiasa ingin menjadi lebih baik dan bersedia mencabar status quo serta keluar dari kepompong [...]
Disember 2020
Hikmah solat awal waktu
Salah satu kewajipan kita terhadap Allah SWT adalah dengan menunaikan solat pada awal waktu. Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi mengenai amalan paling utama ialah solat diawal waktu. Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" Baginda menjawab: "Solat pada awal waktu." (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155) Seperti yang kita tahu, banyak kelebihan dan keistimewaan bagi hamba-Nya yang menunaikan solat di awal waktu. Ada yang merungkai dari segi saintifik, meditasi dan kesihatan. Tertarik dengan apa yang dikongsi seorang blogger, Nurisa Omar. Contohnya, pada waktu Subuh, ia berkait rapat dan sangat mempengaruhi sistem metabolisme dalam badan. Ini diterangkan bahawa alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Sebab itu hadis untuk berpagi-pagian sentiasa dikongsi oleh pakar motivasi. Rasulullah SAW bersabda: "Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan." (Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar) Manakala waktu Zuhur pula, spektrum pada waktu ini berkait rapat dengan frekuensi perut dan hati di mana ia berhubung dengan sistem penghadaman. Seterusnya waktu Asar, ia dinyatakan frekuensi ketika ini berkait dengan sistem yang ada pada prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Dengan solat Asar pada awal waktu akan memberi kesan yang baik kepada organ kesuburan. Selain itu, kelebihan solat awal untuk waktu Maghrib ada dijelaskan kaitan dengan unsur keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Di [...]
Pendigitalan Pendidikan
Dalam era moden ini, rakyat Malaysia perlu menjadi individu yang proaktif serta mampu bergerak maju ke hadapan dengan mempunyai fikiran yang kreatif dan kritis dalam mengharungi samudera kehidupan. Segala cabaran yang dihadapi perlu diatasi dengan matang seperti isu ekonomi, politik dan sosial. Semua ini haruslah ditangani dengan baik tanpa mewujudkan perbalahan dan salah faham antara satu sama lain. Namun begitu, isu pendidikan juga perlu dititikberatkan kerana ia memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi akan datang dan mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh. Ilmu pengetahuan adalah satu skop yang besar dan mempunyai cabang yang tersendiri dalam aspek-aspek tertentu. Setiap orang bermula dari individu yang berusia muda sehinggalah yang sudah meningkat dewasa adalah sangat perlu untuk mengutamakan ilmu dalam kehidupan. Hal ini kerana, orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam hadis ada menyebut: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”. - (Hadith Riwayat Muslim) Ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu seperti dapat membezakan antara hak dan batil. Orang yang menuntut ilmu juga akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, serta mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Di samping itu, Allah akan meninggikan darjat orang yang berilmu beberapa darjat seperti yang telah difirmankan dalam Surah Al Mujadilah ayat 11. Seperti yang kita ketahui, Pendidikan Abad Ke-21 sering menjadi sebutan oleh Kementerian [...]
Inisiatif USIM dalam Pengurusan Hal Ehwal Pelajar sewaktu pandemik COVID-19
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sentiasa bersama kerajaan dalam usaha membendung penularan COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga. Bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan pada 18 Mac 2020, pelbagai tindakan proaktif telah diunjurkan oleh Pengurusan Universiti dan khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah memikul peranan dan tangungjawab besar dalam memastikan perihal kebajikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang baik dalam pelbagai aspeknya. Sejajar dengan keperluan semasa, USIM sentiasa menyusun perancangan yang rapi bagi memastikan kebajikan pelajar dan keselamatan warga USIM terjamin. Sehingga kini walaupun negara masih dalam pandemik Covid-19, Pengurusan Universiti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyediakan inisiatif yang bersesuaian dalam menghadapi cabaran suasana norma baharu. Mari ikuti temu bual bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. S1 Bermula dari awal penularan dan melihat kepada keadaan semasa kini, bagaimana Prof. melihat perancangan dan pengurusan hal ehwal pelajar di USIM? Inilah buat pertama kalinya kita menghadapi cabaran pengurusan pelajar dalam suasana pandemik. Ianya suatu pengalaman dan cabaran baharu. Begitulah juga dengan perancangan dan pengurusan para pelajar yang ada di kampus mahupun yang berada di kampung halaman masing-masing. Para pelajar adalah pemegang taruh kita yang paling utama. Daripada awal lagi pihak BHEP telah membuat penyelarasan dalam pelaksanaan program pembangunan pelajar. Kita juga telah menentukan prioriti khususnya dalam memastikan para pelajar berada dalam keadaan yang selamat. Ini termasuklah menjaga kebajikan fizikal dan mental pelajar serta memastikan aktiviti pembelajaran berjalan [...]
