Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Julai 2020

USIM tubuh pasukan khas pupuk kesedaran pembuangan pelitup muka secara berkesan

NILAI, 9 Julai 2020 -  Covid-19 telah mengakibatkan pembelian dan penggunaan PPE (personel protective equipment) seperti pelitup muka meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Daripada satu aspek, ini menandakan bahawa masyarakat dunia peka terhadap penjagaan kesihatan diri daripada Covid-19. USIM mengambil inisiatif untuk melihat pada salah satu isu pasca Covid-19 yang terkesan secara global iaitu pembuangan pelitup muka terpakai daripada sumber orang awam. Beberapa inisiatif melalui pendekatan secara glokal telah dikenalpasti dan ini bermula dengan perancangan pelaksanaan untuk Kempen #USIMjagasemua: Program Kesedaran Dan Pendidikan Impak Pembuangan Pelitup Muka Secara Berkesan. Program ini dijalankan oleh satu pasukan PPE Disposal Taskforce terdiri daripada beberapa penyelidik USIM daripada berbagai bidang yang merangkumi bidang kesihatan, alam sekitar, perundangan, ekonomi dan juga fiqh. Menurut Dr Nuruliza Roslan selaku pengarah program, peningkatan pembuangan pelitup muka yang terpakai amat merisaukan dan menjadi satu kebimbangan yang besar kerana impaknya dari segi kesihatan dan keselamatan manusia sejagat serta kepada alam sekitar di mana telah dilaporkan bahawa lambakan pelitup muka terpakai ini telah dijumpai di perairan laut dalam. ”USIM bertindak sebagai pilot program dalam menyediakan SOP tong sampah khas untuk pembuangan pelitup muka terpakai. Pada peringkat awal ini, perbincangan bersama sekolah telah pun di mulakan dengan Sekolah Menengah Agama Nilai yang merupakan sekolah angkat USIM”. ”Kami berpandangan bahawa ianya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan juga negara dalam memastikan penjagaan kesihatan dan juga alam sekitar terpelihara”, tambah Dr Nuruliza Roslan.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, [...]

USIM dan IBFIM jalin kerjasama dalam bidang audit shariah

NILAI, 8 Julai 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) perluas jalinan kerjasama dalam bidang kewangan Islam bersama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) melalui satu majlis menandatangani memorandum perjanjian  (MoA) yang berlangsung di Lounge Canselori. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin disaksikan oleh Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Prof. Dato Dr. Mustafa Mohd Hanefah. Manakala IBFIM diwakili oleh Tuan Yusry Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM dan disaksikan oleh Tuan Haji Mohammad Khairi Saat Ketua Pembangunan Bakat dan Latihan IBFIM. Melalui perjanjian ini, penawaran program Certified Profesional Shariah Auditor (CPSA) akan dibangunkan oleh kedua-dua pihak yang dijangka berlangsung selama 3 tahun. Menurut Prof. Dr. Zurina Shafii, Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dan IBFIM telah bekerjasama dari awal lagi dalam menjayakan beberapa program. Antaranya, seramai 31 orang peserta telah Berjaya menamatkan program CPSA ini yang terdiri daripada ahli-ahli Association of Malay Chartered Accountants Malaysia (AMCAF) dan juga pelajar tahun akhir dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM 2019. “Program CPSA ini merupakan kajian berkenaan audit shariah yang dilaksanakan oleh sebuah pasukan kajian di bawah Kluster Accounting, Auditing and Governance in Islamic Institutions (AAGII) yang di selia dibawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM sejak tahun 2009 lagi. Melihatkan kepada potensi bidang audit shariah, AAG11 yang diketuai oleh Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah telah mengorak langkah dengan memperkenalkan silibus pengajian audit shariah bagi program-program prasiswazah di bawah FEM bermula 2010. Ini disusuli oleh penerbitan buku ilmiah pertama berkenaan audit shariah terbitan USIM yang diberi nama Governance [...]