Menggilap potensi Poliglot Profesional
Istilah poliglot mungkin sesuatu istilah yang agak asing bagi sesetengah orang namun menjadi kebiasaan kepada pemain dalam bidang industri pekerjaan terutama dalam bidang terjemahan, bahasa, penulisan, suntingan dan pembacaan pruf. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan poliglot sebagai seseorang yang mengetahui, menguasai atau mengandungi banyak bahasa. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum seseorang itu boleh diiktiraf sebagai poliglot? Jika diimbas sejarah tokoh-tokoh terdahulu, seorang ahli falsafah Islam terkenal iaitu Al-Farabi (872-950) merupakan seorang polymath yang menguasai banyak bahasa. Ratu England Elizabeth I (1533-1603) pula dilaporkan mampu bertutur dalam 10 bahasa termasuklah Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, Belanda, Latin, Welsh, Cornish, Scot dan Irish. Tokoh lain seperti Dato Mahamud bin Abdul yang berjaya mengangkat martabat Bahasa Arab ke tahap yang tinggi dalam penyebaran ilmu dan pemerkasaan bahasa Arab di Malaysia dan nusantara. Selain itu, kita mengambil contoh figura terkenal dalam bidang seni iaitu Dato’ Mahadzir Lokman yang mahir bertutur bahasa Perancis, Sepanyol, Itali, Portugis dan Jepun. Usaha tingkat penguasaan bahasa Berdasarkan kajian English Proficiency Index, Malaysia memperolehi skor sebanyak 58.55 peratus dan menduduki tempat ketiga di Asia. Ini menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi. Namun, bagaimana pula dengan penguasaan bahasa asing yang lain? Penulis berpandangan bahawa usaha meningkatkan penguasaan bahasa asing yang baik secara profesional pesat dilakukan di Malaysia, termasuklah inisiatif penawaran program akademik di peringkat pengajian tinggi. Tambahan pula, kesemua 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia menawarkan peluang kepada bakal pelajar untuk menguasai bidang bahasa, lingusitik dan [...]
USIM capai lima bintang SETARA sesi 2018/2019
NILAI, 25 Disember 2020 - Tahun 2019 menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mencapai lima bintang kategori Mature Universiti yang disertai oleh 86 IPT dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Malaysia (SETARA) 2018/2019. Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, peningkatan penarafan SETARA ini disebabkan oleh banyak faktor utama. Pertama, hasil usaha serius USIM meningkatkan kualiti akademik dan PdP disemua fakulti dan pusat pengajian di sepanjang tahun 2018 dan 2019. Ini telah menyaksikan peningkatan hampir 100% program akademik yang ditawarkan oleh USIM telah berjaya memperolehi status akreditasi penuh (Full Accreditation) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). “Kedua, peningkatan kualiti akademik dan inisiatif meningkatkan kebolehpasaran graduan telah meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan USIM pada tahun 2019 iaitu 81% berbanding hanya 71% pada tahun 2018 turut menyumbang kepada peningkatan penilaian data SETARA”. “Ketiga, hasil usaha dan kerjasama yang baik diberikan oleh semua fakulti dan pusat tanggungjawab berserta dengan penyelarasan yang baik oleh Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX), turut menyumbang kepada pengurusan dan kesempurnaan data yang dinilai”. Beliau menambah lagi, ada beberapa aspek utama yang perlu penambahbaikan dan diberi perhatian. Antaranya, USIM perlu usaha yang berterusan dan berkesan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan dan penerbitan. Ini penting untuk meningkatkan visibility dan impak USIM dalam dunia keilmuan diperingkat antarabangsa. Keduanya, USIM juga perlu berusaha lebih keras meningkatkan aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan untuk meningkatkan sumber pendapatan universiti dan tidak terlalu bergantung yuran pelajar. Ketiga, USIM perlu terus terus berusaha untuk meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa dalam semua program [...]
YaPEIM sumbang RM 20,531 kepada pelajar B40 USIM
NILAI, 28 Disember 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat) melalui Program Inspirasi Musaadah Covid-19 oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bernilai RM 20, 531.00. Sumbangan berbentuk makanan itu yang diagihkan kepada 419 pelajar Bottom 40 (B40) dalam kalangan pelajar Tamhidi USIM yang telah bermula pada 16 Oktober 2020 sehingga 29 Disember 2020. Menurut wakil YaPEIM, Mohd Rohaizad Ahmad, sumbangan ini bertujuan membantu pelajar-pelajar yang terkandas di Negeri Sembilan, justeru USIM dan UiTM sebagai penerima sumbangan ini. “Untuk Program Inspirasi Musaadah Covid-19 ini sebenarnya mempunyai dua bentuk program iaitu Dry Food dan Ready-to-Eat. Namun, untuk USIM, pelajar diberikan sumbangan berbentuk makanan (Ready-to-Eat). Diharapkan mendapat manfaat kepada semuanya,” katanya. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM pula berkata, beliau amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan oleh pihak YaPEIM dan ini sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan para pelajar Tamhidi USIM melalui bekalan makanan percuma. “Saya mengharapkan agar sinergi bersama YaPEIM melalui Program Food Bank ini dapat diteruskan pada masa akan datang seterusnya pelajar USIM dapat berpeluang bekerjasama dengan pihak YaPEIM untuk program-program kebajikan dan kesukarelawanan bersama YaPEIM Negeri Sembilan pada masa akan datang,” katanya lagi. “Setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak YaPEIM yang menjayakan misi Musa’adah Covid-19 ini yang telah banyak membantu golongan yang memerlukan dan terjejas,” tambahnya lagi. Menurut salah seorang penerima sumbangan, Nurlynn Jannatul Asyharin binti Hamid Jan, pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang berkata dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan duit perbelanjaan harian. Selain itu, makanan yang disajikan [...]