Jun 2020

Prosumer kalangan belia di sektor agromakanan

Meneliti dokumen Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020, ia jelas menunjukkan pertumbuhan sektor agromakanan pada 2017 menyumbang nilai yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu RM37.2 bilion serta jumlah perdagangan sebanyak RM83.0 bilion. Sepanjang 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak RM41.1 bilion kepada KDNK. Sektor itu amat penting bukan sahaja dalam memastikan sekuriti makanan negara terjamin malah memberi manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan kumpulan sasar, terutamanya golongan petani, penternak, nelayan dan usahawan berasaskan agromakanan. Menurut dokumen itu, bagi memastikan pembangunan agromakanan negara terus kompetitif, kerajaan memberi perhatian dengan melaksanakan reformasi bertujuan meningkatkan daya saing kumpulan sasar. Mereka disokong dengan penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti serta memperkasakan pemasaran pengeluaran agromakanan. Namun, kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menjejaskan banyak sektor ekonomi termasuk agromakanan. Bagi memulihkan sektor itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun lepas, mengumumkan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dana agromakanan sebanyak RM350 juta kepada pengusahanya. Pengangguran belia Melihat kepada besarnya potensi serta pentingnya sektor agromakanan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan, golongan belia yang berminat atau masih menganggur boleh menceburinya. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES) mengunjurkan pada 2020, belia di negara ini yang berusia 15 tahun hingga 30 tahun akan berjumlah lebih sembilan juta orang. Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran pekerjaan di negara ini akibat COVID-19 tentunya sukar untuk [...]

Penularan wabak COVID-19 di kalangan pekerja asing di Malaysia

Jumlah pekerja di Malaysia dianggarkan berkisar antara 2.96 juta hingga 3.26 juta pada tahun 2019. Dari jumlah tersebut, jumlah pekerja asing dianggarkan seramai 1.23 juta hingga 1.46 juta. Keadaan hidup mereka yang sesak dan sempit dengan pengudaraan yang kurang baik, kebersihan yang tidak terjaga, dan akses terhad kepada air bersih; semuanya merupakan unsur pembiakan dan penyebaran penyakit berjangkit. Ini menghalang langkah-langkah peribadi yang perlu diambil untuk mencegah wabak COVID-19 dari merebak di kalangan mereka. Seperti yang telah kita lihat, sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terdapat peningkatan ketara jumlah kes yang melibatkan pekerja asing.Berikutan itu, penulis memutuskan untuk mengadakan sesi temu bual di kalangan 30 pekerja asing (76.9% lelaki dan 23.1% wanita) di sekitar Negeri Sembilan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (RMCO) untuk menyelami dan memahami keadaan dan amalan hidup dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di kalangan mereka. Pekerja asing tersebut dipilih dari pelbagai industri dan negara asal. Di antara 30 responden tersebut, 26.9% adalah dari Pakistan, 23.1% berasal dari Bangladesh, 15.4% masing-masing adalah Nepal dan Indonesia, 7.7% masing-masing adalah Kemboja dan Myanmar, sementara 3.8% berasal dari Vietnam. Umur mereka pula adalah di antara 23 hingga 46 tahun dan mereka sudah pun berada kira-kira 6 bulan hingga 12 tahun di Malaysia.Oleh kerana kekangan bahasa, penulis melakukan interaksi bersemuka antara penulis dan responden, di mana kebanyakan dari mereka faham dan mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Ketika ditanya mengenai platform yang paling mudah diakses untuk menerima maklumat mengenai COVID-19, 76.67% dari mereka memilih Facebook, diikuti oleh [...]

USIM berbesar hati menerima kunjungan hormat YDH JPJKK

NILAI, 24 Jun 2020- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan hormat YDH Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin ke kampus USIM. Turut hadir Superintenden Nor Marzukee Bin Besar Ketua Polis Daerah Nilai. Dalam pertemuan itu, Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin mengucapkan terima kasih atas kesudian delegasi dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan mengadakan lawatan ke USIM. “Pelbagai program latihan luar yang telah dilaksanakan oleh Kor SUKSIS USIM memberikan impak yang sangat positif seperti program etika dan pengurusan integriti yang menjurus kepada pembentukan sahsiah diri serta program Latihan Lasak Pasukan Gerakan Am yang melatih para pelajar untuk menjadi individu yang lasak serta mempunyai daya tahan yang tinggi khususnya dalam mendepani alam pekerjaan pada masa hadapan”, berkata Prof Ridza. “USIM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kerana memberikan kerjasama yang sangat baik dalam semua aspek termasuk program dan aktiviti melibatkan pelatih Kor SUKSIS. Perkara ini juga dapat dilihat semasa Operasi Penghantaran Pulang Pelajar Universiti ke kampung halaman masing-masing semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran Kor SUKSIS USIM,  Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan IPD Nilai  sangat cemerlang sehingga operasi berkenaan dapat berjalan dengan baik.  Segala bantuan yang diberikan oleh pihak PDRM khususnya Kontinjen Negeri Sembilan akan kekal sebagai satu sejarah dan ingatan bagi pihak USIM dalam mendepani pandemik Covid-19 di [...]

USIM Kerjasama dengan Bank Rakyat dalam Projek Wakaf Tunai

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2020 - USIM merancakkan lagi aktiviti wakaf tunai dengan memeterai memorandum perjanjian bersama Bank Rakyat yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur baru-baru ini. Ini merupakan kerjasama strategik yang pertama kali antara Universiti Awam dan agensi Bank bagi projek wakaf ini. Dalam perjanjian ini USIM diwakili oleh Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM manakala Bank Rakyat diwakili oleh Datuk Rosman Mohamed Pegawai Eksekutif Bank Rakyat. USIM yang diterajui oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengambil inisiatif menerajui Projek Dana Wakaf Tunai sebagai satu kaedah sumbangan yang relevan masa ini. Prof. Madya. Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat USIM berkata, sebagai institusi pengajian tinggi yang menerajui Integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM percaya kepada konsep Wakaf sebagai pembiayaan mampan bagi universiti, di mana telah diwujudkan  beberapa inisiatif untuk menggerakkan wakaf sebagai agenda utama universiti. Ini termasuk pembangunan program wakaf tapak dan program wakaf pendidikan. Beliau menambah lagi, pada Julai 2013 USIM telah dlantik sebagai mutawalli Dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAINS). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan dana wakaf serta mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. “Melalui kerjasama projek ini, saya percaya ia mampu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pewakaf individu atau institusi sama ada dari kalangan warga USIM juga pihak luar”, jelas beliau lagi. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan      

USIM 20 Tahun Utuh Menerajui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli

NILAI - Pada 18 Jun 2020 genaplah 20 tahun usia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-12 dan merupakan Universiti Islam pertama milik penuh Kerajaan. USIM yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan di awal penubuhannya dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) memilih tarikh 18 Jun untuk diraikan sebagai tarikh simbolik penubuhannya saban tahun kerana pada 20 tahun yang lalu, pada tarikh tersebut ia telah merakamkan salah-satu peristiwa bersejarah buat universiti ini. Seramai 255 orang pelajar sulung yang datangnya dari pelbagai pelosok tanah air telah mendaftar di kampus sementara USIM (KUIM ketika itu) yang bertempat di Institut Profesional Baitulmal, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kehadiran siswa sulung ini ibarat telah melengkapkan segala usaha yang panjang untuk menubuhkan universiti ini. Hasrat dan usaha untuk melihat penubuhan sebuah Universiti Islam di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia telah lama bermula semenjak 1950an lagi terutamanya dengan tertubuhnya Kolej Islam Malaya (KIM) pada tahun 1956. Perbincangan ke arah merealisasikan usaha ini tidak pernah terhenti kerana melihat sudah sampainya masa dan keperluannya untuk Kerajaan menubuhkan sebuah Universiti Islam milik sepenuhnya Kerajaan Malaysia. Sinar untuk sebuah Universiti Islam pertama milik sepenuhnya negara ditubuhkan semakin cerah apabila pada tanggal 25 September 1996, satu perbincangan mengenai penubuhannya telah diadakan untuk mendapatkan idea, cadangan dan konsep Universiti Islam yang ingin ditubuhkan. Pada 11 Jun 1997, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Universiti Islam pertama negara dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dengan memiliki keunikan tersendiri iaitu kurikulum yang menekankan paduan ilmu Naqli [...]

Majlis Potong Kek Sempena 20 Tahun USIM

NILAI, 18 Jun 2020 - Tanggal 18 Jun 2020 genaplah usia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ke 20 tahun penubuhannya. Bersempena tarikh ini satu majlis ringkas potong kek diadakan di Pejabat Naib Canselor yang dihadiri oleh wakil Pusat Tanggungjawab dan beberapa alumni terawal ketika itu. Pelbagai program telah dirancang seawal 6 bulan bagi meraikan hari bersejarah tersebut, namun bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dihentikan program yang telah dirancang terpaksa dibatalkan. Ucapan ringkas Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, kita lihat dari segi pencapaian USIM sepanjang 20 tahun ini amat membanggakan, dan berharap warga USIM akan membawa USIM kepada satu tahap yang memberi makna kepada pemegang taruh dan masyarakat di luar sana. ”Apa yang penting adalah mengekalkan institusi ini dengan menjangkakan perubahan yang akan berlaku selepas 30 tahun nanti. Kita sama-samalah saling bantu membantu dan ambil peluang yang berada di depan mata tanpa berlengah”, tambah Prof Ridza lagi. Mengimbau kembali pada tarikh keramat ini seramai 255 orang pelajar mendaftar masuk sebagai pelajar sulung USIM. Kini, USIM telah melahirkan seramai 22, 634 alumni dengan pecahan 20,471 graduan peringkat Sarjana Muda dan 2,163 graduan peringkat Siswazah yang kini berkhidmat di pelbagai sektor dan industri di dalam dan luar negara.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan

“Kempen #USIMjagasemua mendidik masyarakat menjalani norma baharu” – Dr. Nuruliza Roslan

Mengambil cakna akan isu pasca Covid-19 yang terkesan secara global mendorong pasukan PPE Disposal Taskforce USIM yang diketuai oleh Dr. Nuruliza Roslan, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memperkenalkan “Kempen Pelupusan Pelitup Muka Secara Selamat dan Betul” dengan #USIMjagasemua. Ikuti temu bual bersama beliau selaku Pengarah Program, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Sains Islam (ISI). S1 Bagaimana tercetusnya idea kempen #USIMjagasemua? Ideanya bermula apabila melihat keadaan semasa dunia kini menghadapi pandemik Covid-19, dan melihat terlalu banyak pembuangan PPE terpakai di merata-rata tempat. Kami menyedari pembelian dan penggunaan PPE meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia menandakan bahawa masyarakat dunia peka terhadap penjagaan kesihatan diri menghadapi Covid-19. Walaubagaimanapun, langkah ini juga boleh meningkatkan pembuangan PPE yang terpakai. Apa yang merisaukan adalah terdapat laporan tentang pembuangan PPE terpakai oleh orang awam tidak mengikut cara pembuangan yang selamat seperti yang telah disyorkan. Ini adalah satu kebimbangan yang besar kerana impaknya dari segi kesihatan dan keselamatan manusia sejagat serta mencemar alam sekitar seperti yang telah dilaporkan bahawa lambakan PPE terpakai ini telah dijumpai di perairan laut dalam. Atas kebimbangan ini, pasukan task force USIM telah mengenalpasti beberapa isu utama daripada masalah ini dan mengambil beberapa inisiatif melalui pendekatan secara glokal. Kami memperkenalkan kempen #USIMjagasemua di peringkat Universiti pada peringkat awal bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga USIM seterusnya berhasrat menyebarluaskan kepada masyarakat setempat untuk sama-sama mengamalkan sikap prihatin sewajarnya. S2 Bagaimana proses memperkenalkan kempen #USIMjagasemua dilaksanakan? Sebagai pengenalan awal, kami merancang untuk menjalankan program [...]

USIM terima mesin hemodialisis sumbangan MUIP

NILAI, 16 Jun 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terima 2 unit mesin hemodialisis berjumlah RM 90,000 ribu hasil sumbangan dari Majlis Ugama Islam Pahang. Simbolik Penyerahan itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Pahang YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dalam ucapannya berkata, MUIP sentiasa memikirkan aktiviti untuk kebaikan ummah di mana sumbangan yang diberikan dapat meningkatkan dan mengintegrasikan kemampuan komuniti. Sumbangan mesin ini juga bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada anak-anak Pahang, malah boleh diguna sama oleh semua. Beliau juga menyatakan tiga bidang yang perlu diberikan bimbingan dan perhatian kepada umat Islam adalah pendidikan, perubatan dan keperluan harian. Seperti contoh, meningkatkan taraf pendidikan anak-anak asnaf supaya mereka dapat membantu keluarga dan keluar dari ’sistem’ asnaf serta meningkatkan taraf hidup keluarga. Manakala dalam kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani  berkata, penubuhan awal Pusat Perkhidmatan Hemodialisis ini adalah dari cetusan idea YBhg. Tan Sri semasa beliau memegang Jawatan Naib Canselor USIM sebelum ini. Pusat Perkhidmatan Hemodialisis ini memberikan rawatan dialisis dan ubatan secara percuma kepada kakitangan, tanggungan kakitangan dan juga pelajar USIM. ”Sejak penubuhannya pusat hemodialisis pada tahun 2010 di Pusat Kesihatan Universiti, seramai 8 orang pesakit termasuk staf, tanggungan staf serta pelajar USIM yang telah menerima rawatan di pusat ini. Mudah-mudahan dengan sumbangan mesin ini Pusat Perkhidmatan Hemodialisis dapat meningkatkan penerimaan pesakit di kalangan staf, tanggungan staf dan pelajar yang memerlukan”.   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus [...]

Go to Top